• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penjagaan Kesihatan Primer

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penjagaan Kesihatan Primer"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Sistem penjagaan kesihatan di negara ini sememangnya sedang mengalami perubahan yang drastik. Kes-kes kejadian penyakit berjangkit seperti malaria, denggi, kolera, tifoid, tuberkilosis, dan poliomielitis telah berkurangan dan terkawal manakala kes-kes penyakit kronik contohnya seperti penyakit jantung, diabetis, hipertensi, asma dan kanser pula semakin meningkat. Perubahan cara hidup dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, faktor pemakanan dan faktor perpindahan tempat tinggal serta kemasukan pendatang asing telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada status kesihatan di negara kita.

Oleh sebab itu sistem kesihatan primer penting bagi negara kita kerana kesihatan primer adalah bermaksud penjagaan kesihatan di peringkat pertama atau asas yang melibatkan seseorang individu, keluarga, mahupun masyarakat sebelum mendapatkan sesuatu rawatan lanjut di hospital atau berjumpa dengan doktor pakar. Menurut World Health Organisation (WHO) pada persidangan di Alma Ata, Rusia pada tahun 1978 telah menyatakan setiap kerajaan perlu mencapai matlamat satu tahap kesihatan yang membolehkan rakyatnya hidup secara produktif dari segi sosial dan ekonomi menjelang tahun 2000 dan ia menghasilkan slogan “Health For All by The Year 2000”, (WHO, 2004). Selain itu, WHO juga telah menggariskan lapan elemen bagi kesihatan primer dan diantaranya ialah, pendidikan kesihatan, makanan berkhasiat, program imunisasi, perkhidmatan kesihatan ibu anak dan perancang keluarga, kesihatan mental, pencegahan penyakit berjangkit, sanitasi dan bekalan air selamat dan yang terakhir ialah rawatan awal kecederaan dan penyakit.

(2)

Selain itu, penjagaan kesihatan primer juga menekankan aspek pencegahan penyakit, berfokuskan masalah kesihatan yang terdapat dalam komuniti dan rawatan yang berkesan serta mempermosikan sudut pencegahan, pengubatan, pemulihan kesihatan yang positif untuk kesejahteraan semua. Ia juga berasaskan sains dan teknologi yang dapat diterima mudah oleh individu, keluarga dan masyarakat dengan kos yang mampu ditanggung oleh masyarakat dan negara. Penjagaan kesihatan juga boleh dilakukan di rumah pesakit dan bukan hanya di pusat-pusat kesihatan mahupun institusi-instisusi kesihatan yang membolehkan penyampaian penjagaan kesihatan mudah disampaikan terhadap semua lapisan golongan yang memerlukan penjagaan kesihatan tentang pentingnya kesedaran penjagaan kesihatan dari awal ini.

(http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1998/kosmik2. html)

(3)

KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER

Perkhidmatan penjagaan kesihatan primer merupakan perkhidmatan yang berasaskan kepada penjagaan kesihatan ‘at the point of contact’dan perkhidmatan pesakit luar merupakan asas kepada penjagaan kesihatan primer. Kesihatan primer banyak menekankan kepada aspek-aspek mempromosikan kesihatan dan memaksimakan proses pemulihan dari masalah kesihatan. Perkhidmatan kesihatan primer telah tergolong dalam rancangan Malaysia ke tujuh iaitu ia telah dijadikan tiang utama kepada sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia berdasarkan perkhidmatan yang komprehensif yang merangkumi aspek-aspek seperti :

i. Promosi

Memberitahu kepada masyarakat dan mempromosikan tentang penjagaan kesihatan yang sempurna dan dapat mengekalkan kesihatan masyarakat pada tahap maksimum.

ii. Preventif

Pencegahan pada peringkat awal untuk mengawal penyakit-penyakit. Pihak kesihatan juga perlu membendung penyakit berjangkit dikalangan komuniti dan masyarakat supaya penyakit tidak merebak dan berlarutan.

iii. Kuratif

Mengambil tindakan awal untuk penyembuhan penyakit supaya tidak berjangkit kepada komuniti. Selain itu, pihak kesihatan mengambil langkah awal untuk membendung penyakit berjangkit.

iv. Rehabilitasi

Kaedah pemulihan dilakukan pada pesakit yang mengalami kecacatan dan anggota pemulihan dan memberi sokongan kepada pesakit yang memerlukan sepenuhnya.

(4)

v. Sokongan

Mengenalkan kaedah-kaedah phisioterapi atau terapi kepada komuniti atau pesakit pada peringkat awal supaya dapat melakukan kerja-kerja harian seperti biasa.

ELEMEN PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER

Antara elemen-elemen yang terkandung didalam program yang digariskan oleh WHO merupakan matlamat yang perlu diusahakan oleh kerajaan untuk dicapai terutama dalam aktiviti komuniti yang perlu digalakkan sebanyak mungkin. Selain pihak kerajaan, penduduk juga perlu memainkan peranan penting untuk sama-sama

(5)

berkerjasama bagi menjayakan elemen-elemen yang telah digariskan oleh WHO demi kepentingan kesihatan sejagat. Antara lapan elemen penjagaan kesihatan primer yang telah digariskan oleh WHO ialah :

1) Pendidikan Kesihatan

Elemen ini diterapkan kepada semua masyarakat tidak mengira golongan kecil, dewasa, muda mahupun warga tua dan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah individual dan lokaliti (tempatan). Ia lebih kepada memberi kesedaran kesihatan dikalangan komuniti, kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup yang sihat. Meningkatkan kesedaran dan langkah-langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri. Memberi kesedaran tentang kemudahan-kemudahan kesihatan yang tersedia serta menggalakkan penggunaan kemudahan yang tersedia. Elemen ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan melalui program-program seperti kempen cegah diabetes, kempen tak nak merokok dan sebagainya sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat komuniti.

2) Makanan Berkhasiat

Makanan berkhasiat menjadi keutamaan untuk kesan jangka panjang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pengambilan makanan seimbang, berkhasiat dan vitamin penting bagi manusia untuk keperluan tubuh badan bagi menjaga kesihatan yang berpanjangan selain mengelakkan dari mudah mendapat penyakit-penyakit yang tidak diinginkan. Antara contoh bantuan pihak kerajaan yang dapat membantu dalam aspek ini ialah seperti pemberian susu sekolah dan dana makanan tambahan bagi murid miskin oleh pihak sekolah dari

(6)

sumber makanan tempatan yang sihat. Selain itu, media massa juga turut mempopularkan gaya pemakanan seimbang yang berkhasiat menerusi pelbagai program televisyen dan penulisan artikel bagi mewujudkan minat kepada penduduk tentang kebaikan makanan berkhasiat ini.

3) Program Immunisasi

Immunisasi atau juga dikenali sebagai pengvaksinan merupakan perkara penting yang dilakukan terhadap seseorang kerana ia merupakan pencegahan peringkat awal bagi seseorang terhindar dari penyakit berbahaya diperingkat awal dan ia juga dikenali sebagai immunisasi primer terhadap kanak-kanak berumur dibawah satu tahun. Imunisasi adalah satu proses memberi vaksin kepada bayi bagi tujuan mencegah kawalan penyakit seperti tifoid, meningitis, influenza dan lain-lain. Immunisasi boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut dan kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa yang tidak membahyakan seseorang bayi itu.

4) Penjagaan Kesihatan Ibu Dan Kanak-Kanak

Program ini merupakan ‘bench marking’ utama untuk menentukan taraf kesihatan negara. Ia perlu memastikan golongan ibu dan kanak-kanak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berterusan dibawah struktur perkhidmatan yang tersusun melalui aktiviti klinik ibu dan anak (kia). Selain itu, ia juga disokong oleh sistem kesihatan kebangsaan yang kuat selain melibatkan masyarakat tempatan.

5) Kesihatan Mental

Melalui program penjagaan kesihatan mental di komuniti seperti melibatkan aktiviti rawatan, penyaringan, rehabilitasi dan juga

(7)

promosi. Secara umumnya ia terbahagi kepada dua iaitu rawatan susulan kepada pesakit psikiatri dan promosi kesihatan mental. Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain dalam pergaulan aktiviti kemasyrakatan di peringkat komuniti.

6) Pencegahan Dan Kawalan Penyakit

Pencegahan ini melalui program yang dilaksanakan secara sistematik sama ada pencegahan penyakit berjangkit atau pun penyakit tidak berjangkit. Penyakit berjangkit sebagai contoh seperti malaria dan denggi boleh dilaksanakan program seperti menganjurkan gotong royong membersih kawasan persekitaran dan manakala contoh bagi penyakit tidak berjangkit pula seperti diabetes, hipertensi dan CVD boleh dilaksanakan melalui program seperti memberi ceramah dan kempen kesedaran tentang pentingnya amalan gaya hidup sihat yang melibatkan cara pemakanan yang sihat dan bersenam.

7) Sanitasi Dan Bekalan Air Yang Selamat

Elemen ini menyatakan tentang kepentingan sumber air bersih yang memainkan peranan penting untuk kegunaan penduduk bagi penjagaan kesihatan kerana air merupakan keperluan asas setiap manusia. Program ini dijalankan oleh unit kebersihan alam sekitar, kawalan mutu air, kawalan mutu makanan dan juga bahagian penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun majlis berkuasa tempatan. Dengan adanya sumber air bersih dan sempurna kita dapat mengelak dan mencegah dari sebarang penyakit yang melibatkan bawaan air.

(8)

Elemen ini biasanya dilakukan oleh penolong pegawai perubatan yang bertugas di unit perkhidmatan pesakit luar dengan memberi rawatan pada peringkat awal terhadap kes-kes kecederaan ringan, demam dan sebagainya. Ubatan asas yang bersesuaian dengan kes akan diberikan sebagai contoh antibiotic, kawalan demam, insulin dan beberapa ubatan yang risiko kepada kesan sampingan adalah rendah seperti paracetamol dan amoxycilline.

PERANAN DAN PERKEMBANGAN PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER

Penjagaan Warga Tua

Warga tua ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengikut definisi ASEAN manakala WHO, 2008 pula mengtakrifkan sebagai mereka yang berumur 65 tahun. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2006), di Malaysia golongan warga tua yang ditakrif sebagai penduduk yang berumur 60 tahun ke atas merupakan 5.7% dari jumlah penduduk atau 745,200 pada tahun 1980. Ia telah meningkat kepada 6.2% atau 1.5 juta pada tahun 2000 dan dijangka akan mencapai 10% atau 3.4juta menjelang tahun 2020. Bagi penjagaan warga tua ini, pihak kerajaan mahupun pihak keluarga sebenarnya perlu memainkan peranan masing-masing tanpa melibatkan perasaan pilih kasih mahupun hanya memikirkan tentang kepentingan masing-masing. Masalah penjagaan warga tua ini semakin mendapat perhatian umum kerana ianya melibatkan kualiti pekerjaan dan hasil produk yang semakin lama semakin meningkat. Pihak kesihatan juga telah mewujudkan Pusat Jagaan Warga Emas bagi kebajikan dan kesihatan warga emas yang kurang bernasib baik ini.

(9)

(http://eprints.uthm.edu.my/3996/1/PANDANGAN_WARGA_TUA_DI_RUMAH_W ARGA_TUA.pdf)

Kesihatan Remaja

Perkhidmatan bagi kesihatan remaja ini telah bermula semenjak tahun 1996 di bawah perkembangan skop Program Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM. Perkhidmatan ini disediakan di semua klinik kesihatan kerajaan untuk remaja 10-19 tahun selaras dengan dasar kesihatan remaja negara yang menekankan kesejahteraan remaja secara menyeluruh dari aspek fizikal, sosial, mental dan kerohanian. Antara skop perkhidmatan yang disediakan ialah kesihatan fizikal iaitu seperti jerawat, panau, migraine, asma dan lain-lain. Kesihatan pemakanan pula seperti obesiti, kurangkan berat badan, anemia dan lain-lain, manakala bagi kesihatan mental pula ialah seperti stress, kemurungan, masalah keluarga, anoreksia dan bulimia. Antara skop lain ialah kesihatan tingkah laku seperti merokok, alkohol, buli dan akhir sekali ialah kesihatan seksual dan reproduktif seperti senggugut, haid tidak teratur, kehamilan remaja, jangkitan penyakit kelamin dan lain-lain. Semua skop perkhidmatan ini dibawah perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan, saringan dan penilain risiko kesihatan, khidmat nasihat dan kaunseling serta rawatan dan rujukan sekiranya perlu.

(http://www.myhealth.gov.my/index.php/perkhidmatan-kesihatan-remaja)

Kesihatan Pekerjaan

Mempertingkatkan kesedaran setiap individu terhadap kepentingan kesihatan diri yang baik, amalan cara hidup sihat dan pemuliharaan persekitaraan yang sihat dan selamat untuk semua kehidupan. Memastikan semua kes-kes kemalangan, keracunan dan penyakit yang berlaku dapat disiasat dengan lengkap dan langkah-langkah

(10)

pencegahan serta pengawalan dapat dilakukan dengan sempurna bagi menghapuskan, meminimakan atau mengelakkan hazard yang memudaratkan kesihatan berlaku.

Penjagaan Terhadap Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas

Perkhidmatan ini merangkumi semua perkhidmatan yang disediakan untuk kanak-kanak biasa seperti pemeriksaan pertumbuhan dan perkembangan, penilaian status pemakanan dan imunisasi. Di samping itu perkhidmatan pemulihan disediakan di klinik kesihatan, perkhidmatan outreach di pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) dan lawatan ke rumah. Semua klinik menjalanakan penilaian perkembangan bagi pengesanan awal masalah ketidakupayaan. Kanak-kanak yang dikesan dengan kelewatan perkembangan dirujuk kepada pegawai perubatan atau pakar untuk pengesahan.

( http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/ms/skop-perkhidmatan-yang-disediakan/penjagaan-kesihatan-kanak-kanak-berkeperluan-khas-kkkk)

Rehabilitasi

Bersedia untuk menerima rujukan kes-kes yang memerlukan program rehabilitasi dan perkhidmatan yang ditawarkan merupakan perkhidmatan rehabilitasi secara berpasukan yang terkoordinasi yang dijalankan bersama kakitangan dari unit-unit pemulihan perubatan anggota dan pemulihan perubatan cara kerja. Program rehabilitasi diperlukan khasnya oleh pesakit-pesakit yang mengalami ketidakupayaan kompleks yang memerlukan intervensi atau rawatan lebih dari satu unit pemulihan. Kumpulan pesakit ini termasuklah mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang, pesakit amputee, pesakit yang menghidap sakit jantung atau selepas pembedahan

(11)

jantung, pesakit dengan ‘neurological deficit’ yang lain seperti stroke dan traumatic brain injury, serta pesakit kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Pihak kesihatan memastikan pesakit boleh berdikari yang optima bersesuaian dengan tahap ketidakupayaan fizikal yang dihadapi pesakit bagi memastikan pesakit mendapat prosthesis dan orthosis yang sesuai.

( http://hserdang.moh.gov.my/index.php/ms/jabatan/perubatan/jabatan-perubatan-rehabilitasi)

Well Adult Clinic

Perkhidmatan khidmat nasihat kepada remaja atau orang dewasa bagi permasalahan yang dihadapi seperti masalah kegemukan atau obesiti diberi nasihat dari segi diet yang betul dan cara pemakanan harian yang seimbang, bagaimana langkah-langkah mahu berhenti merokok bagi perokok yang tegar dan juga permasalahan seksual bagi remaja atau orang dewasa. Perkhidmatan ini membantu seseorang untuk mendapatkan saringan awal dan ia lebih menekankan aspek-aspek penjagaan kesihatan diri setiap individu dan memaksimakan proses pemulihan dari masalah kesihatan.

Home Care Nursing

Perkhidmatan ini ialah bagi seseorang pesakit kronik yang memerlukan rawatan di rumah atau penjagaan di rumah dengan mengambil jururawat peribadi untuk penjagaan dirirnya di rumah. Pesakit kronik ini bermaksud pesakit yang menghidapi penyakit yang berlarutan dan penyakit yang sukar untuk sembuh kerana

(12)

telah lama dihidapi oleh si pesakit. Selain itu, kronik juga digunakan untuk merujuk keadaan atau masalah yang sangat teruk dan tidak menyenangkan terhadap penyakit seseorang pesakit itu dan ianya berbahaya.

AKTIVITI UTAMA DALAM PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER

1) Rawatan Pesakit Luar (Akut dan Kronik) di Klinik Kesihatan dan institusi seperti Depo tahanan sementara dan PLKN.

2) Saringan wellness dikalangan remaja, warga dewasa dan warga emas. 3) Mewujudkan Perkhidmatan kecemasan secara jaringan dengan hospital. 4) Perkhidmatan Kesihatan Primer untuk golongan terpinggir melalui K1

Malaysia dan Perkhidmatan Kesihatan bergerak.

5) Melibatkan komuniti dalam kesihatan Primer melalui penglibatan wakil kesihatan kampung dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan.

6) Mewujudkan infrastruktur dan infostruktur bagi tujuan pemantauan perkhidmatan dan perancangan strategik.

TERMINOLOGI

1) Klinik Kesihatan dikategorikan kepada KK iaitu jenis 1, 2 3 4 5 dan 6. Ia dikategorikan mengikut skop perkhidmatan dan jumlah populasi dalam lingkungan kawasan operasi.

2) Klinik Ibu dan Anak adalah fasiliti yang memberi perkhidmatan kesihatan Ibu dan Anak di dalam kawasan Bandar

(13)

3) Klinik Desa adalah fasiliti di luar bandar yang memberi perkhidmatan kesihatan Ibu dan Anak sahaja. Buat masa kini Klinik ini dikendalikan oleh Jururawat Masyarakat.

4) Perkhidmatan Kesihatan bergerak adalah perkhidmatan kesihatan yang digerak melalui sungai, jalan darat dan udara untuk golongan terpinggir yang mendiami kawasan pendalaman seperti pendalaman Sabah dan Sarawak.

5) Klinik 1 Malaysia adalah klinik yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada golongan terpinggir di bandar. Klinik ini dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

6) Wakil Kesihatan kampung adalah sukarelawan kesihatan yang dipilih oleh komuniti setempat dan dilatih oleh jabatan kesihatan Sarawak mengenai aspek asas kesihatan untuk membantu jabatan kesihatan dalam pengesanan awal dan rujukan pesakit dari kampung-kampung di kawasan mereka ke klinik kesihatan.

(http://jknsarawak.moh.gov.my/bm/modules/mastop_publish/print.php? tac=86)

(14)

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Penolong pegawai perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program. Kesihatan awam dan perubatan di bawah pengawasan pegawai perubatan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Penjagaan Kesihatan Primer (Prima)

Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik-Klinik khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusat Tahanan Imigresen, Institut Pengajian Tinggi Awam, Perkhidmatan kesihatan komuniti, kem-kem kesihatan dan sebagainya. Antara program atau rawatan yang diberikan ialah membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan, memberi rawatan awal bagi kes-kes kecemasan, memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat, memeriksa atau mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan ke atas penyakit ringan. 2. Perkhidmatan Pengkhususan Dan Kepakaran (Skunder)

Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan awam serta unit-unit kepakaran dan sub-kepakaran di bawah program perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut :

Perkhidmatan Pengkhususan i. Program Wellness

(15)

Kesihatan remaja, kesihatan remaja, kesihatan warga emas, kesihatan orang kurang upaya, kesihatan mental, kesihatan sekolah dan warga sihat.

ii. Program Non Communicable Disease

Diabetes, penyakit kardio vaskular, berhenti merokok, darah tinggi, asma, routine medical examination dan lain-lain.

iii. Program Communicable Disease

Tuberculosis, leprosy, denggi, HIV, H1N1 dan lain-lain.

Perkhidmatan Kepakaran (Program Perubatan)

Kecemasan, perubatan Am, pembedahan, ortopedik, oftalmologi, otorinolaringologi, nefrologi,koronari, respiratori, kardiotoraksik, dermatologi, obstetric & ginekologi, urologi, pediatrik, anestesiologi, rawatan rapi, hermodialisis, forensic, organ transplant dan psikiatri.

Perkhidmatan Sub-Kepakaran

Neurofisiologi, pembedahan plastik, pembedahan mikro tangan, perubatan nuklear, pembedahan spinal dan lain-lain.

KESIMPULAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memainkan peranan sebaik mungkin untuk mencapai misi kerajaan Malaysia dengan wujudnya penjagaan kesihatan primer ini bagi memudahkan penyertaan dari golongan masyarakat dan komuniti untuk memudahkan masyarakat mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan yang baik

(16)

tidak mengira kedudukan seseorang itu mahupun di mana seseorang itu berada di bandar atau luar bandar. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memperkukuh dan mempertingkatkan kerjasama serta penglibatan komuniti dan sektor swasta kearah penjagaan kesihatan primer yang mantap, bersepadu dan tanpa sempadan.

Melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berkualiti, kementerian mudah untuk mengintigrasikan aktiviti pencegahan dan penilaian risiko penyakit, pengurusan penyakit akut, dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi penyakit. Selain itu, dengan kewujudan kesihatan primer ini ia juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada individu dan masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan awal ini.

Sehubungan dengan itu, kerajaan bersama-sama kementerian perlulah terus mempertingkatkan lagi langkah-langkah untuk meningkatkan lagi taraf kesihatan masyarakat seperti merancang dan mengurus keperluan dan perkembangan anggota selaras dengan keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, mengawal selia perkhidmatan sokongan teknikal bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan primer, membantu penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bersepadu, komprehensif dan berkualiti secara berterusan tanpa sempadan melalui ICT serta menyediakan perkhidmatan kepakaran berdekatan dengan tempat tinggal. Selain itu, kementerian dan kerajaan juga boleh berkerjasama dengan agensi swasta dalam pengurusan sistem teknologi maklumat untuk memperkasakan komuniti di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Secara kesimpulannya, misi Kementerian Kesihatan mewujudkan penglibatan kesihatan primer di Malaysia berjaya dimana penglibatan dan penyertaan masyarakat

(17)

menghargai kesihatan mereka lebih ramai yang telah mengambil langkah-langkah drastik dan langkah positif untuk meningkatkan lagi serta mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bermutu seperti melakukan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam, pemakanan yang seimbang, dan mendapatkan rawatan serta nasihat pakar dengan segera tentang masalah-masalah kesihatan yang di hadapi seiring dengan matlamat kesihatan primer.

RUJUKAN

DR. Mohd Izhan Mohamed Ibrahim, Pusat Racun Negara, USM (1998). “Penjagaan Kesihatan Primer Lebih Popular” diakses pada 06 Mac 2015 di

(18)

My Health, Kementerian Kesihatan Malaysia, (14 Julai 2006). “Langkah Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik” di akses pada 06 Mac 2015 di

http://www.myhealth.gov.my

Jabatan Bangunan dan Harta Tanah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, (1986). “Pandangan Warga Tua Di Rumah Warga Tua” di akses pada 07 Mac 2015 di http://www.eprints.uthm.edu.my

DR. Nik Rubiah Bt. Nik Abdul Rashid, My Health, Kementerian Kesihatan Malaysia, (25 April 2011). “Perkhidmatan Kesihatan Remaja” di akses pada 6 Mac 2015 di http://www.myhealth.gov.my

Portal Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pembangunan Kesihatan Keluarga (1986). “Penjagaan Kesihatan Primer” di akses pada 6 Mac 2015 di

http://www.jknsarawak.moh.gov.my

KKM (2003) Buku Panduan Pembantu Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluaraga JPA.

Referensi

Dokumen terkait