• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gharar di Dalam Islam Bahasa Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Gharar di Dalam Islam Bahasa Malaysia"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

1 Ghara di Dalam Islam

Mohd Azuwa bin Hasan

Undergraduate

Bachelor In Legal Studies;Major in Jurisprudence and Fatwa,Minor in Islamic Finance Faculty of Shariah and Laws

Islamic Science University of Malaysia

awuzas88@gmail.com

1. Pendahuluan

Di dalam urusan dunia mahupun urusan ukhrawi, kehidupan seorang Muslim haruslah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa, tiada pengecualian samada bagi yang kuat ataupun lemah dan sebagainya.

Di dalam urusan muamalat ataupun perniagaan, Islam telah meletakkan garis panduan serta peraturan yang harus diikuti dengan terang dan jelas, kegagalan untuk mengikuti kesemua peraturan akan menyebabkan kontrak ataupun transaksi tersebut tidak sah lalu menjadikan harta yang diperdagangkan itu haram untuk dimakan dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Baqarah, ayat 188;

Yang bermaksud;” Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

(2)

2 Gharar adalah satu elemen yang sentiasa wujud di dalam apa-apa jua urusan niaga, kesan kewujudan gharar di dalam urusan niaga akan menyebabkan urusan niaga itu menjadi tidak sah.

2. Definisi Gharar

Menurut bahasa Arab, makna al-gharar adalah al-khathr, al-khathr pula bermaksud pertaruhan ataupun pengambilan risiko1. Dalam erti kata lain, gharar adalah pengambilan risiko yang melampau ataupun tanpa pertimbangan dari pihak pengambil risiko tersebut.

Gharar juga bermaksud ketidakpastian, manakala ketidakpastian bermaksud terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.

Menurut Ibnu Rusyd, gharar adalah kurangnya maklumat tentang keadaan

barang ataupun objek yang wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui2.

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti”.

Manakala, Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi.

Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam

1

Al-Mu’jam Al-Wasith, hal. 648 2

(3)

3

objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan3.

Pada masa yang sama, menurut Syaikh As-Sa‟di gharar juga bermaksud al-mukhatharah ataupun pertaruhan dan dan al-jahalah iaitu ketidak-jelasan. Gharar

sedikit sebanyak berkait dengan salah satu elemen haram iaitu judi4.

Syeikh Wahbah Zuhaili juga menyatakan definisi ataupun maksud gharar di dalam tulisan beliau, iaitu gharar sebagai al-khatar dan altaghrir, yang bermaksud satu elemen atau penampilan yang menimbulkan kerosakan pada sesuatu(harta) ataupun

sesuatu yang pada zahirnya adalah sesuatu yang baik tetapi membawa kerosakan5.

Ini bermaksud, gharar adalah satu elemen yang akan menyusahkan atau

memberi kesan buruk kepada mana-mana bahagian yang terlibat. Di dalam sesuatu

urusan niaga, gharar akan memberi kesan buruk kepada kedua-dua pihak yang terlibat

di dalam urusan niaga tersebut di dalam bentuk ketidak adilan dan sebagainya.

Pada masa yang sama, sejumlah Fuqaha‟ juga telah mendefinisikan gharar

dengan jelas dan terang, antaranya Al-Syarkasi dari mazhab Hanafi berpendapat, al-gharar ma yakun masnur al-aqibah,yang bermakna: “sesuatu yang tersembunyi

akibatnya”. Al-Qarafi dari Mazhab Maliki berpendapat: ashlu al-gharar huwa al- ladzi la yudra hal tahshul am laka al-thair fil al hawa` wa al-samak fi al-ma`.ertinya: “sesuatu yang tidak diketahui apakah ia akan diperoleh atau tidak seperti burung di udara, dan

ikan di air”.

Begitu juga dengan Al-Syirazi dari mazhab Syafi`I yang berpendapat, al-gharar ma intawa `anhamruh wa khafiy alaih `aqibatuh, ertinya : “sesuatu yang urusannya tidak

diketahui dan tersembunyi akibatnya”. Bagi Ibn Taimiyah, beliau berpendapat gharar

ialah tidak diketahui akibatnya. Manakala, Ibn Qoyyim berpendapat gharar ialah yang tidak boleh diukur penerimaanya, baik barang itu ada mahupun tidak ada, seperti menjual hamba yang melarikan diri dan unta yang liar meskipun ia wujud. Ibn Hazm pula berpendapat, gharar itu ketika pembeli tidak tahu apa yang dibeli, atau penjual tidak tahu apa yang ia jual6.

3

Saiful Azhar Rosly, 2005, Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets, Authorhouse:USA, h. 69 4Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di, Bahjah Qulub Abrar wa Qurratu Uyuuni Akhyaar Fi Syarhi Jawaami Al-Akhbaar, Tahqiq Asyraf Abdulmaqshud, Cet. II, Th 1992M, Dar Al-Jail. Hal.164

5

Wahbah Al-Zuhaili. Al-Fiqh al-Islami wa `Adillatuhu. Juv IV. Dar al-Fikr. Damascus. Syria, hal 435-437 6

(4)

4 3. Hukum Gharar di Dalam Islam

Hukum haramnya gharar jelas di dalam Islam, tiadak nasakh akannya, tiada

ta’arudh akan hukumnya. Yang jelas haramnya dan wajib diterima oleh umat Islam

seluruhnya.

Sabda Rasululllah s.a.w di dalam hadith Abu Hurairah yang berbunyi;

ىهلَص ِ هاللَّ ُلوُسَر ىَهَن

ِرَرَغْلا ِعٌَْب ْنَع َو ِةاَصَحْلا ِعٌَْب ْنَع َمهلَس َو ِهٌَْلَع ُ هاللَّ

Hadith tersebut bermaksud “Rasulullah Shallallahu „alaihi wa sallam melarang jual beli

al-hashah dan jual beli gharar”7

Dalam sistem jual beli gharar ini terdapat unsur memakan harta orang lain dengan cara batil. Padahal Allah melarang memakan harta orang lain dengan cara batil sebagaimana tersebut dalam firmanNya. membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu

mengetahui”8

7

HR Muslim, Kitab Al-Buyu, Bab : Buthlaan Bai Al-Hashah wal Bai Alladzi Fihi Gharar, 1513 8

(5)

5

Bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu ;

sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”9

Malahan, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan, dasar pelarangan jual beli

gharar ini adalah larangan Allah dalam Al-Qur‟an, yaitu (larangan) memakan harta

orang dengan batil. Begitu pula dengan Nabi Shallallahu „alaihi wa sallam beliau

melarang jual beli gharar ini.10 Pelarangan ini juga dikuatkan dengan pengharaman judi, sebagaimana ada dalam firman Allah.

Bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu

mendapat keberuntungan”11

Sedangkan jula-beli gharar, menurut keterangan Syaikh As-Sa‟di, termasuk dalam katagori perjudian. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sendiri menyatakan, semua jual beli gharar, seperti menjual burung di udara, unta yang lari, buah-buahan sebelum masak, dan jual beli al-hashaah, seluruhnya termasuk perjudian yang diharamkan Allah di dalam Al-Qur‟an12.

9

Al-Quran, Surah an-Nisa’, Ayat 29 10 Majmu Fatawa, 29/22

11

Al-Quran, surah al-Maidah, ayat 90 12

(6)

6

Larangan tentang penglibatan gharar juga jelas daripada hadith Nabi

Muhammad s.a.w, Hadits Ibnu „Umar radhiyallahu „anhuma riwayat Al-Bukhary dan Muslim:

ِةَلَبَحْلا ِلَبَح ِعٌَْب ْنَع َمهلَس َو ِهِلآ ىَلَع َو ِهٌَْلَع ُاللَّ ىهلَص ًُِّبهنلا ىَهَن

Bermaksud, “Nabi shollallahu „alaihi wa „ala alihi wa sallam melarang dari menjual anak dari anak yang berada dalam perut unta”

Larangan tersebut menunjukkan antara kriteria akan sesuatu yang menjadikannya gharar dan haram di sisi Islam. Nabi Muhammad s.a.w melarang kita dari menjual anak unta yang masih di dalam perut atau kandungan ibu unta kerana di situ wujudnya gharar iaitu ketidakpastian yang anak unta itu akan hidup ataupun tidak dan sebagainya.

Di dalam hadith lain, dari Hadits Abu Sa‟id Al-Khudry radhiyallahu „anhu;

ِةَسَمَلاُمْلا َو ِةَذَباَنُمْلا ِنَع ىَهَن َمهلَس َو ِهِلآ ىَلَع َو ِهٌَْلَع ُاللَّ ىهلَص ِاللَّ َل ْوُسَر هنَأ

Yang bermaksud, “Sesungguhnya Rasulullah shollallahu „alaihi wa „ala alihi wa sallam melarang dari Al-Munabadzah dan Al-Mulamasah”13.

Analogi daripada hadith di atas ada dua, yang pertama Munabadzah,

Al-Munabadzah adalah seorang penjual berkata kepada pembeli : “Kalau saya lempar barang ini kepadamu maka wajib untuk dibeli”, walaupun barangnya belum dibuka atau diperiksa. Jelas dan nyata di dalam analogi tersebut, akan kewujudan elemen gharar di mana subjek ataupun barang yang akan diniagakan itu tidak tahu akan keadaanya, bentuknya dan ciri-cirinya.

Analogi yang kedua, Al-Mulamasah adalah seorang penjual berkata kepada

pembeli : “Apa saja yang kamu sentuh maka harus dibeli”, walaupun belum dilihat dan

diperiksa. Jelas wujud gharar di sini apabila benda yang harus dibeli itu tidak diketahui akan keadaanya, menjadikan urusan niaga ini haram di sisi Islam dan tidak sah.

13

(7)

7

Dalam hadith lain, di dalam Hadith Ibnu „Umar dan lainnya riwayat Al-Bukhary dan Muslim;

ْوُدْبٌَ ىهتَح ِةَرَمهثلا ِعٌَْب ْنَع ىَهَن َمهلَس َو ِهِلآ ىَلَع َو ِهٌَْلَع ُاللَّ ىهلَص ِاللَّ َل ْوُسَر هنَأ

َن ,اَهُحَلاَص

ْي ِرَتْشُمْلا َو َعِئاَبْلا ىَه

Bermaksud, “Sesungguhnya Rasulullah shollallahu „alaihi wa „ala alihi wa sallam

melarang jual beli buah pohon sampai nampak baiknya, beliau melarang penjual dan

pembeli”.

Elemen gharar wujud di dalam situasi yang jelas dinyatakan oleh hadis di atas, apabila keadaan buah yang belum diketahui samada baik ataupun rosak, manis

ataupun masam dan seterusnya. Menyebabkan elemen gharar wujud lantas

menjadikan bentuk urusniaga seperti di atas tidak sah di sisi Islam.

Gharar seharusnya dielak dan ditolak oleh umat Islam di dalam apa jua urusan

niaga, seperti mana yang telah dibincangkan oleh Imam Nawawi, “Larangan jual beli

gharar merupakan pokok penting dari kitab jual-beli. Oleh karena itu Imam Muslim menempatkannya di depan. Permasalahan yang masuk dalam jual-beli jenis ini sangat

banyak, tidak terhitung”14

14

(8)

8

Bermaksud, “Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan

beban kepada seseorang melainkan sekedar kesanggupannya”15

Bermaksud, “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah orang-orang itu yakin, bahwa

sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar”16

15

Al-Quran, surah al-Maidah, ayat 152 16

(9)

9 4. Hikmah Pengharaman Gharar

Islam tidak diutuskan hanya untuk sia-sia ataupun tiada motif dan objektif yang bermanfaat bagi umat Islam, setiap hukum, larangan dan galakkan mempunya kebaikan dan manfaat yang tidak dapat dibeli oleh wang mahupun harta dunia. Tiada harga yang mampu diletak pada kebaikan dan manfaat yang dibawa oleh Syariat Islam. Setiap larangan dan galakkan serta suruhan mempunya objektifnya yang tersendiri, di dalam Islam ia dipanggil sebagai hikmah.

Diantara hikmah larangan jual beli gharar adalah adanya pertaruhan yang boleh menimbulkan sikap permusuhan pada orang yang dirugikan17. Wujudnya situasi zalim dan dizalimi ataupun petindas dan di tindas. Sedangkan Islam adalah agama yang adil dan baik bagi umatnya. Larangan ini juga mengandung maksud untuk menjaga harta agar tidak hilang dan menghilangkan sikap permusuhan yang terjadi pada orang akibat jenis jual beli ini.

Bahkan, dijelas oleh Imam Malik dalam bukunya Muwatta telah menggambarkan

konsep gharar dengan memberikan contoh orang yang telah kehilangan untanya

seharga (misalnya) lima puluh dinar. Seseorang lainnya menawarkan untuk membeli unta pelarian tersebut sebanyak dua puluh dinar. Jika pembeli menemukannya, penjual kehilangan tiga puluh dinar. Namun, jika unta tidak ditemukan pembeli kehilangan dua puluh dinar.

Secara ringkasnya, antara hikmah disebalik pengharaman gharar ini adalah18: 1. Gharar dapat mengakibatkan penindasan atau ketidakadilan dan

hilangnya aset untuk satu atau bahkan kedua belah pihak.

2. Gharar akan menyebabkan permusuhan di antara kedua-dua pihak yang terlibat di dalam urusan niaga tersebut.

3. Gharar menyebabkan pihak-pihak yang terlibat akan menangung risiko yang sepatutnya mereka elak.

17

Bahjah, Op.Cit, 165 18

(10)

10 5. Konsep Gharar

Gharar mempunya beberapa kriteria, yang mana harus diperhatikan dan

difahami konsepnya serta bentuknya. Gharar juga mempunya jenisnya yang tersendiri,

ada gharar yang dibolehkan di dalam Islam, ada yang dilarang sekeras-keras yang mungkin. Tidak dapat dinafikan, elemen gharar akan sentiasa wujud di dalam urusan niaga pada zaman kini.

Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, gharar adalah ketidakpastian dan ketidaktahuan, malah juga diertikan sebagai risiko dan sebagainya, hukum haram pada gharar adalah tetap dan tidak dapat dinafikan mahupun ditakwilkan lagi.

5.1. Jenis-Jenis Gharar

Bagi gharar, mempunyai dua(2) jenis gharar, iaitu Gharar Berat dan

Gharar Ringan19; Para Ulama menjelaskan akan kedua-dua gharar ini,

Gharar ringan (Al-gharar Al-yasir): Ketidakpastian yang tidak dapat dihindari karena ia berkaitan dengan objek. Jenis gharar ini tidak menyebabkan kerosakan berat pada salah satu pihak. Gharar ini tidak akan mempengaruhi kesahihan kontrak tersebut. Sebagai contoh: Membeli buah yang tertutup seperti durian20.

Gharar berat (Al-gharar Al-fahish/Al-kabir): Ketidakpastian yang terkait dengan informasi penting yang berhubungan dengan kontrak yang diperlukan untuk membantu para pihak dalam pengambilan keputusan apakah akan masuk ke dalam kontrak atau tidak. Jenis gharar inilah yang dilarang syariat Islam. Sebagai contoh: Membeli makanan di restoran tanpa mengetahui harga makanan tersebut sehingga ketika menerima bil si pembeli merasa rugi apabila dikenakan harga yang tinggi.21

Walaubagaimanapun, tidak kesemua urusan niaga, kontrak dan sebagainya akan menjadi haram dan tidak sah disebabkan kewujudan gharar. Seperti mana yang dibincangkan oleh Imam An-Nawawi dan Ibnul Qayyim

menyatakan “Tidak semua gharar menjadi sebab pengharaman jual beli. Gharar, apabila ringan (sedikit) atau tidak mungkin dipisah darinya, maka urusan niaga ataupun kontrak tersebut sah di sisi Islam.

19 Suharto, Ugi dan Hidayat, Sutan Emir ,2009, "Introduction to Fiqh Muammalah", Lecture Presentation Slides, University College of Bahrain

20

Al-Sunnah, 2006, "Mengenal Jual Beli Gharar", Edisi 04, Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Solo, h 28 21

(11)

11

Contohnya, membeli rumah tanpa mengetahui bentuk rumah atau reka bentuknya samada mengikuti gaya barat ataupun timur, ciri-ciri yang tidak diketahui itu tidak akan menjejaskan keadaan rumah itu dari memenuhi ciri-ciri rumah yang baik seperti adanya pintu dan tingkap dan sebagainya.22

Akan tetapi, hanya kontark tertentu sahaja yang akan menjadi tidak sah

sekiranya wujud elemen gharar di dalamnya, hanya kontrak mua’wadhah

ataupun pertukaran sahaja yang akan terjejas status sah dan kontrak unilateral ataupun kontrak tabarru’ tidak terjejas status sah walaupun mempunyai elemen

gharar yang berat, seperti kontrak sumbangan sedekah kepada sesiapa yang layak, pada kes ini penerima tidak diketahui dan ianya adalah gharar berat, akan tetapi platform kontrak ini adalah membuat kebaikan, gharar tersebut dimaafkan dan kontrak atau perjanjian jenis ini sah di sisi Islam.

Kontrak tabarru' adalah kontrak yang melibatkan transfer hak milik kepada pemilik baru tanpa biaya atau kompensasi seperti hibah, sumbangan kebajikan, derma, wasiat, dan wakaf.23 Sementara, Kontrak mu'awadhah merujuk pada kontrak yang melibatkan konversi dua nilai atau kompensasi. Terlihat disini pada

mu'awadhah kedua pihak sama-sama mengorbankan sesuatu untuk bertransaksi, sementara dalam tabarru' hanya satu pihak yang mengorbankan sesuatu.

22

Al-Sunnah, 2006, "Mengenal Jual Beli Gharar", Edisi 04, Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Solo, h. 30 23

(12)

12

5.2. Perbezaan Gharar dengan Maysir/Judi

Maysir ataupun judi adalah salah satu elemen yang menyebabkan sesuatu urusan niaga atau kontrak menjadi tidak sah dan sebagainya, perkataan lain bagi Maysir ialah Qimar, Maisir dan qimar adalah dua kata dalam bahasa Arab yang ertinya sama,iaitu menjadi judi.

Menurut Ibrahim Anis, beliau menjelaskan bahawa judi adalah setiap permainan, yang mengandungi taruhan dari kedua pihak.24 Pada masa yang sama, judi adalah setiap permainan yang di dalamnya disyaratkan adanya sesuatu yang diambil dari pihak yang kalah kepada pihak yang menang25. Judi juga adalah setiap permainan yang menimbulkan keuntungan bagi satu pihak dan kerugian bagi pihak lainnya26.

Maysir adalah haram di sisi Islam, malah sekiranya sesuatu urusan niaga atau kontrak terlibat dengan urusan maysir akan menjadi tidak sah di sisi Islam, firman Allah s.w.t;

Bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, maisir, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan

itu agar kamu mendapat keberuntungan”27.

Dalam membandingkan definisi gharar dan definisi maysir secara istilah nampak ada bentuk kemiripan. Perkataan maysir dan qimar lebih khusus dari

gharar sebab tidaklah diragukan bahwa maysir dan qimar itu adalah gharar. Karena itu para ulama setiap maysir adalah gharar dan tidak setiap gharar

adalah maysir. Contoh : Menjual pohon yang belum jelas hasilnya adalah gharar

tapi tidak berada di golongkan maysir28.

24

Ibrahim Anis, Al-Mu’jam Al-Wasith, h. 758 25 Al-Jurjani, At-Ta’rifat, h. 179

26

Muhammad Ali Ash-Shabuni, Rawa’i’ Al-Bayan fi Tafsir Ayat Al-Ahkam (I/279) 27

Al-Quran, surah al-Maidah, ayat 90 28

(13)

13

5.3. Perbezaan Gharar dengan Ghurm/Risiko

Gharar (ketidakjelasan) dan Ghurm (risiko) adalah dua elemen yang berbeza. Gharar adalah elemen yang diharamkan dalam jual beli sementara

ghurm adalah salah satu justifikasi kenapa keuntungan dalam jual beli itu sesuatu yang baik. Dalam kaedah fiqh dikenal istilah (Al-ghunmu bil ghurmi) setiap keuntungan mesti diikuti sebuah risiko.

Penjelasan lanjutan tentang Ghurm dilengkapkan dengan firman Allah s.w.t;

Bermaksud, "Untuk kebiasaan kaum Quraisy, Yaitu kebiasaan mereka dengan perjalanan pada musim dingin dan musim panas, hendaklah mereka menyembah Tuhan Rumah ini, yang menyediakan mereka makanan untuk melawan kelaparan, dan dengan keamanan terhadap takut bahaya"29.

Pada zaman itu, ada dua jenis kontrak komersial yang dapat diamalkan di dalam perdagangan yang dilakukan kabilah Quraisy, yaitu mudarabah dan

al-bay'. Pada kontrak yang pertama, orang-orang Mekah selalu menunggu

kedatangan kabilah dengan harapan penuh pada keuntungan kerana mereka

telah melaburkan wang mereka dalam perdagangan karavan melalui mudarabah

al-Qirad.

Perdagangan yang dilakukan kabilah tersebut tidaklah mudah dan selalu mengalami kerugian. Barang dagangan kadang-kadang hancur sebelum sebelum sampai ke pasaran. Ribut pasir, penyakit dan rompakan di jalan serta masalah-masalah yang timbul menjejaskan lagi perjalanan kabilah tersebut dan mengangu kelancaran perniagaan mereka. Insiden ini berada di luar kawalan seseorang. Hal-hal tersebut adalah risiko perdagangan yang tidak mampu dihindari. Risiko seperti inilah yang disebut Al-ghurm. Sedangkan gharar muncul jika terdapat ketidakjelasan dalam jenis barang yang diperdagangkan, atau ketidakjelasan harga suatu barang atau servis. Ringkasnya, gharar adalah

29

(14)

14

ketidakpastian dalam perjanjian kontrak sedangkan Al-ghurm adalah

ketidakpastian dari hasil sebuah usaha.

Perbezaan antara Gharar dan Ghurm

Resiko(Ghurm) Gharar

Pandangan Islam

Diperbolehkan dengan kaedah fiqh Al ghurmu bil ghunm

Dilarang berdasarkan Hadis dan dalil-dali syarie‟

Karakteristik Tidak boleh dikawal Harus dikawal dan dielak.

Contoh Risiko di dalam usaha niaga Tidak adanya penetapan harga dan spesifikasi dalam kontrak jual beli

Kesan Menumbuhkan semangat wirausaha dan sikap yang produktif

(15)

15

5.4. Jenis Gharar di dalam Urusan Jual-Beli

Jenis gharar di dalam urusan jual beli dapat dikategorikan kepada tiga kategori iaitu ma’dum, majhul dan ‘adamu istita’ah.

Ma’dum ataupun subjek urusan jual beli tidak wujud pada masa itu,

contohnya urusan jual beli anak lembu yang masih di dalam kandungan ibu lembu tersebut, gharar di dalam situasi ini adalah anak lembu tersebut di mana persoalan yang timbul adalah; adakah anak lembu itu jantan atau betina, adakah ia akan selamat dilahirkan dan hidup. Maka urusan jual beli seperti ini adalah haram dan tidak sah di sisi Islam.

Urusan jual beli majhul di mana wujudnya unsur gharar, jual beli majhul

ialah Jual beli barang yang tidak jelas. Contohnya, seperti pernyataan seseorang

: “Saya menjual barang dengan harga seribu ringgit”, tetapi barangnya tidak diketahui secara jelas, atau “aku jual rumahku ini kepadamu dengan harga

sepuluh juta ringgit:, akan tetapi jenis dan sifat-sifatnya tidak jelas.

‘Adamu Istita’ah ataupun ketidakmampuan untuk menyerahkan barang

jualan, jual beli ini gharar pada isu hak milik barang dagangan tersebut, contohnya, jual beli barangan curi dan sebagainya.

Syaikh As-Sa‟di menyatakan : “Kesimpulan jual-beli gharar kembali kepada jual-beli ma’dum (belum ada wujudnya), seperti habal al habalah dan as-sinin, atau kepada jual-beli yang tidak dapat diserahterimakan, seperti hamba yang telah lari dan sejenisnya, atau kepada ketidak-jelasan, baik mutlak pada barangnya, jenisnya atau sifatnya”30

30

(16)

16

6. Gharar di Dalam Urusan Mua’malat

Di dalam urusan muamalat dan pernigaan seharian, umat Islam tidak dapat lari dari elemen-elemen yang haram seperti gharar sendiri. Adalah menjadi kewajiban bagi setiap Muslim untuk menghindari ketiga-tiga unsur yang haram iaitu Gharar, Maysir dan

Riba.

Antara bentuk gharar di dalam urusan muamalat ialah;

1. Jual beli janin haiwan

Diantara bentuk jual beli yang mengandung unsur gharar sehingga

terlarang dalam syari‟at ialah urusan jual beli janin haiwan. Sabda Nabi

Muhammad s.a.w;

ِةَلَبَحْلا ِلَبَح ِعٌَْب ْنَع َمهلَس َو ِهِلآ ىَلَع َو ِهٌَْلَع ُاللَّ ىهلَص ًُِّبهنلا ىَهَن

Bermaksud,“Nabi shollallahu „alaihi wa „ala alihi wa sallam melarang dari

menjual anak dari anak yang berada dalam perut unta”. Hadis tersebut jelas

mengharamkan bentuk jual beli tersebut dan jelas mengambarkan bentuk urusan

niaga yang mengandungi gharar dan seharusnya umat Islam menjauhi urusan

niaga seperti rupa.

2. Jual beli buah-buahan yang belum masak

Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu „anhu, bahwa ia menceritakan;

هنلا هدَج اَذِإَف َراَمِّثلا َنوُعٌَاَبَتٌَ َمهلَس َو ِهٌَْلَع ُ هاللَّ ىهلَص ِ هاللَّ ِلوُسَر ِدْهَع ًِف ُساهنلا َناَك

ُسا

ٌماَشُق ُهَباَصَأ ٌضاَرُم ُهَباَصَأ ُناَمُّدلا َرَمهثلا َباَصَأ ُههنِإ ُعاَتْبُمْلا َلاَق ْمِهٌ ِضاَقَت َرَضَح َو

ُةَموُصُخْلا ُهَدْنِع ْتَرُثَك اهمَل َمهلَس َو ِهٌَْلَع ُ هاللَّ ىهلَص ِ هاللَّ ُلوُسَر َلاَقَف اَهِب َنوُّجَتْحٌَ ٌتاَهاَع

َف َكِلَذ ًِف

ِرَمهثلا ُح َلاَص َوُدْبٌَ ىهتَح اوُعٌَاَبَتَت َلاَف َلَ اهمِإ

Bermaksud, “Masyarakat di zaman Rasulullah shallallahu „alaihi wa sallam biasa

melakukan jual-beli buah-buahan. Kalau datang masa menuai dan datang para pembeli yang telah membayar buah-buahan itu, para petani berkata, „Tanaman

kami terkena , terkena penyakit, terkena qusyam , dan berbagai hama lain.‟

Maka, ketika mendengar berbagai polemik yang terjadi dalam hal itu, Rasulullah

shallallahu „alaihi wa sallam bersabda, „jangan kalian menjualnya sebelum buah

(17)

17

niaga gharar di dalam urusan mua‟malat dan seharusnya umat Islam menjauhi

urusan sebegini.

3. Jual beli barangan yang tidak dimiliki

Antara syarat sah sesuatu urusan jual beli ialah barang yang dijual mestilah hak milik si penjual ataupun dia merupakan wakil yang sah bagi barang tersebut, akan tetapi sekiranya barang tersebut bukan milik si penjual seperti

barang curi dan sebagainya, gharar timbul pada keadaan hak pemilikan barang

dagangan tersebut lantas menjadikan urusan niaga tersebut batal dan haram di sisi Islam.

4. Proses jual beli yang tidak jelas

Contohnya, urusan jual beli di antara dua orang untuk sebuah kereta, akan tetapi cara bayaran tidak dijelaskan di dalam urusan niaga tersebut, gharar

yang timbul adalah pada kaedah bayaran di dalam urusan jual beli kereta tersebut.

5. Jual beli kewujudan barang yang meragukan

Contohnya, jual beli seekor kuda yang telah lari dari kandangnya, di mana si penjual menjual kudanya yang telah lama lari dari kandang kepada si pembeli dengan harga yang tertentu. Gharar timbul pada keadaan barang dagangan iaitu yang telah lari dari kandangnya, adakah si pembeli akan dapat kuda tersebut ataupun tidak dan sebagainya.

Ataupun, si penjual menjual kereta kepada si pembeli sedangkan kereta tersebut telah hilang atau dicuri oleh seseorang.

6. Jual beli keadaan barang yang tidak jelas/meragukan

Contohnya, si penjual telah menjual sebuah kereta kepada si pembeli tanpa mennyatakan bentuk kereta, fungsi kereta samada baik ataupun rosak dan sebagainya. Gharar timbul pada keadaan barang dagangan tersebut iaitu kereta.

Ataupun, si penjual menjual kepada si pembeli sejumlah ikan di laut,

gharar wujud pada „sejumlah ikan‟ tersebut, urusan jual beli ini tidak sah dan

(18)

18

7. Jual beli tanpa harga yang tetap

Apabila berkata si penjual kepada pembeli, „aku jual kereta ini kepada

kamu dengan harga yang akan aku tetapkan kemudian‟. Urusan niaga tersebut

mengandungi gharar apabila harga bayaran tidak jelas dan diketahui oleh si pembeli.

8. Jual beli dengan harga barang yang berubah

Apabila si penjual berkata kepada si pembeli, „aku jual kereta ini dengan

harga yang bergantung pada keadaan‟. Situasi tersebut menjadi gharar apabila si penjual menetapkan harga kereta tersebut akan berubah mengikut keadaan.

Gharar adalah pada harga kereta tersebut. Ini boleh menimbulkan masalah pada masa hadapan apabila si pembeli telah membayar RM10 000 tetapi si penjual datang menuntut RM 2 000 dengan alasan bayaran tambahan.

9. Jual beli dengan syarat yang tidak nyata/tetap

Apabila si penjual mengatakan.‟ Aku jual kereta dengan harga RM 10 000

akan tetapi sekiranya Kelantan menang bola esok hari, akan ku jual dengan

harga RM 8 000‟. Gharar wujud pada situasi tersebut apabila si penjual telah meletakkan syarat yang tidak nyata iaitu kemungkinan pasukan Kelantan menang pertandingan bola ataupun tidak.

10. Insuran

Jual beli insuran ataupun jual beli polisi insuran ternyata mengandungi

(19)

19

11. Restoran/kedai makan

Apabila sesetengah restoran tidak memiliki menu dan tanda harga. Jika ada menu sekalipun ianya tidak disertakan dengan tanda harga, hanya gambar makanan atau minuman sahaja yang ditunjukkan. Pelanggan akan dipesan terlebih dahulu sebelum mengetahui harga makanan atau minuman. Kesannya, ada pelangan yang terkejut dengan harga yang dikenakan dan terpaksa membayar juga harga tersebut kerana telahpun selesai menikmati hidangan. Hal ini terjadi disebabkan berlakunya ketidakjelasan (al-gharar) apabila pihak restoran tidak menyertakan harga sebenar sehingga menyebabkan keadaan ini melibatkan jahalah dan ketidakjelasan besar (al-gharar fahish).

Jika pihak restoran menganggap orang ramai sedia maklum dengan harga tersebut ianya masih tidak dapat menghilangkan elemen jahalah tersebut. Pelanggan juga pada awalnya berhak untuk mengajukan soalan kepada pihak restoran sebelum meneruskan akad atau transaksi untuk mengelak daripada berlakunya kedua-dua perkara iaitu elemn jahalah dan ketidakjelasan besar ( al-gharar fahish). Tetapi itulah kebiasaan amalan kedua-dua belah pihak yang berakad. Justeru untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

Pihak restoran menyatakan harga jualan sebelum rungdingan bermula, jika pihak restoran tidak memberitahu maka pelanggan berhak untuk

bertanyakan soalan tentang harga jualan pihak restoran.

Setiap menu yang ingin dipesan terlebih dahulu diketahui oleh kedua-dua belah pihak untuk mengelakkan ketidak puasan hati atau salah faham berlaku antara kedua-dua belah pihak yang terlibat di dalam akad dan transaksi. Ini dapat menyedarkan pelanggan tentang hak mereka iaitu hak untuk mengetahui dan hak memilih.

12. Pertandingan

(20)

20

telefon bimbit tersebut.Secara umumnya unsur ketidakjelasan (gharar) dan judi (maysir) ini berlaku apabila:

a) Peserta yang memasuki pertandingan itu tidak membayar wang ringgit tetapi ianya ditolak daripada jumlah kredit yang berada di dalam telefon bimbitnya (tetap melibatkan wang ringgit). Dan peserta mempertaruhkan nasibnya untuk memenangi pertandingan itu. Apatah lagi harga SMS yang dikenakan kepada para peserta melebihi kadar harga biasa sehingga dua, tiga atau berkali-kali ganda.

b) Hadiah pertandingan itu disediakan daripada hasil yuran penyertaan yang dikenakan oleh penganjur pertandingan kepada peserta yang memasuki pertandingan tersebut. Ianya tetap sama jika para penganjur membeli hadiah itu terlebih dahulu kemudian baru mengambil wang daripada jumlah yuran penyertaan untuk mengganti balik wang yang telah didahulukannya untuk membeli hadiah pertandingan.

c) Hal ini bukan sahaja berlaku kepada pengguna telefon bimbit tetapi juga kepada mereka yang menggunkan telefon biasa. Apabila pangilan dibuat, contohnya melalui telefon rumah, mereka yang membuat panggilan tidak mengetahui kadar harga yang dikenakan kepada mereka sehingglah bil telefon diserahkan kepada mereka pada hujung bulan. Kadar harga yang dikenakan kepada para peserta dalam pertandingan jenis ini selalunya berbeza-beza.

(21)

21

13. Perundingan

Ketidakjelasan (gharar) juga boleh berlaku pada apa-apa perundingan yang melibatkan ketidakjelasan (gharar) dalam harga atau kos yang dikenakan apabila seseorang itu membuat perundingan atas sebab-sebab tertentu. Kos perundingan atau „consultation fee‟ ini selalunya dikenakan oleh doktor, perunding motivasi, peguam, kaunselor, pakar psikatrik, perancang kewangan dan sebagainya atas sebab rundingan yang dibuat.

Sebagai contoh jika berjumpa untuk tujuan rundingan, harga atau kos rundingan itu selalunya diberitahu selepas selesai membuat rundingan, mereka yang memilih untuk berunding kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan tentang kadar harga sebenar. Ini boleh menyebabkan pelanggan rasa tertipu jika harganya adalah di luar jangkaan pelanggan tersebut kerana tidak dimaklumi pada peringkat awal. Baik ianya melibatkan kos rundingan mahupun kos ubat-ubatan, sewajarnya pelanggan diberitahu lebih awal supaya pelanggan mempunyai pilihan untuk meneruskan transaksi atau kontrak berunding atau membatalkan hasrat mereka lebih awal.

14. Jual beli hashah

ًِْبَأ ْنَع

ِةاَصَحْلا ِعٌَْب ْنَع ىَهَن َمهلَس َو ِهٌَْلَع ُاللَّ هىلَص هًِبهنلا هنَأ ُهْنَع ُاللَّ ًَ ِضَر َةَرٌَْرُه

ِرَرَغْلا ِعٌَْب ْنَع َو

Dari Abu Hurairah-–semoga Allah meridhainya–, “Bahwasanya Nabi

shallallahu „alaihi wa sallam melarang jual-beli al-hashah dan jual-beli gharar.” 31

Ulama memberi analogi akan jual beli hashah ; seseorang memberi batu

kepada temannya dan menyatakan, “Lemparlah batu ini pada tanahku! Sejauh

mana lemparan batu tersebut dari tanah, maka tanah tersebut menjadi milikmu, dengan pembayaran sekian dirham darimu.” Apabila lemparannya kuat, maka pembeli beruntung dan penjual rugi.

31

(22)

22

15. Jual beli Munabadzah dan Mulamasah

ِةَسَمَلاُمْلا َو ِةَذَباَنُمْلا ِنَع ىَهَن َمهلَس َو ِهِلآ ىَلَع َو ِهٌَْلَع ُاللَّ ىهلَص ِاللَّ َل ْوُسَر هنَأ

Bermaksud, “Sesungguhnya, Nabi shallallahu „alaihi wa sallam melarang jual-beli

mulamasah dan munabadzah.”32

Jual-beli mulamasah adalah jual-beli dengan bentuk seorang menyatakan

kepada temannya, “Pakaian apa harga darimu.” Oleh kerana itu, bila ia

memegang pakaian yang mahal, maka ia beruntung dan bila ia memegang pakaian yang murah, maka ia rugi.

Adapun jual-beli munabadzah terjadi dengan menyatakan, “Ambil batu ini,

dan baling kepada pakaian-pakaian tersebut! Pakaian yang terkena balingan

tersebut akan menjadi milikmu dengan pembayaran sekian harga darimu.”

32

(23)

23 7. Gharar yang Dibenarkan

Islam adalah agama yang senang dan baik pada penganutnya, Islam sentiasa menjaga kebajikan umat Islam. Allah s.w.t tidak pernah menzalimi umat Islam dan sentiasa memberi kasih saying kepada umat Islam. Ini dibuktikan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”33

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a;

ْمُتْعَطَتْسا اَم ُهْنِم اوُتْأَف ٍرْمَأِب ْمُكُتْرَمَأ اَذِإ َو ُهوُبِنَتْجاَف ٍءًَْش ْنَع ْمُكُتٌَْهَن اَذِإَف

Bermaksud, “Maka jika aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah, dan apabila

aku perintahkan kalian dengan sesuatu maka kerjakanlah semampu kalian”34

Pada dasarnya, setiap urusan niaga atau kontrak yang mengandungi unsur

gharar akan menjadi haram tidak kira apa situasinya. Namun, setiap kekerasan ada lembutnya. Begitu juga dengan Islam, walaupun larangan adalah keras dan tetap namun kelonggaran diberikan apabila darurat dan manusia memerlukan akan perkara tersebut.

Contohnya, apabila seseorang sesat di dalam hutan dan di dalam kelaparan yang amat sangat yang boleh membawa dia kepada mati, tidak dijumpai makanan kecuali khinzir maka harus untuk dia memakan khinzir tersebut hanya dengan kadar untuk menyelamatkan nyawanya dan bukan kadar kenyang.

Imam Nawawi menyatakan bahawasanya pada asalnya jual-beli gharar dilarang dengan adanya hadis-hadis serta dalil-dalil dari al-Quran. Walaubagaimanapun,

33

Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 286 34

(24)

24

sekiranya unsur gharar itu tidak dapat lari ataupun dihilangkan maka urusan niaga

tersebut diharuskan. 35

Pada masa yang sama, Ibnul Qayyim menyatakan, kadang-kadang, sebahagian

gharar dapat disahkan, apabila hajat mengharuskannya. Misalnya, seperti ketidaktahuan mutu binaan rumah dan membeli kambing hamil dan yang masih memiliki air susu. Hal ini disebabkan, kerana binaan rumah tidak dilihat, maka gharar

pada keadaan atau taraf nilai atau binaan rumah itu diabaikan kerana ianya tidak dapat dielakkan36.

Dari sini dapat disimpulkan, gharar yang diperbolehkan adalah gharar yang ringan, atau ghararnya tidak ringan namun tidak dapat dihilangkan atau dihapuskan kecuali dengan melalui kesulitan dan kepayahan. Oleh karena itu, Imam An-Nawawi menjelaskan bolehnya jual beli yang ada unsur gharar apabila ada hajat atau keperluan untuk mengabaikan elemen/unsur gharar ini, dan tidak mungkin melepasnya kecuali dengan susah, atau ghararnya ringan37.

Unsur gharar juga diabaikan apabila urusan niaga ataupun kontrak tersebut merupakan di dalam bentuk tabarru’ (عربتلا). Walaupun para Ulama tidak bersepakat di dalam hal ini, mazhab maliki mempunya pendapat yang ternyata lebih sesuai untuk

diguna pakai. Mazhab Maliki menyatakan, boleh untuk mengabaikan gharar pada akad

tabarru’, berdalilkan hadis Nabi Muhammad s.a.w;

ُلوُسَر َلاَقَف ًِل ًةَعَذ ْرَب اَهِب َحِلْصُ ِلِ ِهِذَه ُتْذَخَأ َلاَقَف ٍرْعَش ْنِم ٌةهبُك ِهِدٌَ ًِف ٌلُجَر َماَقَف

ُهاللَّ ىهلَص ِ هاللَّ

َكَل َوُهَف ِبِلهطُمْلا ِدْبَع ًِنَبِل َو ًِل َناَك اَم اهمَأ َمهلَس َو ِهٌَْلَع

Yang bermaksud, “Maka ada seseorang yang membawa segumpal bulu rambut di tangannya, lalu berkata, „Aku mengambil ini untuk memperbaiki pelana kudaku‟.

Kemudian Rasulullah shallallahu „alaihi wa sallam bersabda, “Adapun yang menjadi

hakku dan bani Abdil Muthalib, maka itu untukmu.”38

Hadis tersebut menunjukkan Rasulullah s.a.w menghadiahkan sesuatu darinya dan dari bani Abdul Mutalib dengan jumlah yang tidak tetap dan tidak diketahui. Hadis ini menunjukkan kebolehan untuk mengabaikan unsur gharar di dalam urusan tabarru’.

(25)

25

Hadis ini dihasankan oleh Albani. Jumhur juga mengatakan boleh untuk mengabaikan

gharar di dalam urusan tabarru’.

Pendapat ini dikuatkan lagi dengan “kaedah asal dalam muamalah adalah sah”;

)ُّلِحْلا ِتَلاَماَعُمْلا ًِف ُلْصَلِا(

Baik dalam akad mu’awadhah ataupun tabaru’at. Asal hukum ini tidak berubah dengan

larangan Rasulullah shallallahu „alaihi wa sallam tentang gharar dalam hadits Abu Hurairah terdahulu, kerana hadis tersebut hanya mengaitkan urusan akad mu’awadhah

sahaja.

Perbezaan antara akad tabarru’at dan mu’awadhah amat jelas sekali.Akad

mu’awadhah dilakukan oleh seseorang yang ingin melakukan usaha dan perniagaan,

sehingga disyaratkan pengetahuan dan kejelasan yang tidak disyaratkan dalam akad

tabarru’at. Hal ini terjadi, kerana akad tabarru’at yang dilakukan oleh seseorang,

tidaklah untuk usaha atau untung, namun untuk berbuat baik dan menolong orang lain.

Selain itu, gharar yang diperbolehkan ialah gharar yang wujud pada asal dan bukan tabi’i ataupun wujud kemudian. Gharar yang ikut kepada asal adalah gharar yang dimaafkan, kerana terdapat kaedah;

ًلاصَأ َناَك اَذِإ ُرَفَتْغٌُ َلَاَم اًعِباَت َناَك اَذِإ ٍئٌَْش ًِْف ُرَفَتْغٌُ

bahawa sesuatu itu diperbolehkan apabila terikutkan dengan sesuatu yang lain, sedangkan dia menjadi tidak boleh bila ia terpisahkan darinya (hanya berdiri sendiri).

Kaedah ini berdalilkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi;

َع َعاَتْبا ْنَم َو ُعاَتْبُمْلا َط ِرَتْشٌَ ْنَأ هلَِإ ِعِئاَبْلِل اَهُتَرَمَثَف َرهب َؤُت ْنَأ َدْعَب ًلاْخَن َعاَتْبِا ْنَم

ُهَل َو اًدْب

َط ِرَتْشٌَ ْنَأ هلَِإ ُهَعاَب يِذهلِل ُهُلاَمَف ٌلاَم

ُعاَتْبُمْلا

Bermaksud, “Barangsiapa yang membeli pohon kurma setelah dikawinkan, maka

buahnya milik penjual, kecuali pembeli mensyaratkannya, dan barangsiapa yang membeli hamba dan hamba itu memiliki harta, maka hartanya milik pihak yang menjualnya, kecuali pembeli budak tersebut mensyaratkannya (mensyaratkan untuk

juga memiliki harta si budak setelah dia membeli budak tersebut)”39 Syekhul Islam Ibnu

39

(26)

26

Taimiyah rahimahullahu dalam menjelaskan dasar kaedah ini menyatakan, “Nabi

memperbolehkan bila seorang menjual pohon kurma yang telah dikawinkan (talqih) untuk pembeli yang mensyaratkan (untuk juga mengambil) buahnya. Sehingga, ia telah membeli buah sebelum waktu baiknya. Sehingga jelaslah, gharar yang kecil

diperbolehkan apabila terikutkan dengan sesuatu yang lain.

8. Kesimpulan

Yang haram adalah haram, yang halal adalah halal. Tiada pilihan bagi umat Islam untuk memilih atau menolak kerana itu semua adalah ketentuan Tuhan yang Maha Esa.

Harus ditolak gharar demi mencapai keredhaanNya supaya hidup dirahmati dan

(27)

27 Rujukan

1. Ibnu Rusyd, 2006, Bidayatul Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, di susun oleh Ahmad Abu Al-Majdi,Beirut

2. Saiful Azhar Rosly, 2005, Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets, Authorhouse:USA

3. Abdurrahman bin Nashir As-Sa‟di, Bahjah Qulub Al-Abrar wa Qurratu Uyuuni Al-Akhyaar Fi Syarhi Jawaami Al-Akhbaar, Tahqiq Asyraf Abdulmaqshud, Cet. II, Th 1992M, Dar Al-Jail

4. Wahbah Al-Zuhaili. Al-Fiqh al-Islami wa `Adillatuhu. Juv IV. Dar al-Fikr. Damascus. Syria

5. Mukhtashar Al-Fatawa Al-Mishriyyah, Ibnu Taimiyyah, Tahqiq Abdulmajid Sulaim, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah

6. Suharto, Ugi dan Hidayat, Sutan Emir,2009, "Introduction to Fiqh Muammalah", Lecture Presentation Slides, University College of Bahrain

7. Al-Sunnah, 2006, "Mengenal Jual Beli Gharar", Edisi 04, Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Solo

8. Noor, Azlan Mohammad dan Zakaria, Mohammad Sabri ,2010, "Takaful: Analisis Terhadap Konsep dan Akad", Jurnal Muamalat Bil 3

9. Muhammad Ali Ash-Shabuni, Rawa‟i‟ Al-Bayan fi Tafsir Ayat Al-Ahkam

10. Ibrahim Anis, Al-Mu‟jam Al-Wasith

11. Abu Muawiah,2008, "Tidak Boleh Ada Maisir", Meniti Jejak Al-Salaf-Al-Saleh

12. Abdul Rahim al-Saati, The Permissable Gharar in Classical Jurisprudence, Faculty of Economics, King Aziz University, Jeddah

Referensi

Dokumen terkait

Efusi pleura adalah suatu keadaan dimana terdapat penumpukan cairan dari dalam Efusi pleura adalah suatu keadaan dimana terdapat penumpukan cairan dari dalam kavum pleura

Pekerjaan sebagai nelayan ini tidak hanya orang dewasa saja yang bekerja, tetapi anak-anak juga ikut terlibat bekerja sebagai nelayan. Tujuan penelitian ini adalah 1).

Adsorpsi adalah salah satu teknologi yang dapat digunakan untuk menyerap logam berat dimana adsorben yang digunakan dalam penelitian ini adalah cangkang kerang

Berdasarkan data hasil validasi yang dilakukan ahli, hasil uji kemenarikan oleh siswa dan uji kepraktisan oleh guru pada modul diketahui bahwa modul tematik

Prinsip pemisahan dengan sorting classifier dengan metode Sink and Float. Metode ini menggunakan suatu medium pemisahan liquid yang densitasnya berada diantara

Polimerisasi radikal metakrilat adalah hal umum yang terjadi pada ikatan semua resin komposit, sehingga dikembangkan resin komposit silorane dengan penyusutan yang

Justeru itu, beberapa cadangan telah dilakukan oleh kebanyakan pengkaji untuk memastikan pelajar dapat menulis karangan bahasa Arab dengan baik seperti kajian lanjutan

Berdasarkan hasil perhitungan Importance Performance Analysis (IPA) dari 25 atribut didapatkan 11 atribut memiliki tingkat kesesuaian ≤ total rata-rata tingkat kesesuaian