• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panduan Pengajaran Bahasa Melayu sk Tahun 6

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Panduan Pengajaran Bahasa Melayu sk Tahun 6"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

Standard Kandungan Kemahiran Membacamenentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan bahan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.

Standard Kandungan Kemahiran Membaca

Murid patut mengetahui dan boleh:

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca

2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi imbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi dengan sebutan yang betul.

2.3.1 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dan ragam ayat mengikut laras daripada pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

(2)

2.5.1 Membaca, memahami dan menyusun maklumat daripada pelbagai bahan bacaan dan memindahkan maklumat dalam bentuk grafik.

2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat mengikut keutamaan dalam bentuk prosa.

2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat dalam bentuk prosa dan puisi.

2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.

(3)

Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.

(4)

TEMA PERPADUAN

TAJUK Generasi Perpaduan

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN

2.6.1 Membaca pelbagai bahan sasterayang sesuai untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. menjelaskan maksud sajak yang dibaca untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Sejarah

Nilai : Patriotisme, semangat bermasyarakat EMK: TMK

KP : Verbal Linguistik

SISTEM BAHASA Sebutan dan intonasi

Ayat tunggal

BAHAN BANTU BELAJAR Lampiran sajak, borang markah, video sajak

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(5)

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Perbincangan

1. Murid menonton tayangan video deklamasi sajak.

2. Guru dan murid berbincang mengenai video tersebut. - Sebutan dan intonasi

Video

Laman Web :You Tube

Membaca Sajak

1. Murid membaca sajak secara kuat dengan sebutan yang betul.

2. Murid mendeklamasi sajak dengan kuat dalam kumpulan, dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

3. Murid mendeklamasi sajak secara berpasangan. - Sebutan dan intonasi

Lampiran 1 Sajak

Membaca Prosa

1. Murid berbincang dalam kumpulan maksud sajak berdasarkan rangkap yang ditetapkan.

2. Murid membacakan maksud sajak dalam bentuk prosa di hadapan kelas.

3. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan sajak yang dibaca.

(6)

-2. Murid mendeklamasi sajak dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul secara bergilir-gilir di dalam kumpulan.

3. Setiap kumpulan akan menilai

persembahan rakan dari kumpulan lain dengan mengisi borang markah.

4. Pemenang setiap kumpulan

mendeklamasi sajak dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul di hadapan kelas.

1. Murid mendeklamasi sajak dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan bimbingan guru.

Lampiran Pemulihan Sajak Pendek

Pengayaan

1. Murid mendeklamasi sajak daripada bahan yang lain dan dinilai oleh rakan dalam kumpulan.

ENT : KB – Menghubung kait

Media:

(7)

Lampiran 1

Generasi Perpaduan

Masa berputar tanpa henti Generasiku hadir bersilih ganti Bijak berbicara namun rapuh jati diri Pantas bergerak tetapi silap bertindak.

Sedarlah generasi mudaku Kemerdekaan ini di tanganmu

Corakkan ia dengan semangat perpaduan Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan Agar negara makmur dan aman.

Bangsaku

Melayu, India dan Cina mesti bersatu Teguh erat berganding bahu

Biar bertingkah tidak berseteru Bersatu hati dan bermuafakat Demi negara kita bertekad.

Generasiku

(8)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan generasi muda?

2. Apakah tanggungjawab generasi muda terhadap negara?

3. Mengapakah kaum Melayu, Cina dan India perlu bersatu padu?

4. Siapakah pewaris perjuangan?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan baris ayat ‘Biar bertingkah tidak berseteru’ ?

Lampiran 2

(9)

Penilaian

Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Kumpulan: ...

Dihakimi oleh:………

Bil Nama Murid Markah Penuh( 20 markah ) Kedudukan

(10)

Pemulihan Baca rangkap sajak yang

diberi oleh guru kamu dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Generasi Perpaduan Generasiku

Dikaulah pewaris perjuangan Pembela negara di masa hadapan Agar negara terus gemilang

Generasi Perpaduan Generasiku

Dikaulah pewaris perjuangan Pembela negara di masa hadapan Agar negara terus gemilang

Generasi Perpaduan Bangsaku

Melayu, India dan Cina mesti bersatu Teguh erat berganding bahu

Biar bertingkah tidak berseteru Bersatu hati dan bermuafakat Demi negara kita bertekad.

Generasi Perpaduan Bangsaku

Melayu, India dan Cina mesti bersatu Teguh erat berganding bahu

Biar bertingkah tidak berseteru Bersatu hati dan bermuafakat Demi negara kita bertekad.

Generasi Perpaduan Sedarlah generasi mudaku

Kemerdekaan ini di tanganmu

Corakkan ia dengan semangat perpaduan Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan Agar negara makmur dan aman.

Generasi Perpaduan Sedarlah generasi mudaku

Kemerdekaan ini di tanganmu

Corakkan ia dengan semangat perpaduan Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan Agar negara makmur dan aman.

Generasi Perpaduan Masa berputar tanpa henti

Generasiku hadir bersilih ganti Bijak berbicara namun rapuh jati diri Pantas bergerak tetapi silap bertindak.

Generasi Perpaduan Masa berputar tanpa henti

(11)

Pengayaan

BERSATU KITA TEGUH

generasi berganti silih berganti musim berganti silih berganti hari berganti silih berganti masa berputar tiada henti

mematangkan usia dan pemikiran mendewasakan manusia dan dunia melahirkan insan integriti bangsa

hai generasi

tanpamu siapalah dunia ini

tanpamu tiada akan erti kemerdekaan ini

kemerdekaan yang dicapai oleh negaramu hari ini kemerdekaan yang dicapai oleh dirimu sendiri corakkanlah hidupmu dengan semangat perpaduan corakkanlah hidupmu dengan semangat kemerdekaan agar negara tercinta kekal bersama kita selamanya

Melayu, India dan Cina kita adalah bersama jika bercerai kita roboh, bersatu kita pasti teguh

laksana ikatan keakraban persaudaraan kita adalah insan sekelompok

kita adalah insan satu gagasan kita adalah insan satu Malaysia

berganding bahu tanpa mengira bangsa serta asal usul bersatu hati dalam bermuafakat

demi negara yang tercinta kita satu Malaysia!!!

(12)

TEMA KESENIAN DAN ESTETIKA

TAJUK Permainan Wau

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN

2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang sesuai untuk membuat rumusan dengan betul.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat:

i. membaca dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. ii. menyenaraikan maklumat yang tersurat dan tersirat berdasarkan

petikan yang dibaca.

PENGISIAN KURIKULUM

EMK : TMK

Celik kewangan KB : Menjana Idea KP : Verbal Linguistik

BCB : Bacaan Mekanis / Bacaan Intensif Nilai : Menghargai, bekerjasama

Ilmu : Dunia Seni Visual

SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata Hubung / Kata Sendi

BAHAN BANTU BELAJAR ICT, Bahan maujud

PENILAIAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN Membaca dan menyenaraikan maklumat dalam bentuk grafik.

(13)

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Membaca Seni Kata Lagu

1. Murid membaca seni kata lagu “Wau Bulan”

2. Guru menayangkan gambar-gambar beberapa jenis wau.

3. Murid dan guru bersoal jawab tentang pelbagai jenis wau yang ditayangkan.

EMK : TMK ENT : KP - Muzik Ilmu : Pendidikan Muzik

& Pendidikan Seni Visual

1. Murid membaca senyap petikan teks yang diedarkan untuk mendapatkan maklumat.

2. Murid membaca teks secara individu, berpasangan atau berkumpulan secara mekanis.

3. Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan yang dibaca. Ilmu : Celik Kewangan Nilai : Kerjasama

Lampiran 2

(14)

2. Murid diminta membentangkan hasil kerja

kumpulan di hadapan kelas. Media:

Kad petikan perenggan

Penilaian

1. Murid dalam kumpulan membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2. Bercerita berdasarkan petikan yang dibaca.

ENT : KP – Verbal linguistik

Nilai : Kerjasama

Lampiran 2

Pemulihan

1. Murid dibimbing membaca ayat dengan sebutan yang betul.

ENT : BCB – Bacaan intensif

Lampiran 4

Pengayaan

1. Murid diminta membaca petikan karangan.

2. Murid menyenaraikan tiga isi penting berdasarkan petikan yang dibaca.

(15)

Lampiran 1 Baca seni kata lagu ini dan

fahami maksudnya

ewa..ewa..ewa bulan

ewa..bulan teraju tiga 2x

ini malam sama-sama…

sama-sama bersuka ria 2x

ewa..ewa..ewa bulan

ewa..bulan teraju tiga 2x

cahaya bulan tempat perindu

pantainya indah kayangan jiwa

kota idaman senyum selalu

taman serendah sekebun bunga

ewa..ewa..ewa bule

ewa..bulan teraju tiga 2x

ini malam sama-sama…

sama-sama bersuka ria 2x

ewa..ewa..ewa bule

ewa..bulan teraju tiga 2x

ini malam sama-sama…

(16)

Lampiran 2

Wau merupakan permainan tradisional. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan wau amat digemari oleh penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Puyuh, Wau Daun, Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.

Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi sebahagian pendapatan tambahan kepada penduduk dengan menjadikan wau sebagai kraf tangan dan bahan hiasan dinding.Harga wau yang dijual berdasarkan saiz dan corak wau yang dihasilkan.

Walaupun pada masa dahulu permainan ini hanya dimainkan oleh masyarakat kampung, tetapi pada hari ini wau telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa seperti dalam Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang. Hasil sambutan festival ini sangat memberangsangkan terutama dalam kalangan peserta dari luar negara. Ini cukup membuktikan bahawa permainan tradisional juga mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Jadi warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana permainan wau ini merupakan identiti budaya bangsa Melayu.

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil Juru Anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau

(17)

Lampiran 3

Isi

Penting

(18)

Lampiran 4 Pemulihan

Wau merupakan p

ermainan tradisional. Permainan ini juga

dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan wau amat digemari

oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak

kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri

seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama

tersendiri seperti Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan,

Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Puyuh, Wau Daun,

Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat

digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan

larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan

diwarnakan dengan pelbagai warna.

(19)

Lampiran 5 Pengayaan

Shafie bin Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. Shafie amat berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya. Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.

.

(20)

TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TAJUK Robot Membantu Manusia

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN

2.5.2 Membaca, memahami, dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat mengikut keutamaan dalam bentuk prosa.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat:

i. membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

ii. menaakul dan menyenaraikan lima isi penting daripada petikan yang dibaca.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Sains, Pendidikan Moral Nilai : Bekerjasama, Berani.

EMK : TMK / Celik Kewangan ,Kreatif dan Inovatif KB : Verbal Linguistik, Menjana Idea

Teks berita, lembaran kerja, jadual grafik, kad manila, pen marker berwarna.

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(21)

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Membaca dan bersoal jawab

1. Guru mempamerkan poster ‘Pameran Robot’.

2. Murid secara kumpulan membaca maklumat pada poster dan merumuskan kandungan yang terdapat di dalamnya.

3. Murid melaporkan rumusan yang diperoleh daripada hasil perbincangan.

EMK : Kreativiti dan inovasi Celik Kewangan ENT : KB – Kritis dan kreatif

Ilmu : Dunia Sains dan Teknologi Nilai : Kerjasama

Lampiran 1 Media :

Poster ‘Pameran Robot’

Membaca

1. Murid membaca senyap petikan teks berita yang diedarkan untuk

mendapatkan maklumat.

2. Murid membaca teks secara individu, kumpulan dan kelas.

3. Simulasi membaca berita oleh murid.

ENT : BCB – Bacaan

Menaakul Dan Menyampaikan Pendapat

1. Setiap kumpulan diminta berbincang tentang “Kegunaan Robot Kepada Manusia” dan membuat penaakulan dengan melengkapkan borang

KB: Menjana

idea Lampiran 3Media:

(22)

menggunakan ayat yang betul di hadapan kelas.

Penilaian

1. Murid menjawab lima soalan yang diberi berdasarkan teks yang dibaca. 2. Murid memberikan perkataan

berlawanan dalam perkataan bergaris dalam petikan.

KP: Verbal linguistik Media:

Lembaran kerja

Media:

Lembaran kerja

Pemulihan

1. Murid membaca cerita autobiografi secara berpandu yang bertajuk “Aku Sebuah Robot” .

Media:

Lembaran kerja

Pengayaan

1. Murid membaca maklumat yang terdapat pada poster dan menulis isi-isi penting yang diperoleh.

(23)

Lampiran 1

(24)

Lampiran 2

BATU PAHAT, 30 SEPTEMBER – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Banang Jaya telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM30 ribu menerusi pameran Robot 2015 yang dijalankan sejak lima bulan yang lalu.

Pameran ini dirancang sejak menerima mandat daripada ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG. Pameran ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid sekali gus mengumpul dana-dana yang boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti laluan berbumbung, memberi bantuan kepada murid-murid miskin, menceriakan persekitaran sekolah dan sebagainya.

Selama pameran ini berlangsung, pelbagai bentuk ciptaan yang dipamerkan. Robot yang dipamerkan adalah rekaan sepenuhnya oleh murid-murid di sekolah ini. Robot-robot tersebut sangat menarik dan unik. Murid-murid yang mencipta robot ini kebanyakannya bercita-cita menjadi jurutera robotik.

Selain itu, robot-robot yang direka telah berjaya menarik minat pengunjung untuk datang ke pameran ini sekali gus menyumbangkan derma ikhlas mereka. Robot-robot ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Antara nama robot yang dihasilkan ialah Hataro, Megah Jaya, Kitamitsu, Berjaya Didik dan sebagainya berdasarkan contoh robot dari luar negara seperti Wakamaru, Aibo, dan Irobi. Murid-murid yang mencipta robot ini juga diberi peluang menerangkan fungsi robot yang dihasilkan itu. Suasana di pameran Robot 2015 ini sungguh meriah.

Ramai pengunjung teruja dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid di sekolah ini. Pihak PIBG pula melahirkan rasa syukur atas segala sumbangan yang telah dihulurkan. Mereka juga berharap usaha murid-murid ini terus dihargai dan dijadikan contoh terbaik yang pernah dilakukan dan seterusnya berharap kejayaan ini disusuli dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.

(25)

Lampiran 3

__________________________________________________ __________________________________________________ _____________________________

__________________________________________________ Nyatakan kegunaan robot

(26)

Penilaian

Baca dan fahami teks pada Lampiran 2 dan jawab soalan di bawah.

1. Pada bulan berapakah pameran Robot 2015 ini dilancarkan?

A. April C. Jun

B. Mei D. Julai

2. Apakah tujuan pameran ini diadakan? A. Melahirkan jurutera robotik.

B. Mengumpul dana untuk kemajuan sekolah. C. Memberi bantuan kepada semua murid.

D. Mencungkil kebolehan murid-murid dan mengumpul dana. 3. Bagaimanakah suasana di pameran Robot 2015 yang diadakan?

A. Meriah C. Lengang

B. Harmoni D. Aman

4. Mengapakah pengunjung yang hadir begitu teruja? A. Kerjasama pihak PIBG sekolah tersebut.

B. Mengumpul dana-dana untuk membantu murid miskin. C. Melihat pelbagai bentuk robot yang dicipta.

D. Dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid mencipta pelbagai bentuk dan saiz robot.

5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A. Murid-murid berpeluang menunjukkan kebolehan mencipta robot. B. Dana-dana yang dikumpul disumbangkan kepada murid miskin. C. Robot direka oleh guru dan murid.

(27)

Pemulihan

AKU SEBUAH ROBOT

Aku sebuah robot. Aku dilahirkan di negara Korea Selatan. Aku bernama Gangnam.

Setelah tubuhku dan rakan-rakanku siap dipasang dan diuji, kami dihantar ke merata-rata tempat untuk dijual. Aku telah dihantar ke pusat beli belah yang terkenal. Aku diletakkan di dalam sebuah almari kaca yang dihiasi lampu yang terang dan menarik. Tubuhku yang bersinar apabila terkena cahaya telah menarik para pengunjung yang melihatku. Akhirnya, aku telah dibeli oleh seorang jutawan.

Aku ditugaskan untuk menjaga keselamatan rumah agam tuanku daripada dimasuki pencuri. Aku bertugas dengan penuh tanggungjawab dan berharap agar tubuhku sentiasa diselenggara dengan baik. Dengan kehadiranku, tiada sesiapa yang berani menceroboh rumah agam tersebut.

Tuanku sering menguji kepintaran diriku. Beliau juga akan mengarahkan pembantu rumah untuk membersihkan tubuhku pada setiap minggu. Aku berasa gembira kerana tuanku amat menyayangi dan berpuas hati dengan khidmatku.

Aku berharap agar dapat berkhidmat dengan tuanku sehingga akhir hayat. Aku akan sentiasa memastikan keselamatan rumah agam tuanku selagi khidmatku diperlukan.

(28)

Pengayaan

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Referensi

Dokumen terkait

Posisi kedua lengan yang benar saat kedua kaki melakukan tendangan ke belakang pada gerakan kaki renang gaya dada adalah ... Posisi telapak kaki yang benar saat melakukan

Demikian surat pernyataan dibuat untuk dipergunakan sebagaimana

Dalam melaksanakan suatu pekerjaan, masalah keamanan dan keselamatan kerja merupakan system penting yang harus menjadi perhatian utama semua pihak. Kerberhasilan

– Isu ini mencoba meneliti permasalahan di wilayah perkotaan (urban transportation) seperti mengatasi kemacetan, perilaku pergerakan, kontribusi kerugian pencemaran lingkungan

Kotak dialog adalah kombinasi teknik menu dan formulir isian yang banyak digunakan di GUI modern.

menaikkan nilai Jaminan Pelaksanaan, maka penawarannya digugurkan serta dimasukkan dalam Daftar Hitam. 3) Hasil klarifikasi dituangkan dalam Berita Acara yang

Cara yang paling mudah dan tidak membutuhkan biaya untuk mendeteksi secara dini kejadian kanker payudara adalah dengan pemeriksaan payudara sendiri.Tujuan penelitian adalah

Berdasarkan simpulan tersebut, adapun saran yang dapat disampai- kan yaitu: (1) guru dapat meng- gunakan model pembelajaran Guided Note Taking sebagai alternatif untuk