• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aplikasi Model Cbam Dalam Menilai Keprihatinan Guru Terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Aplikasi Model Cbam Dalam Menilai Keprihatinan Guru Terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

194

Aplikasi Model Cbam Dalam Menilai Keprihatinan Guru Terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Hong Yih Hui Zanaton Bt Iksan Fakulti Pendidikan, UKM

___________________________________________________________________________ Abstrak

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Kertas konsep ini akan mendalami perubahan kurikulum di Malaysia khususnya dalam kurikulum Sains. Kurikulum Sains KBSR telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini. Kejayaan dan pencapaian objektif kepada sesuatu pembaharuan kurikulum yang dilaksanakan amat bergantung kepada guru. Guru adalah pihak yang sewajarnya menerima sesuatu pembaharuan kurikulum dengan penuh kesediaan dan tanggungjawab. Ekoran daripada perubahan kurikulum yang berlaku di dalam sistem pendidikan di Malaysia, maka Concerns-Based Adoption Model (CBAM) boleh digunakan bagi menilai peringkat keprihatinan guru terhadap transformasi pendidikan dalam KSSR yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2011.

Kata kunci: Transformasi pendidikan, KSSR, peringkat keprihatinan guru, Model CBAM ___________________________________________________________________________

Pengenalan

Proses pembangunan dan pengembangan kurikulum sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Ia melibatkan aktiviti seperti semakan semula, penstrukturan semula, penambahbaikan sehinggalah kepada perubahan dan penukaran kurikulumnya. Antara bentuk perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara adalah semakan semula sukatan pelajarannya, penetapan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta program penilaian berasaskan struktur dan bentuk baru. Ini dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara yang sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Pada tahun 1983 Kurikulum Baru

____________________________________ *Corresponding author. Tel: +016 – 2322148

(2)

195

Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dan sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1993 pula Kurikulum Baru telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang memperlihatkan kesepaduan dari segi mata pelajaran dengan mata pelajaran. Seterusnya pada tahun 2003 satu semakan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilakukan. Dalam semakan ini telah diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Susulan daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum akan membuat penyemakan dan perubahan kurikulum bersesuaian dengan keperluan dan keadaan semasa. Ini termasuklah kurikulum Sains dalam perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada awal tahun 2011. Perubahan kurikulum ini dijalankan serentak di seluruh negara di semua sekolah rendah pada sesi pembelajaran Januari 2011.

Ekoran daripada perubahan demi perubahan kurikulum yang berlaku di dalam sistem pendidikan di Malaysia, maka Concerns-Based Adoption Model (CBAM) boleh digunakan bagi menilai keberkesanan kurikulum berdasarkan peringkat keprihatinan guru terhadap transformasi pendidikan dalam KSSR yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2011. Fokus penilaian keprihatinan guru hanya tertumpu dalam konteks pengajaran guru dalam mata pelajaran Sains sahaja.

Pernyataan Masalah

Kurikulum yang disebarkan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan negara. Walau bagaimana pun, terdapat kegagalan pembaharuan yang dibuat dalam pendidikan kerana individu tidak memahami sepenuhnya inovasi yang diperkenalkan. Ornstein dan Hunkins (2004) mengatakan bahawa perhatian perlu diberikan kepada jurang yang wujud antara perancangan kurikulum di peringkat pusat dengan realiti pelaksanaan guru di bilik darjah.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada murid tahun satu pada tahun 2011. Perubahan dalam KSSR ini bukan sahaja meliputi 3M malah menambah satu lagi pendekatan iaitu menaakul. Dalam KSSR ini guru-guru hendaklah menjadikan manusia lebih berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Perubahan-perubahan juga berlaku dari segi isi kandungan, peruntukan masa pengajaran, pentaksiran, pedagogi, organisasi, bahan dan pengurusan kurikulum. Kesediaan guru-guru menerima perubahan akan menentukan kejayaan dan kegagalan kurikulum tersebut. Guru adalah penggerak kepada kesinambungan kurikulum ini.

(3)

196

Justifikasi penggunaan standard di dalam KSSR ini mengandungi elemen kebertanggungjawaban guru dan pentadbir dalam memastikan murid melepasi piawai yang ditetapkan. Fokus penetapan skema dan piawai pengukuran meliputi ilmu, kemahiran dan nilai merupakan faktor yang perlu diukur dengan tujuan meningkatkan tahap pembelajaran murid. Terdapat guru yang kurang jelas tentang piawai ang ditetapkan dan telah mendorong pengkaji untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan guru dalam melaksanakan kurikulum baru KSSR. Kekurangan maklumat inovasi terutama dalam tunjang Sains dan Teknologi menyebabkan guru-guru mengabaikan komponen penting dalam kurikulum.

Selain itu, didapati guru-guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas yang lebih tinggi akan menunjukkan kompetensi pedagogi yang baik. Sebagai contoh, mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan yang dibekalkan sebaliknya menggunakan bahan-bahan rujukan sendiri dan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran. Secara keseluruhan, guru-guru siswazah dan bukan siswazah telah mempamerkan perbezaan kompetensi yang ketara. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa perkara ini wajar dikaji untuk menilai keupayaan dan prestasi mereka dalam membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2008b; Pusat Perkembangan Kurikulum 1999).

Menurut Noriah (1994), profesion perguruan merupakan satu profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Selain daripada mengajar di waktu pagi, guru dikehendaki datang ke sekolah pada waktu petang, di hujung minggu dan di hari cuti sekolah untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform dan permainan. Keadaan sedemikian boleh mewujudkan tekanan pekerjaan di kalangan guru. Menurut Bruhn (1989), apabila sesuatu kerja itu dilihat bukan daripada perspektif nilai kerja tetapi sebagai beban atau kerana terpaksa, maka kebarangkalian berlakunya tekanan kerja, ketidakpuasan dan burnout adalah lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, Syed Najmuddin (2005), menyatakan bahawa guru yang berkhidmat lima tahun ke atas mempunyai tahap prestasi kerja yang lebih baik berbanding dengan guru-guru lain. Beliau berpendapat bahawa guru-guru yang berpengalaman mengajar lima tahun ke atas telah dapat menghayati sepenuhnya visi dan misi BPM iaitu untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam sahsiah, akademik dan keusahawanan. Guru-guru yang dapat menghayati visi dan misi BPM mampu merangka program pengajaran yang bersesuaian untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang. Dengan itu, pengkaji ingin

(4)

197

mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pengalaman mengajar guru dengan tahap keprihatinan guru terhadap pelaksanaan KSSR.

Masalah kegusaran guru terhadap perubahan kurikulum jelas mempengaruhi bagaimana mereka melaksanakan inovasi dalam pengisian kurikulum. Keadaan ini menyebabkan inovasi yang ingin dilaksanakan tidak akan tercapai serta tidak ditangani. Malah kajian terhadap pelaksanaan inovasi kurikulum telah menunjukkan guru sebagai pelaksana telah mengubah inovasi sehingga terdapat banyak perbezaan antara perkara yang diamalkan di dalam bilik darjah dengan perkara dikehendaki oleh kurikulum. Berlakunya jurang antara yang dihasratkan dengan apa yang dilaksanakan begitu ketara kerana guru didapati tidak tahu bagaimana hendak menyelaras dan mengintegrasikan amalan bilik darjah dan kepercayaan mereka dengan penyataan hasrat kurikulum (Baharudin 2003).

Berdasarkan beberapa peringkat keprihatinan, para guru akan membuat pertimbangan dalam melaksanakan tuntutan inovasi. Hal ini merupakan maklumat dan bukti untuk perencana menjadikan cadangan intervensi dalam jangka masa pelaksanaan inovasi. Kemungkinan terdapat guru yang menentang perubahan, melainkan mereka yakin perubahan yang dilakukan adalah signifikan dan bermanfaat kepada mereka dan murid (Hall & Hord 2006). Oleh itu, adalah penting untuk menyiasat sifat keprihatinan guru secara semula jadi dalam proses menerima perubahan.

Permasalahan yang timbul ketika perubahan berlaku telah mendorong pengkaji mengenal pasti intensiti keprihatinan guru dalam proses pelaksanaan KSSR, khususnya dalam subjek Sains. Justeru itu, model CBAM iaitu Concerns-Based Adoption Model boleh digunakan untuk mengkaji keprihatinan guru. Model CBAM merupakan satu kerangka dan metodologi untuk mengenal pasti, memperincikan dan menerangkan perbezaan aspek-aspek dalam melaksanakan inovasi pendidikan. Terdapat tiga instrumen dalam kerangka CBAM yang digunakan untuk menggambarkan kemajuan dan perkembangan perasaan, persepsi serta motivasi individu iaitu Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern), Tahap Penggunaan Inovasi (Levels of Use) dan Konfigurasi Inovasi (Innovation Configuration) (Hall & Hord 2011). Namun, kajian ini berfokus kepada Peringkat Keprihatinan sahaja. Melalui kajian ini, peringkat keprihatinan guru dapat dikenal pasti dan seterusnya menambah koleksi kajian bagi rujukan pihak berwajib dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum, khususnya dalam mata pelajaran Sains.

(5)

198 Perkembangan Kurikulum Sains

Penekanan kepada pendidikan sains di negara ini membawa beberapa perubahan dan inovasi dalam kurikulum sains semenjak tahun 1960-an. Sasaran pertama perubahan kurikulum sains bermula di sekolah rendah. Selain perubahan kandungan, pendekatan pengajaran juga diberi penekanan. Kaedah pengajaran yang disyorkan ialah kaedah inkuiri. Kaedah inkuiri ini menukar peranan tradisional guru iaitu sebagai seorang yang mengetahui semuanya kepada seorang pengurus yang membantu pelajar mendapatkan pengetahuan secara tersendiri. Ini bermakna pengajaran tradisional yang berpusatkan guru telah bertukar corak kepada satu kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

Walaupun kurikulum sains pada tahun enam puluhan dan tujuh puluhan dapat mengatasi beberapa masalah pendidikan sains tetapi masalah yang lebih besar masih lagi tidak dapat diatasi, iaitu masalah sekumpulan pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M (Menulis, Membaca dan Mengira). Kelemahan ini telah mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia memikirkan satu formula untuk mengatasinya. Maka lahirlah satu kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). KBSR ialah kurikulum yang memberi perhatian kepada masalah pelajar yang kurang menguasai kemahiran 3M walaupun mereka telah menjalani pembelajaran selama beberapa tahun di sekolah. Oleh sebab kurikulum sebelum ini membebankan pelajar dari segi banyaknya mata pelajaran yang hendak dipelajari, maka KBSR telah mengurangkan jumlah mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Sains hanya diajar pada tahun keempat hingga tahun keenam sekolah rendah. Namun begitu sains tidak diajar sebagai satu mata pelajaran yang berasingan tetapi diserap dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.

Namun banyak yang telah diperkatakan tentang mata pelajaran Alam dan Manusia. Antaranya adalah cara pelaksanaannya dan masalah yang dihadapi oleh guru dan murid. Sesetengah guru mendapati kursus pendedahan dan latihan yang diadakan tidak mencukupi dan mereka tidak mempunyai cukup persediaan untuk mengajar. Tahap mata pelajaran ini didapati tinggi dan hanya sesuai untuk murid yang cerdas dan pintar sahaja (Seth et al. 1993). Akhirnya mata pelajaran sains telah diperkenalkan semula pada sesi persekolahan 1994/95 kepada murid Tahun Empat di sekolah rendah. Tujuan memperkenalkan semula mata pelajaran sains di sekolah rendah adalah untuk memupuk minat murid terhadap mata pelajaran sains dalam usaha menyediakan pengetahuan dan kemahiran sains yang sangat diperlukan apabila mereka memasuki sekolah menengah kelak.

(6)

199

Matlamat pendidikan sains adalah untuk membentuk pelajar-pelajar sebagai seorang individu yang mempunyai pengetahuan sains dan juga mempunyai kemahiran untuk berfikir secara saintifik dan menjalankan penyiasatan sains serta menguasai kemahiran manipulatif. Mereka juga diharapkan akan menjadi manusia yang bertanggungjawab dari segi kegunaan pengetahuan sains untuk kesejahteraan masyarakat dan mempraktikkan nilai-nilai sains dan sosial yang baik.

Kurikulum sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik yang diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam melalui aktiviti amali. Kemahiran saintifik yang dimaksudkan ini meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains melibatkan pemikiran secara saintifik, objektif, kreatif, kritis, analitis dan rasional. Manakala kemahiran manipulatif melibatkan penggunaan peralatan sains. Bermula pada tahun 2002, mata pelajaran sains telah mula dilaksanakan di seawal murid Tahun Satu di semua sekolah rendah. Ini bermakna murid-murid di peringkat sekolah rendah ini akan diajar kemahiran saintifik sejak di Tahun Satu lagi dan bukannya di Tahun Empat. Ini seterusnya akan mengukuhkan penguasaan mereka terhadap kemahiran ini kerana mereka akan mempelajari kemahiran ini menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran selama tujuh tahun di peringkat sekolah rendah.

Seterusnya untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan negara kita terutamanya penguasaan bahasa Inggeris yang lemah di kalangan para graduan universiti, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 telah bersetuju dan memutuskan supaya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik (PPSMI) mulai tahun 2003 (Pusat Perkembangan Kurikulum 2004). Hussein (1993) mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah bersifat dinamik dan futuristik. Sebarang pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan, di samping bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa dan juga kehendak masa depan. Pelaksanaan PPSMI merupakan serampang dua mata iaitu menguasai bahasa Inggeris dan juga menguasai bidang ilmu sains dan matematik setelah melihat akan kepentingan bahasa Inggeris dalam era globalisasi ini terutama sekali terhadap teknologi dan komunikasi.

Pada tahun 2011 Kurikulum Sains KBSR telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini. Di dalam KSSR, penerapan kemahiran kepada

(7)

murid-200

murid tidak hanya sekadar melibatkan penguasaan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) tetapi telah ditambah dengan satu lagi kemahiran, iaitu menaakul. Kemahiran menaakul merupakan satu kemahiran yang telah diberi perhatian secara serius oleh sistem pendidikan di Malaysia dengan memasukkan kemahiran ini secara eksplisit di dalam kurikulum pendidikan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu kurikulum yang mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang. Pelajar yang dilahirkan itu berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berterusan berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Sains adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi kurikulum pendidikan berdasarkan kepada lapan bidang iaitu bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran, pengurusan kurikulum dan bahan. Lapan bidang ini amat diharapkan dapat dicapai agar kurikulum pendidikan dapat direalisasikan bersesuaian dengan aspirasi negara. Kelapan-lapan bidang ini merangkumi bidang pedagogi yang menitik beratkan kepada cara-cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penguasaan ilmu pedagogi guru akan dapat membantu guru menyampaikan ilmu dengan berkesan. Di samping itu penggunaan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang dan menarik minat murid mempelajari disiplin ilmu. Seterusnya pengurusan kurikulum yang berkesan akan membantu guru menjalankan tanggungjawab mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Pengurusan kurikulum yang berkesan dapat membantu pelaksanaan KSSR dengan berkesan. Konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu kurikulum menjadikan pendekatan secara bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Ini adalah konsep yang ingin diterapkan dalam kurikulum baru yang

(8)

201

diperkenalkan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke – 21. Bagi menjayakannya, guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak-pihak yang berkepentingan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini merupakan satu bentuk kurikulum transformasi. Di dalam kurikulum baru ini menggariskan enam transformasi yang ingin dijana iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi, perkembangan estetika dan fizikal, keterampilan diri serta kemanusiaan. Semua elemen ini akan membentuk insan seimbang dan mempunyai daya pemikiran yang inovatif, kreatif dan kritis. Ini selaras dengan kehendak dan matlamat pendidikan negara yang mahukan rakyatnya dapat menghayati nilai-nilau murni di samping mencapai kejayaan. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan tunjang dan garis panduan dalam merealisasikan harapan dan matlamat ini. Sesungguhnya keterampilan dan budaya hidup murni dapat dizahirkan sekiranya guru dan pelajar dapat menghayati matlamat dan harapan KSSR dengan berkesan.

Peranan Guru Dalam Pelaksanaan KSSR

Guru adalah orang terpenting dan perantara dalam bidang pendidikan untuk menyampaikan semua ilmu pengetahuan kepada pelajar. Guru sebaik mungkin akan menyampaikan ilmu dengan sempurna agar murid-muridnya memahami apakah tujuan pembelajaran tersebut. Ini bagi memastikan bahawa murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di sekolah untuk direalisasikan di persekitaran dan dunia yang semakin mencabar ini. Adakah guru dapat melaksanakan pembaharuan kurikulum ini dengan baik. Kajian-kajian telah dilakukan untuk menilai keupayaan guru memahami pembaharuan kurikulum untuk disampaikan kepada murid secara lebih berkesan.

Kejayaan dan pencapaian objektif kepada sesuatu pembaharuan kurikulum yang dilaksanakan amat bergantung kepada guru, penggubal kurikulum dan pihak-pihak yang berkaitan dengan penggubalannya. Ini bermula dengan pihak yang menggubal kurikulum itu sendiri dan guru adalah golongan yang amat penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan kurikulum baru yang diperkenalkan. Ini kerana guru akan melaksanakan kurikulum dan menyampaikan kurikulum di sekolah. Guru adalah pihak yang sewajarnya menerima sesuatu pembaharuan kurikulum dengan penuh kesediaan dan tanggungjawab. Ini

(9)

202

bagi memastikan isi kurikulum itu dapat difahami dengan berkesan. Kesediaan guru menerima perubahan kurikulum ini akan dapat menentukan hasil dari perubahan kurikulum tersebut iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini bagi menentukan bahawa hasrat dan matlamat kerajaan dalam pembaharuan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Concerns-Based Adoption Model (CBAM)

Concerns Based Adoption Model (CBAM) telah diilhamkan oleh Frances Fuller pada tahun 1969. Fokus model ini adalah berpaksikan inovasi dan proses perubahan wang berlaku di sekolah, amalan terbaik (best practices) sesuatu program dan pembangunan baru oleh sumber luar yang diamalkan oleh guru. Secara teori, guru mengadaptasi inovasi demi mencapai hasilan atau outcomes yang dihasratkan oleh penggubal.

CBAM merupakan satu model yang dapat mengenal pasti keprihatinan guru mengenai perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Melalui CBAM, aras perkembangan seseorang individu setelah mengalami perubahan yang berlaku dalam pendidikan dapat dikenal pasti. Peringkat keprihatinan penerima dijelaskan sebagai perubahan di dalam proses perkembangan semasa melalui peningkatan tahap perubahan. Keprihatinan penerima perubahan boleh berubah selari dengan masa dan keadaan perkembangan yang boleh dijangkakan. Model CBAM memfokuskan kepada tiga dimensi iaitu Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern-SoC), Peringkat Penggunaan (Levels of Use-LoU) dan Konfigurasi Inovasi (Innovation Configuration).

Peringkat Keprihatinan

Dimensi Peringkat Keprihatinan atau SoC mengandungi tujuh peringkat iaitu Kesedaran (Peringkat 0: saya tidak prihatin dan mengambil berat perkara ini), Maklumat (Peringkat 1: saya berminat untuk mengetahui), Peribadi (Peringkat 2: bagaimana perkara ini melibatkan saya), Pengurusan (Peringkat 3: saya memperuntukkan masa untuk menyediakan bahan), Kesan (Peringkat 4: bagaimana perkara ini memberi impak ke atas klien saya), Kolaborasi (Peringkat 5: saya prihatin untuk berkongsi apa yang buat dengan rakan sekerja), dan Pemfokusan Semula (Peringkat 6: saya ada idea lain untuk membuat yang lebih baik lagi). Menurut Hall dan Hord (2011), peringkat keprihatinan atau SoC pada Maklumat dan Peribadi adalah peringkat Keprihatinan Kendiri (Self-Concern), Pengurusan adalah

(10)

203

Keprihatinan Tugas (Task-Concern), sementara Kesan, Kolaborasi, dan Pemfokusan Semula adalah Keprihatinan Impak (Impact-Concern).

Keprihatinan guru terhadap sesuatu inovasi akan berkembang daripada satu peringkat kepada peringkat lebih tinggi dengan pertambahan maklumat, pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh semasa melaksanakan inovasi. Setiap individu yang terlibat dalam pelaksanaan sesuatu inovasi mesti berganjak dari Keprihatinan Kendiri kepada Keprihatinan Tugas dan seterusnya kepada Keprihatinan Impak. Anjakan ini akan menghasilkan kejayaan inovasi itu.

Rajah 1: Peringkat Keprihatinan

Sumber: Hall dan Hord, 2006 Pemfokusan Semula

Saya mempunyai idea tentang sesuatu yang boleh menjadikan kerja lebih baik

Peringkat Keprihatinan 6

Kolaborasi

Saya prihatin dengan apa yang berkaitan dan dengan apa saya lakukan bersama rakan sekerja

Peringkat Keprihatinan 5

Kesan

Bagaimana penggunaan mempengaruhi pelanggan saya?

Peringkat Keprihatinan 4

Pengurusan

Saya memperuntukkan sepenuh masa memastikan bahan disediakan

Peringkat Keprihatinan 3

Peribadi

Bagaimana penggunaan ini melibatkan saya?

Peringkat Keprihatinan 2

Maklumat

Saya berminat mengetahui tentang penggunaan tersebut

Peringkat Keprihatinan 1

Kesedaran

Saya tidak prihatin atau mengambil berat tentang perkara tersebut Peringkat Keprihatinan 0 Impak Tugas Kendiri Tiada Kaitan

(11)

204

Menurut Punitha (1998), keprihatinan guru terhadap inovasi akan berkembang dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi jika bertambahnya maklumat serta pengalaman yang diperoleh. Perkembangan keprihatinan individu tidak akan berganjak dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain pada kadar yang sama. Individu perlu menyelesaikan peringkat keprihatinan yang lebih rendah sebelum berganjak ke peringkat yang lebih tinggi. Intensiti dan perkembangan keprihatinan individu terhadap sesuatu inovasi bergantung pada sokongan dan bantuan seperti latihan, kursus, bengkel dan pengalaman.

Pada tahun 1993, Staniforth telah menggunakan soal selidik peringkat keprihatinan model CBAM untuk menilai keberkesanan program latihan yang dihadiri oleh guru. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa sebelum menghadiri kursus dalam latihan, guru-guru prihatin mengenai ciri-ciri inovasi, namun mereka mengehendaki lebih banyak maklumat tentang struktur dan fungsi inovasi kurikulum. Selepas menghadiri kursus dalam latihan, guru-guru dilihat mengutamakan kerjasama dan cara menguruskan inovasi dengan pengguna lain.

Yuliang dan Huang (2005) telah menggunakan soal selidik peringkat keprihatinan untuk mengenal pasti jenis-jenis keprihatinan 86 orang guru dalam perkhidmatan tentang isu integrasi teknologi. Kajian mereka menunjukkan keprihatinan tertumpu pada tiga sub kategori iaitu; guru-guru tidak berpengalaman mempunyai peringkat keprihatinan peribadi, guru-guru berpengalaman mempunyai peringkat keprihatinan kesan manakala guru-guru yang memahami dan menyesuaikan inovasi berdasarkan pengalaman berada di peringkat keprihatinan kolaborasi atau pemfokusan semula. Kajian juga mendapati keprihatinan guru secara keseluruhan lebih kuat pada peringkat awal keprihatinan peribadi dan maklumat.

Oleh itu, model CBAM merupakan satu instrumen yang boleh digunakan untuk menilai kejayaan dalam perubahan kurikulum KSSR. Melalui model CBAM, reaksi bagaimana seseorang individu itu bertindak dalam melaksanakan perubahan dan inovasi dapat dikenal pasti.

KESIMPULAN

Pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan telah direncanakan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini. Kepelbagaian dasar dan pembaharuan inilah yang menjadi inti pati transformasi dalam dunia pendidikan pada masa kini yang perlu disedari oleh seluruh warga

(12)

205

pendidik yang menjadi tunjang utama untuk menjayakannya. Maka, guru sebagai pendidik merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. Pelaksanaan kurikulum baru KSSR di sekolah rendah pada tahun 2011 memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk beradaptasi dan memahami inovasi pendidikan ini. Justeru, guru-guru dapat mengenal pasti persediaan yang perlu dilakukan untuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan, kelebihan dan kelemahan kurikulum baru yang boleh dimurnikan lagi pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, tahap keprihatinan guru tentang terhadap pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perlu dikenal pasti supaya ia dapat memberi hala tuju yang lebih jelas terutama kepada pihak penggubal dasar, perancang kurikulum, pengurus kurikulum dan pelaksana kurikulum.

RUJUKAN

Abd. Main Salomon. 1993. Kepuasan kerja guru dan perkaitannya dengan latar belakang, pengurusan kurikulum dan pengajaran. Tesis Ijazah Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Alias Baba. 1992. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anon. 2001b. Kepentingan Pembelajaran Sains. Berita Harian, 23 Januari: 4-5

Anon. 2003. Soal Jawab Isu Pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: Fairpark Technology.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2008b. Kajian Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2009c. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 3/2009: Transformasi Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Ballantine, J.H. 1997. The sociology of education: a systematic analysis. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.

Bruhn, J.G. 1989. Job Stress: an opportunity for profesional growth. The Career Development Quarterly. 37: 306-314.

Capel, S.A. 1992. Stress and burnout in teachers. European Journal of Teacher Education. 15(3): 197-221.

Erman Har, Kamisah Osman & Tamby Subahan Mohd. Meerah. 2011. Amalan Budaya Sains Moden dan Sumbangannya Terhadap Budaya Sains Asli. Dlm. Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab & Mohamed Sani Ibrahim (pnyt.). Transformasi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fullan, M. 2007. The New Meaning of Educational Change (Edisi ke-4). New York: Teachers College Press.

(13)

206

Fullan, M. & Stiegelbauer, S. 1991. The New Meaning of Educational Change (Edisi ke-2). New York: Teachers College Press.

Fuller, F. F. 1969. Concern of Teachers: Development Conceptualization. American EducationalResearch Journal, 6(2): 207-226.

Gomez, J. 1991.Teacher Concerns in the Implementation of The Integrated Secondary Schools Curriculum Program. University of Malaya, Kuala Lumpur.

Hall, G. E. & Hord, S. M. 2001. Implementing Change; Pattern, Principles and Patholes. United States of America: Allyn & Bacon.

Hall, G. E. & Hord, S. M. 2006. Implementing Change; Pattern, Principles and Patholes

(Edisi ke-2). Boston: Allyn & Bacon.

Hall, G. E. & Hord, S. M. 2011. Implementing Change; Pattern, Principles and Patholes(Edisi ke-3). New Jersey: Pearson Education Inc.

Herbert, E.P., LEE, A.M. & Williamson, L. 1998. Teachers’ and teacher education students’ sense of efficacy: quantitative and qualitative comparisons. Journal of Research and Development in Education 31(4): 214-225.

Hussein Hj. Ahmad. 1993. Pendidikan dan masyarakat: Antara dasar. Reformasi dan wawasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamalul Lail Abdul Wahab, Juriah Long, Mohamed Sani Ibrahim, Mohd. Izham Mohd. Hamzah, Jamil Ahmad, Jainabee Md. Kassim, et al. 2011. Pemahaman dan Amalan Konsep Sekolah Berkesan. Dlm. Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wabah & Mohamed Sani Ibrahim (pnyt.), Transformasi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kartini Baharun. 2002. Sekolah Bestari: Pedagogi Abad ke 21 dan Profesionalisme Guru.

Jurnal Pendidikan Guru, Bil. 15, 20-36.

Kelinger, F. 1973. Foundation of Behaviour Research. New York: Holt Reinhardt & Winston.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities.

Educational and psychological measurement. 30: 607-610.

Lin, C. S. 2011. A Survey of Primary Students’ Concern’s in the Implementation of

Contemporary Literature Programme. Open University Malaysia, Kuala Lumpur. Luqman Haziq & Ifqdar A. Rahman. 15 Julai 2012. Dasar Pendidikan Negara Dirombak.

Mingguan Malaysia, m.s 4.

Marian Stoltz-Loike, 1995. Adult career transition. The Career Development Quarterly, 44: 89-93.

Mertler, C.A. 1999. Assessing student performance: a descriptive study of the classroom assessment practices of Ohio teacher. Education (Chula Vista, Calif) 120 (2): 296.

Mohd. Amin Shariff. 1998. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nasiriah Md. Yusof. 2001. Latihan dalam perkhidmatan: Bidang keperluan di kalangan guru-guru kanan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Noriah Mohd. Ishak. 1994. Pola pemilihan respons menangani ketegangan dan hubungannya dengan punca ketegangan di kalangan guru-guru. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

(14)

207

Oliva, P. F. 2008. Developing The Curriculum (Edisi ke-7). New Jersey: Allyn & Bacon. Ornstein, A. C. & Hunskins, F. 2004. Curriculum: Foundations, Principles and Issues (Edisi

ke-4). New Jersey: Prentice Hall.

Punitha Vathy Kulandavelu. 1998. Kajian Tentang Keprihatinan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Prinsip Akaun Sekolah Menengah. University Malaya, Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2004. Laporan tahunan 2002, 2003 & 2004. Kuala

Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Rohaini Abdullah. 1990. Tekanan guru: Satu kajian ke atas guru-guru yang mengajar menggunakan KBSR. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Roscoe, J. T. 1975. Fundamental Research Statistic for Behavioural Sciences (Edisi ke-2). New York: Rinehart & Winston.

Sadia, W. 1999. Pengembangan Buku Ajar IPT Pendidikan Dasar Berwawasan STM: Laporan Penelitian HB Dirjen Dikti.

Saraswathy Thurairaj. 2006. Teacher’s Concern On The Implementation Of The New Year 1

Science Curriculum in English A CBAM Analysis. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Sekaran, U. 1992. Research Method for Business: A Skill Building Approach (Edisi ke-2). Canada: Wiley.

Seth, S. Subahan, T. & Ismail, O. 1993. Report of research on process-based learning in Malaysia primary school. Penang: RECSAM.

Staniforth B. M. 1993. A Study of Teacher Concerns in Relation to The Implementation of The Common Essential Learning. Dissertation Abstract International, 45(45).

Syarifah Maimunah Syed Zain. 1996. Curriculum innovation: Case studies of man and the environment in the Malaysian primary school curriculum. Doctoral Thesis. University of East Anglia.

Syed Najmuddin Syed Hassan. 2005. Hubungan antara faktor kecerdasan emosi, nilai kerja dan prestasi kerja di kalangan guru Maktab Rendah Sains Mara. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Tengku Shahdan Tengku Shahrom. 1995. The Implementation of National

Computerducation Project in Secondary Schools in Malaysia: Teacher’s Perception.

Dissertation Abstract International, 55(59).

Toh, W. S. 1991. The Implementation of The Commerce and Entrepreneurship Component in The Living Skills Programme: Teachers’ Concerns and use of a Curriculum

Innovation. University of Malaya, Kuala Lumpur.

Tunks, J. & Weller, K. 2009. Changing Practice, Changing Minds From Arithmetical to Algebraic Thinking: An Application of The Concerns Based Adoption Model (CBAM). Educational Studies in Mathematics. 72, 161-183.

Wedell, M. 2009. Planning for Educational Change: Putting People and their Context First. New York: Continuum International Publishing Group.

Yuliang, L., & Huang, C. 2005. Concern of Teachers about Technology Integration in The USA. European Journal of Teacher Education, 28(1): 35-48.

Referensi

Dokumen terkait

daya alam yang dimiliki Indonesia. Tuhan Yang Maha Esa telah menganugerahkan kekayaan alam dengan beragam bentuk dan keunikannya. Oleh karena itu, kita harus memuji Tuhan

Dalam kepentingan yang lebih teknis, banjir dapat disebut sebagai genangan air yang terjadi di suatu lokasi yang di akibatkan oleh : (1) Perubahan tata guna lahan

Buku ”Prosiding Simposium Nasional Ikan Hias” diterbitkan oleh Balai Penelitian dan Pengembangan Budidaya Ikan Hias bekerja sama dengan Masyarakat Ikhtiologi

Gedung H, Kampus Sekaran-Gunungpati, Semarang 50229 Telepon: (024)

Bibit ternak adalah ternak yang mempunyai sifat unggul dan mewariskan serta memenuhi persyaratan tertentu untuk dikembangbiakkan. Pemilihan bibit yang baik merupakan kunci

[r]

kehilangan gaya prategang dalam sistem post-tension pada balok, tidak mencakup. kedalam

150 tahun 2000 tentang Pengendalian kerusakan tanah untuk produksi bio massa: “ Tanah adalah salah atu komponen lahan berupa lapisan teratas kerak bumi yang terdiri