• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron Mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat untuk pasukan kami

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron Mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat untuk pasukan kami"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

Buku Panduan

(Playbook)

COVID-19 Micron

Mengekalkan tempat kerja

yang selamat dan sihat untuk

pasukan kami

(2)

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 2

Tentang Buku Panduan COVID-19 Micron

Micron prihatin tentang ahli pasukan kita dan komuniti global. Kami komited untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat. Kami mempromosikan kesejahteraan keseluruhan ahli pasukan yang merupakan keutamaan kami.

Panduan ini menekankan cara Micron menyediakan persekitaran selamat untuk ahli pasukan dan pada masa yang sama

mengekalkan operasi perniagaan ketika waktu ini di manabelum pernah terjadi sebelum ini. Kami perlukan semua ahli pasukan untuk menerapkan pemikiran Hidup Selamat supaya kita boleh bekerja tanpa insiden dan kecederaan di tempat kerja. Ini dapat dicapai melalui kerjasama daripada semua pihak, mengubah tingkah laku dan menetapkan jangkaan jelas supaya semua ahli pasukan dapat bekerja dengan selamat. Kita perlu bersedia untuk membimbing dan dibimbing bagi memastikan kita mencapai kejayaan.

Kami mematuhi perintah dan peraturan kerajaan dan

melaksanakan protokol tambahan kesihatan dan keselamatan untuk melindungi pasukan dan kesinambungan operasi kami. Ketika kerajaan di seluruh dunia mula mengurangkan dan menamatkan sekatan terhadap perniagaan yang mempunyai pekerja jarak jauh, Micron turut bersedia dengan protokol di tapak yang memberikan keutamaan kepada kesihatan dan keselamatan. Kami menilai risiko di setiap lokasi dengan teliti untuk melindungi pasukan dan menyokong keperluan perniagaan kita. Kami mengambil pendekatan berperingkat untuk membawa ahli pasukan kembali bekerja di tapak. Masa yang tepat bagi setiap kumpulan ahli pasukan untuk kembali adalah berbeza mengikut lokasi, peranan tugas dan keperluan perniagaan. Kami juga menyemak semula pilihan untuk beberapa peranan yang mempunyai fleksibiliti untuk bekerja secara jarak jauh secara sebahagian atau sepenuhnya.

Rancangan kami untuk setiap tapak akan terus dilaksanakan untuk mengukuhkan langkah keselamatan yang dilaksanakan di tapak sejak tercetusnya wabak COVID-19 dan akan memperkenalkan protokol baharu untuk mempertingkatkan keselamatan. Apabila keadaan semakin pulih, protokol ini akan dilonggarkan mengikut tahap risiko tapak dan keperluan kerajaan tempatan. Kami memantau dan melindungi 40,000 ahli pasukan di 17 negara sambil meneruskan operasi di tapak kami di seluruh dunia.

(3)

Isi Kandungan

Memimpin Melalui Perubahan

5

Mesej Daripada Sanjay

7

Berpegang Teguh pada Nilai Kita Semasa COVID-19

8

Pemantau Utama untuk Proses Membuat Keputusan

Berdasarkan Data

9

Perjalanan Kita untuk Kembali ke Tapak Tempat Kerja

Kesediaan Tempat Kerja

11

Panduan Pantas Kesediaan Tempat Kerja

12

Memastikan Persekitaran yang Selamat

17

Mengenal pasti Kemungkinan Pendedahan

Kesediaan Ahli Pasukan

21

Senarai Semak Kesediaan Ahli Pasukan

22

Peranan Anda dalam Menjadikan Micron sebagai

Tempat Kerja yang Selamat

(4)

Memimpin

Melalui

Perubahan

“Sejak mula, kami berusaha

untuk memimpin dalam setiap

corak pemikiran dan tidak

balas kami.”

Sanjay Mehrotra

(5)

Mesej Daripada Sanjay

Helo Pasukan,

Saya bangga dengan solidariti dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh pasukan kita sepanjang wabak ini. Sejak mula, kami berusaha untuk memimpin dalam setiap corak pemikiran dan tindak balas kami. Kita bersama-sama menghadapi cabaran yang belum pernah dilihat sepanjang hayat kita. Namun, kita berjaya menyesuaikan diri untuk meneruskan operasi, terus berdaya saing dan menjaga komuniti kita.

Kita mengekalkan keupayaan pembuatan dan pengeluaran melalui pemikiran inovatif dan pengurusan rantaian

bekalan yang teliti. Pasukan kita menunjukkan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa, beroperasi dengan cemerlang walaupun terdapat sekatan pergerakan dan kuarantin yang mencabar kakitangan, penghantaran dan jadual kerja. Pasukan kita juga cepat menyesuaikan diri dengan kerja jarak jauh, mencari cara baru untuk berkolaborasi dan berhubung. Selain itu, kemuliaan hati anda dapat membantu menyumbang bantuan jutaan dolar kepada komuniti yang memerlukan.

Sepanjang masa ini, keselamatan ahli pasukan kita adalah keutamaan kami. Kita akan terus menyesuaikan dan memperbaiki rancangan tapak, berusaha

mengimplementasikan plan yang telah dirancang beberapa bulan dalam melaksanakan protokol keselamatan di tapak tempat kerja. Pasukan keselamatan kita mengambil kira cadangan daripada pakar kesihatan dan industri untuk memastikan kita menerapkan amalan terbaik dalam semua bidang.

Kami memantau tahap jangkitan COVID-19 di setiap kawasan operasi kita untuk menentukan kemampuan kita dalam mengembalikan lebih ramai ahli pasukan ke tapak kerja dan mengenal pasti masa untuk melonggarkan langkah keselamatan. Kepulangan ahli pasukan akan berlaku secara berperingkat, selaras dengan rancangan ketersediaan kita dan sebagaimana yang dibenarkan oleh keadaan, peraturan dan keselamatan tapak setempat. Kami akan mengutamakan kepulangan ahli pasukan yang peranannya paling banyak manfaat mendapat

Memimpin Melalui Perubahan

(6)

Memimpin Melalui Perubahan

akses dartapak. Perlindungan daya saing masa depan kita adalah kritikal untuk kita. Oleh itu, kami akan terus memantau keadaan program penting kita dan akan

memperluaskan kumpulan pekerja penting yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan tonggak pencapaian kita. Apabila semakin ramai ahli pasukan kembali ke lokasi tapak tempat kerja secara berperingkat, kami terus menilai cara untuk mengatur semula syif dan susun atur pejabat untuk meningkatkan jarak fizikal dan meminimumkan risiko. Keberkesanan langkah ini bergantung kepada diri kita masing-masing dalam mengikuti garis panduan baru dengan penuh teliti.

Seperti biasa, sila kongsi maklum balas anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau jika anda ada

cadangan penambahbaikan tertentu yang dapat kami laksanakan. Kekuatan pasukan Micron benar-benar terserlah dalam bulan-bulan terakhir yang sukar ini dan kekuatan ini yang akan terus memandu kita pada masa hadapan.

Majulah Micron!

Sanjay Mehrotra

Presiden dan CEO Micron

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 6

Keselamatan ahli

pasukan kami adalah

(7)

Micron & COVID-19

Berpegang Teguh pada Nilai Kita

Semasa COVID 19

Kita akan berpegang teguh pada nilai Micron semasa mengharungi

bulan-bulan mendatang. Ini adalah asas kita dalam melaksanakan kerja

dan keputusan harian.

Nilai Micron

Individu: Kita prihatin antara satu sama lain Kerjasama: Kita bekerja sebagai satu pasukan

Tumpuan pelanggan: Kita menang kerana mengenali pelanggan kita

Inovasi: Kita membangunkan penyelesaian yang membentuk dunia di masa hadapan Kegigihan: Tekad kita akan terus kukuh

Prinsip Panduan COVID-19

Pasukan kepimpinan kami juga komited untuk menetapkan satu set prinsip panduan yang dipengaruhi oleh nilai kita, yang menjadi teras tempat kerja dan rancangan kesediaan ahli pasukan:

ƒ Kita akan mengutamakan kesihatan ahli pasukan dan keselamatan dengan penuh hati-hat.

ƒ Kita akan melaksanakan proses kembali bertugas ke tapak secara berperingkat dengan mengutamakan ahli pasukan yang peranannya paling memberi manfaat apabila dia berada di tapak.

ƒ Kami akan terus memantau arah aliran data, pemahaman saintifik mengenai jangkitan COVID 19 dan cadangan profesional kesihatan dalam pengurusan masa untuk membenarkan para pekerja kembali ke tapak kerja dan tahap langkah awasan keselamatan yang diperlukan di setiap tapak.

ƒ Kami akan melaksanakan rancangan kesediaan tempat kerja yang terperinci dan senarai semak untuk langkah keselamatan di setiap tapak kita sebelum ahli pasukan bekerja atau bertambah ramai di tapak.

ƒ Kita prihatin dengan ahli pasukan yang mempunyai situasi dan keadaan yang unik. Penyelia dan Sumber Manusia (HR) sedia berkhidmat untuk masalah ahli pasukan.

ƒ Kita akan menerapkan pemikiran Hidup Selamat termasuk bersedia untuk dibimbing dan dilatih.

Memimpin Melalui Perubahan

(8)

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 8

Memimpin Melalui Perubahan

Pemantau Utama untuk

Proses Membuat Keputusan

Berdasarkan Data

Kami akan terus memantau arah aliran data, pemahaman saintifik mengenai

jangkitan COVID 19 dan cadangan dari profesional kesihatan dalam pengurusan

masa untuk membenarkan para pekerja kembali ke tempat kerja dan tahap

langkah pengawasan keselamatan yang diperlukan di setiap tapak.

Sebahagian daripada data penting dan pemantauan termasuk arah aliran jangkitan komuniti dan setempat, peraturan negeri dan persekutuan. Sekiranya pemantauan utama meningkat atau arah aliran risiko semakin menaik, tapak Micron akan mengetatkan protokol keselamatan dan kembali ke tahap Plan Kesiapsiagaan Kecemasan Pandemik (PEPP) seperti sebelum ini. Ini adalah gambar lima bidang utama yang kita pantau dan kepentingannya.

Pemantau Utama PEPP* Tahap 6 PEPP Tahap 5 PEPP Tahap 4 PEPP Tahap 3 PEPP Tahap 2 PEPP Tahap 1 PEPP Tahap 0 Status sekatan pergerakan Memberikan keyakinan kawasan itu berada dalam keadaan terkawal Dalam penutupan dan enyekatan atau sekatan yang diubah suai Dalam situasi sekatan ergerakan Minggu selepas pelepasan Tiada pandemik

Kes yang disahkan di tapak

Mengambil kira ahli pasukan dan komuniti Micron dalam keadaan sihat

Ya (dalam tempoh 7 hari yang lepas) Ya (dalam tempoh 14 hari yang lepas) 0 kes selama erminggu-minggu Tiada kes di bandar

Kes baru yang disahkan bagi setiap sejuta penduduk setiap hari

Menunjukkan sama ada penyakit dalam keadaan terkawal; risiko kurang dilaporkan sekiranya kapasiti ujian rendah

Tegas atau dipertingkatkan

Tegas atau dipertingkatkan

Menurun Tiada

Kadar ujian positif

Menunjukkan keupayaan pengujian dan pertumbuhan kes baharu; kadar

rendah menandakan keupayaan ujian tinggi dan pertumbuhan kes baharu yang rendah

Tegas Tinggi Sederhana Tiada

Jumlah kes aktif per juta

Mengukur risiko yang diketahui dalam populasi

Tegas atau

dipertingkatkan Tinggi atau semakin meningkat

Menurun Tiada

(9)

Memimpin Melalui Perubahan

Perjalanan Kita

untuk Kembali

ke Tapak

Tempat Kerja

Peranan ahli pasukan yang

bergantung pada pengeluaran di tapak yang khusus, peralatan, akses makmal dan projek penting

Kesediaan

Tempat Kerja

Merancang dan bersedia untuk pekerja di tapak

Peranan ahli pasukan yang mendapat manfaat daripada akses di tapak

Pengembalian peranan ahli pasukan jarak jauh secara beransur-ansur

Semua

Kembali

Di Tapak

Latihan di tapak untuk Kumpulan 1

Kesediaan

Tempat Kerja

Pemantauan dan Pengubahsuaian

1

Kumpulan

2

Kumpulan

3

Kumpulan

Titik Semak

Tapak melengkapkan rancangan kesediaan tempat kerja untuk Kumpulan 2

Pemikiran

Hidup

Selamat

Senarai

Semak

Harian

Kesediaan Ahli Pasukan

Ahli kumpulan 2 melengkapkan latihan dan menyediakan senarai semak sebelum bekerja di tapak

Ahli kumpulan 3 melengkapkan latihan dan menyediakan senarai semak sebelum bekerja di tapak

Tapak melengkapkan rancangan kesediaan tempat

(10)

Kesediaan

Tempat Kerja

“Kita akan terus menyesuaikan

dan memperbaiki rancangan

tapak, membangunkan

pengalaman selama

berbulan-bulan dalam melaksanakan

protokol keselamatan di tapak

tempat kerja.”

Sanjay Mehrotra

(11)

Kesediaan Tempat Kerja

Panduan Ringkas

Kesediaan Ahli Pasukan Tidak Sihat? Duduk Di Rumah.

Sekiranya anda tidak sihat, anda perlu duduk di rumah bagi memberikan perhatian kepada kesihatan anda sendiri serta untuk mengelakkan penyebaran kuman kepada orang lain.

Pemeriksaan Suhu di Pintu Masuk*

Semua orang akan diminta untuk melalui pengimbas suhu untuk mengakses tapak kerja. Saringan ini akan mencegah sesiapa yang sedang demam daripada memasuki tapak.

Sebelum Setiap Syif: Tinjauan Daftar Masuk Perjalanan dan Kesihatan*

Semua ahli pasukan dan kontraktor, sama ada di tapak atau bekerja dari jauh di rumah, diminta untuk melengkapkan daftar masuk harian sebelum setiap syif kerja. Daftar masuk harian diperlukan bagi sesiapa yang bekerja di lokasi dan termasuk soalan mengenai suhu, gejala, perjalanan dan potensi risiko pendedahan lain. Pekerja diminta menunjukkan keputusan kepada ahli keselamatan untuk memasuki tapak Micron.

Pemeriksaan Suhu di Pertengahan Hari Bekerja juga Diperlukan*

Pekerja yang berada di tapak akan diminta untuk mengambil suhu badan mereka, dua kali sehari. Pemeriksaan pertama boleh dilakukan di stesen pengimbasan suhu di pintu masuk bangunan dan pemeriksaan kedua perlu dilakukan di pertengahan syif dengan menggunakan termometer peribadi atau stesen pengimbas suhu.

Kuarantin Kesihatan dan Perjalanan

Semua orang yang telah melakukan perjalanan untuk tujuan peribadi atau perniagaan adalah tertakluk pada pengisytiharan perjalanan dan kesihatan peringkat PEPP tapak dan keperluan saringan.

Semua Orang Perlu Memakai Topeng Muka Di Tapak

Semua tapak memerlukan pekerja di lokasi untuk memakai pelitup muka pembedahan tiga lapis (atau pelitup muka berjenama Micron di tapak yang mengambil bahagian).

Tiada Perhimpunan Besar

Tapak dan pasukan digalakkan untuk mengehadkan, membatalkan atau menangguhkan mesyuarat atau perhimpunan berskala besar, seperti acara di premis, mesyuarat kakitangan, majlis, persidangan atau ruang awam dengan bilangan orang yang besar.

Basuh Tangan Anda … Lagi

Ingat untuk kerap membasuh tangan anda. Amalan kebersihan ringkas, termasuk mencuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat atau menggunakan sanitasi tangan antibakteria, dapat melindungi anda dan mengurangkan penyebaran virus.

Laporkan Tingkah Laku atau Persekitaran Tidak Selamat

Bersikap terbuka dengan maklum balas ahli pasukan mengenai amalan keselamatan terbaik, seperti memakai Topeng muka anda pada setiap masa. Laporkan tingkah laku yang tidak selamat kepada EHS, HR atau penyelia anda atau melalui program “Good Catch” atau Talian Utama Pematuhan.

Sumber untuk Ahli Pasukan

Layari laman sumber MicronNow COVID-19 untuk mendapatkan maklumat kemas kini, panduan, Soal Jawab dan banyak lagi. Hubungi pengurus anda atau wakil EHS/HR untuk sebarang pertanyaan mengenai tapak setempat.

Kesediaan Tempat Kerja

Pengesanan Kontak Membantu Mengenal Pasti Mereka Yang Berisiko

Wakil Jabatan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (EHS) dan HR akan menyiasat kes yang disahkan, serta pekerja yang menunggu keputusan ujian, dalam masa 24 jam selepas diagnosis. Individu lain yang sudah dikenal pasti sebagai berpotensi berisiko ini akan diberitahu, diminta untuk duduk di rumah dan dipantau dengan teliti.

Syif Berperingkat untuk Menghadkan Pendedahan

Tapak akan melakukan syif secara berperingkat dan jadual bergilir-gilir untuk menyokong usaha penjarakan fizikal dan mengurangkan risiko pendedahan pasukan.

Protokol Pembersihan untuk Kawasan Trafik Tinggi

Kerja pembersihan akan dilakukan dengan lebih kerap,

terutamanya di ruang umum atau item yang kerap disentuh dan jadual pembersihan akan ditampalkan untuk kawasan tandas dan tempat umum.

Penyusunan Semula Semua Tapak Kerja untuk Penjarakan Fizikal

Kita sedang menyusun semula semua tapak kerja untuk mencipta jarak yang selamat antara ruang kerja ahli pasukan dan untuk mencegah kontak yang tidak sengaja. Kami sedang melaksanakan corak trafik dan peredaran sehala yang praktikal dengan papan tanda tapak dan penandaan lantai untuk lorong, tangga, lif dan jangkaan penjarakan fizikal. Kita mensasarkan untuk mencapai jarak fizikal mengikut tahap PEPP dan/ atau mendirikan halangan untuk mengelakkan sebaran bendalir mencapai ruang kerja bersebelahan semasa kita berada di tahap operasi yang lebih ketat (tahap PEPP 2 hingga 6).

Tempat duduk Terhad di Bilik Mesyuarat

Kita sedang mengurangkan kapasiti ruang persidangan, mesyuarat dan perhimpunan untuk membolehkan keperluan penjarakan fizikal mengikut tahap PEPP.

Bilik Rehat dan Kafetaria Diatur untuk Penjarakan Fizikal

Ruang rehat dan kawasan kantin akan diatur untuk mengurangkan interaksi fizikal dengan penyedia perkhidmatan dan ahli pasukan lain mengikut tahap PEPP.

Amalan Terbaik yang Digunakan untuk Pengudaraan

Penapisan pengudaraan dan sistem bangunan akan dioptimumkan untuk keselamatan, seiring dengan amalan terbaik dan panduan pakar kualiti udara ternama.

Gejala

COVID-19

† Demam (suhu badan pada atau lebih daripada 37.5 C atau 99.5 F secara global / 37.3 C atau 99.1 F di China)

† Kesukaran bernafas (batuk, sesak nafas)

† Seram sejuk

† Sakit otot

† Sakit tekak

† Kehilangan deria rasa atau bau yang baru berlaku

† Mana-mana gejala lain yang didapati berkaitan dengan virus ini

(12)

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 12

Kesediaan Tempat Kerja

Memastikan

Persekitaran yang Selamat

Tapak Micron akan menguatkuasakan langkah pencegahan yang ketat

di seluruh tempat kerja bagi memastikan kesihatan dan keselamatan

semua ahli pasukan dan kontraktor. Sesetengah langkah yang bertujuan

untuk mengurangkan pendedahan yang berpotensi dan menyediakan

tapak untuk kerja tambahan di tapak termasuk, tetapi tidak terhad

kepada, topik berikut.

Mempunyai Plan Kesiapsiagaan Kecemasan

Pandemik dan Kesediaan Tempat Kerja

Setiap tapak Micron di seluruh dunia mempunyai rancangan kesinambungan perniagaan, Plan Kesiapsiagaan Kecemasan Pandemik (PEPP) dan rancangan kesediaan tempat kerja. Keutamaan kami adalah untuk memastikan persekitaran terus selamat untuk semua orang.

Apabila keadaan bertambah baik dan tahap risiko menurun, lebih ramai ahli pasukan boleh bekerja di tapak dengan selamat, seperti yang diperlukan dan lebih ramai orang akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat bersemuka. Setiap tapak mempunyai garis masa tersendiri dan membenarkan ahli pasukan dan kontraktor kembali ke tapak secara beransur-ansur, pendekatan bertahap, memfokuskan kepada keselamatan ahli pasukan dan kemudian pada bidang utama untuk dipantau, serta langkah-langkah lain yang meminimumkan risiko pendedahan di tapak dan kemungkinan penyebaran komuniti.

Melaksanakan Langkah Keselamatan Tapak

Setiap tapak akan memberikan maklumat terkini secara berkala kepada ahli pasukannya mengenai protokol baru atau yang disemak semula dan langkah-langkah perlindungan berdasarkan tahap risiko dan keadaan setempat. Sebilangan besar tahap PEPP mewajibkan pemakaian topeng muka di tapak dan ahli pasukan dipisahkan secara fizikal melalui syif berperingkat dan terpisah. Selain itu, semua tapak akan mengambil langkah perlindungan ini:

ƒ Menyaring sesiapa sahaja yang memasuki tapak kita

ƒ Menyediakan topeng muka kepada semua orang yang datang ke tapak

ƒ Memastikan bahan pencuci tangan, termasuk sabun dan sanitasi tangan ada di dalam semua tandas ƒ Memastikan sanitasi tangan sedia ada di semua pintu masuk dan lokasi lif dan meminta semua kakitangan

menggunakannya sebelum memasuki fasiliti

ƒ Mengarahkan pasukan pemeriksaan keselamatan memakai alat perlindungan peribadi

ƒ Melakukan pembersihan tambahan, sekurang-kurangnya sekali sehari di kawasan sentuhan biasa, termasuk tangga, lif dan tombol pintu

ƒ Berkomunikasi dengan kakitangan kafeteria dan bahagian penyediaan makanan bagi memastikan semua makanan dimasak dengan betul dan suhu makanan disahkan

(13)

Kesediaan Tempat Kerja

Langkah

Keselamatan PEPPTahap 6 PEPPTahap 5 PEPPTahap 4 PEPPTahap 3 PEPPTahap 2 PEPPTahap 1 PEPPTahap 0

Ahli pasukan dan kontraktor di tapak tempat kerja Peranan pekerja yang bergantung pada pengeluaran di tapak yang khusus, peralatan, akses makmal dan projek penting Peranan pekerja yang bergantung pada pengeluaran di tapak yang khusus, peralatan, akses makmal dan projek penting Peranan pekerja yang mendapat manfaat daripada akses di tapak Pengembalian peranan pekerja jarak jauh secara beransur-ansur Pengembalian peranan pekerja jarak jauh secara beransur-ansur Keupayaan pengembalian penuh di tapak tempat kerja Pengembalian penuh di tapak tempat kerja Barisan Pertahanan 1

Meminimumkan Risiko Pembawa COVID-19 Memasuki Tapak Mikron

Pengisytiharan dan penyaringan* untuk perjalanan dan kesihatan

Harian Harian Harian Harian Harian Akan

diumumkan Akan diumumkan

Kemasukan pelawat dan pembekal Dilarang sama sekali Tidak Dibenarkan

Terhad Terhad Terhad Dibenarkan Dibenarkan

Barisan Pertahanan 2

Meminimumkan Risiko Penyebaran Komuniti

Pemakaian topeng muka

100% di tapak 100% di tapak 100% di tapak 100% di tapak Semasa bergerak dan dalam mesyuarat

Digalakkan Tidak diperlukan

Jarak fizikal 2 m ** 2 m ** 2 m ** 1 m ** 1 m 1 m Akan diumumkan

Pemisahan ahli pasukan di tapak dan syif berperingkat

Ya Ya Ya Ya Ya, diubah

suai Ya, diubah suai Akan diumumkan

Mesyuarat secara bersemuka ≤5 dengan jarak fizikal tidak lebih dari 60 minit ≤5 tidak melebihi 90 minit ≤10 ≤20, sehingga 50 dengan kelulusan EHS Tidak melebihi had undang-undang setempat Dibenarkan Dibenarkan Protokol dekontaminasi

Setiap 2 jam Setiap 2 jam 4 kali sehari 2 kali sehari 2 kali sehari 2 kali sehari 2 kali sehari

Sukarelawan komuniti yang ditaja oleh Micron Tidak ada sukarelawan yang bekerja di atau di luar lokasi Tidak ada sukarelawan yang bekerja di atau di luar lokasi Budi bicara ketua tapak Budi bicara ketua tapak

Dibenarkan Dibenarkan Dibenarkan

Rasa tidak sihat? Duduk Di Rumah!

(14)

Menyusun Semula Semua Tapak

Untuk Membenarkan Penjarakan

Yang Selamat

Kami sedang melaksanakan rancangan kesediaan tempat kerja yang terperinci dan senarai semak untuk langkah keselamatan di setiap tapak kita sebelum kita menambah bilangan ahli pasukan yang bekerja di tapak.

Pengurus kesihatan dan keselamatan sudah menyusun semula semua tapak untuk mengelakkan kesesakan dan memberikan penjarakan fizikal yang optimum. Ini bermakna pekerja akan berada pada jarak sekurang-kurangnya 6 kaki atau 2 meter, bergantung pada garis panduan tempatan, untuk mengelakkan kontak tidak sengaja.

Pasukan kita memeriksa semua pelan lantai untuk menetapkan jarak yang selamat. Kita akan melaksanakan corak trafik dan peredaran sehala jika praktikal. Tanda arah di lantai dan dinding akan diletakkan dan membantu mengekalkan corak pergerakan sehala yang baru untuk setiap lorong, tangga dan lif.

Kami mengamalkan penjarakan yang disyorkan (3 kaki atau 1 meter pada PEPP tahap 3 dan 2) bagi semua stesen kerja serta sudah mengurangkan kapasiti keseluruhan di ruang kerja dan makmal. Anda juga mungkin akan melihat pengubahsuaian di lobi, kafeteria/kantin, ruang kolaborasi, bilik persidangan dan kawasan umum lain. Beberapa tapak juga mungkin bermula secara berperingkat untuk syif atau melaksanakan jadual bergilir-gilir untuk menyokong penjarakan fizikal dan mengurangkan risiko pendedahan pasukan.

Kami akan melaksanakan rancangan kesediaan tempat kerja yang terperinci dan senarai semak untuk langkah keselamatan di setiap tapak kita sebelum ahli pasukan bekerja atau bertambah ramai di tapak. Setiap kategori mempunyai pelbagai tindakan untuk dicapai oleh tapak dalam contoh senarai semak ini.

Kesediaan Tempat Kerja

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 14

Senarai Semak Pelaksanaan

Tapak - Contoh Kategori

† Peredaran Tempat Kerja † Tinjauan dan Perubahan Lif † Perubahan Mekanikal HVAC † Bilik Mesyuarat † Bilik Rehat † Kafeteria † Petugas kebersihan † Tandas † Makmal

† Pengurusan Komunikasi dan Perubahan † Prosedur Kecemasan

(15)

Kesediaan Tempat Kerja

Meletakkan Stesen

Pengimbas Suhu

Kebanyakan tapak sudah meletakkan pengimbas suhu di pintu masuk kemudahan, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Semua orang perlu melalui pengimbas termal untuk mengakses tapak kerja. Saringan ini menghalang sesiapa yang demam (suhu badan pada atau lebih tinggi daripada 37.5 C atau 99.5 F di seluruh dunia / 37.3 C atau 99.1 F di China) dari memasuki tapak. Sesiapa yang memasuki tapak yang tidak mempunyai stesen pengimbas termal akan diminta untuk mengikuti protokol pengisytiharan kesihatan dan perjalanan tempatan yang sesuai.

Membenarkan Lebih Sedikit Orang di

dalam Bilik Persidangan

Bilangan orang yang dibenarkan dalam bilik persidangan untuk menghadiri mesyuarat akan dikurangkan. Kami menghadkan kapasiti bilik untuk mengekalkan ruang fizikal yang disarankan antara individu (3 kaki atau 1 meter pada PEPP tahap 3 dan 2). Sesetengah bilik persidangan mungkin tidak akan tersedia untuk digunakan. Perhatikan tanda yang menyenaraikan penghunian bilik maksimum dan/atau periksa sumber Kalendar Outlook untuk butiran semasa menempah bilik untuk mesyuarat.

Mengurangkan Kontak Hubungan di

Ruang Rehat dan Kafeteria

Ruang dalam bilik rehat dan kafetaria akan diatur untuk mengurangkan hubungan dengan penyedia perkhidmatan dan ahli pasukan yang lain. Di samping keperluan

penjarakan fizikal, sistem pemindahan wang pada skrin dan bebas tangan akan lebih banyak digunakan. Interaksi fizikal akan diminimumkan untuk pendispensan kopi, teh dan air. Lantai bilik rehat, kafe dan kawasan umum akan ditandakan untuk menunjukkan penjarakan fizikal yang sewajarnya dan papan tanda akan mengarahkan ahli pasukan untuk mengelap dan mensanitasi butang mesin setelah menyentuhnya.

Menampal Protokol dan Jadual

Pembersihan untuk Kawasan Umum

Kerja pembersihan akan dilakukan dengan lebih kerap, terutamanya di ruang umum atau item yang kerap

disentuh. Protokol untuk membersihkan makmal dan ruang kongsi yang lain akan dipamerkan Jadual pembersihan untuk tandas dan kawasan umum akan ditampal untuk menyakinkan ahli pasukan bahawa permukaan yang kerap disentuh sentiasa dinyahcemar untuk membasmi kuman. Apabila selamat dan sesuai, pintu ke tandas dan ruang lain akan dibiarkan terbuka bagi mengehadkan bilangan permukaan umum yang disentuh oleh ahli pasukan.

(16)

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 16

Melaksanakan Amalan Terbaik

untuk Pengudaraan

Semua bangunan dan ruang kerja Micron, termasuk lokasi yang disewa, sistem pengudaraan HVAC dioptimumkan untuk meningkatkan kualiti udara dalaman dan mengekalkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat untuk ahli pasukan. Usaha peningkatan ini seiring dengan amalan terbaik dan garis panduan daripada kod bangunan tempatan dan

antarabangsa, amalan terbaik industri dan cadangan daripada pakar kualiti udara terkemuka, termasuk Pusat Kawalan Penyakit, Persatuan Jurutera untuk Pemanasan, Penyejukan, dan Penyaman Udara Amerika Syarikat (ASHRAE) dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar. Berikut adalah beberapa amalan dan penambahbaikan terbaik yang sedang dilaksanakan: ƒ Melakukan penyelenggaraan berkala berdasarkan cadangan

pengeluar dan garis panduan industri

ƒ Melakukan pembersihan tambahan sistem HVAC, termasuk penggantian penapis, gegelung penyejuk dan pembersihan permukaan dan membekalkan pencuci peresap

ƒ Mengesahkan kecekapan penapisan HVAC dan meningkatkan kecekapan penapisan MERV 13 , jika boleh

ƒ Mengesahkan tahap pengudaraan udara segar dan

meningkatkan bekalan pengudaraan udara segar ke tempat kerja, jika boleh

ƒ Mengendalikan sistem HVAC 24/7 untuk mengekalkan bekalan pengudaraan udara segar yang berterusan ƒ Mengawal tahap suhu dan kelembapan ruang kerja untuk

keselamatan dan keselesaan yang optimum

Kesediaan Tempat Kerja

(17)

Kesediaan Tempat Kerja

Mengenal pasti

Kemungkinan Pendedahan

Semasa mengetahui tentang kes yang disahkan atau

yang disyaki dalam kalangan ahli pasukan, kami membuat

proses koordinasi untuk menguruskan masalah yang

berkaitan dengan COVID-19 dan pengesanan kontak.

Pasukan eksekutif Micron dan kepemimpinan tapak juga

komited untuk berkomunikasi tentang kes disahkan yang

diketahui di setiap tapak.

Pengesanan Kontak

Pengesanan kontak adalah proses untuk mengenal pasti individu yang mungkin telah terdedah kepada pekerja yang disahkan dijangkiti virus COVID-19. Wakil daripada jabatan Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan (EHS) dan Sumber Manusia (HR) menggunakan pelbagai cara untuk membantu mengenal pasti mereka yang berisiko. Misalnya, mereka boleh menjalankan temu duga, menonton pengawasan video tapak dan menyemak peserta mesyuarat. Individu yang telah dikenal pasti sebagai berpotensi berisiko ini akan diberitahu dan dipantau dengan teliti. Mereka mungkin dikuarantin supaya dapat dirawat awal dan tidak mendedahkan orang lain kepada jangkitan. Proses pengesanan kontak sulit perlu diselesaikan dalam masa 24 jam daripada diagnosis kes yang disahkan.

(18)

Kesediaan Tempat Kerja

Gejala COVID-19

Semua ahli pasukan, pelawat, kontraktor atau pembekal yang menunjukkan gejala COVID-19 dilarang memasuki tapak Micron:

ƒ Demam (suhu badan pada atau lebih daripada 37.5 C atau 99.5 F secara global / 37.3 C atau 99.1 F di China)

ƒ Kesukaran bernafas (batuk, semput) ƒ Seram sejuk

ƒ Sakit otot ƒ Sakit tekak

ƒ Kehilangan deria rasa atau bau yang baru berlaku ƒ Sebarang gejala lain yang didapati berkaitan dengan

virus in

Kami menggalakkan ahli pasukan atau pelawat yang menunjukkan gejala COVID-19 untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan serta-merta dan menjauhkan diri dari fasiliti Micron dan tempat awam yang lain. Mereka yang terjejas hendaklah berbincang dengan penyelia langsung mereka berkenaan sebarang pengaturan kerja yang diperlukan.

Kedudukan Kita Tentang Ujian

COVID-19

Micron mempunyai pasukan petugas yang bertumpu pada peluang untuk menjalankan ujian. Bahagian yang kita pantau merangkumi teknologi yang akan memasuki pasaran, ujian di komuniti tempatan kita, penglibatan kerajaan dan peranan keseluruhan majikan dalam menjalankan ujian. Kita juga mempunyai perunding perubatan yang memberikan nasihat kepada Micron. Pada masa ini, kita menawarkan pilihan untuk melakukan ujian COVID-19 di tapak yang menyediakan ujian dan untuk keadaan tertentu. Kita akan terus memantau secara aktif situasi yang sedang menular ini dan bekerjasama dengan pegawai kerajaan serta kesihatan tempatan bagi menentukan kaedah terbaik untuk menjalankan ujian kepada ahli pasukan.

Senario Kesihatan dan Protokol

untuk Melaporkan Kes COVID-19

yang Disyaki

Kami telah menyediakan pelbagai senario kesihatan untuk membantu anda memahami protokol pelaporan sambil kita mempelajari tentang kes yang disyaki dan disahkan di Micron. Senario kesihatan semasa boleh didapati di Laman Sumber COVID-19 MicronNow.

Kami telah mewujudkan satu proses yang terselaras untuk mengendalikan sebarang isu yang berkaitan dengan COVID-19. Wakil daripada EHS dan HR akan mengurus proses kita termasuk pemberitahuan dalaman kepada penyelia, ahli pasukan yang terjejas dan/atau pemberitahuan luaran kepada pihak berkuasa tempatan. Sekiranya kita mengenal pasti bahawa ahli pasukan dengan kes disyaki atau disahkan berada di tapak Micron, orang hubungan EHS tapak kita juga turut akan bekerjasama dengan perkhidmatan tapak kita untuk menyelaraskan kerja pembersihan.

Perlindungan privasi ahli pasukan kita yang melaporkan maklumat kesihatan mereka berkenaan ujian atau perdedahan adalah penting. Nama mana-mana ahli pasukan yang melaporkan telah terjejas oleh COVID-19 akan dilindungi sebagai sulit dan dibincangkan atas dasar perlu tahu sahaja sebagai sebahagian daripada proses pengesanan kontak atau pelaporan yang dimandatkan oleh kerajaan.

Kontak rapat bermaksud kontak secara bersemuka dengan kes yang berkemungkinan atau disahkan selama 15 minit yang digabungkan dalam tempoh 24 jam pada jarak 2 meter atau 6 kaki untuk PEPP tahap 4, 5 dan 6 ATAU 1 meter atau 3 kaki untuk PEPP tahap 2 dan 3. Definisi ini tidak terpakai untuk PEPP tahap 1.

(19)

Kesediaan

Ahli Pasukan

“Keberkesanan langkah ini

bergantung kepada diri kita

masing-masing dalam mengikuti

garis panduan baru dengan

penuh teliti.”

Sanjay Mehrotra

(20)

Kesediaan Ahli Pasukan

Senarai Semak

Kesediaan Ahli Pasukan

Menyediakan Senarai Semak

Pasukan keselamatan dan fasiliti tapak kita bekerja keras bersiap sedia untuk anda, dan sekarang giliran anda. Berikut adalah beberapa barangan untuk membantu anda bersedia:

† Ikuti latihan tapak tempatan anda. Ahli pasukan akan menerima pemberitahuan untuk menyelesaikan latihan mengenai perubahan dan jangkaan sebelum datang ke tapak.

† Perhatikan saluran komunikasi tapak tempatan mengenai protokol kesihatan dan keselamatan baru yang mungkin mengubah cara anda bekerja di tapak. † Atur tarikh dan waktu ketibaan dengan pengurus anda.

Beberapa tapak memerlukan masa bermula yang berperingkat untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk.

† Ketahui pengkodan warna lencana anda kerana ia akan diperlukan di beberapa tapak untuk syif bergilir dan amalan penjarakan fizikal.

† Tentukan cara anda untuk melengkapkan tinjauan daftar masuk harian anda* sebelum anda tiba untuk hari pertama anda kembalike tapak. Tetapkan peringatan dan praktikkan.

† Rancang perjalanan anda. Elakkan pengangkutan awam dan berkongsi kenderaan pada masa ini, jika boleh. † Peralatan IT dan meja yang perlu di tapak harus

dikembalikan. Sekiranya anda memerlukan peralatan lain di rumah untuk membantu aturan kerja yang fleksibel, bincangkan keperluan peralatan dengan pengurus anda dan dapatkan persetujuan.

Senarai Semak Harian

Keutamaan kami adalah untuk memastikan persekitaran terus selamat untuk semua orang, dan kami perlukan bantuan anda. Cara kita bekerja dan bergerak di tapak akan berbeza. Ini yang boleh anda lakukan setiap hari untuk membantu perubahan itu. Kami meminta anda komited untuk lakukan yang berikut:

† Duduk di rumah jika anda tidak sihat.

† Lengkapkan tinjauan daftar masuk harian anda* sebelum memasuki tapak mengikut protokol tempatan. † Pakai topeng muka anda sepanjang masa, kecuali

semasa minum atau makan.

† Lap peralatan anda di stesen pembersihan tapak anda. † Kekalkan penjarakan fizikal dan ikut papan tanda arah. † Patuhi had pengguna bilik persidangan dan mesyuarat. † Ambil suhu* anda di pertengahan syif dan lengkapkan

tinjauan daftar masuk tengah hari* mengikut protokol tempatan.

† Cuci tangan anda dengan sabun dan air selama 20 saat atau gunakan sanitasi tangan antibakteria, jika sesuai sepanjang hari.

† Kekal termaklum mengenai protokol global dan tempatan.

† Laporkan tingkah laku atau persekitaran tidak selamat kepada EHS, HR atau Penyelia anda.

† Utamakan kesihatan dan kesejahteraan anda.

† Semak laman MicronNow COVID-19 untuk maklumat yang terkini.

* Seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan

(21)

Kesediaan Ahli Pasukan

Peranan Anda untuk

Menjadikan Micron

sebagai Tempat Kerja

yang Selamat

Cara kita bekerja dan bergerak di tapak akan

mempunyai perubahan kerana protokol

pencegahan yang dipertingkatkan dan implimentasi

langkah penjarakan fizikal. Kita memerlukan semua

ahli pasukan dan kontraktor berkerjasama untuk

memahami, mengikuti dan menerapkan protokol

tapak, kesihatan dan perjalanan baru. Perubahan

keseluruhan ini memerlukan perubahan pada

tingkah laku dan kesabaran kita untuk memastikan

persekitaran kerja kekal selamat untuk semua

orang kerana kita saling menjaga antara satu sama

lain. Kita semua bersama-sama dalam hal ini.

(22)

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 22

Kesediaan Ahli Pasukan

Tidak Sihat? Duduk Di Rumah

Jika anda berasa kurang sihat, sila berehat di rumah untuk memberi tumpuan kepada kesihatan anda dan untuk mengelakkan daripada penyebaran kuman kepada orang lain. Untuk gejala bukan COVID-19, kekal berada di rumah sehingga anda bebas gejala sepenuhnya selama 72 jam, tanpa perlu mengambil ubat (tidak termasuk alahan bermusim atau penyakit yang telah didiagnosis secara perubatan). Jika anda mempunyai pertanyaan tentang cuti sakit, berbincang dengan pengurus anda atau rakan perniagaan HR, atau hubungi wakil ahli pasukan anda secara sulit.

Lindungi Diri Anda serta Orang Lain

Dengan Vaksin COVID-19

Seperti yang telah kita mengetahui setakat ini, mengawal pandemik memerlukan usaha semua orang dan vaksinasi merupakan satu lagi alat untuk membantu menghentikan wabak tersebut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bukan semua orang akan menerima vaksin - mereka bergantung pada orang lain untuk menerima vaksin bagi memastikan mereka juga selamat daripada penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin.

Walaupun kita tidak akan mewajibkannya kecuali jika disyaratkan oleh undang-undang tempatan, kita sangat menggalakkan ahli pasukan dan kontraktor untuk menerima vaksin COVID-19.

Micron akan memberi ahli pasukan cuti berbayar sehingga empat hari (dua hari setiap suntikan vaksin) sekiranya, atas apa-apa sebab pun, anda mengalami kesan sampingan daripada penerimaan vaksin COVID-19 yang menyebabkan anda tidak boleh bekerja.

Semua Orang Perlu Memakai Topeng

Muka Di Tapak

Untuk membantu melindungi daripada kemungkinan penyebaran virus, semua tapak memerlukan pekerja di tapak untuk memakai pelitup muka tiga lapis jenis pembedahan(atau kain berjenama Micron di tapak yang mengambil bahagian kerana ia memenuhi syarat keselamatan kami dan paling setara dengan pelitup muka tiga lapis jenis pembedahan). Micron menyediakan topeng muka sungkup ini di pintu masuk, untuk semua pekerja di tapak termasuk kontraktor. topeng Muka dari rumah adalah tidak dibenarkan. Anda mesti memakai topeng muka semasa berada di fasiliti Micron — termasuk apabila anda berada di dalam pejabat atau bilik persidangan yang

tertutup — tanpa mengira jarak dengan orang lain. Topeng Muka anda boleh dibuka semasa minum atau makan sahaja. Panduan dan video “Cara Memakai Topeng Muka” sudah sedia ada di MicronNow untuk membantu ahli pasukan kekal selamat dan sihat.

Kami juga menggalakkan anda untuk memakai topeng muka pembedahan, topeng muka kain atau skaf apabila anda keluar dari rumah, sejajar dengan cadangan oleh U.S. Centers of Disease Control and Prevention dan/atau pegawai kesihatan awam tempatan.

(23)

Micron & COVID-19

Daftar Masuk Harian: Soalan

Kesihatan dan Perjalanan Sebelum

Setiap Syif

Semua ahli pasukan dan kontraktor, baik di lokasi atau bekerja dari jauh di rumah, telah diminta untuk mengambil bahagian dalam daftar masuk harian sebelum semua syif, sebagaimana dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai. Daftar masuk harian bukan merupakan pilihan bagi ahli pasukan dan kontraktor yang bekerja di lokasi dan termasuk soalan mengenai suhu, perjalanan dan risiko pendedahan potensi lain. Pada akhir tinjauan, pekerja diberitahu sama ada mereka dibenarkan masuk di lokasi. Pekerja diminta menunjukkan keputusannya kepada ahli keselamatan agar dapat memasuki tapak Micron.

Pekerja di tapak diminta untuk melakukan daftar masuk kedua di pertengahan syif seiring dengan protokol pemeriksaan suhu dua kali sehari. Ahli pasukan boleh menggunakan stesen pengimbasan suhu di pintu masuk tapak pada bila-bila masa semasa syif kerja sekiranya mereka merasakan suhu badan yang tinggi (suhu badan pada atau lebih tinggi daripada 37.5 C atau 99.5 F secara global / 37.3 C atau 99.1 F di China). Untuk lokasi yang tidak dilengkapi dengan peranti pengimbas suhu, ahli pasukan dan kontraktor perlu mengikuti protokol tapak.

Kuarantin diwajibkan Selepas

Perjalanan Melalui Udara, Laut,

atau Bas

Micron mempunyai penyaringan perjalanan dan kesihatan untuk semua negara. Semua ahli pasukan, kontraktor, pembekal dan pelawat mesti mengikut syarat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan. Di mana syarat sedemikian tidak wujud, mereka mesti menjalani kuarantin diri

sekiranya mereka telah melakukan perjalanan ke luar kawasan semasa melalui udara, laut atau bas dalam tempoh 14 hari terakhir mengikut mana-mana syarat yang lebih ketat. Pekerja yang berulang-alik menggunakan kereta api dan kereta tidak tertakluk pada kuarantin kendiri. Panduan ini terpakai untuk perjalanan perniagaan dan peribadi.

Anda akan diminta untuk menjalani kuarantin kendiri dan tidak hadir di mana-mana tapak Micron selama 14 hari. Sekiranya tiada sekatan kerajaan dikenakan dan anda memilih untuk diuji pada atau selepas hari kelima pasca perjalanan, anda boleh kembali ke tapak pada hari ke-7

pasca perjalanan apabila keputusan anda adalah negatif. Anda perlu melakukan ujian pada hari ke-5, dengan hari pertama dikira sebagai hari selepas pulang dari perjalanan, dan hari ke-7 ialah hari paling awal anda boleh kembali ke tempat kerja. Sebarang pengecualian khusus tapak terhadap dasar ini untuk perjalanan ulang-alik pekerja mesti diluluskan oleh kakitangan langsung Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Kuarantin juga dikenakan kepada ahli pasukan, kontraktor, pembekal atau pelawat dengan potensi pendedahan. Kumpulan ini termasuk mereka yang baru kembali daripada perjalanan luar dari kawasan terdekat, melalui udara, laut, atau bas. Mereka ini berisiko dan tidak wajar hadir ke tempat kerja.

Ahli pasukan, kontraktor dan pembekal yang perlu datang ke tapak juga perlu memaklumkan penyelia atau hos langsung mereka jika mereka telah melakukan perjalanan luar dari kawasan terdekat melalui udara, laut atau bas atau jika mereka mempunyai pendedahan yang diketahui dengan individu yang melakukan perjalanan.

Ahli pasukan yang memakai pelitup muka, telah divaksin sepenuhnya dan telah menunggu 14 hari untuk dos kedua vaksin yang memerlukan dua suntikan (iaitu Pfizer, Moderna) atau 14 hari selepas vaksin yang memerlukan satu suntikan (iaitu Johnson & Johnson) untuk berkesan sepenuhnya, boleh membuat perjalanan domestik untuk tujuan peribadi dan perniagaan serta kembali ke tapak tanpa perlu menjalani tempoh kuarantin. Sila ambil perhatian, jika anda telah menerima jenis vaksin selain daripada yang disebut di atas, sila ikuti pengesyoran pembekal berkenaan tempoh anda dianggap telah

divaksin sepenuhnya kerana tempoh ini mungkin berbeza. Sebaliknya, ahli pasukan boleh kembali ke tapak selepas menerima keputusan ujian negatif. Setelah kembali ke tapak, ahli pasukan mesti membuat ujian semula, iaitu lima hari selepas perjalanan. Ahli pasukan masih perlu memantau diri untuk sebarang gejala selepas kembali daripada perjalanan.

Keperluan kuarantin diri perjalanan Micron berdasarkan tahap PEPP di wilayah di mana perjalanan itu akan berlaku. Sebarang perjalanan di luar kawasan terdekat (melalui udara, laut atau bas) di kawasan yang PEPP Tahap 3 atau lebih tinggi akan memerlukan kuarantin diri. Perjalanan ke kawasan di atau di bawah PEPP Tahap 2 tidak memerlukan kuarantin diri untuk mengakses ke tapak Micron. Micron akan mematuhi semua peraturan perjalanan kerajaan.

(24)

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 24

Micron & COVID-19

Perjalanan Peribadi dan Perniagaan

Perjalanan perniagaan Micron hanya terhad kepada perjalanan yang dianggap kritikal/penting untuk perniagaan sahaja. Tahap kelulusan yang diperlukan adalah berdasarkan pada tahap PEPP tempatan di tapak asal pengembara, sebarang perhentian dan tapak destinasi.

ƒ Perjalanan domestik dibenarkan apabila tahap PEPP ialah 3 atau lebih rendah di tapak asal dan destinasi, dengan kelulusan naib presiden. Sekiranya ada bahagian perjalanan termasuk lokasi dengan PEPP Tahap 4 atau lebih tinggi, kelulusan ahli kakitangan CEO diperlukan.

ƒ Perjalanan antarabangsa dibenarkan apabila tahap PEPP ialah 2 atau lebih rendah di tapak asal dan destinasi, dengan kelulusan naib presiden. Sekiranya ada bahagian perjalanan termasuk lokasi dengan PEPP Tahap 3 atau lebih tinggi, kelulusan ahli kakitangan CEO diperlukan.

ƒ Perjalanan perniagaan pada tahap PEPP yang lebih tinggi dianggap sebagai pengecualian dan memerlukan pengesahan daripada kakitangan langsung Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). ƒ Perjalanan ulang-alik tidak memerlukan kelulusan perjalanan

perniagaan. Perjalanan ulang-alik ditakrifkan sebagai pengangkutan. menaiki feri, bas atau kereta sebagai cara standard individu berulang-alik ke tempat kerja dalam kawasan terdekat.

ƒ Semua individu yang melakukan perjalanan perniagaan mesti mematuhi syarat kerajaan tempatan dan syarat kesihatan dan keselamatan tapak, termasuk protokol kuarantin.

Ahli pasukan boleh mendapatkan panduan perjalanan

perniagaan yang paling terkini pada laman sumber COVID-19 atau laman Micron Travel.

Bagi ahli pasukan yang merancang perjalanan peribadi untuk berlibur dan percutian keluarga, mereka mestilah sentiasa peka dan maklum tentang panduan di tapak setempat dan di negara tersebut. Sekembali daripada bercuti, anda mungkin perlu menjalani satu tempoh kuarantin di rumah atau bekerja dari rumah sekiranya tapak setempat anda mempunyai sekatan perjalanan di luar kawasan berhampiran melalui udara, laut, atau bas. Walaupun keputusan di tangan anda, kami menggalakkan anda untuk terus kekal termaklum, mengikuti panduan daripada pihak berkuasa tempatan serta mempertimbangkan semua faktor semasa menilai keperluan perjalanan.

Bagi membantu anda membuat keputusan perjalanan peribadi yang termaklum, rujuk panduan perjalanan daripada sumber-sumber rasmi seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia, Pusat Kawalan Penyakit dan International SOS.

(25)

Kesediaan Ahli Pasukan

Pelawat ke Tapak Micron

Kami mengesyorkan agar semua perjalanan yang tidak penting oleh pelanggan, kontraktor, pembekal dan pelawat, tanpa mengira lokasi, ditangguhkan mengikut keizinan perniagaan. Panduan ini termasuk orang yang melawat tapak kita untuk mesyuarat perniagaan. Sekiranya mesyuarat anda boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui persidangan video, kami menggalakkan anda untuk menjalankan urusan menggunakan alat dalam talian yang tersedia. Pelawat perlu memberikan maklumat kesihatan dan perjalanan dan mungkin perlu melalui tempoh kuarantin sebelum melawat tapak Micron, bergantung pada protokol tempatan, termasuk perjalanan di luar kawasan setempat melalui udara, laut atau bas.

Tiada Perhimpunan Besar

Tapak dan pasukan dikehendaki untuk mengehadkan atau menangguhkan mesyuarat atau perhimpunan berskala besar, seperti acara di premis, mesyuarat kakitangan, persidangan atau ruang awam dengan bilangan orang yang besar.

Jika mesyuarat perniagaan diperlukan, ia perlu ringkas dan dengan bilangan orang yang dikurangkan (mengikut tahap protokol tapak dan panduan negara anda). Alternatif kepada pertemuan secara langsung adalah dengan menggunakan sumber Zoom atau siaran web untuk berjumpa secara jarak jauh.

Ahli pasukan juga perlu membatalkan atau menangguhkan kehadiran persidangan, selagi boleh, dan mengikuti arahan yang ditetapkan oleh eksekutif kakitangan CEO mereka berkenaan jangkaan kehadiran dalam organisasi mereka. Permintaan ini dilanjutkan sehingga ke masa hadapan yang boleh dijangka.

Ikuti Panduan Penjarakan Fizikal

Patuhi tanda yang memberi panduan untuk menekankan untuk mematuhi penjarakan fizikal di tapak anda. Kami juga meminta pasukan untuk elak daripada berkumpul di lorong, pintu masuk, kafetaria atau ruang rehat, dan juga untuk menghad perbualan dengan orang lain di ruang kerja yang berdekatan.

Basuh Tangan Anda

Ingat untuk kerap membasuh tangan anda. Amalan kebersihan ringkas, termasuk mencuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat atau menggunakan sanitasi tangan antibakteria, dapat melindungi anda dan mengurangkan penyebaran virus.

Bersedia Untuk Membimbing

Dan Dibimbing

Keselamatan adalah aspek teras nilai kita. Ini adalah sesuatu yang kita semua sama-sama melibatkan diri dan memikul tanggungjawab. Kami berusaha untuk memastikan kita semua sentiasa memikirkan keselamatan diri dan rakan sekerja. Kita semua perlu bersedia untuk membimbing dan dibimbing ketika masalah keselamatan ditimbulkan. Mematuhi protokol ini akan membantu pastikan anda dan ahli pasukan anda selamat, tetapi anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk menguasainya dan semua orang akan melakukan kesilapan. Bantu orang lain mengikuti amalan keselamatan dan sikap terbuka untuk diberi bimbingan mengenai cara melakukan sesuatu dengan betul, seperti memakai topeng muka anda sepanjang masa.

Laporkan Tingkah Laku atau

Persekitaran Tidak Selamat

Anda boleh melaporkan situasi, persekitaran atau tingkah laku yang tidak selamat kepada EHS, HR atau penyelia anda atau melalui program Good Catch atau Talian Utama Pematuhan.

(26)

Kesediaan Ahli Pasukan

Komitmen Berterusan

Kami kepada Anda

Sejak awal wabak COVID-19, kesejahteraan anda

menjadi keutamaan kami. Kami mengambil berat

tentang anda dan akan terus mengutamakan

kesihatan dan keselamatan anda dengan penuh

berhati-hati. Biarpun kita semua mengalami

pandemik ini bersama-sama, setiap daripada kita

dan keluarga kita mungkin mempunyai pertimbangan

dan situasi yang unik, daripada masalah perubatan

hingga menjaga ibu bapa dan anak yang bergantung

sepenuhnya pada kita. Penyelia anda dan pasukan HR

bersedia untuk menangani sebarang masalah anda.

Anda tidak berseorangan.

Oleh kerana keadaan ini sentiasa berubah, kami mendorong anda untuk terus bersama dengan pemimpin anda, selalu berkomunikasi dengan pasukan anda dan kekal

dimaklumkan. Sementara itu, berikut adalah pelbagai sumber yang sedia ada untuk membantu anda sepanjang tempoh mencabar ini.

(27)

Kesediaan Ahli Pasukan

Terbeban Dengan Kesusahan

Kewangan? Geran Sedia Ada

Dana bantuan ahli pasukan disediakan untuk memberikan sokongan kewangan kepada ahli pasukan yang layak dan sedang menghadapi kesusahan yang sangat perit. Program ini bergantung pada sumbangan ahli pasukan melalui portal Micron Gives. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi peguambela ahli pasukan anda (cari “peguambela” dalam MicronNow).

Bermula bulan Julai, skop dana ini akan diperluaskan untuk menyokong ahli pasukan yang mengalami

kesusahan dan kecemasan yang tidak berkaitan dengan COVID-19. Program ini bergantung pada sumbangan ahli pasukan melalui portal Micron Gives.

Pinjaman 401(k)

Ahli pasukan A.S. boleh meminjam secara terus daripada dana 401(k) mereka, tanpa dikenakan penalti dan dengan tempoh pembayaran balik lanjutan untuk masa yang terhad. Pilihan ini dimungkinkan berikutan penggubalan rang undang-undang bantuan koronavirus oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini. Untuk maklumat lanjut, lawati Fidelity NetBenefits. NetBenefits.

Perlukan Bantuan? Anda Tidak

Berseorangan

Program Bantuan Pekerja melalui GuidanceResources Dalam Talian adalah tempat yang bagus untuk bermula. Ia boleh menghubungkan anda dan keluarga anda dengan

pelbagai perkhidmatan, termasuk kaunseling sulit, bantuan kewangan dan sokongan guaman atau sokongan keluarga. Pengguna kali pertama mendaftar menggunakan MICRON sebagai ID Web.

Di samping itu, pembantu ahli pasukan tersedia kepada sesiapa yang memerlukan sokongan, maklumat atau panduan. Hubungi jika ada pertanyaan. Cari “peguambela” di MicronNow untuk berhubung.

Jadikan Kesejahteraan

sebagai Keutamaan

Bagi membantu anda fokus pada kesihatan anda secara menyeluruh, Micron Global Wellness menawarkan program global yang fokus pada peringkat laman web, komuniti dan peluang dalam talian untuk memudahkan tabiat yang sihat. Layari laman Choose Well, Live Well di myHR untuk mengakses program global yang sesuai dengan kawasan. Selain itu, baca e-mel anda atau MicronNow untuk mendapatkan kaedah baru dalam mengutamakan kesihatan anda.

Merindui gim? Bersenam bersama jurulatih kecergasan Micron dalam kelas kecergasan Zoom. Hadiri kelas khusus dengan mencari “kesejahteraan” dan memilih perjumpaan kumpulan melalui Zoom di MicronNow.

(28)

Buku Panduan (Playbook) COVID-19 Micron | 28

Dapatkan atau Berikan Bantuan

Bekalan Kritikal

Adakah anda perlukan bekalan? Adakah anda mempunyai item untuk didermakan? Kumpulan sumber pekerja (ERG) sedang mengumpul dan mengagih bekalan kritikal kepada ahli pasukan. Hubungi Naib Presiden bahagian Kepelbagaian, Kesamarataan & Keterangkuman, Sharawn Connors melalui e-mel untuk mendapatkan bekalan kritikal yang didermakan oleh pasukan ERG kita, mengikut pembatasan undang-undang dan geografik setiap tapak.

Kekal Berhubungan

Dalam usaha untuk menyokong ahli pasukan yang bekerja dari rumah, pasukan IT sudah memperluaskan dan meningkatkan keupayaan akses jarak jauh dan mencipta laman sumber kerja dari rumah yang baru untuk membantu anda bekerja dengan berkesan. Cari “WFH” di MicronNow untuk mendapatkan maklumat mengenai mengakses perkhidmatan sokongan, permintaan sumber dan peralatan, dan juga tips dan trik untuk bekerja di rumah.

Mencegah Kecederaan dan Kesakitan

dengan Menjadikan Ruang Kerja Anda

Ergonomik

Alat latihan dan penilaian ergonomi pejabat kami, yang dipanggil Ergopoint, akan memberikan tips untuk anda menambah baik persediaan ruang kerja anda untuk keselamatan dan kecekapan di tempat kerja, di rumah dan di mana sahaja. Berdasarkan jawapan penilaian kendiri anda, anda akan diberikan skor risiko. Jika bantuan tambahan dikenal pasti berdasarkan skor risiko anda, anda akan dihubungi oleh wakil ergonomik yang boleh membantu dengan persediaan stesen kerja anda. Cari “HomeErgo” di MicronNow untuk mengakses Ergopoint dan panduan ergonomik tambahan.

Ada Masa untuk Membantu Orang Lain?

Berikut adalah Cara

Melakukan kerja sukarelawan secara Maya. Anda boleh

bersembang melalui telefon dengan ahli komuniti yang terasing, membantu pelarian dengan kemahiran bahasa atau memberikan nasihat kepada bekas askar yang sedang beralih kepada kerja penjagaan orang awam. Bukan itu sahaja. Mendaftar untuk membuat kerja sukarela melalui Micron Gives.

Kekal Termaklum

Sumber laman web COVID-19 sudah sedia ada di MicronNow untuk membantu anda kekal berhubungan dan termaklum. Layari laman web untuk mendapatkan pelbagai berita terkini, forum berkaitan COVID-19, untuk bertanya dan mendapatkan jawapan, jadual sesi perjumpaan di dewan bandar atau untuk menyertai sesi kumpulan melalui Zoom. Anda juga boleh menghantar gambar masa pasukan anda berseronok secara maya.

Kesediaan Ahli Pasukan

(29)

Tindak Balas Global COVID-19 Micron

Kami prihatin dengan ahli pasukan dan komuniti global kami. Layari micron.com/COVID-19 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komitmen Micron dalam

membantu golongan yang terjejas oleh COVID-19 secara tidak seimbang dan cara lain untuk menyokong komuniti kami di seluruh dunia.

Referensi

Dokumen terkait

Ampul dibuat dari bahan gelas tidak berwarna akan tetapi untuk bahan obat yang peka terhadap cahaya, dapat digunakan ampul yang terbuat dari bahan gelas

rafflesiae ini amat diperlukan dalam menghuraikan dengan terperinci ciri anatomi dan mikromorfologi daun pada keratan rentas petiol, tulang daun, lamina, tepi daun, batang, akar dan

Kekeringan meteorologis dapat berdampak buruk bagi petani padi karena kekurangan air dalam pemasok pertumbuhannya, sehingga terjadi pengurangan produksi dan

Evaluasi Pemberian Konseling Farmasis dengan Alat Bantu Kartu Pengingat Pengobatan Terhadap Kepatuhan dan Outcome Klinik Pasien Diabetes Melitus Tipe 2 Anggota PROLANIS pada

Dalam satu minggu komisi, anda membantu dua lagi Affiliate baru yang didaftarkan secara pribadi bergabung dengan Affiliate Starter Pack dan mengatur order 120 QV

Berdasarkan uraian diatas dan rekomendasi dari Andrian maka, peneliti tertarik melakukan penelitian untuk mengetahui sejauh mana variabel-variabel atribut produk,

Dalam penelitian ini penulis menganalisis kinerja keuangan pada Koperasi Kartika Kuwera Jaya dengan menggunakan Peraturan Menteri Negara Koperasi dan Usaha Kecil

Terkait dengan hal ini, Wahyudin (2003:3) mengatakan bahwa pemecahan masalah bukan sekedar kete- rampilan untuk diajarkan dan digunakan dalam matematika tetapi juga