• Tidak ada hasil yang ditemukan

GURU PEMULAAN LEPASAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM): KUALITI?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GURU PEMULAAN LEPASAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM): KUALITI?"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

88

GURU PEMULAAN LEPASAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA (IPGM): KUALITI?

Oleh Siti Zohara bt Yassin (Ph.D) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Jalan Kolej, 93200 Kuching Sarawak, Malaysia

e-mail: sitzoh@yahoo.com.sg

ABSTRAK

Penerokaan sosialisasi GP memberi gambaran tahap kualiti GP (GP) lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini dilaksanakan ke atas tiga orang GP yang ditempatkan di tiga buah sekolah rendah. Setelah berada di sekolah selama sepuluh bulan, lawatan dengan mengguna kaedah temu bual dilaksanakan dalam kajian ini. Temu bual berstruktur yang memfokuskan kepada kesediaan, reaksi dan tindakan tiga orang GP adalah fokus dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan GP mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menghadapi dugaan dan tanggungjawab yang dipikul di sekolah. Sikap positif iaitu bersedia belajar dan sabar membolehkan mereka menyesuiakan diri yang merupakan kunci dalam membantu sosialisasi organisasi. Sosialisasi profesionalisme selama lima tahun setengah di IPG telah berjaya membantu jati diri dan profesionalisme keguruan tiga orang GP dalan kajian ini. Matlamat IPGM dalam melahirkan guru yang mampu menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan tampak dalam tiga orang GP dalam kajian ini.

Kata kunci: guru permulaan, sosialisasi organisasi, reaksi, prestasi, sabar

A survey on beginning teacher (BT) socialisation will give an overview on the quality of teachers graduated from Malaysian Institute of Teacher Education (IPGM). This study focus on three BTs who were posted to three primary schools. The interview was carried out on three BTs after their ten months service in the respective schools. Structured interview focus on BTs readiness, response dan actions. The finding shows that three BTs were able to survive in carrying out challenging duties assigned by the school administrators. Positive attitude such as readiness to learn and patience were the key factors contributing in their organisational socialisation. Their five and half years professional socialisation in IPGM do contribute in their professional development. One of the IPGM objectives that is teachers survival in facing challenges in the teaching profession were shown by three BTs in this study.

Key words: beginning teacher, organisational socialisation, reponse, performance, patience.

1. PENGENALAN

Selain universiti menyediakan latihan keguruan, dua puluh tujuh (27) buah maktab perguruan di seluruh Malaysia dipertanggungjawab memberi latihan keguruan bertaraf sijil. Maktab perguruan telah dinaik taraf sebagai institut pendidikan guru Malaysia (IPGM) untuk melahirkan guru bertaraf ijazah iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). Mulai tahun 2007, IPGM menerima pelajar pertamanya. Sebelum memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun, pelajar perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPGM selama 1½ tahun. Graduan sulung IPGM telah ditempatkan di sekolah pada tahun 2011 (IPG, 2011). Penempatan graduan PISMP ini diurus oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

(2)

89 Penempatan guru permulaan (GP) ini tidak mengikut penghususan yang diikuti semasa di IPGM, tetapi ia lebih kepada keperluan sekolah. Ini bermakna penempatan GP berdasarkan kekosongan di sekolah.

1.1 Guru permulaan

GP adalah ‘orang baharu’ masuk ke dalam organisasi baharu (Skeats 1991). Evertson (1989) menganggap transisi dari guru pelatih kepada GP tidak menyukarkan. Ini adalah kerana pengetahuan yang diperolehi semasa menjalani latihan dijadikan landasan untuk memahami persekitaran baharu. Tahun pertama adalah peringkat peralihan dari latihan ke alam kerjaya keguruan yang sebenarnya (Bullough 1987). Zumwalt (1989) menganggap untuk mengenali realiti ia mengambil masa dan bergantung kepada kemampuan individu menyesuaikan idealisme dengan realiti. Zumwalt (1989) seterusnya menyatakan stail belajar dalam organisasi baharu adalah pelbagai: (i) ada yang menggunakan pengalaman iaitu beranggapan setiap situasi adalah unik yang menunjukkan sikap peka, berempati; (ii) belajar dengan membuat refleksi iaitu tidak mempunyai kepastian tetapi bersifat objektif dan reflektif; dan (iii) ada yang belajar dengan berfikir secara analitik logik dan rasional.

Masalah yang dihadapi oleh GP bukan sahaja berpunca dari tempat kerja tetapi ia juga mempunyai kaitan dengan latihan yang diterima, diri guru itu sendiri, murid dan profesion keguruan itu sendiri (Veenman 1984; Jamaluddin 1990). Ramai sarjana menganggap keadaan sekolah dan bilik darjah yang kompleks dan sukar diramal memberi tekanan kepada GP. Jika GP mengalami tekanan, ia akan mempengaruhi tindakan mereka dalam menangani masalah yang juga mempengaruhi komitmennya terhadap tugas yang diamanahkan (Rosenholtz & Simpson 1990; Hatch 1999). Guru yang berpandangan positif akan melihat setiap masalah sebagai cabaran dan mengambil tindakan positif untuk mengatasinya (Othman 1996; Martin 2004). Setelah membuat pertimbangan antara pengetahuan semasa menjalani latihan di IPGM dengan pengalaman pada zaman persekolahan GP berani membuat pembaharuan di sekolah (Grounauer 1993).

1.2 Sosialisasi

Salah satu perkara yang menjadi kerisauan GP adalah ‘survival’ (Pataniczek &

Isaacson 1981). Perkara yang merisaukan GP ini boleh diketahui dengan mengkaji sosialisasi GP, iaitu kemampuan untuk ‘survival’ iaitu menyesuaikan diri dengan sekolah (Tischler 2002). Sosialisasi yang sensitif dengan realiti yang dihadapi oleh GP mampu memberi gambaran tentang punca yang mempengaruhi perkembangan profesionalisme mereka (Kelchtermans & Ballet 2002).

Kelchtermans dan Vandenberghe (1994) menganggap ‘diri’ sebagai dinamik dan kompleks, sentiasa berkembang sepanjang interaksi dengan persekitaran. Sosialisasi dengan organisasi sekolah merupakan peringkat pembentukan identiti guru kerana diperingkat inilah akan memperlihatkan sama ada GP akan dipengaruhi oleh norma-norma di sekolah atau dipengaruhi oleh pengalaman semasa menjalani latihan. Johnston dan Wetherill (2002) beranggapan sosialisasi dengan profesion mungkin tenggelam atau tidak. Tetapi bagi Darling-Hammond (1994) norma dan nilai dalam

(3)

90

sosialisasi profesional dan sosialisasi organisasi akan membantu perkembangan profesionalisme GP kerana ia telah mempengaruhi matlamat GP tersebut (Kelchtermans & Vandenberghe 1994).

Perkembangan profesionalisme GP ini menunjukkan berlakunya proses pembelajaran iaitu GP menggunakankan segala pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang telah dibentuk semasa menjalani latihan untuk menyesuaikan dirinya, menolak amalan yang sedia ada dan cuba mempengaruhi orang sekelilingnya, iaitu memperkenalkan pembaharuan di sekolah (Kelchtermans & Ballet 2002). GP yang melalui proses ini dianggap oleh Kelchtermans dan Vandenberghe (1994: 47) telah mencapai ‘professional self’. GP yang telah mencapai ‘professional self’ ini memiliki lima

kriteria, iaitu imej kendiri, keyakinan diri, motivasi untuk bekerja, kepuasan bekerja dan persepsi terhadap tugas yang mempamerkan kemampuan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rasa seronok berada di sekolah.

1.3 Tujuan Kajian

Sosialisasi profesional guru pelatih yang telah saya jalankan (2011a) mendapati guru pelatih telah memiliki keyakinan diri dan mampu menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah. Guru pelatih juga membuat jangkaan dan bersedia menghadapi realiti di sekolah yang harus ditempuhi setelah tamat menjalani latihan di IPG. Institut Perguruan Batu Lintang telah mampu menyemai sikap positif dan optimistik dan menerapkan nilai murni dalam kalangan guru pelatih. Kajian saya terhadap keyakinan pihak sekolah terhadap kualiti guru pelatih keluaran IPG Kampus Batu Lintang mendapati pihak sekolah berpuas hati dengan prestasi guru pelatih melaksanankan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan guru pelatih mampu melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan cemerlang (2011b). Kajian ini adalah kesinambungan dari sosialisasi profesional kepada sosialisasi organisasi iaitu dari guru pelatih kepada GP. Kajian ini terbatas kepada reaksi dan kesediaan GP menerima cabaran iaitu lebh berfokus kepada tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah setelah sepuluh bulan berada di sekolah. Kajian ini tidak melihat pengajaran dan pembelajaran GP di bilik darjah kerana semasa kajian lapangan dijalankan GP membuat ulangkaji untuk peperiksaan akhir penggal (akhir tahun).

2. METODOLOGI KAJIAN

Apabila berada dalam suatu persekitaran, GP yang merupakan seorang yang dinamik dan informan utama menceritakan tentang apa yang dialaminya (Tierney & Dilley 2002). Pengalaman yang diceritakan oleh GP merupakan data yang diperolehi daripada temu bual berstruktur yang agak longgar sedikit mampu memberi gambaran konteks persekitaran dan keadaan di sekolah dengan lebih luas (Goodson, 2003) yang semestinya bukan berladaskan teori semata-mata (Keiny 1994). Oleh itu pengkaji berpendapat pendekatan temu bual boleh menjelaskan reaksi dan tindakan GP yang memperlihatkan reaksi, persepsi dan pembinaan konsep kendirinya (Keiny 1994). Untuk mengurangkan bias (Johnson & Christensen 2000), maklumat daripada pelbagai sumber iaitu rakan sejawat dan guru besar digunakan memastikan kebolehpercayaan dan keesahan data (Johnson & Christensen 2000) dan untuk mendapat kefahaman yang mendalam tentang sesuatu peristiwa (Denzin & Lincoln

(4)

91 1994). Walau bagaimanapun penghuraian terperinci dan penerangan pola yang terdapat dalam kajian ini bukan untuk membuat generalisasi tingkah laku manusia (Silverman 2001) tetapi terbatas kepada kajian ini sahaja.

2.1 Responden Kajian

Kajian ini menerokai sosialisasi organisasi GP yang telah ditempatkan di sekolah rendah setelah menamatkan latihan di IPGM. Pemilihan responden ini dibuat secara rawak. Ketiga-tiga GP ini mendapat latihan di tiga buah IPGM dan ditempatkan di tiga buah sekolah di Sarawak. Sesi temu bual berfokus kepada kesediaan, reaksi dan tindakan GP sepanjang sepuluh bulan mereka berada di sekolah. Pelaksanaan kajian di lapangan iaitu temu bual dilaksanakan sebanyak dua/tiga kali yang diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu guru besar, PK 1, guru kokurikulm, guru kanan dan staf sokongan selain GP. Protokol temu bual hanya befokus kepada kesediaan dan prestasi GP dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab oleh pihak sekolah. Pelaksanaan kerja lapangan adalah seperti dalam jadual 1. Nama IPGM, sekolah dan individu dalam kajian ini adalah nama samaran untuk melindungi responden daripada menghadapi ancaman (Smith 1990; Murphy & Dingwall 2001).

Jadual 1: Pelaksanaan kajian di lapangan

Bil Sekolah Pelaksanaan

temu bual

Responden IPGM

1. SK Kemboja sekolah gred A 657 orang murid, 52 orang guru (dalam bandar)

16/10, 17/10 dan 1/11

cikgu Abu, guru besar, PK1, staf sokongan IPG A 2. SK Melor - sekolah kurang murid (SKM) jumlah murid 110 orang dan 13 orang guru (luar bandar)

15/10, 1/11 cikgu Lily, guru besar, guru kokurikulm, guru kanan, staf sokongan IPG B 3. SK Cempaka - sekolah pendidikan khas masalah penglihatan (dalam bandar), 33 orang murid dan 19 orang staf

18/10, 30/10 cikgu Karim, guru besar, mentor

IPG C

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. mendapat gambaran tentang reaksi GP terhadap tugas yang diberi oleh pihak sekolah; dan

2. meninjau bagaimana GP menyesuaikan diri dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah

(5)

92

Soalan kajian

Kajian ini akan menjawab soalan-soalan kajian berikut: 1. Apakah reaksi GP apabila ditempatkan di sekolah?

2. Apabila berada di sekolah apakah reaksi GP terhadap penempatan dan tugas yang diberi oleh pihak sekolah.

3. Apakah yang boleh dimanfaatkan oleh GP dari latihan di IPGM apabila berada di sekolah?

2.2 Kepentingan kajian

Kajian yang menerokai sosialisasi GP memberi gambaran tentang perkara yang boleh mempengaruhi GP atau ‘fenomena penyesuaian’ dengan konteks baharu iaitu sekolah (Griffin 1985). Apakah harapan pihak sekolah terhadap GP? IPGM mungkin mendapati beberapa kelemahan dari segi pelaksanaan dan kandungan beberapa program atau kursus yang dikendalikannya. Dapatan kajian ini membolehkan IPG melihat semula program dan kurikulum yang boleh digunapakai. Sejauh mana kurikulum dan kursus PISMP mampu menyediakan calon untuk menjadi seorang guru yang efektif?

3. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Cikgu Abu, cikgu Karim dan cikgu Lily mempunyai pengalaman dan masalah yang berbeza. Cikgu Abu dari program Pendidikan Khas ditempatkan di sekolah gred A mengajar kelas pendidikan khas berhadapan dengan penyelaras pendidikan khas yang tak kisah, cikgu Karim dari program Sains ditempatkan di sekolah pendidikan khas iaitu murid yang mempunyai masalah penglihatan (buta) dan juga masalah pembelajaran, manakala cikgu Lily pula ditempatkan di sekolah kurang murid di luar bandar dilantik sebagai PK1 setelah satu minggu berada di sekolah kemudian dilantik memangku GB pada bulan Februari hingga Mei. GB lama berpindah sekolah (bulan Februari) Selain berada dalam persekitaran (sekolah) yang agak merisaukan, GP dipertanggunjawab memegang tugas yang agak penting seperti guru disiplin, guru data, guru ICT, mengajar darjah enam (6) yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) (sila rujuk jadual 1 dan jadual 2). Lazimnya darjah enam diajar oleh guru yang berpengalaman.

Jadual 2: Tugas di sekolah

Bil Responden Tugas

1. cikgu Abu – pengkhususan pendidikan khas

mengajar kelas pendidikan khas, guru disiplin sekolah, guru penasihat pengakap, 2. cikgu Lily

pengkhususan bahasa Cina

memangku guru besar,

memangku PK1, mengajar subjek bahasa cina, sukan ping pong. 3. cikgu Karim

pengkhususan sains

mengajar kelas pendidikan khas masalah penglihatan, guru ICT, guru data, guru bestari, warden, penasihat pengakap.

(6)

93 Dapatan kajian dibahagikan kepada tiga tema iaitu reaksi terhadap tugas yang diberi oleh pihak sekolah, cara menyesuaikan diri dalam melaksanakan tugas dan prestasi kerja GP.

i) reaksi

Cikgu Lily menerima jawatan tersebut sebab rasa hormat dan kagum dengan GB yang dianggap sebagai seorang yang tegas, sistematik. Reaksi cikgu Lily apabila dilantik sebagai PK1:

“...happy sebab dia memandang tinggi terhadap saya. Saya mahu belajar dengan dia. Saya juga ingin mencuba sebab jawatan ini bukan senang nak dapat bukan senang nak buat tapi saya hairan kenapa orang tak mahu. Selepas saya pegang jawatan ini baharu saya sedar... banyak kerja... tak ada elaun patutlah orang tak mahu. ...kalau saya give up rasa ta belajar apa-apa...tak ada pengalaman...saya rasa saya mampu...tahun depan jika saya dilantik semula saya terima...”

Selepas dua minggu GB berpindah cikgu Lily dilantik menjalankan tugas GB. ini bermakna cikgu Lily menjalankan dua peranan selama lima bulan (guru besar baharu masuk bulan Jun). Laluan selama lima bulan pertama dianggap ‘sangat pahit‟ kerana ‘belum kenal guru-guru sudah dilantik menjadi PK1’ dan ia merupakan ‘stres sosial‟. Sebagai seorang pemimpin cikgu Lily perlu melaksanakan tugas pengurusan seperti urusan ‘sit-in, mengenal pasti guru untuk pergi kursus’, dan beliau merasakan

terpaksa’ mengarah. Keadaan ini menyebabkan hubungan beliau dengan ‘staf tidak memuaskan tapi kena buat juga‟. Berikut adalah luahan cikgu Lily:

“Memangku GB dan menjadi PK1 pada masa yang sama amat berat. Saya pernah pergi mesyuarat sebagai GB, balik mengajar di kelas dan di bilik guru saya perlu buat tugas PK1 sangat banyak.Saya duduk di bilik guru sebab saya nak tengok keadaan staf bekerja dan supaya saya boleh bermesra dengan staf. Tetapi staf tidak bercakap dengan saya. Mereka bercakap dengan saya apabila ada urusan rasmi bukan berbual-bual. Saya sangat stres. Sekarang GB baharu sudah datang saya masih urus akaun komputer...”

Begitu rencamnya tugas yang dipikul tetapi cikgu Lily, cikgu Karim dan cikgu Abu tetapi ketiga-tiga mereka menerima dan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan matlamat yang ingin dicapai jelas dalam cikgu Abu. Berikut adalah luahan rasa ketiga-tiga GP:

“ ...tidak sangka ditempatkan di sekolah pendidikan khas...harapan ditempatkan di luar bandar, terima sahajalah...terpaksa belajar kerana tidak mempunyai asas dalam pendidikan khas.” (cikgu Karim) “...biasa budak-budak berak kenapa harus geli...pendidikan khas memanglah macam tu...itulah kerajaan bagi elaun RM250.00 sebulan untuk kita basuh kencing, jaga budak...kalau nak berkira dengan budak ni tak usahlah...sebenarnya saya nak buat hari pemuafakatan berjumpa dengan ibu bapa tiga kali setahun. Saya nak rapat dengan

(7)

94

ibu bapa, saya nak buat terapi air sebab saya banyak belajar...saya nak cuba bawa di sini. tahun depan perlu ada takwim...sekarang tak ada. Kalau penyelaras tak buat saya buat. Kalau ibubapa tahu kita ada perancangan baru ibubapa yakin dengan aktiviti kita...saya nak buat program tiusyen. Saya nak membantu...”(cikgu Abu)

Berikut adalah reaksi GB, mantan PK1 yang juga merupakan guru cemerlang dan PK KOKO (penolong kanan kokurikulum), pegawai pembantu murid (PPM) dan mentor, terhadap GP dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah.

“...saya dapati dia boleh jalankan tugas dengan cemerlang...mungkin cikgu lain tak sanggup terima tapi dia sanggup terima...dia memang bagus, toleransi...saya banyak tanya dengan dia...tidak kedekut...kadang-kadang dia ingatkan saya...saya rasa senang...gembira...kalau ada PK1 macam dia senang saya ...dia sanggup bekerja...saya kesihan dari segi tanggungjawab dan beban tugas yang dipikul banyak... tak ada mengadu pada saya. Kalau dia mahu jadi PK kerja dengan saya memang bagus...tapi dia menangung kerja orang lain tak ada elaun...” (GB SK Melor)

“Pandangan pertama saya terhadap dia ialah, dia memang suka belajar. Guru yang baharu gred, dilantik menjadi PK1, merupakan sesuatu yang luar biasa. Kalau saya jadi dia saya tak akan terima...dia seorang yang berani mencuba.”(mantan PK1, SK Melor)

“…dia seorang yang bertanggungjawab, boleh menjalankan tugas dengan baik. GB lama pilih dia sebab dia adalah calon yang baik..”(PK KOKO, SK Melor)

“Dia GP yang bertanggungjawab, tak mengelak‟ (mentor, cikgu Karim)

“Dia jenis orang yang menerima apa sahaja yang diberi...kami selalu merujuk kepada penyelaras tetapi tiada kata putus jadi kami lebih banyak berurusan dengan cikgu Abu.” (PPM, SK Kemboja)

“Dia(cikgu Abu) terlalu ghairah...semangat dia kuat...pagi-pagi dia bua persediaan...saya akut orag mengganggap itu tugas dia sebab memang ada jadual guru yang bertugas...saya selalu tegur dia iarlah orang buat ...saya takut membebankan dia...saya takut orang ambil kesempatan.” (rakan sejawat, SK Kemboja)

“Sangat positif, ciri-ciri seorang guru, dia tegas, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, mesra dengan semua orang, tidak mengambil kesempatan keadaan murid, aktiviti kokurikulum dilaksana...saya suka...saya harap dia tidak mudah terpengaruh.” (PK1, SK Kemboja)

Semua rakan sejawat menunjukkan yakin kemampuan GP melaksanakan tugas yang diberi oleh pihak sekolah dan mereka mampu membuat yang terbaik kerana mempunyai sikap yang positif.

(8)

95

ii) cara menyesuaikan diri dalam melaksanakan tugas

Masa yang diperuntuukan oleh ketiga-tiga GP terutama cikgu Lily ini boleh dikatakan tertumpu kepada membuat kerja sekolah. Tindakan ini diambil berdasarkan dari pemerhatian dan kehendak semasa. Berikut adalah luahan rasa GP:

“Tugas GB saya buat awal pagi seperti baca surat sebab surat perlu diminitkan. awal pagi saya jalan keliling sekolah sebab GB lama buat seperti ini saya ikut GB lama. Sudah lama tidak ada perhimpunan, saya dapati disiplin murid menurun seperti tidak bagi salam pada cikgu, pakaian tidak kemas, cikgu lambat masuk kelas...saya rasa ada yang tak kena. Sebelum berucap saya buat draf. Saya tanya cikgu lain perkara yang perlu dicakap semasa perhimpunan. Tiap-tiap hari saya buat kerja sampai pukul 8.00-9.00 malam dalam masa 5 bulan sebab terlalu banyak kerja.” (cikgu Lily)

“...saya cat sendiri pada hari Sabtu dan Ahad...hias kelas sempena hari merdeka...”(cikgu Abu)

“...daripada gambarajah buat dalam bentuk ayat dan taip masuk dalam sistem kena susu...banyak kerja. Pada permulaan sebulan dua saya stay di sekolah sampai jam 5.00 petang...cara mengajar lain...saya keluar kelas ambil nafas sebab kita tak dapat terangkan seperti murid perdana...sabar...ini pendidikan khas tak dapat mendesak mereka” (cikgu Karim)

Situasi ini disokong oleh GB dan PPM seperti berikut:

“...dia datang awal...dan balik lambat...sanggup kerja lebih masa...jarang balik kampung...dia selalu bekerja lebih masa...” (GB, SK Melor)

“Dia sedia meluangkan masa...berada di sekolah sampai pukul 3.00 petang membuat RPH (rancangan pengajaran harian), membuat BBM (bahan bantu mengajar)” (PPM, SK Kemboja)

Pengalaman semasa di IPGM membantu GP melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Berikut adalah pengakuan GP:

“...unit beruniform tak ada masalah melaksanakannya...ada pengalaman bermain pentong semasa di IPGM, kadet remaja...” (cikgu Abu)

“Saya tulis isi penting seperti masa buat pembentangan di IPGM. Saya tidak tengok kertas sebab nanti murid hairan tengok saya...Hari Guru saya juga berucap. Mula-mula amat risau takut tak tahu berucap...tapi apabila di atas pentas saya tak tengok kertas...” (cikgu Lily)

Sikap suka bertanya dan ingin belajar menyebabkan ketiga-tiga GP boleh melaksanakan tugas dengan lacar dan mendapat kerjasama daripada rakan sejawat.

“... di sekolah ini banyak perkara saya tak tahu, misalnya surat menyurat. saya selalu bertanya...kalau ada bimbingan tak stres tapi

(9)

96

kalau bersendirian akan rasa tertekan. Saya banyak bertanya dengan PK1, PPM, cikgu Hamid (mantan guru pendidikan khas sudah berpindah ke pejabat) sebab pengalaman dia di sini ” (cikgu Abu) “Saya minta tolong PK1 dia mentor saya, saya selalu telefon GB lama yang sangat saya kagumi...dia banyak ajar saya sistem pentadbiran, cara urus fail, pembelian buku, cara buat akaun komputer, dia banyak beritahu saya banyak bersabar dan memang jawatan ini menghadapi masalah sosial. Mesyuarat staf saya panik takut tak berani nak cakap. Saya buat draf dahulu baru saya tanya PK1 dan GB lama, minta bantuan PK HEM, PK KK...”(cikgu Lily) iii) Prestasi kerja

Semua GP boleh melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik, malah dipuji oleh pihak sekolah dan orang luar. Berikut adalah pandangan guru besar, mentor dan PPM.

“...PPD (pegawai pelajaran daerah) puji dia...di sini ada PK1 yang bagus...dia boleh jalankan tugas dengan baik”(GB SK Melor)

“Dia boleh menyesuaikan diri dan boleh menjalankan tugas dengan sempurna, memiliki ciri-ciri seorang guru pendidikan khas...sabar...tabah...dia ada ciri-ciri ini walaupun pada peringkat awal terkejut tak pernah buat alat bantuan mengajar khas...dia perlahan-lahan belajar dan sekarang berada di tahap yang baik...kehadiran dia banyak membantu...dapat menjalankan tugas sempurna dan dia agak sibuk sedikit” (mentor cikgu Karim)

“Dia banyak memberi pandangan yang melibatkan pendidikan khas, murid suka datang ke sekolah, ada keceriaan (menghias kelas pendidikan khas, aktiviti menyeronokkan, ada sikap penyayang...jika ada aktiviti luar dia buat persediaan awal...ada jiwa pendidik...kalau saya ada guru seperti ini ia boleh menjadikan sekolah ini „school of choice‟...dia dapat memahami misi dan visi sekolah ini.” (GB, SK Kemboja)

“..dia boleh menyesuaikan diri dengan budaya dan memenuhi keperluan saya dan sekolah...saya nak dedahkan dia terutama dalam pengurusan untuk memberi pengalaman mana tahu dia nanti menjadi penganti saya...dia bagus dalam ICT dia buat website sekolah, dia juga jadi guru data dan guru bestari” (GB SK Cempaka)

“...banyak dia sumbangkan kepada murid misalnya membeli beg untuk murid membawa bekal, mengecat bilik...cikgu yang dedikasi memiliki ciri-ciri guru pendidikan khas, dia bercita-cita nak memajukan pendidikan khas...sehingga kini sudah ada perubahan yang ketara murid kumpulan B sudah boleh sebut sukukata dan boleh baca, seorang murid autistik selalu tidur waktu kelas sudah boleh beri tumpuan semasa kelas...dia matang dari segi pemikiran, profesional dari segi pergaulan...antara tiga orang guru pendidikan khas di sini dialah the best” (pegawai pembantu murid, SK Kemboja)

(10)

97

“RPH baik...cemerlang...aktiviti sesuai dengan RPH masih seperti di IPGM dia lukis...buku dia dah habis...saya rasa tak perlu terperinci”(rakan sejawat, SK Kemboja)

Semua staf sekolah rasa senang dan bertuah kehadiran ketiga-tiga GP ini di sekolah mereka. Selain boleh menyesuaikan diri, GP telah cuba membawa perubahan dan pembaharuan di sekolah dan ia disenangi oleh GB dan rakan sejawat.

4. RUMUSAN

Walaupun tiga GP ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza, tetapi ketiga-tiga menunjukkan sikap positif dalam sosialisasi organisasi (Kelchtermans & Ballet 2002) iaitu tidak menolak dan menerima tugas yang dipertanggungjawab oleh pihak sekolah. Terdapat ada kesinambungan sosialisasi profesional (Siti Zohara 2011a) ke dalam sosialisasi organisasi dalam kajian ini. Sikap positif ini telah mengarahkan GP bertindak positif (Othman 1996; Futrell 1996; Martin 2004) seperti bertanya dengan rakan sejawat untuk mendapat bantuan, bersedia meluangkan masa dan tenaga menunjukkan GP mempunyai keyakinan diri, bermotivasi dan boleh menyesuaikan diri (Kelchtermans & Vandenberghe 1994). Sikap positif ini terjelma kerana sokongan dari rakan sejawat yang merupakan pendorong dan juga pengalaman semasa di IPGM telah membantu mereka dalam menghadapi segala cabaran.

Inilah realiti yang dihadapi oleh ketiga-tiga GP. Pengalaman ini diharapkan boleh membuka pandangan dan membuat persediaan cabaran yang bakal ditempuhi oleh GP apabila mereka ditempatkan di sekolah setelah tamat menjalani latihan keguruan di IPGM. Ketiga-tiga GP mampu memenuhi keperluan dan membuat perubahan di sekolah dan ia dihargai oleh rakan sejawat.

Rujukan:

Bullough, R. V. & Baughman, K. 1993. Continuity and change in teacher development: a first year after five years. Journal of Teacher Education, 44, 86-95.

Darling-Hammond, L. 1994. Professional Development Schools. New York: Teachers College Press.

Denzin, N. K. & Lincoln, Y. S. 1994. Introduction: entering the field of qualitative research. Dlm. Denzin, N. K. & Lincoln, Y. S. (pnyt.). Handbook of qualitative research, hlm. 1-17. London: Sage, Thousand Oak.

Evertson, C. M. 1989. Classroom organization and management. Dlm. Renolds, M. C. (pnyt.). Knowledge base for the beginning teacher, hlm. 59-70, Oxford: Pergamon Press.

Goodson, I. 2003. Professional knowledge and the teacher’s life work. Dlm. Day, C; Fernandez, A; Hauge, T. E. & Moller, J. (pnyt.), The life and work of teachers: International perspective in changing times, hlm. 13-25. London: Falmer Press. Grounauer, M. M. 1993. Caution and years of experience. Dlm. Huberman. M. The

lives of teachers, hlm. 157-180. England: Cassell.

Hatch, J. A. 1999. What preservice teachers can learn from studies of teachers’ work. Teacher and Teacher Education, 15, 229-242.

(11)

98

Institut Pendidikan Guru, 2011. The new IPG – learner centred university (bahan tidak diterbitkan)

Jamaluddin Yusof. 1990. Masalah profesional guru baru sekolah rendah lepasan Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Johnson, B & Christensen, L. 2000. Educational research: quantitative and qualitative approaches. Allyn and Bacon: Boston

Johnston, B. & Wetherill, K. 2002. Teacher sosialization: opportunities for university-school partnerships to improve professional cultures. The High School Journal, 85/4, 23-39.

Keiny, S. 1994. Constructivism and teachers’ professional development. Teaching and Teacher Education, 10,2, 157-167.

Kelchtermans, G. & Ballet, K. 2002. The micropolotics of teacher induction: a narrative-biographical study on teacher socialisation, Teaching and Teacher Education, 18, 105-120.

Kelchtermans, G. & Vandenberghe, R. 1994. Teachers’ professional development: a biographical perspective, 26/1, 45-62.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Laporan Tahunan 2009. Putrajaya: KPM

Martin, S. D. 2004. Finding balance: impact of classroom managemant conceptions on developing teacher practice, Teaching and Teacher Education, 20, 405-422. Othman Lebar. 1996. Isu-isu dalam pendidikan guru KPLI. Jurnal Pendidikan Guru,

11, 59-76.

Pataniczek, D. & Isaacson, N. S. 1981. The realtionship of socialization and the concerns of beginning secondary teachers. Journal of Teacher Education, 32/3, 14-17.

Rosenholtz, S. J. & Simpson, C. 1990. Workplace conditions and the rise and fall of teachers’ commitment. Sociology of Education, 63/4, 241-257.

Silverman. D. 2001. Doing qualitative research: a practical handbook. London: Sage Publications.

Siti Zohara Yassin. 2011a. Teacher Trainees Professional Socialization. KABOKA 6 Konferensi Antarauniversiti Se Borneo-Kalimantan Ke-6. Siti Zohara Yassin. 2011b. Prestasi Guru Pelatih Pengajian Ijazah Sarjana

Muda Pengajaran (PISMP)Ambilan Januari 2007 Praktikum Fasa Tiga: Apa kata pihak sekolah? Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011

Skeats, J. 1991. Successful induction: how to get most from your new employees. London: Kogan Page.

Tierney, W.G. & Dilley, P. 2002. Interviewing in education. Dlm. Gubrium, J. F. & Holstein, J. A. (pnyt.). Handbook of interview research: context and method, hlm. 453-471. Thousand Oaks: Sage Publications.

Tischler, H. L. 2002. Introduction to sociology. Edisi ke-7. Orlando: Harcourt Press Veenman, S. 1984. Perceived problem of beginning teachers. Review of Educationa

Research, 54/2, 143-178.

Zumwalt, K. 1989. The need for a curricular vision of teaching. Dlm. Renolds, M. C. (pnyt.). Knowledge base for the beginning teacher, hlm. 173-184, Oxford: Pergamon Press.

Referensi

Dokumen terkait

Penjelasan pada hal tersebut adalah besarnya variasi pertumbuhan pada populasi kerbau di kelompok peternak di Pandeglang yang selain dari variasi secara

Har relasjoner til følgende aktører hatt betydning for din bedrifts utvikling av nye ideer, prosesser og produkter.. (Sett kryss på alle

Terdapat tiga perkara utama yang dibangkitkan oleh pembentang kertas kerja dalam sidang ini sama ada secara berasingan atau bersama, iaitu corak kepimpinan Abdullah,

Berdasarkan penjelasan ini maka dapat disimpulkan bahwa perlu meningkatkan hutang untuk membiayai aset perusahaan atau perlu meningkatkan financial leverage untuk

The present stage of the research was conducted with the aim of establishing the students’ perception of the influence of the Programme on student-teachers’ opinions about

Bahwa kompensasi, komitmen, konflik, dan lingkungan kerja secara bersama-sama (simultan) berpengaruh signifikan terhadap kinerja pegawai Badan Kepegawaian Daerah

1) Susu segar yang ditolak oleh Industri Pengolah Susu masih dapat dimanfaatkan menjadi susu yang kadar laktosanya rendah, karena sumber protein dan lemak- nya

follow (ikuti) terdiri dari berbagai kelangan terkenal dan terdapat 101 tuturan yang sesuai dengan prinsip kesantunan dengan persentase 100%. Prinsip kesantunan