TAJUK PROJEK: PERLAKSANAAN KAEDAH KESIHATAN GEROMPOK DAN PEMBIAKAN KERBAU DI SABAH

12 

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

TAJUK PROJEK:

PERLAKSANAAN KAEDAH KESIHATAN GEROMPOK DAN PEMBIAKAN KERBAU DI SABAH

KOD PROJEK: I-GT/15(UPM-11)

IPTA:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. MOHD ZAMRI SAAD

AKADEMIA:

PROFESOR MADYA DR. AZHAR KASIM

PROFESOR MADYA DR. MD ZUKI ABU BAKAR

RAKAN INDUSTRI:

BUFFALO BREEDER FARM, TELUPID, SABAH

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH PROJEK: JULAI 2011 – JUN 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek ini berkaitan dengan program pengurusan ternakan kerbau. Objektif utama projek ini adalah untuk memindahkan ilmu dalam aspek kesihatan gerompok, makanan dan pemakanan, serta program pembiakan untuk meningkatkan pengeluaran kerbau. Projek ini telah menghasilkan satu modul pendekatan yang dibangunkan dengan menganalisis rumput dan tahap kesihatan kerbau melalui ujian darah dan ujian tinja sebelum kaedah mengawal jangkitan diformulasi dan dilaksanakan. Tahap semasa pembiakan kerbau, terutamanya pada tahap kebuntingan dan kadar kelahiran, dianalisis dan digunakan untuk memilih pembiak jantan dan betina yang sesuai untuk dilakukan pembiakan. Selain itu, melalui ujian darah dan tinja ini penyakit cacing hati yang merupakan salah satu masalah kesihatan kerbau telah dapat dikenal pasti. Akhirnya, kerjasama pakar-pakar Pusat Ternakan Kerbau Telupid Sabah dan tenaga pengajar Universiti Putra Malaysia telah dapat melaksanakan agenda modul pemindahan ilmu ini.

(2)

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA BUTIRAN

OBJEKTIF Untuk membangunkan dan melaksanakan satu program ternakan kerbau yang merangkumi aspek makanan, pemakanan, kesihatan gerompok dan pembiakan

kerbau.

AKTIVITI

1) Program ini melibatkan tiga aktiviti utama yang terdiri daripada program pembangunan kesihatan ternakan, pemakanan dan pembiakan. a) Kesihatan kelompok akan menentukan status kesihatan kerbau di

ladang, terutamanya kerbau-kerbau yang memberi kesan kepada pembiakan sebelum langkah-langkah kawalan digubal.

b) Dari segi pemakanan, proses menganalisis rumput, produk makanan sampingan, penentuan keperluan nutrien dan perumusan pemakanan telah dikenal pasti supaya memenuhi keperluan pelbagai kategori kerbau.

c) Aspek protokol pembiakan pula lebih melibatkan pemilihan baka kerbau yang sesuai dan pengenalan pembiak baka baharu haiwan (jika diperlukan). Pelaksanaan program pembiakan ini telah dibuat bagi memaksimumkan penggunaan pembiakan baka haiwan. 2) Lawatan dan rundingan telah dijalankan oleh pakar-pakar dari UPM

dan pihak industri bagi membincangkan dan menentukan aktiviti lain yang perlu dilaksanakan di ladang ternakan.

3) Graduan pelatih ditugaskan mendapatkan sampel dan mengumpul data. Pemprosesan dan analisis sampel ini dilakukan bagi mendapatkan analisis terkini ternakan kerbau.

4) Tahap kemajuan projek dipantau dari semasa ke semasa dan segala masalah yang timbul telah dapat diselesaikan dengan segera.

OUTPUT

Industri:

1) Peningkatan 100% jumlah jualan ladang (meningkat dua kali ganda). 2) Penggunaan baja organik telah mengurangkan kos pembajaan kimia

dan hal ini telah menjimatkan kos.

3) Peningkatan 60% dalam kecekapan kaedah inovasi baharu bagi teknik memelihara kerbau.

4) Peningkatan 75% kecekapan proses penambahbaikan pembiakan kerbau

5) Program pembiakan telah meningkatkan kadar kebuntingan daripada 50% kepada 65%.

6) Peningkatan 90% pembiak betina dengan skor badan >3 dan membolehkan kerbau betina itu dibiak.

(3)

2012.

8) Penambahbaikan sistem pemakanan, pengurangan kadar kematian dan program pembiakan telah menghasilkan peningkatan kadar kebuntingan. Pada tahun 2012, sejumlah 89 ekor kerbau telah berjaya dibiakkan berbeza dengan pada tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan 49 ekor setahun. Kadar keuntungan telah meningkat pada tahun berikutnya.

9) Hasil projek menunjukkan 30% daripada ternakan anak kerbau terkini yang dihasilkan lebih besar dan lebih tahan lasak.

10) Seramai 9 orang pekerja ladang telah berjaya mengubah sistem kerja kepada sistem berjadual.

11) Peningkatan hasil jualan kerbau sebelum projek (2010) = RM74,857.00 dan selepas projek (2011) = RM149,333.00

IPTA:

1) Akademia telah mendapat pengetahuan dan pengalaman tentang pemeliharaan sebenar ternakan kerbau.

2) Akademia telah mendapat ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam pembiakan haiwan ternakan lain.

Pembangunan Modal Insan:

1) Projek ini merupakan sebahagian daripada kajian 2 orang pelajar siswazah UPM.

2) Seramai 2 orang staf ladang telah dilatih oleh graduan pelatih berhubung kaedah pemeliharaan kerbau terkini, terutamanya kaedah pemberian makanan, kesihatan gerompok dan pembiakan.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Putra Malaysia 2) Buffalo Breeder Farm

KEBERHASILAN

Industri:

1) Kaedah pemberian makanan telah meningkatkan berat badan semua

(100%) kerbau pembiak betina untuk dibiak.

2) Kaedah kesihatan gerompok untuk menjaga kesihatan kerbau telah berjaya mengurangkan kadar kematian daripada 26% kepada kurang daripada 5%.

3) Sistem pembiakan telah meningkatkan kadar kebuntingan kepada 75% dan kelahiran sebanyak 89 ekor anak kerbau berbanding 46 ekor sebelum ini.

4) Industri mampu mengeluarkan kadar ternakan mengikut pasaran. 5) Pihak ladang telah berjaya menggandakan pendapatan hasil jualan

ladang.

6) Kaedah pemeliharaan kerbau pembiak lebih teratur dan berjadual. IPTA:

(4)

1) Fakulti Perubatan Veterinar (Research Centre for Ruminant Diseases)

kini dikenali sebagai pusat rujukan penyakit kerbau di Malaysia. Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih telah memperoleh pengetahuan tentang proses pemeliharaan ternakan kerbau dengan lebih mendalam.

2) Ilmu yang diperoleh graduan pelatih boleh diaplikasikan kepada ternakan haiwan lain.

(5)

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

B) Laporan Berkala Oleh Industri

PROPOSAL 3 BULAN 6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN AKHIR

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN BULAN 24 LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

(6)

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Buffalo Breeder Farm Tarikh Lawatan : 16 Jun 2014

Panel Penilai : 1) Profesor Madya Dr. Razak Haji Lajis (USM) 2) Profesor Madya Dr. Rasid Mail (UMS)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN

(Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 30% 27%

B AKADEMIA (10%) 8% 7%

C GRADUAN PELATIH (10%) 7% 2%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 7%

E LAPORAN DARI INDUSTRI (30%) 25% 25%

MARKAH KESELURUHAN (%)

77%

68%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF

72%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL PENILAIAN AKADEMIA SKALA PENILAIAN 1. Keberkesanaan ilmu yang dipindahkan oleh akademia

kepada industri 4/5

2. Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

4/5

3. Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5

(7)

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN SKALA PENILAIAN

1. Sasaran objektif projek yang telah dicapai 4/5

2. Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang

disalurkan oleh industri 5/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL PENILAIAN GRADUAN PELATIH SKALA PENILAIAN 1. Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada

projek 3/5

2. Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu 4/5

3. Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir,

merancang, memimpin dan kerja berpasukan 4/5

4. Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek

Jabatan sangat berpuas hati dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak yang telah bekerjasama melaksanakan projek ini dengan jaya.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Berdasarkan penilaian yang telah dilakukan, projek ini telah diklasifikasikan dalam kategori kuning. Projek ini telah menepati bidang tumpuan utamanya dan mempunyai nilai tambah kepada industri di samping mampu menyumbang bagi meningkatkan perkembangan ekonomi negara. Namun begitu, pada peringkat permulaan projek ini menampakkan proses penyelidikan tetapi hasil akhir projek memberi kesan yang positif kepada golongan sasaran.

(8)

LAMPIRAN

Kandang pemantauan

(9)

Kandang pemantauan pemakanan, kesihatan dan berat anak kerbau

Anak-anak kerbau yang berumur lebih daripada 3 bulan dipisahkan daripada induknya untuk proses penyesuaian hidup bersendiri

(10)

Pejabat Pembiakan dan Penyelidikan Kerbau di Telupid, Sabah

(11)

Rumput Napier yang mengandungi protein yang tinggi ditanam di sekitar kawasan kandang

Gerompok kerbau yang dibiarkan lepas di dalam kawasan ragut untuk proses pembiakan dan pembesaran

(12)

Kerbau yang telah mencapai berat yang diingini untuk diagihkan/dijual kepada penternak

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :