MEDIA ELEKTRONIK DAN SUMBANGANNYA DALAM DAKWAH
selepas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bermula dengan TV hitam putih pada tahun 1963 dan berkembang melalui Radio Malaya sebelum itu lagi. Perkembangan ini merentasi fasa penerbitan melalui Media Prima Berhad dan tidak ketinggalan Pusat Penyiaran Asia (Astro) dan TV Unifi (Telekom Malaysia) yang merangkumi penerbitan televisyen dan radio.Transformasi ini menjadi salah satu wasilah di dalam gerakan dakwah melalui siaran televisyen dan radio yang diterbitkan di Malaysia. Kajian ini menumpukan dua sumber utama media elektronik di Malaysia iaitu radio dan televisyen yang berperanan sebagai pelengkap di dalam gerakan dakwah di Malaysia melalui siarannya.
Rancangan dan siaran yang berkonsepkan dakwah ditelusuri melalui perkembangan tersebut dengan meneliti sumbangannya kepada perkembangan dakwah di Malaysia untuk kepentingan ummah sejagat pada hari ini.
Pendahuluan
Radio dan televisyen yang merupakan media elektronik di Malaysia juga tidak ketinggalan mengisi ruang dakwah sebagai satu alternatif menyampai dan meluaskan pengaruh pendidikan melalui medium popular. Penerbitan rancangan dan siaran yang berkonsepkan dakwah diterokai dan dibina dengan pelbagai bentuk agar matlamat berdakwah sampai kepada mad’u yang menjadi sasaran.