• Tidak ada hasil yang ditemukan

Microsoft Word - Modul Rabtul Am Dan Tamhidi IKRAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Microsoft Word - Modul Rabtul Am Dan Tamhidi IKRAM"

Copied!
102
0
0

Teks penuh

(1)

Modul

Pembangunan Insan

Versi 0.9

Diterbitkan oleh:

Jawatankuasa Tarbiyyah Pusat

Pertubuhan IKRAM Malaysia

(2)

2 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

PENGENALAN

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan

dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang

urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan

ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan

berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Visi dan Misi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja

untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta

mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam

dan membina akhlak yang mulia;

Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;

Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta

membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan

menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan

agama;

Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan

kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;

Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak

dalam memajukan kepentingan umat Islam;

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai

objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat

Islam dan masyarakat.

(3)

3 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Pengantar

Bismillahir-Rahmanir-Rahiim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Solawat dan Salam ke atas Baginda Nabi Muhammad saw.

Dalam usaha untuk membantu pembinaan generasi muslim yang beriman

dan beramal serta berbakti kepada masyarakat seluruhnya, IKRAM telah

membentuk satu modul yang diharapkan akan menjadi satu saham kepada

usaha yang murni ini.

Oleh kerana IKRAM meyakini bahawa semua usaha memperkukuhkan

masyarakat adalah bermula dari pembinaan modan insan yang cemerlang,

maka IKRAM telah menjadikan tarbiyyah atau pembinaan individu sebagai

tunggak utama usaha dakwah dan sumbangannya kepada masyarakat.

Modul ini digubal dan diadaptasikan dari pelbagai sumber hasil kajian yang

telah dibuat oleh beberapa sarjana Islam dari pelbagai tempat. Ia bukanlah

suatu yang ‘perfect’ dan sempurna – kesempurnaan hanyalah milik ALLAH

belaka – dan pihak Jawatankuasa Tarbiyyah IKRAM sentiasa

mengalu-ngalukan sebarang teguran dan penambahan.

Modul asas ini dibahagikan kepada peringkat modul:

i)

Ar-Rabtul Am atau Lingkaran Umum (atau dipanggil modul 00)

ii)

Tamhidi atau Pemula (atau dipanggil modul 01)

Ianya bukan hanya terhad untuk digunakan oleh tarbiyyah di dalam IKRAM,

tetapi diharapkan akan dapat dimanfaatkan juga oleh semua pihak yang

sedang berusaha untuk sama-sama membina individu muslim yang

cemerlang, rumahtangga yang damai serta masyarakat yang berdaya tahan

dalam dunia yang mencabar hari ini.

Pihak Jawatankuasa Tarbiyyah IKRAM Pusat juga bersedia mengadakan

latihan dan kursus bagi mengendalikan modul-modul ini kepada

jurulatih-jurulatih yang ingin menggunakannya dengan lebih efisien dan efektif.

Semoga kita dapat sama-sama menyumbang kepada Islam,

(4)

4 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Modul

Ar-Rabtul ‘Am

Lingkaran Umum

(5)

5 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Modul Ar-Rabtul ‘Am

Definisi modul :

Modul ini adalah modul sebelum individu memasuki ke dalam Modul 01

Tempoh Masa : Maksimum 6 bulan.

(Jika selepas tempoh 6 bulan calun didapati tidak sesuai untuk dimasukkan ke dalam modul 01, maka dia akan dikekalkan dalam program ar-Rabtul ‘Am)

(BEBERAPA PERHATIAN DALAM PELAKSANAAN)

1. Kesemua bahan-bahan ni boleh dilaksanakan di dalam: a. Halaqah Umum

b. Taalim umum c. Daurah Umum d. Rehlah

e. Mukhayyam Umum

f. Dan lain-lain program umum yang dianjurkan oleh IKRAM atau badan-badan yang ada kaitan dengan IKRAM samada secara langsung atau tidak langsung.

2. Bahan-bahan yang terdapat dalam senarai modul ar-Rabtul ‘Am ini boleh juga digunakan untuk pengisian semasa 01 atau ke atas jika sesuai dan perlu untuk menangani kefahaman dan mencapai objektif tertentu.

3. Unit Manhaj Sekretariat JawatanKuasa Tarbiyyah IKRAM mengalu-ngalukan sebarang penambahan lain, kreativiti dan kepelbagaian cara (untuk

menambahbaik usaha tajmik ahli baru (seperti KBM – keindahan bersamamu, ABJZ – Anda Bijak Jauhi Zina, 3R – Remaja Rai Ramadhan dan lain-lain). Tetapi ianya hendaklah dirujukkan kepada pihak Tarbiyyah IKRAM pusat untuk penyelarasan dan perkongsian.

4. Tidak semua tajuk-tajuk ini perlu dibentangkan. Tajuk dipilih berdasarkan keperluan dan keadaan yang diperlukan oleh mutarabbi.

(6)

6 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Modul Pembangunan Insan

RINGKASAN SUBJEK MENGIKUT MODUL AR-RABTUL ‘AM

BIL TAJUK Rujukan Objektif dan Point Utama Catatan

1 Matlamat hidup muslim Pelbagai rujukan • Menyedarkan tentang hidup manusia tidak sia-sia • Manusia mempunyai

matlamat hidup yang besar iaitu ibadah dan khilafah

• Kelebihan yang Allah berikan kepada manusia perlu digunakan untuk melaksanakan matlamat tersebut.

• Dulu dikenali sebagai Muqaddimah ISK • (TfT ada disediakan.

Video dan bahan media lain juga boleh didapati)

• Terdapat rakaman video dan Mp3 untuk tajuk ini. 2 Ini Sejarah Kita Pelbagai rujukan 1. Antara semalam dan hari ini (al-Banna) 2. Buku Ini sejarah Kita (Oleh Thoriq Ahmad) • Menyedarkan tentang kehebatan umat Islam terdahulu.

• Memahami kenapa umat Islam terdahulu

memegang kuasa, membina tamaddun dan membuka dunia baru. • Memahami bagaimana

kekuatan umat Islam tersebut berkait dengan pemahaman mereka terhadap matlamat hidup muslim.

• Memahami kenapa umat Islam jatuh dan berada dalam keadaan hina dina sekarang. • Seeloknya digabungkan pembentangan ini bersama tajuk 1. • TfT ada disediakan.

Video dan bahan media lain juga boleh didapati.

• Video dan Mp3 untuk tajuk ini boleh di dapati. 3 Ini Peranan Kita Pelbagai rujukan 1. Risalah Wahai Pemuda al-Banna 2. Risalah Syahadatul Haq (jika sesuai) • Memahami langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada hari ini.

• Memahami dari mana harus kita mulai dan bagaimana kita akan mencapai kegemilangan.

• TfT ada disediakan. • Video dan bahan

media lain juga boleh didapati.

• Mp3 untuk tajuk ini disediakan. 4 Ini Peranan Pelajar Muslim Pelbagai rujukan 1. Buku Peranan pelajar Islam Al-Maududi. 2. Hadis Ghulam (tafsir al-buruj dan riyadus solihin) 3. Dan pelbagai • Menyedarkan mad’u terhadap besarnya peranan mereka hari ini. • Memahami apa yang perlu

mereka sebagai pelajar lakukan.

• Ruanglingkup bidang bagaimana mereka harus berperanan.

• TfT ada disediakan. • Video dan bahan

media lain juga boleh didapati.

• Mp3 untuk tajuk ini disediakan.

(7)

7 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 ) rujukan lain 5 Interaksi dengan Quran Pelbagai rujukan 1. Nota Peta Minda 2. Buku Bagaimana memahami Quran (Maududi) • Menyedarkan mad’u kenapa kita tidak dapat manfaat dari Al-Quran • Menyedarkan mad’u

betapa seronoknya dapat berinteraksi dgn al-Quran. • Memahami cara-cara yang

efektif untuk mendapat manfaat terbaik dari al-Quran

• Terdapat rakaman video dan Mp3 untuk tajuk ini. 6 Tafsir beberapa ayat lazim* Al-Quran surah pilihan dari juz

amma

• Mendekatkan diri mad’u kepada Al-Quran • Merasa dekat dengan

Al-Quran

• Menyedarkan bahawa di dalam Quran banyak terdapat sesuatu yang related dengan hidup mad’u

• Murabbi memilih surah dari (Annas-Al-Fiil)

• Terdapat rakaman Mp3 untuk tajuk ini.

7 Ghazwul Fikri

Peta minda PKS (g01-g03) dll Bahan-bahan dan

nota juga boleh didapati

• Memahami sejarah serangan musuh Islam terhadap umat Islam • Menyedarkan mad’u

terhadap bentuk-bentuk serangan musuh Islam masa kini.

• Memahami cara-cara untuk mengelakkan diri dan menyelamatkan dari serangan tersebut

• Terdapat rakaman Mp3 untuk tajuk ini.

8 Sejarah halaqah Nota & Power Point • Memahami kenapa pentingnya halaqah • Memahami asal-usul halaqah diperkenalkan • Memahami apa yang perlu

dilaksanakan di dalam halaqah

Memahami apa yang sepatutnya terhasil dari halaqah

• Jika tajuk ini tidak sesuai, ia akan dibentangkan pada permulaan 01 • Terdapat rakaman

Mp3 untuk tajuk ini

9 Tafsir beberapa ayat pilihan fikrah Umum Perbagai rujukan mengikut keperluan Contoh tafsir ayat-ayat: • Al-Baqarah 2:138 • Al-Baqarah 2:208-209 • Dll yang seumpamanya

• Mendekatkan diri mad’u kepada Al-Quran • Merasa dekat dengan

Al-Quran

• Menyedarkan bahawa di dalam Quran banyak terdapat sesuatu yang related dengan hidup mad’u

• Membina kefahaman terhadap beberapa beberapa perkara asas fikrah Islam

(8)

8 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Modul

Tamhidi

Pemula

(9)

9 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Pengenalan Modul Tamhidi (01)

Definisi 01 (syarat kemasukan):

ةديمح تافصب مستي صخش

ةيساسأ ةيملاسإ لاصخو

ةبئاش هبوشت لاو

ةيداعم ةهجب لاصتا هل نوكي لاو

Peribadi yang memiliki:

i)

sifat-sifat yang terpuji

ii)

ciri-ciri asas Islam

iii)

tidak dicemari sesuatu yang mengaibkan, dan

iv)

tiada mempunyai hubungan dengan musuh

Islam

Objektif yang akan dicapai melalui modul 01

(Pencapaian @ Hasil yang ingin dicapai)

Memahami asas-asas Islam yang umum dari sudut ‘Aqidah, Syariah,

Akhlaq dan sebagainya. Secara detailnya:

ه

،ةركفلا ديؤي صخش و

،اهراشتناب مت89و

،ةماع ن;ملسلما اياضقب مت89و

ةوعدلا يA ةيساسالأ ميهافلما ضعب سرديو

.

Peribadi yang memiliki sifat:

i)

menyokong fikrah,

ii)

mengambil berat untuk menyebarkan fikrah,

iii)

mengambil berat isu-isu mengenai umat Islam, dan

iv)

mempelajari beberapa mafahim asas dalam dakwah.

Tempoh : satu (1) tahun

(Selepas satu (1) tahun dan telah tercapai objektif di atas, calun boleh dicadangkan untuk ditingkatkan ke modul seterusnya. Pengecualian boleh diberikan tidak lebih dari

(10)

10 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Modul 01

(BEBERAPA PERHATIAN DALAM PELAKSANAAN)

1. Murabbi hendaklah membaca dan memahami objektif setiap subjek samada umum dan khusus dengan teliti. Objektif yang perlu diambil fokus ialah:

a. Objektif marhalah

b. Ciri muwasofat marhalah

c. Objektif setiap subjek yang diajar d. Objektif setiap bahagian dari subjek.

e. Tambahan objektif lain berdasar pengalaman praktis. 2. Bahan (muhtawa) terbahagi kepada 2 jenis:

a. Bahan asas b. Bahan tambahan.

3. Bahan asas adalah perlu dihabiskan dalam apa bentuk sekalipun (dalam pelbagai wasilah). Bahan tambahan boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk wasilah juga dan boleh digunakan sebagai bahan perbincangan dalam halaqah dengan syarat bahan asasi perlu dihabiskan juga dalam bentuk wasilah yang lain.

4. Susunan didalam modul ini tidak menggambarkan keperluan untuk dilaksanakan secara urutan dan rigid (tafsir, hadis dsb).

5. Wasilah pelaksanaan untuk setiap subjek lebih terbuka. Murabbi akan

mengambil cara yang difikirkan sesuai bagi subjek tersebut jika terdapat pilihan disebutkan (contoh: halaqah@bedah buku@bacaan sendiri. Yang penting ialah ianya dilaksanakan dan mencapai objektif dari subjek tersebut.

6. Jika sekiranya subjek untuk modul 01 tidak dapat dihabiskan pada jangkamasa yang telah ditetapkan, murabbi hendaklah mencari inisiatif untuk mengadakan wasilah-wasilah lain bagi memastikan ianya dapat di habiskan. Kenaikan seorang mutarabbi ke modul seterusnya tidak memaafkan dia dari menghabiskan bahan asas sebelumnya. Murabbi seterusnya mesti mencari jalan untuk menghabiskan modul asas sebelumnya. (Maksud ‘menghabiskan’ ialah melalui muhtawa, menghadamkan, memahami dan mampu membentangkan fikrah dari bahan muhtawa tersebut).

7. Untuk peningkatan ke modul seterusnya, calun perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 80% dari bahan asas.

8. Murabbi hendaklah memastikan setiap mutarabbi mempunyai ‘hard-copy’ dan bukan ‘soft-copy’ setiap bahan untuk modul. Usaha hendaklah dilakukan jika ada mutarabbi tidak mempunyai kemampuan memilikinya.

9. Masa dan cara perlaksanaan wasilah tarbiyyah adalah lebih terbuka. Murabbi perlu menyusun sendiri tempoh masa, pembahagian mukasurat buku mengikut masa yang sesuai. Yang penting tajuk-tajuk mestilah di habiskan dalam tempoh 1 (satu) tahun. Jika sekiranya tidak dapat dihabiskan, maka mutarabbi hendaklah menghabiskan semasa dalam tahun kedua walaupun mereka telah menduduki modul 02.

10. Tajuk-tajuk tambahan modul 01 boleh dilaksanakan pada masa modul 02 dan keatas jika dirasakan perlu dan belum dibentangkan semasa tempoh 01.

(11)

11 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

11. Jika perlu, bahan-bahan dari Pra (00) akan digunakan semasa daurah/ mini daurah dan lain-lain wasilah jika dirasakan dapat memenuhi objektif yang akan di capai.

12. Sebarang perubahan, cadangan dan kreatif dari murabbi dialu-alukan oleh pihak Unit Manhaj Sekt. JKT IKRAM Pusat dan dimaklumkan kepada Tarbiyyah IKRAM Pusat.

13. Nuqaba’ digalakkan untuk menghabiskan pembacaan dan menghadam semua buku/tajuk tambahan yang dicadangkan.

14. Rujukan tambahan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan setiap muwasofat juga tersedia. Pelaksana tarbiyyah boleh mendapatkan bahan tersebut dari Unit Manhaj Pusat, JKT Pusat.

(12)

12 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Muwasofat Tamhidi (01)

Ciri-ciri terperinci individu muslim yang akan dicapai selepas tamat

tarbiyyah tamhidi (01)

1. SALIMUL AQIDAH (AQIDAH YANG SEJAHTERA)

1.1. Tidak menjampi kecuali dgn Quran Ma'thur 1.2. Tidak membuat hubungan apa-apa dengan jin

1.3. Tidak meminta bantuan dari orang yang berlindung kepada jin 1.4. Tidak menenung nasib

1.5. Tidak duduk kepada tukang tilik 1.6. Tidak mengusap-ngusap kubur 1.7. Tidak meminta bantuan dari si mati

1.8. Tidak bersumpah dengan selain nama Allah swt 1.9. Tidak mempercayai kepada sial

1.10. Mengikhlaskan setiap amalan hanya utk Allah

1.11. Beriman kepada rukun iman 1.12. Beriman kepada azab dan nikmat kubur

1.13. Mensyukuri nikmat Allah swt ketika mendapatkan nikmat 1.14. Menjadikan syaitan sebagai musuh

1.15. Tidak mengikut jejak langkah syaitan

1.16. Menerima dan tunduk secara penuh kepada Allah swt dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah

2. SHAHIHUL IBADAH (IBADAH YANG BETUL)

2.1. Tidak mengelak untuk azan 2.2. Menyempurnakan taharahnya

2.3. Mengambil berat dan bersungguh-sungguh untuk solat berjemaah 2.4. Mengambil berat dan bersungguh-sungguh untuk berjemaah dimasjid 2.5. Menyempurnakan dan memperelokkan solat

2.6. Melaksanakan Qiyamul-lail seminggu sekali 2.7. Menunaikan zakat

2.8. Menunaikan puasa wajib

2.9. Berpuasa sunnat sehari dalam sebulan 2.10. Niat melaksanakan haji

2.11. Menjaga adab-adab tilawah al-Quran 2.12. Khusyu' dalam membaca Al-Quran 2.13. Menghafal satu juz dari Al-Quran

2.14. Beriltizam dengan bacaan Quran harian yang ditetapkan 2.15. Berdoa pada waktu-waktu utama

2.16. Menutup hari-harinya dengan bertaubat dan beristighfar 2.17. Berniat dalam setiap amalannya

2.18. Menjauhi dosa besar

2.19. Melaksanakan zikir pagi pada setiap hari 2.20. Melaksanakan zikir petang pada setiap hari 2.21. Mengingati Allah swt dalam setiap keadaan 2.22. Menunaikan nazar

2.23. Suka menyebarkan salam

2.24. Menahan anggota tubuh dari segala yang haram 2.25. Beritikaf pada bulan Ramadhan, jika boleh. 2.26. Sentiasa menjaga kebersihan gigi

2.27. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu dan suci sedaya mungkin

3. MATIINUL KHULUQ (AKHLAQ YANG MANTAP)

(13)

13 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

3.2. Mempunyai pendirian 3.3. Tidak berbohong 3.4. Tidak mencaci maki 3.5. Tidak mengutuk 3.6. Tidak mengumpat 3.7. Tidak berbuat fitnah

3.8. Tidak mengejek-ngejek orang lain 3.9. Tidak merendahkan sesuatu kumpulan

3.10. Tidak berkawan dengan yang jahat/ buruk perangai 3.11. Mengasihi orang yang lebih muda

3.12. Menghormati orang yang lebih tua 3.13. Memenuhi janji

3.14. Menundukkan pandangan 3.15. Menyimpan rahsia

3.16. Menutupi kesilapan orang lain

3.17. Memiliki ghiroh ( rasa cemburu ) pada keluarganya 3.18. Memiliki ghiroh ( rasa cemburu ) pada agamanya

4. QADIRUN 'ALAL KASBI (MAMPU BEKERJA SENDIRI)

4.1. Menjauhi kerja/profesion haram 4.2. Menjauhi riba'

4.3. Menjauhi judi 4.4. Menjauhi penipuan 4.5. Menunai zakat

4.6. Membuat simpanan meskipun sedikit

4.7. Tidak menangguh-nangguhkan apa yang sepatutnya dibayar 4.8. Memelihara harta awam

4.9. Memelihara harta peribadi orang lain

5. MUTHAQQAFUL FIKRI (BERPENGETAHUAN LUAS)

5.1. Mampu membaca dan menulis dengan baik 5.2. Membaca tafsir satu juz Al-quran

5.3. Memelihara hukum-hukum tilawah semasa membaca Quran

5.4. Menghafalkan separuh dari hadis al-Arba'in- Hadis 40 Imam Nawawi ( 1-20 ) 5.5. Menghafal 20 hadis dari Riyadhush- Sholihin

5.6. Mengkaji marhalah Makkiyah dan memahami ciri-cirinya 5.7. Mengenali 10 sahabat yang dijamin masuk syurga 5.8. Mengetahui hukum-hukum Toharah

5.9. Mengetahui hukum-hukum Solat 5.10. Mengetahui hukum-hukum Puasa

5.11. Membaca sesuatu yang diluar bidang kepakarannya selama 4 jam seminggu 5.12. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden

5.13. Mempunyai kesedaran terhadap serangan zionisme terhadap Islam 5.14. Mengetahui al-Ghazwu al-Fikriyy

5.15. Mengenali pertubuhan-pertubuhan yang diragui

5.16. Mengetahui bahaya pelan menhadkan bilangan keluarga 5.17. Dapat menjadi pendengar yang baik

5.18. Mampu memberikan pandangan dan pendapat 5.19. Menerima untuk melakukan kerja secara kolektif

5.20. Tidak merima syubhat (tuduhan palsu) yang dilemparkan ke atas kita

6. QAWIYYUL JISMI (KUAT FIZIKAL TUBUHBADAN)

6.1. Bersih tubuh badan 6.2. Bersih pakaiannya 6.3. Bersih tempat tinggal

6.4. Sentiasa komitmen mengikut sunnah dalam makan dan minum 6.5. Tidak berlebihan berjaga malam

(14)

14 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

6.6. Komitmen beriyadhah 2 jam seminggu 6.7. Bangun sebelum fajar

6.8. Mematuhi kaedah yang sihat dalam membaca 6.9. Meninggalkan tabiat merokok

6.10. Menghindari tempat-tempat tercemar

6.11. Menghindari kawasan yang mempunyai wabak penyakit

7. MUJAHIDUN LINAFSIHI (MAMPU MENGUASAI DIRINYA)

7.1. Menjauhi perkara haram

7.2. Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan 7.3. Menjauhi tempat-tempat maksiat

8. MUNAZHZHOM FI SYU’UNIHI (TERSUSUN DALAM URUSAN)

8.1. Penampilan yang elok

8.2. Tidak ada hubungan dengan badan-badan yang menentang Islam

9. HARISHUN ALA WAQTIHI (MENJAGA WAKTU)

9.1. Bangun awal

9.2. Menggunakan masa-masa tertentu untuk belajar

10. NAFI’UN LI GHOIRIHI (BERGUNA KEPADA ORANG LAIN)

10.1. Melaksanakan hak kedua ibu-bapa

10.2. Menyertai majlis-majlis kegembiraan orang lain 10.3. Membantu orang yang memerlukan

10.4. Memberi petunjuk orang sesat 10.5. Menikahi pasangan yang sesuai

(15)

15 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Modul Pembangunan Insan

RINGKASAN SUBJEK MENGIKUT MODUL TAMHIDI (01)

Bahan (Muhtawa) Asasi

BIL SUBJEK Wasilah Rujukan Utama

Rujukan

tambahan Ringkasan Isi

1 Tafsir dan Tasawwur dari Quran* Halaqah Tafsir Al-Wadhih Juz 30 (Dr Mahmud Hijazi) 1. Fi Zilal Quran 2. Mukhtasar Ibnu Kathir Seluruh juz 30 (Dibuat di dalam halaqah dengan penekanan surah-surah utama yang

berkaitan untuk mencapai muwasofat. Surah-surah bakinya dibuat

melalui pembacaan sendiri. Senarai surah

yang perlu ditekankan terdapat di dalam lampiran) 2 Aqidah Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i) Halaqah ii) Daurah iii)bedah buku iv)bacaan sendiri Kitab Tauhid (Syeikh Majeed Zindani) 1. Aqidah Islam (Sayyid Sabiq) 2. Rububiyyah, Uluhiyyah dan Hakimiyyah (U.Alias Othman) 3. Aqidah Islamiyyah (Banna) 4. Islam yang semestinya difahami (Ali Thontowi)

Kitab Tauhid Jilid 1 (Fasal 1 hingga akhir fasal 16) Gunakan buku tambahan untuk tajuk yang sama.

3 Sirah Nabawiyyah Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i) Halaqah ii) daurah

Sirah Nabi saw (Dr Mustafa

as-Sibaie)

1. Al-Raheeq al-Makhtum (al-Mubarakfuri) 2. Fiqh Sirah – fasa

mekah (al-Buti)

Seluruh buku Sirah al-Siba’I (dari awal Kelahiran-kewafatan) Penekanan pada fasa

Makkiyyah 4 Gambaran Kehidupan Sahabat Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i) Mukhayyam ii) mabit 65 Gambaran Kehidupan Sahabat (Abd Rahman Ra’fat Basya) Tambahan perlu 1: 4 khulafak ar-Rasyidin (Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali) dan 6 orang lagi sahabat di jamin

syurga.

Senarai yang dimestikan: Anas bin Malik, Sa'id bin Amir, Ath-Thufail bin 'Amr , 'Abdullah

bin Huzafah, Abu Ayyub, Amru bin Jumuh, Abdullah bin

(16)

16 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Rujukan tambahan: 1. Rijal Haula

ar-Rasul (Khalid Mohd Khalid)

Jahsy, Abu Ubaidah, Abdullah bin Mas’ud,

Salman al-Farisi 5 Hadis* Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i) Halaqah ii)bacaan sendiri wajib Hadis 1-10 dari Hadis 40 (Halaqah) Hadis Adaab (bacaan sendiri ms 11-61) 1. Al-Wafi 2. Arbain An-Nawawi Terjemahan Perkata (Pustaka Hidayah Ilahi Indonesia)

Hadis-hadis dari buku hadis Kitab al-Adab bermula dari Bab berbuat baik dan menjaga hubungan – bab Bab menderhakai ibubapa (ms 11-61 cetakan pustaka Salam) 6 Tazkiyah Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i) Mabit ii) Mukhayyam iii) halaqah Riyadhussolihin 1. Bimbingan Mukmin (Imam Al-Ghazali) 2. Khuluq Muslim (Mohd Ghazali)  –  –  _    –  –    –   –      ! Taqwa, Memenuhi Janji, Amanah, Kasih

Kerana Allah, Istiqamah, Sifat malu, Akhlak Mulia,

menjaga rahsia, lemah lembut, Tidak gopoh, Belas kasihan.

7 Rumahtangga Muslim Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i)Daurah ii)bacaan sendiri Powerpoint TTS (Daurah) Perkahwinan dalam Islam (Abu

Urwah) dll buku Tajuk daurah: 1. Al-Bait al-muslim 2. Rumahtangga tanpa Masalah 8 Manusia dan Kebenaran Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i)Daurah ii)Bedah Buku iii)mukhayyam Buku Dr Yusof Qaradawi (dalam terjemahan) dan Power point

- Semua isi buku

9 Kesah Nabi-nabi Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i)Daurah ii)Bacaan sendiri Buku Dr Taufiq Wa’i (dalam terjemahan) Kesah Nabi-nabi a.s (Ibnu Kathir)

Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Hud dan Nabi Soleh a.a

(17)

17 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 ) 10 Bagaimana saya mendapat hidayah Bacaan sendiri Apa-apa buku pilihan TTS Video-video - Pengalaman beberapa cerita mereka yang mendapat hidayah kepada Islam 11 Tajwid* Kelas Khas persendirian di atur oleh murabbi Apa-apa buku tajwid - Memahami erti tajwid, kepentingan, isti’azah, basmalah, waqaf, makharaj, nun mati, mim mati, adab-adab tilawah. 12 Fiqh Boleh di buat dalam salah satu atau lebih dari wasilah berikut: i)Daurah ii)Nadwah iii)Taalim

i) Taisir Fiqh al-Ibadat (Faisal Melvi) ii) Fiqh Manhaji (Dr Mustafa

Khin dll)

Ibadah dalam Islam (Qaradawi) • Pengenalan Fiqh Islam (Melvi) • Ibadah dalam Islam • Fiqh Toharah • Fiqh al-Solat

(18)

18 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

TAJUK-TAJUK TAMBAHAN UNTUK MODUL TAMHIDI (01)

Bahan (Muhtawa) Tambahan

• Tajuk-tajuk ini dilaksanakan di dalam daurah, mini daurah, halaqah

gabungan, mukhayyam dll wasilah.

• Tidak semua tajuk-tajuk ini perlu dibentangkan. Tajuk dipilih

berdasarkan keperluan dan keadaan yang diperlukan oleh

mutarabbi.

• Susunan ini tidak mengikut turutan dan keperluan.

• Semua bahan rujukan dan nota yang disebutkan boleh didapati dari

Pejabat JKT IKRAM Pusat

BIL TAJUK Rujukan Objektif dan Point

utama Catatan

1 Shahadatul Haq Buku al-Maududi

• Kewajiban Dakwah dgn jelas

• Bagaimana

melaksanakan dakwah dari mula hingga akhir. • Apa matlamat akhir

dari dakwah kita.

Nota dan mp3 boleh didapati

2 Sejarah Usrah Nota Power Point

• Memahami kenapa pentingnya Usrah • Memahami asal-usul

usrah diperkenalkan • Memahami apa yang

perlu dilaksanakan di dalam Usrah

• Memahami apa yang sepatutnya terhasil dari usrah

Boleh juga di buat semasa pra tamhidi (00) jika sesuai. Mp3 juga boleh didapati. 3 Muqaddimah Tafseer Muqaddimah Zilal dari Fi Zilal

Al-Quran

• Memahami kandungan Quran secara overall • Memahami masalah-masalah aqidah yang penting yang

diutarakan oleh Quran • Memahami apa ‘flow’

yang dibawa oleh Quran dari awal hingga akhir.

Video dan mp3 boleh didapati

4 Sayonara Jahiliyyah Kertas JKT IKRAM

• Memahami apa yang dikatakan jahiliyyah dalam kehidupan • Merasai betapa

pentingnya meninggalkan jahiliyyah bila telah

Mp3 boleh didapati

(19)

19 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

berada dalam tarbiyyah

• Memahami cara-cara untuk mengelakkan diri dari terikut jahiliyyah

5 Fikrah Kita Kertas JKT IKRAM

• Kepentingan fikrah • Fikrah dan aqidah • Memahami perbezaan

fikrah kita dengan fikrah orang lain • Merasai perlunya

fikrah kita dibentuk mengikut cara Islam. • Bagaimana mendapatkan fikrah • bahaya tidak ber’fikrah’ Nota dan Mp3 boleh didapati

6 Fikrah dan Ilmu Kertas JKT IKRAM

• Memahami apa beza ilmu biasa dan fikrah • Kenapa perlunya

menukarkan ilmu biasa menjadi fikrah

• Proses menukarkan ilmu semata-mata menjadi fikrah yang diserapi. Nota dan Mp3 boleh didapati 7 Asas-asas Islam 1. Buku Asas-asas Islam (Maududi) 2. Buku Dasar-dasar Islam (Maududi) • Mengenal beberapa kefahaman asas tentang Islam yang tidak diperolehi di sekolah. sebagai buku bacaan sendiri mutarabbi. Nota dan Mp3 boleh didapati

8 Antara Ijazah dan Risalah Kertas JKT IKRAM

Khususnya untuk pelajar bagi: • Memahami kenapa pentingnya belajar untuk Islam • Memahamkan pelajar bagaimana menjadikan sijil sebagai alat untuk dakwah.

• Memahami bahawa belajar adalah sebahagian dari dakwah dan perlu cemerlang dalam pelajaran masing-masing.

9 Sahabat-sahabat lain

selain dari yang diatas Buku 65 sahabat

• Mendapat contoh yang lebih banyak mengenai perjuangan dan sumbangan sahabat Rasul saw.

Suhaib, Mus’ab dan lain-lain

10 Wahai Pemuda Buku/nota JKT IKRAM

• Memahami pentingnya pemuda dalam sesuatu umat.

Dari buku majmu’ rasail. Tetapi ia di buat

(20)

20 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

• Memahami apa yang diperlukan oleh Islam dari kita.

• Memahami apakah yang patut dilakukan oleh pemuda Islam masa kini.

dalam bentuk yang ringkas dan sesuai dengan keperluan marhalah. Mp3 boleh didapati. 11 Apa ertinya saya

menganut Islam (bhg. 1)

Buku (Fathi Yakan)

• Mengenal Islam sebagai agama yang merangkumi segenap bidang hidup

Bacaan sendiri Nota boleh didapati

12 Salah faham terhadap Islam (tajuk pilihan)

Buku dan Nota dari Buku Salah Faham terhadap

Islam oleh Prof Mohd Qutb

• Memahami dan mampu menjawab salah faham ygn sering ditimbulkan oleh musuh Islam terhadap Islam

Nota dan Mp3 boleh didapati

13 Syahadatain dan semua

yang berkaitan (a1-a21) Rasm bayan

• Memahami konsep dua kalimah syahadah dengan lebih lanjut. 14 Ma’rifatullah (b1-b27) Rasm bayan

• Pelengkap dan

mengenal Allah dengan cara peta minda

15 Ma’rifaturrasul (c1-c14) Rasm bayan

• Pelengkap kepada buku Zindani dalam cara mengenal rasul-rasul dengan menggunakan peta minda.

16 Ma’rifatul Islam (d1-d15) Rasm bayan

• Mengenal Islam secara umum melalui peta minda yang mudah. 17 Ma’rifatul Insan Rasm bayan

• Mengenal siapa manusia, apa tugas dan apa kuat dan

lemahnya. 18 Ma’rifatul Quran Rasm bayan

• Pelengkap kepada iman kepada al-kitab dalam bentul peta minda.

19 Sifat-sifat mereka yang hidup untuk Islam

Kertas kerja (dari Buku apa erti saya menganut

Islam)

• Satu tajuk dari buku maza ya’ni intima’i lil Islam (apa ertinya saya menganut Islam) • Sifat-sifat yang mesti

ada bagi mereka yang hidup untuk Islam • Mengenal beza kita

dari orang biasa yang tidak ditarbiyyah.

Satu bab dari buku Ustaz Fathi Yakan

20 Empat istilah dalam

Quran Buku Maududi

• Memahami empat istilah asas dalam Al-Quran: (Ilah, Rabb, Ibadah dan deen)

(21)

21 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

21 Islam dan jahiliyyah Buku Maududi

• Mengenal apa itu jahiliyyah

• Mengenal bagaimana jahiliyyah berfungsi • Mengenal bagaimana

Islam membuang jahiliyyah dari manusia beriman.

22 Antara hari ini dan

semalam Buku al-Banna

Mengenali senario yang berlaku kepada umat Islam sepanjang zaman dan apa tanggungjawab mereka pada hari ini

Dari Himpunan Risalah al-Banna (Bacaan sendiri)

23 Konsep Hidup Islam Buku Maududi

• Memperkenalkan kesyumulan Islam dari pelbagai aspek • Mengenali

perkara-perkara asas dari setiap pecahan sistem Islam

24 Generasi Sahabat – Quran yang uniq

Kertas dari Maalim Sayyid Qutb • Memahami dan melihat kehebatan generasi sahabat. • Mempelajari bagaimana sahabat mendapat sumber dari Al-Quran dan bagaimana mereka berta’amul dengan Quran. • Mempelajari cara membentuk diri dengan Al-Quran 25 Ghurbah Thaniah Kertas/ Ulasan hadis bada’a Islam • Memahami kedudukan Islam sekarang yang dagang.

• Merangsang diri supaya tidak kecewa jika terpaksa menjadi orang yang lain dari manusia biasa.

26 Tarbiyyah Rabbaniyyah Kertas JKT IKRAM

• Memahami bentuk tarbiyyah yang sepatutnya dibuat • Ciri-ciri tarbiyyah yang

akan membentuk diri. 27 Kembali kepada

madrasah Rasulullah saw

Kertas JKT IKRAM

• Mempelajari bentuk cara tarbiyyah yang dibuat oleh Rasulullah saw.

28 Kepentingan memahami seerah Rasul saw

Kertas JKT IKRAM

• Muqaddimah kepada mempelajari seerah Nabi saw secara lebih mendalam.

• Memahami apakah perkara yang perlu

Pelengkap kepada tajuk Seerah

(22)

22 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 ) ditekankan ketika mempelajari seerah Nabi saw. 29 Tajuk-tajuk penyucian hati: Ikhlas, Ukhuwwah, Ithaar, Zikir, Tilawah Quran, Tawakkal, Takabbur Bimbingan Mukmin, Tarbiyah Ruhiyyah (Said Hawwa) • Memahami dan merasai beberapa perkara yang penting dalam pembinaan hati yang bersih. 36 Dakwah Fardiyyah Buku Dakwah Fardiyyah (Ustaz Mustafa Masyhur) Nota JKT IKRAM • Memahami kepentingan dakwah fardiyyah secara ringkas. • Memahami step-step yang perlu dibuat semasa dakwah fardiyyah

Nota dan Mp3 boleh didapati

37 Dakwah kita adalah penyelamat

Kertas nota JKT IKRAM

• Memahami tugas kita dalamasa sekarang (zaman selepas kejatuhan Khalifah) • Step-step yang perlu

dibuat untuk mengembalikan balik kegemilangan Islam Rujukan: Bahagian akhir dari risalah: Antara semalam dan hari ini. Mp3 boleh didapati 38 Muntalaq (Muqaddimah, bab 1-5) Buku Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid • Memahami asas kenapa dakwah perlu dilaksanakan. • Bahaya tidak

melaksanakan dakwah dan merasai cukup dengan baik diri sendiri.

• Harapan bahawa Islam boleh kembali

gemilang

• Hujjah dari Quran dan Hadis perlunya dakwah. Mp3 boleh didapati 39 Ahammiyatul tarbiyah(kepentingan tarbiyah) (L01) Rasm bayan Kesah al-‘A’rab dan ahlu Madinah di dalam Quran Menyedarkan tentang keperluan tarbiyyah dalam kehidupan seorang muslim

Mp3 boleh didapati

40 Syumuliyatul Islam (d03) Rasm bayan Memperkenalkan kesyumulan Islam Mp3 untuk rujukan boleh didapati 41 Daurussyabab(peranan syabab) dalam membawa risalah Islam Rasm bayan (m22) Buku Syeikh Abdullah Nasih Ulwan • Menjelaskan peranan pemuda dalam zaman sekarang

• Menjelaskan apakah bekalan yang perlu ada bagi pemuda zaman sekarang dalam membawa risalah Islam

(23)

23 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

* LAMPIRAN PENJELASAN TERPERINCI BAHAN MODUL:

1. Tafsir :

a. Cadangan surah yang perlu diberi penekanan untuk dihabiskan ialah surah annas hingga al-fiil, Al-Asr, al-Alaq, Al-dhuha, al-Syarh, al-Buruj, An-nabaa’, Annazi’aat dan Abasa.

b. Penekanan juga perlu diberikan tentang hubungan antara surah-surah tersebut antara satu sama lain.

c. Bahan rujukan tambahan boleh digunakan di dalam halaqah jika dirasakan perlu dan bahan asasi dilaksanakan dalam bentuk lain. (Contoh antara Wadih [asasi] dan Zilal [tambahan])

2. Hadis :

a. Buku Hadis al-adaab mesti dihabiskan pembacaannya oleh mutarabbi dalam masa tempoh pembelajaran. Jika ada apa-apa kekeliruan pada isi, murabbi boleh membincangkannya di dalam halaqah.

b. Hadis 1-10 hendaklah di bincangkan secara terperinci (makna perkataan, terjemahan, erti keseluruhan, pengajaran dari hadis, hukum yang ada dan fiqh tarbiyyah dan dakwah)

3. Tajwid :

a. Murabbi hendaklah mempastikan mana-mana mutarabbi yang tidak dapat membaca al-Quran dengan baik agar mempelajarinya dari salah seorang ahli halaqah yang baik bacaannya di luar halaqah. Pengajian tajwid hendaklah juga dipastikan dipelajari dari mana-mana kelas pengajian yang sesuai.

(24)

24 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

Ahdaf (Objektif)

Subjek Bahan Asas

(25)

25 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

HURAIAN SUBJEK

1. TAFSIR

1.1 Objektif Umum

Mengukuhkan hubungan dengan Kitab Allah berasaskan kefahaman yang jelas, cinta dan menguasai pengajaran-pengajarannya. Sentiasa terikat dengan bimbingan-bimbingannya, beramal dengan hukum-hakamnya melalui pemahaman yang baik dan penyaringan objektif-objektifnya yang dapat memberikan petunjuk pada setiap masa dan tempat. Sentiasa merujuk kepadanya terutamanya ketika berlaku perselisihan. Semuanya itu dalam lingkungan apa yang telah dipelajari

1.2 Objektif Khusus.

1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut.

2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.

3. Menerangkan kandungan surah-surah yang terdiri dari tasbih dan taqdis (mensucikan) Allah swt dari sesuatu yang tidak layak baginya.

4. Menerangkan tentang kekuasaan Allah swt atas makhluk serta nikmat-nikmatnya kepada manusia.

5. Menerangkan perkara-perkara yang jelas berlaku pada hari Qiamat, merangkumi kenikmatan dan kecelakaan, sebagai balasan yang setimpal terhadap amalan manusia.

6. Menjelaskan bagaimana Allah swt bersumpah dengan makhluk ciptaanNya, serta larangan untuk manusia melakukan seumpamanya.

7. Menerangkan akibat buruk yang menimpa orang-orang yang melakukan kerosakkan dan kesudahan mereka di dalam kehidupan, melalui kisah kaum Aad, Thamud dan Firaun.

8. Mengingatkan tentang ujian yang berupa kebaikan dan keburukkan, serta keadaan manusia menghadapinya.

9. Menghitung nikmat-nikmat Allah swt serta kekuasaanNya ke atas manusia, kemudian menyatakan bagaimana cara mesyukuri nikmat-nikmat itu, dari surah al-Balad.

10. Menjelaskan kelebihan dan kurniaan Allah swt kepada orang yang bersedekah, dan juga kemurkaanNya kepada orang yang bakhil, dan ia merasa cukup hanya dengan kekayaan semata-mata, dan juga menyatakan kesudahan mereka, dari surah al-Lail.

11. Mengingatkan tentang kurnian Allah swt serta saranan-sarananNya kepada rasulNya, dari surah al-Dhuha.

12. Menjelaskan kefahaman berikut dari pembacaan surah-surah. a. Penciptaan insan dengan sebaik-baiknya.

(26)

26 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

c. Melampaunya manusia itu dari batas, yaitu dengan hanya bergantung pada kekayaannya semata.

d. Perbalahan dikalangan orang-orang mushrikin selepas turunnya tanda-tanda kebenaran.

13. Menerangkan mengenai Laila al-Qadr dan kemungkinan-kemungkinan harinya. Menjelaskan perkara yang berlaku seperti turunnya Malaikat serta kelebihan pahala padanya.

14. Mengingatkan tentang Qiamat serta huru-haranya, dengan mengkaji juzuk ini.

15. Menentukan surah yang diturunkan, yang membawa berita kewafatan Rasulullah saw.

16. Menentukan surah yang memiliki kelebihan umpama sepertiga al-Quran dengan menjelaskan dalilnya dari al-Sunnah.

17. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan.

1.3 Objektif Suluki (perlakuan) dan wujdani (ruhiyy-emosi)

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan

mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka.

3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

4. Iltizam dengan sifat, yaitu memudahkan hamba-hamba Allah swt.

5. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.

6. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah.

7. Berfikir dengan mendalam tentang ciptaan Allah swt terhadap diri juga ciptaanNya di ufuk langit yang tinggi.

8. Berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

9. Menunaikan kewajipan mengingatkan manusia kepada Allah swt serta penguasaanNya terhadap al-kaun (alam sejagat).

10. Mengharapkan ganjaran Allah swt dari segala musibah yang menimpanya di jalan Dakwah.

11. Dapat merasakan kurnian Allah swt kepada manusia, yaitu dengan mengutuskan Nabi Muhammad saw.

12. Mengikhlaskan niat kerana Allah swt dalam setiap perkara.

13. Sentiasa berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran di dalam kajian ilmiahnya. 14. Menggunakan nikmat-nikmat Allah swt kepada hamba-hambaNya untuk

tujuan ketaatan dan jihad di jalanNya.

15. Memantapkan kedalam diri nilai-nilai rabbaniyyah (ketuhanan) serta memerangi nilai-nilai maddiyyah (kebendaan).

16. Beristighfar dari dosa-dosa dan sentiasa memperbaharui taubat.

17. Menilai sesuatu perkara dan juga peribadi dengan neraca Allah swt (berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah)

18. Membela orang-orang mukmin yang lemah atau ditindas.

19. Memperbetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersibar didalam masyarakat.

(27)

27 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

20. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya. 21. Menyediakan diri untuk bertemu Allah swt dengan bekalan taqwa.

22. Meminta perlindungan Allah swt dari kejahatan makhluk, sihir dan hasad (dengk).

23. Menjauhi diri dari penyebar fitnah,orang yang hanya manis di mulut tidak dihati, orang yang menutamakan syahwat dan orang munafik. Dia juga meminta perlindungan Allah swt dari mereka itu.

1.4 Kandungan.

1. Menghafaz Juz 30 dan tafsirnya dari Tafsir al-Wadhih, oleh Dr. Mahmud Hijazi.

2. Kaedah-kaedah yang asasi bagi pentafsiran al-Quran serta memanfatkannya.

3. Cara yang paling baik beriteraksi dengan al-Quran al-Karim dan memanfaatkannya.

4. Kelebihan menghafaz al-Quran al-Karim dan cara yang paling mudah membantu untuk tujuan itu.

a. Surah-surah yang ditentukan untuk bacaan, tafsiran dan hafazan. b. Method Pengkajian

i. Latihan secara praktikal untuk bacaan yang betul dan tumpuan kepada hukum-hukum tilawah yang banyak didapati di dalam setiap surah, (secara beransur-ansur).

ii. Pempelajari tafsir surah-surah yang ditentukan mengikut metodologi yang khusus di sini, dan secara terperinci dari dalil murabbi (panduan murabbi).

iii. Setiap nas (sebahagiannya dari surah yang lengkap atau lebih dari satu surah) dikaji mengikut cara berikut:

a. Nama surah @ nama-nama nya yang lain. b. Asbabul nuzul (sebab turun ayat sekiranya ada) c. Makkiyyah/ Madaniyyah.

d. Tajuk surah, isu-isu serta tujuan-tujuannya. 6. Mempelajari satu ayat, ataupun beberapa ayat yang berkaitan sesuatu

tajuk mengikut cara berikut:

a. Mengkaji makna perkataan-perkataan, khususnya yang gharib (jarang diketahui) serta kata-kata kunci (seperti istilah-istilah) makna umum.

b. Mengubung kaitkan di antara ayat-ayat.

c. Mengambil kesimpulan tentang isu-isu yang terkandung di dalamnya. (dengan tumpuan secara khusus terhadap isu-isu pokok di dalam Islam, tentang manusia, serta dakwah dari apa yang dinaskan dalam setiap surah).

d. Mengambil kesimpulan tentang pengajaran tarbawiyyah dan hukum-hukum syariah yang boleh didapati (tanpa takalluf – terlalu memberat-berat)

e. Mengaitkan isu-isu dan pengajaran dengan hukum-hukum syariat yang ada (tanpa memberat-berat)

(28)

28 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

f. Mengenali secara ringkas sebahagian dari aspek bahasa dan kesusasteraan yang asasi, bertujuan menghubungkan secara lansung antara pembaca dengan nas al-Quran serta membiasakannya mentadabbur al-Quran dari seluruh aspeknya.

g. Berhenti sejenak (tidak terlalu panjang) di hadapan beberapa mukjizat al-Quran berkaitan fakta sains serta hakikat diri dan lain-lain yang diisyaratkan oleh nas al-Quran.

7. Isu-isu yang disimpulkan dari surah-surah untuk diberikan tumpuan sepanjang pengkajian di peringkat ini adalah;

a. Rukun-rukun iman yang asas (beriman kepada Allah swt, risalah, Malaikat, kitab, para rasul, hari Akhirat dan kesan-kesannya dalam kehidupan).

b. Memberi bukti tentang Allah yang Maha Pencipta, melalui penelitian terhadap al-kaun (alam semesta)

c. Asmau al-Husna di antara akal dan naql (nas). d. Contoh tauladan (para Nabi dan para Rasul).

e. Perasaan tanggungjawab sepenuhnya di hadapan Allah swt. f. Ilmu; kepentingan, peraturan-peraturan dan penggunaannya. g. Kerja-kerja kebajikan.

h. Akibat buruk orang-orang yang zalim.

i. Tanggungjawab manusia terhadap kebahagiaan dan kecelakaannya di dunia serta akhirat.

j. Bahaya bergelumang dengan dunia dalam keadaan jauh dari petunjuk Allah swt.

k. Bahaya-bahaya dosa ke atas manusia. l. Pendirian terhadap syaitan.

1.5 Aktiviti Pengukuhan

1. Mempelajari surah-surah dan memantapkan hafazan.

2. Merakam filem yang membicarakan tentang mukjizat al-Quran dari aspek saintifik.

3. Membuat kesimpulan tentang sasaran sesuatu surah dan menulisnya di akhbar dinding.

4. Menulis sesuatu kisah yang mengandungi perbandingan di antara hisab (perbicaraan) orang-orang yang mendapat kecelakaan dan orang-orang yang mendapat kebahagiaan.

5. Mengadakan rehlah khalwiyyah di mana ia berfikir mengenai sesuatu yang telah disentuh oleh ayat-ayat.

6. Membentuk halaqah masjidiyyah (halaqah-halaqah di masjid) untuk mempelajari tilawah, tajwid dan tafsir bagi pemuda-pemuda masjid. 7. Menyediakan satu kajian tentang rahsia-rahsia makanan yang dinyatakan

Allah swt dalam sumpahnya dari surah-surah tertentu.

8. Menyediakan buku-buku, video dan kaset-kaset yang mengandungi tafsir surah-surah secara meluas.

(29)

29 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

9. Menyediakan kaset-kaset pengajaran al-Quran di kutub khanah masjid seperti mushaf murabbi oleh Sheikh al-Husari dll.

10. Ziarah kubur untuk mendapat peringatan dan iktibar.

11. Menyampaikan ceramah tentang tabiat jiwa manusia yang kosong daripada keimanan.

12. Melakukan muhasabah diri setiap hari terhadap setiap dosa, sama ada besar ataupun kecil.

13. Membiasakan diri menjauhi sifat mencaci dan mengeji.

14. Membuat pembentangan mengenai aqidah al-Walaa dan al-Baraa. 15. Menulis satu maqalah mengenai “akhlak selepas mendapat sesuatu

kemenangan”

16. Menjelaskan hubungan ilmu modern dengan al-Quran al-Karim. 1.6 Penilaian Dan Pemantauan

1. Mendengar penjelasan ayat dan surah yang telah dihafaz.

2. Menguji individu tentang hukum-hukum tajwid secara ilmu dan amal (teori dan praktikal)

3. Menanyakan tentang sejauh manakah ia iltizam dengan adab-adab tilawah.

4. Menguji kemampuan menafsir ayat, serta kemampuan menghubungkan ayat itu dengan realiti.

5. Meneliti tingkahlaku individu dan sejauhmana iltizamnya dengan adab-adab al-Quran melalui saranan dari surah-surah yang telah dipelajari dan dihafaz.

6. Memantau sejauhmana penglibatan dalam aktiviti pengukuhan, melalui borang kaji selidik.

1.7 Objektif Pembelajaran Kendiri

1. Menjelaskan makna perkataan dalam surah-surah tersebut dan maksudnya.

2. Menjelaskan keserasian risalah Islam dengan keujudan makhluk ciptaan Allah swt.

3. Menentukan tugas Rasul melalui pengajaran surah.

4. Menjelaskan tabiat dakwah (mengajak) manusia untuk beriman kepada Allah swt serta kaitannya dengan jihad di jalan Allah swt.

5. Menjelaskan akibat orang yang zalim dan kesannya pada kemenangan dakwah dan para da’I, serta perkembangan dakwah Islamiyyah.

6. Menerangkan rahsia ujian terhadap hamba, dan kesan ujian itu kepada manusia, serta peranan orang-orang beriman berhadapan dengan ujian ini.

7. Menerangkan kelebihan menyegerakan amal-amal kebaikkan.

8. Mengikat hubungan di antara iman dan amal, dimana keduanya adalah lazim melazimi dan tidak boleh dipisahkan.

9. Menentukan peranan pendakwah dalam menyebar luas akhlak-akhlak Islam.

10. Menghitung kelebihan-kelebihan dan keistimewaan aspek fizikal dan spiritual (kerohanian) yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia.

(30)

30 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

11. Menjelaskan nilai keimanan dan amal soleh dalam kehidupan manusia. 12. Menyatakan kelebihan ilmu dalam pembinaan tamaddun dan

kecemerlangan dakwah.

13. Menyatakan tindak balas pendakwah di hadapan kesombongan taghut. 14. Menjelaskan tentang kesatuan agama samawi pada asalnya dan

bentuknya yang ringkas dan mudah.

15. Menjelaskan melalui surah-surah, mukjizat ilmiyyah dan betapa teperincinya balasan amalan.

16. Menyifatkan rawatan yang dikemukakan oleh surah-surah terhadap sifat semula jadi jiwa manusia yang terdiri dari kanud (tidak syukur kepada Tuhan) jahud (ingkar) dan kesan dari rawatan ini.

17. Mengikat keimanan dengan sensitiviti moral bagi orang yang beriman melalui surah-surah.

18. Menjelaskan kaedah yang selamat dalam memahami nas-nas al-Quran. 19. Menerangkan kewajipan manusia terhadap Allah swt yang telah

mengurniakan nikmat ke atas mereka.

20. Menunjukkan dalam realiti kehidupan akan janji Allah swt kapada Rasullullah saw dan janji buruk untuk musuh-musuhNya.

21. Menyatakan sebab wajibnya mufasalah (memutuskan) di antara iman dan kufur.

22. Menjelaskan perkara-perkara yang wajib ada, dari sudut manhaj dan arahan selepas menerima keesaan Allah swt.

23. Memperelok bacaan surah-surah serta memahami kaedah-kaedah tajwid dan juga memahami makna-maknanya.

24. Menjelaskan realiti pertarungan di antara Iblis serta pembantu-pembantunya dari golongan jin dan manusia dengan hamba-hamba Allah swt yang beriman.

Rujukan pembelajaran kendiri 1. Tafsir Ibn Kathir. 2. Tafsir al-Qurtubi.

3. Zubdah al-Tafasir oleh Dr. Muhammad Sulaiman al-Ashqar.

4. Safwat al-Bayan fi Maani al-Quran oleh Syekh Muhammad Hasanain Makhluf.

(31)

31 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

2. AQIDAH

2.1 Objektif Umum.

Mengetahui perkara yang berhubung kait dengan aqidah berpandukan dari al-Quran dan juga al-Sunnah serta dalil-dalil naqliyyah (bersumberkan riwayat) dan 'aqliyyah (akal fikiran), bertujuan menanamkannya ke dalam diri serta menyelamatkanya dari sesuatu yang boleh mencacatkannya seperti bid'ah dan khurafat dan sebagainya.

2.2 Objektif Khusus

1. Menjelaskan ruang lingkup ilmu Tauhid dan lapangannya. 2. Menentukan kedudukannya berbanding dengan ilmu lain. 3. Menjelaskan hukum syarak dari aspek mempelajarinya.

4. Menjelaskan sumbernya yang asasi bagi memperluaskan kaedah-kaedah ilmiyyah serta usul-usulnya.

5. Menjelaskan kesan-kesan tumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap aqidah.

6. Menjelaskan hubungan iman dan amal.

7. Menjelaskan sebab dua kalimah syahadah menjadi rukun iman yang pertama.

8. Menyebut kepentingan ilmu Tauhid dan kemudaratan dari kejahilan terhadapnya

9. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya.

10. Memastikan perkara-perkara yang membatalkan aqidah 11. Menjelaskan rahsia diturunkan kitab

12. Menjelskan himpunan ayat-ayat dan bukti-bukti Kerasulan nabi Muhammad s.a.w

13. Membawa dalil-dalil kepentingan beriman dengan hari akhirat dan kesannya kepada kehidupan setiap muslim.

14. Menjelaskan hakikat malaikat dan tugas mereka serta hukum beriman dengan malaikat.

15. Menjelaskan makna Al-Qadr, jenis-jenisnya serta hukum beriman dengannya.

(32)

32 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

2.3 Objektif Suluki (perlakuan) dan Wujdani (Ruhiyy-Emosi)

1. Menjauhi amalan memohon bantuan melalui jampi kecuali dari al-Quran atau al-Sunnah

2. Menjauhi amalan berhubung dengan jin atau meminta pertolongan dari orang yang ada hubungan dengan jin.

3. Menjauhi amalan tenung nasib atau duduk bersama tukang tilek.

4. Menjauhi amalan mengusap kubur dan memohon pertolongan dari penghuni kubur

5. Menjauhi amalan bersumpah dengan selain Allah swt. 6. Menjauhi kepercayaan terhadap unsur-unsur sial.

7. Mengikhlaskan niat dan tujuan hanya untuk Allah swt semata.

8. Menyertakan niat dan keikhlasan dalam setiap amalan yang dilakukan. 9. Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya.

10. Mensyukuri Allah swt atas nikmat yang dikurniakan. 11. Menunaikan nazar.

2.4 Aktiviti Pengukuhan

1. Mengadakan jaulah untuk taammul-merenung dan tafakkur tentang makhluk ciptaan Allah swt sehingga ia dapat membuktikan wujud pencipta melalui akalnya.

2. Mengumpulkan sebahagian ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan aktiviti al-Tafakkur

3. Mengumpulkan ayat-ayat dan hadith-hadith menunjukkan al-Wahdaniyyah (keesaan)

4. Menulis makalah yang mengandungi dalil-dalil al-Wahdaniyyah.

5. Menghimpunkan kata-kata muslimin yang prihatin juga non-muslim yang menunjukkan al-Wahdaniyyah.

6. Mengambil tahu kesan peninggalan umat Islam tentang al-Wahdaniyyah (keesaan).

7. Menyampaikan pengajian yang dapat menjelaskkan kewajipan beriman serta menjelaskan tingkahlaku-tigkahlaku dan penonjolan yang menunjukkan demikian (keimanan).

8. Memberi tugasan kepada mutarabbi, tajuk-tajuk untuk diperbincangkan semasa pengajian.

9. Memberi tugasan kepada pengkhutbah dan penceramah agar menyediakan tajuk-tajuk serta latihan-latihan menyampaikanya, dengan tujuan memmperbaiki kekurangan dari aspek kefahaman dan menjawab persoalan-persoalan.

10. Mengadakan" rehlah khalwiyyah" waktu malam dan siang ke pantai atau ke sungai.

11. Menyebut contoh-contoh dari golongan al-salaf al-soleh dalam beriman dengan al-qadr (qadha' dan qadar)

2.5 Wasilah-Wasilah Penilaian Dan Pemantauan.

(33)

33 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

2. Menggunakan pendekatan mulahazah (observation) untuk memastikan pencapaian objekti-objektif.

3. Penyediaan model menilaian.

4. Menyediakan model untuk wirid muhasabah.

5. Uji pengetahuan untuk perbandingan sejauh mana tercapainya objektif-objektif.

6. Menggunakan pendekatan mulahazah (penelitian) dalam memmbandingkan matlamat-matlamat yang bersifat kemahiran.

7. Wirid muhasabah. 2.6 Rujukan Bahan tambahan

Lihat jadual di atas.

2.7 Saranan-Saranan Dan Panduan Untuk Menjayakan Silibus ‘Aqidah

Untuk menjayakan pengajian ‘aqidah mencapai objektifnya, murabbi mestilah meraikan perkara-perkara berikut.

1) Sesungguhnya ‘aqidah tidak terbentuk dengan senang dan mudah. Kerana ‘aqidah adalah sesuatu yang tetap serta mantap di lubuk hati.

2) Untuk tetap di hati, ‘aqidah perlu melalui beberapa marhalah (peringkat);- (a) Ia bermula dengan pemikiran yang dikuasai oleh kejelasan

sehingga mampu menilai.

(b) Kemudian dikukuhkan dengan dalil-dilil naqliyyah dan ‘aqliyyah yang menghilangkan keraguan. Dalil-dalil ini semestinya diterima akal dengan penuh kerelaan dan ketundukkan.

(c) Kemudian ia disusuli oleh kesan-kesan dari aspek perasaaan, seperti kisah, contoh teladan dan lain-lain lagi. Ini bertujuan menjadikan fikrah mantap di hati selepas ia mantap dalam pemikiran. Dengan demikian ia dapat merasa, dapat ketenangan dan akhirnya berpegang teguh dengannya.

3) Untuk mencapai tujuan ini, adalah perlu bagi murabbi menguasai ilmu-ilmu syari’ah dan ilmu-ilmu modern. Ia juga perlu mengenali muridnya, sifat-sifat serta masalah-masalah mereka dan tahu bagaimana bemu’amalah serta memberi kesan di hati dan pemikiran mereka, melalui tidak-tanduk, gerak-geri, intonasi suara dan tindak balasnya yang membawa kesan kepada jiwa serta perasaan. Pendidik yang begini seumpama petani yang biajk lagi berjaya di buminya.

4) Murabbi mestilah memulakan dalam penanaman ‘aqidah kepada anak-anak buahnya, menjadikan mereka cinta kepada pencipta mereka. Menanam perasaan cinta mendahului dari menanam perasaan takut. Memberikan galakkan sebelum ancaman. Maka ia memperkenalkan mereka akan Allah swt sebagai pencipta, pemberi rezeki dan mengembalikan seluruh nikmat sebagai kurnian Allah swt semata. Dengan itu ia memindahkan cinta secara tabii daripada sesuatu kepada penciptanya. Masej rahmah mendahului masej azab, ini kerana jiwa manusia dicipta secara umumnya cenderung kepada sesuatu yang dicintainya. Oleh itu Rasullullah saw bersabda “Mudahkan, jangan pula menyusahkan, gembirakan, jangan pula membencikan!” riwayat Bukhari & Muslim.

(34)

34 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

5) Murabbi mestilah menjadi contoh kepada muridnya di mana ‘aqidah menjadi darah dagingnya tertonjol dalam tingkahlakunya, mu’amalatnya, tidak-tanduk dan akhlaknya. Dengan demikian ia telah menyediakan suasana Islam yang sesuai untuk membentuk ‘aqidah yang sejahtera di kalangan anak buahnya.

6) Sesungguhnya teknik pengajaran ‘aqidah berbeza, dengan berbezanya tahap umur serta kedudukkan. ia juga berbeza berdasarkan perbezaan tajuk-tajuk.

(35)

35 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

3. SEERAH NABAWIYYAH

3.1 Objektif Umum.

1. Mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah saw serta mencontohi baginda dengan sebaiknya, dan juga merumuskan pengajaran serta iktibar-iktibar.

2. Memaklumkan pelajar tentang al-Tartibat al-Idariyyah (kaedah pengurusan) yang dilakukan oleh Rasulullah saw bagi mendirikan al-Daulah al-Islamiyyah di Madinah al-Munawwarah.

3.2 Objektif Khusus.

1. Mengkaji, mengapakah Rasulullah saw pergi ke gua Hira’ sebelum dibangkitkan (al-Bi’thah).

2. Mengetahui bahawa berfikir tentang makhluk ciptaan Allah swt bertujuan untuk mengetahui akan kekuasaan Allah swt adalah ‘ibadah.

3. Mengetahui sebahagian dari kehidupan Rasulullah saw semasa kecil dan remajanya.

4. Menentukan faktor-faktor yang telah membantu serta memberi kesan dalam pendidikan Rasulullah saw.

5. Membuat perbandingan antara kehidupan Baginda saw dan kehidupan pemuda-pemuda sepertinya di Makkah.

6. Mengambil pengajaran dari pederitaan Rasulullah saw serta para sahabat yang ditimpa seksaan dari orang-orang kafir.

7. Menghuraikan tentang arahan Rasulullah saw kepada sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah.

8. Hendaklah ia menjelaskan cara-cara mencontohi Rasulullah saw dalam dakwahnya.

9. Menjelaskan kaedah-kaedah dakwah Rasul s.a.w

10. Hendaklah ia mengetahui beberapa situasi dimana Rasulullah saw telah bersabar dan bermujahadah demi mentarbiyah sahabat-sahabatnya.

11. Memahami bahawa mencintai Rasul adalah wajib

12. Memberi kefahaman bahawa bukti kasihkan Rasul adalah melaksananakan suruhannya.

13. Membezakan antara seseorang yang patuh suruhan Rasul dengan orang ynag tidak mematuhinya.

3.3 Objektif Suluki (perlakuan) dan Wujdani (Ruhiyy-Emosi).

1. Hendaklah ia benar-benar berminat dengan sirah Rasulullah saw dan para sahabat ra.

2. Menghormati sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah saw. 3. Menimbang di antara budi pekerti Rasulullah saw dan orang lain

dalam situasi yang sama.

4. Hendaklah ia menghargai sahabat-sahabat yang mulia yang telah membantu Rasulullah saw.

(36)

36 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

5. Hendaklah ia rasa sempit di dalam setiap situasi yang menyakiti Rasulullah saw dan juga sahabatnya.

6. Hendaklah ia rasa bahagia dan lega apabila membaca sirah Rasulullah saw dan para sahabatnya.

7. Hendaklah ia rasa bahagia apabila ia membaca situasi kecintaan dari sirah Rasulullah saw.

8. Hendaklah ia rasa rindu untuk mendengar hadith Rasulullah saw. 9. Hendaklah ia menolak perbuatan mengganggu orang lain dengan

perkataan begitu juga ia menolak perbuatan memperolok-olokan saudaranya yang beriman.

10. Hendaklah ia mencontohi Rasulullah saw dalam mencintai manusia, menasihati dan berdakwah agar mereka mendapat petunjuk.

11. Hendaklah ia menyeru saudaranya agar mencontohi Rasulullah saw.

12. Hendaklah ia menggabungkan diri ke dalam jamaah yang menyeru kepada Allah swt yang sebenar demi mencontohi Rasulullah saw. 13. Hendaklah ia mempertahankan golongan yang lemah lagi dizalimi.

3.4 Aktiviti Sampingan dan Peralatan

1. Peta dan gambar Mekah serta persekitarannya bagi menjelaskan suasana persekitaran tanah air Rasul s.a.w

2. Sediakan peta serta gambar tentang suasana (Bi’ah) yang telah mendidik Rasul s.a.w

3. Guna kemudahan semua alat media massa Islam yang berkaiatan dengan tajuk.

4. Sediakan nasyid-nasyid bagi melatih mengasihi Rasul s.a.w 5. Galakkan ahli mengerjakan umrah bagi tujuan melawat

kawasan-kawasan sejarah yg berkaitan dengan seerah Rasul. 6. Sediakan filem atau kesah-kesah yang menceritakan sifat Rasul

serta pengalaman dakwahnya.

7. Buat rekording atau vcd yang berkaitan dengan tajuk

8. Pilih beberapa kesah yang baik untuk dilakunkan semula (pentomen)

(37)

37 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

4. TAJWID

4.1 Objektif Umum:

Memelihara lidah dari kesalahan pada kalam Allah swt dan membacanya dengan cara yang paling sahih sebagaimana diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dari Rasullullah saw dari Jibril as.

4.2 Objektif Khusus:

1. Mengetahui takrif tajwid dari segi bahasa dan istilah. 2. Menjelaskan kelebihan dan kemuliaan ilmu ini. 3. Menyatakan hukumnya.

4. Mengetahui al-Lahn (kesilapan) dari segi bahasa dan istilah. 5. Ingat maratib al-Qiraah (peringkat-peringkat bacaan) dan mengenali setiap daripadanya.

6. Ingat hukum berkaitan al-Istiazah dan al-Basmalah.

7. Mengetahui hukum-hukum waqf dan Ibtida ketika tilawah . 8. Mengenali makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifatnya. 9. Mengenali hukum nun mati dan tanwiin.

10. Mengenali hukum mim mati.

11.Mengenali hukum-hukum lam mati dan lam fiel. 4.3 Objektif Suluki (perlakuan) dan Wujdani (Ruhiyy-Emosi).

1. Menghargai ilmu Tajwid dan kelebihannya. 2. Melafazkan huruf dari makhrajnya yang sahih. 3. Memenuhi sifat-sifat huruf yang khas.

4. Memperaktikkan hukum-hukum tajwid ketika tilawah. 5. Menjauhi al-Lahn (kesilapan sebutan) pada kalam Allah swt 6. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

7. Memberi kesan kepada orang yang mendengarnya ketika ia membaca al-Quran.

8.Mempunyai respon (tindak balas) terhadap makna ayat-ayat ketika tilawah.

9. Menjaga adab-adab tilawah. 4.4 Aktiviti Pengukuhan

1. Membaca al-Quran kepada qari yang sempurna bacaan (sekira ada).

2. Mendengar kaset-kaset qari-qari yang diiktiraf dan sempurna bacaan.

3. Menggunakan komputer untuk mengetahui makhraj huruf (tempat keluar huruf) dan cara menyebutnya.

4. Melatih lidah untuk bacaan yang betul.

5. Menjadikan bacaan harian sebagai wirid untuk dirinya. 6. Membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam qiamullail. 7. Membiasakan membaca al-Quran dengan bertajwid.

(38)

38 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

8. Hadir dalam daurah (kursus intensif) ilmu Tajwid.

9. Menyediakan nota Tajwid yang mengandungi ringkasan hukum-hukumnya.

10.Mewujudkan waktu membaca al-Quran untuk isteri dan anak-anaknya (mingguan)

4.5 Wasilah Penilaian Dan Pematauan.

1. Meneliti dan membetulkan bacaan satu persatu ketika tilawah al-Quran.

2. Membincangkan hukum-hakam tajwid semasa tilawah.

3. Mengeluarkan hukum-hukum tilawah yang terkandung di dalam sesetengah ayat.

4. Mengadakan musabaqah tilawah.

5. Sediakan daftar pemantauan untuk setiap pembaca untuk memantau tahap pembaikkan tilawah.

4.6 Pembelajaran Kendiri

1. Meningkatkan kemampuan mengkaji dan mencari ma'lumat. 2. Mendalami kefahaman Ilmu Tajwid.

3. Menambah ilmu (tajwid), ilmu qiraat dan kepelbagaiannya. 4. Sampai keperingkat pematapan ilmu (ilmu Tajwid) dalam dua

aspek nazariyyah dan tatbiqiyyah (teori dan praktikal).

4.7 Rujukan

(39)

39 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

5.FIQH

Objektif Umum.

Mengetahui pengertian ibadat dalam Islam dan mengetahui hukum-hukum, cara-cara yang betul dari aspek syarak serta kesan-kesannya kepada individu dan masyarakat.

Objektif Khusus.

1) Menjelaskan pegertian ibadat kemudian muamalat dan seterusnya ahwal sakhsiyyah (munakahat)

2) Menjelaskan hakikat al-Ahkam al-Sultaniyyah.

3) Mengingati sumber-sumber hukum syariah dan rujukannya yang paling asasi 4) Menjelaskan jenis-jenis hukum syarak.

5) Memberikan sedikit latar belakang tentang sejarah perkembangan fiqah. 6) Menentukan air-air yang suci dan pembahagiannya.

7) Mengenali najis dengan menjelaskan jenis-jenisnya serta cara menghilangkannya 8) Mengetahui pengertian haidh, nifas dan janabah dengan menentukan

sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

9) Membezakan di antara mandi wajib dan sunat.

10) Mengetahui wudhuk, dengan menghitung fardhu-fardhunya (rukun-rukunnya), sunat-sunatnya, cara melakukannya dengan menunjukkan dalilnya sekali.

11) Menghitung perkara-perkara yang membatalkan wudhuk, dan bilakah ia diwajibkan dan bila pula ia disunatkan.

12) Menjelaskan cara menyapu di atas khuffain (setokin kulit), al-jaurabain (setokin tebal) dan al-jabirah (tampalan), dan bilakah batalnya sapuan tersebut.

13) Mengetahui tayammum dengan memberikan dalil dari segi syarak, juga menjelaskan perkara-perara yang membatalkannya.

14) Menjelaskan hukum solat, kelebihannya serta hukum meninggalkannya dengan memberikan dalilnya.

15) Menjelaskan hukum, waktu sembahyang, azan dan qamat.

16) Memperincikan syarat-syarat sembahyang serta menghitung kefardhuannya (rukun-rukun) dan sunat-sunatnya.

17) Menghitung perkara-perkara makruh, perkara-perkara yang membatalkan dan perkara-perkara yang harus berkaitan sembahyang.

18) Menhitung solat-solat fardhu dan solat-solat sunat.

19) Menyebutkan kelebihan solat berjemaah serta hadith-hadith yang berkaitan. 20) Menjelaskan secara ringkas perbahasan mengenai perkara berikut;

i) Jamak dua solat ii) Solat orang sakit. iii) Solat qadha. iv) Sujud sawi. v) Sujud tilawah.

vi) Hukum-hukum berkaitan masjid. Objektif Kemahiran.

(40)

40 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

1. Mandi serta berwudhuk dengan sempurna.

2. Menyapu di atas khuffain, jaurabain dan jabirah dengan sempurna. 3. Menunaikan solat dengan sahih lagi sempurna.

Objektif Suluki (perlakuan) dan Wujdani (Ruhiyy-Emosi) 1. Bangun awal untuk menunaikan solat fajr (subuh). 2. Berusaha untuk azan untuk mendapatkan ganjaran. 3. Berusaha bersungguh untuk menunaikan solat di masjid. 4. Menjauhi perkara-perkara makruh berkaitan solat.

5. Berusaha untuk qiamullail sekurang-kurangnya sekali seminggu. 6. Kyusuk ketika membaca al-Quran.

7. Berusaha menghafaz semampu mungkin dari al-Quran. 8. Memohon doa khususnya pada waktu-waktu yang afdhal. 9. Mengakhiri untuk tidurnya dengan taubat dan istighfar. 10. Setiap amalan yang dilakukan sentiasa diiringi niat. 11. Menjaga zikir-zikir pagi dan petang.

12. Mengingati Allah swt setia waktu. 13. Menggunakan siwak (kayu sugi). 14. Sentiasa berwudhuk sedaya mungkin.

15. Berusaha melawan nafsu dalam menjauhi perkara-perkara yang di haramkan serta menjauhi tempat-tempat maksiat.

Aktiviti Pengukuhan

1. Menugaskan penuntut agar menyediakan pengajaran secara praktikal tentang wudhuk, mandi, tayammum dan menyapu di atas khuffain.

2. Membuat lakunan simulasi untuk memantapkan perlaksanaan ibadat serta memperbaikinya dalam kehidupan muslim.

3. Menggunakan gambar-gambar dinding yang mengajar cara-cara berwudhuk dan tayammum.

4. Menulis kalimah-kalimah azan dan qamat serta menggantungnya di masjid untuk dihafaz.

5. Mengendalikan perbincangan tentang kesan-kesan solat keatas individu dan masyarakat.

6. Mendengar kaset-kaset yang membicarakan tentang solat.

7. Melatih penuntut (secara praktikal) melakukan azan, qamat dan solat. 8. Pembelajaran secara praktikal, bagaimana menunaikan solat di dalam kelas. 9. Menggangtung gambar-gambar yang berbagai yang menjelaskan keadaan

solat.

10.Penuntut melatih anak-anak mereka menunaikan solat dengan cara yang sahih.

11. Sembahyang dua rakaat, qiamullail bersama isteri dan anak-anak demikian juga dalam kelas.

Wasilah Penilaian Dan Pemantauan. 1. Ujian praktikal berwudhuk.

Referensi

Dokumen terkait