• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tapak Warisan Dunia di Peru. docx (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tapak Warisan Dunia di Peru. docx (1)"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Tapak warisan merupakan khazanah sejarah yang berharga kepada sesuatu negara yang mengambil manfaat dari tapak tersebut melalui beberapa kaedah yang mampu menghasilkan jaringan dan peluang ekonomi seperti pelancongan secara spesifiknya. Perkara ini menunjukkan bahawa tapak warisan merupakan satu aset yang bernilai sekali gus mendorong kepada perlu adanya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu tapak warisan agar tidak berdepan isu-isu yang boleh melenyapkan kredibilitinya sebagai sebuah warisan sejarah bagi mana-mana negara. Dalam konteks ini, sesebuah tapak, monumen, bangunan dan sebagainya diangkat menjadi sebuah tapak warisan apabila disenaraikan dan mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebuah tapak yang mendapat pengawasan dan perlindungan sepenuhnya di bawah badan tersebut secara tidak lansung.

Di negara Peru yang terletak sebelah barat Amerika Selatan juga telah mendaftarkan beberapa tapak warisan untuk diiktiraf oleh pihak UNESCO. Antara banyak tapak yang disenaraikan, hanya 13 tapak warisan yang telah diterima setelah memenuhi beberapa kriteria dan produser yang digariskan oleh UNESCO sendiri. Uniknya bagi negara Peru adalah sejarah kawasan tersebut yang pernah menjadi sebahagian daripada emapayar Inca yang merupakan suatu bangsa yang agung sekitar abad ke-15. Justeru, banyak tapak warisan yang diiktiraf oleh UNESCO meliputi tinggalan-tinggalan kebudayaan masyarakat Inca di samping beberapa kebudayaan masyarakat yang juga wujud pada era tersebut. Bukan itu sahaja, tapak-tapak warisan yang ada di Peru juga memaparkan tinggalan penjajahan Sepanyol ke atas negara Peru pada abad ke-16 selepas berjaya menggulingkan pemerintahan empayar Inca di Peru. Negara ini sendiri menyaksikan putaran sejarahnya yang tersendiri di mana Francisso Pizarro yang mengetuai penaklukan ke atas Peru (1531-1533) telah mengubah landskap kebudayaan masyarakat tempatan yang pada ketika itu mengadaptasi kebudayaan Inca dengan mencampuri beberapa unsur yang bersifat kebaratan spesifiknya dari segi seni bina bangunan.1

Pembahagian tapak-tapak warisan di Peru terdiri daripada tiga kelas utama yang meliputi tapak warisan jenis budaya, semula jadi dan campuran iaitu gabungan antara tapak warisan budaya dan semula jadi. Pengurusan ke atas tapak-tapak ini adalah bertunjangkan daripada pelan yang dirangka oleh Kementerian

Kota Cuzco Taman Negara Manu Taman Negara Rio Abiseo

Tapak Arkeologi Chavin Historic Centre of Lima Bandar Arequipa

Lines of Nazca

(2)

Sacred City of Caral-Supe

1.0 TAPAK-TAPAK WARISAN JENIS BUDAYA DI PERU

1.1 Tapak Arkeologi Chan-Chan

Tapak Arkeologi Chan-Chan telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1986. Tapak ini merupakan tapak peninggalan kerajaan Chimu di Peru yang telah menjadikan wilayah bernama Chan-Chan sebagai pusat pemerintahan mereka. Kerajaan Chimu ini mencapai mercu kegemilangan pada sekitar abad ke-15 iaitu tidak berapa lama sebelum ditakluk oleh bangsa Inca. Tapak kerajaan ini teletak di lembah subur Sungai Moche atau dikenali juga sebagai Santa Calina. Keunikan tapak warisan ini adalah ianya merupakan sebuah bandar besar yang mengaplikasikan penggunaan tanah liat dalam struktur bangunan. Bandar ini sekali gus berfungsi sebagai pusat pemerintahan yang dibahagikan kepada sembilan bahagian utama yang merangkumi kubu kota serta istana.

Tapak ini juga telah diklafikasikan sebagai sebuah tapak peringatan yang berkeluasan enam kilometer persegi di tengah-tengah 21 kilometer persegi sebuah bandar yang terdiri daripada sembilan kompleks berbentuk segi empat tepat (kubu kota dan istana) yang dibina secara terancang dan dikelilingi oleh dinding-dinding tebal yang diperbuat daripada tanah liat. Di tapak ini bangunan-bangunan seperti kuil, rumah kediaman dan rumah stor telah disusun dan didirikan sekitar kawasan yang terbuka berserta takungan air dan pusat pengurusan jenazah. Perancangan ini adalah bersifat sistematik dengan setiap bangunan yang didirikan mampu menggambarkan seni bina menggunakan tanah liat yang diaplikasikan oleh Kerajaan Chimu. Dinding-dinding dari tanah liat yang didirikan mengelilingi setiap bangunan disertakan dengan ukiran friezes yang mempamerkan beberapa seni ukiran seperti ukiran dalam motif abstrak selain ukiran yang memperlihatkan unsur kebudayaan masyarakat serta yang dalam bentuk zoomorphical. Di setiap sembilan kompleks ini juga, terdapat 32 tapak berkeluasan sederhana yang menjadi tempat penghasilan bagi sektor-sektor produktiviti seperti sektor ukiran kayu dan penghasilan bahan-bahan besi. Terdapat juga kawasan pertanian yang luas dan sistem pengairan yang ditemui di bahagian selatan, timur dan barat bandar tersebut. Dalam konteks ini, Sungai Moche dan Chivama menjadi nadi penting bagi mengairi kawasan-kawasan tersebut di mana terdapat terusan sepanjang 80 kilometer telah dibina dalam kawasan Chan-chan sepanjang era ketamadunan bangsa Chimu.2

1.1.1 Kriteria Tapak Arkeologi Chan-Chan sebagai Tapak Warisan Dunia Terdapat beberapa kriteria yang diketengahkan oleh Kementerian Kebudayaan Peru dan mendapat kelulusan dari pihak UNESCO sendiri terhadap Tapak Arkeologi Chan-Chan iaitu;

(3)

i. Tapak Arkeologi Chan-Chan merupakan salah satu bukti kesenian agung masyarakat pra-Columbian Amerika dari segi penataan sebuah bandar yang menggunakan medium tanah liat dalam kebanyakan infrastruktur bangunan.

ii. Tapak Arkeologi Chan-Chan telah memperlihatkan keunikan seni bina yang mewakili kebudayaan dalam Kerajaan Chimu setelah berlakunya evolusi di bahagian selatan Peru selama sebelas tahun. Seni bina ini secara keseluruhan menggambarkan penyatuan dalam konteks simbolik dan kesucia agama yang disesuaikan dengan ilmu teknologi serta pengadaptasian terhadap alam persekitaran.

Dari segi corak binaan, tapak arkeologi ini masih memperlihatkan ciri-ciri sebenar bagi sebuah landskap monumen bandar yang pernah menjadi ibu kota Chimu di mana penyusunan hierarki dalam konteks penyusunan bangunan memperlihatkan ketinggian politik, sosial, teknologi, ideologi dan pencapaian ekonomi yang membanggakan dalam kalangan masyarakat Chimu sekitar abad kesembilan serta lima belas. Keaslian seni bina yang berunsurkan dekorasi keagamaan serta pengunaan material tanah liat sebagai medium binaan pula secara tidak lansung telah mempamerkan kebijaksanaan masyarakat Chimu dalam aspek teknologi pembinaan bangunan. Hal ini demikian kerana, untuk mendirikan sebuah bangunan yang di mana bahan utamanya adalah tanah liat semata-mata amat memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Perkara inilah yang menjadikan Tapak Arkeologi Chan-Chan diangkat menajadi Tapak Warisan Dunia berikutan keunikan seni bina yang dimiliki.

1.2 Tapak Arkeologi Chavin

Tapak Arkeologi Chavin telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di Peru oleh UNESCO pada tahun 1985. Tapak ini merupakan sebuah tapak yang dinamakan bersempena dengan kebudayaan masyarakat yang telah berkembang dalam abad ke-15 dan abad ke-5 Sebelum Masihi di lembah tinggi yang dinamakan sebagai Lembah Tinggi Andes dalam wilayah yang dinamakan Huari. Tapak arkeologi ini merupakan pusat upacara keagamaan dan tempat melakukan haji bagi penganut Agama Andes selain menjadi pusat untuk penting dalam menjalankan aktiviti penyebaran ideologi, kebudayaan sosial serta agama. Penyebaran agama yang dilakukan oleh masyarakat ini tertumpu di beberapa wilayah yang lebih luas daripada Andes di bahagian utara, selatan serta kawasan hutan tinggi Peru.

(4)

tinggi. Simbolik-simbolik yang digunakan ini berupa ukiran timbul yang dilukis misalnya pada batu nisan, tiang dan patung-patung batu monolitik. Chaavin Kaahumanu, Raimondi Stela, Tello Obelisk dan Falconidae Portico antara ukiran-ukiran terkenal yang dibuat sekali gus menjadi bukti kesenian masyarakat Chavin yang luar biasa.3 Perkara inilah juga yang menjadikan Tapak Arkeologi Chavin sebagai salah satu monumen yang unik dan mendapat perhatian dunia.

1.2.1 Kriteria Tapak Arkeologi Chavin sebagai Tapak Warisan Dunia

Antara kriteria-kriteria yang menjadikan Tapak Arkeologi Chavin diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985 antaranya adalah kerana tapak tersebut merupakan salah satu tinggalan purba Amerika Selatan yang memperlihatkan seni bina luar biasa, kecanggihan teknologi dan penciptaan simbolik oleh masyarakat-masyarakat awal pra-Columbian di bahagian Andes dalam negara Peru. Bangunan-bangunan yang terdapat dalam tapak ini juga memperlihatkan keunikan menerusi simbolik-simbolik dengan unsur ikonografi, antropomorfi dan zoomorfik berupa jaguar, ular dan burung gagak di mana wajah manusia ditambah di sana-sini selain terdapatnya sistem galeri dalaman dengan dekorasi indah. Selain itu, tapak ini juga merupakan pusat penting penyebaran ideologi, budaya dan agama di bahagian Andes.4

Secara dasarnya, boleh dikatakan bahawa antara kriteria-kriteria yang menjadikan Tapak Arkeologi Chavin sebagai antara tapak warisan dunia adalah merangkumi konsep seni bina, eka bentuk bangunan serta perancangan tanah yang unik dan wajar dipertahankan. Bukan itu sahaja, ciri-ciri seni bina ini secara tidak lansung telah menggambarkan konotasi ideologi, simbolik agama, serta perlambangan budaya yang menjelaskan mengenai fungsi seni bina secara khususnya. Perkara ini juga dapat menggambarkan masyarakat Chavin yang telah melalui proses evolusi sejarah dalam konteks perbezaan tahap pembinaan bangunan mengikut budaya yang diamalkan. Antara penemuan penting dalam tapak ini adalah bagaimana tapak tersebut telah berperanan sebagai pusat ‘haji’ dan tempat melakukan upacara agama yang terbesar merujuk kepada ikonografi seni bina yang telah digunakan kerana dikatakan lebih bercirikan keagamaan.5 Hal ini dapat dibuktikan menerusi ruangan dan struktur monumen yang masih tidak berubah.

1.3 Kota Cuzco (The City of Cuzco)

Kota Cuzco yang terletak pada ketinggian 3,400 Meter dari paras laut terletak di sebuah lembah subur berdekatan sungai di tengah-tengah kawasan Andes. Kota ini terletak di bawah pemerintahan Raja Inca yang digelar Inca Pachacuteq (Tito Cusi Inca Yupanqui) dan berperanan sebagai pusat bandar yang lengkap dengan fungsi

3 Silverman, Helaine, 2006. The Historical of Cusco as an Open-Air site Musuem, In Archaelogical Site Museums In Latin America, ei=dited by Helaine Silverman: Gainsville:University Press of Florida. hal. 159-183

(5)

agama dan polisi pentadbiran yang berbeza. Kota ini dikelilingi oleh kawasan yang pesat dibangunkan dengan aktiviti pertanian, pertukangan dan pengeluaran perindustrian. Kota ini sebenarnya telah direka semula dan diubahsuai selepas pra-proses pendudukan Empayar Inca lebih daripada 3000 tahun sekali gus dijadikan ibu kota bagi empayar tersebut antara abad ke-15 dan ke-16.

Dalam kota ini, bangunan-bangunan yang dijadikan sebagai pusat keagamaan dan pemerintah dilengkapi dengan kediaman-kediaman eklusif bagi keluarga diraja sehingga membentuk susunan bangunan dengan teknologi pembinaan mengunakan teras bahan daripada batu yang memperlihatkan nilai estetika yang tinggi dalam konteks struktur binaan seperti Kuil Matahari (Qoricancha), Sunturcancha, Kusicancha yang tidak mampu lepas daripada ciri-ciri bangunan urbanisme masyarakat Inca.

Walaupun berlaku penaklukan penjajah Sepanyol pada abad ke-16, struktur bangunan Kota Cuzco ini kekal terpelihara namun terdapat pembinaan kuil-kuil, biara dan beberapa kediaman yang bersaiz besar. Terdapat juga bangunan-bangunan baru yang telah didirikan mengikut gaya Baroque di barat namun mengalami penyesuaian dengan seni bina tempatan sekali gus memperlihatkan kualiti konfigurasi yang tinggi dan unik. Bangunan seumpama ini secara tidak lansung mewakili bukti penjajahan awal di Peru selain gabungan budaya barat dan tempatan. Sinkretisme luar biasa yang terdapat dalam kota ini dibuktikan bukan sahaja melalui struktur fizikal tetapi juga melalui ekspresi seni kerajaan penjajah Sepanyol. Hal ini telah menjadikan Kota Cuzco sebagai tinggalan yang penting untuk adat dan tradisi penduduk selain penting dari segi penciptaan seni keagamaan dan pengeluaran. Kota ini juga telah mengekalkan monumen yang memperlihatkan gabungan luar biasa dari budaya Inca dan bandar kolonial seperti rumah jongkok bercat putih, istana dan gereja-gereja Baroque.6

1.3.1 Kriteria Kota Cuzco sebagai Tapak Warisan Dunia

Kota Cuzco telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1983 kerana menepati kriteria;

i) Kota Cuzco merupakan bukti tinggalan tamadun Inca purba dan pusat pemerintahan Tawantinsuyu (Raja Inca) yang telah melakukan pengendalian politik, agama dan sosial antara abad ke-15 hingga 16. Bandar ini menempatkan pembangunan budaya asli dan autonomi dalam kawasan Andes dan berusia 3 000 tahun.

ii) Merupakan pencapaian bandar dan seni bina unik dalam konteks penempatan politik, ekonomi dan budaya yang penting semasa era pra-Columbian di Amerika Selata. Ianya juga merupakan pertemuan dua budaya berbeza antara budaya Inca dan Sepanyol yang telah menghasilkan sinkretisme budaya melalui bentuk seni bina bangunan.

Keaslian Kota Cuzco telah disokong oleh bukti-bukti fizikal dalam aspek komposisi bandar di jalan-jalan dan dataran, susun atur, nilai-niai dan seni bina

(6)

bandar serta penggunaan budaya Inca dengan seni bina kolonial. Keaslian tapak ini juga disokong oleh dokumen-dokumen abad ke-16 yang dikumpulkan.

1.4 Pusat Sejarah Lima (Historic Centre of Lima)

Pusat Sejarah Lima dikenali juga sebagai ‘Ciudad de los Reyes’ atau Kota Raja yang terletak di lembah Rimac dan telah didirikan oleh penjajah Sepanyol di bawah Francisso Pizarro pada Januari 1535 dalam wlayah yang diterajui oleh pimpinan Chiefdom dari Rimac. Kawasan Lima ini merupakan modal politik, pentadbiran, agama dan ekonomi yang penting kepada penjajah Sepanyol di Amerika Selatan. Bandar Lima telah memainkan peranan penting dalam sejarah dunia baru dari tahun 1542 sehingga 1800. Kebanyakan bangunan dalam bandar ini telah mendapat penterjemahan daripada proses penginjilan pada zaman tersebut sehingga terbina banyak gereja-gereja, biara, rumah sakit, sekolah, dan universiti (San Marcos University). Kehidupan sosial dan budaya masyarakat penjajah Sepanyol telah memenuhi segenap kawasan.

1.4.1 Kriteria Pusat Sejarah Lima dijadikan Tapak Warisan Dunia

Pusat Sejarah Lima telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1988 kerana menepati kriteria;

i) Memperlihatkan seni bina dan pembangunan bandar dalam konteks sebuah bandar kolonial Sepanyol yang bermotifkan kepentingan politik, ekonomi dan budaya di Amerika Latin. Ianya juga memperlihatkan aspek pembudayaan barat melalui seni bina, teknologi, estetika, nilai-nilai sejarah dan bandar di Peru.

Keaslian Pusat Sejarah Lima boleh dilihat menerusi pengekalan ciri-ciri asal reka bentuk asas bandar seperti bangunan bentuk kotak sehinggalah lalu lama penjajah Sepanyol meneuju ke utara Chinchasuyo dan timur Antisuyo. Bangunan-bangunan ini juga disesuaikan dengan persekitaran serantau dari segi ketersediaan bahan, cuaca, gempa bumi dan keperluan masyarakat. Begitu juga, penggunaan, fungsi dan tradisi yang berkaitan dengan kehidupan di bandar ini memberikan Pusat Bersejarah Lima watak sendiri, ketunggalan dan identiti.7

1.5 Bandar Arequipa

Arequipa didirikan oleh segelintir penjajah Sepanyol pada tahun 1540. Bandar ini merupakan sebuah lembah yang telah dibangunkan oleh masyarakat penjajah Sepanyol yang menyumbang kepada pembentukan topografi kawasan tersebut. Buktinya dapat dilhat menerusi sebuah dusun asli yang masih wujud berdekatan dengan Pusat Sejarah dalam daerah San Lazaro. Tapak warisan dunia ini terdiri daripada 49 blok asal yang disusun atur oleh Sepanyol (tidak termasuk tiga blok

(7)

berdekatan dengan Mercado San Camilo yang tidak disenaraikan berikutan lebih kepada gaya barat selain terdapat 24 blok dari zaman penjajahan pada abad ke-19.

Terdapat lima tempoh pembangunan bandar ini seperti yang direkodkan oleh Kementerian Kebudayaan Peru seperti Yayasan Kampung (1540-1784), pembinaan Baroque (1582-1784), penerapan tradisi Rococo dan neoklasikisme (1784-1868) serta tempoh empirisme moden dan fesyen neoklasik (1868-1960) selain beberapa reka bentuk kontemporari. Kelebihan seni bina Arequipa bukan sekadar tertumpu pada kemegahan monumen keagamaan yang ditonjolkan tetapi juga meliputi bentu-bentuk kediaman vernakukar yang bersifat professional.

1.5.1 Kriteria Bandar Arequipa sebagai Tapak Warisan Dunia

Bandar telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000 kerana menepati kriteria;

i) Struktur hiasan di pusat bersejarah Arequipa merupakan karya integrasi kreatif dan asli Eropah di Peru yang menjadi ciri-ciri penting untuk ekspresi budaya masyarakat barat.

ii) Pusat sejarah Arequipa merupakan bukti tinggalan yang memperlihakan kebijaksanaan golongan kolonial untuk beradaptsi dengan keadaan alam, pengaruh adat serta proses penginjilan yang berlaku

1.6 Garis-garis Nazca (Lines of Nazca)

Garis-garis Nazca merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia yang terletak di dataran gersang pantai Peru kira-kira 450 KM2 ke selatan Lima di bawah kaki bukit Andes. Garis-garis yang tercorak pada permukaan tanah antara 500 SM merupakan antara teka-teki terbesar arkelogi kerana kuantiti, jenis, saiz dan kesinambungan garis-garis tersebut menggambarkan makhluk hidup, tumbuh-tumbuhan, makhluk khayalan serta tokoh-tokoh geometri beberapa kilometer yang dipercayai mempunyai fungsi dalam ritual astronomi. Garis-garis Nazca ini menggambarkan prestasi membanggakan masyarakat yang wujud pada ketika itu dalam dimensi dan kepelbagaian seni dunia prasejarah. Bentuk-bentuk unik yang dicorakkan menggambarkan bagaimana garis-garis tersebut telah ditutup dengan pasir yang mengandungi besi dan batu dari patina gelap yang ampuh. Ianya juga menunjukkan bagaimana penghapusan kerikil untuk membentuk corak-corak demikian berlaku sekali gus mendedahkan strata berwarna lebih terang yang agak kontras dengan kerikil gelap.8

Garis-garis Nazca disenaraikan juga sebagai kelompok yang paling cemerlang dalam konteks ‘geoglyphs’ di seluruh dunia. Namun kawasan ini masih menjadi misteri yang tidak mampu dirungkaikan oleh ahli-ahli arkeologi merujuk kepada kuantiti, sifat, saiz serta kesinambungan yang dihasilkan menerusi garisan-garisan tersebut. Keampuhan dan penjajaran garisan serta kesinambungan budaya yang ditonjolkan menunjukkan bahawa garis-garis tersebut melalui jangka masa yang

(8)

lama untuk disiapkan selain strukturnya yang bersifat tahan lama. Kajian-kajian yang telah dilakukan telah menyimpulkan bahawa kesinambungan budaya masyarakat yang mendiami kawasan tersebut boleh dibahagikan kepda tiga fasa kronologi iaitu;

i) Fasa yang menyamai tempoh perkembangan kebudayaan masyarakat Chavin (500-300 SM) dengan adanya pengaplikasian teknik-teknik yang membentuk angka melalui penumpukan pada batu. Perkembangan ini merupakan tempoh yang penting dalam konteks budaya di rantau Andean melalui pengaruh besar yang disumbangkan oleh masyarakat Inca.

ii) Fasa perkembangan tempatan yang dikenali sebagai Paracas (400-200 SM). Fasa ini telah memperlihatkan penyesuaian budaya ke atas permukaan kawasan yang gersang serta memerlukan kemahiran yang tinggi dalam konteks kesenian.

iii) Fasa Nazca yang sebenar antara (200-500 SM) yang budayanya berasal dari Kota Paracas serta memiliki kemahiran pembuatan tembikar dan tekstil.

1.6.1 Kriteria Garis-garis Nazca sebagai Tapak Warisan Dunia

Garis-garis Nazca atau ‘Lines of Nazca and the pampas of Jumana’ merupakan sebuah tapak yang menakjubkan kerana garis-garis yang terdapat atas permukaan tapak ini hanya boleh dilihat menerusi menara tinggi, kapal terbang ataupun dari angkasa. Garis-garis ini dibuat dalam skala yang besar atas permukaan tanah yang membentuk ratusan garis lurus, bentuk geometri selain beberapa figura zoomorfik yang memperlihatkan bentuk entiti seperti rekaan manusia, burung kelicap, labah-labah, jerung, harimau bintang, cicak, ikan dan monyet. Atas keunikan tersebut, UNESCO akhirnya telah mengiktiraf kawasan ini sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1994 yang cepat menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.

1.7 Kota Suci Caral-Supe (Sacred City of Caral-Supe)

Kota Suci Caral-Supe merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia di Peru yang mencerminkan kebangkitan peradaban di bahagian Amerika Selatan. Kota ini telah memperlihatkan bagaimana perkembangan sosio-politik yang positif dalam kawasan ini sehingga membawa kepada pembangunan pesat perumahan di Lembah Supe dan beberapa kawasan yang lain. Kota suci ini telah memperlihatkan gabungan reka bentuk dan komponen seni bina dari negara-negara yang terdapat dalam Amerika Selatan.9

1.7.1 Kriteria Kota Suci Caral-Supe sebagai Tapak Warisan Dunia

(9)

Kota Suci Caral-Supe ini telah diiktiraf oleh pihak UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia di Peru pada tahun 2009 kerana bertepatan dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh badan penjaga warisan dunia tersebut iaitu;

i) Menggambarkan seni bina Archaic dan corak perncangan bandar dalam tamadun kuno Peru. Pelan bnadar misalnya yang berkembang selama berabad-abad dikenalpasti telah dipengaruhi penempatan berhampiran serta sebahagian besar masyarakat yang tinggal berdekatan pantai Peru. ii) Berperanan sebagai bukti tinggalan yang paling maju dan kompleks

dalam aspek pembentukan peradaban. (Archaic Akhir)

iii) Keunikan seni yang menggambarkan reka bentuk dan kemahiran unsur-unsur seni bina seperti yang pernah diamalkan secara menyeluruh oleh masyarakat yang mendiami kawasan pantai di Peru

1.7.2 Pengurusan dan Perlindungan Kota Suci Caral-Supe

Sistem pengurusan warisan oleh Kementerian Kebudayaan Peru di adalah bersifat proaktif di mana terdapatnya Pelan Pengurusan yang telah diubah suai pada tahun 2008 dilaksanakan secara sistematik. Pelan ini telah mengubahsuai beberapa perkara termasuklah peraturan-peraturan untuk menjamin pemeliharaan dan perlindungan harta dan kawasan tersebut.

2.0 TAPAK WARISAN DUNIA SEMULA JADI DI PERU 2.1 Taman Negara Huascaran

Taman Negara Huascaran merupakan antara Tapak Warisan Dunia di Peru yang diklafikasikan dalam konteks semula jadi. Taman Negara ini merangkumi sebahagian besar kawasan Cordillera Blanca yang merupakan zon pergunungan tropika tertinggi di dunia. Zon pergunungan ini mempunyai 27 punca yang dilitupi dengan salji kira-kira 6000 meter dari atas permukaan laut di mana El-Huascaran merupakan puncak yang tertinggi dengan ketinggian 6 768 dari paras laut. Secara dasarnya, taman ini mewakili kepelbagaian ciri geomorfologi seperti tasik glasier, serta mata air panas. Kawasan ini juga menyaksikan topograsi luas tumbuh-tumbuhan yang biasa ditemui dalam kawasan hutan montane lembap seperti tundra fluvial alpine, paramo subalpine, bromeliad alpine, Bromeliceae, orkid gunung dan janda hutan.

Terdapat juga binatang-binatang seperti beruang panda, harimau kumbang, kucing gunung, rusa ekor putih dan vicuna yang merupakan spesies asli yang penting. Malahan terdapat juga spesies rusa langka dam unggas-unggas seperti helang cordillera, burung gergasi, burung Condor Andean serta beberapa spesies itik seperti itik torrent.10

(10)

Taman Negara Huascaran telah ditubuhkan pada 1 Julai 1975 oleh Dekri Tertinggi di bawah undang-undang mengenai hutan dan hiupan liar Peru. Taman ini telah diterima sebagai rizab biosfera oleh UNESCO pada 1 Mac 1977 dan ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985. Antara kriteria lain yang mengangkat taman ini sebagai Tapak Warisan Dunia adalah;

i) Rantau Cordillero merupakan tapak perkembangan beberpa kumpulan etnik awal di Peru seperti yang dapat disaksikan melalui runtuhan di Gekosh dan Chuchumpunta. Tapak ini telah menempatkan beberapa koleksi terbesar mayat yang berusia 2000 tahun lebih awal daripada kebudayaan Chavin

2.2 Taman Negara Manu

Taman Negara Manu terletak dalam kawasan daerah Manu dan Paucartambo yang terdiri daripada tanah di lereng timur Andes dan Amazon Peru. Kawasan ini terletak dalam lembangan Sungai Amazon dan meliputi aliran Sungai manu dan sebahagian besar anak-anak Sungai Alto Madre de Dios. Bukit-bukit yang terdapat dalam kawasan tanah rendah antara sungai-sungai dan cerun telah membentuk topografi bergelombang yang meliputi sebahagian besar taman. Terdapat beberapa tumbuhan yang melatari taman negara ini seperti yang paling luas ditemukan adalah hutan hutan hujan tropika tanah rendah, hutan hujan tropika tanah rendah serta tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam padang rumput.

Walaupun banyak kepelbagaian tumbuhan dalam kawasan ini, flora yang terdapat di Manu masih kurang dikenali dan dianggap yang paling awal dalam proses inventori. 1 147 spesies tumbuhan telah dikenalpasti dalam kawasan yang agak kecil atau mungkin lebih daripada itu. Satu ciri menarik yang terdapat dalam hutan-hutan ni adalah terdapat sekurang-kurangnya 18 spesies flora Ficus. Malahan terdapat juga sebanyak lebih dari 800 spesies burung dan 200 spesies mamalia yang telah dikenalpasti. Antaranya adalah enam spesies macaw dalam hutan tanah rendah, tiga kawasan burung endemik, 13 spesies monyet, lebih 100 jenis kelawar, 12 spesies reptilia serta 77 jenis amfibia.

2.2.1 Kriteria Taman Negara Manu sebagai Tapak Warisan Dunia

Taman Negara Manu telah ditubuhkan berdasarkan dari keputusan pihak UNESCO dan dilindungi sepenuhnya selain diterima sebagai antara rizab biosfera pada Mac 1977. Taman Negara Manu in disenaraikan sebagai Tapak Warsian Dunia pada tahun 1987 keran bertepatan dengan kriteria;

i) Taman ini telah dihuni oleh sekurang-kurangnya empat kumpulan pribumi yang berbeza seperti Machiguenga, Mascho-Piro, Yaminahua dan Amahuaca. Kaum pribumi ini telah dianggap sebagai sebahagian daripada sistem semula jadi kerana gaya kehidupan mereka tidak mengancam keaslian taman

(11)

3.0 TAPAK WARISAN DUNIA CAMPURAN (BUDAYA + SEMULA JADI) 3.1 Historic Sanctuary of Machu Picchu

Machu Picchu terletak dalam kawasan pertemuan antara pergunungan Andes dan Lembangan Amazon dan merupakan salah satu tapak warisan yang memperlihatkan kesenian seni bina dan penggunaan tanah yang efektif sekali gus menjadi bukti warisan yang sangat penting kepada peradaban kuno Tamadun Inca di Peru. Tapak ini telah diiktiraf merujuk kepada nilai-nilai budaya dan alam semula jadi yang luar biasa meliputi 32.529 hektar lereng gunung, puncak dan lembah yang mengelilingi sebuah monumen penting yang disebut sebagai “La Ciudadela” dengan ketinggian 2,400 dari paras laut. Machu Picchu telah dibina pada abad ke-15 namun ditingalkan setelah Empayar Inca ditakluk oleh penjajah Sepanyol pada abad ke-16. Machu Picchu ini adalah salah satu tempat kebudayaan yang paling penting di Amerika Latin.11

Machu Picchu juga terdiri daripada kira-kira 200 struktur bangunan yang membentuk kawasan pusat agama, upacara keagamaan, astronomi dan pertanian yang ditetapkan pada tanah yang curam dan bertentangan dengan teras batu. Kawasan ini telah dibahagikan kepada bahagian yang lebih rendah dan tinggi yang memisahkan kawasan pertanian daripada kawasan perumahan. Peranan dan fungsi pembinaan Machu Picchu masih menjadi tanda tanya sama ada ianya mungkin merupakan kemahiran kaum Inca dalam bidang astronomi dan penanaman spesies tumbuhan liar. Uniknya, pembinaan monumen dalam Machu Picchu diadaptasi dengan baik terhadap persekitaran semula jadi di tempat tersebut yang merupakan tanah pergunungan. Terdapat juga sistem perhubungan jalan yang luas, saluran air dan teres untuk tujuan pertanian serta beberapa kawasan yang dibiarkan untuk habitat semula jadi berkembang seperti beruang berkaca mata, berang-berang dan kucing pampas. Malahan tempat ini juga disebut sebagai salah satu khazanah biodiversiti yang penting di dunia.

3.1.1 Kriteria Machu Picchu sebagai Tapak Warisan Dunia

Machu Picchu telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia yang paling berharga di Peru pada tahun 1999 oleh UNESCO kerana menepati kriteria seperti;

i) Machu Picchu merupakan karya seni sebuah perbandaran yang memperlihatkan keunikan seni bina dan kejuruteraan dari peradaban kuno Tamadun Inca. Pembinaan bangunan di atas gunung selain menyatukan unsur alam sekitar merupakan kejayaan yang agung.

ii) Ianya juga merupakan tinggalan sejarah dari zaman peradaban kuno masyarakat Inca yang menunjukkan perkembangan terancang dalam aspek kawalan wilayah, organisasi sosial, produktiviti, agama dan pentadbiran.

(12)

sehingga memberikan contoh yang luar biasa daripada hubungan harmoni dan nilai estetika yang menakjubkan antara kebudayaan manusia dengan alam persekitaran.

iv) Meliputi sebahagian daripada peralihan antara tanah tinggi Andes dengan Lembangan Amazon sehingga mampu berfungsi sebagai habitat spesies floran dan fauna yang dianggap penting untuk pemuliharaan biodiversiti.

Machu Picchu merupakan sebuah kawasan yang sangat terkenal dalam dunia arkeologi. Pembinaan bandar ini merupakan seni yang terhebat empayar Inca. Ianya melalui dua tempoh pemerintahan Raja Inca iaitu Pachacutec Inca Yupanqui (1438-1471) dan Tupac Inca Yupanqui (1472-1493).

3.2 Taman Negara Rio Abiseo

Taman Negara Rio Abiseo terletak dalam rantaian gunung Andes (Cordillera Oriental de los Andes) di sebelah timur Huicungo. Taman ini terletak di persimpangan jalan antara Maranon dan Sungai Hullaga. Ianya telah dibangunkan pada tahun 1983 meliputi seluruh Sungai Abiseo dengan topografi pergunungan. Hampir semua tanah yang terdapat dalam Taman Negara Rio Abiseo ini tidak pernah diganggu dengan aktiviti pertanian atau pembalakan. Rio Abiseo terkenal juga dengan hutan awan rendah yang asli dan padang rumput tanah tinggi atau disebut sebagai Paramo. Hutan awan rendah telah dikatakan sebagai glasiasi terakhir yang membawa kepada kepelbagaian spesies pada tahap endemik yang tingi dengan pengenalan 1000 spesies tumbuhan dan kepelbagaian fauna. Ianya berupaya juga menajdi lokasi perlindungan dan baru bagi spesies terancam seperti kucing toucanet-browe. Ketinggian kawasan ini juga telah menarik lebih dari 132 spesies burung selain terdapat beberapa spesies mamalia seperti monyet berekor kuning yang dipercayai telah pupus pada tahun 1926 serta spesies monyet berambut panjang dan monyet labah-labah. Terdapat juga beberapa spesies yang ditemui dalam taman negara ini seperti beruang berkacamata, harimau bintang, armadillo gergasi serta tapir.12

3.2.1 Kriteria Taman Negara Rio Abiseo sebagai Tapak Warisan Dunia

Taman Negara Rio Abiseo telah ditubuhkan pada tahun 1983 melalui hasil usaha Jabatan Perhutanan San Martin yang bertujuan untuk melindungi flora dan fauna dari butan hujan yang merupakan cirri khas kawasan Andes. Objektif jabtan ini adalah untuk membina taman yang meliputi 274,520 hektar dengan adanya penyelidikan mengenai sumber-sumber semula adi dan kebudayaan yang dilaksanakan melalui kerjasama antarabangsa. Taman Negara Rio Abiseo telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985 kerana menepati beberapa kriteria seperti;

i) Taman ini merupakan habitat beberapa spesies endemik yang dikatakan telah pupus seperti monyet berekor kuning selain beberapa penyelidikan yang dijalankan telah menemui 36 tapak arkeologi yang sebelum ini tidak

(13)

pernah diketahui pada ketinggian antara 2,500 dan 4 000 meter sekali gus member gambaran yang lebih baik mengenai masyarakat pra-Inca.

ii) Merupakan contoh luar biasa beraitan dengan proses geologi yang signifikan terhadap evolusi biologi dan interaksi manusia dengan alam semula jadi. Taman ini merupakan kombinasi yang luar biasa antara unsur-unsur semula jadi dan budaya. Terdapat juga monumen pra-Hispanik dalam kawasan lembah Montecristo di Taman Negara Rio Abiseo ini yang menajdi bukti tinggalan pendudukan masyarakat tersebut dalam kawasan tanah tinggi Andean seawall abad ke-4 SM. Adanya bukti dari Gua Manachaqui menggambarkan ianya telah dihuni oleh manusia seawal abad ke 6000 SM.

4.0 ISU-ISU MEMBABITKAN TAPAK WARISAN DUNIA DI PERU 4.1 Isu Pelancongan

4.1.1 Historic Sanctuary of Machu Picchu

Machu Picchu telah diuruskan oleh Unit Pengurusan Machu Picchu (UGM) yang telah ditubuhkan pada tahun 1999 untuk merangka strategi pemuliharan dan pengurusan tapak seperti yang terkandung dalam Pelan Induk yang dikemaskini oleh Kerajaan Peru. UGM ini telah diaktifkan semula pada tahun 2011 yang terdiri daripada wakil-wakil Kementerian Kebudayaan, Alam Seitar dan Perdagangan Luar Negeri dan Pelancongan, Ketua Daerah Cuzco, Presiden Jawatankuasa Eksekutif serta pemimpin tempatan dari Machu Picchu. Pengurusan ini berperanan untuk mengekalkan identiti Machu Picchu sebagai warisan yang sangat berharga terhadap negara Peru selain merupakan destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa utama di negara ini. Walau bagaimanapun, unit pengurusan ini megalami cabaran besar dalam memastikan pengekalan Machu Picchu sebagai identiti warisan Peru. Hal ini demikian kerana, pelancongan yang menjadi fungsi utama tapak tersebut memberikan impak berbeza antara manfaat ekonomi dan mengakibatkan kesan budaya dan ekologi.

(14)

bulan. Akibatnya, pendapatan ekonomi Peru mengalami kerugian sebesar $AS 200 juta. Hal ini secara tidak lansung menghadirkan dilema yang berbeza terhadap negara Peru sama ada terus membuka Machu Picchu sebagai destinasi pelancong ataupun menutup sebagai langkah penjagaan dan pemuliharaan tapak tersebut daripada musnah.

4.1.2 Garis-garis Nazca (Lines of Nazca)

Garis-garis Nazca melalui tiga fasa pembangunan yang berbeza dengan bermula dari zaman kebudayaan Chavin, Paracas dan seterusnya kebudayaan Nazca sendiri. Garis-garis tersebut dilakukan dengan mencampurkan pasir hitam dengan tar untu menghasilkan permukaan tanah yang bersifat kekal. Banyak andaian yang mengklafikasikan penggunaan garis-garis ini sebenarnya adalah untuk fungsi astronomi. Namun demikian, perkara penting sekali adalah tapak ini sendiri tidak akan kekal selamanya. Hal ini demikian kerana, tapak ini sendiri telah disenaraikan oleh World Monuments Fund’s (WMF) sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia yang sedang berisiko diancam kemusnahan. Tapak ini telah berdepan dengan beberapa cabaran untuk kekal sebagai Tapak Warisan Dunia kerana menghadapi masalah seperti kecurian, ketidakkawalan keselamatan penerbangan persendirian, aktiviti perlombongan berdekatan kawasan, timbunan bahan buangan serta berhadapan dengan perubahan iklim dunia.13

Tetapi perkara yang paling mengancam kelenyapan tapak ini sendiri adalah isu pelancongan. Perkara ini dapat dilihat apabila bilangan pelancong semakin ramai, penyediaan pentas tinjauan telah dibina sehingga ada antaranya telah merosakkan struktur tapak. Pentas tinjauan ini penting kerana Garis-garis Nazca hanya boleh dilihat menerusi tempat yang tinggi. Penyediaan pentas-pentas tinjauan di tempat yang tidak sepatutnya telah mengubah struktur tapak itu sendiri. Bukti kegiatan sektor pelancongan di tapak tersebut menyumbang kepada kelenyapan Garis-garis Nazca iaitu selepas berlakunya banjir dan tanah runtuh di kawasan tersebut pada tahun 2007, satu kumpulan penyelidik telah datang untuk melihat kaeadaan tapak. Hasilnya seperti yang dikatakan oleh Mario Olaechea Aquije iaitu seorang ahli arkeologi dari Institut Kebudayaan Negara Peru telah menyebut bahawa tanah runtuh dan hujan tidak mendatangkan kerosakan pada tapak Garis-garis Nazca tetapi pembinaan lebuh raya berdekatan yang bertujuan untuk memudahkan pelancong dan orang ramai datang melihat kawasan tersebut telah menyebabkan beberapa ancaman kerosakan. Perkara ini akhirnya menggesa Menteri Kebudayaan Peru untuk membangunkan satu pelan tindakan untuk memelihara tapak daripada ancaman kelenyapan sebagai Tapak Warisan Dunia di Peru.

4.2 Isu Ancaman Semulajadi (Alam) 4.2.1 Tapak Arkeologi Chavin

(15)

Tapak Arkeologi Chavin telah dilindungi oleh Perlembagaan Negara Peru yang termaktub dalam Perkara 6, Undang-undang N o 6634 sejak dari 13 Jun 1929 yang secara jelas telah menetapkan hak pemilikan mutlak negara yang tidak boleh dalam penjagaan Pusat Pelancongan Arkeologi di zon wilayah Huari.14

Pelan pemuliharaan ini penting berikutan keutuhan dan pengukuhan landskap yang tidak mengalami perubahan besar dilestarikan dengan penerusan aktiviti pertanian tradisional di sekitar kawasan tapak. Tapak Arkeologi Chavin sebenarnya mengalami ancaman semula jadi yang sangat relevan dalam memberi kesan terhadap pemeliharaan keaslian Tapak Arkeologi Chavin seperti tanah runtuh yang menimpa ruangan galeri, saluran air serta ruangan dalaman. Namun perkara yang banyak menjejaskan Tapak Arkeologi Chavin adalah banjir yang disebabkan oleh tanah runtuh demikian serta banjir yang tidak dijangka berlaku menerusi tasik glasier berdekatan seperti yang berlaku pada tahun 1945. Banjir ini banyak menjejaskan struktur asal Tapak Arkeologi Chavin yang 100% diperbuat daripada tanah. Malahan tapak ini juga diancam oleh gempa bumi bermagnitud tinggi seperti yang berlaku pada tahun 1970.

4.2.2 Tapak Arkeologi Chan-chan

Kementerian Kebudayaan di Peru melalui pejabat desentralisasi yang berpusat di La Libertad merupakan agensi utama yang memelihara dan mempertahankan Tapak Arkeologi Chan-chan. Badan tersebut telah berkerjasama dengan pihak berkuasa di peringkat kebangsaan, serantau dan perbandaran untuk melaksanakan tindakan khususnya mengenai pekerjaan yang menyalahi undang-undang penjagaan tapak tersebut. Warisan ini dilindungi oleh undang-undang dan keputusan negara Peru. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu-isu lama seperti pemilikan tanah, penempatan semula pendatang tanpa izin, penghentian amalan pertanian yang menyalahi undang-undang dan penguatkuasaan langkah-langkah kawal selia masih belum diselesaikan secara efektif bagi memastikan pemuliharaan jangka panjang dan perlindungan penuh warisan tersebut. Malahan langkah-langkah untuk pembinaan zon penampan masih dalam proses untuk dibangunkan melalui kerjasama Majlis Perbandaran Tempatan.

Tapak Arkeologi Chan-chan pada mulanya telah diletakkan dalam senarai Tapak Warisan Dunia yang dalam bahaya pada tahun 1986 berikutan keadaan struktur seni bina yang terjejas disebabkan oleh fenomena El Nino yang melampau. Fenomena ini juga secara tidak lansung menghadirkan banjir yang mengancam kerosakan struktur tapak. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan tapak arkeologi tersebut yang 100% mengaplikasikan binaan menggunakan tanah mudah terdedah kepada kerosakan dan kemerosotan sehingga menggesa pemeliharaan

(16)

menggunakan bahan-bahan tanah bagi mengurangkan tahap kesan fizikal ke atas tapak tersebut. Selain itu, tapak ini juga diancam dengan perampasan badan-badan tertentu yang telah mengemukakan cadangan pembinaan sebuah jalan melintasi tapak tersebut. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah telah diambil bagi menggugurkan Tapak Arkeologi Chan-chan daripada Senarai Tapak Warisan Dunia dalam bahaya termasuklah pelaksanaan langkah-langkah pembaikan dan pembangunan rancangan pengurusan yang dilaksanakan sejak tahun 1999 yang dilaksanakan bagi mengatasi ancaman yang diperolehi oleh peningkatan paras air.

4.2.3 Kota Cuzco (City of Cuzco)

Kota Cuzco diklafikasikan sebagai warisan budaya bangsa sebagai kawasan warisan mengikut Resolusi No 2900 pada tahun 1972 yang menetapkan skop perlindungannya. Menurut peraturan yang sama, semua jalan-jalan dalam kawasan kota tersebut dikelaskan sebagai Monumen Alam Sekitar dan Bandar selain 103 bangunan bersejarah yang juga terdapat dalam kawasan tersebut dikelaskan sebagai monumen. Warisan ini juga telah dilindungi oleh Perlembagaan Negara dan undang-undang No 28296, undang-undang umum untuk Warisan Budaya Negara. Kementerian Kebudayaan Peru dan Majlis Perbandaran Daerah Cuzco antara yang bertanggunjawab untuk pemuliharaan dan pengurusan kawasan tersebu dengan melakukan penilaian bandar, pendaftaran, perlindungan, pengawasan serta pengendalian kerja-kerja yang berterusan.

Salah satu faktor utama yang mengancam pengekalan keaslian Kota Cuzco ini adalah gempa bumi. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kejadian gempa bumi pada tahun 1950 yang banyak merosakkan struktur asal bangunan tersebut. Malahan ketiadaan dana untuk pembaikan semula bangunan yang rosak juga menjadi satu isu selain kekurangan dokumen teknikal dan peraturan mengenai pengurusan bandar. Perkara ini sekali gus telah menyebabkan banyak bangunan kekurangan penyelenggaraan disebabkan oleh kekurangan seumber kewangan. Namun selepas tahun 1950, langkah-langkah pemulihan monumen arkeologi dimulakan di Kota Cuzco yang diteruskan sepanjang tahun 1973. Projek pemulihan ini merangkumi latihan teknikl pakar untuk meningkatkan tahap teknikal dan alat untuk pemeliharaan. Di samping itu, terdapat juga Pelan Pengurusan untuk Kota Cuzco yang menjadi asas perlindungan telah dibangunkan pada tahun 2005. 15

4.2.4 Pusat Sejarah Lima (Historic Centre of Lima)

Pusat Sejarah Lima telah dilindungi oleh peraturan-peraturan undang-undang Peru yang terdiri daripada Perlembagaan Politik Negeri, Undang-undang Umum Warisan Kebudayaan Kebangsaan malahan Resolusi 1972 juga telah mengisytiharkan Pusat Sejarah Lima sebagai zon monumental dengan nilai warisan seperti Monumen Negara. Pusat Sejarah Lima telah berdepan dengan isu kerosakkan teruk yang disebabkan oleh gempa bumi seperti yang berlaku pada tahun 1940, 1966, 1970 dan 1974. Bukan itu sahaja, kawasan ini juga mengalami isu kerosakan yang

(17)

berlaku secara semula jadi sehinggalah menjejaskan keaslian struktur bangunan. Malahan terdapat juga faktor-faktor tambahan yang bertindak mengancam kelestarian Pusat Sejarah Lima sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu eksploitasi komersial yang bertujuan untuk membina ‘pusat-pusat komersial popular’ dalam kawasan tersebut selain pencemaran yag disebabkan oleh penjanaan pengangkutan awam dan swasta. Di samping itu, peningkatan penduduk yang berlaku ekoran daripada penghijrahan masyarakat dari kawasan-kawasan sekitar menyebabkan kepadatan penduduk sehingga banyak mengubah struktur asal bangunan. Langkah pemuliharaan yang tidak efisyen dan sering menimbulkan kecuaian juga menyebabkan bangunan-bangunan yang terdapat dalam Pusat Sejarah Lima semakin luntur keasliannya sebagai antara warisan dunia yang wajar dipelihara di Peru.

RUMUSAN

(18)

BIBLIOGRAFI

Atwood, Roger, 2003, Guardians of the Dead. Archaeology 56 (1): 42–49

Contraloría General de la República, 2005, Machupicchu, Auditorias de Gestión Ambiental y de Patrimonio Cultural. Lima. (http://www.contraloria.gob.pe). Diakses pada 18 November 2014

Instituto Nacional de Cultura, 1999, Chan Chan: Plan Maestro Para la Conservación y Manejo del Complejo Arqueológico. Resumen Ejecutivo. Trujillo, Perú.

Navrud, S., 2005, Valuing cultural heritage: lessons learned. In Structural Studies, Repairs and Maintenance of Heritage Architecture IX, C.A. Brebbia and A. Torpiano eds., pp. 95–100. Wit Press. Southampton.

Peru World Heritage Centre, Dalam (www.unesco.com). Diakses pada 10 November 2014

Silverman, Helaine, 2006. The Historical of Cusco as an Open-Air site Musuem, In Archaelogical Site Museums In Latin America, ei=dited by Helaine Silverman: Gainsville:University Press of Florida.

Silverman Helaine, 2006, Cultural Resource management and Heritage Management in Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship (3): 57

World Heritage Centre, 2006. Documents, Chan-chan Archaelogical Zone. Dalam (http://unesco.org). Diakses pada 23 Oktober 2014

World Heritage Centre, 2006b, Documents, Historic Sanctuary of Machu Picchu dalam (http://whc.unesco.org). Diakses pada 18 November 2014

(19)

TAPAK ARKEOLOGI CHAN-CHAN

(20)

LINES OF NAZCA

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu OSIS disekolah merupakan bagian yang tidak dapat dipisahkan hubungannya dengan proses menjalankan peraturan-peraturan yang ada disekolah, OSIS merupakan

Berdasarkan hasil analisis perhitungan dari tinggi gelombang yang didapatkan melalui perbandingan antara angin dari BMKG dan hasil penelitian langsung dilapangan,

sangat penting untuk memperoleh citra yang semakin baik, tetapi pada akhirnya ”isi” – dalam arti mutu proses, ouput , dan outcome pendidikan- yang akan sangat

kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan sebagai pelatihan untuk menerapkan teori. yang diperoleh dalam semester-semester sebelumnya, sesuai dengan persyaratan

Refraktometer Abbe adalah refraktometer untuk mengukur indeks bias cairan, padatan dalam cairan atau serbuk dengan indeks bias dari 1,300 sampai 1,700 dan persentase padatan 0

Puji syukur penulis panjatkan kehadirat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan karunia-Nya kepada penulis, sehingga penulis dapat menyelesaikan laporan tugas akhir ini

Penelitian ini nantinya akan menghasilkan sebuah sistem keamanan data pendaftar english communitative dengan menggunakan XML encyription.[4] Tujuan peneltian yang

Pada penelitian ini, untuk memperoleh data kemampuan komunikasi matematis peserta didik dilakukan dengan menggunakan tes uraian (essay). Sebelum instrument tes