• Tidak ada hasil yang ditemukan

4 KERTAS 2 BAHAGIAN A (i) Isi-isi (kesan kemasukan pekerja asing )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "4 KERTAS 2 BAHAGIAN A (i) Isi-isi (kesan kemasukan pekerja asing )"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2006’

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

SKEMA JAWAPAN

BAHASA MELAYU

Kertas 1 & 2

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[Lihat sebelah SULIT 02/1

(2)

KERTAS 1

1. A 21. C

2. B 22. A

3. C 23. C

4. D 24. A

5. B 25. B

6. C 26. A

7. B 27. B

8. D 28. A

9. B 29. A

10. C 30. C

11. B 31. A

12. C 32. C

13. A 33. D

14. A 34. D

15. C 35. C

16. C 36. B

17. C 37. D

18. B 38. A

19. B 39. C

(3)

KERTAS 2

BAHAGIAN A (i)

Isi-isi (kesan kemasukan pekerja asing )

a) Membantu mengatasi masalah kekurangan pekerja di beberapa sektor b) Meningkatkan kejadian jenayah

c) Meningkatkan masalah sosial d) Wujudnya ketaksuban dalam agama

e) Meningkatnya kes penyakit kelamin dan pelacuran

f) Dapat menggunakan khidmat mereka untuk membangunkan negara g) Kewujudan penempatan haram dan kawasan setinggan

BAHAGIAN A (ii)

a) Maksud rangkai kata membawa musibah adalah memberikan banyak keburukan/mendatangkan banyak keburukan

b) Membantu mengatasi masalah kekurangan pekerja di beberapa sektor Membantu dari segi kemahiran dalam pekerjaan tertentu

Membantu memajukan sektor pelancongan Membantu ke arah pembangunan negara

c) Cara berhadapan pekerja asing yang bermasalah ada lah Memberikan bantuan kaunseling

Melaporkan kepada pihak berkuasa Memecat mereka secepat mengkin Menghantar mereka ke negara asal

BAHAGIAN B

Pendahuluan

• keluarga memainkan peranan penting bagi melahirkan insan yang sempurna

Isi

• ibu bapa merupakan contoh utama kepada anak-anak

• anak-anak yang mendapat didikan dan kasih sayang yang sempurna dapat

membesar dalam suasana yang sihat dan bahagia

• berikan didikan agama kepada anak-anak supaya pegangan hidup mereka lebih

kukuh

Penutup

(4)

BAHAGIAN C

Soalan 1

Anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah. Tajuk ceramah itu, “ Ke Arah Melahirkan Pelajar Bestari” . Sediakan ceramah tersebut selengkapnya.

Yang Berusaha, Encik Salam bin Selamat, Pengetua Sekolah Menengah Tinggi, guru -guru dan para pelajar yang saya hormati sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan. Pada pagi yang indah ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk,” Ke arah Melahirkan Pelajar Bestari”.

Pernahkah anda mendenga r mengenai sekolah bestari? Apakah maksudnya pelajar bestari? Pelajar bestari boleh didefinisikan sebagai pelajar yang cemerlang, berakhlak mulia dan mahir menggunakan alatan berteknologi moden , contohnya komputer. Kini, para pelajar boleh mencari sebarang maklumat dan bahan rujukan dengan mengakseskan internet. Dengan cara ini pelajar dapat mencari maklumat dengan lebih cepat dan mudah ibarat maklumat di hujung jari.

Selain itu, penggunaan cakera padat dan disket dapat menggantikan penggunaan buku-buku. Jadi, para pelajar tidak lagi perlu membawa buku-buku yang berat itu. Mereka hanya perlu membawa sekeping cakera padat atau disket. Pembelajaran yang akan dijalankan akan menjadi lebih menarik, menghiburkan serta efektif. Maklumat yang dipaparkan dalam imej yang beranimasi dan berwarna-warni akan merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu perkara itu.

Pihak kerajaan juga turut berusaha dalam melahirkan pelajar bestari. Berpuluh-puluh juta ringgit telah diperuntukkan untuk membina makmal komputer yang dilengkapi dengan komputer dan projektor di setiap sekolah seluruh negara. Kemudahan disediakan untuk memberikan persekitaran yang kondusif. Para pelajar di luar bandar dapat didedahkan dengan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh negara kita .

Hadirin yang dikasihi,

Para pelajar perlulah mengorak langkah ke hadapan dan berusaha untuk menjadi pelajar bestari. Hal ini selaras dengan Cabaran Keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun ilmu. Hal ini membolehkan kita ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah ‘, dengan negara-negara maju yang lain.

Sekian, terima kasih.

(5)

Soalan 2.

Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”.

Nemo merupakan seekor anak ikan yang nakal dan keras kepala. Dia tinggal di laut bersama ibunya dan ikan-ikan yang lain. Kenakalan Nemo menyebabkan dia sering ditinggal oleh ibunya. Apabila ibunya pulang membawa makanan, Nemo akan menghabiskan kesemua makanan tanpa meninggalkan sedikitpun untuk adik-adiknya. Dia juga gemar merayau-rayau di lautan tempat tinggalnya.

Ibu Nemo sering menasihati Nemo agar tidak merayau-rayau kerana khuatir akan dimakan oleh jerung atau ditangkap nelayan. Namun usaha itu seperti mencurahkan air ke daun keladi. Pada suatu hari, ibu Nemo berpesan agar Nemo menjaga adiknya kerana ibunya mahu melawat sahabat lamanya, Kembung. Nemo menjalankan tanggungjawabnya , ‘seperti melepaskan batuk di tangga’. Dia membawa adiknya merayau ke suatu tempat yang lengang, walaupun ibunya tidak membenarkan Nemo keluar berjalan-jalan.

“Wah, banyaknya makanan di sini! Pasti kenyang kalau kita makan plankton-plankton di sini. Tetapi, mengapakah tiada ikan yang lalu di sini? “Nemo berteriak kepada adiknya.

Adiknya tidak bersetuju dengan cadangan Nemo dan mengajak Nemo pulang. Nemo enggan dan memaksa adiknya mengikut rancangannya. Akhirnya , adik Nemo yang bernama Nima bersetuju. Sedang mereka leka mengisi perut, tiba -tiba satu bayang besar mengejar mereka.

“Nemo, Nima cepat lari! Pekik ibu mereka. Kelihatan Sang Jerung memandang dan mengejar mereka. Giginya yang tajam dan bersinar-sinar menanti untuk membaham mereka berdua. Tanpa membuang masa, Nemo menarik Nima untuk melarikan diri. “Abang ,tolong Nima. Badan Nima tersangkut di celah plankton” cemas suara Nima.

Sang Jerung semakin hampir dan Nemo tiada pilihan lain. Dia melarikan diri dan meninggalkan Nima terkial-kial untuk melepaskan diri daripada jaringan rumpai laut. Di hadapan mata Nemo dan ibunya, Sang Jerung menikmati keenakan daging Nima. Nemo dan ibunya berenang sekuat hati meninggalkan tempat itu. Tiba di rumah Nemo hanya mendiamkan diri. Ibunya tidak kuasa memarahi Nemo lantaran kesedihan yang amat sangat. Nemo berasa amat menyesal kerana tidak mematuhi nasihat ibunya. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Walau bagaimanapun, ibu Nemo bersyukur kerana Nemo sudah berubah dan tidak lagi membantah atau merayau-rayau tanpa tujuan.

Kebaikan Nemo hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kini dia menjadi liar semula. Larangan ibunya hanyalah ibarat masuk telinga kiri , keluar telinga kanan. Pada suatu hari, Nemo ternampak makanan yang menyelerakan di suatu jaring. Nemo berenang ke arah jaring itu, namun segera dihalang oleh ibunya. Ibu Nemo tahu, makanan itu ialah umpan para nelayan untuk menangkap mereka. Nemo berdegil lalu menolak ibunya ke jaring tersebut. Ibu Nemo telah terperangkap. Nemo berasa amat takut dan cuba untuk membebaskan ibunya. Usaha itu sia-sia sahaja.

(6)

Soalan 3.

Anda telah menyertai projek bergotong-royong di sekolah anda. Sebagai ketua murid, anda diminta membuat laporan tentang gotong-royong itu

Laporan Projek Gotong -Royong Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Panjang.

Pada 29 Januari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Panjang telah menjayakan satu program yang memupuk sifat positif dalam kalangan pelajarnya. Program yang julung kali diadakan itu ialah program ‘ Gotong -royong Perdana’. Program ini disertai oleh semua pelajar dan guru. Program sebegini diadakan untuk menyahut seruan kerajaan di samping menjamin kesihatan yang baik ekoran pembasmian tempat pembiakan nyamuk aedes.

Program yang julung kali diadakan ini didahului dengan doa dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah ini , Encik Saleh bin Ahmad. Beliau menyeru semua pelajar dan guru agar memberikan sepenuh tenaga dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti ini. Selepas itu, pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugas-tugas khusus. Setiap kumpulan akan dipantau oleh seorang guru supaya tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Semua pelajar menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan bersungguh-sungguh. Semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh setiap pelajar amat membanggakan. Usaha -usaha mereka memang harus diberi pujian. Namun terdapat juga beberapa orang pelajar yang cuba melarikan diri daripada aktiviti sebegini dan telah dikenakan tindakan disiplin oleh guru yang bertugas.

Program ini berakhir ketika matahari sudah berada di atas kepala. Tuan Pengetua tersenyum lebar melihat hasil usaha anak buahnya. Kawasan sekolah nampak ceria dengan persekitaran yang baru.

Para pelajar dan guru berkumpul di kantin sekolah. Dalam ucapan ringkasnya, pengetua mengucapkan ribuan terima kasih atas semua usaha yang ditunjukkan oleh pelajar dan guru -guru. Aktiviti diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Para pelajar kelihatan amat letih tetapi gembira.

Program yang julung–julung kali diadakan ini dikatakan telah berjaya kerana wujudnya komitmen yang tinggi dan kerjasama serta hubungan yang erat dalam kalangan pelajar. Akhir kata diharap aktiviti mulia sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh, 11 FEBRUARI 2006.

S olihin

(MOHAMAD SOLIHIN BIN MOHAMAD HASNI) Ketua Pelajar,

(7)

Soalan 4 :

Permainan tradisional negara ini perlu dipopularkan. Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.

Permainan tradisional merupakan permainan warisan masyarakat Melayu yang amat berharga. Permainan ini adalah warisan turun temurun sejak zaman Kesultanan Melayu lagi. Antara contoh permainan tradisional ialah sepak raga, congkak, gasing, dan batu seremban. Pada zaman dahulu permainan tradisional merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang.

Pada zaman ini, permainan tradisional semakin dilupakan. Usaha perlu diambil bagi mempopularkannya. Peranan ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada permainan tradisional amat diperlukan. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan mereka dan akan mudah diterima oleh anak -anak.

Selain itu permainan tradisional perlu dikomersialkan supaya dapat didedahkan kepada umum. Media massa memainkan peranan yang penting dalam usaha memperkenalkan permainan tradisional ini kepada masyarakat Malaysia. Permainan ini boleh dikomersialkan melalui perantaraan majala h , surat khabar dan iklan-iklan di televisyen. Pihak kerajaan juga boleh menyediakan satu laman web yang memuatkan latar belakang permainan tradisional dan perkara yang berkaitan dengannya.

Sebagai contohnya, persatuan dan kelab permainan boleh mengadakan kursus atau aktiviti permainan warisan untuk menarik orang ramai terutamanya pelajar sekolah untuk menyertainya. Justeru , kelab dan persatuan perlu bijak merancang aktiviti contohnya mengadakan pertandingan bagi setiap permainan tradisional dan pada masa yang sama menawarkan latihan percuma cara bermain seperti permainan sepak raga.

Di samping itu, alat permainan tradisional boleh dimodifikasikan supaya menjadi lebih menarik. Walau bagaimanapun, ciri-ciri keunikan alat permainan traditional perlu dikekalkan keasliannya. Sebagai contoh , congkak yang berwarna-warni, pelbagai saiz dan ringan telah dihasilkan oleh sebuah syarikat alat permainan. Congkak ini ternyata sesuai untuk kanak-kanak kerana lebih selamat. Berbanding dengan congkak kayu yang berat , congkak yang dihasilkan ini diperbuat daripada plastik dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

(8)

Soalan 5.

Anda menyertai suatu pertandingan syarahan di sekolah. Tulis sebuah syarahan yang bertajuk ‘ Kepentingan Hidup Berjiran’ selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, guru-guru serta rakan sekalian. Saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah berkesempatan untuk saya berdiri di sini bagi menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘Kepentingan Hidup Berjiran’ .

Hadirin sekalian,

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka tidak mengambil tahu perihal jiran sekeliling meskipun tinggal berdekatan. Sebenarnya,hidup berjiran mempunyai pelbagai manfaat jika dipraktikkan dalam kehidupan setiap insan.

Kepentingan utama dalam hidup berjiran adalah mewujudkan perpaduan dan sikap tolong menolong antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat diwujudkan apabila masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan sering mengadakan aktiviti bergotong royong, hari keluarga serta aktiviti-aktiviti lain. Melalui aktiviti ini, mereka dapat bertegur sapa dan dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat. Justeru , masyarakat dan negara yang makmur serta sejahtera dapat diwujudkan.

Hadirin yang dihormati,

Selain itu, masyarakat yang mengamalkan permuafakatan tidak dapat diruntuhkan dengan mudah. Hal ini disebabkan oleh ikatan kerjasama yang wujud daripada hidup berjiran serta saling menyayangi dapat mewujudkan suasana yang sejahtera. Perpecahan, pergaduhan dan kehancuran dapat dielakkan jika kita hidup berjiran. Hal ini dapat kita lihat melalui rukun tetangga yang diwujudkan untuk mengawasi kawasan persekitaran dan dapat mengelakkan daripada berlakunya kes pecah rumah atau kecurian.

Sikap menghormati dalam kalangan masyarakat amat penting kerana akan

mewujudkan perasaan tenteram, kasih sayang, kemesraan dan seterusnya menimbulkan perpaduan tanpa mengira peringkat usia, bangsa, atau kaum. Hal ini akan menyebabkan masyarakat setempat hidup dalam keadaan tenteram dan aman damai. Sikap bertolak ansur juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Hadirin yang dihormati,

Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia , kita perlulah melahirkan masyarakat setempat yang berkompromi. Beberapa kepentingan yang dikemukakan akan dapat membantu agar masyarakat Malaysia menanamkan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian mereka. Rakyat yang bersatu -padu merupakan kunci kepada kemakmuran, ketenteraman, kesejahteraan, kemajuan dan kedamaian negara . Saya sudahi syarahan saya dengan kata-kata hikmat ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’. Sekian, terima kasih.

(9)

BAHAGIAN D

NILAI WATAK UTAMA NOVEL AKU ANAK TIMUR.

1. Bersemangat patriotik – Zarina marah kepada rakan -rakannya yang tidak tahu di manakah letaknya negara Malaysia.

2. Mengakui kesalahan diri – Zarina insaf dan memohon maaf daripada ayah dan ibunya kerana berjumpa Niek tanpa kebenaran.

NILAI WATAK UTAMA NOVEL KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA.

1. Keberanian - Kapten Hassan menjadi ketua untuk menentang pengganas komunis 2. Kejujuran - Leftenan Hassan bertindak melaporkan pelanggaran disiplin yang

dilakukan oleh pegawai atasannya kepada pihak pegawai pemerintah

3. Rasional - Walaupun keluarga mertuanya dibunuh oleh komunis tetapi Hassan tidak hilang punca malah bertekad untuk membalas dendam.

4. Kerajinan - Hassan sanggup belajar ilmu mempertahankan diri dan juga ilmu agama.

NILAI WATAK UTAMA NOVEL MERDEKA! MERDEKA!

1. Keberanian - Kudin berani menentang musuh.

2. Penyayang - Kudin sangat menyayangi kedua-dua ibu bapa dan juga rakan-rakannya.

3. Pandai dan petah bercakap – kudin berucap dalam perhimpunan agung sebagai wakil remaja di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman.

4. Berjiwa patriotisme – Kudin turut serta dalam perarakan-perarakan menentang Melayan Union.

* Mana-mana jawapan guru dan pelajar yang bersesuaian boleh diterima.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk penyelesaian soal diberikan waktu 45 menit; (2) Mengkoreksi hasil pekerjaan siswa dan menganalisis dengan teknik analisis data yang sesuai; (3) Memilih 4

Atas dasar penjelasan latar belakang serta hasil dari penelitian-penelitian yang telah dilaksanakan, peneliti ingin melakukan penelitian lebih lanjut tentang

Oleh karena itu, penulis mengambil judul mengenai Evaluasi Tata Letak Bangunan Terhadap Garis Sempadan Jalan di Kawasan Central Business District Kota Semarang.Penelitian

stemming yang terlalu panjang akan menyebabkan energi yang dihasilkan dari bahan peledak tidak menyebar secara merata sehingga ukuran fragmentasi kebanyakan yang oversize,

4) Perancangan Hysterisis-Band Current Control PWM Nilai referensi arus tiga fasa ( yang sudah didapatkan akan dibandingkan dengan nilai arus aktual ) untuk

Atau Anda bisa juga mengobrol hal-hal hal-hal yang sama sekali tidak ada sangkut pautnya dengan kalian berdua, karena mungkin bagi dia keputusannya untuk menelponmu sudah

terhadap tugas buku gambar dan 4-5 kali pada laporan praktikum, kualitas tugas- tugas tersebut meningkat dengan indikator: pada tugas buku gambar, mahasiswa dapat menggambar

Zhong Ren, Rui Wang, John Snyder, Kun Zhou, Xinguo Liu, Bo Sun, Peter Pike Sloan, Hujun Bao, Qunsheng Peng, Baining Guo [11] dalam papernya yang berjudul "Real-time Soft Shadows