STPM
946/1
Jawab empat soalan.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
KERTAS 1
(Satu jam empat puluh lima minit)
PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS MODEL SET 2
Bahagian A Jawab semua soalan.
1 Terangkan tiga pihak yang berkepentingan bagi sesebuah sekolah. [6]
2 Dengan memberikan satu contoh yang sesuai, jelaskan maksud perniagaan tahap sekunder. [4]
3 Huraikan tiga jenis pendekatan kawalan kualiti dalam pengeluaran. [6]
4 Terangkan tahap huluan dan tahap hiliran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran sesuatu
produk berkaitan pengguna. [4]
5 Jelaskan dua pendekatan pemasaran yang berikut:
(i) Pemasaran moden
(ii) Pemasaran kemasyarakatan [6]
6 Huraikan dua pihak yang menjadi perantara dalam saluran agihan produk. [4]
7 Perihalkan tiga jenis akaun yang terdapat dalam Kunci Kira-kira. [6]
8 Senaraikan empat kebaikan jika perniagaan mempunyai lebihan tunai. [4]
9 Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi penentuan sesuatu keputusan berkaitan pemberian
pampasan kepada pekerja oleh majikan. [6]
10 Huraikan dengan ringkas dua skim kemudahan penamatan perkhidmatan. [4]
Bahagian B Jawab semua soalan.
“The Apprentice Asia”
11 Jonathan Allen Yabut, pemenang musim pertama “The Apprentice Asia” merupakan salah seorang penerima Anugerah Mansmith Young Market Masters 2012 akan menerima gaji sebanyak US$100,000 dan akan berpindah ke Kuala Lumpur dalam masa dua minggu untuk memulakan perantisan di bawah hartawan penerbangan Dato’ Tony Fernandes. Dia bersama peserta “Apprentice Asia” yang lain kini bekerja untuk kempen publisiti mewakili AirAsia dan Tune Hotel.
“The Apprentice Asia” ialah sebuah program realiti Asia di mana sekumpulan ahli perniagaan yang bercita-cita tinggi dan mampu berdaya saing diberi peluang untuk bekerjasama dengan usahawan Malaysia, iaitu Dato’ Tony Fernandes. Beliau berfungsi sebagai tuan rumah kepada program ini dan digelar sebagai “The World’s Toughest Job Interview,”.
Program ini telah disiarkan di rangkaian AXN Asia dan semua televisyen Amerika Syarikat dan Atlantis.
Di dalam program ini, Tony Fernandes sebagai tuan rumah bersama Mark Lankester, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Hotels Group, dan Kathleen Tan, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Expedia Asia akan menganalisis dan menilai strategi, kaedah operasi, dan hasil kerja
“perniagaan” yang diamanahkan kepada peserta yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka akan menentukan pasukan manakah yang mendapat markah terendah dan
Musim ini bermula dengan 12 orang peserta, enam orang lelaki, dan enam orang wanita dari seluruh Asia. Setiap peserta telah menunjukkan kebolehan pengurusan perniagaan dalam pelbagai syarikat, termasuk pengurusan restoran, teknologi maklumat, dan jualan.
Setiap minggu, Dato’ Tony Fernandes akan memberikan tugas yang perlu dijalankan oleh setiap kumpulan yang dibahagi mengikut jantina. Setiap pasukan pula akan memilih “pengurus projek” untuk memimpin mereka dalam tugas yang diberikan untuk minggu itu. Pasukan yang menang menerima ganjaran, manakala pasukan yang kalah menghadapi pertarungan bilik lembaga pengarah dengan Dato’ Tony Fernandes dan dua sekutunya untuk menentukan yang ahli pasukan yang perlu dipecat kerana menjadi punca kegagalan atau kerugian projek mereka.
Yabut merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Filipina telah mengalahkan 11 orang peserta lain dari negara-negara Asia yang berbeza. Mark Lankester memuji Yabut kerana kesungguhan beliau ketika melakukan projek lelongan amal yang dianjurkan untuk Yayasan AirAsia. Selain itu, Yabut dilihat sebagai seorang pemimpin yang berkesan dan mempunyai minat mendalam terhadap tugas yang diberikan kepadanya. Oleh sebab itu, Dato’ Tony Fernandes membuat keputusan untuk mengupahnya.
(Sumber: Disesuaikan daripada berita Bernama online) Berdasarkan kes di atas,
(a) kaedah pengrekrutan AirAsia dalam program “The Apperentice Asia” adalah melalui pengrekrutan luaran. Jelaskan kelebihan kaedah pengrekrutan ini, [10]
(b) kelaskan pengurusan sumber manusia strategik yang telah dijalankan oleh AirAsia. [20]
Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau soalan 13.
12 Jelaskan kepentingan penyelidikan pemasaran. [20]
ATAU
13 Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi segmentasi pasaran. [20]
Jawapan Cadangan
Bahagian A Rangka Jawapan
1 Tiga pihak berkepentingan bagi sesebuah sekolah:
Pelanggan
Pelajar dan ibu bapa yang mempunyai kesan langsung kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah
Pesaing
Sekolah kerajaan dan sekolah swasta yang berada di persekitaran sekolah berkenaan Masyarakat
Individu yang tinggal berhampiran dengan sekolah dan mempunyai kesan tidak langsung Kerajaan
Pihak yang menggubal kurikulum dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan negara
Pembekal
Pihak yang dilantik oleh kerajaan untuk membekalkan buku teks, peralatan sekolah, dan asrama 2 Maksud perniagaan sekunder:
• Perniagaan tahap sekunder ialah kegiatan memproses bahan mentah yang dihasilkan oleh perniagaan tahap primer kepada barang separuh siap dan barang siap
• Sebagai contoh, susu getah (tahap primer) diproses menjadi kepingan getah (barang separuh siap) dan tayar (barang siap)
3 Tiga jenis pendekatan kawalan kualiti dalam pengeluaran:
Kawalan input
• Pengawalan ke atas input seperti tenaga kerja, bahan mentah, dan penggunaan mesin dijalankan sebelum aktiviti pengeluaran bermula
• Kawalan awalan dilaksanakan bertujuan untuk mengelakkan pemesongan dan memastikan pengeluaran mengikut spesifikasi
Kawalan kerja dalam proses
• Pengawalan dilakukan pada peringkat penukaran input kepada output
• Kawalan ini dilakukan bertujuan untuk membuat penambahbaikkan atau pembetulan proses terhadap produk
Kawalan output
• Kawalan dilaksanakan selepas sesuatu proses atau aktiviti pengeluaran tamat
• Kawalan ini dilakukan agar tindakan pembetulan diambil terhadap proses pengawalan pada masa akan datang
4 Tahap huluan dan hiliran bagi pengeluaran produk pengguna:
Tahap huluan
• Perniagaan huluan ialah perniagaan yang terlibat dalam pengeluaran bahan atau barangan yang boleh menjadi input kepada perniagaan lain
• Aktiviti huluan merujuk aktiviti perniagaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat dijalankan
• Contohnya, ladang kelapa sawit menjadi aktiviti huluan kerana ia menghasilkan kelapa sawit
Tahap hiliran
• Aktiviti hiliran merujuk aktiviti perniagaan yang berlaku bagi memproses input yang diperoleh daripada perniagaan lain untuk menjadi barang siap atau separuh siap yang dijual kepada pembeli sama ada pembeli industri atau pengguna akhir
• Aktiviti hiliran merujuk aktiviti perniagaan yang berlaku selepas aktiviti perniagaan huluan
• Contohnya, aktiviti membuat perabot merupakan perniagaan tahap hiliran yang memproses kayu balak yang diperoleh dari kilang papan
5 (i) Pemasaran moden:
• Pemasar mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh pengguna, iaitu penawaran berdasarkan permintaan pengguna
• Pemasar juga perlu menyeimbangkan keperluan dan kepuasan pengguna dengan matlamat keuntungan organisasi
• Di samping itu, pemasar perlu membuat penyelidikan pemasaran tentang keperluan pengguna
• Pemasar juga perlu mementingkan aktiviti campuran pemasaran dan mementingkan produk berkualiti
(ii) Pemasaran kemasyarakatan:
• Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat
• Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna dan masyarakat dalam jangka panjang
• Eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan cara yang lebih berkesan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu berjaya dan syarikat mereka terus hidup
6 Dua pihak yang menjadi perantara dalam saluran agihan produk:
Pemborong
Pihak yang membeli keluaran dalam kuantiti yang banyak dan memecahkannya kepada kuantiti yang kecil untuk dijual kepada peruncit dan pengguna industri
Peruncit
Pihak yang membeli keluaran dalam kuantiti yang kecil untuk dijual kepada pengguna akhir Ejen
Pihak yang mewakili banyak pengeluar dan menjual keluaran mereka kepada pemborong dan peruncit
7 Tiga jenis akaun yang terdapat dalam Kunci Kira-kira:
Aset
• Aset ialah harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan
• Aset terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa
• Sebagai contoh, aset semasa terdiri daripada tunai di tangan, tunai di bank, penghutang, dan inventori
• Aset bukan semasa ialah kenderaan, bangunan, peralatan, dan sebagainya Liabiliti
• Liabiliti ialah hutang atau tanggungan sesebuah perniagaan
• Hutang terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa (jangka panjang)
• Contoh liabiliti semasa ialah pemiutang dan overdraf
• Contoh liabiliti bukan semasa ialah pinjaman, bon, debentur, dan lain-lain Ekuiti pemilik
• Ekuiti pemilik menunjukkan sumbangan modal daripada pemilik perniagaan
• Pemilik perniagaan bergantung kepada jenis entiti perniagaan
• Sebagai contoh modal, modal rakan kongsi (perkongsian), syer biasa (syarikat), dan lain-lain
8 Empat kebaikan jika perniagaan mempunyai lebihan tunai:
• Membuat simpanan dalam akaun simpanan tetap
• Membuat pelaburan dalam aktiviti pelaburan yang menguntungkan
• Membeli aset baharu
• Membayar penghutang untuk mendapatkan kadar diskaun yang tinggi
• Membeli stok
9 Tiga faktor penentu pemberian pampasan oleh majikan kepada pekerja:
Kedudukan/kemampuan kewangan organisasi
• Pemberian pampasan bergantung pada kedudukan kewangan organisasi
• Kewangan organisasi yang kukuh mendorong organisasi untuk membayar pampasan yang tinggi
• Kewangan yang lemah menyebabkan pekerja dibayar pampasan yang rendah Pasaran tenaga kerja/permintaan dan penawaran tenaga kerja
• Pemberian pampasan bergantung pada jumlah tenaga kerja di pasaran dan permintaan industri terhadap pekerja
• Apabila pasaran menawarkan tenaga kerja yang ramai sedangkan peluang kerja sedikit, pemberian pampasan adalah rendah
• Apabila pasaran menawarkan tenaga kerja yang sedikit sedangkan peluang kerja yang banyak, pekerja dibayar pampasan yang tinggi
• Contohnya, pekerja ditawarkan gaji yang tinggi apabila bilangan pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan sangat sedikit di pasaran
Kesetaraan pampasan
• Pemberian pampasan bergantung pada kesetaraan dengan pampasan di peringkat dalam organisasi dan luar organisasi, khususnya bagi industri yang sama
• Pemberian pampasan yang tinggi dibuat bergantung pada kadar gaji dalaman dan luaran organisasi
• Contohnya, seorang pengurus menerima kadar gaji yang lebih tinggi berbanding kerani, jadi faedah caruman EPF oleh majikan untuk pengurus lebih tinggi berbanding faedah caruman EPF oleh majikan untuk kerani
Peraturan dan undang-undang berkaitan kerja
• Pemberian pampasan bergantung pada peruntukan undang-undang yang ditetapkan di sesebuah negara
• Contohnya, kadar gaji minimum kepada pekerja tertakluk Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Perintah Gaji Minimum 2016)/peruntukan tentang manfaat cuti tertakluk di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991/hak pekerja kepada pencen ilat termaktub di dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
10 Dua skim kemudahan penamatan perkhidmatan:
Penamatan perkhidmatan secara wajib
• Apabila pekerja mencapai peringkat umur persaraan
• Umur bersara bagi perkhidmatan awam dan swasta ialah 60 tahun
• Namun, penamatan juga bergantung pada syarat perkhidmatan Penamatan perkhidmatan secara sukarela
Apabila pekerja ingin menamatkan perkhidmatan secara sukarela disebabkan oleh faktor peribadi, tawaran pekerjaan baharu, dan lain-lain
Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian (retrenchment)
Perkhidmatan dihentikan dengan sebab perubahan berlaku pada organisasi seperti perubahan teknologi, penggabungan syarikat, dan pengurangan dalam pengeluaran
Bahagian B Soalan 11 Rangka Jawapan
(a) Pengrekrutan luaran adalah proses menggalakkan individu berkelayakan mengisi kekosongan jawatan. Proses ini boleh mengenal pasti/menggalakkan pemohon yang berkelayakan/berpotensi/
terbaik memohon untuk mengisi jawatan kosong pada masa sekarang atau masa akan datang Kelebihan pengrekrutan luaran:
Pekerja baharu akan membawa idea yang baharu untuk inovasi
Yabut dan perantis yang lain telah berusaha menunjukkan kehebatan masing-masing bagi memastikan mereka kekal dalam program
Membawa pengalaman, kemahiran yang baharu, dan terkini yang boleh dikongsi bersama
• Semua peserta “The Apperantice Asia” telah menjawat jawatan yang penting dalam organisasi di mana mereka bekerja sebelumnya sama ada dalam bidang teknologi maklumat, pemakanan, bahagian jualan, dan sebagainya
• Oleh itu, mereka sangat berpengalaman dan mampu melaksanakan tugas dengan baik Pekerja baharu akan mempunyai semangat baharu dan senang membawa perubahan
• Peserta “The Apperantice Asia” sentiasa bersemangat dengan menjadikan kejayaan Dato’ Tony Fernandes sebagai idola
• Semangat ini membolehkan mereka membawa perubahan kepada AirAsia sehingga AirAsia sanggup memberi upah yang tinggi kepada mereka
(b) Maksud Pengurusan sumber manusia strategik:
Pengurusan sumber manusia strategik bermaksud mengurus pekerja secara proaktif dalam aspek pengambilan pekerja, program latihan, dan pembayaran gaji
Pengurusan sumber manusia strategik merangkumi tiga aspek, iaitu:
Menarik sumber manusia
• Perancangan dilakukan berdasarkan keperluan kuantiti dan kualiti
• Organisasi perlu memilih kaedah yang berkesan untuk menarik minat pekerja dan membentuk kaedah pengrekrutan yang sesuai
• Dalam kes di atas kaedah yang digunakan adalah melalui program “The Apperentice Asia”, di mana bakal sumber manusia boleh dinilai secara langsung dari segi sikap, kesungguhan, strategi perniagaan/pengurusan, dan hasil kerja selepas sesuatu program dijalankan
Membangunkan sumber manusia
• Perubahan persekitaran menyebabkan pekerja sentiasa memerlukan kemahiran dan pengetahuan baharu
• Program latihan dan pembangunan yang bersesuaian diperlukan untuk meningkatkan produktiviti
• Di dalam program ini, sumber manusia telah diberi tugas yang berat untuk dilaksanakan
• Daripada tugasan ini, mereka mendapat pengalaman dan meningkatkan kemahiran mereka dalam melaksanakan kerja
Mengekalkan sumber manusia
• Pekerja yang menyumbang tenaga akan diberi ganjaran seperti gaji, upah, kenaikan pangkat, dan lain-lain bagi mendorong pekerja memberi sumbangan maksimum
• Ganjaran perlulah adil dan sesuai
• Dalam kes ini, Yabut Jonathan telah diupah oleh AirAsia sebanyak US$100,000
Soalan 12 Rangka Jawapan
Kepentingan penyelidikan pemasaran:
Mengenal pasti pasaran sasaran
• Membekalkan maklumat berkaitan dengan pengguna di pasaran seperti umur, jantina, pendapatan corak pembelian, dan lain-lain
• Pemasar boleh memberi tumpuan kepada pasaran sasaran tertentu dengan menawarkan barang dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan cita rasa pengguna
• Sebagai contoh, apabila AEON bercadang untuk membuka cawangan di Station 18 Ipoh, pemasar akan meninjau persekitaran dan mencari maklumat tentang bakal pengguna
Menentukan keputusan strategi pemasaran
• Maklumat penyelidikan dijadikan garis panduan kepada pemasar untuk menganalisis potensi sesuatu produk baharu sebelum dipasarkan
• Pemasar boleh membentuk satu strategi pemasaran yang berkesan apabila memperkenalkan sesuatu produk baharu kepada pengguna
• Sebagai contoh, AEON membuat keputusan membuka cawangan yang bersifat semi hyper dengan mensasar kepada penduduk berdekatan
Meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat
• Melalui penyelidikan, pemasar boleh memahami keperluan dan kehendak pengguna dengan lebih mendalam
• Oleh itu, pemasar akan mengeluarkan produk yang boleh menarik minat pengguna demi meningkatkan jualan dan seterusnya menambahkan keuntungan syarikat
• Sebagai contoh, AEON mencadangkan pelbagai jenis produk yang bersesuaian dengan pengguna bagi meningkatkan jualan serta keuntungan perniagaan
Meningkatkan daya saing dalam pasaran
• Pemasar akan lebih memahami kaedah operasi dan strategi pemasaran yang digunakan oleh pesaing mereka
• Pemasar dapat mereka bentuk satu strategi pemasaran yang berdaya saing demi mengatasi pesaingnya dan terus beroperasi dalam pasaran
• Sebagai contoh, AEON berusaha mengatasi pesaing seperti pengurusan hypermarket lain seperti TESCO, GIANT, MYDIN, dan lain-lain
Menangani ketidakpastian persekitaran perniagaan
• Penyelidikan pemasaran boleh membantu pemasar membuat ramalan atau unjuran yang lebih tepat tentang corak perbelanjaan pengguna, pola jualan produk, serta keadaan ekonomi dan pasaran
• Pemasar dapat mengurangkan risiko yang akan dihadapi apabila terlibat dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah
• Sebagai contoh, pengurusan AEON perlu membuat ramalan kewangan yang melibatkan hasil jualan, perbelanjaan, serta melihat keadaan ekonomi untuk mengelakkan sebarang kerugian akibat ketidakpastian persekitaran perniagaan
Soalan 13
Faktor-faktor yang mempengaruhi segmentasi pasaran:
Geografi
• Segmentasi pasaran mengikut geografi ialah membahagikan pasaran mengikut lokasi seperti kawasan, negeri dan negara
• Pengguna yang berada di kawasan geografi yang berlainan mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza
• Pengeluar perlu mereka bentuk dan menyesuaikan harga, saluran agihan dan pengiklanan bagi memenuhi keperluan pengguna yang tinggal di kawasan geografi yang berbeza
• Contohnya, KFC menjual ayam berperisa ‘hot & spicy’ di Malaysia manakala resipi original di Amerika
Demografi
• Faktor demografi meliputi pendapatan, jantina, agama, umur, bangsa, pendidikan dan lain-lain
• Faktor jantina, iaitu wanita dan lelaki misalnya, memerlukan keperluan dan kehendak yang berbeza
• Justeru itu, pengeluar perlu mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan jantina berkenaan
• Contohnya, pengusaha kosmetik (Avon, Shiseido, Maybelline) mengeluarkan produk kosmetik untuk kegunaan pelbagai bangsa dan peringkat umur
Psikografi
• Pembahagian pasaran berdasarkan personaliti, gaya hidup, cita rasa dan kelas sosial pengguna
• Pengeluar beranggapan mereka yang berada dalam kelas sosial yang tinggi menunjukkan gelagat belian yang berbeza daripada mereka yang berpendapatan rendah
• Golongan berpendapatan tinggi tidak tertarik pada kempen-kempen jualan murah
• Pusat membeli-belah ternama seperti Pavilion, Alamanda, IOI City Mall, dan Berjaya Times Square menjadi pilihan pengguna kelas sosial yang tinggi manakala Sogo dan Kompleks Pertama lebih menjadi tumpuan pengguna golongan kelas sosial pertengahan dan bawahan
Gelagat pengguna
• Segmentasi berasaskan gelagat pengguna dalam mana pengeluar mengandaikan pengguna menggunakan sesuatu produk atas alasan atau sebab tertentu
• Gelagat ini boleh dilihat dari segi kegemaran, kuantiti produk yang dibeli pada suatu masa tertentu, kekerapan menggunakan produk dan pengulangan penggunaan sesuatu produk
• Sebagai pengeluar atau pemasar, strategi pemasaran yang bersesuaian harus digunakan untuk memujuk para pengguna
• Potongan harga dan pemberian diskaun mungkin dapat dapat menarik pengguna yang gemar membeli barangan murah tetapi strategi ini mungkin kurang berkesan untuk menarik pengguna yang sanggup membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan produk yang berkualiti