• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. TAFSIR

1.1 Objektif Umum

Mengukuhkan hubungan dengan Kitab Allah berasaskan kefahaman yang jelas, cinta dan menguasai pengajaran-pengajarannya. Sentiasa terikat dengan bimbingan-bimbingannya, beramal dengan hukum-hakamnya melalui pemahaman yang baik dan penyaringan objektif-objektifnya yang dapat memberikan petunjuk pada setiap masa dan tempat. Sentiasa merujuk kepadanya terutamanya ketika berlaku perselisihan. Semuanya itu dalam lingkungan apa yang telah dipelajari

1.2 Objektif Khusus.

1. Menerangkan aspek-aspek menunjul dari juzuk ini, yaitu yang memfokuskan tentang asal kejadian manusia dan kebangkitan semula. Perkara ini mestilah berdalilkan dari tafsir berkaitan juzuk tersebut.

2. Menjelaskan makna perkataan-perkataan tertentu dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.

3. Menerangkan kandungan surah-surah yang terdiri dari tasbih dan taqdis (mensucikan) Allah swt dari sesuatu yang tidak layak baginya.

4. Menerangkan tentang kekuasaan Allah swt atas makhluk serta nikmat-nikmatnya kepada manusia.

5. Menerangkan perkara-perkara yang jelas berlaku pada hari Qiamat, merangkumi kenikmatan dan kecelakaan, sebagai balasan yang setimpal terhadap amalan manusia.

6. Menjelaskan bagaimana Allah swt bersumpah dengan makhluk ciptaanNya, serta larangan untuk manusia melakukan seumpamanya.

7. Menerangkan akibat buruk yang menimpa orang-orang yang melakukan kerosakkan dan kesudahan mereka di dalam kehidupan, melalui kisah kaum Aad, Thamud dan Firaun.

8. Mengingatkan tentang ujian yang berupa kebaikan dan keburukkan, serta keadaan manusia menghadapinya.

9. Menghitung nikmat-nikmat Allah swt serta kekuasaanNya ke atas manusia, kemudian menyatakan bagaimana cara mesyukuri nikmat-nikmat itu, dari surah al-Balad.

10. Menjelaskan kelebihan dan kurniaan Allah swt kepada orang yang bersedekah, dan juga kemurkaanNya kepada orang yang bakhil, dan ia merasa cukup hanya dengan kekayaan semata-mata, dan juga menyatakan kesudahan mereka, dari surah al-Lail.

11. Mengingatkan tentang kurnian Allah swt serta saranan-sarananNya kepada rasulNya, dari surah al-Dhuha.

12. Menjelaskan kefahaman berikut dari pembacaan surah-surah. a. Penciptaan insan dengan sebaik-baiknya.

26 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

c. Melampaunya manusia itu dari batas, yaitu dengan hanya bergantung pada kekayaannya semata.

d. Perbalahan dikalangan orang-orang mushrikin selepas turunnya tanda-tanda kebenaran.

13. Menerangkan mengenai Laila al-Qadr dan kemungkinan-kemungkinan harinya. Menjelaskan perkara yang berlaku seperti turunnya Malaikat serta kelebihan pahala padanya.

14. Mengingatkan tentang Qiamat serta huru-haranya, dengan mengkaji juzuk ini.

15. Menentukan surah yang diturunkan, yang membawa berita kewafatan Rasulullah saw.

16. Menentukan surah yang memiliki kelebihan umpama sepertiga al-Quran dengan menjelaskan dalilnya dari al-Sunnah.

17. Mengenali surah-surah penghindar Syaitan, penghalang sihir dan pejaga manusia dari was-was Syaitan.

1.3 Objektif Suluki (perlakuan) dan wujdani (ruhiyy-emosi)

1. Membaca dan menghafaz surah dengan baik serta mendalami maksudnya. 2. Memperbanyak mengingati Allah swt, yaitu dengan berfikir dengan

mendalam tentang makhluk ciptaanNya, serta bimbingan yang diberikan oleh Allah swt kepada mereka.

3. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran.

4. Iltizam dengan sifat, yaitu memudahkan hamba-hamba Allah swt.

5. Merasakan bantuan dan pertolongan Allah swt kepada orang-orang yang menyembahnya serta kebinasaan terhadap musuh-musuhNya.

6. Menilai diri melalui pengajaran-pengajaran dari surah-surah.

7. Berfikir dengan mendalam tentang ciptaan Allah swt terhadap diri juga ciptaanNya di ufuk langit yang tinggi.

8. Berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

9. Menunaikan kewajipan mengingatkan manusia kepada Allah swt serta penguasaanNya terhadap al-kaun (alam sejagat).

10. Mengharapkan ganjaran Allah swt dari segala musibah yang menimpanya di jalan Dakwah.

11. Dapat merasakan kurnian Allah swt kepada manusia, yaitu dengan mengutuskan Nabi Muhammad saw.

12. Mengikhlaskan niat kerana Allah swt dalam setiap perkara.

13. Sentiasa berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran di dalam kajian ilmiahnya. 14. Menggunakan nikmat-nikmat Allah swt kepada hamba-hambaNya untuk

tujuan ketaatan dan jihad di jalanNya.

15. Memantapkan kedalam diri nilai-nilai rabbaniyyah (ketuhanan) serta memerangi nilai-nilai maddiyyah (kebendaan).

16. Beristighfar dari dosa-dosa dan sentiasa memperbaharui taubat.

17. Menilai sesuatu perkara dan juga peribadi dengan neraca Allah swt (berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah)

18. Membela orang-orang mukmin yang lemah atau ditindas.

19. Memperbetulkan kefahaman-kefahaman salah yang tersibar didalam masyarakat.

27 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

20. Bertawakkal kepada Allah swt dan bergantung kepada bantuanNya. 21. Menyediakan diri untuk bertemu Allah swt dengan bekalan taqwa.

22. Meminta perlindungan Allah swt dari kejahatan makhluk, sihir dan hasad (dengk).

23. Menjauhi diri dari penyebar fitnah,orang yang hanya manis di mulut tidak dihati, orang yang menutamakan syahwat dan orang munafik. Dia juga meminta perlindungan Allah swt dari mereka itu.

1.4 Kandungan.

1. Menghafaz Juz 30 dan tafsirnya dari Tafsir al-Wadhih, oleh Dr. Mahmud Hijazi.

2. Kaedah-kaedah yang asasi bagi pentafsiran al-Quran serta memanfatkannya.

3. Cara yang paling baik beriteraksi dengan al-Quran al-Karim dan memanfaatkannya.

4. Kelebihan menghafaz al-Quran al-Karim dan cara yang paling mudah membantu untuk tujuan itu.

a. Surah-surah yang ditentukan untuk bacaan, tafsiran dan hafazan. b. Method Pengkajian

i. Latihan secara praktikal untuk bacaan yang betul dan tumpuan kepada hukum-hukum tilawah yang banyak didapati di dalam setiap surah, (secara beransur-ansur).

ii. Pempelajari tafsir surah-surah yang ditentukan mengikut metodologi yang khusus di sini, dan secara terperinci dari dalil murabbi (panduan murabbi).

iii. Setiap nas (sebahagiannya dari surah yang lengkap atau lebih dari satu surah) dikaji mengikut cara berikut:

a. Nama surah @ nama-nama nya yang lain. b. Asbabul nuzul (sebab turun ayat sekiranya ada) c. Makkiyyah/ Madaniyyah.

d. Tajuk surah, isu-isu serta tujuan-tujuannya. 6. Mempelajari satu ayat, ataupun beberapa ayat yang berkaitan sesuatu

tajuk mengikut cara berikut:

a. Mengkaji makna perkataan-perkataan, khususnya yang gharib (jarang diketahui) serta kata-kata kunci (seperti istilah-istilah) makna umum.

b. Mengubung kaitkan di antara ayat-ayat.

c. Mengambil kesimpulan tentang isu-isu yang terkandung di dalamnya. (dengan tumpuan secara khusus terhadap isu-isu pokok di dalam Islam, tentang manusia, serta dakwah dari apa yang dinaskan dalam setiap surah).

d. Mengambil kesimpulan tentang pengajaran tarbawiyyah dan hukum-hukum syariah yang boleh didapati (tanpa takalluf – terlalu memberat-berat)

e. Mengaitkan isu-isu dan pengajaran dengan hukum-hukum syariat yang ada (tanpa memberat-berat)

28 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

f. Mengenali secara ringkas sebahagian dari aspek bahasa dan kesusasteraan yang asasi, bertujuan menghubungkan secara lansung antara pembaca dengan nas al-Quran serta membiasakannya mentadabbur al-Quran dari seluruh aspeknya.

g. Berhenti sejenak (tidak terlalu panjang) di hadapan beberapa mukjizat al-Quran berkaitan fakta sains serta hakikat diri dan lain-lain yang diisyaratkan oleh nas al-Quran.

7. Isu-isu yang disimpulkan dari surah-surah untuk diberikan tumpuan sepanjang pengkajian di peringkat ini adalah;

a. Rukun-rukun iman yang asas (beriman kepada Allah swt, risalah, Malaikat, kitab, para rasul, hari Akhirat dan kesan-kesannya dalam kehidupan).

b. Memberi bukti tentang Allah yang Maha Pencipta, melalui penelitian terhadap al-kaun (alam semesta)

c. Asmau al-Husna di antara akal dan naql (nas). d. Contoh tauladan (para Nabi dan para Rasul).

e. Perasaan tanggungjawab sepenuhnya di hadapan Allah swt. f. Ilmu; kepentingan, peraturan-peraturan dan penggunaannya. g. Kerja-kerja kebajikan.

h. Akibat buruk orang-orang yang zalim.

i. Tanggungjawab manusia terhadap kebahagiaan dan kecelakaannya di dunia serta akhirat.

j. Bahaya bergelumang dengan dunia dalam keadaan jauh dari petunjuk Allah swt.

k. Bahaya-bahaya dosa ke atas manusia. l. Pendirian terhadap syaitan.

1.5 Aktiviti Pengukuhan

1. Mempelajari surah-surah dan memantapkan hafazan.

2. Merakam filem yang membicarakan tentang mukjizat al-Quran dari aspek saintifik.

3. Membuat kesimpulan tentang sasaran sesuatu surah dan menulisnya di akhbar dinding.

4. Menulis sesuatu kisah yang mengandungi perbandingan di antara hisab (perbicaraan) orang-orang yang mendapat kecelakaan dan orang-orang yang mendapat kebahagiaan.

5. Mengadakan rehlah khalwiyyah di mana ia berfikir mengenai sesuatu yang telah disentuh oleh ayat-ayat.

6. Membentuk halaqah masjidiyyah (halaqah-halaqah di masjid) untuk mempelajari tilawah, tajwid dan tafsir bagi pemuda-pemuda masjid. 7. Menyediakan satu kajian tentang rahsia-rahsia makanan yang dinyatakan

Allah swt dalam sumpahnya dari surah-surah tertentu.

8. Menyediakan buku-buku, video dan kaset-kaset yang mengandungi tafsir surah-surah secara meluas.

29 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

9. Menyediakan kaset-kaset pengajaran al-Quran di kutub khanah masjid seperti mushaf murabbi oleh Sheikh al-Husari dll.

10. Ziarah kubur untuk mendapat peringatan dan iktibar.

11. Menyampaikan ceramah tentang tabiat jiwa manusia yang kosong daripada keimanan.

12. Melakukan muhasabah diri setiap hari terhadap setiap dosa, sama ada besar ataupun kecil.

13. Membiasakan diri menjauhi sifat mencaci dan mengeji.

14. Membuat pembentangan mengenai aqidah al-Walaa dan al-Baraa. 15. Menulis satu maqalah mengenai “akhlak selepas mendapat sesuatu

kemenangan”

16. Menjelaskan hubungan ilmu modern dengan al-Quran al-Karim. 1.6 Penilaian Dan Pemantauan

1. Mendengar penjelasan ayat dan surah yang telah dihafaz.

2. Menguji individu tentang hukum-hukum tajwid secara ilmu dan amal (teori dan praktikal)

3. Menanyakan tentang sejauh manakah ia iltizam dengan adab-adab tilawah.

4. Menguji kemampuan menafsir ayat, serta kemampuan menghubungkan ayat itu dengan realiti.

5. Meneliti tingkahlaku individu dan sejauhmana iltizamnya dengan adab-adab al-Quran melalui saranan dari surah-surah yang telah dipelajari dan dihafaz.

6. Memantau sejauhmana penglibatan dalam aktiviti pengukuhan, melalui borang kaji selidik.

1.7 Objektif Pembelajaran Kendiri

1. Menjelaskan makna perkataan dalam surah-surah tersebut dan maksudnya.

2. Menjelaskan keserasian risalah Islam dengan keujudan makhluk ciptaan Allah swt.

3. Menentukan tugas Rasul melalui pengajaran surah.

4. Menjelaskan tabiat dakwah (mengajak) manusia untuk beriman kepada Allah swt serta kaitannya dengan jihad di jalan Allah swt.

5. Menjelaskan akibat orang yang zalim dan kesannya pada kemenangan dakwah dan para da’I, serta perkembangan dakwah Islamiyyah.

6. Menerangkan rahsia ujian terhadap hamba, dan kesan ujian itu kepada manusia, serta peranan orang-orang beriman berhadapan dengan ujian ini.

7. Menerangkan kelebihan menyegerakan amal-amal kebaikkan.

8. Mengikat hubungan di antara iman dan amal, dimana keduanya adalah lazim melazimi dan tidak boleh dipisahkan.

9. Menentukan peranan pendakwah dalam menyebar luas akhlak-akhlak Islam.

10. Menghitung kelebihan-kelebihan dan keistimewaan aspek fizikal dan spiritual (kerohanian) yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia.

30 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

11. Menjelaskan nilai keimanan dan amal soleh dalam kehidupan manusia. 12. Menyatakan kelebihan ilmu dalam pembinaan tamaddun dan

kecemerlangan dakwah.

13. Menyatakan tindak balas pendakwah di hadapan kesombongan taghut. 14. Menjelaskan tentang kesatuan agama samawi pada asalnya dan

bentuknya yang ringkas dan mudah.

15. Menjelaskan melalui surah-surah, mukjizat ilmiyyah dan betapa teperincinya balasan amalan.

16. Menyifatkan rawatan yang dikemukakan oleh surah-surah terhadap sifat semula jadi jiwa manusia yang terdiri dari kanud (tidak syukur kepada Tuhan) jahud (ingkar) dan kesan dari rawatan ini.

17. Mengikat keimanan dengan sensitiviti moral bagi orang yang beriman melalui surah-surah.

18. Menjelaskan kaedah yang selamat dalam memahami nas-nas al-Quran. 19. Menerangkan kewajipan manusia terhadap Allah swt yang telah

mengurniakan nikmat ke atas mereka.

20. Menunjukkan dalam realiti kehidupan akan janji Allah swt kapada Rasullullah saw dan janji buruk untuk musuh-musuhNya.

21. Menyatakan sebab wajibnya mufasalah (memutuskan) di antara iman dan kufur.

22. Menjelaskan perkara-perkara yang wajib ada, dari sudut manhaj dan arahan selepas menerima keesaan Allah swt.

23. Memperelok bacaan surah-surah serta memahami kaedah-kaedah tajwid dan juga memahami makna-maknanya.

24. Menjelaskan realiti pertarungan di antara Iblis serta pembantu-pembantunya dari golongan jin dan manusia dengan hamba-hamba Allah swt yang beriman.

Rujukan pembelajaran kendiri 1. Tafsir Ibn Kathir.

2. Tafsir al-Qurtubi.

3. Zubdah al-Tafasir oleh Dr. Muhammad Sulaiman al-Ashqar.

4. Safwat al-Bayan fi Maani al-Quran oleh Syekh Muhammad Hasanain Makhluf.

31 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

2. AQIDAH

2.1 Objektif Umum.

Mengetahui perkara yang berhubung kait dengan aqidah berpandukan dari al-Quran dan juga al-Sunnah serta dalil-dalil naqliyyah (bersumberkan riwayat) dan 'aqliyyah (akal fikiran), bertujuan menanamkannya ke dalam diri serta menyelamatkanya dari sesuatu yang boleh mencacatkannya seperti bid'ah dan khurafat dan sebagainya.

2.2 Objektif Khusus

1. Menjelaskan ruang lingkup ilmu Tauhid dan lapangannya. 2. Menentukan kedudukannya berbanding dengan ilmu lain. 3. Menjelaskan hukum syarak dari aspek mempelajarinya.

4. Menjelaskan sumbernya yang asasi bagi memperluaskan kaedah-kaedah ilmiyyah serta usul-usulnya.

5. Menjelaskan kesan-kesan tumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap aqidah.

6. Menjelaskan hubungan iman dan amal.

7. Menjelaskan sebab dua kalimah syahadah menjadi rukun iman yang pertama.

8. Menyebut kepentingan ilmu Tauhid dan kemudaratan dari kejahilan terhadapnya

9. Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan al-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah swt serta keesaanNya.

10. Memastikan perkara-perkara yang membatalkan aqidah 11. Menjelaskan rahsia diturunkan kitab

12. Menjelskan himpunan ayat-ayat dan bukti-bukti Kerasulan nabi Muhammad s.a.w

13. Membawa dalil-dalil kepentingan beriman dengan hari akhirat dan kesannya kepada kehidupan setiap muslim.

14. Menjelaskan hakikat malaikat dan tugas mereka serta hukum beriman dengan malaikat.

15. Menjelaskan makna Al-Qadr, jenis-jenisnya serta hukum beriman dengannya.

32 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

2.3 Objektif Suluki (perlakuan) dan Wujdani (Ruhiyy-Emosi)

1. Menjauhi amalan memohon bantuan melalui jampi kecuali dari al-Quran atau al-Sunnah

2. Menjauhi amalan berhubung dengan jin atau meminta pertolongan dari orang yang ada hubungan dengan jin.

3. Menjauhi amalan tenung nasib atau duduk bersama tukang tilek.

4. Menjauhi amalan mengusap kubur dan memohon pertolongan dari penghuni kubur

5. Menjauhi amalan bersumpah dengan selain Allah swt. 6. Menjauhi kepercayaan terhadap unsur-unsur sial.

7. Mengikhlaskan niat dan tujuan hanya untuk Allah swt semata.

8. Menyertakan niat dan keikhlasan dalam setiap amalan yang dilakukan. 9. Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya.

10. Mensyukuri Allah swt atas nikmat yang dikurniakan. 11. Menunaikan nazar.

2.4 Aktiviti Pengukuhan

1. Mengadakan jaulah untuk taammul-merenung dan tafakkur tentang makhluk ciptaan Allah swt sehingga ia dapat membuktikan wujud pencipta melalui akalnya.

2. Mengumpulkan sebahagian ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan aktiviti al-Tafakkur

3. Mengumpulkan ayat-ayat dan hadith-hadith menunjukkan al-Wahdaniyyah (keesaan)

4. Menulis makalah yang mengandungi dalil-dalil al-Wahdaniyyah.

5. Menghimpunkan kata-kata muslimin yang prihatin juga non-muslim yang menunjukkan al-Wahdaniyyah.

6. Mengambil tahu kesan peninggalan umat Islam tentang al-Wahdaniyyah (keesaan).

7. Menyampaikan pengajian yang dapat menjelaskkan kewajipan beriman serta menjelaskan tingkahlaku-tigkahlaku dan penonjolan yang menunjukkan demikian (keimanan).

8. Memberi tugasan kepada mutarabbi, tajuk-tajuk untuk diperbincangkan semasa pengajian.

9. Memberi tugasan kepada pengkhutbah dan penceramah agar menyediakan tajuk-tajuk serta latihan-latihan menyampaikanya, dengan tujuan memmperbaiki kekurangan dari aspek kefahaman dan menjawab persoalan-persoalan.

10. Mengadakan" rehlah khalwiyyah" waktu malam dan siang ke pantai atau ke sungai.

11. Menyebut contoh-contoh dari golongan al-salaf al-soleh dalam

beriman dengan al-qadr (qadha' dan qadar) 2.5 Wasilah-Wasilah Penilaian Dan Pemantauan.

33 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

2. Menggunakan pendekatan mulahazah (observation) untuk memastikan pencapaian objekti-objektif.

3. Penyediaan model menilaian.

4. Menyediakan model untuk wirid muhasabah.

5. Uji pengetahuan untuk perbandingan sejauh mana tercapainya objektif-objektif.

6. Menggunakan pendekatan mulahazah (penelitian) dalam memmbandingkan matlamat-matlamat yang bersifat kemahiran.

7. Wirid muhasabah. 2.6 Rujukan Bahan tambahan

Lihat jadual di atas.

2.7 Saranan-Saranan Dan Panduan Untuk Menjayakan Silibus ‘Aqidah

Untuk menjayakan pengajian ‘aqidah mencapai objektifnya, murabbi mestilah meraikan perkara-perkara berikut.

1) Sesungguhnya ‘aqidah tidak terbentuk dengan senang dan mudah. Kerana ‘aqidah adalah sesuatu yang tetap serta mantap di lubuk hati.

2) Untuk tetap di hati, ‘aqidah perlu melalui beberapa marhalah (peringkat);- (a) Ia bermula dengan pemikiran yang dikuasai oleh kejelasan

sehingga mampu menilai.

(b) Kemudian dikukuhkan dengan dalil-dilil naqliyyah dan ‘aqliyyah yang menghilangkan keraguan. Dalil-dalil ini semestinya diterima akal dengan penuh kerelaan dan ketundukkan.

(c) Kemudian ia disusuli oleh kesan-kesan dari aspek perasaaan, seperti kisah, contoh teladan dan lain-lain lagi. Ini bertujuan menjadikan fikrah mantap di hati selepas ia mantap dalam pemikiran. Dengan demikian ia dapat merasa, dapat ketenangan dan akhirnya berpegang teguh dengannya.

3) Untuk mencapai tujuan ini, adalah perlu bagi murabbi menguasai ilmu-ilmu syari’ah dan ilmu-ilmu modern. Ia juga perlu mengenali muridnya, sifat-sifat serta masalah-masalah mereka dan tahu bagaimana bemu’amalah serta memberi kesan di hati dan pemikiran mereka, melalui tidak-tanduk, gerak-geri, intonasi suara dan tindak balasnya yang membawa kesan kepada jiwa serta perasaan. Pendidik yang begini seumpama petani yang biajk lagi berjaya di buminya.

4) Murabbi mestilah memulakan dalam penanaman ‘aqidah kepada anak-anak buahnya, menjadikan mereka cinta kepada pencipta mereka. Menanam perasaan cinta mendahului dari menanam perasaan takut. Memberikan galakkan sebelum ancaman. Maka ia memperkenalkan mereka akan Allah swt sebagai pencipta, pemberi rezeki dan mengembalikan seluruh nikmat sebagai kurnian Allah swt semata. Dengan itu ia memindahkan cinta secara tabii daripada sesuatu kepada penciptanya. Masej rahmah mendahului masej azab, ini kerana jiwa manusia dicipta secara umumnya cenderung kepada sesuatu yang dicintainya. Oleh itu Rasullullah saw bersabda “Mudahkan, jangan pula menyusahkan, gembirakan, jangan pula membencikan!” riwayat Bukhari & Muslim.

34 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

5) Murabbi mestilah menjadi contoh kepada muridnya di mana ‘aqidah menjadi darah dagingnya tertonjol dalam tingkahlakunya, mu’amalatnya, tidak-tanduk dan akhlaknya. Dengan demikian ia telah menyediakan suasana Islam yang sesuai untuk membentuk ‘aqidah yang sejahtera di kalangan anak buahnya.

6) Sesungguhnya teknik pengajaran ‘aqidah berbeza, dengan berbezanya tahap umur serta kedudukkan. ia juga berbeza berdasarkan perbezaan tajuk-tajuk.

35 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

3. SEERAH NABAWIYYAH

3.1 Objektif Umum.

1. Mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah saw serta mencontohi baginda dengan sebaiknya, dan juga merumuskan pengajaran serta iktibar-iktibar.

2. Memaklumkan pelajar tentang al-Tartibat al-Idariyyah (kaedah pengurusan) yang dilakukan oleh Rasulullah saw bagi mendirikan al-Daulah al-Islamiyyah di Madinah al-Munawwarah.

3.2 Objektif Khusus.

1. Mengkaji, mengapakah Rasulullah saw pergi ke gua Hira’ sebelum dibangkitkan (al-Bi’thah).

2. Mengetahui bahawa berfikir tentang makhluk ciptaan Allah swt bertujuan untuk mengetahui akan kekuasaan Allah swt adalah ‘ibadah.

3. Mengetahui sebahagian dari kehidupan Rasulullah saw semasa kecil dan remajanya.

4. Menentukan faktor-faktor yang telah membantu serta memberi kesan dalam pendidikan Rasulullah saw.

5. Membuat perbandingan antara kehidupan Baginda saw dan kehidupan pemuda-pemuda sepertinya di Makkah.

6. Mengambil pengajaran dari pederitaan Rasulullah saw serta para sahabat yang ditimpa seksaan dari orang-orang kafir.

7. Menghuraikan tentang arahan Rasulullah saw kepada sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah.

8. Hendaklah ia menjelaskan cara-cara mencontohi Rasulullah saw dalam dakwahnya.

9. Menjelaskan kaedah-kaedah dakwah Rasul s.a.w

10. Hendaklah ia mengetahui beberapa situasi dimana Rasulullah saw telah bersabar dan bermujahadah demi mentarbiyah sahabat-sahabatnya.

11. Memahami bahawa mencintai Rasul adalah wajib

12. Memberi kefahaman bahawa bukti kasihkan Rasul adalah melaksananakan suruhannya.

13. Membezakan antara seseorang yang patuh suruhan Rasul dengan orang ynag tidak mematuhinya.

3.3 Objektif Suluki (perlakuan) dan Wujdani (Ruhiyy-Emosi).

1. Hendaklah ia benar-benar berminat dengan sirah Rasulullah saw dan para sahabat ra.

2. Menghormati sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah saw. 3. Menimbang di antara budi pekerti Rasulullah saw dan orang lain

dalam situasi yang sama.

4. Hendaklah ia menghargai sahabat-sahabat yang mulia yang telah membantu Rasulullah saw.

36 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

5. Hendaklah ia rasa sempit di dalam setiap situasi yang menyakiti Rasulullah saw dan juga sahabatnya.

6. Hendaklah ia rasa bahagia dan lega apabila membaca sirah Rasulullah saw dan para sahabatnya.

7. Hendaklah ia rasa bahagia apabila ia membaca situasi kecintaan dari sirah Rasulullah saw.

8. Hendaklah ia rasa rindu untuk mendengar hadith Rasulullah saw. 9. Hendaklah ia menolak perbuatan mengganggu orang lain dengan

perkataan begitu juga ia menolak perbuatan memperolok-olokan saudaranya yang beriman.

10. Hendaklah ia mencontohi Rasulullah saw dalam mencintai manusia, menasihati dan berdakwah agar mereka mendapat petunjuk.

11. Hendaklah ia menyeru saudaranya agar mencontohi Rasulullah saw.

12. Hendaklah ia menggabungkan diri ke dalam jamaah yang menyeru kepada Allah swt yang sebenar demi mencontohi Rasulullah saw. 13. Hendaklah ia mempertahankan golongan yang lemah lagi dizalimi.

3.4 Aktiviti Sampingan dan Peralatan

1. Peta dan gambar Mekah serta persekitarannya bagi menjelaskan suasana persekitaran tanah air Rasul s.a.w

2. Sediakan peta serta gambar tentang suasana (Bi’ah) yang telah mendidik Rasul s.a.w

3. Guna kemudahan semua alat media massa Islam yang berkaiatan dengan tajuk.

4. Sediakan nasyid-nasyid bagi melatih mengasihi Rasul s.a.w 5. Galakkan ahli mengerjakan umrah bagi tujuan melawat

kawasan-kawasan sejarah yg berkaitan dengan seerah Rasul. 6. Sediakan filem atau kesah-kesah yang menceritakan sifat Rasul

serta pengalaman dakwahnya.

7. Buat rekording atau vcd yang berkaitan dengan tajuk

8. Pilih beberapa kesah yang baik untuk dilakunkan semula (pentomen)

37 | M o d u l P e m b a n g u n a n I n s a n A w a l ( 0 0 - 0 1 )

4. TAJWID

4.1 Objektif Umum:

Memelihara lidah dari kesalahan pada kalam Allah swt dan membacanya dengan cara yang paling sahih sebagaimana diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dari Rasullullah saw dari Jibril as.

4.2 Objektif Khusus:

1. Mengetahui takrif tajwid dari segi bahasa dan istilah. 2. Menjelaskan kelebihan dan kemuliaan ilmu ini. 3. Menyatakan hukumnya.

4. Mengetahui al-Lahn (kesilapan) dari segi bahasa dan istilah. 5. Ingat maratib al-Qiraah (peringkat-peringkat bacaan) dan mengenali setiap daripadanya.

6. Ingat hukum berkaitan al-Istiazah dan al-Basmalah.

7. Mengetahui hukum-hukum waqf dan Ibtida ketika tilawah .

Dokumen terkait