• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan Teknologi di Tempat Kerja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perkembangan Teknologi di Tempat Kerja"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Perkembangan Teknologi di Tempat Kerja

Sumber: Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua :)

Pada kali ini, kami akan berkongsi serba sedikit tentang kesan isu teknologi: Perkembangan teknologi di tempat kerja. Bagi memulakan perkongsian, kami akan berkongsi tentang isu–isu mengenai teknologi dan kesan teknologi dalam konteks organisasi.

Isu Semasa

Teknologi merupakan pembangunan dan penggunaan alat bantuan seperti mesin, pengaturan dan proses yang menyelesaikan masalah serta memudahkan manusia dalam kehidupan seharian. Di tempat kerja, teknologi banyak digunakan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kerja-kerja di pejabat. Antara contoh-contoh teknologi yang sering digunapakai di organisasi ialah seperti komputer, mesin fotokopi, mesin faks dan banyak lagi. Tidak dilupakan jugak bahawa internet merupakan salah satu daripada teknologi yang menjadi asas pada masa kini. Selain itu, kemudahan seperti emel dan jaringan sosial menjadi salah satu alat komunikasi utama.

(2)

Setelah mengetahui isu-isu semasa dalam konteks organisasi, kami akan mengupas dengan lebih lanjut tentang kesan-kesan teknologi maklumat kepada organisasi.

Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Konteks Organisasi Menjimatkan Masa

Pekerja dapat menjimatkan masa mereka terutamanya jika ingin berurusan dengan organisasi lain. Pekerja hanya perlu menelefon, menghantar faks, berhubung melalui panggilan video, menghantar proposal, laporan melalui email dan sebagainya. Pekerja tidak perlu lagi pergi ke tempat berkenaan jika terdapat urusan. Hal ini dapat menjimatkan masa dan kos.

Penggodam maklumat

(3)

Memudahkan perhubungan. Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Kemudahan komukasi ini banyak membantu organisasi untuk berhubungan di seluruh pelusuk dunia.

Kewujudan budaya plagiarism

Sebagai contoh, pekerja telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain terutamanya kepada rakan-rakan mereka. Dengan cara ini

(4)

terkini dan saling berkongsi pendapat mereka dengan rakan yang hanya dikenali di alam maya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah

mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.

Sumber dari link ini : Kesan Teknologi Maklumat

Jadual 1: Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Konteks Organisasi

Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Perspektif Kaunseling 1. Sesetengah kaunselor menggunakan internet untuk menghubungi klien.

Kaunselor pemulihan menggunakan laman sesawang untuk melakukan penilaian, perancangan dan perkhidmatan penghantaran (Patterson,2000). Klien yang mempunyai penyakit mental atau gangguan terutamanya serangan panic atau agoraphobia boleh mendapat manfaat daripada penggunaan internet yang membantu dalam kemahiran berdikari dalam kehidupan terutamanya menggunakan penjagaan bersemuka. Pakar diet juga menggunakan laman sesewang seperti blog daripada kaunseling pakar pemakanan untuk mengetahui pemakanan yang sihat.

2. Selain itu, penggunaan laman sesawang dapat membantu kaunselor dalam mencari maklumat untuk pembangunan kerjaya pelajar pelbagai maklumat semasa seperti informasi tentang kolej-kolej, pasaran pekerjaan, kemahiran yang asas dan pelbagai data dapat diperolehi dengan mudah diinternet.

(5)

sama ada mempunyai kelebihan dan limitasi. Pelbagai perkara yang perlu diambil berat seperti kekurangan tanda-tanda fizikal, potensi untuk menipu dan kerahsiaan. Walaubagaimanapun individu daripada hubungan yang berpanjangan dan perkhawinan berdasarkan laman sesawang menunjukkan potensi yang bermakna dan professional teraputik dalam hubungan klien dalam penggunaan laman sesawang.

4. Selain itu pasukan sokongan di dalam talian untuk individu yang mengalami kehilangan insan tersayang mempunyai keputusan positif yang sama. Peserta yang menggunakan talian ini dapat menjalinkan hubungan yang mesra didalam talian meskipun tidak pernah bersua disebabkan oleh sokongan yang diberikan. Kumpulan sokongan selalunya bukan membabitkan individu yang professional, malahan turut seperti melibatkan individu yang kehilangan orang tersayang, anoreksia dan isu lain. Kejayaan kumpulan sokongan dalam talian sangat penting untuk membincangkan kejayan kaunseling dan strategi teraputik. Kumpulan sokongan sosial dapat membangunkan model yang boleh digunakan didalam reka bentuk program dan penilaian.

Peranan Kaunselor Dalam Mengendalikan Isu Teknologi 1. Penguasaan Ilmu Teknologi

Perkembangan ilmu teknologi yang semakin pesat memerlukan kaunselor untuk meningkatkan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dalam membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor boleh menghadiri kursus-kursus yang berkaitan bagi meningkatan mutu perkhidmatan yang disediakan untuk mengaplikasikan ke alam maya.

2. Maklumat yang tepat terhadap perkhidmatan kaunseling yang disediakan Penggunaan teknologi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat di alam maya, namun tidak semua maklumat adalah benar dan sahih. Hal yang demikian, kaunselor perlu memberi maklumat yang tepat kepada pengguna internet agar tidak berlaku salah faham atau penyalahgunaan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan. Kemudahan untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan kaunseling hendaklan disediakan agar pengguna internet mudah untuk mendapatkan keterangan daripada sumber yang sahih.

3. Kerahsiaan

(6)

4. Akses internet yang lancar

Sebelum kaunselor memulakan sesi secara virtual, kaunselor dan klien haruslah memastikan kelancaran atau kelajuan internet di tempat mereka dalam keadaan yang bagus. Peranan organisasi dalam hal ini adalah penting dalam memastikan kelancaran internet di tempat mereka. Ini kerana akses internet yang baik akan memudahkan perkongsian maklumat diperolehi.

5. Membentuk persekitaran yang terapeutik

Penggunaan teknologi ketika melakukan sesi seperti mengadakan sesi secara virtual mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada klien, maka di sini peranan kaunselor adalah dengan mewujudkan suasana yang terapeutik agar sesi yang dijalankan berjalan dengan lancar. Persekitaran yang terapeutik ini boleh diwujudkan secara alam maya mahupun realiti. Penggunaan cermin mata khas ketika melakukan sesi boleh membantu klien merasakan seperti berada bersama-sama kaunselor dalam satu bilik yang direka khusus bagi mengendalikan sesi di alam maya.

6. Memahami dan merujuk Akta Kaunselor 1998 sebelum menjalankan sesi Akta Kaunselor 1998 telah menggariskan beberapa panduan yang kaunselor perlu patuhi ketika menjalankan sesi yang melibatkan penggunaan teknologi. Antara perkara –perkara yang telah digariskan itu adalah dibawah Perkara A.12.g dan A.12.h.

Bagaimana Teknologi Boleh Membantu?

Penggunaan Teknologi Informasi pada masa kini sememangnya sangat penting. Pengaruhnya sangat besar dan sangat berguna dalam dunia kaunseling. Ini kerana kaunselor tidak selalunya boleh berada di tempat-tempat tertentu pada bila-bila masa mereka diperlukan untuk memberi kaunseling. Dengan wujudnya teknologi informasi bagi membantu kaunselor, ianya dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi tugas yang wajib mereka laksanakan.

MEDIA SOSIAL KOMUNIKASI

(7)

sangat beremosi, penggunaan teknologi amatlah penting bagi memberikan keselesaan pada klien kerana perbincangan secara bersemuka agak tidak memberikan privasi pada ketika itu.

DIGITAL

Penggunaan teknologi informasi juga amatlah berguna dalam keberkesanan kaunseling terhadap klien. Sebagai contoh penggunaan video cam dimana kaunselor dan klient dapat berhubung secara visual dalam membincangkan krisis-krisis yang dialami apabila klien tidak dapat hadir pada temujanji. Ini membuatkan sesi kaunseling menjadi sangat efisien walaupun tidak duduk didalam satu bilik.. Maklumat-maklumat seperti gambar, pdf, informasi berita dan lain-lain boleh di hantar dengan cepat untuk dibaca oleh klien. Segala jadual waktu sesi kaunseling juga dapat dihantar oleh kaunselor kepada klient melalui teknologi informasi .

MULTIMEDIA

Melalui teknologi informasi sesi kaunseling dapat dilakukan dengan cara yang sangat kreatif seterusnya menimbulkan minat klien terhadap isu yang dibincangkan. Misalnya penggunaan power point yang boleh diletakkan gambar, audio dan lain-lain lagi membuatkan sesi kaunseling tidak bosan.

Oleh itu, teknologi informasi yang bersepadu amatlah membantu dalam dunia kaunseling. Ianya sangat berguna kepada kedua-dua belah pihak samada kaunselor mahupun klien jika digunakan dengan cara yang sebaiknya.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya tantangan tersebut, terbitnya Buku Panduan Pelaksanaan Progaram Kuliah Kerja Nyata (KKNM) IKIP Siliwangi pada tahun ini semoga dapat lebih memantapkan kesiapan

Berdasarkan kaedah perakaunan dalam Apendiks 1, pemakaian garis panduan baru pelaksanaan RPK ini, akan memberikan kesan terhadap maklumat kewangan yang sering dinilai oleh

Intranet juga dapat diartikan sebagai jaringan dengan sebuah organisasi yang menggunakan teknologi internet untuk menghubungkan dan meningkatkan komunikasi dalam organisasi

1) Meningkatkan kinerja pengelola air minum (PDAM) dengan melanjutkan kebijakan sebelumnya, yaitu restrukturisasi utang pokok dan peningkatan manajemen melalui penetapan tarif

Responden yang paling sedikit adalah responden yang memiliki tingkat pengetahuan baik tentang metode kontrasepsi pria dan mempunyai sikap yang cukup terhadap keikutsertaan menjadi

Pilar III dalam UNSCR 1325 yakni pilar pencegahan memiliki objektif untuk meningkatkan intervensi dalam upaya pencegahan kekerasan terhadap perempuan dengan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh penggunaan pengencer susu skim dengan berbagai level filtrat kecambah kacang hijau (Phaseolus radiatus L.) terhadap kualitas

Namun, nilai K2 yang cukup baik masih menyebabkan nilai DO menjadi nol pada reach 3.2, sehingga dari titik inilah dasar pengelolaan sungai harus dimulai.Untuk itu perlu