• Tidak ada hasil yang ditemukan

Meningkatkan Pengurusan Pencerapan Penga. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Meningkatkan Pengurusan Pencerapan Penga. docx"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Meningkatkan Pengurusan Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 Melalui

Berdasarkan rekod pencerapan yang dilakukan oleh pengurusan dan ketua panitia di SMK Pengkalan Berangan didapati kurang memberangsangkan. Kaedah pengurusan pencerapan pengajaran yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mampu mempercepatkan pengamalan dalam kalangan guru-guru. Tinjauan awal dibuat melalui temubual bersama–sama pengurusan dan ketua panitia didapati pengurusan pencerapan yang digunakan tidak mesra. Kajian ini dijalankan untuk memastikan berlaku peningkatan dalam pencerapan dan pemantauan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengurusan pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia terhadap guru-guru melalui kaedah Touch and Go di sekolah. Kajian ini dilaksanakan di SMK Pengkalan Berangan yang bebentuk kualitatif telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual ke atas 9 orang pengurusan dan 11 ketua panitia. Dapatan kajian menunjukkan pengurusan pencerapan pengajaran dan pembelajaraan melalui kaedah ini menunjukkan berlaku peningkatan pencerapan dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia serta mempercepatkan amalan pengajaran abad 21 dalam kalangan guru di sekolah.

1.0 Refleksi

(2)

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian ini berkisar kepada meningkatkan pengurusan pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia terhadap guru-guru. Faktor tiada pendekatan yang khusus menyebabkan keadaan pencerapan sebelum ini seolah-olah rumit dan sukar diamalkan dan pencerap tidak menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran abad 21. Jika amalan pencerapan ini tidak menjadi satu budaya, perkara ini akan melambatkan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 di sekolah. Oleh sebab itu, satu kaedah cuba digunakan melalui pendekatan “Touch and Go” dalam kalangan pengurusan dan ketua-ketua panitia.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Bagi memastikan pencerapan pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu cara yang boleh dijadikan salah satu cara pengajaran dan pembelajaran abad 21 dilaksanakan.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21.

3.2.2 Meningkatkan pencerapan dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia. 3.2.3 Membantu guru-guru dalam pengamalan pengajaran dan pembelajaran abad 21.

4.0 Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar kajian ini melibatkan 9 orang pengurusan 11 orang ketua panitia.

5.0 Perlaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian pada bulan Jun didapati kurang pencerapan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaraan berdasarkan keaedah abad 21.

5.1.2 Mengadakan pertemuan empat mata dengan pengurusan dan ketua panitia sepanjang bulan Jun untuk mengenal pasti kelemahan serta kekangan sehingga pencerapan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 kurang dilaksanakan

(3)

5.1.4 Pencerapan dan pemantauan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah abad 21 perlu dipertingkatkan.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

5.2.1 Guru-guru perlu diberi pendedahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran abad 21

5.2.2 Panduan pencerapan perlu ditaklimatkan kepada pengurusan dan ketua panitia

5.3 Tindakan Yang dijalankan

Langkah 1 : Temubual

Semasa sesi temu bual secara individu atau kumpulan, saya mengemukakan soalan-soalan seperti jadual 1 di bawah kepada kumpulan pengurusan dan ketua panitia:

Jadual 1 : Analisis soalan dan jawapan temubual pengetua dengan pengurusan dan ketua panitia.

Bi l

Soalan temubual Ya Tidak

i. Pernahkan tuan/puan mendapat pendedahan yang terperinci tentang pengajaran dan pembelajaran abad 21 oleh mana-mana pihak sebelum ini.

20

ii. Pernahkan tuan/puan mendapat pendedahan yang terperinci tentang

pengajaran dan pembelajaran abad 21 daripada pengetua. 20

iii. Pernahkah tuan/puan mendapat pendedahan pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21 daripada pengetua.

20

iv. Adakah pengetahuan pengajaran abad 21 yang diperoleh sebelum ini boleh menjadikan tuan/puan yakin semasa melakukan pencerapan dan pemantauan abad 21.

20

v. Adakah tuan/puan bersetuju sekiranya pengetua sentiasa melaksanakan bimbingan tuan/puan akan berkeyakinan untuk melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21.

20

vi Adakah tuan/puan bersetuju pengetua membiarkan tuan/puan melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21 secara bersendirian.

20

(4)

i. Dalam mesyuarat pengurusan kali pertama, saya telah membentangkan konsep pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21. Selepas mesyuarat tersebut, saya telah mengadakan perjumpaan dan taklimat kepada kumpulan pengurusan dan ketua panitia memberi bimbingan secara kusus tentang kaedah yang hendak digunakan melalui pendekatan touch and go. Taklimat terperinci berkaitan penggunaan kaedah pengajaran abad 21 (gallery walk, quiz-quiz dan jot thought dan peta i-Think). Taklimat kepada semua guru juga telah diadakan berkaiatan dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah di atas. Guru-guru perlu mendapatkan maklumat tambahan berkaitan keadah-kaedah tersebut.

ii. Penolong kanan diminta untuk mewujudkan jawatankuasa induk untuk merangka jadual pencerapan dan pemantauan. Beberapa kali perjumpaan dengan pengurusan dan ketua panitia dilaksanakan bagi menerangkan konsep pencerapan ini agar berjalan lancar seperti yang dirancang.

iii. Selepas jadual dibentuk setiap petang Ahad kumpulan pencerapan akan dipanggil untuk diterangkan lagi kaedah pengajaran abad 21 (touch) dan pencerapan akan dilaksanakan untuk melihat kaedah yang digunakan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan dilaksanakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis mengikut kesesuaian pemantau (go).

Langkah 3 : Mencari pendekatan terbaik

i. Sebelum berlakunya pencerapan, pencerap akan berbincang terlebih dahulu dengan guru yang hendak dicerap terutama tentang tajuk dan kaedah yang akan digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya pencerap tidak menguasai kaeadah yang akan dilaksanakan oleh guru, kaedah itu akan dibincangkan terlebih dahulu pada hari Ahad semasa perjumpaan kumpulan pencerap dengan pengetua.

(5)

Guru yang sama juga akan dicerap berulang-ulang kali bagi memastikan guru tersebut menguasai pengajaran dan pembelajaran abad 21.

iii. Sekiranya pencerap berpuas hati kad seterusnya akan diberikan kepada guru berkenaan. Sekiranya guru tersebut telah menguasai melebihi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan sijil akan dikeluarkan kepada guru berkenaan. Pencerapan akan beralih kepada guru lain pula yang masih belum dicerap.

5.4 Analisa Impak Selepas

5.4.1 Analisa Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian rekod menual selepas sebulan pencerapan dan pemantauan ini didapati berlaku peningkatan dalam pencerapan dan pemantauan pengajaran abad 21. Pelbagai kaedah digunakan oleh guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Pemantau berasa seronok kerana dibimbing oleh pengetua manakala guru kelihatan seronok kerana sentiasa dibimbing oleh pemantau. Guru-guru juga berlumba-lumba minta dicerap untuk mendapatkan seberapa banyak kad untuk di tampal dalam buku rekod.

5.4.2 Analisa Temubual

Berdasarkan temubual dengan 5 orang pengurusan dan 5 orang ketua panitia, didapati pengurusan pencerapan pengajaran dan pembelajaran dianggap berjaya. Jadual 2 menunjukkan soalan temubual yang telah dilaksanakan.

Bi l

Soalan temubual Ya Tidak

i. Adakan pengurusan pengajaran dan pembelajaran abad 21 yang dilaksanakan seperti ini membantu proses pencerapan.

10

ii. Adakan pendedahan yang diberikan oleh pengetua membantu proses pencerapan.

10

iii. Adakah pendedahan yang diberikan oleh pengetua menjadikan tuan/puan semakin yakin untuk melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21.

10

iv. Adakah tuan/puan bersetuju untuk berkongsi/membimbing guru-guru lain dalam melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21.

(6)

5.4.3 Analisa Semakan Dokumen

Berdasarkan dokumentasi yang telah direkod amat significant dengan hasrat dan hala tuju kepimpinan sekolah dalam meningkatan pencerapan dan pemantauan pengajaran dan pembelajaran abad 21 di SMK Pengkalan Berangan. Berdasarkan semakan bilangan pencerapan menunjukkan berlaku peningkatan bilangan kekerapan pencerapan dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia terhadap pengajaran dan pembelajaran abad 21. Jadual 3 di bawah menunjukkan bilangan pencerapan yang dilakukan oleh pengurusan dan ketua panitia.

Nama pencerap

JUMLAH KESELURUHAN 35 36 51 50 172

(7)

Setelah empat bulan pengurusan pencerapan dan pengajaran abad 21 (bermula dari bulan Jun hingga bulan September) yang dilakukan oleh pengurusan dan ketua panitia dapatan adalah seperti di bawah:

5.5.1 Berlaku peningkatan bilangan pencerapan dan pemantauan pengajaran abad 21 5.5.2 Berlaku penataran kaedah pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam kalangan

guru-guru.

5.5.3 Berlaku penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam kalangan guru-guru.

5.5.4 Guru-guru peroleh keyakinan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21.

5.5.5 Fobia pencerapan dan pemantauan dalam kalangan guru semakin berkurangan. 5.5.6 Berlaku percambahan ilmu dan PLC

5.5.7 Keseronokan murid-murid dan guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

6.0 Cadangan Kajian

Kajian tindakan yang dijalankan merupakan satu perkara yang harus diteruskan. Hal ini kerana melalui kajian seperti ini kita semua dapat berkongsi cara dan berkongsi hasil yang boleh memberikan kebaikan kepada semua. Kajian seterusnya yang akan saya laksanakan untuk mlihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran abad 21 mempengaruhi peningkatan akademik.

(8)

1. Hussein Mahmood (2008), Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Janatan Pendidikan Terengganu (2006), Seminar Penyelidikan Pendidikan Terengganu 2006, JPNT.

3. Jeffri Idris (2013), Kajian Tindakan di Sekolah : Kepentingan, Peranan dan Strategi

Pelaksanaan Kajian Tindakan Kepimpinan Pendidikan Amalan dan teori, Institut Aminudin Baki.

Referensi

Dokumen terkait

penggunaan pupuk kotoran ayam menghasilkan pertumbuhan dan hasil sorgum manis lebih baik dibandingkan dengan pupuk kotoran sapi, kotoran kambing, kascing, maupun kontrol

jika dilihat dari hasil tingkat kepercayaan bahwa kosumen sangat percaya kue bagea memiliki rasa yang enak dan daya simpan yang lama serta dari hasil tingkat

Hasil observasi ini sesuai dengan hasil wawancara peneliti terhadap informan, bahwa kelengkapan rekam medis rata-rata belum mencapai 75%, menurut informan beberapa

Adanya sistem pendukung sebuah keputusan berbasis komputer yang telah dibuat akan memudahkan pihak perusahaan dalam menentukan karyawan yang layak untuk ikut

1 Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi

Respirasi merupakan mekanisme untuk memecah zat organik menjadi energi dalam bentuk ATP atau senyawa berenergi tinggi lainnya yang digunakan dalam proses mekanisme

evaluation yang meliputi self evaluation, expert review, dan one-to-one, dan small group, serta field test. Suvjek pada penelitian ini adalah siswa kelas VIII SMPN 1