• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI p1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI p1"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN AKHIR LATIHAN

INDUSTRI

KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

(2)

MAKLUMAT PELAJAR

Nama : AFIZAH AMIRA BINTI AHMAD SHUKOR

No. Kad Pengenalan : 980130 -01- 5400

No. Pendaftaran : J05STM16F816

Program : SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT Nama Tempat Latihan : HOSPITAL PENAWAR SDN.BHD

Alamat Tempat Latihan : HOSPITAL PENAWAR SDN. BHD . N0.17&18 (A -D),

PASIR GUDANG BUSINESS CENTRE 81700 PASIR GUDANG , JOHOR

No. Telefon : 072521800 No. Faks : 072546180

(3)

1. PENGENALAN

1.1 Objektif Latihan Industri

Latihan industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program- program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda masing-masing. Objektif latihan industri ialah untuk :

1. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dalam bidang masing-masing.

2. Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di pasaran.

3. Mendapat pengalaman bekerja di industri/organisasi berkaitan bidang masing-masing.

4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar.

5. Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja.

6. Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan.

7. Menghayati nilai/etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab.

8. Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja.

9. Menyediakan laporan teknikal berkaitan bidang masing-masing.

10. Meningkatkan peluang pekerjaan.

11. Merapatkan jaringan antara kolej komuniti dengan industri.

(4)

Hospital Penawar Sdn Bhd ( HP ), telah dikendalikan oleh Dr. Adnan Bin Sulaiman sebagai Pengarah Urusan Hospital Penawar serta dibantu oleh En. Azizan Bin Sulaiman sebagai Pengarah Hospital Penawar. Selain itu, Hospital ini merupakan sebuah hospital swasta perkhidmatan kesihatan seperti Klinik Pesakit Luar, Unit Kemalangan & Kecemasan dan Klinik Pakar.

Bukan itu sahaja, Hospital Penawar juga menawarkan perkhidmatan lain seperti Latihan Kecemasan, Ceramah Kesihatan, Forum Kesihatan Percuma, Kempen Derma Darah, Program Kesihatan Bergerak (Mobile Screening), Pakej-Pakej Saringan

Kesihatan, Khidmat “Nursing Servives’ untuk Pelanggan dan Program Khidmat Masyarakat.

Hospital Penawar terletak di Pusat Perdagangan Pasir Gudang dan merupakan salah satu Kota Industri utama di Malaysia, ia terletak 35km dari Timur Johor Bahru. Hospital ini telah ditubuhkan pada bulan Jun 1997 dan menduduki 4 blok daripada empat unit tingkat di Pusat Perniagaan Pasir Gudang, dengan 80 tempat tidur Pesakit Wad dan sebagainya.

(5)

2. KEMAJUAN KERJA

Latihan industri ini mengambil masa selama 4 bulan. Tempoh masa diberikan untuk mengikuti latihan ini memadai bagi memantapkan beberapa kemahiran lanjutan daripada kemahiran yang diberikan semasa pembelajaran.

2.1 BULAN PERTAMA (JULAI)

Kemajuan kerja sepanjang bulan Julai 2017 :

1. Minggu pertama latihan industri, saya mendapat tunjuk ajar serta menerima penerangan daripada HR (Human Resource) tentang kerja - kerja yang perlu dibuat.

2. Selain itu, penerangan tersebut tentang peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi, sebagai contoh cara percakapan dan tatasusilah yang perlu dipatuhi sepanjang menjalani Latihan Industri di Hospital Penawar Pasir Gudang.

3. Seterusnya, selain dari menerima penerangan saya dibawa oleh staff dari department IT untuk melawat ke setiap department yang berada di Hospital Penawar Pasir Gudang. Saya juga diperkenalkan kepada staff-staff yang lain.

4. Di samping itu, saya terus diberikan latihan oleh Pembantu Technician IT bawahan bos untuk mempelajari segala dalaman system yang digunaka oleh semua staff di sini.

5. Saya dapat juga belajar serba sedikit cara memformat pc. Di samping itu dapat pergi seorang diri apabila staff memaggil saya membetulkan pc atau Medilink.

(6)

2.2 BULAN KEDUA (OGOS)

Kemajuan kerja sepanjang bulan Ogos 2017 :

1. Saya dipindahkan ke depart account oleh pembantu Hr. Kemudian, saya diminta untuk membantu kakak Lily iaitu Accountant Hospital bagi

memudahkan kerjanya dengan memasukkan data data bank ( mencatat duit masuk &dalam tunai.

 Sebagai contoh, aliran tunai iaitu transaksi perjalanan tunai dan cek

keluar/ masuk dalam account.

2. Selain itu saya memasukkan data (JV) Journal Voucer iaitu,

 Bagi mengetahui penutupan (closing) account pada setiap bulan.

 Serta dapat dibahagi jumlah( amount) yang sama rata pada consultant.

3. Bulan ini, saya dapat pelajari menjadi promoter bagi mengedarkan flyers untuk mempromosikan Hospital Penawar kepada warga Indonesia di Terminal Pasir Gudang.

4. Tujuan ini adalah membantu warga Indonesia supaya dapat merawat di

Hospital Penawar Pasir Gudang dengan diskaun yang telah ditetapkan oleh Dr Adnan( Pengurus Hospital).

5. Di samping itu, diskaun ini dikhaskan untuk warga Indonesia sahaja kerana mereka bukan warganegara Malaysia.

6. Saya dapat juga berhadapan dengan orang ramai ketika mengedarkan flyers itu serta dapat merasa menjadi seorang promoter.

(7)

Kemajuan kerja sepanjang bulan September 2017 :

1. Selain itu, saya memasukkan data Daily Report menggunakan Microsoft excel. Tujuanya, adalah dapat mengetahui serba sedikit pengiraan collection

meggunakan sistem medilink yang telah disediakan.

2. Tambahan pula pada bulan ini saya disuruh membangunkan email consultant.

 Tujuannya adalah dapat memudahkan Doktor/ Staff membuat kerja dan

menyimpan maklumat.

 Saya diajar oleh staff Hr sebelum membangunkan email consultant ini.

3. Sebagai contoh, cara untuk membangunkan email consultant adalah:

 Klik www.penawarcommunity.com

 Email = admin @ hospitalpenawar.com / password

 Klik = GwebMail , manage, use&groups

 Pilih= nogroup, create user.

Contoh log masuk email consultant sebelom terhasilnya email.

(8)

1. Memformat pc staff (Procument)

 Menggunakan Windows 7 Pro

faedahnya adalah untuk memulihkan komputer kepada keadaan asalnya untuk memperbaiki sistem yang rosak atau huru-hara dan menjadikan komputer berfungsi lebih baik dan sama seperti yang asal.

 Saya berpeluang memformat pc staff di hospital penawar pasir gudang

menggunakan windows xp dan widows 7 ultimate.

2. Selain itu , saya dapat mempelajari cara berkongsi mesin pencetak

menggunakan internet .

 Tujuannya adalah untuk mecetak resit bil hospital yang telah dibayar oleh

pesakit .

 Selain dapat belajar mecetak resit, saya pelajari cara berkongsi mesin

pencetak kertas kerja.

 Mesin pencetak itu dikongsi driver admin kerana dapat mencetak pada

satu mesin apabila kita sudah meyusunnya.

3. ANALISA KERJA

3.1 PENGALAMAN ALAM PEKERJAAN

(9)

Pada peringkat awal, saya menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling seperti persekitaran kerja dan komunikasi dengan rakan sekerja.Walaubagaimana pun,perkara tersebut dapat diatasi.

2. Pengalaman dan pengetahuan

Selama saya praktikal, pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi. Antaranya, saya dapat melihat sendiri sistem yang digunakan oleh staff- staff untuk memasukkan data pesakit iaitu Sistem Medilink ,bagi memudahkan mereka membuat kerja.Ini kali pertama saya melihat sistem medilink berfungsi untuk mengisi data pesakit. Bagi saya, ini adalah pengalaman yang amat berharga kepada saya kerana sebelum ini saya tidak pernah langsung terfikir untuk melihat semua itu. Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang cara memformat pc.

Semasa dalam proses pembelajaran di kolej komuniti, saya cuma didedahkan dengan asas iaitu, hanya mengenal semua komponen- komponen komputer sahaja tetapi semasa menjalani latihan industri saya dapat ilmu dan pengalaman lebih lagi. Sebagai contoh, saya telah diberi peluang untuk memformat pc menggunakan windows xp dan windows 7 Ultimate serta windows 7 pro bagi membersihkan data- data yang tk pakai serta mengupgrade semua sofeware.Di samping itu juga saya mencuba untuk

mengenal pasti masalah pada komputer staff hospital. Saya juga diberi peluang

menyambungkan kabel internet iaitu LAN dan Plug RJ45 bagi merangkai internet pada HARP untuk disambung pada komputer.Ternyata peluang tersebut saya gunakan dengan sebaiknya dan hasilnya saya dapat mengetahui cara sebenar

melaksanakannya.Selain itu saya juga dapat mengetahui cara untuk berkongsi printer pada semua pc bagi memudahkan proses mencetak kertas kerja mahupun resit bagi department account.

Antara ilmu lain yang saya dapat hasil daripada latihan industri ini adalah memasukkan data bank iaitu Cash Book (Recon), bagi mengetahui serba sedikit penyamaan aliran tunai dan cek antara penyata bank pada setiap bulan.Seterusnya, saya memasukkan data Aliran Tunai iaitu,transaksi perjalanan tunai serta cek.Selain dari mengetahui kedua-dua maklumat itu,saya ditugaskan memasukkan data lagi iaitu Sales untuk mencatat keluar dan masuk . Selain bidang teknikal, saya juga dapat memantapkan kemahiran komunikasi saya dengan lebih baik.

4. KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.1 KESIMPULAN

Hospital Penawar Sdn Bhd ( HP ) adalah sebuah hospital yang mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Perkhidmatan yang

(10)

(HPPG) sebagai sebuah syarikat percetakan yang di segani oleh semua golongan dan masyarakat setempat.

Komunikasi dan personaliti yang baik membuatkan seseorang pelajar itu lebih yakin dan berani untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kekuatan mental yang baik juga membantu dalam mengatasi masalah seperti kegugupan dan hilang bicara jika bercakap dengan pelanggan. Oleh itu, latihan industri telah melatih pelajar untuk menjadi seorang pekerja yang baik di masa akan datang.

Selain itu, latihan industri adalah salah satu kaedah yang dijalankan untuk

melahirkan para pelajar yang mempunyai daya saing dan inovatif dalam kerjaya serta dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi sepanjang berada di pusat pengajian.

Memandangkan pengalaman amat penting dalam diri seseorang, maka program seperti ini wajib untuk pelajar yang ingin menamatkan kursus mereka samada di peringkat sijil mahupun diploma.

4.2 CADANGAN

Pengalaman amat penting bagi seseorang pelajar mempraktikkan ilmu yang telah diajar. Cadangan saya ialah pihak syarikat perlu menitik beratkan soal pembelajaran semasa latihan industri ini. Pihak firma juga perlulah mengambil berat tentang

keselamatan dan juga persekitaran pengkomputeran seperti pembangunan sistem, penyelenggaraan sistem, penyelidikan, pembangunan dan sebagainya. Pelajar tidak sepatutnya melakukan kerja-kerja perkeranian,seperti menaip dan membuat salinan nota,mengemas pejabat dan yang melibatkan kerja tiada kaitan dengan pembelajaran. Pihak firma juga perlu melihat kepada kos sara hidup pelajar semasa menjalani latihan tersebut kerana kos hidup pada masa kini amat tinggi bukan sahaja bagi pekerja. Di samping itu, pihak firma juga perlulah menitik beratkan soal keselamatan pelajar yang sedang menjalani latihan industri . Ini kerana kita tidak tahu bahaya akan datang semasa menjalani latihan industri.

(11)

 Gambar di atas menunjukkan saya mengedarkan flyers untuk warga Indonesia.

 Gambar pertama di atas, saya memasang VGA cable untuk program yang

diajurkan oleh Hospital.

 Gambar kedua, saya sudah siap memasang whiteboard untuk

(12)

 Gambar ini menunjukkan pada setiap pagi dan setiap hari akan

berkumpul berhadapan hospital untuk mengambil kedatangan serta mendengar taklimat daripada setiap staff .

 Gambar di atas, saya membersihkan CPU bagi memulihkan pc ini laju

apabila staff membuat kerja.

 Gambar kedua, saya memasang VGA cable, Network cable dan

Referensi

Dokumen terkait