• Tidak ada hasil yang ditemukan

1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA DISCOURSE SERIES

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1/1/2021 REFLEKSI DISKUSI FUTURES MALAYSIA DISCOURSE SERIES"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1/1/2021

REFLEKSI DISKUSI

FUTURES MALAYSIA DISCOURSE SERIES

MOHAMMAD SYAZWANNUDDIN BIN SHAHARUDDIN

(2)

2021 Institut Darul Ehsan (IDE)

INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) merupakan satu wahana penting bagi membantu kerajaan

negeri merangka polisi, hala tuju dan kebijakan-kebijakan bagi membangunkan kecemerlangan Negeri Selangor dari sudut ekonomi, sosio-politik, pembangunan seimbang, tatakelola kerajaan (good governance) dan kemajmukan masyarakat. Bagi memenuhi aspirasi tersebut IDE berfungsi sebagai sebuah hub penyelidikan dan pendidikan yang menjadi penghubung antara pihak penggubal dasar, kerajaan dan agensinya dengan masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.

IDE melaksanakan strategi Analisis, Respon, Pencerahan dan Pencerdasan (AR2P). Strategi ini digerakkan melalui program penyelidikan, diskusi, persidangan, seminar, bengkel dan penerbitan dalam bentuk laporan, periodikal dan buku. Melalui pendekatan tersebut akan wujud sebuah masyarakat progresif yang demokratik, sejahtera, berilmu, bertamadun dan bermoral tinggi, komited dengan prinsip kebenaran dan keadilan.

Penerbitan IDE adalah bersifat bebas dan tidak memihak kepada mana-mana kepentingan. Kandungan penerbitan ini adalah pandangan pihak penulis yang tidak mewakili pandangan IDE sebagai organisasi.

Penerbitan ini boleh diterbitkan kembali untuk tujuan sebaran dan pencerdasan masyarakat.

INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)

NO 45, JALAN TUKUL P, 15-P SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM MALAYSIA EMEL: ide@ideselangor.com TEL: 03-55245444 FAX: 03-55242437 Web: www.ideselangor.com Facebook: https://www.facebook.com/ideselangor Twitter: https://twitter.com/ideselangor Instagram: https://www.instagram.com/ideselangor/

(3)

REFLEKSI DISKUSI

FUTURES MALAYSIA: RESTRUCTURING ECONOMY BERTAJUK ECONOMIC RECOVERY: NAVIGATING DANGERS AND OPPORTUNITIES

Di dalam sesi kedua Diskusi Futures Malaysia: Restructuring Economy bertajuk Economic

Recovery: Navigating Dangers and Opportunities, Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali

memulakan diskusi berkenaan perlunya pemulihan ekonomi berserta dengan perubahan struktur ekonomi. Tanpa perubahan ekonomi, malah ekonomi akan bermasalah dan membuang masa. Negara Malaysia juga kini terperangkap dengan cuba menjadikan semuanya sebagai murah tanpa mengira tentang kesan kepada kualiti. Namun begitu ini tidak bermakna negara tidak perlu memberi perhatian kepada orang miskin yang tidak mampu. Masyarakat juga perlu memikirkan tentang peranan kerajaan yang menjangkaui kesemua sektor ekonomi dan bagaimana untuk mengupayakan peranan pelbagai pihak termasuk NGO dan pihak persendirian.

Pelaksanaan PKP telah memberi kesan besar kepada ekonomi dalaman negara kerana sangat bergantung kepada perdagangan antara negeri yang telah disekat sangat terutamanya dari kawasan Lembah Kelang dan Seremban. Malaysia sudahpun mempunyai rekod yang baik sejak 1970-an di mana negara berjaya membawa lebih daripada 50 peratus rakyat keluar daripada kemiskinan.

Tetapi masalahnya negara sekarang sudah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik dan hanya mengharapkan ekonomi kembali seperti zaman kegemilangan dahulu. Pada awalnya kita sangat selesa dengan apa yang kita dah capai sebelum ini, namun sekarang, kita takut untuk berubah kerana tidak pasti dengan kesan perubahan tersebut. Tan Sri memberi contoh di dalam sektor pendidikan, perlukah rakyat daerah tersebut sendiri yang memilih guru besar dan pengetua? Bukan lagi melalui perlantikan daripada Putrajaya.

Akhir sekali semasa menjawab soalan daripada peserta, kita perlu meneliti semula istilah 3D – jikalau “dirty”, jadikan ianya “clean”, kalau “dangerous”, jadikannya “safe”. Semua

(4)

perubahan ini akan terjadi sekiranya dimanfaatkan penggunaan teknologi yang lebih canggih.

Menyentuh mengenai pekerja asing, perlunya membawa mereka masuk selari dengan perancangan ekonomi negara, bukan semata-mata kerana mahu pekerja yang murah. Kita juga ada perubahan dalam mengurus data, di mana perkongsian data antara pelbagai agensi kerajaan dan pihak NGO dan syarikat untuk membantu mengurangkan beban kerajaan.

Prof Dr Geoffrey Williams memulakan pembentangan beliau mengenai kelebihan

semasa pandemic adalah penambahan pakej stimulus yang merancakkan ekonomi negara. Namun kelebihan tersebut tidak berpanjangan kerana PKP telah menyebabkan simpanan semakin berkurangan kerana pemberhentian kerja atau perniagaan tidak mendatangkan untung seperti dahulu. Kesan jangka panjang dijangkan akan memberi kesan kepada kurangnya pengambilan pekerja dan pelaburan yang rendah.

Buat masa sekarang, rakyat masih bergantung kepada survival hidup dan perubahan untuk 6 bulan sangat penting sekiranya mahu menukar arah keadaan ekonomi, juga bergantung kepada sejauh mana vaksin memberi impak dalam masa 12 bulan. Adakah

(5)

berlaku pemulihan atau penguncupan ekonomi dan akhirnya kesan besar daripada pandemik ini dapat dilihat secara meluruh dalam konteks pembangunan negara dalam masa 3 tahun. PKP juga menyebabkan KDNK negara kembali seperti pada masa tahun 2018 dan hanya akan kembali kepada anggaran asal pada pertengahan tahun 2022. Oleh kerana moratorium bank tidak disambung, ianya menyebabkan semakin bertambah “non-performing loan” dan boleh menyebabkan masalah sosial sekiranya hutang yang tidak dibayar meningkat dan penghutang mula mencari pemiutang haram atau “loan shark” untuk membayar hutang bank. Dalam mengulas mengenai masalah pelaksanaan penstrukturan ekonomi, Malaysia sebenarnya bukan negara yang liberal ekonominya, tetapi ekonominya sangat dikawal, baik melalui Rancangan Malaysia setiap 5 tahun dan juga penglibatan GLC dalam melaksanakan peranannya menggerakkan ekonomi negara. Banyak juga syarikat di Malaysia yang sengaja kekal sebagai syarikat kecil untuk mengelakkan beban besar apabila meluaskan perniagaan syarikat seperti pertambahan pekerja dan fasiliti.

Sekiranya mahu membawa ekonomi Malaysia ke arah yang lebih mapan, kita perlu mengenal pasti industri yang perlu diberi perhatian supaya kerajaan dapat menyuntik pelaburan domestik untuk meluaskan sektor ekonomi tersebut serta memperbanyakkan

(6)

perdagangan antara ASEAN. Malaysia juga bukannya “welfare state” kerana sebenarnya hanya lebih kurang RM5 bilion sahaja digunakan untuk bantuan rakyat secara bersasar, dan kebanyakan wang untuk pembangunan ekonomi daripada duit simpanan rakyat KWSP berjumlah RM 40 bilion. Dalam hal pengurusan data, jangan ikut model UK dahulu yang cuba menjual data semata-mata untuk meningkatkan kualiti dan akhirnya tidak menjadi. Cara yang terbaik untuk meningkatkan kualiti data adalah jadikannya percuma dan mudah untuk diakses oleh semua orang.

Prof Dr KS Jomo memulakan sesinya dengan lontaran untuk kita memikirkan secara serius

berkaitan pembinaan negara untuk masa hadapan, bukan membina semula negara dengan acuan dahulu (“building forward, not building back”). Kita juga gagal menggunakan kaedah “whole of government” untuk menangani kesan pandemik, sebagai contoh, pembelajaran melalui talian masih diteruskan dan mengambil masa yang lama untuk menggunakan televisyen untuk pendidikan, menyebabkan ramai murid yang tidak mempunyai akses peranti digital ketinggalan dalam pelajaran.

Kerajaan sepatutnya tidak bergantung kepada hutang luar yang memberi kesan panjang kepada negara apabila “credit rating” rendah. Sekiranya hutang dapat dikawal, kewangan fiskal negara ada ruang untuk pulih. Pembuatan vaksin di negara-negara membangun juga perlu dipertingkatkan, di mana lebih 70 negara-negara membangun sebenarnya mempunyai fasiliti untuk membangunkan vaksin sendiri. Bergantung semata-mata ke atas negara maju dalam hal vaksin akan melemahkan ekonomi dan hubungan diplomatik negara.

Kita juga perlu fikirkan bagaimana supaya Rancangan Malaysia menjadi lebih efektif dalam memastikan perancangan dijalankan, bukan sekadar cantik di atas kertas kerja. Masalah terbesar lain adalah perpolitikan GLC dengan melantik orang yang tidak berkelayakan sebagai pengerusi. Ini adalah formula kegagalan untuk merubah ekonomi Malaysia, malah akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih merudum pada masa hadapan. Hanya melalui perdebatan yang sihat, polisi kerajaan yang bermanfaat

(7)

dapat digubal untuk kebaikan rakyat, bukan lagi hanya senyap untuk mengelakkan ada yang terasa hati.

Dalam menyentuh soalan peserta mengenai perbezaan terbesar TPPA dan RCEP, TPPA didominasi oleh US yang menulis TPPA dengan bantuan 600 penasihat, dan sukar untuk negara lain mengubah akta tersebut. Berlainan dengan RCEP yang hanyalah dalam peringkat rendah perdagangan multilateral. Ada masalah tersendiri, tetapi tidak seteruk TPPA. Akhir sekali masalah birokrasi dalam menguruskan golongan miskin hanya menyusahkan mereka, malah menambahkan kos kerajaan untuk kenalpasti golongan yang betul-betul memerlukan. Sesi diakhiri oleh moderator, Prof Dr Mohamed Aslam Haneef mengenai cadangan-cadangan tajuk untuk sesi Futures Malaysia yang akan datang seperti “Future of Work” dan “Restructuring the Role of GLC”.

MOHAMMAD SYAZWANNUDDIN BIN SHAHARUDDIN

Pegawai Penyelidik IIIT East and Southeast Asia & Sahabat Penyelidik IDE

NOTA:

1. Layari portal berikut untuk rakaman penuh program:

• FACEBOOK: https://www.facebook.com/ideselangor/videos/181797543747761/

Referensi

Dokumen terkait

memberikan alternatif pilihan tipe produk dengan kriteria yang diinginkan oleh pengguna, sistem mampu melakukan pengurutan alternatif produk sebagai hasil

Pemeliharaan tanaman pakcoy harus dilakukan dengan prosedur yang sudah diten- tukan seperti layaknya melakukan penyiraman pagi dan sore setiap hari, memberikan pupuk pada tanaman

Tanaman-tanaman ini selain dapat kita gunakan sehari-hari atau dapat langsung di makan, juga memiliki manfaat-manfaat yang lain seperti kedelai yang kita tahu

Pengembangan yang dilakukan menghasilkan produk Skenario Kegiatan Siswa Menanya (SKSM), dan Skenario Fasilitasi untuk Kegiatan Siswa Menanya (SFKSM) pada pokok bahasan

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan kemampuan mengenal warna dari indikator kemampuan menunjuk, menyebut, dan mengelompokkan warna melalui kegiatan-kegiatan

Pada dermatitis kontak iritan akut, reaksi sering disebabkan oleh paparan tunggal iritan dan manifestasi kulit biasanya menghilang dalam beberapa hari sampai minggu.Sumber

Kompentensi Dasar : Menjelaskan Hakikat Menyimak dan Bebagai Keterampilan Bahasa.. menjelaskan

Berdasarkan analisis peneliti bahwa di MTs Salafiyah Wonoyoso dalam pembelajarannya guru mengunakan media pembelajaran dalam menyampaikan materi kepada peserta