MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA [KES NO. 26/4-417/10]
CHING SUET YEEN DAN
BEAUCLEAR ENTERPRISE SDN BHD
AWARD NO. 1160 TAHUN 2010
Di hadapan : AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH Pengerusi
Tarikh Rujukan : 25.03.2010
Tarikh Sebutan : 18.05.2010, 29.06.2010 & 03.08.2010 Tarikh Bicara : -
Perwakilan : Bagi pihak menuntut - Ching Suet Yeen
Bagi pihak responden/syarikat – Celine Tham, Administration Supervisor; Beauclear Enterprise Sdn Bhd
Rujukan:
Rujukan ini dibuat oleh Y.B. Menteri Perusahaan Sumber Manusia pada 25.03.2010 berdasarkan seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ianya berpunca daripada pembuangan kerja Puan Ching Suet Yeen oleh Beauclear Enterprise Sdn Bhd.
1
AWARD
Rujukan ini berkaitan pembuangan kerja Puan Ching Suet Yeen (Yang Menuntut) oleh Beauclear Enterprise Sdn. Bhd (Pihak Responden) pada 30.04.2008.
Kes ini telah disebut beberapa kali di Mahkamah.
Walau bagaimanapun, pada 02.09.2010, pihak Yang Menuntut telah mengemukakan suratnya bertarikh 01.09.2010 ke Mahkamah dan memaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah menyelesaikan pertikaian ini secara damai dan pihak Yang Menuntut ingin menarik balik tuntutannya terhadap pihak Responden.
Oleh yang demikian, Mahkamah membatalkan tuntutan ini.
KES DIBATALKAN TANPA KEBEBASAN UNTUK MEMFAILKAN SEMULA.
DIPERTURUNKAN PADA HARI 2 SEPTEMBER 2010
(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH) PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR
2