• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMPEN JOM AUTO LABUR 2.0 ( Kempen )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KEMPEN JOM AUTO LABUR 2.0 ( Kempen )"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

KEMPEN “JOM AUTO LABUR 2.0 (“Kempen”)

Terma dan Syarat Kempen Kelayakan

1. Kempen in dianjurkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (No. Syarikat 197901003200 (47457- V)) (“ASNB”).

2. Kempen ini bermula pada 1 September 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021 (“Tempoh Kempen”). ASNB berhak untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula atau melanjutkan Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya.

3. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang unit ASNB baharu dan sedia ada kecuali semua kakitangan dan keluarga terdekat kepada kakitangan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad termasuk tetapi tidak terhad kepada kakitangan Permodalan Nasional Berhad (No. Syarikat 197801001190 (38218-X)), ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (No. Syarikat 198801008611 (175967-W)), PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (No. Syarikat 200001015384 (517991-A)), PNB Research Institute Sdn. Berhad (No. Syarikat 198501007000 (139442-U)) dan Attana Hotels & Resorts Sdn. Berhad (No. Syarikat 199601019685 (392037-A)).

4. Objektif Kempen bertujuan menggalakan pemegang unit ASNB menggunakan perkhidmatan Auto Labur di Portal myASNB and App myASNB bagi menetapkan pelaburan konsisten setiap bulan secara automatik sama ada untuk akaun sendiri, akaun minor (akaun Bijak/Remaja) dan/atau pihak ketiga yang layak.

5. Untuk layak menyertai Kempen ini, pelabur mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Mesti membuat potongan melalui Auto Labur dengan jumlah berikut:

a) Potongan minima bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) untuk pengguna Auto Labur baharu ("Pengguna Baharu"), atau

b) Penambahan minima Auto Labur sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM20.00) (sekali sahaja) untuk pengguna sedia ada;

(ii) Pemotongan Auto Labur mestilah berjaya sekurang-kurangnya satu (1) bulan setelah pendaftaran Auto Labur untuk pengguna baharu dan selepas membuat penambahan potongan kepada jumlah baharu untuk pengguna sedia ada;

(iii) Kemudahan Auto Labur boleh dilaksanakan untuk unit amanah Amanah Saham Bumiputera (“ASB”), Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan (“ASM 2”)* dan Amanah Saham Malaysia 3 (“ASM 3”)* ("Unit Amanah Yang Dibenarkan”) dan sama ada untuk akaun sendiri, akaun minor dan/atau akaun pihak ketiga yang layak;

*Tertakluk kepada unit-unit Bumiputera yang sedia ada.

(iv) Tiada jualan balik dibuat ke atas Unit Amanah Yang Dibenarkan semasa Tempoh Kempen.

Sebarang jualan balik yang dilakukan oleh peserta daripada Unit Amanah Yang Dibenarkan akan membatalkan kelayakan peserta daripada menyertai Kempen dan penyertaan yang diterima akan turut terbatal.

(2)

2 Mekanisme Kempen

1. Peserta Kempen bermaksud pelabur baharu atau sedia ada di mana pemotongan Auto Labur dilakukan dalam mana-mana Unit Amanah Yang Dibenarkan sama ada oleh mereka sendiri, penjaga berdaftar dan/atau pihak ketiga yang layak ("Peserta").

2. Kelayakan untuk memperoleh dan mengumpul bilangan penyertaan ("Penyertaan") dalam Kempen ini adalah berdasarkan jumlah pelaburan, unit amanah dan pendaftaran** ("Transaksi yang Layak") termasuk kelayakan untuk mendapat tambahan Penyertaan adalah seperti Jadual 1 berikut:

** Terpakai untuk Pengguna Baharu sahaja.

Jadual 1: Kelayakan mata Penyertaan Kelayakan Untuk Mendapat

Penyertaan Bilangan

Penyertaan Tambahan

Penyertaan Catatan Pelaburan Bulanan

RM50 - RM99 Satu (1)

Penyertaan diperoleh setiap kali potongan

bulanan berjaya RM100 - RM499 Tiga (3)

RM500 dan ke atas Sepuluh (10)

Ekstra – Unit Amanah

ASB Lima (5) +5 (Akaun Minor)

ASM 2 / ASM 3 Tiga (3) +2 (Akaun Minor)

Pendaftaran Baharu Ya Lima (5)

+5 (melalui myASNB App)

Penyertaan diperoleh satu (1) kali semasa Pendaftaran baharu +45 (Tarikh

Khas)

Penyertaan diperoleh satu (1) kali untuk

Tarikh Khas Nota: "+" menandakan tambahan Penyertaan yang diterima.

3. Pendaftaran baharu yang dilakukan pada tarikh tertentu yang akan ditetapkan oleh ASNB pada bila- bila masa (“Tarikh Khas”) akan menerima tambahan sebanyak empat puluh lima (45) Penyertaan (seperti di Jadual 1).

Simulasi Pengiraan Penyertaan

Penyertaan boleh diperolehi oleh Peserta semasa Tempoh Kempen melalui cara berikut:

Contoh Deskripsi Catatan

1 • Potongan bulanan semasa "Peserta A" untuk akaun ASB miliknya ialah Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30.00).

• “Peserta A” ingin menyertai Kempen dan membuat pertambahan amaun pelaburan Auto Labur sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM20.00). Amaun baharu Auto Labur Peserta ialah Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00).

• Potongan Auto Labur "Peserta A"

berjaya pada bulan berikutnya.

“Peserta A” layak mendapat jumlah Penyertaan seperti berikut:

Pelaburan bulanan sebanyak Ringgit

Malaysia Lima Puluh (RM50.00) (iaitu jumlah potongan bulanan yang baharu) 1 Ekstra – Unit Amanah:

▪ Unit amanah: ASB 5

▪ Jenis akaun: Sendiri 0

Pendaftaran:

▪ Baharu: Tidak 0

▪ Kaedah: -tiada- 0

Jumlah Penyertaan 6

(3)

3

Contoh Deskripsi Catatan

2 • Encik Danial berjaya mendaftar Auto Labur melalui aplikasi myASNB untuk akaun ASB anaknya.

• Dia membuat potongan bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00).

• Potongan Auto Labur "Peserta B", iaitu anak kepada Encik Danial berjaya pada bulan berikutnya.

“Peserta B” (akaun ASB anak Encik Danial) layak mendapat jumlah Penyertaan seperti berikut:

Pelaburan bulanan sebanyak Ringgit

Malaysia Lima Puluh (RM50.00) 1 Ekstra – Unit Amanah:

▪ Unit amanah: ASB 5

▪ Jenis akaun: Minor +5

Pendaftaran:

▪ Baharu: Ya 5

▪ Kaedah: myASNB App +5

Jumlah Penyertaan 21

3 • Puan Nia berjaya mendaftar Auto Labur melalui aplikasi myASNB untuk akaun ASM 2 ibunya.

• Dia membuat potongan bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Seratus (RM100.00).

• Potongan Auto Labur "Peserta C", iaitu ibu kepada Puan Nia berjaya pada bulan berikutnya.

“Peserta C” (akaun ASM 2 ibu) layak mendapat jumlah Penyertaan seperti berikut:

Pelaburan bulanan sebanyak Ringgit

Malaysia Seratus (RM100.00) 3

Ekstra – Unit Amanah:

▪ Unit amanah: ASM 2 3

▪ Jenis akaun: Pihak ketiga 0 Pendaftaran:

▪ Baharu: Ya 5

▪ Kaedah: myASNB App +5

Jumlah Penyertaan 16

4 • “Peserta D” berjaya mendaftar Auto Labur melalui portal myASNB untuk akaun ASM 3 dirinya sendiri.

• Dia membuat potongan bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00).

• Potongan Auto Labur "Peserta D"

berjaya pada bulan berikutnya.

“Peserta D” layak mendapat jumlah Penyertaan seperti berikut:

Pelaburan bulanan sebanyak Ringgit

Malaysia Lima Ratus (RM500.00) 10 Ekstra – Unit Amanah:

▪ Unit amanah: ASM 3 3

▪ Jenis akaun: Sendiri 0

Pendaftaran:

▪ Baharu: Ya 5

▪ Kaedah: Portal myASNB 0

Jumlah Penyertaan 18

Pemilihan Pemenang

1. Proses pemilihan pemenang adalah berdasarkan pada akaun unit amanah ASNB di mana Transaksi yang Layak berjaya dilakukan.

2. Hadiah akan diberikan kepada pemegang akaun sebagai Pemenang terpilih (“Pemenang”).

3. Pemenang akan dipilih daripada kumpulan Peserta yang layak secara rawak oleh sistem cabutan berkomputer yang dikendalikan oleh ASNB.

4. Senarai Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak ASNB melalui mana-mana kaedah komunikasi yang bersesuaian dan akan disiarkan di laman web ASNB (www.asnb.com.my) atau platform media sosial yang diuruskan oleh ASNB.

(4)

4 Hadiah Kempen

1. Kempen ini menawarkan tiga (3) kategori hadiah iaitu Hadiah Bulanan, Hadiah Utama dan Hadiah Bonus (“Hadiah”).

2. Pemenang tidak dibenarkan untuk memohon penggantian atau pengubahsuaian pada Hadiah yang dimenangi.

3. Hadiah yang dimenangi Pemenang tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

4. Hadiah unit amanah ASNB adalah di dalam bentuk unit amanah ASB, ASM 2 atau ASM 3 dan ASNB berhak dan di atas budi bicara mutlaknya menggantikan hadiah dalam bentuk unit amanah harga tetap ASNB yang lain yang sama nilainya tertakluk kepada kelayakan pelaburan ke atas Pemenang.

5. Hadiah akan dikreditkan ke dalam akaun unit amanah Pemenang selepas enam puluh (60) hari dari tarikh pengumuman Pemenang.

6. Sekiranya seseorang Pemenang tidak memberi maklum balas dan/atau memenuhi sebarang keperluan berkaitan urusan Hadiah dalam tempoh yang ditetapkan selepas dihubungi oleh ASNB melalui telefon atau sebarang saluran komunikasi yang bersesuaian, ASNB berhak membatalkan kemenangan tersebut.

7. Semua pemenang hanya layak menang satu (1) kali sahaja dalam Tempoh Kempen, sama ada kategori Hadiah Bulanan, Hadiah Utama atau Hadiah Bonus.

8. Maklumat lanjut berkaitan Hadiah Bulanan, Hadiah Utama dan Hadiah Bonus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

a) Hadiah Bulanan

i) Pemenang untuk kategori Hadiah Bulanan akan dipilih daripada kumpulan Peserta yang layak setiap bulan dan tidak termasuk Pemenang daripada kategori Hadiah Bonus.

ii) Pemenang akan dipilih setiap bulan berdasarkan Transaksi yang Layak yang dibuat oleh Peserta.

iii) Hadiah Bulanan dan jadual pengumuman Pemenang adalah seperti Jadual 2 di bawah:

Jadual 2

Bulan Pengumuman

Pemenang Jumlah

Pemenang Hadiah

September 2021 November 2021 Tujuh Puluh Lima (75) Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200) unit

amanah ASNB Oktober 2021 Disember 2021 Tujuh Puluh Lima (75) Ringgit Malaysia Dua

Ratus (RM200) unit amanah ASNB November 2021 Januari 2022 Tujuh Puluh Lima (75) Ringgit Malaysia Dua

Ratus (RM200) unit amanah ASNB Disember 2021 Februari 2022 Tujuh Puluh Lima (75) Ringgit Malaysia Dua

Ratus (RM200) unit amanah ASNB

(5)

5 b) Hadiah Utama

i) Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih daripada kumpulan Peserta yang layak dari awal hingga akhir Tempoh Kempen (1 September hingga 31 Disember 2021). Peserta yang telah memenangi kategori Hadiah Bulanan dan Hadiah Bonus tidak layak untuk pemilihan Hadiah Utama.

ii) Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih setelah tamatnya Kempen dan akan diumumkan pada Februari 2022.

iii) Hadiah dan bilangan Pemenang untuk Hadiah Utama adalah seperti berikut:

Jadual 3

Hadiah Utama Jumlah

Pemenang Hadiah

Pertama Satu (1) Yamaha Y15ZR

Kedua Dua (2) Apple iPhone 12 Pro 128GB

Ketiga Lima (5) Apple iPad Pro 128GB

Sagu hati Lima Puluh Lima (55) Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) unit amanah ASNB

iv) Visual Hadiah yang ditunjukkan dalam sebarang iklan, bahan publisiti promosi dan lain- lain bahan yang berkaitan dengan kempen ini hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan gambaran sebenar Hadiah.

v) ASNB tidak akan bertanggungjawab ke atas kos berkaitan pengambilan dan/atau penghantaran Hadiah. Sebarang kos tambahan, duti, cukai dan/atau perbelanjaan sampingan atau caj yang berkaitan dengan Hadiah akan ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.

vi) Pemenang perlu mengambil Hadiah yang dimenangi mengikut kaedah yang akan ditentukan oleh ASNB mengikut budi bicara mutlaknya.

vii) Sekiranya Pemenang tidak dapat mengambil atau menerima Hadiah tanpa memberikan sebab yang berasas dan dianggap sesuai oleh ASNB, Pemenang akan kehilangan dan melepaskan kesemua tuntutan Hadiah.

c) Hadiah Bonus

i) Hadiah Bonus ditawarkan untuk lima puluh (50) pendaftaran terawal Auto Labur setiap bulan yang dibuat melalui aplikasi myASNB dan pemotongan bulanan pertama berjaya dikreditkan dalam akaun unit amanah yang dipilih, semasa Tempoh Kempen.

(6)

6

ii) Hadiah Bonus dan jadual pengumuman Pemenang adalah seperti Jadual 4 di bawah:

Jadual 4

Bulan Pengumuman

Pemenang Jumlah Pemenang Hadiah September 2021 November 2021 Lima Puluh (50) Ringgit Malaysia Satu

Ratus (RM100) unit amanah ASNB October 2021 Disember 2021 Lima Puluh (50) Ringgit Malaysia Satu

Ratus (RM100) unit amanah ASNB November 2021 Januari 2022 Lima Puluh (50)

Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100) unit

amanah ASNB Disember 2021 Februari 2022 Lima Puluh (50) Ringgit Malaysia Satu

Ratus (RM100) unit amanah ASNB

Lain-lain Terma dan Syarat

1. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen ini.

Keputusan ASNB, sebagai penganjur, adalah muktamad dan sebarang rayuan dan/atau pertikaian tidak akan dilayan.

2. Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan mereka di dalam Kempen ini, Peserta membenarkan ASNB dan ASNB berhak untuk menggunakan nama, butiran peribadi dan gambar Peserta dan/atau Pemenang untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan publisiti, menurut peruntukan perundangan berkaitan, tanpa membayar sebarang kos atau pampasan.

3. Semua Pemenang Kempen ini bertanggungjawab ke atas segala cukai, kadar, fi atau sebarang bayaran yang mungkin dikenakan ke atas mereka menurut undang-undang berkaitan dengan hadiah-hadiah dan Kempen ini.

4. ASNB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, samada secara langsung atau tidak langsung, yang berlaku berkaitan dengan Kempen ini. ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, pandemik, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian yang di luar kawalan ASNB.

5. ASNB berhak untuk meminda, memendekkan, membatal, menggantung atau menamatkan Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian atau untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat pada bila-bila masa.

6. ASNB berhak untuk menarik semula/membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi terma dan syarat seperti yang dinyatakan dan/atau didapati atau disyaki telah mengganggu proses Kempen atau perjalanan Kempen ini. Gangguan yang dimaksudkan merangkumi kegiatan penipuan yang melibatkan sebarang tipu daya, penipuan dan/atau pemalsuan berkaitan dengan Kempen.

7. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh Peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penglibatan Peserta dalam Kempen ini.

(7)

7

8. Para peserta dianggap telah mendapatkan persetujuan daripada pihak ketiga terbabit di mana pilihan Auto-Labur bagi akaun pihak ketiga tersebut telah diaktifkan oleh peserta. ASNB tidak akan bertanggungjawan sekiranya berlaku pertikaian di antara peserta dan pihak ketiga terbabit.

9. Terma dan Syarat Kempen ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau kenyataan berkaitan Kempen ini yang terkandung dalam mana-mana bahan-bahan promosi samada bercetak atau elektronik.

10. Terma dan Syarat Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.

11. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi Terma dan Syarat Kempen ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.

Referensi

Dokumen terkait

 Bagi melayakkan diri untuk menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak mestilah memohon Kad Layak melalui laman web HLB di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”) atau Perbankan

1) Peserta mestilah mempunyai minimum 500 Penyertaan terkumpul pada akhir Tempoh Kempen untuk layak dalam pemilihan pemenang Hadiah Utama melalui cabutan rawak oleh

Peserta layak untuk mendapat tawaran Kempen dengan yuran pendaftaran Pewarisan ASNB sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00) kerana penyerahan Dokumen

i) Hadiah Bulanan ditawarkan kepada Peserta yang layak yang merangkumi Pengguna Baharu dan Pengguna Sedia Ada yang membuat potongan Auto Labur semasa Tempoh Kempen

Berdasarkan uraian-uraian diatas, maka dalam hal ini untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai objek yang menjadi fokus penelitian dalam penulisan hukum ini

Kami sebagai penyelenggara kegiatan Lomba Tari Kreasi tingkat SD / MI se-Jawa Timur juga akan memberikan feedback kepada pihak perusahaan, instansi maupun

Analisis data yang digunakan penulis dalam penelitian ini adalah analisis data deskriptif kuantitatif, berupa: total penjualan dengan atau tanpa pesanan khusus,

a) Terma dan Syarat sedia ada untuk Kempan Sepakat Simpan yang tersedia di www.affinonline.com akan terus terpakai. b) Kempen ini hanya terbuka kepada pelanggan AFFINBANK sahaja. b)