• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 SAINS TAHUN 4 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 SAINS TAHUN 4 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT PAT OKT/2014

SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

SAINS TAHUN 4

1 JAM 15 MINIT

NAMA: ______________________________ KELAS: 4 ___________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan :

1. Kertas ini mengandungi DUA bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

2. Anda dikehendaki menjawab kesemua bahagian.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak tidak termasuk muka hadapan

(2)

2

BAHAGIAN A – SOALAN ANEKA PILIHAN ( 30 MARKAH )

Bahagian ini mempunyai 30 soalan dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan dalam kertas jawapan aneka pilihan yang disediakan.

1. Antara berikut yang manakah bukan kemahiran proses sains?

A. Mengelas B. Mentafsir data C. Membuat inferens

D. Merekod tempoh eksperimen

2. Antara alat berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat isi padu cecair?

A. Jam randik B. Tabung uji C. Termometer D. Silinder penyukat

3. Antara berikut yang manakah melanggar peraturan bilik sains?

A. Mengemas bilik sains sebelum keluar.

B. Menjalankan eksperimen mengikut arahan guru.

C. Membuang sampah ke dalam bakul sampah.

D. Makan dan minum dalam bilik sains.

4. Antara berikut yang manakah disingkirkan melalui peparu?

i. Urea ii. Wap air iii. Oksigen

iv. Karbon dioksida

A. i dan ii B. i dan iii C. ii dan iv D. iii dan iv

(3)

3

5. Rajah 1 menunjukkan sejenis organ manusia.

Rajah 1 Bahan buangan yang manakah disingkirkan oleh organ ini?

A. Urea B. Najis C. Peluh

D. Karbon dioksida.

6. Rajah 2 menunjukkan organ-organ utama manusia yang terlibat dalam pernafasan.

Rajah 2 Organ yang manakah menyerap oksigen semasa pernafasan?

A. P B. Q C. R D. S

7. Mengapakah manusia menjalankan perkumuhan dan penyahtinjaan?

A. Untuk mendapatkan tenaga.

B. Untuk mengekalkan suhu badan.

C. Untuk mengekalkan kesihatan badan.

D. Untuk bergerak balas terhadap rangsangan.

(4)

4

8. Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak membiak?

A. Manusia akan pupus.

B. Manusia akan bersaiz lebih kecil C. Manusia akan berhenti membesar.

D. Manusia tidak akan mempunyai makanan.

9. Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas melalui peparu?

i. Nyamuk ii. Tupai iii. Udang iv. Ular

A. i dan iii B. i dan iv C. ii dan iii D. ii dan iv

10. Rajah 3 menunjukkan sejenis haiwan.

Rajah 3

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai organ pernafasan yang sama dengan haiwan di atas?

A. Buaya B. Semut C. Ketam

D. Labah-labah.

11. Antara haiwan berikut, yang manakah tidak bernafas melalui spirekal?

A. Lalat B. Tikus C. Pepatung D. Lebah

(5)

5

12. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri bagi haiwan X.

Antara berikut yang manakah mungkin ialah haiwan X?

A. Ikan B. Ular C. Angsa

D. Cacing tanah

13. Apabila kepala seekor belalang direndam dalam air, belalang itu tidak akan mati. Mengapakan demikian?

A. Air mengandungi udara terlarut.

B. Belalang boleh bernafas dalam air.

C. Belalang boleh hidup dalam air dan di darat.

D. Organ pernafasannya terletak di bahagian abdomennya.

14. Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang manakah ialah X?

A. Akar B. Daun C. Pucuk D. Batang

15. Rajah 4 menunjukkan sepohon pokok semalu.

Rajah 4

Apakah yang akan berlaku jika daun-daun pokok itu disentuh dengan jari?

A. Daun-daun pokok ini akan gugur.

B. Daun-daun pokok ini akan menjadi kering.

C. Daun-daun pokok ini akan berlipat.

Tidak mempunyai kaki

Bernafas melalui peparu

(6)

6

D. Daun-daun pokok ini akan mengeluarkan bau busuk

16. Apakah nama pigmen hijau pada daun tumbuhan yang diperlukan untuk proses fotosintesis?

A. Osmosis B. Georofil C. Klorofil D. Brosifil

17. Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah bergerak balas terhadap cahaya matahari?

i. Daun ii. Pucuk iii. Akar iv. Buah

A. i dan ii B. i dan iv C. ii dan iii D. iii dan iv

18. Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan sebabnya?

A. Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.

B. Tumbuhan tidak mempunyai kaki.

C. Tumbuhan tidak membiak.

D. Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.

19. Antara berikut yang manakah bukan merupakan unit piawai bagi panjang dalam sistem metrik?

A. Meter B. Kilometer C. Inci

D. Sentimeter

20. Apakah yang dimaksudkan dengan isi padu?

A. Tinggi objek B. Lilitan suatu objek C. Saiz sesuatu ruang

(7)

7 D. Saiz sesuatu permukaan

21. Rajah 5 menunjukkan satu cara lama untuk mengukur panjang.

Rajah 5 Apakah nama ukuran yang ditunjukkan?

A. Depa B. Tapak C. Jengkal D. Hasta

22. Antara berikut yang manakah bukan unit piawai bagi masa?

A. Saat B. Gram C. Minit D. Jam

23. Rajah 6 menunjukkan sebuah kuboid.

Rajah 6

Isi padu bagi kuboid di atas ialah 180cm3. Berapakah tingginya?

A. 10 cm B. 12 cm C. 15 cm

(8)

8 D. 18 cm

24. Rajah 7 menunjukkan sebuah segi empat tepat dengan lebar 6 cm.

6cm

Rajah 7

Jika luas segi empat tepat ini ialah 132cm2, berapakah panjangnya?

A. 12 cm B. 16 cm C. 18 cm D. 22 cm

25. Antara berikut yang manakah ialah ciri bahan yang digunakan untuk membuat baju hujan?

i. Ringan ii. Kenyal iii. Lut sinar iv. Kalis air

A. i dan iii B. i dan iv C. ii dan iii D. ii dan iv

26. Berikut ialah empat jenis objek.

Objek yang manakah merupakan konduktor elektrik?

A. K dan M B. K dan N C. L dan M D. L dan N

K : Klip kertas L : Pembaris kayu M : Paku tekan N : Botol plastik

(9)

9 27. Berikut ialah empat jenis objek.

Objek yang manakah tidak berkarat?

A. P dan R B. P dan S C. Q dan R D. Q dan S

28. Rajah 8 menunjukkan sebuah pintu pagar.

Rajah 8

Apakah cara yang sesuai untuk menghalang objek di atas daripada berkarat?

A. Menyapu gris

B. Menyalut dengan cat C. Membalut dengan plastik D. Membasuh dengan air.

29. Antara berikut yang manakah merupakan planet paling besar dalam Sistem Suria?

A. Marikh B. Zuhal C. Neptun D. Musytari

30. Antara peralatan yang berikut, yang manakah tiada kaitan dengan perubatan.

A. Picagari B. Stetoskop C. Binokular

P : Skru Q : Guli kaca R : Pisau cukur S : Cincin emas

(10)

10 D. Termometer klinik

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR (20 MARKAH) Tulis jawapan anda dalam ruangan yang disediakan.

1. Rajah 1 menunjukkan sejenis objek yang diperbuat daripada beberapa jenis bahan.

Rajah 1

a) Apakah bahan yang digunakan untuk membuat bahagian P dan bahagian Q?

i. P : ___________________________________________________

ii. Q : ___________________________________________________

( 1 markah )

b) Apakah sifat bagi bahan yang digunakan untuk membuat bahagian P dan bahagian Q?

i. P : ___________________________________________________

ii. Q : ___________________________________________________

( 2 markah )

c) Nyatakan sifat bahan yang digunakan untuk membuat objek berikut.

i. Pemegang kuali : _______________________________________

ii. Tapak kasut : _______________________________________

( 2 markah )

(11)

11

2. Rajah 2 menunjukkan empat objek diletakkan di dalam sebuah bikar berisi air dan dibiarkan selama seminggu.

Rajah 2 a) Objek yang manakah akan berkarat?

___________________________________________________________

(1 markah)

b) Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat objek-objek yang dinyatakan di 2 a?

___________________________________________________________

(1 markah)

c) Namakan dua objek lain yang boleh berkarat?

i. ______________________________________________________

ii. ______________________________________________________

(1 markah)

d) Apakah warna bagi objek yang berkarat?

___________________________________________________________

(1 markah)

e) Nyatakan dua sifat atau ciri luaran objek yang berkarat?

i. ______________________________________________________

ii. ______________________________________________________

(1 markah)

(12)

12

3. Rajah 3 menunjukkan empat buah planet yang paling dekat dengan matahari.

Rajah 3

a) Namakan planet-planet yang bertanda Q dan R.

i. Q : ___________________________________________________

ii. R : ___________________________________________________

(2 markah)

b) Apakah nama bagi laluan yang diambil oleh setiap planet untuk beredar mengelilingi matahari.

___________________________________________________________

(1 markah)

c) Namakan planet yang yang mengambil masa paling singkat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi matahari.

___________________________________________________________

(1 markah)

d) Namakan planet yang yang mengambil masa paling lama untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi matahari.

___________________________________________________________

(1 markah)

(13)

13

4. Rajah 4 menunjukkan dua jenis alat teknologi yang dicipta oleh manusia.

Rajah 4

a) Mengapakah manusia perlu mencipta alat-alat teknologi?

___________________________________________________________

(1 markah)

b) Namakan alat-alat teknologi di atas?

i. X : ___________________________________________________

ii. Y : ___________________________________________________

(1 markah)

c) Nyatakan fungsi bagi alat-alat teknologi di atas.

i. X : ___________________________________________________

ii. Y : ___________________________________________________

(1 markah)

d) Namakan sejenis alat yang boleh digunakan untuk mengatasi had keupayaan berikut.

i. Tidak dapat mendengar degupan jantung.

______________________________________________________

ii. Tidak dapat menyimpan banyak maklumat

______________________________________________________

(2 markah)

Disediakan oleh, Disemak oleh,

... ...

Herman Mahamad Gapar Norazimah Bt. Ab Jalil

Panitia Sains Ketua Panitia Sains

Disahkan oleh,

...

Referensi

Dokumen terkait

Menggunakan maklumat yang diberi dalam jadual tersebut, nyatakan bahan kimia yang digunakan bagi fungsi berikut. Complete the answer in

Rajah 25 ialah graf yang menunjukkan hubungan antara beza keupayaan dengan arus bagi empat konduktor yang berlainan jenis J,K,L dan M.. In the following circuits, all the

4 Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga yang berlaku diambil daripada Perniagaan

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang paling sesuai. Kamariah cuak amat ketika menonton filem __________di panggung wayang itu. Dia mengemukakan pendapatnya di dalam

1249/1 SPMU 2020 Lihat halaman sebelah SULIT 19 Maklumat berikut berkaitan dengan mata wang yang digunakan oleh tiga buah. negeri di Tanah Melayu sebelum

29 Antara berikut, yang manakah bukan peranan komunikasi dalam perniagaan. A Memudahkan

Dalam serbuan tersebut, sebanyak 35 orang pekerja asing telah ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah, tidak mempunyai permit kerja, serta

25 Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan sistem pendidikan penjajah di Tanah Melayu. pada akhir