TERMA DAN SYARAT
KEMPEN RUJUKAN AR-RAHNUKT 2021
1. Tempoh Kempen
a) Kempen Rujukan Ar-RahnuKT 2021 (“Kempen”) anjuran Koperasi Tentera (“KT”) akan bermula pada 01 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 (“Tempoh Kempen”). KT berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar.
b) Jika atas apa-apa sebab Kempen ini tidak mampu berlangsung seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, apa- apa perintah kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan atau apa-apa sebab di luar kawalan KT, KT berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
2. Kelayakan
Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang menggadai emas di Ar-RahnuKT kecuali Anggota Lembaga Pengarah KT & kakitangan tetap atau kontrak KT atau anak syarikatnya serta anggota keluarga terdekat mereka iaitu suami, isteri, anak, ibu dan bapa sahaja (“Pelanggan”).
3. Syarat Penyertaan
a) Pelanggan perlu menggadai emas di cawangan Ar-RahnuKT dalam Tempoh Kempen.
b) Pelanggan perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan di kaunter dan mengisi maklumat diri dan nama lima (5) orang yang ingin dirujuk atau Pelanggan boleh mengisi maklumat-maklumat tersebut di satu borang penyertaan yang disediakan oleh staf bertugas Ar-RahnuKT.
c) Pelanggan perlu memaklumkan kepada semua nama yang dirujuk mengenai Kempen ini dan memastikan mereka mengambil inisiatif untuk menggadai emas di cawangan Ar-RahnuKT.
d) Minimum satu (1) orang yang telah dirujuk perlu menggadai emas dalam Tempoh Kempen dengan nilai minimum RM1,000 dan hanya boleh menebus selepas tiga (3) bulan di Ar-RahnuKT bagi melayakkan Pelanggan untuk memenangi hadiah yang disediakan.
e) Orang yang dirujuk juga mestilah memaklumkan nama Pelanggan kepada staf bertugas semasa menggadai emas di Ar-RahnuKT.
f) Orang yang dirujuk hanya boleh dirujuk oleh satu Pelanggan sahaja.
g) Pelanggan yang memenuhi terma dan syarat Kempen akan dihubungi oleh staf Ar-RahnuKT bagi tuntutan hadiah selepas tiga (3) bulan tamat Tempoh Kempen.
h) Penyertaan akan diambilkira daripada tarikh bermulanya Tempoh Kempen ini.
i) Sebarang penyertaan yang tidak memenuhi syarat akan secara automatik dibatalkan.
j) Satu (1) kad pengenalan sah untuk satu (1) penyertaan sahaja.
k) Pelanggan layak untuk menuntut sehingga lima (5) Hadiah Kempen sekiranya semua nama yang dirujuk menggadai di Ar-RahnuKT seperti yang disyaratkan.
l) Walaubagaimanapun, pelanggan hanya boleh menuntut satu (1) hadiah sahaja untuk satu (1) nama.
m) KT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kehilangan, kekurangan, kerosakan pada borang penyertaan, makluman atau apa-apa koresponden sama ada melalui e-mel, surat atau mana-mana medium komunikasi.
n) Pelanggan bertanggungjawab memastikan nombor telefon yang diberikan adalah terkini.
4. Hadiah Kempen
a) Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:-
KEMPEN HADIAH
Kempen Rujukan
Ar-RahnuKT Baucar AEON bernilai RM100
b) Semua hadiah yang diberikan tidak boleh dipindah milik mahupun ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.
c) Bagi sebarang pertikaian berhubung tempoh sah, kualiti atau jaminan hadiah, pemenang bertanggungjawab hendaklah berurusan terus dengan pembekal iaitu AEON CO. (M) BHD. tanpa sebarang hak menuntut balik dengan KT.
d) Hadiah perlu dituntut oleh para pemenang dalam masa satu (1) bulan dari tarikh pengumuman dibuat. Sekiranya tiada tuntutan dalam masa yang ditetapkan, pihak KT berhak membatalkan nama pemenang dan digantikan dengan cabutan baru.
e) Pihak KT berhak menukar atau menggantikan hadiah yang ditawarkan dengan hadiah yang lain tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
f) Segala imej gambar hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini adalah semata-mata bagi tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan bentuk hadiah atau nilai hadiah yang sebenar.
5. Pemilihan Pemenang
a) Pelanggan yang memenuhi terma dan syarat Kempen akan dipilih oleh KT sebagai pemenang.
b) Pemenang akan dihubungi oleh KT selepas tiga (3) bulan Tempoh Kempen tamat melalui nombor telefon yang diberikan dalam borang penyertaan selama 3 hari berturut-turut.
c) KT tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara jua sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.
d) KT mempunyai hak mutlak untuk memilih pengganti pemenang apabila perlu tetapi tidak terhad kepada senario berikut:-
• Pemenang gagal dihubungi selama 3 hari berturut-turut
• Pemenang tidak menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan
• Pemenang telah menawarkan untuk membatalkan hadiahnya
e) Senarai pemenang akan dipaparkan di laman sesawang KT atau mana cara lain yang sesuai atau praktikal pada akhir Tempoh Kempen.
f) Semua keputusan yang dibuat oleh KT adalah muktamad dan segala surat- menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.
g) Bagi tujuan tuntutan hadiah, pemenang perlu menanggung perbelanjaan mereka sendiri untuk mengambil hadiah tersebut pada tarikh dan tempat yang ditentukan oleh pihak KT.
h) Untuk menuntut hadiah, pemenang mesti mengemukakan kad pengenalan mereka untuk pengesahan identiti pemenang dan juga perlu menandatangani sebarang borang jika dikehendaki oleh KT.
i) KT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku kepada hadiah yang telah dituntut oleh pemenang.
6. Terma dan Syarat Am
a) Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan/peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju tanpa syarat untuk terikat dengan terma dan syarat ini atau sebarang pindaan terhadap terma dan syarat ini. Keputusan pihak KT dalam semua perkara berhubung Kempen ini adalah mutakhir dan muktamad.
Tiada surat rayuan akan dilayan untuk perkara tersebut.
b) KT berhak untuk meminda (termasuklah mengugurkan, menukar atau menambah) mana-mana peruntukan di dalam terma dan syarat ini mengikut budi bicara mutlak KT, pada bila-bila masa tanpa memberikan notis kepada Pelanggan/peserta. Pelanggan/peserta dinasihatkan untuk melayari laman sesawang KT dari semasa ke semasa untuk untuk menyemak terma dan syarat Kempen ini dan mengambil maklum sebarang perubahan atau pindaan kepada terma dan syarat ini.
c) KT berhak menggantung, membatalkan, menamatkan atau menarik balik Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan/peserta Untuk mengelakkan keraguan, sebarang penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik Kempen ini tidak akan memberikan hak kepada Pelanggan/peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menuntut sebarang pampasan terhadap KT atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pelanggan/peserta yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik tersebut.
d) Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan/peserta bersetuju bahawa tidak akan mempertanggungjawabkan KT sekiranya KT tidak dapat melaksanakan obligasinya di dalam ini secara keseluruhan atau sebahagian, yang berpunca secara langsung atau tidak langsung oleh kegagalan sebarang peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran,
kerosakan elektrik, pertikaian perusahaan, peperangan, mogok, rusuhan, pandemik, arahan kerajaan atau sebarang bencana alam di luar kawalan KT atau disebabkan oleh sebarang faktor dalam bentuk di luar kawalan munasabah KT.
e) Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan/peserta memberi kebenaran kepada pihak KT atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh KT untuk mengumpul, memproses dan menggunakan data peribadi Pelanggan/peserta bagi tujuan yang berkaitan dengan Kempen ini.
f) KT mempunyai hak eksklusif untuk mengumumkan atau memaparkan nama- nama dan gambar-gambar pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Pemenang/peserta adalah tidak mempunyai hak untuk menuntut sebarang pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atau bayaran royalti terhadap material tersebut.
g) Tertakluk kepada apa yang dibenarkan oleh undang-undang, KT tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan/peserta atau mana-mana pihak ketiga untuk kerosakan langsung, tidak langsung, khas, sampingan, ganti rugi tauladan atau akibat kerosakan (termasuk kehilangan penggunaan, data, perniagaan atau keuntungan) yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan Pelanggan/peserta dalam Kempen ini, sama ada liabiliti tersebut berlaku berpunca daripada apa-apa tuntutan berasaskan kepada kontrak, jaminan, tort (termasuk kecuaian), liabiliti ketat atau sebaliknya, dan sama ada peserta/pelanggan telah dinasihatkan atau tidak kemungkinan kerugian atau kerosakan boleh berlaku.
h) Terma dan syarat ini terikat dengan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KT di talian 1-300-8000-58; atau kunjungi mana-mana cawangan Ar-RahnuKT;
atau layari laman sesawang KT di www.katmb.com.my