• Tidak ada hasil yang ditemukan

Usul Penubuhan: Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Usul Penubuhan: Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Usul Penubuhan:

Persatuan Alumni

Sekolah Menengah Kebangsaan

Seksyen 7, Shah Alam

(2)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 1

gambar- www.smks7.edu.my

Latar Belakang

Penubuhan persatuan alumni di peringkat sekolah menengah di Malaysia sememangnya telah lama dipraktikkan oleh sekolah-sekolah yang bergiat aktif dalam mengumpulkan bekas-bekas pelajar mereka.

Usaha untuk menubuhkan persatuan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 (SMKS7), Shah Alam ini juga sebenarnya telah lama diusahakan sejak tahun 2008 hasil idea Encik Mohamad Mustafa dan Encik Safiruddin Saud dibantu bersama beberapa bekas pelajar yang lain. Namun, usaha penubuhan persatuan alumni ketika itu agak terbantut disebabkan beberapa masalah terutamanya dari segi sokongan bekas pelajar sendiri.

Tahun 2010 memberi nafas yang baru kepada cadangan penubuhan persatuan alumni ini apabila hasil pertemuan Encik Safiruddin dan Encik Mohamad bersama beberapa bekas pelajar sedikit sebanyak menghidupkan kembali cadangan penubuhan persatuan ini.Beberapa bekas pelajar yang terlibat hasil pertemuan bersama kedua- dua bekas guru mereka juga memberi idea dan perspektif mengenai hala tuju penubuhan persatuan alumni ini.

Mereka yang terlibat dalam usaha untuk menubuhkan dan menghidupkan persatuan alumni ini adalah

SPM 2006 : Zaki Salleh (UiTM Perak), Arif Ashraf (UiTM Pulau Pinang), Fathi Yasmin (UiTM Johor), Hairur Rizal (Politeknik Johor Bharu), Ashraf Zamani (MMU Melaka), Khafidzah Khaidzir (UiTM Terengganu), Nadia Ali (UiTM Shah Alam), Prakash (MSU), Sharifah Nabilah (UiTM Shah Alam), Sarah Mizan (UiTM Johor) dan Syazwan Marzuki (MMU Cyberjaya)

SPM 2007 : Yusuf Nor Rizan (UiTM Pulau Pinang), Diyanah Yunus (UiTM Terengganu), Faizal Kadir (UTP), Salehuddin Kamarul (PTPL Shah Alam)

(3)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 2

Isi Kandungan

Latar Belakang 1 Penubuhan 3 Objektif 5 Keahlian 6 Tabungan 7

Cadangan Sumbangan Persatuan 8

(4)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 3

Penubuhan

Beberapa perkara berkaitan mengenai penubuhan persatuan:

1. Nama Rasmi Persatuan:

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam

2. Nama Panggilan Persatuan:

i. SHS Alumni (Seven’s High School Alumni) ii. Alumni Sevens

3. Motto Persatuan:

“Once a sevens, always a sevens”

4. Capaian atas talian (online):

Laman blog rasmi : http://alumnisevens.wordpress.com/ Alamat e-mail : alumnisevens@gmail.com

5. Alamat Rasmi:

Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam Jalan Platinum 7/37,

Shah Alam, Selangor, 40000

(5)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 4

6. Logo Rasmi Persatuan:

Dihasilkan oleh : Ahmad Zaki Salleh

Logo alumni yang direka cipta mengekalkan skema warna yang

diambil dari logo sekolah yang asal agar dapat dikaitkn dengan nama dan prestij sekolah. Ia juga memberi sifat konsisten diantara kedua-dua entiti ini. Dari segi bentuk dan elemen, logo Alumni telah mengambil inspirasi dari riben dan bendera yang biasa dilihat di dalam logo-logo institusi pengajian tinggi. Penggunaan elemen yang sama memberi gambaran tahap ilmu yang tinggi terhadap alumni sekolah. Singkatan 'SHS' pula dihasilkan dari

'Seven's High School' dan diletakkan di

dalam riben berwarna merah menunjukkan aspirasi kekuatan yang cuba dibangunkan didalam persatuan. Begitu juga dengan 'Alumni' yang menggunakan riben hijau yang lebih kecil menunjukkan pertubuhan ini akan cuba dibangunkan seiring bersama persekitaran sekolah. 2010 pula merupakan tahun penubuhan Alumni SMK Seksyen 7.Logo SMK Seksyen 7 pula adalah untuk mengekalkan identiti dan asal usul pertubuhan ini yang bermula hasil produk pelajar-pelajar SMK Seksyen 7, Shah Alam.

(6)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 5

Objektif

Persatuan alumni ditubuhkan adalah untuk mengumpul bekas pelajar-pelajar SMKS7 disamping mengeratkan hubungan sillaturahim dengan para guru dan pelajar sekolah. Dengan mengunakan nama Persatuan Alumni SMKS7, ianya dilihat sebagai satu keluarga komuniti yang besar dan berterusan iaitu tidak sahaja berhenti apabila tamat belajar.

Selain itu, ahli persatuan alumni juga boleh memberi sumbangan kepada pihak sekolah bukan sahaja dari segi kewangan malah akademik dan material. Sumbangan tersebut dilihat dapat membantu pihak sekolah menambahbaik struktur sekolah tidak kira pada masa sekarang atau akan datang.Kewujudan persatuan ini juga diharapkan dapat menggalakkan ahli untuk melibatkan diri secara langsung dalam membantu pihak sekolah melancarkan aktiviti-aktiviti sekolah disamping dapat mewujudkan semangat kerjasama antara ahli-ahli persatuan.

Kewujudan persatuan alumni ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada semua ahli untuk mewujudkan rangkaian maklumat sesama ahli sekaligus memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan untuk mencungkil kemampuan diri dan

memaksimakan potensi yang ada dalam peribadi setiap ahli persatuan. Hasil daripada ini diharap dapat membantu setiap ahli untuk memenuhi kemampuan diri yang pastinya berguna kepada mereka dalam meneruskan karier dan kehidupan selepas tamatnya alam persekolahan.

(7)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 6

Keahlian

Untuk melahirkan ahli yang berkualiti dan mampu menyumbang di dalam persatuan ini, keahlian yang dicadangkan adalah setiap ahli mestilah BERDAFTAR di bawah nama persatuan dan memenuhi syarat-syarat keahlian dibawah

1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di SMK Seksyen 7, Shah Alam atau

2. Pernah belajar di SMK Seksyen 7, Shah Alam sekurang-kurangnya selama DUA TAHUN sesi persekolahan

atau

3. Sekiranya tidak memenuhi mana-mana satu syarat di atas (syarat 1 dan syarat 2), membuat rayuan bersertakan alasan kukuh dan diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan.

Syarat-syarat lain untuk keahlian akan dibincangkan di bawah perlembagaan persatuan sewaktu mesyuarat agung yang bakal diadakan kelak.

(8)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 7

Tabungan

Dalam usaha untuk menggiatkan aktiviti persatuan, kewangan persatuan seharusnya diperkukuhkan agar setiap aktiviti persatuan dapat berjalan lancar.

Beberapa kaedah boleh dilakukan oleh persatuan untuk meningkatkan dan mengumpul dana. Antaranya :

1. Yuran keahlian RM 50 dibayar sekali setiap tahun (cadangan).

2. Aktivit ‘Fund-raising’ seperti membuat jualan di hari keusahawanan sekolah. 3. Tajaan dari pihak swasta

4. Jualan barang-barang persatuan seperti baju, sticker kereta dan sebagainya dan lain-lain kaedah yang mungkin bersesuaian.

Kewangan persatuan akan dipantau oleh bendahari persatuan bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain. Wang persatuan akan digunakan sebaiknya samada untuk kepentingan ahli-ahli yang lain dan juga kepentingan aktiviti-aktiviti persatuan yang lain.

(9)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 8

Cadangan Sumbangan Persatuan

Persatuan alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas guru-guru dan pelajar-pelajar SMKS7 malah membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Malah, persatuan alumni yang juga sebagai warga istimewa dan memiliki ikatan yang kuat dengan sekolah harus terus menceburkan diri di dalam membantu pihak sekolah, dan berganding bahu dengan pihak PIBG sekolah untuk memperkasakan sekolah, mengerah tenaga untuk memartabatkan sekolah supaya sekolah menjadi sebuah institusi yang disegani di dalam mutu akademik dan bukan akademik.

Persatuan mungkin boleh mencadangkan beberapa aktiviti yang bersesuaian untuk kepentingan sekolah terutamanya. Antara cadangan sumbangan persatuan kepada pihak sekolah adalah seperti:

1. Program motivasi pelajar – PMR dan SPM

2. Program motivasi pendidikan tinggi – memilih bidang pembelajaran dan pengkhususan

3. Program kepimpinan pelajar dan kepimpinan Islam

Persatuan alumni juga dibentuk untuk memberi manfaat kepada ahli-ahli alumni. Antara sumbangan persatuan yang mampu memberi keuntungan kepada ahli- ahli adalah seperti:

1. Jaringan maklumat sesama ahli

2. Bantuan Kewangan bagi ahli yang mungkin memerlukan (sakit, kemalangan dan lain-lain)

(10)

P e r s a t u a n A l u m n i S M K S e k s y e n 7 , S h a h A l a m 9

Perkara- Perkara Berkaitan

Di dalam pakej kertas cadangan penubuhan Persatuan Alumni SMKS7 ini juga disertakan beberapa dokumen berkenaan seperti:

1. Senarai kehadiran ahli jawatankuasa penaja persatuan alumni SMKS7 pada mesyuarat AJK Penaja pertama (24 Mei 2010, Isnin)

2. Senarai jawatankuasa penaja alumni SMKS7

3. Minit mesyuarat AJK Penaja alumni SMKS7 kali pertama (24 Mei 2010, Isnin) Pihak kami berharap agar usul penubuhan persatuan alumni ini akan dapat

diluluskan oleh pihak sekolah sebelum diusulkan terus kepada pihak Jabatan Pendidikan Selangor dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Pihak kami juga bercadang untuk mengadakan:

Perkara: Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen

7, Shah Alam kali pertama

Tarikh: 19 Mei 2010 , Sabtu

Tempat: Dewan Terbuka SMK Seksyen 7, Shah Alam

Sekiranya pihak sekolah meluluskan segala usul di dalam kertas cadangan ini atau ingin melakukan pindaan didalam kertas cadangan ini atau menolak kertas cadangan ini , diharapkan agar perkara ini dapat diberitahu terus kepada penasihat AJK Penaja Alumni SMKS7 (Encik Safiruddin Saud - 012-3933212 atau Encik Mohamad Mustafa -

019-6928176) dengan kadar yang segera.

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas peluang yang diberikan dalam usaha untuk menubuhkan persatuan alumni sekolah. Kami juga ingin meminta maaf di atas segala kekurangan di dalam kertas cadangan ini dan segala kesilapan diharap dapat dibantu dengan bimbingan yang lebih di masa hadapan.

Sekian,

Referensi

Dokumen terkait