• Tidak ada hasil yang ditemukan

WANITA DAN KESAN PROSES PERINDUSTRIAN (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "WANITA DAN KESAN PROSES PERINDUSTRIAN (1)"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN PROSES PERINDUSTRIAN KE ATAS MASYARAKAT MENGINDUSTRI DI MALAYSIA:

PENYERTAAN WANITA DALAM PEKERJAAN DAN ISU PENJAGAAN ANAK

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia adalah antara negara di Asia Tenggara yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah secara beransur-ansur daripada bergantung kepada pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada perindustrian yang lebih moden, berintensif kemahiran dan menggunakan teknologi canggih. Perkembangan ekonomi negara hari ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan perindustrian yang telah berlaku sejak selepas zaman merdeka lagi. Proses perindustrian menyebabkan berlaku banyak perubahan sosial dalam negara seperti urbanisasi, modenisasi, migrasi dan perkembangan teknologi.

(2)

Peningkatan penyertaan wanita ke dalam sektor pekerjaan memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara (Noor Rahamah A. Bakar 2012). Namun, penyertaan wanita dalam pekerjaan seringkali dikaitkan dengan permasalahan penjagaan anak dan keluarga. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada sektor pekerjaan tetapi juga turut memberi kesan kepada institusi keluarga. Peranan dan fungsi wanita tidak lagi terhad dalam pekerjaan domestik sahaja tetapi juga sektor pekerjaan formal yang lain. Ini menimbulkan konflik peranan yang harus dimainkan oleh wanita yang bekerja terutama yang mempunyai anak dan keluarga (Fatimah Abdullah 1985). Pada masa yang sama institusi keluarga terutamanya anak-anak terpaksa menerima orang lain bagi menggantikan fungsi ibu atau penjaga dalam keluarga sewaktu ibu mereka keluar bekerja.

Isu penjagaan anak timbul apabila tugas tradisi wanita iaitu menjaga anak dan keluarga terpaksa diserahkan kepada orang lain ketika keluar bekerja. Beberapa persoalan timbul apabila wanita keluar bekerja. Siapakah yang akan menjaga kepada anak-anak ini sewaktu mereka keluar bekerja? Bagaimana dengan perkembangan anak-anak ini kerana lebih banyak masa bersama pengasuh berbanding ibu sendiri? Selamatkan anak-anak ini di bawah penjagaan selain ibu bapa mereka seperti pembantu rumah dan pengasuh? Bagaimana pula dengan kos penjagaan anak? Ini adalah antara persoalan yang timbul apabila wanita terutama yang telah berkahwin melibatkan diri dalam pekerjaan. Justeru esei ini membincangkan penyertaan wanita dalam pekerjaan dan isu penjagaan anak ketika mereka keluar bekerja.

(3)

2.0 WANITA DALAM PROSES PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

Struktur ekonomi Malaysia telah banyak berubah sejak zaman kemerdekaan hingga ke hari ini. Jika dilihat pada sekitar 70an struktur ekonomi negara adalah berorientasikan eksport dan menggalakkan industri berintensifkan buruh. Pada masa yang sama industri gantian import diperluaskan yang mana cenderung kepada penggunaan sumber bahan mentah tempatan dan tidak memerlukan teknologi dan kemahiran tinggi. Oleh yang demikian, ramai wanita yang memasuki sektor pertanian kerana boleh menggabungkan aktiviti pertanian dan penjagaan keluarga dalam satu-satu masa. Wanita dapat memilih waktu kerja yang sesuai untuk mereka dan boleh membawa anak-anak bersama ke ladang tanpa halangan. Jenis kerja yang dilakukan juga tidak memerlukan latihan dan boleh dilakukan oleh golongan wanita (Noor Rahamah 2005). Kini wanita tidak lagi bekerja dalam bidang pertanian semata-mata sebaliknya turut serta dalam bidang-bidang yang lain seperti perusahaan, perindustrian dan perkhidmatan.

(4)

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi menggalakkan wanita menceburi bidang ekonomi, sosial dan politik. Antaranya adalah penggubalan Dasar Wanita Negara (DWN), Plan Tindakan Wanita (PTW) dan Dasar 30 peratus Penyertaan Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan. Penggubalan dasar ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk mengoptimumkan potensi kaum wanita dalam pembangunan sosial dam ekonomi negara. Dasar Wanita Negara (DWN) yang digubal bertujuan untuk memberi panduan dan hala tuju dalam usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara dengan harapan kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden. Matlamat utama dasar ini adalah untuk menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai kesaksamaan gender (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2011).

Dasar ini dilengkapi dengan Plan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) bagi memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat untuk mencapai objektif dan matlamat Dasar Wanita Negara. PTPW mengandungi strategi yang meliputi 13 sektor iaitu ekonomi, kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, mekanisme, jentera dan institusi pembangunan wanita, media, agama, sukan, alam sekitar dan kebudayaan, kesenian dan warisan (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2011).

(5)

Carta 1 menunjukkan jumlah wanita yang bekerja dari tahun 2006 hingga 2011. Berdasarkan carta ini menunjukkan bilangan wanita yang bekerja semakin meningkat walaupun pada kadar yang rendah iaitu dari 3.657 juta orang pada tahun 2006 ke 4.426 juta pada tahun 2011.

0

1

2

3

4

5

Bil bekerja

(Juta)

2006 2007 2008 2009 2010 2011

Tahun

Carta 1: Jumlah Wanita Bekerja Dari Tahun

2006 - 2011

(Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2012)

Permintaan terhadap guna tenaga kerja yang semakin meningkat menyebabkan lebih ramai wanita bekerja. Ini menunjukkan ramai wanita yang telah menyertai sektor pekerjaan secara formal. Pandangan kerajaan tentang peranan wanita semakin jelas apabila Dasar 30 Peratus Penyertaan Wanita Di Peringkat Pembuat Keputusan’ telah diwartakan pada 4 Ogos 2004. Ini bermakna kerajaan menjamin bahawa tiada diskriminasi dalam arus pembangunan negara dan perwakilan wanita di peringkat pembuat keputusan dapat ditingkatkan (Norehan Abdullah et al. 2012).

(6)

tugas di tempat kerja yang harus diselesaikan. Tugas menjadi lebih berat apabila mereka mempunyai anak-anak kecil yang harus diberi perhatian dan penjagaan yang lebih rapi (Noor Rahamah 2012). Memandangkan wanita terutama kepada yang telah berumahtangga mempunyai dua beban tanggungjawab yang berat iaitu di tempat kerja dan di rumah, maka banyak perhatian diberikan berhubung dengan kesihatan dan kesejahteraan mereka (Nye 1975 : 207). Persoalan yang timbul bukan sahaja berkaitan jumlah masa dan tenaga yang digunakan malahan konflik yang timbul akibat memikul dua tanggungjawab yang berat dalam satu masa (Husna 1994 :71).

Pengenalpastian faktor-faktor penentu penyertaan tenaga kerja wanita terutama yang telah berumahtangga dapat membantu pihak kerajaan dalam mengenalpasti bantuan yang sepatutnya diberikan dan membantu menggalakkan lagi penyertaan wanita dalam pekerjaan. Penarikan lebih ramai wanita ke dalam guna tenaga bermakna kebergantungan negara kepada buruh asing dapat dikurangkan. Pada masa yang sama dapat membantu memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja negara khususnya kekosongan yang besar bagi jawatan di peringkat rendah.

3.0 FAKTOR MEMPENGARUHI WANITA BEKERJA

(7)

3.1 Faktor Politik

Penglibatan wanita dalam pekerjaan telah meningkat walaupun pada kadar yang rendah. Memandangkan kaum wanita juga adalah antara penyumbang utama pembangunan negara maka kerajaan telah mengambil inisiatif bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam pekerjaan dengan menggubal beberapa dasar dan memberi insentif kepada wanita untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara. Sehubungan itu bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita terutama yang telah berkahwin dan mempunyai anak ke dalam pasaran pekerjaan, kerajaan telah menggubal beberapa dasar berkaitan penyediaan pusat jagaan anak dan pemberian subsidi yuran jagaan anak bagi menangani isu pekerja wanita (Norehan Abdullah et al. 2012). Dasar ini telah mempengaruhi wanita untuk keluar bekerja. Ini dibuktikan daripada kajian oleh Berger and Black yang menyatakan penerimaan subsidi penjagaan anak oleh kerajaan meningkatkan kebarangkalian bekerja wanita terutama bagi wanita tidak bersuami (Berger & Black 1991).

(8)

3.2 Faktor ekonomi

Selain faktor politik, faktor ekonomi seperti peningkatan kos sara hidup, pendapatan suami yang kecil dan kedudukan isi rumah yang tidak mencukupi serta status ibu tunggal turut mempengaruhi seseorang wanita untuk keluar bekerja. Dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi terutamanya di bandar-bandar, golongan isteri tidak kira tahap mana pendidikannya akan membantu suami yang berpendapatan rendah atau gaji sekadar cukup makan untuk mencari rezeki dan membina ekonomi keluarga yang lebih kukuh. Peningkatan kos sara hidup terutama di bandar menyebabkan ramai wanita terpaksa keluar bekerja bagi menampung keperluan hidup (Fauziah Aruf 2012). Dalam keadaan tekanan hidup di bandar yang menuntut penggunaan wang yang banyak menyebabkan pasangan suami isteri terpaksa keluar bekerja bagi menampung kehidupan yang lebih selesa di bandar.

Selain itu, faktor lain yang mendorong wanita untuk keluar bekerja adalah kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan. Perkembangan dalam bidang pekerjaan terutama perusahaan kilang dan firma yang memerlukan tenaga kerja wanita telah membuka banyak peluang kepada wanita untuk bekerja. Tawaran pekerjaan yang menyediakan kadar upah yang tinggi di samping kemudahan atau pakej ganjaran yang menarik seperti kemudahan kesihatan, insurans dan sebagainya menarik golongan wanita untuk turut sama melibatkan diri dalam pekerjaan. Selain itu, sesetengah majikan menawarkan pilihan tempoh masa bekerja yang fleksible seperti kerja separuh masa, kerja mengikut shift dan kerja dari rumah memudahkan bagi wanita terutama yang mempunyai anak untuk membahagikan masa bekerja dan keluarga (Encel, Mackensie & Tabbutt 1971).

(9)

mencukupi. Dalam keadaan ini wanita merasakan perlu untuk membantu mengurangkan bebanan hidup dan tanggungan isi rumah lantas sanggup menyertai tenaga kerja dan menyumbang kepada pasaran.

3.3 Faktor Teknologi

Perkembangan teknologi yang memberi kemudahan dalam kerja-kerja domestik sedikit sebanyak mempengaruhi wanita untuk keluar bekerja. Menurut Encel, Mackensie & Tabbutt (1971) bertambahnya mekanisasi dan automasi dalam industri pemprosesan yang mengurangkan kerja yang menekankan aspek-aspek fizikal adalah antara kuasa teknologi yang boleh mempengaruhi wanita untuk keluar bekerja selain daripada peningkatan penggunaan alat-alat yang dapat mengurangkan masa membuat kerja di rumah. Perkembangan teknologi ini telah banyak membantu wanita dalam pengurusan rumah tangga atau melakukan kerja-kerja domestik di rumah. Jadi memudahkan wanita untuk keluar bekerja.

3.4 Faktor Pendidikan

(10)

3.3 Faktor Sosial

Selain faktor-faktor yang dinyatakan sebelum ini, faktor sosial juga mempengaruh wanita untuk keluar bekerja. Antaranya adalah kemudahan penjagaan anak, kebimbangan wanita yang kematian suami atau diceraikan atau status ibu tunggal serta corak pemikiran masyarakat yang semakin berubah. Bagi sesetengah wanita yang telah berkahwin kembimbangan timbul jika berlaku sesuatu seperti mungkin diceraikan, ditinggalkan suami atau kematian suami. Ini menyebabkan mereka keluar bekerja atau terus bekerja walaupun mendapat tentangan suami atau keluarga. Sesetengah ahli keluarga juga menggalakkan wanita yang berkahwin untuk terus bekerja kerana kebimbangan yang dinyatakan di atas.

(11)

tunggal yang semakin meningkat sama ada yang ditinggalkan suami atau suami meninggal dunia kerana harus memainkan peranan sebagai pencari rezeki untuk keluarga.

Kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN 2006) mendapati masalah penjagaan anak-anak adalah punca utama wanita di negara ini menamatkan kerjaya mereka lebih awal. Ini berlaku terutamanya dalam kalangan wanita berusia lingkungan 35 hingga 39 tahun iaitu sebanyak 71 peratus yang mana di peringkat umur sebegini adalah kemuncak kerjaya bagi wanita dan pada masa sama anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu. Namun dengan kewujuan kemudahan taska ini bukan sahaja akan membuka ruang kepada wanita yang berpendidikan tinggi untuk terus bekerja malah wanita yang berpendidikan rendah dan sederhana turut menerima manfaatnya.

Selain itu, corak pemikiran masyarakat hari ini yang semakin berubah mendorong wanita untuk terus bekerja dan menceburkan diri dalam pekerjaan. Jika sebelum ini, masyarakat tradisional memberikan pandangan yang tinggi kepada wanita yang menjalankan tugas sepenuh masa sebagai isteri dan ibu serta mengabdikan diri untuk keluarganya. Namun, pandangan ini semakin berubah selepas merdeka apabila ramai ibu bapa mula sedar tentang pentingnya pendidikan untuk anak perempuan kerana mereka inilah yang akan mengasuh dan mendidik anak-anak mereka kelak. Jadi semakin ramai anak gadis yang diberikan peluang pendidikan untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya bekerja dan kini masyarakat dilihat semakin menerima penyertaan wanita dalam pekerjaan (Noor Rahamah 2005).

(12)

negara. Selain itu, banyak lagi faktor lain seperti hak untuk bekerja sama seperti lelaki, mendapatkan pendapatan sendiri dan inginkan dapatkan kepuasan sendiri.

4.0 ISU PENJAGAAN ANAK

Penjagaan adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan menjaga yang dilakukan oleh penjaga (Sulaiman Masri 1997). Penjaga pula merupakan orang yang menjalankan tugas menjaga dan boleh disamakan dengan tugas sebagai pengawas, pengasuh dan pemelihara (Dewan Bahasa dan Pustaka 1990). Secara umumnya tugas menjaga meliputi tugas mengasuh anak dan menjaga ahli keluarga yang kurang upaya (sakit atau cacat) dan orang tua serta lain-lain urusan domestik. Malah menjaga rumah dan harta benda keluarga juga termasuk dalam kategori ini.

Secara tradisinya wanita memainkan peranan sebagai penjaga rumahtangga termasuklah menjaga anak dan ibu atau bapa atau kedua-duanya (elders). Menurut kajian 75 peratus daripada penjagaan (caregiving) dilakukan oleh wanita (sama ada anak perempuan atau isteri atau menantu perempuan) (Himes 2001). Lebih daripada dua per tiga penjaga adalah mereka yang telah berkahwin dan satu per tiga daripada penjaga juga merupakan mereka yang mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak kecil. Malah mereka yang menjadi penjaga ini merupakan mereka yang bekerja sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa (Macionis 2007). Dalam hal ini wanitalah yang dilihat memainkan banyak peranan sebagai penjaga anak-anak, orang tua (elders) dan keluarga. Pada masa yang sama turut memainkan peranan sebagai pekerja apabila keluar bekerja.

(13)

sebuah keluarga seorang ibu diharapkan dapat menjaga dan mendidik anak-anak disamping menjadi teman kepada suami. Peranan ibu yang dilihat sebagai penjaga rumahtangga dan pendidik anak-anak semakin bertambah apabila mereka mula memasuki alam pekerjaan. Pada masa kini ibu yang bekerja memainkan tiga peranan sebagai isteri, ibu dan pekerja sekaligus hingga ada yang menggelarkan seorang ibu yang bekerja sebagai ‘Super-Mom’ kerana harus melaksanakan pelbagai peranan dalam satu-satu masa. Namun, apabila wanita bekerja timbul pula isu tentang penjagaan anak ‘Siapakah yang akan Menjaga Anak ketika ibu bapa keluar bekerja?’

Kebanyakan wanita terutama yang sudah berumahtangga sering berhadapan masalah penjagaan anak. Adakalanya mereka terpaksa memilih sama ada untuk terus bekerja atau berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan menjaga anak. Menurut Fatimah Abdullah (2005) dalam artikelnya bertajuk ‘Penyertaan Wanita dalam Ekonomi Negara’ dalam konteks kehidupan di bandar, hal ini ada kebenarannya memandangkan ahli keluarga atau sanak saudara (khususnya perempuan) tinggal di kampung atau hidup berjauhan dengan mereka. Oleh yang demikian, mereka ini tidak dapat membantu keluarga yang mempunyai masalah penjagaan anak. Tambahan pula di kawasan bandar kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak mengenakan bayaran yang agak tinggi dan kadang kala hanya boleh dinikmati oleh keluarga golongan pertengahan dan atasan sahaja. Sebaliknya keluarga golongan bawahan tidak dapat menikmati perkhidmatan tersebut (Noor Laily Abu Bakar dan Rita Raj Hashim 1984).

(14)

Justeru, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh ibu yang bekerja adalah mendapatkan orang yang mampu menjaga anak mereka ketika mereka keluar bekerja. Persoalan yang sering timbul apabila seorang ibu keluar bekerja adalah siapakah yang akan menjaga anak-anak mereka ketika mereka keluar bekerja? Sanggupkah pasangan atau suami berkompromi untuk menjaga anak? Bagaimanakah tahap keselamatan dan kesihatan anak di bawah penjagaan orang lain ketika mereka keluar bekerja? Persoalan-persoalan ini sering menjadi dilema bagi ibu yang bekerja.

Lazimnya, suami isteri atau pasangan yang bekerja akan memilih beberapa alternatif penjagaan bagi anak-anak ketika mereka keluar bekerja. Alternatif penjagaan anak di sini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu penjagaan oleh pasangan sendiri, penjagaan formal dan penjagaan tidak formal. Bagi alternatif pertama, wanita yang keluar bekerja boleh meminta kerjasama daripada pasangan mereka untuk menjaga anak di rumah ketika mereka keluar bekerja. Perkara ini mungkin dapat di atasi jika suami memberi kerjasama untuk menjaga anak ketika isteri keluar bekerja atau suami bekerja mengikut sistem shift. Jadi sistem penggiliran penjagaan anak boleh dilakukan bersama isteri apabila pasangan masing-masing keluar bekerja. Namun, tidak semua pekerjaan yang diperolehi oleh pasangan menggunakan sistem shift kerana ia bergantung kepada jenis pekerjaan yang diceburi.

(15)

bentuk keselamatan dan penjagaan sosial yang memang sedia ada dalam keluarga desa dan boleh didapati semasa kecemasan (Strange 1981 : 227).

Wanita bekerja yang tinggal di bandar dilihat sukar mendapatkan pertolongan dari saudara mara atas beberapa faktor seperti kedudukan rumah yang jauh dan ahli keluarga atau saudara mara yang tinggal berdekatan tetapi turut keluar bekerja (Siti Fatimah Abdul Rahman). Ini menyebabkan wanita yang bekerja terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak. Namun bagi mereka yang berkemampuan pusat jagaan anak menjadi pilihan untuk menjaga anak ketika keluar bekerja. Pada masa yang sama jika ada ahli keluarga yang tinggal berdekatan, tetapi mereka juga keluar bekerja dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak.

Penjagaan formal pula adalah penjagaan yang ditawarkan oleh pusat khidmat jagaan bayi dan kanak-kanak seperti taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya. Di kawasan-kawasan bandar, kebiasaannya pasangan yang bekerja akan menghantar anak ke pusat penjagaan yang berhampiran dengan rumah atau pejabat. Namun, kos penjagaan anak di pusat jagaan bayi dan kanak-kanak ini agak tinggi. Jadi tidak semua pasangan atau ibu yang bekerja mampu untuk membayarnya tambahan pula jika mempunyai anak yang ramai (Norehan Abdullah et al. 2009)

Selain itu, ada juga yang menggunakan khidmat pembantu rumah untuk menjaga anak-anak selain dapat meringankan tugas-tugas menguruskan rumah. Namun, tidak semua ibu yang bekerja mampu mengupah pembantu rumah untuk membantu mereka. Di Malaysia khidmat pembantu rumah kebanyakan diperolehi dari negara asing seperti Indonesia, Filipina, Vietnam dan Kemboja. Isu timbul apabila keselamatan anak di bawah penjagaan pembantu rumah asing boleh dipertikaikan. Banyak laporan daripada media-media sosial dan elektronik yang menceritakan tentang penderaan yang dilakukan oleh pembantu rumah terhadap kanak-kanak.

(16)

juga yang tidak percaya penjagaan anak dilakukan oleh pihak ke tiga menyebabkan mereka tidak bekerja dan ingin menjaga sendiri anak. Di samping itu juga, laporan dan berita yang menyiarkan tentang kecuaian oleh pengasuh, kesan negatif yang dialami oleh anak-anak dan masalah yang dihadapi oleh ibu yang bekerja sedikit sebanyak menyebabkan seseorang wanita itu lebih senang untuk menjadi suri rumah dan menjaga anak sendiri berbanding menyerahkan tugas penjagaan kepada pengasuh atau pembantu rumah.

Di sini dapat dilihat isu keselamatan anak di bawah jagaan pengasuh atau taska atau pembantu rumah sering menjadikan seorang ibu menghadapi dilema sama ada untuk terus bekerja atau tidak. Dalam hal ini setiap bentuk penjagaan yang dipilih oleh pasangan bekerja adalah dengan menimbang baik dan burukn bentuk-bentuk penjagaan tersebut dari semua segi. Biasanya bentuk penjagaan yang paling banyak manfaatnya kepada keluarga dan anak dan yang paling sedikit kesan buruknya akan dipilih. Dalam hal ini ibu bapa atau pasangan yang bekerja terpaksa membuat pilihan berdasarkan penilaian yang dilakukan.

5.0 KESAN ISU PENJAGAAN ANAK KEPADA MASYARAKAT DAN ANAK

Penglibatan wanita dalam pekerjaan sering mengundang persepsi negatif terhadap perkembangan anak-anak. Ini kerana ibu dikatakan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap anak-anak kerana banyak masa ibu dihabiskan di tempat kerja. Namun, penyertaan wanita dalam pekerjaan yang menimbulkan isu penjagaan anak turut memberikan kesan positif masyarakat sekitarnya. Akibat daripada isu penjagaan anak yang dialami oleh sebahagian daripada wanita bekerja atau pasangan suami isteri yang bekerja menyebabkan tumbuhnya banyak pusat jagaan bayi dan kanak-kanak dalam satu-satu kawasan terutama di kawasan bandar.

(17)

mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat kerana dapat menawarkan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh pasangan suami yang bekerja dan mempunyai anak kecil. Ini kerana pusat-pusat jagaan ini memerlukan pekerja terutama wanita untuk menjaga anak-anak yang dihantar ke situ. Dari segi sosialnya pula peningkatan jumlah pusat jagaan anak memberikan implikasi positif dari segi kualiti penjagaan anak. Ini kerana mereka terpaksa bersaing dengan pusat jagaan anak yang lain bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

Selain kesan kepada masyarakat, penyertaan wanita dalam pekerjaan juga turut memberi kesan kepada perkembangan anak-anak mereka. Kajian mengenai implikasi ibu bekerja terhadap perkembangan anak-anak telah banyak dilakukan baik dalam negara ataupun luar negara. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Lois Wladis Hoffman (1998) Penglibatan ibu dalam pekerjaan di luar rumah menyebabkan anak-anak mereka khususnya anak perempuan terdedah kepada model peranan (role model) baru bagi wanita yang berbeza daripada peranan tradisi wanita sebagai isteri dan ibu. Ini berlaku kerana kanak-kanak mempelajari pola peranan mengikut jantina melalui pemerhatian terhadap ibu bapa mereka. Penglibatan ibu dalam perkerjaan formal boleh mempengaruhi konsepsi mereka tentang peranan wanita. Anak-anak perempuan khususnya akan melihat bahawa mereka juga akan bekerja kemudiannya walaupun sudah berkahwin (Fatimah Abdullah 2005).

6.0 RUMUSAN

(18)

pekerjaan menyebabkan wanita terpaksa berhadapan dengan isu penjagaan anak ketika mereka keluar bekerja.

Perubahan struktur keluarga terutama di bandar menyukarkan lagi wanita untuk mendapatkan orang yang boleh dipercayai untuk menjaga anak mereka. pilihan penjagaan anak yang ada pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu menggalakkan penyertaan wanita dalam pekerjaan. Walaupun penggunaan penjagaan anak telah meningkat dalam dunia hari ini, namun jenis penjagaan, kualiti dan bebanan kos isi rumah tetap mempengaruhi penyertaan wanita dalam pekerjaan. Jika dilihat dari sudut positif masalah penjagaan anak memberi kesan positif kepada masyarakat setempat dengan wujudnya pusat-pusat jagaan anak yang boleh memberi pendapatan dan pekerjaan kepada wanita dan masyarakat setempat

(19)

RUJUKAN

Fatimah Abdullah. 2009. Isu dan Cabaran Penjagaan Tidak Formal.. Malaysian Journal of Social Administration Volume 6. 2009

Fatimah Abdullah. 1985. Wanita dan Pekerjaan : Satu Analisis Konflik Peranan. Akademika No.27 Julai 1985

Fatimah Abdullah. 2000. Penyertaan Wanita dalam Ekonomi Negara. Negara Pasaran dan Pemodenan Malaysia. Penerbit UKM, Bangi.

http://jtksm.mohr.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=236%3Apusat-asuhan-kanak-kanak-dalam industri&catid=70%3Apakk&Itemid=556&lang=ms 8 Jun 2013 http://www.mywanita.gov.my/web/share/media_show/?

m=L2F0dGFjaG1lbnRz&f=REFTQVIgV0FOSVRBIE5FR0FSQXBkZg%3D %3D 8 Jun 2013

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121010/re_03/Majikan-jangan-memperlekeh-isu-jaga-anak#ixzz2VhyKrmrZ 9 Jun 2013

Jacqueline V. Lerner. 1994. Working Women and Their Families. Sage Publications, Inc.USA

John J. Macionis. 2007. Sociology Eleventh Edition. Upper Saddle River, New Jersey. Prentice Hall

Lerner, J. (2001, November 27). Maternal Employment and Child Outcomes, A Sloan Work and Family Encyclopedia Entry. Chestnut Hill, MA: Boston College. https://workfamily.sas.upenn.edu/glossary/m/maternal-employment-definitions /31 May 2013

Lim Hock Eam, Zalina M. Mohaideen & Norehan Abdullah. 2003. Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Berkahwin di Kedah : Kesan Faktor Agama, Anak dan Pendidikan. Jurnal Ekonomi Malaysia 37 (2003)

Nasruddin Yunos dan Johari Talib. 2009. Mothers at Work : What Happen to Children?

(20)

Noor Rahamah Abu Bakar 2005. Hambatan Penyertaan Wanita Dalam Pasaran Buruh di Malaysia. UKM, Bangi

Noor Rahamah Abu Bakar 2012. Wanita Bekerja dan Pengurusan Keluarga. Malaysia Journal of Society and Space 8 Issue.UKM, Bangi

Norehan Abdullah, Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor & Fariza Ahmad. 2009.

Penyertaan Tenaga Kerja Wanita Berkahwin dan Pilihan Jenis Jagaan Anak.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global, Kuantan Pahang 2-4 Jun 2009

Norehan Abdullah, Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor & Fariza Ahmad. 2012.

Kebarangkalian Bekerja Wanita Berkahwin di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 46 (1) (2012)

Norsiah bt Uddin. 2010. Faktor Penentu Penyertaan Wanita Dalam Pasaran Buruh. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2010

Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sains Sosial dari Perspektif Sains Sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Selaras dengan rumusan masalah di atas, maka yang menjadi tujuan dalam penelitian ini adalah sebagai berikut: (1) untuk mengetahui pemahaman wirausahawan kecil dan mene- ngah

Hasil dari Pengujian Hipotesis menentukan bahwa Hipotesis Alternatif (Ha) yang menyatakan bahwa ada pengaruh yang signifikan oleh teka teki silang dalam penguasan kata

Dalam penelitian ini, peneliti mengambil lokasi di kantor Unit Pengembangan Karir dan Kewirausahaan (UPKK) Universitas Brawijaya Malang. Alasan penelitian dilakukan di lokasi

Perlakuan dosis pupuk organik (bokashi pupuk kandang ayam) pada tanah pasca tambang batubara berpengaruh tidak nyata terhadap pengamatan rata-rata tinggi tanaman

Metode yang digunakan untuk pengukuran produktivitas pada penelitian ini yaitu metode produktivitas parsial POSPAC, keuntungan model tersebut menyajikan secara

Selanjutnya, pengambilan telur dan sperma 1) Ikan mas (Cyprinus carpio L) betina dan jantan diletakkan dalam satu kolam pemijahan sampai memijah kemudian dilakukan stripping.

Pada tahap pertama, dilakukan proses pembentukan W-Tree dari database dengan W-Tree dari query user serta dilakukan pencocokan dengan cosine similarity dimana

Liga Arab sangat berbeda terutama bila dibandingkan dengan organisasi seperti Uni Eropa, karena Liga Arab belum berhasil mencapai suatu derajat peningkatan intergrasi