• Tidak ada hasil yang ditemukan

MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH

(2)

1

ISI KANDUNGAN

UCAPAN PENGERUSI ... 2

BAHAGIAN A - PERATURAN AM ... 3-4 BAHAGIAN B – PENGURUSAN MASA ... 5-6 1.0 KELAS PERSEDIAAN... 5-6 2.0 AKTIVITI KEROHANIAN ... 7-

3.0 AKTIVITI PERMAINAN ... 8

4.0 WAKTU MAKAN ... 9-9 5.0 WAKTU TIDUR ... 12

BAHAGIAN C – PERATURAN KHUSUS ASRAMA ... 13

1.0 ASRAMA... 13-13 2.0 PEMERIKSAAN DORM ... 15

3.0 BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH ... 16

4.0 BILIK PERPUSTAKAAN ... 17

5.0 BARANG PERSENDIRIAN... 18

6.0 MAJALAH, PENULISAN DAN VIDEO ... 19

7.0 KIRIMAN MAKANAN ... 20

8.0 BARANG LARANGAN ... 21

9.0 KAWASAN LARANGAN ... 22

BAHAGIAN D – WAKTU LAWATAN DAN CUTI ... 23

1.0 KAD KELUAR MASUK ASRAMA... 23-23 2.0 KELUAR MASUK ASRAMA ... 25-26 3.0 WAKTU LAWATAN ... 26-27 4.0 CUTI BALIK KAMPUNG ... 28

BAHAGIAN E – SAKIT DAN RAWATAN ... 29

BAHAGIAN F - PERATURAN KHAS BAGI PEMAKAIAN ... 30

BAHAGIAN G- TAFSIRAN KESALAHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN ASRAMA ... 31

(3)

2

UCAPAN PENGERUSI

MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke Hadrat Ilahi. Dengan sifat pengasih dan penyayang-Nya yang telah menganugerahkan kesihatan jasad, memberi keupayaan sehingga dapat menubuhkan dan membangunkan Madrasah Saidatina Khadijah.

Adalah amat penting, aspek peraturan dan displin dititik beratkan sejak awal pengajian di MASKA.

Diharapkan agar dengan wujudnya Buku Peraturan Asrama MASKA ini, ia menjadi panduan kepada para pelajar untuk mengikuti program-program dengan lebih efektif, berakhlak dan beradab.

Orang yang tinggi akhlaknya, walaupun rendah ilmunya lebih mulia dari orang yang banyak ilmunya tapi kurang akhlaknya. Janganlah kamu menjadi orang yang berlisan syukur, tetapi hatimu berpaling dari hak yang datang kepadamu, memang demikianlah kebanyakan orang.

Sekian.

Yang benar,

NOR MAIZATUL LIYANA BINTI MOHAMAD SABRI Pengerusi

Madrasah Saidatina Khadijah

(4)

3 BAHAGIAN A- PERATURAN AM

1.0 Penguasaan. Warden, guru-guru dan wakil ketua pelajar yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan- peraturan madrasah ini. Kuasa menghukum adalah tertakluk kepada Pengerusi, Pengetua, Warden dan guru-guru yang diberi kuasa oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi madrasah.

2.0 Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin.

3.0 Peraturan di dalam buku ini boleh dimansuh, dipinda dan ditambah atau peraturan baru dimasukkan dari semasa ke semasa ke dalamnya oleh pihak berwajib.

4.0 Setiap pelajar wajib mematuhi setiap peraturan yang termaktub di dalam buku ini.

5.0 Pelajar asrama juga terikat dengan peraturan madrasah pada setiap masa.

(5)

4

6.0 Pelajar asrama dituntut untuk:-

a) Menghormati dan mematuhi segala arahan warden , HEP , Ketua asrama dan ketua-ketua yang dilantik.

b) Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan asrama serta bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda asrama dan madrasah.

c) Menjaga nama baik dan imej diri sendiri, asrama dan juga nama baik madrasah.

d) Dilarang membuat bising apabila berada di asrama.

e) Dilarang membuat hubungan dengan sesiapa sahaja yang bukan muhrimnya samada melalui surat menyurat, telefon dan lain-lain yang berkaitan.

(6)

5 BAHAGIAN B – PENGURUSAN MASA

1.0 KELAS PERSEDIAAN

1.1 Kelas persediaan malam adalah wajib setiap hari kecuali mendapat arahan daipada pengetua atau warden.

1.2 Kelas persediaan adalah bermula seawal jam 8.00/9.00 malam dan berakhir selewat-lewatnya pada jam 10.00 malam mengikut jadual harian yang telah ditetapkan.

1.3 Hanya bahan bacaan yang berkaitan dengan pelajaran sahaja dibenarkan untuk dibawa semasa waktu kelas persediaan.

1.4 Lain-lain aktiviti bukan akademik semasa kelas persediaan tidak dibenarkan kecuali mendapat arahan dari pengetua atau warden bertugas.

1.5 Pakaian untuk kelas persediaan adalah bewarna hitam, berjubah, bertudung, berpurdah.

(7)

6

1.6 Semasa kelas persediaan, pelajar adalah dilarang untuk membuka tudung walaupun di dalam kelas.

1.7 Pemakaian adalah sama seperti kelas pengajian rasmi, berjubah hitam.

1.8 Para pelajar diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kelas yang digunakan.

1.9 Pelajar tidak dibenarkan membawa atau makan ke dalam bilik bacaan/persediaan.

1.10 Pelajar dikhendaki menjaga tatatertib dan ketenteraman semasa di bilik bacaan.

(8)

7 2.0 AKTIVITI KEROHANIAN

2.1 Para pelajar diwajibkan solat fardhu 5 waktu berjemaah pada waktu yang telah ditetapkan.

2.2 Satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk mengendalikan program solat berjemaah dan aktiviti kerohanian asrama.

2.3 Ketua bahagian dakwah mesti mencatatkan nama pelajar yang tidak hadir untuk solat ber jemaah dan aktiviti pada waktu yang ditetapkan.

2.4 Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kerohanian pada waktu yang ditetapkan.

2.5 Semua pelajar diwajibkan memakai jubah (muslimat) semasa ke surau untuk solat berjemaah.

(9)

8 3.0 AKTIVITI PERMAINAN

3.1 Pelajar diwajibkan berada di padang / gelanggang permainan dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari.

3.2 Semasa waktu permainan /riadhah pelajar tidak dibenarkan berada di asrama.

3.3 Pakaian semasa permainan adalah T- shirt labuh, seluar panjang biru gelap atau hitam atau jubah beralas seluar panjang. bertudung, berkasut, berstoki dan berpurdah.

3.4 Dilarang bermain ketika hari hujan atau cuaca buruk.

3.5 Dilarang melakukan aktiviti sukan di dalam asrama, musolla, kantin, dan persekitaran asrama kecuali tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk permainan indoor.

(10)

9 4.0 WAKTU MAKAN

4.1 Pelajar perlu mematuhi masa makan serta tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan.

4.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam asrama.

4.3 Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu mestilah memaklumkan kepada warden atau AJK yang bertugas untuk tindakan.

4.4 Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan bersih ketika berada di dewan makan.

4.5 Menutup aurat semasa makan.

4.6 Pelajar muslimat tidak dibenarkan memakai seluar panjang (melainkan pada waktu-waktu dibenarkan seperti gotong royong, riadhah).

4.7 Pelajar hendaklah menepati masa semasa berada di dewan makan.

(11)

10

4.8 Dilarang berebut-rebut semasa makan.

4.9 Dilarang bersifat tamak dan mengambil makanan yang berlebihan.

4.10 Para pelajar perlu menunggu rakan- rakan untuk makan berjemaah.

4.11 Wakil ketua pelajar perlu memastikan semua pelajar berada di dewan makan.

4.12 Ketua halaqah perlu memastikan makanan tidak membazir.

4.13 Dilarang bersembang sewaktu makan dan membuat bunyi, melaga-lagakan sudu dan garfu , pinggan mangkuk dan sebagainya.

(12)

11

4.14 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan- peraturan dewan makan seperti berikut ;-

a) Jadual makan tertakluk di dalam jadual harian pelajar.

b) Pelajar -pelajar dilarang berkeliaran di kawasan dewan makan selain dari waktu makan.

c) Pelajar yang berpuasa hendaklah memaklumkan lebih awal kepada warden atau pihak pengurusan supaya tidak berlaku pembaziran makanan.

d) Pelajar yang memerlukan makanan lebih awal / lewat sebab berpuasa atau pulang dari rombongan , hendaklah memberitahu warden atau pihak pengurusan.

e) Pinggan , mangkuk , cawan , dulang dan lain-lain peralatan dapur tidak dibenarkan bawa keluar dari dewan makan.

f) Pelajar mesti beratur semasa mengambil makanan.

g) Selepas makan , pelajar-pelajar dikehendaki mencuci pinggan dan cawan sendiri, membersih meja makan dan membuang lebihan makanan ke dalam bekas yang disediakan.

(13)

12 5.0 WAKTU TIDUR

5.1 Waktu tidur adalah dari jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi.

5.2 Pada jam 11.00 malam semua pelajar mesti berada di katil masing- masing untuk pemeriksaan malam.

5.3 Semasa pemeriksaan malam, pelajar tidak dibenarkan berada di bilik air, musolla dan sebagainya.

5.4 Pelajar tidak dibenarkan bangun, merayau atau berjalan selepas pemeriksaan malam.

5.5 Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli bilik untuk memastikan lampu dipadam tepat pada jam 11.00 malam.

5.6 Ketua bilik wajib melaporkan pelajar yang tidak ada semasa pemeriksaan malam / melanggar disiplin asrama kepada warden yang bertugas.

5.7 Ketua bilik wajib memastikan tingkap/

pintu dikunci sebelum waktu tidur.

5.8 Ketua bilik wajib memastikan ruangan bilik asrama/bilik air bersih sebelum waktu tidur.

(14)

13

BAHAGIAN C – PERATURAN KHUSUS ASRAMA 1.0 ASRAMA

1.1 Asrama hendaklah dijaga dengan bersih. Kasut, pakaian, buku dan lain- lain barang kepunyaan sendiri mestilah disimpan dan disusun dengan baik.

1.2 Wajib mengeluarkan sampah asrama dan bilik air setiap hari sebelum waktu tidur di tempat yang disediakan di luar bangunan madrasah.

1.3 Dilarang mempunyai tempat sampah peribadi. Bagi menghadkan sudut kekotoran. Tempat sampah besar disediakan.

1.4 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan rapi setiap hari. Kain selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil.

1.5 Dilarang menggunakan sarung tilam/bantal yang mempunyai unsur yang bernyawa seperti manusia/haiwan.

1.6 Tuala dan pakaian basah hendaklah disidai ditempat yang disediakan.

Adalah dilarang menyidai di tempat lain.

(15)

14

1.7 Penghuni asrama tidak dibenarkan mengubah katil, almari atau barang lain dan alatan asrama sesuka hati.

1.8 Penghuni dikehendaki berada di tempat tidur selewat-lewatnya sebelum 11:00 malam.

1.9 Lampu/kipas hendaklah dimatikan ketika meninggalkan asrama kecuali jika terdapat penghuni yang sakit.

1.10 Operasi membersih bilik hendaklah diadakan pada setiap minggu atau pada masa yang diperlukan. Ketua bilik hendaklah memastikan semua penghuni mengambil bahagian.

(16)

15 2.0 PEMERIKSAAN DORM

2.1 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh pengawas/ketua asrama sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur pelajar dalam keadaan kemas dan bersih.

2.2 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas/warden blok bagi memastikan :

a) Kebersihan bilik pelajar.

b) Kebersihan asrama.

c) Kebersihan bilik air asrama.

d) Setiap pelajar mempunyai peralatan peribadi yang lengkap.

2.3 Pemeriksaan mengejut akan dilakukan oleh warden bertugas sekiranya perlu.

2.4 Ketua bilik perlu mengunci bilik apabila ahli bilik lain pergi ke kelas atau menghadiri kegiatan – kegiatan tertentu yang lain dan kunci asrama hendaklah diserahkan kepada warden bertugas.

(17)

16

3.0 BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH

3.1 Penghuni tidak dibenarkan meninggalkan baldi di merata-rata tempat. Baldi hendaklah disimpan di tempat yang disediakan.

3.2 Paip-paip yang digunakan hendaklah ditutup rapat selepas digunakan walaupun pada masa ketiadaan air.

3.3 Jangan membuang pembalut sabun, sisa makanan dan sebagainya di merata-rata tempat.

Gunakan tong sampah yang disediakan.

3.4 Tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki. Dilarang membuang sebarang objek seperti tuala wanita, sabun dan seumpamanya di dalam lubang tandas.

3.5 Selepas menggunakan tandas, hendaklah dibersihkan dengan menggunakan berus tandas yang disediakan. Pastikan tandas dan bilik asrama sentiasa bersih.

(18)

17 4.0 BILIK PERPUSTAKAAN

4.1 Semua penghuni adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan alatan di dalam bilik rehat.

4.2 Penghuni hendaklah menyimpan semula bahan bacaan yang dibaca ke tempat asal yang telah disediakan dan dilarang membawa keluar sama sekali.

4.3 Penghuni dilarang membawa makanan dan minuman atau makan dalam bilik ini.

4.4 Penghuni dilarang berbaring atau duduk dengan cara yang kurang sopan.

4.5 Pemakaian hendaklah seperti menghadiri kelas rasmi. Berjubah.

(19)

18 5.0 BARANG PERSENDIRIAN

5.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga barang milik persendirian.

5.2 Buku-buku persendirian, pakaian atau apa-apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama dan dijaga dengan cermat dan sempurna.

5.3 Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, bilik atau tempat- tempat yang terdedah.

5.4 Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang sebanyak RM 10.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh guru mentor / guru kelas atau warden.

5.5 Sebarang wang atau benda-benda lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin, guru bertugas harian atau warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.

(20)

19

6.0 MAJALAH, PENULISAN DAN VIDEO

6.1 Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman, video dengan menggunakan gadget, surat atau bahan bercetak mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua.

6.2 Semua tulisan yang bertujuan untuk disebar/dicetak dan diedar hendaklah melalui guru penasihat untuk semakan.

6.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar atau badan- badan lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Pengetua.

6.4 Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah, berita, video adalah tertakluk kepada peraturan sekolah.

(21)

20 7.0 KIRIMAN MAKANAN

7.1 Bungkusan makanan boleh diterima dari rumah masing-masing.

7.2 Pihak madrasah sangat menitikberatkan sumber dan pemakanan pelajar. Ibu/ Bapa/

Penjaga adalah dinasihatkan supaya tidak menghantar makanan:-

a) Mudah basi /busuk.

b) Makanan segera seperti maggi, jajang.

c) Makanan yang mengandungi bahan perawit.

d) Makanan yang mengandungi perasa tambahan/msg.

e) Makanan yang diperap seperti budu dan bersamaan.

f) Makanan yang masam seperti asam.

7.3 Makanan tidak boleh dibawa ke bilik kuliah, musolla, kelas, dewan utama dan perpustakaan.

7.4 Penghuni dibenarkan menyimpan makanan kering sahaja seperti biskut.

7.5 Makanan tersebut hendaklah disimpan di dalam bekas yang baik , bagi mengelakkan semut dan lipas.

(22)

21 8.0 BARANG LARANGAN

8.1 Sebarang bentuk alatan media elektronik dan apa-apa jua jenis alat komunikasi adalah tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan madrasah.

8.2 Rokok, gula-gula, kuaci, minuman keras. Alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam. Pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, pakaian yang mempunyai gambar/ unsur kehidupan seperti manusia dan haiwan.

8.3 Baju T ala rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, gambar/buku/majalah berunsur negatif. Bahan- bahan/permainan berbahaya, patung atau bantal peluk yang berunsur manusia/haiwan dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.

8.4 Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan madrasah.

(23)

22 9.0 KAWASAN LARANGAN

9.1 Semua bilik dan blok asrama menjadi kawasan larangan kepada semua pelajar pada waktu-waktu yang ditetapkan:-

a) Hari-hari persekolahan.

b) Setiap waktu sembahyang.

c) Aktiviti persatuan / kelab / penghayatan Islam.

d) Aktiviti rasmi sekolah .

9.2 Mendapat kebenaran bertulis dari Pengetua atau Ketua Warden adalah satu kemestian kepada pelajar-pelajar yang balik ke dorm.

9.3 Pelajar dilarang berkeliaran di hadapan rumah/bilik guru kakitangan dan warden asrama.

9.4 Pelajar dilarang masuk ke dalam bilik perpustakaan, pejabat sekolah / warden, dapur melainkan dengan kebenaran pengetua atau guru.

(24)

23

BAHAGIAN D – WAKTU LAWATAN DAN CUTI

1.0 KAD KELUAR MASUK ASRAMA

1.1 Setiap orang pelajar akan memiliki sekeping kad/buku pelajar bagi kegunaan keluar / masuk asrama.

1.2 Semasa hendak keluar meninggalkan asrama, kad pelajar ini hendaklah ditandatangani oleh ketua warden dan waris yang dibenarkan sahaja.

1.3 Kad / buku ini hendaklah ditinggalkan bersama warden asrama semasa meninggalkan asrama.

1.4 Bagi pelajar muslimat, hanya dibenarkan keluar / balik kampung bersama waris yang tercatat di dalam kad keluar masuk sahaja dan sekiranya waris tersebut tidak dapat hadir, maka wakilnya hendaklah dimaklumkan kepada pengetua / warden secara lisan dan bertulis.

(25)

24

1.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar dengan mengikut kawan atau ibu bapa / penjaga pelajar lain kecuali mendapat keizinan daripada pengetua dan ibu bapa / penjaga.

1.6 Kad keluar masuk pelajar hendaklah disimpan dengan baik dan selamat.

Sebarang kehilangan boleh didenda dengan bayaran sebanyak RM 10.00.

1.7 Kad asrama disimpan oleh warden.

Pelajar perlu mengambil kad daripada warden sekiranya hendak keluar dari kawasan sekolah dan menyerahkannya semula kepada warden setelah pulang ke asrama.

Kegagalan pelajar berbuat demikian boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya.

(26)

25 2.0 KELUAR MASUK ASRAMA

2.1 Pelajar dibenarkan keluar asrama/

ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengurusan asrama.

2.2 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan madrasah pada hari cuti am.

2.3 Kebenaran keluar asrama pada waktu lain hanya dibenarkan untuk rawatan pesakit, kecemasan, atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja.

2.4 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran Ketua Warden atau warden bertugas.

2.5 Permohonan untuk keluar bermalam selain daripada tarikh yang telah ditetapkan oleh sekolah perlu dihantar oleh ibubapa sekurang- kurangnya 3 hari sebelum

permohonan untuk

dipertimbangkan oleh Pengetua atau Ketua Warden.

(27)

26

2.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut penjaga pelajar lain kecuali dengan surat kebenaran ibu bapa pelajar atas sebab-sebab yang dinyatakan.

2.7 Pakaian keluar ke Bandar adalah pakaian rasmi madrasah/pakaian yang telah ditetapkan.

3.0 WAKTU LAWATAN

3.1 Ibu bapa atau penjaga boleh berjumpa dengan anak masing – masing pada waktu berikut :-

a) Outing setiap 2 minggu sekali ( Hari Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang)

3.2 Perjumpaan dan perbualan hendaklah diadakan di kawasan madrasah.

3.3 Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan sama sekali masuk ke asrama bilik tidur pelajar.

(28)

27

3.4 Pihak sekolah berhak melarang mana – mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa memberi sebarang sebab.

3.5 Lawatan di luar waktu boleh dipertimbangkan jika ibu bapa sendiri berjumpa dengan pengetua, Guru Disiplin atau wakilnya.

3.6 Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa pulang anaknya kecuali pada hari cuti sekolah dan hari– hari yang ditetapkan oleh pihak madrasah.

3.7 Semasa lawatan, ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan masing – masing di dalam pagar madrasah kecuali dibenarkan oleh pihak madrasah atau warden asrama.

3.8 Ibubapa/waris yang datang melawat hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat bersesuaian dengan suasana persekitaran di madrasah tahfiz.

Pihak madrasah tidak akan segan untuk menasihati jika ibubapa/waris berpakaian tidak menutup aurat dan tidak sopan semasa dalam kawasan madrasah.

(29)

28 4.0 CUTI BALIK KAMPUNG

4.1 Pelajar hanya dibenarkan balik pada cuti persekolahan sahaja atau pada hari – hari yang diarahkan dan ditetapkan oleh pihak pentadbiran.

4.2 Untuk tujuan keselamatan, ibu bapa/ penjaga pelajar diwajibkan menjemput atau menghantar wakil (yang telah direkodkan dalam kad keluar masuk).

4.3 Kad lawatan/buku keluar masuk mestilah ditunjukkan kepada warden yang bertugas.

4.4 Dilarang bermalam di rumah kawan kecuali mendapat kebenaran penjaga.

4.5 Dalam keadaan kecemasan pelajar mestilah:-

b) Mendapat kebenaran daripada Pengetua.

c) Menunjukkan surat atau bukti waris yang menjemput pelajar. Ini adalah untuk menentukan bahawa keadaan kecemasan itu adalah sah.

4.6 Pelajar dikehendaki pulang semula pada hari yang ditetapkan ke asrama sebelum jam 6.00 petang.

(30)

29 BAHAGIAN E – SAKIT DAN RAWATAN

1. Pelajar yang sakit hendaklah memaklumkan kepada warden yang bertugas untuk dihantar ke pusat rawatan (ika perlu).

2. Ibu bapa / waris akan dimaklumkan sekiranya pelajar tersebut dimasukkan ke hospital.

3. Sebarang bil rawatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa/penjaga.

4. Pelajar yang sakit kronik, demam yang kuat dan penyakit berjangkit, dibenarkan balik ke rumah/

kampung.

(31)

30

BAHAGIAN F - PERATURAN KHAS BAGI PEMAKAIAN PELAJAR MUSLIMAT

1. Pelajar diwajibkan memakai jubah, tudung, purdah/niqab yang berwarna hitam sahaja sebagai pakaian rasmi madrasah.

2. Dilarang membawa pakaian yang mempunyai unsur makhluk hidup seperti manusia atau haiwan.

3. Dilarang memakai pakaian yang ketat, jarang dan pendek.

4. Dilarang membawa dan memakai tudung pendek dan segala jenis selendang/shawl.

5. Dilarang membawa pakaian yang mempunyai warna yang terlalu terang dan menarik perhatian.

6. Dilarang membawa dan memakai pakaian yang mempunyai banyak jenis corak dan perhiasan seperti manik, labuci,corak dan seumpamanya.

7. Hanya dibenarkan jubah, tudung dan purdah yang tidak berfesyen.

(32)

31

BAHAGIAN G- TAFSIRAN KESALAHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN ASRAMA

1. Klausa peraturan yang tidak jelas dan mana-mana peraturan dan kesalahan yang tidak tercatat dalam peraturan asrama, Lembaga Pengurusan Asrama yang dipengerusi oleh Pengetua boleh dengan budi bicara mentafsirkan kesalahan dan hukuman yang akan dikenakan.

2. Pelanggaran peraturan asrama adalah satu kesalahan. Hukuman yang akan dikenakan adalah berdasarkan keseriusan kesalahan.

3. Kategori hukuman adalah:-

a) Amaran dan kaunseling.

b) Memanggil ibu bapa / penjaga.

c) Gantung Asrama : 1 Minggu dan 2 Minggu.

d) Buang Asrama.

(33)

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, apabila anda tidak memberikan Informasi Pajak mengenai serta pernyataan, pengesampingan serta persetujuan dari anda atau Pihak Yang Terkait dengan anda atau keadaan

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

Oleh karena itu, pengalaman yang sangat berharga banyak didapatkan dari penulisan skripsi yang berjudul Rumah Singgah Anak Terlantar di Yogyakarta antara lain adalah

Bahwa apabila penjelasan Pasal 142 ayat (2) Undang-Undang Nomor 8 Tahun 2012 tentang Pemilihan Umum secara konkret dijelaskan alat bantu tuna netra adalah template

Penelitian ini bertujuan untuk mengkaji; (1) dinamika sejarah modernisasi pertanian, (2) proses perubahan teknis dan ekonomi dalam pengelolaan usahatani padi sawah

yang terdapat pada KAP maka peneliti tertarik untuk melakukan penelitian dengan judul ³ Pengaruh Kompetensi Dan Independensi Terhadap Kualitas Audit Dengan