• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dalam era yang semakin maju masa kini,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dalam era yang semakin maju masa kini,"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

D

alam era yang semakin maju masa kini, pelbagai kaedah penghasilan bahan makanan untuk memenuhi citarasa dan selamat dimakan oleh pengguna merupakan usaha beterusan. Pengguna masa kini semakin bijak memilih produk yang berkualiti terutama mempunyai kandungan zat makanan mencukupi untuk keperluan harian.

Tanaman beroganik merupakan kaedah penghasilan produk yang berkualiti dan selamat dimakan. Organik mungkin semata-mata bermaksud produk tanpa bahan kimia dan daging tanpa antibiotik. Tetapi bagi petani yang melabelkan produk mereka organik, beberapa piawaian ketat mesti ditepati.

Di samping tidak menggunakan racun serangga, pengusaha perlu memastikan produk yang mereka keluarkan mesti mempunyai rekod penanaman, butiran pemeriksaan daripada badan pensijilan organik. Tanah ladang juga mesti bebas daripada sisa bahan kimia sekurang-kurangnya tiga tahun dan tidak menggunakan sebarang baja tiruan, hormon atau antibiotik. Bahkan selepas penuaian, produk organik untuk dipasarkan, rekod mesti membuktikan bahawa mereka diangkut tanpa bercampur dengan produk bukan organik dan dibungkus rapi serta tidak tercemar.

Peningkatan minat pengguna terhadap makanan organik di Malaysia semakin ketara. Kebanyakan pengguna berasa bahawa ia adalah salah satu cara menjaga kesihatan mereka. Selain itu terdapat juga beberapa sebab mengapa organik menjadi pilihan pengguna masa kini.

Lebih Zat Makanan dan Kurang Air

Baja tiruan mencairkan kandungan zat makanan buah-buahan dan sayur-sayuran dan meningkatkan kandungan air. Satu kajian telah dijalankan oleh Organic Retailers and Growers Association of Australia (ORGAA) mendapati bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran yang menggunakan kaedah bukan organik mempunyai 10 kali kurang kandungan mineral daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara organik. Ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran berorganik adalah lebih kuat dan sihat dengan rasa yang berlainan.

Lebih Mineral dan Vitamin C

Kajian mendapati kandungan zat makanan produk rorganik lebih tinggi berbanding bukan organik. Di samping itu American Chemical Society melaporkan bahawa buah-buahan organik seperti oren organik yang bersaiz kecil mengandungi 30% lebih vitamin C daripada oren tanpa organik yang lebih besar saiznya. Perbandingan juga dibuat terhadap pear, epal, gandum, ubi kentang dan jagung susu.

Keputusan mendapati tanaman berorganik mengandungi kandungan mineral yang lebih tinggi daripada yang biasa. Kesimpulan juga mendapati produk organik mengandungi 63% lebih kalsium, 91% lebih fosforus, 59% lebih besi, 138% lebih magnesium, 48% lebih tembaga, 60% lebih zink dan 390% lebih selenium.

Lebih Memberi Perlindungan Anti-Oksida

Tumbuh-tumbuhan mengandungi sebatian s e m u l a j a d i y a n g d i n a m a k a n f i t o n u t r i e n

2

(3)

melindungi tumbuhan daripada serangga dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik tidak dilindungi dengan racun serangga, penghasilan fitonutrien yang mempunyai sifat memberi perlindungan anti-oksida dilakukan secara semula jadi. Berbanding dengan tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada racun rumpai dan serangga mempunyai kurang keperluan untuk menghasilkan sebatian ini.

Sesetengah anti-oksida terbukti berguna dalam pencegahan dan rawatan kanser. Satu kajian dilakukan bagi menentukan kandungan anti-oksida yang terdapat dalam jagung, strawberi dan marion beri (sejenis buah beri hitam) melalui kaedah organik (tiada racun rumpai, racun serangga atau

baja), kaedah kawalan (membaja tetapi tiada racun rumpai atau racun serangga) dan secara biasa di mana bahan kimia tiruan digunakan.

Keputusan menunjukkan tahap anti-oksida dalam jagung yang membesar secara kawalan adalah 58.5% lebih tinggi daripada jagung yang membesar secara biasa, sementara marionberi yang membesar secara organik dan kawalan mempunyai kira-kira 50% lebih anti-oksida daripada beri yang membesar secara biasa. Tambahan pula, strawberi yang membesar secara kawalan dan organik mempunyai kira-kira 19% lebih anti-oksida daripada strawberi yang membesar secara biasa.

Pengubahsuaian Organisma Bukan Secara Baka (GMO)

GMO ialah organisma yang dimanipulasi secara baka melalui penyelitan DNA bagi p e n g h a s i l a n s e s u a t u p r o d u k b e r b a n d i n g d e n g a n p r o d u k o r g a n i k y a n g d i l a r a n g penggunaan mana-mana GMO Industri. Pengusaha ladang yang mengadaptasikan GMO mengamalkan kejuruteraan genetik tanpa pemeriksaan, tanpa pembatasan dan tanpa penyiasatan yang berkemungkinan membahayakan. Sehingga kini, tidak ada permintaan untuk melabelkan makanan yang telah berubah secara genetik oleh pengusaha ladang. Ujian makmal dan laporan industri

“Satu kajian telah

dijalankan oleh

Organic Retailers and

Growers Association of Australia

(ORGAA)

mendapati bahawa

buah-buahan dan sayur-sayuran yang

menggunakan kaedah bukan organik

mempunyai 10 kali kurang

kandungan mineral daripada

buah-buahan dan

sayur-sayuran yang ditanam secara

organik.”

(4)

menunjukkan 60%-75% produk dipasaran selain produk organik telah mengalami pengubahsuaian secara genetik.

Tanpa Penggunaan Antibiotik

Penggunaan antibiotik yang tidak terkawal dalam sumber makanan merupakan ancaman kepada kesihatan manusia. Pengenalan kepada produk organik merupakan langkah yang diambil bagi mengelakkan penggunaan antibiotik dan dadah veterinar lain yang biasa digunakan dalam perladangan bukan organik. Di Institute of

Grass-land and Environmental Research di Britain, penyelidik mendapati bahawa susu berorganik mempunyai lebih omega-3 asas asid berlemak daripada susu yang biasa.

Tanpa Racun Serangga

Terdapat racun serangga yang digunakan untuk mengelakkan serangan perosak tanaman berbahaya kepada manusia. Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) mendapati 60% racun lalang, 90% racun kulat dan 30% racun serangga adalah b e r k e m u n g k i n a n p e n y e b a b k a n s e r .

Hanya satu peratus daripada bahan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang diimport diuji tahap keracunannya dalam memastikannya terhindar daripada penggunaan racun yang diharamkan. Ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelbagai bahan makanan yang diimport untuk kegunaan dalam Negara.

Kajian menunjukkan penggunaan beberapa bahan kimia dalam racun serangga boleh mempengaruhi kandungan yang mengakibatkan kecacatan kelahiran, kerosakan saraf dan mutasi genetik. Kanak-kanak empat kali lebih terdedah kepada makanan yang mengandungi bahan kimia dan racun daripada orang dewasa tanpa disedari dan berkemungkinan akan menyebabkan kanser untuk jangka panjang.

Pertanian dan produk organik yang dihasilkan membolehkan pengguna terhindar daripada unsur toksik dan racun. Penggunaannya dalam amalan harian merupakan salah satu faktor yang menjamin kesihatan dan gaya hidup sihat. Sumber makanan yang tidak diketahui punca dan kandungan boleh mempengaruhi kesihatan pada masa depan.

4

(5)

P

eningkatan terhadap sumber bahan makanan dan galakan daripada kerajaan menjadikan sektor pertanian semakin berkembang pada masa kini dan menjanjikan pulangan yang tinggi jika diusahakan secara komersial.

Menyedari setuasi ini, empat pertubuhan peladang kawasan (PPK) di Daerah Muar, Johor yang terdiri daripada PPK Muar Selatan, PPK Muar Dalam, PPK Muar Tengah dan PPK Muar Utara telah memajukan tanah dan dikenali Zon Tanaman Makanan Chempelak secara usahasama. Dengan modal sebanyak RM125,304 yang dilaburkan bersama, projek ini telah memberikan pulangan yang memberangsangkan.

Bagi memastikan Projek Zon Tanaman Makanan Chemplak ini berdayamaju, sebuah organisasi pengurusan telah ditubuhkan bagi melaksana dan memantau pengendalian projek agar berjalan seperti dirancang. Untuk itu PPK Muar Tengah telah

diberi kepercayaan sebagai agensi pengurusan yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut. Tanah kurniaan kerajaan negeri seluas 485.83 hektar terletak di Mukim Chempelak yang berstatus tanah TOL telah dimajukan dengan tanaman buah-buahan secara berperingkat. Sehingga kini sebanyak 121.45 hektar telah diusahakan dengan tanaman jambu batu, pulasan, longan, nangka dan durian belanda seawal tahun 2000. Diantara tanaman tersebut jambu batu varieti Kampuchea peringkat I (4 – 5 tahun) dan II (3 – 4 tahun) merupakan tanaman utama dan telah mengeluarkan hasil.

Memandangkan lokasi tanah terletak dalam Daerah Segamat dan agak jauh dari PPK, seorang pengurus projek, Encik Suraf bin Berau ditugaskan untuk mengendali perjalanan projek dengan dibantu oleh seorang penyelia dan 15 orang pekerja.

Menurut Encik Suraf, kebanyakan pekerja terdiri daripada peneroka FELDA berdekatan. Mereka melakukan kerja-kerja penyelenggaraan seperti meracun rumpai dan serangga, membaja, membungkus buah dan memetik hasil. Bagi

(6)

mengurangkan kos penyelenggaraan, penggunaan jentera dibekalkan untuk kerja meracun, membaja dan memunggut hasil. Kemudahan pusat pengumpulan dan pengredan serta stor turut disediakan untuk jangka masa panjang.

Tanaman jambu memerlukan penjagaan yang agak rumit berbanding dengan tanaman lain. Kerja-kerja penyelenggaraan terhadap tanaman jambu batu seperti pemangkasan dahan dan tunas perlu dilakukan enam kali setahun untuk menggalakkan pengeluaran buah berbanding dengan tanaman lain yang kebanyakkan hanya memerlukan dua kali pangkasan setahun. Pada bulan Julai 2006 hasil untuk tanaman jambu batu peringkat I merosot disebabkan musim melawas tetapi hasil dijangka akan mula meningkat pada bulan ogos hingga oktober. Untuk tanaman di peringkat II, pengeluaran hasil masih tinggi dan menyumbang hampir 100 % keluaran hasil semasa.

Kerja memetik buah jambu dilakukan pada waktu pagi bagi memastikan kualiti dan kesegaran buah terjamin. Setelah itu proses pengredan dijalankan secara manual bagi membolehkan buah diasingkan mengikut saiz dan hanya buah gred A dan B sahaja akan dipasarkan. Kebanyakkan buah jambu dibekalkan kepada pemborong untuk pasaran di Johor Bahru dan dieksport ke Singapura dengan harga RM0.75 sekilo. Sehingga kini tanaman jambu batu telah menghasilkan 96 metrik tan dengan nilai melebihi RM74 ribu.

Pokok pulasan dari varieti Muar dan longan varieti Berlian telah mula berbuah dan dijangka dapat dipasarkan pada awal Oktober 2006. Apabila pokok matang pengeluaran hasil dijangka mampu memenuhi pasaran tempatan.

Menceritakan masalah yang sering dihadapi, beliau menerangkan kawasan projek terletak agak rendah di mana banjir kerap berlaku terutama pada musim tengkujuh. Selepas berlakunya banjir, tanaman terutama pokok

“Tanah kurniaan

kerajaan negeri seluas 485.83

hektar terletak di Mukim

Chempelak yang berstatus tanah

TOL telah dimajukan dengan

tanaman buah-buahan secara

berperingkat.”

6

(7)

jambu batu kerap mengalami penyakit akar yang dibawa oleh cacing nematod. Apabila serangan ini berlaku pengeluaran buah akan menurun atau buah yang dihasilkan tidak berkualiti. Jika langkah pengawalan tidak diambil segera serangan akan mengakibatkan tumbesaran pokok terbantut dan akhirnya mati.

Selain itu serangan haiwan liar seperti babi hutan, beruk dan lembu liar milik peneroka merupakan ancaman kepada projek terutama di kawasan yang bersebelahan dengan kawasan FELDA dan belukar yang juga menjadi habitat semulajadi haiwan berkenaan. Serangan tersebut boleh mengakibatkan penurunan hasil sebanyak 30 % daripada jumlah keluaran semasa.

Daripada keluasan tanah yang ada, sebanyak 121.5 hektar tidak boleh dimajukan kerana terletak di kawasan berpaya. Manakala 242.9 hektar lagi akan dibangunkan dengan penglibatan usahawan dan ahli peladang bagi mengusahakan pelbagai komoditi

makanan seperti ternakan dan ternakair. Projek-projek usahawan dan ahli juga dirancang untuk dibangunkan secara kelompok dan perkhidmatan akan diselaraskan secara berpusat supaya masalah dapat diatasi dengan lebih berkesan dan meminimumkan kos.

Pada masa kini usaha untuk menarik penglibatan usahawan telah dilakukan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ada usahawan yang telah memulakan projek menternak ikan air tawar dengan khidmat nasihat PPK. Kolam yang diusahakan berdekatan punca air sungai, sesuai untuk ternakan ikan keli, tilapia dan patin.

Manakala kawasan bagi ternakan telah dikenalpasti dan usahawan yang berpotensi akan dibimbing untuk mengusahakannya. Jika semua projek yang dalam perancangan dan perlaksanaan ini mencapai kejayaan, maka hasrat kesemua PPK untuk mengwujudkan Zon Pengeluaran Makanan melalui pengurusan berkelompok terlaksana.

“Daripada keluasan

tanah yang ada, sebanyak

121.5 hektar tidak boleh dimajukan

kerana terletak di kawasan berpaya.

Manakala 242.9 hektar lagi akan

dibangunkan dengan penglibatan

usahawan dan ahli peladang bagi

mengusahakan pelbagai

komoditi makanan seperti ternakan

dan ternakair.”

(8)

S

ektor pertanian sentiasa mendapat kepercayaan daripada kerajaan bagi memacu ekonomi negara bersama-sama sektor lain. Pertanian masih kekal diletakkan sebagai enjin pertumbuhan ketiga ekonomi negara dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).

Perdana Menteri dalam ucapan Pembentangan Bajet 2007 di Parlimen pada 2 September 2006 berkata bahawa “Sektor Pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor yang moden, komersial dan berdaya saing. Langkah perlu ditumpukan kepada pengkomersialan hasil R&D, penggunaan teknologi moden dan memperbaiki lagi rantaian bekalan. Di samping itu, kita perlu juga memanfaatkan kekayaan biodiversiti negara dengan membangunkan kegiatan bernilai tinggi seperti bioteknologi dan biofarmaseutikal”.

Dalam bajet 2007, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar untuk sektor pertanian terutamanya bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran hasil pertanian serta menambah keupayaan pemasaran. Sebahagian daripada peruntukan tersebut akan digunakan bagi melaksanakan pelbagai projek ternakan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, MADA dan KADA bagi tujuan meningkatkan pengeluaran hasil daging Negara.

Peranan Sektor Pertanian

Pertanian masakini semestinya tidak lagi diuruskan sebagai memenuhi sara hidup semata-mata, malah ianya boleh menjadi satu bidang usaha yang menguntungkan. Sektor pertanian mampu memberikan impak yang besar sekiranya diuruskan dengan betul dan berkesan. Peranan sektor pertanian di Malaysia semestinya menjadi penyumbang kepada pengeluaran bahan makanan. Bahan makanan yang dikeluarkan bukan sahaja untuk kegunaan dalam negara, malah ianya boleh dieksport. Sebagai contoh pada masa ini, Malaysia sememangnya mengeksport makanan segar ke Singapura dan Thailand. Selain itu, sektor pertanian turut menjadi penyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi bagi penduduk luar bandar. Sebahagian besar masyarakat luar bandar merupakan peladang, penternak dan nelayan yang akan menjadi tunggak dalam pengeluaran hasil pertanian terutamanya bahan makanan. Mereka akan mendapat manfaat yang maksimum kesan pengunaan teknologi yang dibawa masuk bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti hasil

keluaran mereka.

8

(9)

Sumbangan Sektor Pertanian

Apabila pertanian diberikan tumpuan oleh kerajaan untuk dimajukan maka ianya turut memberi kesan kepada penawaran terhadap pembangunan industri berasaskan pertanian. Banyak aktiviti-aktiviti tambah nilai pengeluaran pertanian dapat dihasilkan ke arah pengembangan dan kepelbagaian keluaran pertanian.

Perangkaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan bahawa guna tanah sektor pertanian pada hari ini cuma 24 peratus atau 7.9 juta hektar. Getah merangkumi keluasan 1.8 juta hektar, kelapa sawit (4.2 juta hektar), kelapa (0.2 juta hektar), padi (0.6 juta hektar), dusun (0.2 juta hektar) dan lain-lain (0.9 juta hektar).

Dari sudut sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula, pada tahun 2005, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak 8.3 peratus dengan nilai sebanyak RM21.6 billion kepada KDNK. Sumbangan KDNK Malaysia agak rendah berbanding dengan Thailand di mana sumbangan KDNK sektor pertaniannya adalah sebanyak 10 peratus. Sumbangan sebanyak 37.2 peratus dengan nilai RM8.0 billion datangnya daripada agro makanan seperti hortikultur, perikanan dan ternakan. Sementara itu sebanyak 62.8 peratus dengan nilai RM13.6 billion adalah daripada sektor bukan agro makanan seperti getah, kelapa sawit dan perhutanan.

Imbangan Dagangan

Di sebalik sumbangan yang besar kepada KDNK negara, pertanian masih lagi bergantung kepada sumber makanan import bagi kegunaan rakyat. Imbangan dagangan berada sekitarRM(-4.4) billion dan RM(-7.2) billion antara tahun 2000 hingga 2005.

Dan sekiranya sektor pertanian (sub-sektor makanan) gagal menyumbang keluaran, maka imbangan dagangan makanan akan mencecah defisit yang lebih tinggi daripada apa yang dialami oleh negara masa kini. Imbangan Perdagangan adalah seperti berikut:

Malahan apa yang membimbangkan adalah imbangan dagangan eksport dan import sayuran didapati berada dalam keadaan defisit sehingga RM1,150.1 juta. Kebanyakan sayuran yang diimpot adalah tomato, sayuran hijau dan cili yang boleh ditanam di Malaysia.

Agenda Pertanian Baru

Semenjak tahun 1984, tiga Dasar Pertanian Negara (DPN) telah digubal bermatlamat memajukan sektor pertanian. DPN1 (1984 – 1991) digubal bagi membangunkan sektor pertanian yang berorientasi eksport. Tanaman yang menjadi keutamaan seperti getah, kelapa (RM Bilion) 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 (Jun) 2010 (a) 6.4 6.5 7.4 8.3 9.9 10.6 5.4 14.9 11.4 12.2 12.4 12.7 16.6 17.8 9.5 27.4 -5.0 -5.7 -5.0 -4.4 -6.7 -7.2 -4.1 -12.4 Tahun Eksport Import Imbangan

(10)

sawit dan koko. DPN2 (1992 – 1997) digubal bagi memantapkan pelaksanaan DPN1. Dasar baru ini memfokuskan kepada peningkatan keluasan tanaman dan meningkatkan produktiviti. Selain itu, ianya turut memfokuskan kepada pembangunan industri asas tani seperti pembinaan kilang minyak kelapa sawit dan getah.

Hasil kejayaan kedua-dua dasar tersebut, maka penggubalan DPN3 (1998 – 2010) terus dimantapkan selaras dengan keperluan dan persekitaran yang semakin mencabar. Dunia perniagaan tanpa sempadan memerlukan daya saing yang tinggi untuk kekal bersaing. Kerajaan menumpukan kepada peningkatan keselamatan makanan dan sektor agro makanan kini diberikan keutamaan.

Kerajaan terus merangka beberapa strategi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian. Insentif tambahan seperti yang diperkenalkan dalam industri tanaman padi adalah sebagai usaha untuk pesawah meningkatkan pengeluaran menjelang tahun 2010. Kabinet telah bersetuju memberikan insentif pengeluaran padi sebanyak RM240 sehektar semusim dan RM650 bagi insentif pengeluaran hasil. DPN3 juga memfokuskan kepada pengwujudan sumber pertumbuhan baru. Tanaman herba dan burung walid merupakan contoh sumber pertumbuhan baru.

Agenda pertanian baru negara amat jelas iaitu mentransformasi dan memodenkan sektor pertanian. Kedua, menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar makanan. Ini selaras dengan

teras pertama dalam misi nasional yang digariskan dalam RMK-9 iaitu untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi selain memperkasakan pertanian iaitu dalam industri berasaskan pertanian.

Penekanan Pertanian Baru

Antara penekanan dalam agenda pertanian baru adalah seperti berikut:

〈 Komersial berskala besar

〈 Penggunaan teknologi yang lebih moden

〈 Pengeluaran yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi

〈 Memanfaatkan potensi bioteknologi

〈 Penggunaan teknologi maklumat dan ICT

〈 Penglibatan usahawan tani

〈 Tenaga kerja mahir

Penutup

Sekiranya segala usaha murni yang dirancang oleh kerajaan berjalan dengan sempurna, maka tidak mustahil pertanian akan menjadi satu sektor yang utama dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Penggantungan bahan makanan dari luar Negara akan dapat dikurangkan malah boleh dieksport pula. Dan paling utama, pertanian mampu mengurangkan atau terus membasmi kadar kemiskinan masyarakat.

(11)

Tahniah

Kepada

Y. Bhg. Dr. Zulkifli bin Idris

Atas

Perlantikan Sebagai

Ketua Setiausaha

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Berkuatkuasa

11 September 2006

Daripada

Ketua Pengarah

dan

(12)

Ketua Pengarah

Lembaga Pertubuhan Peladang

Mengucapkan

Selamat

Hari Raya

Aidilfitri

1427 Hijrah

Maaf Zahir Batin

Kepada

Semua Anggota

Lembaga Pertubuhan Peladang

Penaung

Y.Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Penasihat

Y.Bhg. Tuan Haji Arpan Shah bin Satu

Ketua Pengarang

Y.Bhg. Tuan Abd. Nasir bin Haji Ismail

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.

Penyunting

Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani

Grafik/Illustrator

Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di

Referensi

Dokumen terkait

Perawatan hidroponik ini sangat mudah, karena tumbuhan, tanaman atau sayur-sayuran dapat tumbuh dengan mudah tanpa menggunakan tanah, hanya dengan talang air,

Dalam proses pengerjaan akan menggunakan software maxsurf untuk memodifikasi dengan penambahan bulbous bow pada haluan katamaran untuk mendapatkan nilai tahanan

Menurut Kotler (2014:150) adalah perasaan senang atau kecewa yang muncul setelah membandingkan kinerja (hasil) produk yang dipikirkan terhadap kinerja (hasil) yang

Hasil ini memberikan bukti empiris bahwa bukti dimensi reliability dari kualitas pelayanan tentang penggunaan media dan kesesuaian materi diklat dengan tujuan

Kemudian pada tanggal 6 April 2015, pemerintah telah menerbitkan Peraturan Pemerintah (PP) No 20 tahun 2015 tentang Praktik Akuntan Publik Akuntan Publik yang merupakan

PENGARUH PERBEDAAN BUDAYA TERHADAP PROSES KOMUNIKASI INTERPERSONAL (Pengaruh Perbedaan Etnis Tionghoa - Jawa dan Agama Islam - Kristen Dalam Berpacaran).. dengan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa tingkat fertilitas (TFR maupun ASFR) wanita di perkotaan lebih tinggi dibandingkan dengan wanita di perdesaan. Tingkat

dinamakan sel rizoid, sedang sel anteridial membelah beberapa kali membentuk gametofit yang hanya terdiri dari beberapa sel, dimana 2 atau empat sel di tengah menjadi sel