• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN STRENGTHS AND DIFFICULTIES QU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN STRENGTHS AND DIFFICULTIES QU"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENGGUNAAN ‘STRENGTHS AND DIFFICULTIES QUESTIONNAIRE’ (SDQ) DALAM

PENGUKURAN KOMPENTENSI SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK

Jusiah Idang

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Socialandemotionallearningis a newissuein education. Inthe last few decades, varioussocialand emotional learning programs have been developed, particularly in the United State and the United Kingdom. These programs are also supported by scientific research which highlighted the main benefits obtained as a greater success academically and professionally, increase positive behavior, increase admissions to academic centers, enhance learning, growth and increasing social cohesion mental health(Weare, 2003). Ameta-analysis found that childrenwhoreceivesocialand emotional learning to have a more positive attitude towards school and the average percent increase in standardized achievement tests than students who did not receive such instruction (Durlak & Weissberg, 2010; Durlak & Weissberg, 2011). The study showed that socio-emotional learning programs are effective in both school and after-school settings whether the child has or without behavioral and emotionalproblems(Durlak, Weissberg&Pachan, 2010). Thisresearchwill adopt the instrumentsofStrengthsandQuestionnairedifficultiesusingdescriptivedataanalysis. There are five scales to be viewed as follows: Scale Emotional symptoms, Conduct Problems Scale, Scale Hyperactivity, Peer Problems Scale and Prosocial Scale. This preliminary study is to compare the findings of social and emotional competence among students aged 11-12 years old. About 149 students in one primary privateschool were involved in the study.

Keywords: competence, Socio-Emotional

1. Pengenalan

Perkembangan sosio-emosi adalah merujuk pada perkembangan emosi iaitu

perkembangan perasaan kanak-kanak manakala perkembangan sosial ialah

perkembangan persekitaran kanak-kanak. Pelbagai kemahiran bersosial yang perlu

dipelajari oleh kanak-kanak bagi melibatkan diri dalam aktiviti sehari-harian mereka.

Kanak-kanak perlu belajar bersosial dengan kanak-kanak lain dan masyarakat

sekeliling. Sewaktu zaman kanak-kanak adalah pengalaman pertama kanak-kanak

bersosial dengan rakan-rakan dan masyarakat. Keperluan pembelajaran sosio-emosi

perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak terutama sekali dalam bidang

pendidikan. Program-program pembelajaran sosio-emosi telah lama bertapak di

Negara besar seperti United Kingdom dan United States. Program-program

seumpama turut disokong dengan penyelidikan saintifik yang mengetengahkan

faedah utama yang diperolehi seperti kejayaan yang lebih besar dalam akademik

(2)

pusat-2 pusat akademik, peningkatan pembelajaran, pertumbuhan perpaduan sosial dan

peningkatan kesihatan mental (Weare, 2003).

Satu kajian meta-analisis mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima

pembelajaran sosial dan emosi mempunyai sikap yang lebih positif terhadap

persekolahan serta meningkatkan purata peratus dalam ujian pencapaian standard

berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menerima pengajaran tersebut (Durlak

& Weissberg, 2010; Durlak & Weissberg, 2011). Kajian tersebut menunjukkan

bahawa program pembelajaran sosio-emosi adalah berkesan dalam kedua-dua

setting sekolah dan selepas sekolah sama ada kanak-kanak tersebut mempunyai

atau tanpa masalah tingkah laku dan emosi (Durlak, Weissberg & Pachan, 2010).

Dalam bilik darjah, aspek sosio-emosi amat penting untuk mewujudkan suatu

keadaan yang harmonis yang mengalakkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Aktiviti pembelajaran memerlukan pelajar berinteraksi dengan orang

lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Oleh itu,

sosio-emosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses

berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Maka, pembelajaran

sosio-emosi di kalangan kanak-kanak oleh guru-guru amat perlu supaya perkembangan

kanak-kanak secara holistik menurut Falsafah Pendidikan Negara dapat

direalisasikan serta mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak dan membolehkan

mereka belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat

menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Perkembangan sosio-emosi bermula dengan

kebolehan kanak-kanak memahami dan menguruskan emosi sendiri dan

membolehkan mereka memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk

membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk

yang mesra dan harmoni.

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosio-emosi dengan memberi

penekanan kepada kebolehan dan keyakinan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan

rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai pelbagai

budaya dan latar belakang. Guru perlu mengurus sosio-emosi para pelajarnya

secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak

kepada pencapaian kanak-kanak. Antara aspek akan berlaku tanpa pengurusan

(3)

3 terganggu; iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk

terhadap prestasi kesuluruhan; memberi tekanan mental kepada kanak-kanak dan

guru; kanak-kanak rasa tergangggu dan tidak selesa; serta kanak-kanak sukar

memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.

2. Metod

Kajian preliminari yang dijalankan ini mengunapakai soal selidik Strengths And

Difficulties Questionnaire (SDQ) (Goodman,1997) dengan analisis data secara

deskriptif. Terdapat lima skala yang hendak dilihat iaitu: Emotional Symptoms Scale,

Conduct Problems Scale, Hyperactivity Scale, Peer Problems Scale dan Prosocial

Scale. Kajian preliminari ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap kompentensi

sosial dan emosi di kalangan pelajar-pelajar berumur 11-12 tahun. Seramai 149

kanak-kanak di salah sebuah sekolah rendah swasta terlibat dalam kajian.

2.1. Sample

Seramai 149 orang pelajar iaitu 91 orang lelaki dan 58 orang perempuan di

salah sebuah sekolah rendah swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

2.2. Instrument

The Strengths and Difficulties Questionnaire merupakan salah satu alat

screening yang ringkas bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai aspek

tingkah laku positif dan negetif di kalangan kanak-kanak dan remaja. Soal selidik ini

ditadbir oleh kanak-kanak menggunakan borang self-report serta pengisian

maklumat oleh guru-guru dan ibu bapa. Tetapi, dalam kajian awal ini Cuma

self-report kanak-kanak yang ditadbir. SDQ terbina daripada 25 items dan dipecahkan

kepada 5 skala dan setiap skala mempunyai 5 items setiap satu. Skala tersebut

adalah hyperactivity, emotional symptoms, conduct problems, peer problems and

prosocial behaviour. Terdapat tiga possible answers bagi setiap item, each of which

is assigned a value 0, 1 or 2. The score for each scale is generated by adding up

the scores on the 5 items within that scale, producing scale scores ranging from 0 to

10. A total difficulties score is derived by adding the scores of each of the scales,

(4)

4 (0-13), ‘borderline’ (0–16) and ‘high’ (17–40), following the recommendations of its

author.

2.3. Keputusan dan Analisis Dapatan

Kajian secara preliminary menunjukkan dapatan seperti berikut:

TOTAL SCORE

NORMAL 0-13 Emotional Symptoms Score 1.2 Conduct Problems Score 1.4 Hyperactivity Score 1.9 Peer Problems Score 2.5 Prosocial Behaviour Score 3.3

Jadual 1: Dapatan bagi total score SDQ

Analisa keputusan berdasarkan item-item dalam sub skala adalah seperti

berikut:

Emotional Symptoms Score Dapatan Frequency peratus Often complains of headaches,

stomach-aches or sickness

Not true 83 56

Many worries or often seems worried

Somewhat true 52 35

Often unhappy, depressed or tearful

Not true 88 59

Nervous in new situations, easily loses confidence

Somewhat true 62 42

Many fears, easily scared Somewhat true 62 42 Jadual 2: Dapatan bagi subskala Emotional Symptoms Score

Dalam jadual 2: Jawapan pada ‘somewhat true’ jika dilihat secara individu

kanak-kanak amatlah menunjukkan berada dalam line abnormal. Symptoms emosi

yang negetif adalah perlu untuk diberi perhatian dan bantuan supaya perkembangan

emosi kanak-kanak tidak terbantut. Dapatan menunjukkan bahawa 35 peratus

adalah kanak yang selalu berasa risau. Manakala, seramai 62 orang

kanak-kanak sering berasa gelisah pada suasana baru serta senang hilang keyakinan diri.

Akhir sekali, jumlah yang sama iaitu 42 peratus mengalami banyak ketakutan dan

(5)

5 Conduct Problems Score Dapatan Frequency peratus Often has temper tantrums or hot

tempers

Often fights with other youth or bullies them

Jadual 3: Dapatan bagi subskala Conduct Problems Score

Dalam jadual 3: dapat dilihat bahawa dapatan subskala Conduct Problem

Score iaitu dua pernyataan negetif yang dipersetujui oleh kanak-kanak yang perlu

diambil perhatian iaitu Often has temper tantrums or hot tempers iaitu seramai 40

peratus kanak-kanak mengalaminya. Gambaran ini menunjukkan kebanyakan

kanak-kanak di sekolah ini sering mempunyai perasaan marah. Manakala, yang

kedua ialah perbuatan mencuri sama ada di rumah, sekolah atau di mana-mana iaitu

sebanyak 71 kekerapan mengakui melakukan perbuatan tersebut. Tabiat ini perlu

diambil perhatian bagi mencegah kerosakan akhlak kanak-kanak di masa hadapan.

Hyperactivity Score Dapatan Frequency peratus Restless, overactive, cannot stay

still for long

Somewhat True 61 41

Constantly fidgeting or squirming Not True 74 50 Easily distracted, concentration

wanders

Somewhat True 73 49

Thinks things out before acting Somewhat True 71 47 Good attention span, sees work

through to the end

Somewhat True 76 51

Jadual 4: Dapatan bagi subskala Hyperactivity Score

Jadual 4: memaparkan dapatan bagi subskala Hyperactivity Score. Item

restless, overactive, cannot stay still for long yang menunjukkan dapatan 41 peratus

serta easily distracted, concentration wanders iaitu sebanyak 49 peratus perlu

(6)

6 Peer Problems Score Dapatan Frequency

Would rather be alone than with other children

Not True 81

Has at least one good friend Certainly True 117 Generally liked by other children Somewhat True 72 Picked on or bullied by other

children

Not True 101

Gets along better with adults than with other children

Somewhat True 65

Jadual 5: Dapatan bagi subskala Peer Problems Score

Secara keseluruhan dapatan dalam jadual 5 bagi subskala peer problems

score menunjukkan kecenderungan setiap kanak-kanak mempunyai

sekurang-kurang seorang rakan baik iaitu 117 orang kanak-kanak bersetuju. Tidak suka

bermain secara berseorangan mempunyai dapatan 81 orang yang tidak bersetuju

serta mengetahui bahawa rasa disukai serta menyukai kanak-kanak lain

mewujudkan perasaan tenang dan gembira iaitu seramai 72 orang kanak-kanak

bersetuju. Seramai 65 orang kanak-kanak mengakui lebih mudah bersama dengan

orang dewasa yang boleh diinterpretasikan sebagai keperluan orang dewasa

membimbing golongan yang masih muda ini.

3. Perbincangan

Secara keseluruhan dapatan menunjukkan keputusan score adalah di tahap

normal iaitu dalam lingkup 0-13. Namun apabila, dilihat secara individu berdasarkan

kekerapan dan peratus terdapat skor berada di tahap borderline atau abnormal.

Daripada dapatan ini berdasarkan analisis setiap item dalam subskala menunjukkan

keperluan pihak sekolah untuk mengambil tindakan membantu kanak-kanak yang

cenderung pada emosi dan social yang negetif.

Perkembangan sosial dan emosi kanak terjadi pada zaman

kanak-kanak lagi. Perkembangan sosio-emosi terjadi serentak dengan perkembangan fizikal

dan mental mereka. Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak adalah meliputi konsep

kendiri dan penerimaan diri; perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak

lain; perhubungan antara kanak-kanak dengan guru dan perhubungan kanak-kanak

di dalam kumpulan. Semua kanak-kanak akan merasa bahawa mereka adalah orang

(7)

7 kanak-kanak yang merasa diri mereka baik dan percaya mereka boleh melakukan

perkara-perkara yang baik mempunyai konsep penerimaan diri yang baik.

Kanak-kanak yang memiliki konsep kendiri yang positif boleh menerima kekuatan dan

kelemahan mereka sendiri. Pada zaman globalisasi ini, banyak program

kanak-kanak yang disediakan untuk memelihara kesedaran diri dan konsep kendiri yang

positif dapat di terapkan di dalam diri kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dipuji oleh

orang sekelillingnya kanak-kanak akan gembira dan akan menerima pujian itu

dengan suka hati. Dari sini, kanak-kanak dapat belajar untuk menerima diri mereka

sendiri walaupun apa yang mereka lakukan tidak di sukai oleh orang lain. Konsep

kendiri yang baik adalah penting untuk kanak-kanak dan ianya adalah sama penting

untuk orang dewasa. Kanak-kanak juga memerlukan dorongan yang sama seperti

orang dewasa. Kanak-kanak memerlukan dorongan dari segi emosional dan

persekitaran yang selamat untuk mengekspresikan diri mereka secara kreatif.

Hubungan kanak-kanak dengan kanak-kanak lain terjadi apabila setelah

seorang kanak-kanak telah menerima kanak-kanak lain dalam hidupnya. Pihak

sekolah perlu menyediakan ruang yang mampu menggalakkan kanak-kanak belajar

serta bertukar pendapat dengan pelajar lain secara harmoni. Kanak-kanak yang

mempunyai perasaan tekanan berpotensi mengekspresikan perasaan mereka melalui

tindakan vindalisme. Guru yang memahami perasaan kanak-kanak dapat membantu

mengatasi masalah mereka.

4. Penutup

Kajian secara preliminary ini di salah sebuah sekolah rendah swasta di

kawasan bandar mampu menunjukkan kepentingan untuk mengetahui tahap

kompetensi emosi kanak-kanak supaya pengurusan dan pembelajaran

sosio-emosi dapat dianjurkan. kanak-kanak perlu dididik mengenai interaksi dan

mengadaptasi diri dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Di samping itu,

peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosio-emosi dengan memberi

penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid dalam menggalakkan interaksi

(8)

8 References:

Durlak, J., Weissberg, R. & Pachan, M. (2010). A Meta-Analysis of After-School Programs That Seek to Promote Personal and Social Skills in Children and Adolescents, American Journal of Community Psychology, 45, 294-309, DOI 10.1007/s10464-010-9300-6;

Durlak, J., Weissberg, R., Dymnicki, A., Taylor, R., & Schellinger, K. (2011). The Impact of Enhancing Students’ Social and Emotional Learning: A Meta-Analysis of School-Based Universal Interventions. Child Development, 82 (1), 405-432.

Goodman R (1997) The Strengths and Difficulties Questionnaire: A Research Note. Journal of Child Psychology and Psychiatry, 38, 581-586.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

Mayesky, M.(2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York. Delmar Thomson Learning

Weare, K. & Gary, G. (2003). What works in Developing Children’s Emotional dan Social Competence and Well Being?, DfES, Londra.

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Partisipasi siswa pada siklus I dikatagorikan sedikit sekali siswa yang berpartisipasi dalam pembelajaran sesuai dengan indikator yang telah ditetapkan. Karena

Jika pada mulanya para peneliti bahasa dan gender lebih terpaku pada melihat sistem dan struktur bahasanya saja sebagai variabel tersendiri, lama kelamaan mereka juga melihat-

Dari 75,5 juta ha lahan yang dapat digunakan untuk usaha pertanian, baru sekitar 25,7 juta ha yang telah diolah untuk sawah dan perkebunan (BPS, 2000). Pertanian organik menuntut

Hasil yang didapatkan adalah tidak ada hubungan yang signifikan antara variable independen (riwayat penyakit ibu, riwayat penyakit keluarga, sosial ekonomi, dukungan keluarga

Hal ini sesuai dengan Undang-Undang Republik Indonesia No 20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional, pasal 1 ayat (10) Satuan pendidikan adalah kelompok

(Jakarta: Direktorat Jendreral Bimbingan Masyarakat Islam dan Penyelenggaraan Haji Kemenag, 2015).. Aset wakaf terus berkembang, dana infak dan sedekah lebih menjanjikan. Hasil