• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN REPOSITORI WARISAN BUDAYA BAGI INSTITUSI RAJA MELAYU BERDASARKAN ONTOLOGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEMBANGUNAN REPOSITORI WARISAN BUDAYA BAGI INSTITUSI RAJA MELAYU BERDASARKAN ONTOLOGI"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBANGUNAN REPOSITORI WARISAN BUDAYA BAGI INSTITUSI RAJA MELAYU BERDASARKAN ONTOLOGI

SYAHIRA AMIRA BINTI IBRAHIM ANUAR

(2)

Kandungan

BAB 3 SPESIFIKASI REKA BENTUK ... 3

3.1 PENGENALAN ... 3

3.2 METODOLOGI KAJIAN ... 4

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan... 4

3.2.2 Fasa Dapatan Keperluan Ontologi ... 5

3.2.3 Fasa Pembangunan Ontologi ... 9

3.2.4 Fasa Pelaksanaan Ontologi ... 13

3.2.5 Fasa Penilaian Ontologi ... 14

3.3 REKA BENTUK DAN KEPERLUAN SISTEM ... 15

3.3.1 Rajah Konteks ... 15

3.3.2 Rajah Use Case ... 16

3.3.3 Penerangan Use Case ... 17

3.3.4 Carta Alir ... 19

3.4 KEPERLUAN SISTEM DAN SPESIFIKASI ... 20

3.4.1 Keperluan Perisian ... 20

3.4.2 Keperluan Perkakasan ... 20

(3)

BAB 3 SPESIFIKASI REKA BENTUK

3.1 PENGENALAN

Matlamat utama projek ini ialah membangunkan satu repositori warisan budaya yang dikhususkan mengenai Institusi Raja Melayu berdasarkan ontologi. Bagi setiap pembangunan ontologi ataupun sistem, pemilihan kaedah atau metodologi pembangunan yang tepat adalah aspek yang penting bagi mencapai objektif atau matlamat yang telah dinyatakan. Dalam bab ini akan menerangkan metologi yang dipilih untuk digunakan dalam membangunkan sistem ini. Setiap fasa atau proses yang terlibat akan dibincangkan dengan lebih terperinci dan mendalam bagi mendapatkan gambaran awal bagaimana terbentuknya sesebuah sistem yang akan dibangunkan kelak.

(4)

3.2 METODOLOGI KAJIAN

Terdapat pelbagai metodologi yang boleh digunakan dalam usaha untuk membangunkan sesebuah ontologi. Pemilihan metodologi dapat dibuat berdasarkan penyesuaian yang tepat mengenai tujuan pembangunan ontologi itu sendiri. Terdapat beberapa fasa yang terlibat di dalam pembangunan ontologi. Antaranya ialah fasa analisa keperluan, fasa reka bentuk ontologi, fasa pembangunan ontologi, fasa pelaksanaan ontologi dan yang terakhir ialah fasa penilaian ontologi.

Rajah 3.1 Metodologi bagi pembangunan repositori berasaskan ontologi

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

Fasa analisa keperluan merupakan peringkat pertama dalam pembangunan ontologi ini. Dalam fasa ini, pengumpulan maklumat diperlukan bagi mengkaji permasalahan yang timbul. Semua analisa permasalahan dan keperluan dalam membangunkan ontologi ini dilakukan dengan mengambil kira aspek-aspek penting tentang pengguna ontologi, permasalahan yang dihadapi, skop yang digunakan, kepentingan pembangunan ontologi, dan domain yang akan digunakan. Fasa analisa keperluan ini penting untuk memastikan kajian yang dilakukan bertepatan dengan matlamat utama kajian dimana matlamat utamanya adalah membangunkan satu repositori Institusi Raja Melayu berasaskan ontologi.

ANALISA KEPERLUAN

PEMBANGUNAN ONTOLOGI DAPATAN KEPERLUAN ONTOLOGI

PELAKSANAAN ONTOLOGI

(5)

3.2.2 Fasa Dapatan Keperluan Ontologi

Fasa ini menerangkan beberapa aktiviti yang terlibat dimana ia digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Antaranya ialah:

a) Mengenalpasti skop kajian

Dalam kajian ini, skop kajian hanya tertumpu kepada galeri yang terdapat di Muzium Negeri Terengganu yang memfokuskan kepada Galeri Di Raja dimana bahan maklumat yang diperolehi ialah peninggalan alat-alat kebesaran raja. Dari segi pengumpulan maklumat pula, Bahasa Melayu digunakan kerana ia lebih tertumpu untuk menarik minat generasi baru tentang warisan yang terdapat di Malaysia serta ia merupakan Bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat Malaysia.

b) Menentukan cara untuk memperolehi maklumat

Berdasarkan carian dalam laman sesawang Muzium Negeri Terengganu, maklumat yang dipaparkan sangat terhad dan tidak lengkap bagi pengguna yang ingin mencari maklumat tentang sesuatu perkara dengan lebih terperinci contohnya mengenai senarai kesultanan Terengganu yang pernah memerintah Terengganu pada tahun yang tertentu. Oleh itu, pengumpulan maklumat tambahan melalui bahan bacaan ilmiah seperti buku, jurnal dan artikel yang telah diiktiraf kesahihannya oleh pihak atasan. Antara buku yang dimaksudkan ialah buku yang berjudul “Raja Beperlembagaan Malaysia: Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertua – Yang Di-Pertua Negeri Abad 21” yang diterbitkan oleh Kaedah Kota Management (M) Sdn Bhd.

Jadual 3.1 Senarai Kesultanan Terengganu

Bil Senarai Sultan Memerintah Tahun Memerintah

1 Sultan Ahmad 1808 – 1830

2 Sultan Abdul Rahman 1830

3 Sultan Daud 1830 – 1831

(6)

c) Mentakrifkan konsep

Dalam menakrif konsep ini, setiap objek telah disenaraikan untuk mengenal pasti ciri-ciri penting setiap objek tersebut. Setelah disenaraipendekkan, secara tidak langsung akan terbentuknya sesuatu kelas dan hubungan antara kelas-kelas yang wujud.

Jadual 3.2 Kategori Utama Ontologi Institusi Raja Melayu Kategori

Tempat

- Muzium Negeri Terengganu Kategori Gelaran - Sultan (lelaki) - Sultanah (perempuan) Kategori Institusi Raja Melayu Perhiasan Darjah kebesaran

- Darjah Utama Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.T.)

- Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (Panglima Besar) (D.K.R.I)

- Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Amat Mulia Darjah Yang Kedua (Panglima) (D.K.R.II) - Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (Panglima Besar) (D.K.I) - Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Kedua (Panglima) (D.K.II)

5 Sultan Muhammad 1832 – 1839

6 Baginda Omar 1839 – 1876

7 Sultan Mansur II 1876

8 Sultan Ahmad Shah II 1876 – 1881

9 Sultan Zainal Abidin II 1881 – 1918

10 Sultan Mahmud Shah II 1918 – 1920

11 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 1920 – 1942

12 Tengku Ali 1942 – 1945

13 Tengku Ismail 1945 – 1979

14 Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah 1979 – 1998

(7)

- Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Peringkat Pertama (Panglima Utama) (S.U.M.Z.) - Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Peringkat Kedua (Panglima Besar) (S.S.M.Z.) - Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Peringkat Pertama (Panglima Besar) (S.S.M.T.)

- Seri Paduka Mahkota Terengganu Peringkat Pertama (Panglima Besar) (S.P.M.T.)

- Dato’ Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Peringkat Ketiga (Panglima) (D.S.M.Z.)

- Dato’ Setia Sultan Mahmud Terengganu Peringkat Kedua (Panglima) (D.S.M.T.)

- Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Peringkat Kedua (Panglima) (D.P.M.T.)

- Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Peringkat Keempat (Taulan) (S.M.Z.)

- Ahli Setia Mahkota Terengganu Peringkat Keempat (Taulan) (A.S.M.)

- Setia Mahkota Terengganu Peringkat Ketiga (Taulan) (S.M.T.)

- Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Peringkat Kelima (Ahli) (A.M.Z.)

- Ahli Mahkota Terengganu Peringkat Keempat (Ahli) (A.M.T.)

Bintang - Bintang Keberanian Handal Negeri Terengganu (B.K.H.)

- Bintang Lama Berjawatan Negeri Terengganu (B.L.B.)

Pingat - Pingat Keberanian Handal Negeri Terengganu (P.K.H.)

- Pingat Pekerti Terpilih Negeri Terengganu (P.P.T.) - Pingat Jasa Cemerlang Negeri Terengganu (P.J.C.) - Pingat Jasa Kebaktian Negeri Terengganu (P.J.K.) - Pingat Lama Berjawatan Negeri Terengganu (P.L.B.)

Pending - Pending Wifik kepunyaan Almarhum Baginda Omar - Pending

- Pending Jadam - Pending Perak

- Pending Perak Berbunga Timbul - Pending Perak Sempuh Emas

Sandang - Dua Pasang Saut Sandang kepunyaan Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah

(8)

Gelang - Gelang Emas kepunyaan Tengku Ampuan Meriam Gendik - Gendik Diraja kepunyaan Seri Paduka Baginda

Permaisuri Agong Rantai

leher

- Kalung Diraja kepunyaan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong

Peralatan Tongkat - Cogan Alam - Cogan Agama - Cokmar

Payung - Payung Ubur-Ubur Pakaian Pakaian

rasmi

- Muskat

Tengkolok - Mahkota Bertanjak - Tanjak Diraja Tali

pinggang

- Tali Pinggang Emas Berat 9 Tahil 14 Amas 6 Keneri Butang

baju

- Butang Baju Emas kepunyaan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Bekas simpanan

Bekas azimat

- Bekas Azimat Emas Bertatah 25 Biji Permata Delima kepunyaan Tengku Ampuan Mariam Senjata Pedang - Pedang Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III

- Sundang

Lembing - Tombak Berambu Keris - Keris Panjang Diraja

- Keris Pendek Diraja

- Keris Majapahit Lok 9 kepunyaan Al-Marhum Sultan Sir Sulaiman

- Keris Picit

- Keris Sepukal Naga Emas

- Keris Lok 9 Bertulis, Sarung Berbalut Perak Berukir (Sultan Sulaiman)

- Keris Emas Bertatah Alam Pendakwa - Keris Pasak Alam

- Keris Dukun Pendita - Keris Merak

- Keris Malela Berpamor Kepunyaan Al-Marhum Sultan Ahmad

- Keris Gembala Hikmat - Tumbuk Lada Kembar - Keris Reka Berlok

- Keris Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III - Keris Majapahit, Pakaian Al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

(9)

3.2.3 Fasa Pembangunan Ontologi

Proses Ontology Development 101 telah digunakan untuk membangunkan Ontologi Instirusi Raja Melayu. Terdapat tujuh langkah yang diberi penekanan dalam metodologi ini iaitu:

Rajah 3.2 Aktivi dalam Proses Ontology Development 101

a) Mengenalpasti domain dan skop ontologi

Untuk mengenalpasti skop dalam kajian ini, beberapa persoalan yang dikenali sebagai soalan kompetensi (competency questions) perlu dijalankan dimana ia merupakan senarai beberapa soalan yang perlu dijawab oleh pengguna berkaitan pengetahuan asas mengenai ontologi. Berikut adalah beberapa soalan kompetensi bagi kajian Institusi Raja Melayu:

1. Siapakah Sultan yang memerintah Negeri Terengganu pada masa kini? 2. Apakah ciri-ciri bagi pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu?

3. Apakah material kain yang digunakan untuk menghasilkan Muskat? Mengenalpasti domain dan skop ontologi

Mempertimbangkan untuk menggunakan semula ontologi sedia ada

Mengambil kira terma-terma penting di dalam ontologi

Mentakrif kelas dan hierarki kelas

Mentakrif instances

Mentakrif properties bagi class-slot

(10)

4. Apakah nama bentuk ikatan pada Mahkota Tanjak yang dipakai oleh Sultan Terengganu?

5. Apakah aksesori yang digunakan untuk dipadankan bersama dengan tali bengkung? 6. Apakah jenis senjata yang melambangkan kebesaran dan kekuasaan?

7. Apakah aksesori-aksesori utama yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran diraja?

8. Apakah yang dimaksudkan dengan warna kuning pada Payung Ubur-Ubur?

9. Pada zaman pemerintahan Sultan manakah yang mula-mula mewujudkan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu?

10. Apakah moto bagi anugerah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Peringkat Keempat?

Berdasarkan soalan yang dinyatakan di atas, sebuah repositori bagi Institusi Raja Melayu berasaskan ontologi akan dapat dibangunkan dengan sempurna kerana adanya maklumat yang terperinci dan lengkap yang telah didapati daripada sumber yang sahih.

b) Mempertimbangkan untuk menggunakan semula ontologi sedia ada

Terdapat banyak ontologi yang sedia ada dalam bentuk elekronik yang boleh digunapakai dan dimasukkan ke dalam ontologi yang akan dibangunkan. Dalam menggunakan semula ontologi sedia ada ini mungkin menjadi satu keperluan sekiranya skop bagi kajian yang digunakan itu menepati kesesuaian dengan skop kajian yang akan dibangunkan. Di dalam kajian ini didapati masih tiada lagi kewujudan repositori berdasarkan ontologi untuk digunapakai bagi kajian Institusi Raja Melayu. Oleh itu, tiada penggunaan ontologi sedia ada bagi pembangunan ontologi untuk kajian ini.

c) Mengambil kira terma-terma penting di dalam ontologi

Daripada maklumat yang terdapat di dalam laman sesawang Muzium Negeri Terengganu dan juga hasil pembacaan tambahan daripada sumber ilmiah seperti jurnal, artikel dan buku-buku, terma-terma penting telah dikaji dan dikenalpasti. Sebagai contoh, di dalam pengkelasan senjata, terdapat subkelas pedang,lembing dan keris dimana tidak semua senjata-senjata ini hanya digunakan untuk berperang, malah ia juga digunakan sebagai pelengkap penampilan diri

(11)

bagi upacara-upacara tertentu untuk kelihatan lebih kemas. Terma-terma lain juga dikenalpasti dan ia membantu dalam melakukan takrifan kelas, subkelas, properties dan instances.

d) Mentakrif kelas dan hierarki kelas

Terdapat beberapa kaedah untuk membangunkan kelas hierarki seperti top-down, bottom-up dan gabungan di antara top-down dan bottom-up. Di dalam kajian ini, kaedah top-down adalah kaedah yang paling sesuai untuk digunakan.

Dalam fasa Dapatan Keperluan Ontologi yang dijalankan dalam metodologi, semua terma dan ciri-ciri penting setiap objek telah dikenalpasti. Setelah membuat beberapa rujukan daripada sumber-sumber yang diperoleh, maka kelas dan hierarki kelas dapat dilaksanakan dengan mudah dan teratur. Hierarki ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Protégé. Kelas dan subkelas ini telah diletakkan mengikut pengkelasan yang disenaraikan.

(12)

e) Mentakrif properties bagi class-slot

Setelah selesai proses pengkelasan, langkah yang seterusnya ialah mewujudkan properties dimana ia perlu ditentukan kerana di dalam proses pengkelasan tidak menyediakan maklumat lengkap dalam pembangunan sebuah ontologi. Proses ini penting bagi menggambarkan struktur dalaman yang terdapat pada kelas-kelas seperti yang telah dinyatakan pada proses sebelumnya. Rajah 3.4 menunjukkan ontologi bagi Institusi Raja Melayu. Terdapat dua jenis

properties yang boleh dilakukan iaitu object properties dan datatype properties.

Rajah 3.4 Object Property bagi Institusi Raja Melayu

f) Mentakrif aspek slots

Dalam proses ini, ia menerangkan jenis nilai, nilai yang dibenarkan, bilangan nilai dan ciri-ciri bagi nilai lain yang telah diberikan oleh slot. Ia juga menerangkan mengenai domain dan range bagi slot tersebut. Domain slot ialah kelas dimana property tersebut ditakrifkan, dan range slot pula ialah instance dimana ia diletakkan di bawah kelas-kelas yang tertentu.

Jadual 3.3 Domain dan Range bagi Object Property

No ObjectProperty Domain Range

1 hasMade Institusi Raja Melayu Bekas simpanan

2 hasMaterials Institusi Raja Melayu Pakaian 3 hasFunction Institusi Raja Melayu Peralatan 4 hasAccessories Institusi Raja Melayu Perhiasan

5 hasUsed Institusi Raja Melayu Senjata

(13)

g) Mentakrif instances

Proses yang terakhir dalam pembangunan ontologi ialah menakrif instances dimana ia adalah proses yang mewujudkan individual instances atau objek bagi kelas-kelas yang telah disenaraikan dalam hierarki.

Rajah 3.5 Nilai individual bagi Institusi Raja Melayu

3.2.4 Fasa Pelaksanaan Ontologi

Fasa pelaksanaan ini dilakukan bagi tujuan penambahbaikan semasa proses pembangunan ontologi dan selepas ontologi dibangunkan. Dalam fasa ini, segala masalah dan kekurangan ontologi yang dibangunkan akan dapat dikenal pasti. Maklumat atau data yang baru akan didapati melalui bahan bacaan ilmiah dimana ia maklumat atau data yang baru sentiasa boleh dimasukkan ke dalam ontologi bagi tujuan penambahbaikan. Sekiranya terdapat kesalah selepas ontologi ini siap dibangunkan, ia perlu dibetulkan untuk memastikan maklumat yang diterima oleh pengguna adalah maklumat yang tepat dan sahih.

(14)

3.2.5 Fasa Penilaian Ontologi

Fasa yang terakhir bagi metodologi ini ialah fasa penilaian ontologi. Semasa proses penilaian ontologi ini dilakukan, tahap keberkesanan dan kebolehgunaan sistem akan dinilai berdasarkan objektif dan tujuan dalam pembangunan repositori berasaskan ontologi ini. Setelah dinilai, setiap masalah yang timbul akan dapat dikenal pasti dan kemudiannya pembetulan akan dilakukan dengan segera mengikut kesesuaian ontologi yang hendak dibangunkan. Justeru itu, fasa ini dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan ontologi dapat dibangunkan dengan baik dan sempurna tanpa ada sebarang ralat yang berlaku.

(15)

3.3 REKA BENTUK DAN KEPERLUAN SISTEM

3.3.1 Rajah Konteks

Rajah konteks adalah gambaran berkaitan hubungan antara sistem dengan entiti luar yang merupakan aspek penting dalam memainkan peranan untuk membangunkan sistem tersebut. Selain itu, rajah konteks juga menunjukkan memprosesan data keluar atau masuk yang berlaku di antara sistem dan entiti luar. Rajah 3.6 menunjukkan rajah konteks untuk repositori Institusi Raja Melayu yang berasaskan ontologi. Berdasarkan rajah tersebut, ia dapat dilihat bahawa terdapat dua entiti luar yang terlibat dalam repositori ini iaitu pentadbir dan pengguna.

Rajah 3.6 Rajah Konteks repositori Institusi Raja Melayu berasaskan ontologi () Repositori Institusi Raja Melayu berasakan Ontologi Pentadbir Pengguna Memasukkan maklumat

Kemaskini maklumat Carian maklumat

(16)

3.3.2 Rajah Use Case

Rajah use case merupakan salah satu gambaran grafik yang digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara elemen-elemen yang terdapat di dalam sesebuah sistem di mana entiti luar memainkan peranan sebagai aktor. Rajah 3.7 menunjukkan rajah use case bagi repositori Institusi Raja Melayu yang berasaskan ontologi.

Rajah 3.7 Rajah use case Memasukkan maklumat Paparan maklumat Carian maklumat Kemaskini maklumat Pentadbir Pengguna

(17)

3.3.3 Penerangan Use Case

Jadual 3.4 Penerangan use case untuk memasukkan maklumat

Nama Memasukkan maklumat

Senario Maklumat mengenai artifak yang digunakan dalam Institusi Raja Melayu dimasukkan ke dalam sistem

Aktor Pentadbir

Precondition Maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian yang terdiri daripada bahan bacaan seperti buku dan lawan sesawang yang telah diiktirafkan kesahihannya

Postcondition Maklumat disimpan dalam sebuah repositori berkaitan dengan Institusi Raja Melayu

Situasi alternatif Tiada

Jadual 3.5 Penerangan use case untuk kemaskini maklumat

Nama Kemaskini maklumat

Senario Maklumat yang telah dimasukkan terdapat kesilapan yang perlu dikemaskini untuk melakukan pembaharuan

Aktor Pentadbir

Precondition Maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian yang terdiri daripada bahan bacaan seperti buku dan lawan sesawang yang telah diiktirafkan kesahihannya

Postcondition Maklumat disimpan dalam sebuah repositori berkaitan dengan Institusi Raja Melayu

(18)

Jadual 3.6 Penerangan use case untuk carian maklumat

Nama Carian maklumat

Senario Mencari maklumat mengenai Institusi Raja Melayu

Aktor Pengguna

Precondition Pengguna perlu mengakses antara muka ontologi yang telah disediakan Postcondition Maklumat dipaparkan kepada pengguna

Situasi alternatif Pengguna tidak dapat memperolehi maklumat yang dicari

Jadual 3.7 Penerangan use case untuk paparan maklumat

Nama Paparan maklumat

Senario Maklumat dipaparkan kepada pengguna

Aktor Pengguna

Precondition Maklumat mengenai Institusi Raja Melayu telah dimasukkan ke dalam pangkalan data

Postcondition Pengguna memperolehi maklumat yang dicari

(19)

3.3.4 Carta Alir

Rajah 3.8 menunjukkan carta alir bagi repositori Institusi Raja Melayu berasaskan ontologi. Berdasarkan rajah di bawah, pengguna hanya boleh membuka antaramuka atau mengakses repositori untuk mendapatkan maklumat yang dicari berdasarkan penggunaan pautan yang disediakan atau dengan memasukkan kueri ke dalam kotak carian yang telah disediakan.

Rajah 3.8 Carta alir bagi repositori Institusi Raja Melayu berasaskan ontologi Mula

Lihat maklumat berdasarkan

link yang ditekan

Paparan maklumat Tekan pautan link? Teruskan carian maklumat? Masukkan kueri?

Lihat hasil kueri

Tamat Tidak Ya Tidak Tidak Ya Ya

(20)

3.4 KEPERLUAN SISTEM DAN SPESIFIKASI

3.4.1 Keperluan Perisian

a) Protégé

Bagi pembangunan repositori Institusi Raja Melayu berasaskan ontologi ini, perisian Protégé versi 4.3 akan digunakan. Perisian ini dipilih kerana ia merupakan satu medium yang mudah didapati daripada sumber terbuka yang percuma dimana ia dugunakan untuk membina model domain dan aplikasi yang berasaskan pengetahuan dengan menggunakan kaedah yang sesuai dalam pembangunan ontologi. Selain itu, perisian Protégé telah menyediakan platform untuk memperoleh pengetahuan secara grafik yang membolehkan pengguna menggunakan perisian ini untuk memasukkan maklumat atau data secara terperinci dalam sesebuah domain.

b) jOWL

jOWL merupakan plugins bagi jQuery untuk menvisualisasikan dokumen OWL-RDF atau RDF/XML. jQuery ialah perpustakaan JavaScript yang menjadikan manipulasi dokumen HTML, animasi dan Ajax lebih mudah dengan Application Program Interface (API) yang mudah untuk digunakan. Dengan menggunakan jOWL ini, antaramuka dapat dihasilkan dengan lebih tersusun dan menarik dan dapat dipaparkan kepada pengguna.

3.4.2 Keperluan Perkakasan

Dalam pembangunan repositori Institusi Raja Melayu berasaskan ontologi ini, hanya sebuah kompter riba sahaja yang digunakan. Komputer riba ini mengandungi perisian-perisian yang diperlukan seperti Protégé untuk membangunkan repositori berasaskan ontologi ini.

Spesifikasi bagi computer riba dan peranti perkakasan yang digunakan dinyatakan seperti berikut:

 Pengeluar sistem: Lenovo  Model sistem: G480

(21)

 Nama sistem operasi: Windows 8 Single Language  Jenis sistem: Sistem Operasi 64-bit

Processor: Intel® Celeron® CPU 1000M @ 1.8GHz  RAM: 6.00 GB

(22)

3.5 KESIMPULAN

Berdasarkan spesifikasi reka bentuk untuk menghasilkan sebuah ontologi ini, apa yang dapat disimpulkan ialah ia menceritakan tentang penggunaan kaedah yang digunakan dalam pembangunan repositori Institusi Raja Melayu berasaskan ontologi. Dalam kaedah tersebut menerengkan setiap proses yang terlibat dengan lebih terperinci dan lengkap kandungannya untuk mudah difahami oleh pengguna. Penjelasan yang diberikan hanyalah gambaran awal bagi ontologi yang akan dibangunkan. Selepas ontologi ini siap dibangunkan dengan sempurna, proses pengujian ontologi akan dilakukan dan akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam bab yang seterusnya.

Referensi

Dokumen terkait

penelitian ini telah dilakukan pembuatan membran keramik lorong jamak menggunakan bahan alumina dan kaolin dari Belitung dengan.. metode

dan karuniaNya, sehingga penulis mampu menyelesaikan tugas akhir kuliah berupa Karya Tulis Ilmiah dengan judul “ASUHAN KEBIDANAN KOMPREHENSIF PADA IBU HAMIL,

Hal yang menarik pada pelatihan hidroponik yang diadakan oleh peneliti adalah variasi media tanam yang baru dan berbeda dari yang pernah dilakukan di MA Manahijul

Citra kepingan huruf plat nomor yang telah dicapture kemudian diolah dengan menggunakan preprocessing, ektrasi ciri pengaburan dan perataan blok, jarak Euclidean dan

Peran masjid dalam dakwah dan budaya dilakukan oleh Masjd Lautze 2 kepada komunitas Muslim Tionghoa terutama mualaf, namun banyak jamaah lainnya berasal dari berbagai

penyebab anak putus sekolah dari MI Mathla’ul Anwar Kota Jawa Kecamatan. Way Khilau

Pada awalnya kami beranggapan bahwa tidak tersosialisaikan dan tidak ter- internalisasikannya babasan , paribasa dan ak- sara Sunda Kaganga adalah akibat dominasi

Menurut fungsinya, ornament dapat dibagi dalam tiga bagian, yaitu: (1) ornamen aktif, yaitu ornament yang digunakan pada elemen bangunan, sebagai penghias konstruksi bangunan;