• Tidak ada hasil yang ditemukan

kepelbagaian makanan etnik pemangkin per

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "kepelbagaian makanan etnik pemangkin per"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

1.1 PELBAGAI JENIS MAKANAN TRADISIONAL

Malaysia adalah sebuah Negara yang berdaulat dengan identiti nasional yang tersendiri. Maka, kita telah ketahui Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri yang berkait rapat dengan berlatar belakangkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mahupun Melayu, Iban, Cina, Melanau ataupun India dan pelbagai lagi etnik yang lain telah saling berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa rasmi sebagai bahasa perantaraan untuk mereka bertutur dengan lebih baik iaitu, Bahasa Melayu. Oleh itu, dengan kesemua kumpulan etnik yang berbeza dan sedia ada ini telah diberikan kebebasan sendiri untuk mengamalkan cara hidup masing-masing termasuk dari pelbagai aspek sepertinya makanan.

Dari segi aspek kepelbagaian makanan ini telah sedikit sebanyak menjadi pemangkin perpaduan yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan tersendiri yang beraneka warna mahupun dari segi rasa serta mempunyai sejarah masakan yang tersendiri untuk diketahui, dipelajari bersama dan bahkan untuk dimiliki bersama.

(2)

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU 2.1 JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM MELAYU

Malaysia merupakan negara bertuah yang memiliki berbilang kaum dan etnik. Hal ini sekaligus memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian adat dan budaya yang wujud dalam setiap kaum. Sebagai contoh, makanan memainkan peranan dalam perpaduan kaum di Malaysia. Secara terperinci kaum Melayu kebiasaannya memperkenalkan makanan-makanan tradisional yang dijadikan sebagai hidangan untuk para tetamu samada di majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran ataupun untuk santapan harian sekeluarga. Jenis-jenis hidangannya sebagai contoh, tapai ubi dan ubi kayu. Kuih ini biasanya lebih digemari oleh golongan yang lebih berusia memandangkan kehidupan nenek moyang kita pada masa dahulu menjadikan ubi kayu sebagai makanan utama mereka. Selain itu, makanan kaum Melayu yang digemari adalah sata yang diperbuat daripada isi ikan dan juga pulut panggang yang dikukus pulutnya didalam balutan daun pisang.

2.2 PULUT PANGGANG DAN SATA

(3)

panggang. Sata menggunakan isi ikan yang dicampurkan bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.

2.3 PENCUCI MULUT TAPAI

Tapai ialah sejenis manisan yang diperbuat daripada pulut, ia sesuai juga dijadikan pencuci mulut. Terdapat dua jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular daripada tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berrbanding tapai ubi kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.

Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut (pulut biasa atau pulut hitam) ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun yang digunakan adalah daun pisang, getah. Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan. Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau dalam berkeadaan kotor. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rosak. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam. Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama. Ia hanya mengambil masa lebih kurang beberapa hari sahaja.

2.4 KUIH-MUIH TRADISIONAL

(4)

generasi muda akan datang. Oleh itu, di setiap perayaan contohnya, terdapat pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan lengkap dengan hidangan lauk pauk dan juga ketupat. Hal ini dapat dikenal pasti dimana setiap tahun.

2.5 SAJIAN JUADAH HARI PERAYAAN

Perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha akan disambut dengan meriah dengan hidangan yang pelbagai. Antara hidangan yang menjadi budaya pada perayaan kaum Melayu adalah ketupat nasi, ketupat palas dan juga lemang. Makanan ini kebiasaannya dihidang bersama rendang ayam atau daging, sambal ayam atau udang dan juga serunding mahupun kuah kacang.

(5)

borong terutama pada musim perayaan dan dihidang di meja tetamu. Selain itu, kuih tradisional sebagai manisan juga diperkenalkan seperti wajik dan juga dodol.

Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut, santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat. Manakala dodol sangat terkenal di Melaka dan cara membuat dodol boleh dikatakan rumit. Ramai orang selalu mencuba membuatnya, tetapi tidak semua dapat menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Kini, dodol telah mula dimodenkan. Kini perisa dodol dipelbagaikan seperti perisa durian dan sebagainya. Makanan ini lazimnya dibuat secara bergotong-royong dalam sesuatu masyarakat dan diedarkan dari rumah ke rumah. Hal ini dapat mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain.

MAKANAN SEMPENA PERAYAAN KAUM CINA DI MALAYSIA 3.1 KUIH BULAN

Maklumat tentang kuih bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke lima belas bulan ke lapan kalender lunar. Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin. Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini. Kuih bulan adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh. Menurut hikayat Cina kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang lalu di Negara Cina semasa Pemerintahan Puak Mongol (Dinasti Yuan) merupakan seorang yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan keatas rakyat Cina supaya tiada satupun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat Cina dengan Puak Ming bersepakat untuk memberontak.

(6)

lain tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh kuih bulan yang manis itu.

3.2 KUIH BAKUL

Kuih bakul atau Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Selain itu juga boleh dimakan pada bila-bila masa. Secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Jika memakan kuih bakul ini dipercayai membawa tuah pada masa perayaan kerana namanya “Nian Gao’’ dimana perkataan ‘Gao’ bermaksud ‘Kuih’ dan berbunyi sama seperti ‘Gao’ bermaksud tinggi melambagkan erti ‘semakin tahun semakin tinggi’ atau “ringkasnya setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.

Kuih tradisi kaum Cina terdapat pelbagai jenisnya, namun semuanya bergantung kepada jenis tersebut boleh dikacau begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Antaranya kuih Bakul yang boleh didapati di dalam masakan Shanghai dan masakan Kantonis dari Guangdong.

3.3 YEE SANG

(7)

3.4 PENCUCI MULUT TANG YUAN

Perayaan ini merupakan salah satu perayaan terpenting selain Tahun Baru Cina dan disambut dengan menikmati satu makanan tradisional iaitu “Tang Yuan” simboliknya adalah kesempurnaan dan kebahagiaan keluarga. Kaum Cina meraikan Perayaan Tang Yuan semasa musim sejuk yang dinamakan “Dong Zhi” dalam kalender Cina. Pada zaman purba, ketibaan musim sejuk bermakna semua orang akan menghentikan aktiviti pertanian dan meraikan perayaan ini bersama ahli keluarga maka ini juga dapat menyatukan ahli keluarga yang bekerja di bandar agar balik ke kampung. Makanan Tradisional Cina iaitu “Tang Yuan” diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini akan dicampurkan dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air manis yang dimasak dengan halia.

JENIS MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Mungkin kita sebagai rakyat Malaysia tidak tahu dengan jelas bahawa terdapat perlbagai lagi keunikan dan keistimewaan makanan tradisional kaum India. Keunikan yang dimaksudkan disini ialah apabila makanan itu dihiasi atau dimakan dengan pelbagai jenis kuah rempah ratus. Seperti sedia maklum, masyarakat India lebih dikenali dengan kepelbagaian rempah ratus sejak abad yang lalu lagi. Perdagangan rempah di antara India dan Eropah pada Zaman Penjelajahan Eropah telah memperkenalkan pelbagai gaya masaka Eropah kepada India dan secara tidak langsung telah menambahkan kepelbagaian masakan India. Masakan India juga mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada masakan di seluruh dunia terutamanya, dari Asia Tenggara. Di samping itu juga, masakan India lebih banyak menghasilkan masakan seperti kari dengan menggunakan rempah ratusnya dan dimasak dengan menggunakan minyak sayur. Berbanding pula dengan Negara di India Utara dan Barat, minyak kacang banyak digunakan secara tradisional dalam masakan mereka. Minyak kelapa digunakan secara luas di pesisir pantai Barat dan India Selatan. Selain daripada itu, minyak sayur hydrogenated atau lebih dikenali sebagai minyak ghee vanasphati juga sering digunakan bagi menggantikan Desi ghee iaitu mentega.

4.1 ROTI CANAI

(8)

rakyat Malaysia terutamanya apabila dihidangkan pada waktu pagi. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik atau teh ais. Biasanya roti canai dihidangkan dengan kuah dal, parpu, kari atau sambal ikan bilis. Penggunaan perkataan canai dalam Bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut sendiri dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti tersebut. Ada juga yang menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis kuah dal yang digunakan bersama roti ini yakni “channal”. Pada versi yang lain, perkataan canai ini juga datangnya dari nama Bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakannya berasal daripada sana.

4.2 VADAI

Vadai sejenis makanan tradisional jenis kering malah kuih tersebut berbentuk gelung. Ianya amat sesuai dihidangkan ketika masih panas dan sebagai hidangan minum petang. Selain itu ianya turut dihidangkan pada hari perayaan Deepavali. Vadai atau disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak untuk memastikan gorengannya menjadi mampat. Ia juga merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

(9)

menggemari kuih vadei tersebut kerana bau daun kari dan bawangnya yang terlalu kuat. Akan tetapi, masih ada lagi kuih tradisional India yang digemari oleh kaum Melayu dan Cina seperti idli dan kalakatar. Bahkan, kuih kalakatar ini juga ada yang dibuat oleh kaum Melayu. Mereka akan menjual kuih tersebut di bazar Ramadhan dan sering juga menjadi rebutan ramai. Pada pendapat saya, ini merupakan satu perubahan yang positif dalam sifat perkauman di negara kita. Oleh itu, kita seharusnya berbangga akan makanan-makanan tradisional yang terdapat di negara kita kerana ia merupakan simbolik yang penting terhadap identiti sesebuah kaum itu. Mungkin sesetengah pihak ada yang tidak menggemari kuih vadei tersebut kerana bau daun kari dan bawangnya yang terlalu kuat. Akan tetapi, masih ada lagi kuih tradisional India yang digemari oleh kaum Melayu dan Cina seperti idli dan kalakatar. Bahkan, kuih kalakatar ini juga ada yang dibuat oleh kaum Melayu. Mereka akan menjual kuih tersebut di Bazar Ramadhan dan sering

juga menjadi rebutan ramai. Pada pendapat saya, ini merupakan satu perubahan yang positif dalam sifat perkauman di negara kita. Dalam konteks konklusi, kuih vadei merupakan salah satu kuih yang terkenal di kalangan semua kaum di Malaysia. Oleh itu, kita seharusnya berbangga akan makanan-makanan tradisional yang terdapat di negara kita kerana ia merupakan simbolik yang penting terhadap identiti sesebuah kaum itu.

4.3 ROTI NAAN

Roti naan juga seperti roti canai yang biasanya dimakan bersama kuah kari dan cara pembuatannya juga unik. Hal ini demikian kerana roti naan dicanai dan ditampal pada dinding tempayan. Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.

(10)

pada serabi besi rata atau sedikit cekung dipanggil tavaa. Resipi moden kadang-kadang menggantikan serbuk penaik untuk yis. Susu atau yogurt juga boleh digunakan untuk memberi jumlah dan ketebalan yang lebih besar untuk naan itu. Biasanya, naan yang akan dihidangkan panas dan diberus dengan minyak sapi atau mentega. Roti naan juga boleh dimakan atau biasanya disumbat dengan campuran daging cincang atau kambing. Kesimpulannya, kini pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa. Selain itu, kemudahan banyak tersedia di kedai mamak atau restoran mamak mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan dan masyarakat berbilang bangsa.

5.0 KESIMPULAN

Akhir kata kami berbesar hati, untuk membentuk sebuah kesimpulan bagi mengambarkan penyatupaduan etnik di Malaysia seperti ‘Kisah Nasi Lemak’. Cuba kita letak beberapa bungkus di atas meja. Kemudian kita akan lihat hasilnya dimana semua kaum akan duduk semeja yang sama sambil menikmati nasi lemak yang terhidang. Walaupun mereka berlainan agama, fahaman, pemikiran, latar belakang kerjaya, usia mahupun politik, namun tiada siapa yang menafikan budaya ‘memakan nasi lemak’ mampu menjadi kuasa integrasi antara kaum. Apa tidaknya, di meja itulah mereka gelak ketawa, berbual, berbincang dan paling penting nasi lemak itu menjadi kuasa penyatuan rakyat. Ini adalah antara ungkapan yang disampaikan oleh masyarakat dan pembeli nasi lemak sehinggakan mereka tidak boleh hidup tanpa menikmati makanan nasi lemak yang terhidang.

Hal ini, merupakan sesuatu yang begitu unik dan sukar difahami malah juga diterangkan. Begitu juga sebaliknya apabila makanan menjadi kegemaran masyarakat dan semakin diterima oleh etnik yang lain seperti roti canai, kuih bulan dan dodol. Ini jelas menunjukan sikap keterbukaan kita untuk menerima keunikan masing-masing. Jadi kami berangggapan makanan sudah menjadi identiti masyarakat di Malaysia dan kami berasa sangat selesa untuk menikmati bersama rakan-rakan yang lain.

(11)

masing-masing. Begitu juga dengan makanan, kaum yang berbilang bangsa mengambil tahu tentang apa makanan yang boleh dimakan atau yang tidak boleh dimakan oleh masyarakat yang mempunyai perintah keagamaan masing-masing. Unik bukan? Bukan sekadar kesedapan makanan itu yang dinikmati tetapi di sebalik penerimaan itu, mewujudkan keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang menjadi keunikan Malaysia hingga dicemburui banyak negara di dunia.

SENARAI RUJUKAN 1) Makanan Melayu

 http://anajingga.blogspot.com/2013/01/makanan-tradisional-di-malaysia.html

 https://www.scribd.com/doc/172021037/Laporan-Simulasi-Adat-Makan-Pelbagai-Etnik-Melayu-Anim

 http://sedetikilham.blogspot.com/2013/01/resepi-tapai-pulut-yang-manis.html

2) Makanan Cina

 http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/278-kuih-bakul-tradisi-masyarakat-cina

 http://www.arenasejarah.com/index.php/today-in-history/makanan/nian-gao

 http://www.mawarmerah2008.com/yee-sang/ilmu.html

3) Makanan India

 http://ammal90.blogspot.com/2010/08/makanan.html

(12)

Referensi

Dokumen terkait

keduanya merupakan ahli fihq mazhab Hanafi yakni mendefinisikan wakaf adalah menahan tindakan hukum orang yang berwakaf terhadap hartanya yang telah diwakafkan dengan

Kondisi sosial ekonomi keluarga transmigrasi di Desa Bumi Makmur tersebut antara lain meliputi : luas lahan yang dimiliki, jenis pekerjaan kepala keluarga,

Kualitas pembelajaran yang baik, salah satunya di dukung oleh literatur yang baik pula. Dengan adanya bahan ajar yang telah divalidasi oleh ahli maka pembelajaran

Sistem abstrak adalah suatu sistem yang berupa pemikiran atau ide-ide yang tidak tampak secara fisik, sedangkan sistem fisik adalah sistem yang ada secara fisik.

Berdasarkan karakteristik Stratifikasi sosial, dapat kita temukan beberapa pembagian kelas atau golongan dalam masyarakat. Istilah kelas memang tidak selalu memiliki arti yang sama,

Manfaat Daun Katuk Bagi Kesehatan berikut Ulasan mengenai Obat Tradisioal Daun Katuk, memang Pada umumnya banyak orang yang tidak tau akan tanaman ini, saya

Dari penelitian yang dilakukan menghasilkan perangkat lunak yaitu “Sistem Pendukung Keputusan Pemilihan Lokasi dan Evaluasi lokasi Pemasaran (Gula) Menggunakan Metode AHP” yang

Hasil dan kesimpulan dengan menggunakan metode CDS diperoleh nilai makespan minimum dan penjadwalan yang optimal yang terdapat pada iterasi ketiga dengan nilai makespan