• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aplikasi e Pembelajaran untuk Proses Pem

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Aplikasi e Pembelajaran untuk Proses Pem"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

APLIKASI E-PEMBELAJARAN UNTUK PROSES PEMBELAJARAN

DAN PENGAJARAN BAHASA: FUNGSI DAN KELEBIHAN

Ahmad Zaki bin Amiruddin,

Prof. Madya Dr. Kamarulzaman bin Abdul Ghani, Dr. Ahmed Thalal bin Hassan, Dr. Ahmad bin Abdul Rahman,

Nor binti Abdul Rahman, Amanee binti Abdul Hai, Qaziah Fatihah binti Berhanuddin

Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia

ahmadzaki@umk.edu.my

Abstract

E-Learning Application has been chosen by many educators to ensure that the learning and teaching (L&T) process is more interesting and efficient. Moreover, the usage of this application will increase the quality of L&T in line with the advancement of global technologhy. Upon its importance, this topic is selected to introduce some e-learning applications such as Quizlet.Com, GoAnimate.Com and Wondershare QuizCreator which are suitable to be applied in language’s L&T. The presentation of this topic includes the introduction of how to use these three applications, their general functions and specific functions for language’s L&T. In conclusion, the usage of these applications makes L&T process for language interactive and different from the traditional technique. Nevertheless, it is hoped that the presentation of this topic, it will encrouge other educators to combine the latest L&T process with the technology in response to the suggestion of the Ministry of Higher Education in one of their Critical Agenda Projects (CAPs).

Aplikasi e-Pembelajaran mula menjadi pilihan para pengajar bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) lebih menarik dan efisyen. Di samping itu penggunaan aplikasi tersebut juga meningkatkan kualiti P&P sejajar dengan kemajuan teknologi global. Menyedari kepentingan ini, satu topik diketengahkan bagi memperkenalkan aplikasi e-pembelajaran yang sesuai digunakan untuk P&P bahasa, iaitu; Quizlet.Com, GoAnimate.Com dan Wondershare QuizCreator. Pembentangan topik ini meliputi penerangan cara penggunaan aplikasi sebagaimana dinyatakan beserta contoh bergambar, kelebihan aplikasi, fungsi secara umum dan fungsi secara khusus untuk P&P bahasa. Secara kesimpulannya, penggunaan aplikasi seperti ini menjadikan P&P bahasa lebih interaktif dan sangat berbeza dengan teknik P&P secara tradisional. Melalui pembentangan topik ini, diharapkan dapat merancakkan lagi perkembangan teknik P&P terkini yang digabungkan dengan kemajuan teknologi sebagai menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam salah satu Projek Agenda Kritikal (CAPs – Critical Agenda Projects).

(2)

PENDAHULUAN

Pada hari ini, kita dapat menyaksikan perkembangan pesat teknologi yang telah memberi impak yang sangat besar kepada sistem-sistem di seluruh pelosok dunia. Teknologi secara umumnya sangat bermanfat bagi memudahkan proses sesuatu sistem dan meningkatkan kualiti hasil dari proses, di samping mempercepatkan lagi aliran kerja. Menyedari hakikat perkembangan positif ini, pelbagai pihak mula mengambil perhatian serius terhadap teknologi. Antara bidang yang menjadi tumpuan ialah bidang pendidikan, yang mana penerapan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mula ditekankan pada pelbagai peringkat pengajian.

Seawal tahun 1988, istilah “teknologi pendidikan” mula diperkenalkan di bawah kelolaan Bahagian Teknologi Pendidikan, Sektor Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM – sekarang dikenali dengan Kementerian Pendidikan Malaysia) berfungsi untuk memastikan pembudayaan penggunaan teknologi dalam P&P pada peringkat sekolah

(http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=4, 12 September 2015). Antara usaha yang dilakukan bagi memastikan hal ini berlangsung dengan jayanya, para pelatih guru di institut

pendidikan guru (IPG) didedahkan dengan pelbagai kemahiran berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam P&P, sama ada dari segi alata bantu mengajar, seperti; komputer, projektor dan LCD, serta penggunaan aplikasi seperti Microsoft Office (aplikasi asas untuk menaip -

Words, membina pengkalan data - Excel dan membuat slaid pembentangan – Powerpoint) dan Wondershare Quiz Creator (aplikasi membina soalan secara atas talian).

Manakala pada peringkat pengajian tinggi, penekanan serius kepada penggunaan teknologi dalam P&P adalah melalui Pelan Tindakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Fasa 1, tahun 2010 yang mana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mula memberi fokus kepada dasar Pembelajaran dengan meninjau status penggunaan e-Pembelajaran di institut pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/PTS), Politeknik dan Kolej Komuniti. Rentetan dari PSPTN Fasa 1, pada 16 April 2011, Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) telah dilancarkan, seterusnya dalam Pelan Tindakan PSPTN Fasa 2 (2011-2015), fokus kepada e-Pembelajaran (diletakkan dalam salah satu Projek Agenda Kritikal (CAPs –

(3)

Pada Fasa Optimum (2015) KPT mensasarkan pembudayaan e-pembelajaran secara meluas pada peringkat institut pengajian tinggi (Buku Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015)). Menyahut saranan KPT ini, hampir kesemua IPT mula menggunakan sistem e-pembelajaran yang dikenali sebagai Learning Management System (LMS), sebagai contoh; penggunaan LMS di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dikenali sebagai; Global Open Access Learning System (GOALS) (http://goals.usim.edu.my/moodle/index.php, 12 September 2015), di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dikenali sebagai; MyGuru (https://myguru2.upsi.edu.my/login.php, 12 September 2015), di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dikenali sebagai; MyEdu (http://myedu.umk.edu.my/login_umk.php, 12 September 2015) dan banyak lagi.

Walaupun terdapat sistem e-pembelajaran khas bagi setiap IPT, penggunaan aplikasi lain turut diketengahkan oleh para pengajar dan penyelidik dalam bidang pendidikan bagi menyokong sistem yang sedia ada. Hal ini sejajar dengan teknologi itu sendiri yang tiada

batasan dan sempadan, sentiasa berkembang dari sehari ke sehari, ditambah galakan yang berterusan daripada pihak kementerian. Berikut dinyatakan beberapa kajian yang telah diutarakan oleh beberapa penyelidik dan berkaitan dengan e-pembelajaran:

Muhammad Sabri Sahrir (2013), di dalam jurnal bertajuk: Al’ab Lughawiyyah Muhwasabah fi Ta’alum Lughah ‘Arabiyyah Li Natiqin bighayriha bayna

Al-Nazariyyah wa Al-Tatbiq: Al-Jami’ah Al-Islamiyyah Al-‘Alamiyyah bi Maliziya Namuzajan

(Permainan Bahasa Berkomputer dalam Pembelajaran Bahasa Arab bagi Penutur Bukan

Arab di antara Teori dan Aplikasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai

Contoh), telah membentangkan penerangan terperinci berkenaan permainan bahasa

(4)

Mohd Firdaus Yahaya (2012), di dalam tesis sarjananya bertajuk: Istikhdam Burtfuliyu Al-Iliktruniyy Lada Al-Talabah Al-Mutakhassisin fi Al-Lughah Al-‘Arabiyyah: Tatwir, wa

Tanfiz, wa Taqwim (Penggunaan e-Portfolio dalam Kalangan Para Pelajar Pengkhususan

Bahasa Arab: Pembangunan, Pelaksanaan, dan Penilaian), telah mengaitkan satu aplikasi atas talian berasaskan laman sesawang, yang dinamakan sebagai; e-Portfolio. Aplikasi ini dibangunkan dengan disesuaikan untuk penggunaan para pelajar pengkhususan bahasa Arab. Hasil daripada kajiannya, penggunaan aplikasi atas talian; e-Portfolio ini telah menarik minat para pelajar, seterusnya memudahkan lagi kerja-kerja mereka berkaitan pembelajaran bahasa Arab. Di samping itu, beliau menyimpulkan bahawa aplikasi atas talian; e-Portfolio ini bersesuaian untuk digunakan oleh semua peringkat pelajar.

Shaharuddin Md Salleh & Zaidatun Tasir (2011), di dalam jurnal bertajuk: Pembinaan Sistem Pembelajaran Berasaskan Simulasi Interaktif Menerusi Sesawang Bagi Kursus

Telekomunikasi dan Rangkaian, yang diterbitkan di dalam Jurnal Teknologi Pendidikan

Malaysia, Jilid 1, No.1, Mac 2011 (http://www.jtpm-meta.com/arkib.php, 12 September 2015) telah membentangkan satu aplikasi atas talian berbentuk simulasi berasaskan laman sesawang yang telah dilaksanakan untuk pelajar kursus Telekomunikasi dan Rangkaian bagi Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM. Hasil daripada maklum balas pelajar yang diperoleh melalui borang kaji selidik dan forum di laman sesawang aplikasi tersebut, didapati bahawa ianya sangat positif dikuatkan lagi dengan ciri menarik yang dimiliki oleh simulasi berasaskan laman sesawang tersebut. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, mereka mengesyorkan agar laman sesawang seperti ini dilanjutkan ke kursus-kursus lain untuk meningkatkan keberkesanan dan menarik minat para pelajar.

(5)

DEFINISI TEKNOLOGI

Teknologi satu istilah yang bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat pada masa kini, boleh dikatakan setiap individu memiliki teknologi sendiri, seperti; komputer riba atau komputer peribadi, telefon bimbit, kereta dan banyak lagi. Pertalian teknologi dan manusia pada hari ini sangat erat, seolah-olah jika tiada teknologi, manusia akan mati atau hidup tidak sempurna. Itu gambaran mudah bagi istilah teknologi yang difahami oleh kebanyakan orang. Apakah teknologi sekadar alat atau perkakasan canggih dan terkini? Berikut dibentangkan takrifan teknologi yang lebih luas:

Mengikut beberapa tokoh saintis dan cendiakawan Eropah; Finn (1960), Galbraith (1967), Heinich, Molenda dan Russell (1989), dan Seattler (1990) terdapat dua takrifan utama bagi teknologi. Pertama; teknologi dilihat sebagai satu proses pendekatan atau teknik berkesan dengan menggunakan ilmu pengetahuan saintifik atau cabang ilmu yang lain bagi

menyelesaikan sesuatu permasalahan berkaitan. Teknologi juga difahami sebagai satu produk atau bahan yang terhasil daripada proses-proses teknologi itu sendiri, seperti perkakasan dan perisian.

Kesimpulan daripada takrifan di atas bahawa teknologi bukan sekadar melibatkan penggunaan sesuatu perkakasan atau perisian yang canggih dan terkini, tetapi teknologi juga berkait rapat (bahkan perlu digandingkan) dengan cara atau teknik atau proses yang berkesan dalam penggunaan perkakasan atau perisian itu sendiri.

Dalam kajian ini, penyelidik menumpukan kepada kedua-dua jenis teknologi sebagaimana yang telah diterangkan di atas, iaitu; melibatkan pengenalan kepada produk yang berupa perisian (fokus kepada aplikasi atas talian), dan penerangan kepada cara atau proses penggunaan aplikasi itu sendiri.

DEFINISI E-PEMBELAJARAN

Penggunaan istilah e-pembelajaran merupakan terjemahan daripada istilah bahasa Inggeris iaitu e-learning singkatan daripada educational learning atau electronic educational learning

(6)

yang keliru dengan istilah-istilah lain seperti; online learning (pembelajaran atas talian),

learning management system (sistem pengurusan pembelajaran), pembelajaran berasaskan komputer atau teknologi dan lain-lain (Buku Dasar e-Pembelajaran (DePAN), Ogos 2010).

Secara ringkasnya, e-pembelajaran (e-learning) ditakrifkan sebagai penggunaan medium elektronik (sama ada alatan ataupun perisian/aplikasi) dalam proses P&P. Penggunaan alatan atau perisian dalam proses P&P tidak hanya tertakluk kepada pemilihan teknologi berspefikasi tinggi (https://en.wikipedia.org/wiki/Educational_technology, 12 September 2015).

Di dalam definisi yang dinyatakan di dalam buku DePAN (2010) didapati bahawa kebanyakan takrifan menjelaskan dua perkara pokok iaitu teknologi (penggunaan alatan teknologi) dan pedagogi (cara/teknik/proses pendidikan yang dilaksanakan). Hasil daripada takrifan ini, Jawatan Kuasa ECAP (mereka yang terlibat dalam perletakan DePAN) bersetuju

dengan definisi e-pembelajaran adalah “penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran”. Definisi ini dilihat lengkap kerana merangkumi aktiviti e-pembelajaran dan juga penggunaan peralatan elektronik dalam aktiviti tersebut (Buku DePAN, Ogos 2010).

Kesimpulan daripada takrifan yang dibentangkan, fokus utama e-pembelajaran adalah untuk memaksimakan penggunaan peralatan teknologi dalam proses P&P dan kepelbagaian aktiviti berkaitan bagi meningkatkan kefahaman dan minat para pelajar “Gen-Y” yang tidak dapat lagi dipisahkan dengan teknologi, di samping kaedah e-pembelajaran ini membuka ruang P&P secara lebih luas dan tidak terikat di dalam kelas sahaja.

APLIKASI E-PEMBELAJARAN 1: QUIZLET.COM

(7)

perbendaharaan kata bahasa Perancis. Laman ini mula berkembang pesat setelah dikongsikan kepada kawan-kawannya, seterusnya dibuka untuk umum (The Quizlet story: http://quizlet.com/mission, 17 September 2015).

Perkhidmatan Quizlet.Com adalah secara percuma. Walau bagaimanapun, untuk tambahan fungsi yang lebih terperinci, seperti; menambah gambar dari simpanan peribadi, tiada sebarang gangguan iklan, membentuk kelas secara atas talian

tanpa had dan beberapa keistimewaan lain, Quizlet.Com menawarkan akaun langganan secara tahunan, dengan bayaran USD15 (akaun Quizlet Plus) dan USD25 (akaun Quizlet Teacher) (The Quizlet story: http://quizlet.com/mission, 17 September 2015).

Quizlet.Com dapat dicapai secara atas talian di alamat http://quizlet.com/. Quizlet.Com juga boleh digunakan dengan

memuat turun aplikasi ke tablet dan telefon pintar (smart phone) yang memiliki operating system (OS) android (play store) atau IOS Apple (app store) secara percuma (http://quizlet.com/mobile, 17 September 2015).

Secara umumnya, Quizlet.Com berfungsi sebagai satu medium atau alat bantu dalam proses P&P yang mana pelajar bebas memilih pelajaran (dikenali sebagai set pelajaran) untuk dipelajari, manakala pengajar pula dapat membina set pelajaran tersendiri mengikut kesesuaian topik yang diajar. Quizlet.Com menyediakan ruang dengan pelbagai aturan dan tema untuk dipilih oleh pelajar dan pengajar itu sendiri (How Quizlet works: http://quizlet.com/mission, 17 September 2015).

(8)

Kesimpulannya, Quizlet.Com ini sangat menarik dan amat bersesuaian untuk kegunaan P&P bahasa terutama berkaitan dengan hafazan perbendaharaan kata. Fungsi dan aturan yang dipaparkan di dalam laman ini menjadikan proses hafazan tidak lagi menjadi sesuatu aktiviti yang membosankan dan membebankan, bahkan memberi ruang yang lebih luas kepada para pelajar untuk menghafaz secara santai dan menyeronokkan.

APLIKASI E-PEMBELAJARAN 2: GOANIMATE.COM

Goanimate.Com adalah merupakan satu laman sesawang yang menyediakan platfom untuk membina video animasi secara mudah tanpa memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bidang seni grafik dan animasi video. Laman ini dapat diakses

secara atas talian melalui alamat http://goanimate.com/.

Goanimate.Com menyediakan perkhidmatan secara percuma dengan fungsi yang sangat terhad. Selain itu,

langganan secara tahunan turut disediakan, namun yuran langganannya agak mahal, iaitu sebanyak USD299 setahun (GoPublish), USD599 setahun (GoPremium) dan USD999 setahun (GoTeam) (Start Making Videos Today, http://goanimate.com/business/videoplans/, 17 September 2015).

Tujuan asal Goanimate.Com diwujudkan adalah untuk pembinaan video animasi bagi tujuan pengiklanan dan promosi secara mudah dan menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, video animasi yang menarik turut dapat dimanfaatkan dalam proses P&P, seperti; pembinaan video animasi untuk pembentangan pelajaran secara interaktif. Manakala dalam proses P&P bahasa, laman ini antaranya digunakan bagi menggilap kemahiran mendengar melalui video yang disediakan oleh pengajar atau kemahiran bertutur melalui video yang disediakan oleh pelajar itu sendiri.

(9)

rakaman suara (sama ada rakaman asli, atau boleh menggunakan khidmat google speech). Seterusnya, video yang siap perlu disimpan (save and publish) dan pautannya boleh dikongsi secara meluas tanpa had.

Kesimpulannya, video animasi melalui Goanimate.Com ini membuka satu dimensi baru dalam teknik penyampaian pengajar yang mana memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar mendapatkan kefahaman melalui mendengar berulang kali di mana-mana sahaja asalkan mempunyai capaian internet. Selain itu, laman ini juga membentangkan satu pendekatan terkini untuk para pelajar mempraktikkan pembelajarannya secara lebih interaktif. Dari sudut P&P bahasa, laman ini menjanjikan satu teknik baru dalam meningkatkan kemahiran-kemahiran bahasa, terutama kemahiran mendengar dan bertutur.

APLIKASI E-PEMBELAJARAN 3: HOT POTATOES

Hot Potatoes merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun dari laman sesawang http://hotpot.uvic.ca/ secara percuma. Aplikasi ini digunakan untuk proses penilaian secara elektronik. Beberapa bentuk soalan boleh disediakan secara interaktif, iaitu; multiple-choice, short-answer, jumbled-sentence, crossword, matching/ordering dan gap-fill exercises. Berikut diperincikan kelima-lima bentuk soalan yang disediakan di dalam aplikasi Hot Potatoes:

1) Jmix (jumbled-sentence) – soalan berbentuk susun perkataan menjadi ayat lengkap. 2) JCloze (gap-fill exercises) – soalan berbentuk isi tempat kosong.

3) JMatch (matching/ordering) – soalan berbentuk suaikan atau susunkan mengikut turutan. 4) JCross (crossword) – silang kata.

5) JQuiz (multiple-choice, short-answer) – soalan berbentuk pilihan jawapan atau jawapan pendek.

(10)

Kesimpulannya, penggunaan aplikasi Hot Potatoes bukan sahaja memastikan proses penilaian menjimatkan masa, ruang dan bahan (kertas), bahkan aplikasi ini akan menjadikan proses penilaian lebih efisyen dan memberi persepsi baru dan terkini kepada para pelajar. Di samping itu, aplikasi ini ditawarkan secara percuma dan mudah dikendali.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Melalui pembentangan topik ini yang mana lebih kepada pengenalan kepada aplikasi e-pembelajaran, fungsi dan kelebihannya, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara:

• Penggunaan aplikasi e-pembelajaran bukan sahaja memudahkan proses P&P bahkan meningkatkan minat para pelajar untuk mempelajari sesuatu pelajaran.

• Pengajar dan para pelajar mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk penyampaian dan pemahaman sesuatu pelajaran.

• Proses P&P boleh dilakukan berulang kali tanpa bergantung sepenuhnya kepada pengajar, contoh; multimedia (video rakaman).

• Proses pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana, asalkan ada capaian internet.

Walau bagaimanapun, kebergantungan kepada aplikasi e-pembelajaran untuk proses P&P adalah terdedah kepada masalah-masalah seperti; tiada capaian internet atau ketidak stabilan capaian, alatan elektronik rosak, kurang berkemahiran menggunakan alatan dan kesuntukan masa untuk menukar bahan daripada hard-copy kepada soft-copy/e-copy.

Secara ringkasnya, memastikan kestabilan infrastruktur sokongan kepada e-pembelajaran, seperti; capaian internet, alatan yang baik dan latihan kemahiran penggunaan adalah sepatutnya diberi keutamaan supaya pembudayaan e-pembelajaran secara berperingkat dapat direalisasikan tanpa sebarang masalah.

(11)

RUJUKAN

E-Kamus 5.02 Professional Edition. Dictionary of Computer (2007).

Finn, J. D. (1960). Technology and The Instructional Process, Audiovisual Communication Review. Vol. 8 (1), New York: Springer.

Free On-line Dictionary of Computing. Dirujuk pada 12 September 2015, dari http://foldoc.org/online.

Galbraith, J. (1967). The New Industrial State. Boston: Houghton Mifflin.

Global Open Access Learning System (GOALS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dirujuk pada 12 September 2015, dari http://goals.usim.edu.my/moodle/index.php. Goanimate.Com: Make Professional Animated Videos. Dirujuk pada 12 September – 17

September 2015, dari http://goanimate.com.

Hot Potatoes: Half Baked Software. Dirujuk pada 12 September – 17 September 2015, dari http://hotpot.uvic.ca.

Mohd Firdaus, Yahaya (2012), Istikhdam Burtfuliyu Iliktruniyy Lada Talabah Al-Mutakhassisin fi Al-Lughah Al-‘Arabiyyah: Tatwir, wa Tanfiz, wa Taqwim (Tesis Master). Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Muhammad Sabri, Sahrir. (2013). Al’ab Lughawiyyah Muhwasabah fi Ta’alum Al-Lughah Al-‘Arabiyyah Li Al-Natiqin bighayriha bayna Al-Nazariyyah wa Al-Tatbiq: Al-Jami’ah Al-Islamiyyah Al-‘Alamiyyah bi Maliziya Namuzajan. Journal of Faculty of Dar Al Uloom. 28 (June). Egypt: Minia University, Cairo.

MyGuru, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dirujuk pada 12 September 2015, dari https://myguru2.upsi.edu.my/login.php.

Quizlet: Simple free learning tools for students and teachers. Dirujuk pada 12 September – 17 September 2015, dari http://quizlet.com/.

Saettler, P. (1990). The Evolution Of American Educational Technology. Englewood, Colorado: Libraries Unlimited.

Sektor Pelajaran, Bahagian Teknologi Pendidikan. Dirujuk pada 12 September 2015, http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=4.

Shaharuddin, Md Salleh, Zaidatun Tasir (2011). Pembinaan Sistem Pembelajaran Berasaskan Simulasi Interaktif Menerusi Web Bagi Kursus Telekomunikasi dan Rangkaian, Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. Jilid 1. No. 1. (Mac). Dirujuk pada 29 Januari 2014, http://www.jtpm-meta.com/arkib.php.

Referensi

Dokumen terkait

desa wisata salak (agrowisata) di Jatirejo, sedangkan mitra dalam hal ini berperan sebagai pengelola dan pelaksana program. Pengabdian kemitraan masyarakat ini

Pada Gambar 3 terlihat bagaimana elemen arsitektur yang merupakan bagian dari lingkungan bisa direkayasa dengan efek psikofisik sehingga mempengaruhi presepsi

Aktivitas dan hasil belajar siswa yang meningkat dengan diterapkannya model kooperatif tipe CIRC dalam pembelajaran dapat dilihat dari hasil penelitian yang dilakukan oleh

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui penggunaan diksi dan makna yang terkandung pada kumpulan pantun Adat Istiadat Perkawinan Melayu Karya Tamrin

Kebijakan pemberian bantuan anggaran kepada pemerintah daerah melalui instrumen DAK SPKP TA 2013 dimaksudkan sebagai stimulan atau pendorong untuk meningkatkan

Menimbang, bahwa berdasarkan uraian tersebut di atas, Pengadilan Tinggi Agama Palangka Raya berkesimpulan bahwa pada pokoknya perkara a quo adalah perkara mengenai perbuatan

mendekati suhu tubuh tidak akan memberikan perbedaan yang berbeda pada lingkungan oosit di dalam ovarium akan tetapi pada suhu hangat metabolisme sel akan berjalan dengan tingkat

menjadi sesuatu yang bermakna bagi anak. Penggunaan permainan ular tangga modifikasi ini diharapkan dapat mempermudah guru dalam proses pengenalan kata pada