PERSEKITARAN KELUARGA DAN KESANNYA TERHADAP
Masa hadapan negara Malaysia adalah berada dalam genggaman anak-anak pada hari ini. Merekalah yang akan membangunkan bangsa ini kelak dengan pengetahuan dan kemampuannya bersaing di dunia global. Membawa bangsa Malaysia dalam percaturan politik, ekonomi dan kebudayaan bersama bangsa-bangsa lain di panggung dunia. Tanggungjawab generasi penerus bangsa ini tidak boleh dipandang remeh, malah perlu dibekalkan dengan pembelajaran yang mantap dan tidak mudah goyah dengan tradisi politik dan halangan lain. Dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab ini, keluarga di lihat memainkan peranan besar dalam melahirkan
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan persekitaran keluarga dan kesannya terhadap matlamat pendidikan anak-anak jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual melibatkan maklumat demografi, pengaruh pendidikan (matlamat, peluang dan kekangan pendidikan) yang dihadapi oleh anak-anak jalanan di Jalan Chow Kit. Kajian ini melibatkan 3 orang kanak-kanak jalanan yang berada di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persekitaran keluarga seperti penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan kegiatan sosial anak-anak di luar rumah menjadi faktor utama anak ini menjadi anak terbiar di jalanan.Matlamat anak-anak jalanan terhadap pendidikan, halangan dan kekangan yang terpaksa dilalui oleh anak-anak ini dibincangkan dalam kajian ini.
masyarakat yang harmonis, berilmu seterusnya melahirkan warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan pembangunan modal insan (Zulkifli et.al, 2011). Menurut Rohner, Ronald & Veneziano, (2001) ibubapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak dan mereka yang mencorakkan perkembangan peribadi anak-anak dari peringkat kelahiran sehingga ke peringkat dewasa.
Walaupun sekolah merupakan institusi formal yang memberikan anak-anak pendidikan, namun peranan ibubapa tidak boleh dipandang remeh. Menurut Rohaty (2003), peranan keterlibatan ibubapa dalam membentuk anak-anak yang berpendidikan adalah amat penting bagi melahirkan generasi yang mempunyai matlamat dan merebut peluang pendidikan yang diberikan untuk membina masa depan yang cemerlang. Masalah dan kekangan utama anak-anak jalanan ini untuk mendapatkan pendidikan sempurna bukan disebabkan mereka tidak mempunyai wang yang cukup tetapi disebabkan oleh kurangnya penglibatan dan perhatian ibubapa mereka dalam aktiviti pembelajaran serta aktiviti sosial mereka di rumah (Zukina, 2003).
Sebahagian besar masa anak-anak adalah bersama dengan ibubapa. Oleh itu, faktor persekitaran keluarga seperti ibubapa tidak melibatkan diri dengan aktiviti anak-anak mereka boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak jalanan yang berada di Jalan Chow Kit ini. Anak boleh diibaratkan seperti sehelai kain putih bermula dari peringkat bayi lagi. Maka, ibu bapa merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam mencorakkan kain putih tersebut disebabkan ibu bapa adalah teras bagi sesebuah keluarga dan mereka juga merupakan agen sosialisasi dalam kehidupan anak-anak mereka (Atan Long, 1978).
2.0 Latar Belakang Kajian
dan agama mereka, HIV dan taraf kesihatan mereka, mereka mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti pendidikan, penjagaan dan juga perlindungan.
Walau bagaimanapun generasi muda ini perlu dibentuk dengan baik agar potensi yang ada ini dapat direalisasikan atau diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja serta kepimpinan yang diperlukan. Sekiranya perkara ini tidak dijaga dan diolah dengan baik, perkara yang sebaliknya akan berlaku. Mereka mungkin menjadi anak-anak yang terbiar berada di jalanan dan menjadi faktor peruntuh ketamadunan negara dan membebankan masyarakat.
Nanda (1996) mendefinisikan anak jalanan secara umum sebagai : a. berada di tempat umum (jalanan, pasar, pasaraya, tempat-tempat hiburan) selama 24 jam. b. berpendidikan rendah (kebanyakan keciciran daripada sekolah) c. berasal dari keluarga-keluarga yang tidak mampu d. melakukan aktiviti untuk menjana ekonomi (melakukan pekerjaan pada sektor informal). Anak jalanan, umumnya berasal dari keluarga yang pekerjaannya berat dan ekonominya lemah. Anak jalanan ini berkembang dengan latar kehidupan jalanan dan akrab dengan kemiskinan, penganiayaan, dan hilangnya kasih sayang, sehingga membebankan jiwa dan membuatkan mereka berperilaku negatif. Kebanyakkan mereka tinggal di bandar setempat, dan berhampiran dengan Jalan Chow Kit. Dalam kalangan anak jalanan ini ada yang tinggal di bandar yang berbeza dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan atau bercerai. Terdapat juga anak jalanan yang masih tinggal bersama keluarga dan yang tinggal terpisah tetapi masih sering pulang ke rumah keluarga. Terdapat juga anak-anak yang terbiar ini masih berada di bangku sekolah dan sering merayau tanpa hala tujuan bersama rakan-rakan sebaya disebabkan kurangnya penjagaan oleh ibu bapa terhadap pendidikan dan aktiviti luaran mereka.
3.0 Pernyataan Masalah
pendidikan bukan sahaja dipengaruhi oleh budaya dan masyarakat yang melengkungi keluarga tetapi juga faktor pendapatan keluarga serta penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak di rumah.
Secara umumnya, terdapat berbagai pelbagai bentuk halangan yang membantutkan matlamat mereka terhadap pendidikan. Program-program pendidikan merupakan elemen yang paling penting dilihat boleh mengubah status sosial anak-anak jalanan ini ke tahap yang lebih baik (Abd. Halim et. al. 2005). Namun begitu, anak-anak jalanan yang ditemui enggan bersekolah dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah.
Abd. Halim et al, (2005) menyatakan dalam kajiannya kemiskinan keluarga dan kekurangan pendidikan dalam kalangan ibu bapa mungkin menyumbang kepada kepercayaan anak-anak jalanan ini bahawa kekangan ekonomi akan menyekat mereka mencapai cita-cita. Ini menyebabkan ibubapa mereka berasa anak-anak mereka tiada harapan yang tinggi dan ini terus mempengaruhi penglibatan mereka dalam proses pembelajaran anak-anak di rumah. Misalnya kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, data dari National Assessment for Educational Progress (NAEP) menunjukkan pelajar-pelajar daripada golongan sosio ekonomi rendah menghadapi masalah pencapaian dalam mata pelajaran utama seperti Matematik dan Sains. Menurut Bracey (2003), pelajar miskin kerugian kerana sebab-sebab gaya hidup mereka. Pertamanya, ibu bapa mereka kurang bercakap dengan anak-anak mereka berbanding pelajar dari golongan lebih berada.
4.0 Objektif Kajian
Objektif kajian secara khususnya adalah seperti berikut :
1. Mengenalpasti hubungan persekitaran keluarga dengan pendidikan formal anak-anak jalanan
2. Mengenalpasti matlamat pendidikan dalam kalangan anak-anak jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur
5.0 Persoalan Kajian
1. Adakah pengaruh persekitaran keluarga mempengaruhi pendidikan formal dalam kalangan anak-anak jalanan?
2. Adakah anak-anak jalanan masih mempunyai matlamat dalam pendidikan?
3. Adakah masih ada peluang pendidikan untuk anak-anak jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur?
4. Apakah kekangan/ halangan yang dihadapi oleh anak-anak jalanan untuk menikmati pendidikan sempurna?
6.0 Tinjauan Literatur
Sikap ibubapa terhadap pendidikan anak-anak penting dalam menentukan kejayaan mereka dalam akademik. Ibubapa yang bersikap positif akan dapat turut serta dalam aktiviti pembelajaran anak-anak dan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk anak-anak dirumah. Rohaty (2003) menyatakan ibubapa dari keluarga miskin di Malaysia kurang memperhatikan anak-anak di rumah. Keadaan di rumah kurang merangsangkan pembelajaran dipersekitaran mereka (Arnold, Zeljo & Doctoroff, 2008). Ibubapa yang sentiasa memberi dorongan dan aspirasi kepada anak-anak boleh memberi kesan yang baik terhadap perkembangan mereka dari segi mental dan fizikal (Zukina, 2003). Walaubagaimanapun, tidak semua ibubapa mampu memberikan rangsangan dan penglibatan yang positif kepada anak-anak kerana terdapat kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.
status ekonomi yang rendah. Ini adalah kerana dalam keadaan status sosioekonomi yang tinggi ibubapa mampu memberikan sokongan dan menyediakan kemudahan serta persekitaran yang selesa untuk belajar. Di dapati kekurangan sokongan dan kurangnya penglibatan ibubapa dalam pendidikan anak-anak mempunyai hubungan dengan tahap penghargaan kendiri yang rendah di kalangan anak. Berbeza dengan kajian oleh Fagen dan Cowen (1996) yang mendapati keluarga yang mengalami empat atau lebih kekangan hidup pula menunjukkan ibubapa lebih bersikap mesra dan mengambil berat manakala anak pula mempunyai imej diri dan kecekapan sosial yang tinggi.
Menurut Ernst (1990) pula ibubapa daripada status sosioekonomi yang rendah mempunyai jangkaan yang rendah terhadap anak dan memberikan hukuman kepada tingkahlaku anak yang mendatangkan kesan untuk jangka masa yang pendek. Kebiasaannya hukuman yang diberikan oleh ibubapa dari status sosioekonomi yang rendah tidak konsisten dan secara spontan. Kenyataan oleh Ernst (1990) ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Hashima dan Amato, (1994) yang mendapati ibubapa dari keluarga miskin mempamerkan sikap kurang mendidik, kurang memberi perhatian terhadap perlakuan anak-anak dan tidak konsisten dalam mendisiplinkan anak. Mereka juga mengamalkan tingkahlaku menghukum dan tidak memberikan sokongan kepada anak-anak.
Oleh itu, dalam menentukan matlamat dan hala tuju anak-anak dalam pendidikan, ibubapa harus memainkan peranan penting terutama dalam membina minda dan akhlak yang baik supaya timbul suasana yang seronok dan selesa bagi anak-anak untuk menimba ilmu pengetahuan. Sehubungan itu, bagi memastikan anak-anak jalanan ini tidak terus terumbang-ambing di jalanan, ibubapa seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak-anak di rumah selaras dengan pernyataan Mohd Fadzli (2007) keluarga ialah asas segala pendidikan yang kukuh kepada generasi muda.
Pengaruh Persekitaran Keluarga terhadap pendidikan anak-anak: Perspektif Teori Dan
Bukti Empirikal
Mengikut Alias Baba (1989) tiga faktor yang mempengaruhi pembelajaran individu iaitu faktor latar belakang (persekitaran) keluarga, kebolehan dan sifat peribadi pelajar. Persekitaran adalah faktor luaran yang banyak mempengaruhi proses pembelajaran, manakala kebolehan pula lebih kepada kelebihan yang ada pada individu. Sifat peribadi yang menjurus ke arah kecemerlangan juga mempengaruhi pencapaian individu.
Calhoun, (1990) menganggap keluarga sebagai satu institusi sosial yang mengandungi undang-undang dan peraturan yang ditunjukkan ke atas manusia. Manakala Hurlock (1973) pula mengambarkan keluarga sebagai asas permulaan dalam pembentukan masyarakat. Keluarga sering dikaitkan dengan ibu dan bapa yang bertindak sebagai pengawal kepada anak-anak. Ikatan pertalian darah antara ibu bapa dan anak merupakan ikatan yang sangat rapat di mana anak-anak mendapatkan kasih sayang, perlindungan dan pembelaan. Anak-anak-anak pula terikat dengan norma-norma yang telah ditetapkan oleh ibu bapa sehingga secara langsung peraturan-peraturan ini akan dapat mempengaruhi tingkah laku anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
Mengikut Baldwin & Baronski (1990) persekitaran keluarga merujuk kepada corak interaksi keseluruhan antara ahli-ahli dalam sesebuah keluarga, contohnya cara-cara yang digunakan oleh ibu bapa dalam membantu perkembangan pendidikan anak-anak. Corak interaksi ini merangkumi cara berkomunikasi dan layanan yang diberikan kepada anak-anak sepanjang masa sama ada di rumah atau di luar rumah.
Mengikut Teori Psikososial Erikson manusia berkembang mengikut pelan yang telah ditentukan atau dikenali dengan prinsip epigenetik. Beliau menekankan soal perkembangan ego dan bukannya id sebagai punca utama yang menggerakkan tingkah laku. Mengikut Erikson pada masa kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun mereka memerlukan penghargaan daripada orang lain. Jika mereka sering dibandingkan dengan orang lain dan dianggap tidak berkebolehan ia akan memperkembangkan sifat rendah diri. Pada masa ini juga kanak-kanak mula berinteraksi dengan rakan sebaya dan dengan cara ini ia mula mengenali dirinya sendiri. Justeru faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat mustahak dalam membentuk sifat dan tingkah laku kanak-kanak.
Bryant (1974) juga menekankan kepada pengaruh faktor latar belakang ke atas proses pembelajaran dan pendidikan pelajar. Beliau mengemukakan satu Model Proses Pendidikan yang menunjukkan apakah faktor-faktor utama yang mempengaruhi proses pendidikan pelajar seperti mana yang ditekankan oleh Fatanah (1997) di mana pencapaian akademik mempunyai hubungan dengan orientasi intelektual, penekanan moral agama, organisasi keluarga dan kawalan keluarga.
7.0 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh persekitaran keluarga terhadap pendidikan formal anak-anak jalanan yang berada di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Pembolehubah persekitaran keluarga yang dikaji ialah penglibatan oleh ibubapa di rumah terhadap pendidikan formal anak-anak jalanan. Penglibatan ibubapa yang dikaji pula merangkumi tiga konstruk iaitu komunikasi ibu bapa dengan anak-anak di rumah, penjagaan ibu bapa di rumah dan pemantauan aktiviti sosial anak di luar rumah. Pendidikan formal yang dikaji ialah tentang matlamat, peluang dan kekangan pendidikan yang dihadapi oleh anak-anak jalanan.
8.0 Kepentingan kajian
Ibu bapa merupakan faktor yang penting dalam kehidupan dan perkembangan anak-anak. Kajian telah menunjukkan bahawa pengaruh sikap dan tingkah laku ibu bapa sangat luas (NICHD, 2004). Mereka memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah tingkah laku dan juga kegagalan dalam persekolahan (Yoshikawa,1995). Kurangnya kawalan keibubapaan adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah anak-anak jalanan dengan kegagalan di sekolah hingga membawa kepada keciciran. Ini akan diikuti pula dengan tingkah laku jenayah dan keganasan.
Hasil kajian ini akan dapat membantu ibu bapa menangani masalah pemantauan dan kawalan terhadap anak-anak di rumah dan di luar rumah. Di samping itu, ibubapa juga mendapat satu penjelasan bagaimana pentingnya konsep pendidikan dalam memastikan pencapaian akademik anak-anak yang baik dan seterusnya, dapat mengurangkan kekangan yang dihadapi oleh anak-anak jalanan dalam pendidikan.
9.0 Metodologi Kajian
Rekabentuk kajian
Sampel
Kajian tinjauan ini telah melibatkan seramai 3 orang anak-anak jalanan yang berada di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur untuk mengkaji pengaruh persekitaran keluarga mereka dari aspek pemantauan dan penglibatan ibubapa di rumah terhadap matlamat, peluang pendidikan akademik, gaya hidup, dan cabaran yang dihadapi.
Instrumen
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini, responden telah ditemubual secara bersemuka oleh penyelidik di kawasan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Penerangan berkaitan dengan objektif kajian ini diberi dan kebenaran diminta sebelum temubual dilakukan. Responden diberi cenderahati sebaik sahaja temubual selesai.
10.0 Dapatan dan Perbincangan
Kajian ini telah melibatkan seramai 3 orang anak-anak jalanan yang tinggal di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur untuk melihat pengaruh persekitaran keluarga seperti penglibatan ibu bapa mereka dalam pendidikan mereka di rumah mahu pun di luar rumah, matlamat dan peluang pendidikan serta cabaran yang dihadapi. Berikut adalah perbincangan hasil daripada analisa data yang telah dilakukan.
Latar Belakang Keluarga
kepada proses perkembangan pendidikan mereka seperti yang dinyatakan oleh Holloway, (2003) dan Wong (1990).
Menurut kajian-kajian di barat, anak-anak miskin boleh ketinggalan kerana masalah-masalah kewangan serta gaya hidup keluarga serta persekitaran tempat tinggal. Dapatan ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan samada di luar negara ataupun di Malaysia kerana untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya memerlukan motivasi yang tinggi, perhatian yang serius semasa pembelajaran, dan latihan yang kerap. Umumnya, keadaan-keadaan yang positif ini lebih senang didapati jika terdapat pengaruh persekitaran keluarga yang baik dan penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka di rumah atau kawalan sosial mereka di luar rumah.
Konsep Pendidikan Dan Perubahan Sosial
Pendidikan dan kehidupan sudah sebati dalam kalangan masyarakat hari ini, maka keduanya memiliki hubungan ketergantungan yang sangat erat. Pendidikan penting kepada masyarakat dan masyarakat pula menjadi semakin berkembang dan maju melalui pendidikan. Pendidikan juga adalah sebuah proses pematangan dan pendewasaan masyarakat Malaysia.
Pendidikan melibatkan idea-idea dan aktiviti-aktiviti yang praktikal. Manusia dari pelbagai lapisan masyarakat mementingkan pendidikan sebagai cara mempertingkatkan mutu seseorang dalam kehidupannya. Menurut Dewey (1955), pendidikan adalah proses untuk mempertingkatkan keadaan manusia. Sekolah adalah dilihat sebagai persekitaran khusus untuk berkebetulan sama dengan persekitaran manusia.
kini berlaku secara cepat. Ini adalah melalui kemajuan teknologi yang memberi pengaruh perubahan sosial dan telah bertambah ke dalam berbagai-bagai cabang dan bidang kehidupan.
Matlamat Dan Peluang pendidikan
Dalam kajian ini, matlamat anak-anak jalanan terhadap pendidikan di laporkan melalui respon mereka terhadap soalan cita-cita mereka. Ketiga-tiga responden ini melaporkan mereka mempunyai cita-cita untuk menjadi polis, tentera dan guru. Namun demikian cita-cita tersebut tidak menjadikan mereka beraspirasi untuk berjaya dalam hidup kerana sudah lama tidak bersekolah dan sudah tidak mempunyai minat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, seorang daripada anak jalanan ini yang agak positif melaporkan masih ingin ke sekolah dan lulus dalam kebanyakan matapelajaran. Bagaimanapun anak ini tidak tahu bagaimana cara untuk kembali bersekolah setelah dibuang sekolah akibat selalu ponteng. Ibu bapa mereka juga tidak mengambil sikap ambil peduli tentang anak-anak ini. Mereka terlalu sibuk untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan seharian mereka di kota besar Kuala Lumpur.
Kajian ini menyokong apa yang diutarakan oleh Ramos et al. (1995) yang menyatakan bahawa anak jalanan ini amat memerlukan sokongan dari ibubapa. Perkembangan anak-anak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka (Badrulzaman, 2006). Antara bentuk sokongan yang diperlukan ialah ibubapa menyediakan peruntukan kewangan untuk biaya pembelajaran, ibubapa memberi dorongan secara positif dan tidak marah-marah, serta ibubapa memahami jiwa remaja mereka. Menurut Hall, (1972) masa remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Malah apabila ditanya apakah yang paling mereka perlukan untuk berjaya, jawapannya ialah sokongan dan perhatian ibubapa, dan ini melebihi keperluan kepada sokongan guru, bantuan kewangan dan buku-buku tambahan.
dengan kawan-kawan yang lain. Ibu mereka tidak pernah mempedulikan dengan siapa mereka berkawan dan pulang semula ke rumah. Mereka juga melaporkan tiada keseronokkan apabila berada di rumah. Keadaan rumah yang dhaif dan miskin membuatkan mereka tidak mahu tinggal lama di rumah sendiri. Seorang daripada anak jalanan yang di kaji ini juga menyatakan dia jarang balik ke rumah di sebabkan ibu yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan sosial di Jalan Chow Kit. Ibunya hanya memberikannya duit untuk membeli makanan. Responden ini langsung tidak mempunyai sokongan dan penglibatan ibunya dalam menentukan hala hidup pada masa hadapan. Kebanyakkan masanya dihabiskan di lorong Chow Kit dan melepak bersama rakan-rakan lain. Apabila soalan diajukan tentang peluang pendidikan terhadap mereka. Mereka melaporkan bahawa sudah tidak ada peluang lagi untuk mereka kembali ke sekolah dan meneruskan pembelajaran. Mereka menyatakan ibu bapa mereka juga tidak pernah mengambil peduli tentang masa hadapan dan pendidikan mereka.
Anak-anak jalanan dalam kajian ini juga menyatakan mereka banyak memberikan masa kepada kegiatan-kegiatan yang memerlukan kemahiran seperti bermain gitar. Keadaan yang tidak kondusif untuk berada di rumah menjadikannya faktor penolak untuk mereka sering keluar rumah untuk melepak bersama rakan sebaya. Seorang daripada mereka melaporkan kebanyakkan kawan-kawan mereka terdiri daripada mereka yang tidak bersekolah. Rakan-rakan begini merupakan pengaruh yang tidak sihat kepada anak-anak jalanan ini.
Pengaruh Persekitaran Keluarga Dan Pendidikan
Kajian Rozumah Baharudin (2001) yang dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah dan rendah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Terengganu mendapati pengaruh persekitaran keluarga banyak menjejaskan pendidikan mereka. Menurut beliau, struktur dan nilai keluarga yang diamalkan dan kecekapan keluarga membabitkan pencapaian ekonomi dan bagaimana mereka berusaha meningkatkan kemajuan diri memberi kesan besar kepada anak-anak.
Kasih sayang dan sokongan daripada keluarga adalah penting untuk anak-anak jalanan meneruskan pembelajaran di sekolah. Menurut Atan Long (1993), keperluan mendapat kasih sayang mempunyai hubungan yang rapat dengan keperluan berdampingan dan penerimaan oleh kumpulan. Seseorang sangat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan juga orang yang penting dalam kehidupannya. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa disebabkan oleh penceraian, keadaan rumah tangga yang tidak aman dan sebagainya akan menghadapi masalah dan ini akan menjadi penghalang kepada pembelajaran mereka.
Ibu bapa juga mempengaruhi terhadap minat anak-anak ini dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa yang kurang pendedahan terhadap sistem pembelajaran yang terkini akan menyebabkan mereka menyerahkan bulat-bulat kepada anak mereka untuk membuat keputusan tentang masa hadapan mereka sendiri. Dorongan, sikap, minat serta bimbingan, sikap ibu bapa serta galakan yang diberi terhadap pembelajaran anak mereka akan meningkatkan lagi prestasi akademik, minat dan pencapaian dalam pendidikan. Menurut Crow (1980), pengaruh persekitaran keluarga dan penglibatan ibu bapa terhadap pembelajaran dan pendidikan anak mereka boleh memberi dorongan kepada anak-anak jalanan ini supaya lebih berminat walaupun minat kerja yang ada pada seseorang itu pada mulanya tidak mencerminkan keinginan mereka.
Halangan Dan Kekangan Yang Dihadapi
ini melaporkan bahawa mereka terpengaruh dengan kawan-kawan yang negatif untuk melakukan kegiatan merokok, ponteng sekolah, keluar rumah sehingga larut malam, ataupun kawan-kawan yang datang ke rumah untuk berbual kosong dan merempit. Masalah kewangan dianggap sebagai halangan yang besar untuk meneruskan pendidikan mereka kerana anak-anak jalanan ini perlu menyediakan wang untuk membeli pakaian sekolah, membayar yuran, dan bagi yang mempunyai adik beradik ramai, terpaksa pula menanggung adik-adik.
Walaupun pelajar mendapat bantuan buku teks, tetapi mereka menyatakan bahawa mereka amat memerlukan buku rujukan dan latihan untuk membantu mereka mengukuhkan pembelajaran jika mereka terus bersekolah. Ini akan menyebabkan ibu bapa mereka perlu mengeluarkan pendapatan yang lebih kepada mereka. Pada waktu ini mereka hanya bergantung kepada sumber kewangan daripada bapa yang bekerja sebagai jaga dan ibu yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan sosial.
Seorang daripada anak-anak ini melaporkan bahawa tidak pernah mendapat sokongan dari ibubapa mereka. Bagaimanapun dua orang lagi melaporkan mempunyai terlalu banyak masalah keluarga termasuklah pergaduhan dan kematian bapa sehingga menyebabkan mereka tidak boleh menumpukan perhatian pada pelajaran. Apa yang menarik ialah anak-anak ini yang menyebut bahawa mereka memerlukan sokongan dari seseorang selain dari ibubapa contohnya adik beradik, guru, dan rakan-rakan untuk terus berjaya. Keadaan ini menunjukkan bahawa golongan anak-anak jalanan ini bukan sahaja kurang dari segi kewangan, tetapi juga amat memerlukan sokongan emosional.
Selain daripada halangan-halangan luaran, anak-anak jalanan ini juga mengakui bahawa mereka mempunyai halangan dalaman iaitu sikap malas, kurang keyakinan diri serta malu. Sikap begini amat berkait rapat dengan keadaan kekurangan dalam diri seseorang.
11.0 Cadangan dan Kesimpulan
hendaklah mengenal pasti ciri atau potensi anak-anak mereka secara terperinci, cuba untuk memotivasikan mereka bagi mengembangkan ciri atau potensi diri mereka yang positif secara maksimum. Secara tidak langsung, tindakan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak-anak bagi mengurangkan dan menghapuskan perlakuan negatif warisan keluarga secara beransur-ansur dan dapat meneruskan persekolahan seperti kanak-kanak yang lain.
Permasalahan anak-anak jalanan ini telah menjadi satu masalah yang besar dan menarik perhatian semua pihak. Tugas membimbing anak-anak jalanan ini untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan berpendidikan tidak boleh diserahkan kepada satu pihak sahaja. Ibu bapa, guru, pihak sekolah, badan-badan kebajikan, pemimpin dalam sesebuah masyarakat, masyarakat sendiri perlu berganding bahu memberi kerjasama yang padu untuk mengatasi masalah ini. Badan-badan kebajikan kerajaan dan swasta serta masyarakat perlu sentiasa memantau kewujudan anak-anak jalanan di bandar-bandar besar agar tidak mencetuskan masalah sosial yang lebih besar.
Pihak kerajaan juga boleh membantu anak-anak jalanan ini untuk menyertai Program Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Dalam program ini anak-anak jalanan ini dapat menyertai pelbagai kegiatan sukan mengikut kemampuan dan kemahiran serta minat mereka. Anak-anak ini juga boleh berinteraksi dengan remaja yang sebaya yang berfikiran positif dan dapat meluangkan masa dengan berfaedah.
Kajian ini menyediakan lebih banyak maklumat yang membolehkan pembuat polisi negara bertindak secara proaktif ke atas isu anak-anak jalanan yang berada di Kuala Lumpur. Kajian akan datang perlu menyelidik dengan lebih mendalam tentang keperluan, dan caragaya hidup golongan anak-anak jalanan di seluruh negara. Penyelidikan akan datang boleh mengkaji gaya hidup, aspirasi, halangan di kalangan keluarga miskin di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dan di pelbagai lokasi seperti pulau, pinggir bandar, bandar dan pendalaman. Walaupun anak-anak jalanan ini mempunyai banyak masalah kewangan, tetapi mereka tetap mempamerkan sikap kerjasama yang sihat, serta nilai yang positif. Apa yang ketara menjadi penghalang kepada pendidikan formal dalam kalangan anak-anak jalanan ini adalah caragaya hidup dan kurangnya penglibatan dan kawalan ibu bapa terhadap mereka. Dengan bimbingan yang sesuai kepada mereka dan keluarga, anak-anak jalanan ini tidak perlu mewarisi kesempitan kehidupan seperti yang dilalui oleh keluarga mereka. Adalah diharapkan usaha-usaha sebegini akan membolehkan anak-anak jalanan ini kembali ke sekolah dan menjadi warganegara yang berkesan.
Bibliografi
Abd. Halim, T, Zuria. M, & Safani, B. 2005. Permasalahan Pelajar-pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam. Jurnal Pendidikan 30 (2005). 21 – 33. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia
Alias Baba. (1989). Beberapa Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Kimia. Jurnal Pendidikan, 13 & 14, 19-27.
Arnold, D.H, Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. 2008. Parent Involvement in Preschool: Predictors and the relation of involvement to prelitery development. School Psychology Review. 37 (1), 74-90
Atan Long. 1978. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Long. 1993. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.
Badrulzaman, B. 2006. Persekitaran keluarga dan kesannya terhadap tingkah laku devian remaja di Daerah Pontian, Johor. Tesis Sarjana: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Baldwin & Baronski, 1990. Children of depressed parents: An integrative review. Psychological Bulletin, Vol 108(1), Jul 1990, 50-76
Bryant. E. C. 1974. Association Between Educational Outcomes And Background Variable Denver : National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.
Burachman Hakim, H. A. 2006. Sosiologi Informasi: Suatu Kajian Tentang Dinamika Informasi dan Dampaknya Bagi Masyarakat. http://www.heri_abi.staff.ugm.ac.id.
Calhoun, J.F. & Cocella, J.R. 1990. Psychology of Adjusment and Human Relationship. New York: McGraw-Hill Publishing Co.
Crow, T. J. 1980. "Positive and negative schizophrenic symptoms and the role of dopamine". British Journal of Psychiatry.137: 383–386.
Dekovic, M., & Gerris, J. R. M. 1992. Parental reasoning complexity, social class, and child rearing behaviors. Journal of Marriage and the Family, 54: 678-685.
Dewey. J, 1955. Perihal Kemerdekaan dan Kebudayaan. Alih Bahasa E.M. Aritonang, (Jakarta: Saksana, 1955), hlm. 5.
Ernst, L. 1990. Value differences in families of differing socioeconomic status: Implications for family education. Family Perspectives, 24(4): 401-410.
Fagen, D. B., & Cowen, E. L .1996. Relationships between parent-child relational variables in highly stressed urban families. Child Study Journal. 26(2): 87-108.
Fatanah, M. 1997. Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar MRSM. Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Hall, 1972. Understanding Adolescence. New York: Mc Graw-Hill Book Co.
Hannigge, 1998. Child & Parent Relationships. Journal of Family Theory & Review.
Hashima, P. Y., & Amato, P. R. 1994. Poverty, social support and parental behavior. Child Development, 65: 394-403.
Holloway, J. H. 2003. Addressing the needs of homeless Students. Educational Leadership 60(4):89-91.
Hurlock, E.B. 1973. Adolescent Development (4th ed). Tokyo: McGraw-Hill Kogakusha Ltd.
Kamarudin, H.1996. Sekolah dan perkembangan kanak-kanak sekolah. Kuala Lumpur: Lohprint Sdn. Bhd.
Mayhew, K. P., & Lempers, J. D. 1998. The relation among financial strain, parenting, parent self-esteem, and adolescent self-esteem. Journal of Marriage and the Family,18(2): 145-172.
Mohd Fadzli A. B. 2007. Hubungan Antara Pendidikan Agama, Keseimbangan Kognitif dan Tingkahlaku Positif Di Kalangan Pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Di Johor Bahru. Tesis UTM: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Nanda, 1996. Urban Street Children Empowerment and Support : Final Program Report. USAID: Indonesia.
National Institute of Child Health and Human Development, 2004. Adult and Family Literacy: Current and Future Research Directions—A Workshop Summary. U.S. Department of Health and Human Services.
Noraini, A.A. 1994. Pengaruh cara gaya keibubapaan dan sikap ibu bapa ke atas pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Tesis Tidak Terbit. Jabatan Pembangunan Keluarga: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia.
Rak, C. F. & Patterson, L. E.1996. Promoting resilience in at-risk families. Journal of Counseling & Development, 74 (4): 368-373.
Ramos, L., Sanchez, A. R. 1995.Mexican–American High School Students: educational aspirations. Journal of Multicultural Counseling & Development 23(4): 212-222.
Rohaty M. M. 2003. Pendidikan Prasekolah: (Cabaran Kualiti). Syarahan Perdana. Bangi: Penerbitan Malindo Sdn Bhd.
Rohner, Ronald, P. & Veneziano, R.A, 2001. The Importance Of Father Love: History and Contemporary Evidence. American Psychological Association.
Rozumah, B. 2001. Keluarga Pengaruhi Prestasi Akademik Pelajar. Berita Harian, m.s 16.
Wong. M. G. 1990. The education of white. Chinese, Filipino, and Japanese students: A look at high school and beyond. Sociological Perspectives 33(3):355-374.
Yoshikawa, H. 1995. Long term effects of early childhood programs on social outcomes and delinquency. The Future of Children: Long Term Outcomes of Early Childhood Programs, 6, 51-75.
Zukina. Y. 2003. Hubungan Antara Latar Belakang Keluarga Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Melayu Dalam PMR.Tesis Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan ) Universiti Utara Malaysia.