• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERJEMAHAN SURAH NUH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERJEMAHAN SURAH NUH"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1

SURAH NUH

(2)

2

(3)

3

TERJEMAHAN SURAH NUH

Sesungguhnya Kami telah utuskan Nuh kepada kaumnya dengan perintah “berilah peringatan dan amaran azab kepada kaum mu, sebelum mereka di timpa azab yang amat pedih!”.(1)

Lalu Nuh berkata: “Wahai kaum ku; sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul diutus kepada kamu semua yang akan memberi peringatan yang amat jelas!”.(2)

“hendaklah kamu menyembah Allah; dan bertaqwa kepada Nya serta taat kepada ku!”.(3)

“nescaya Dia ampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu; menangguhkan kamu (dari azab) hingga ke satu tempoh yang ditetapkan. Sesungguhnya ketepatan Allah itu apabila tiba waktunya, tidak akan ditangguhkan lagi

(4)

4

kalaulah kamu tahu hakikatnya (nescaya kamu segera beriman dengan Nya)”.(4)

Lalu Nuh mengadu kepada Allah: katanya; “ Wahai Tuhan ku, aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman dengan Mu!).(5)

‘tetapi seruanku itu tidak menambahkan mereka sesuatu apa pun melainkan mereka melarikan diri’.(6)

“dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka kepada iman supaya Engkau ampunkan dosa-dosa mereka, mereka sumbatkan jari-jari tangan mereka ke dalam telinga mereka dan berselubung menutup muka dengan pakaian mereka, dan mereka terus berdegil dengan keingkaran mereka itu, dan menunjukkan sikap yang amat sombong sekali”.(7) ‘kemudian aku seru mereka secara terang-terangan’.(8) ‘Kemudian aku berulang-ulang kali menyeru mereka secara baramai-ramai dan menyeru mereka lagi secara berseorangan”.(9)

(5)

5

“sehingga aku berkata pada mereka; “Pohonkan lah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun”.(10)

“(jika sekiranya kau membuat permohonan ampun itu) nescaya Dia akan menurunkan hujan yang mencurah-curah ke atas kamu”.(11)

“juga, nescaya Dia akan mengurniakan kepada kamu semua harta kekayaan yang banyak dan anak-pinak yang ramai dan mengadakan kebun-kebun tanaman, dan sungai-sungai dalam kebun itu, untuk kamu”.(12)

“Mengapakah (dengan segala pemberian ini) kamu semua tidak memberi penghormatan sewajarnya kepada Allah?”.(13)

“padahal Dia lah yang menciptakan kamu semua melalui bebagai-bagai peringkat perkembangan?”.(14)

“tidakkah kamu berhasrat meneliti bagaimana Allah telah mencipta tujuh petala langit yang bertingkat-tingkat itu?”.(15)

(6)

6

“dan juga telah mencipta di langit itu akan bulan yang bercahaya dan mencipta matahari sebagai lampu yang amat terang?”.(16)

“dan Allah juga telah menumbuhkan kamu semua dari tanah dengan pertumbuhan yang sempurna”.(17)

“kemudian Dia akan mengembalikan kamu semula ke dalam tanah (selepas mati) dan kemudian mengeluarkan kamu semula daripadanya (untuk bangkit semula) dengan pengeluaran yang paling sempurna”.(18)

“dan Allah telah mencipta untuk kamu bumi ini sebagai hamparan”.(19)

“supaya memudahkan kamu untuk berjalan-jalan di atas kepingan yang luas itu”.(20)

Nuh merayu lagi dengan berkata: “Wahai Tuhan ku! Mereka telah menderhakakan ku! Dan mereka mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin di

(7)

7 mana harta dan anak pinaknya tidak menambahkan sesuatu kepada mereka selain kerugian”.(21) Dan (pemimpin-pemimpin ini) telah melakukan berbagai-bagai tipu daya yang amat besar.(22) Dan pemimpin-pemimpin ini terus menghasut dengan mencadangkan kepada orang ramai supaya “janganlah kamu mensia-siakan tuhan-tuhan kamu itu! (teruskan penyembahan kepadanya) terutama penyembahan kepada Tuhan-tuhan Patung Wadda, Suwaa’a, Yagutha, Ya’uuqa dan Tuhan Patung Nasra”.(23)

Dan mereka terus menyesatkan orang ramai dan oleh itu; ‘janganlah Engkau perkenankan perbuatan orang zalim itu tetapi tambahkanlah kesesatan atas mereka!’.(24)

Oleh sebab kesalahan dan dosa-dosa mereka itu, maka mereka telah ditenggelamkan, kemudian mereka akan dimasukkan ke dalam neraka, dan akan tiada sebarang pertolongan yang lain dari Allah atas mereka.(25)

(8)

8

Nuh terus berdoa dengan katanya; “wahai Tuhan ku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir itu hidup di atas mukabumi ini”.(26)

“kerana sesungguhnya; jika Engkau biarkan mereka hidup di bumi ini, maka akan terus menyesatkan hamba-hamba Mu yang lain; dan mereka tidak akan melahirkan selain dari anak yang akan terus berbuat dosa dan kafir yang degil”.(27)

“wahai Tuhan ku! Ampunkan lah dosa-dosa ku! Dan dosa-dosa kedua-dua ibubapa ku! Serta doa-dosa sesiapa saja yang memasuki rumahku dengan keadaan yang beriman pada Mu; ampunkanlah dosa-dosa sekelian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan dalam segala zaman; janganlah Engkau tambah jumlah orang-orang yang zalim tetapi diikuti dengan kebinaaan atas mereka”(28)

(9)

9

SINOPSIS SURAH NUH

Surah Nuh, ialah surah yang ke 71 diturunkan di Mekah, mengandungi 28 ayat. Surah yang lebih menekankan kepada dakwah yang mengajak manusia beriman pada Allah.

Surah ini pada keseluruhannya mengesahkan aktiviti dakwah Nabi Nuh as; menghadapi kaum baginda yang mempunyai hati batu, hati yang degil yang tidak mahu tunduk pada sebarang dakwah dari nabi mereka.

Surah ini memaparkan pengalaman dakwah Nabi Nuh as di atas muka bumi ini sebagai satu model kepada dakwah-dakwah yang dibuat oleh para-para nabi selepas baginda.

Dakwah melalui seorang Nabi besar, seperti dakwah dari Nabi Nuh ini, adalah pertama kali diperkenalkan di atas bumi ini. Ianya satu RAHMAT dari Allah, dalam mengatasi masalah-masalah manusia; iaitu masalah di antara kebaikan dan keburukan, di antara hidayah dan kesesatan dan di antara yang benar dengan yang batil.

Gambaran dari surah ini, di satu pihak terdapat sekumpulan masyarakat yang sesat, menyembah patung dan pada masa yang sama dipengaruhi oleh ketua-ketua mereka yang berkepentingan atas mereka untuk terus menyesatkan mereka dan menolak sebaran dakwah yang di datangi oleh Nabi Nuh as. Pertembungan di antara Dakwah Nuh as, yang membawa rahmat, yang cuba mengawal manusia di atas muka bumi ini dari terus hidup dalam kegelapan maksiat dan kekufuran; dengan kekufuran yang telah berakar tunjang dalam masyarakat Nabi Nuh itu sendiri. Cabarannya terlalu besar untuk ditanggung oleh Bahu Nabi Nuh as.

Surah ini menggambarkan seorang pendakwah, iaitu Nabi Nuh as, yang mahukan masyarakatnya keluar dari kegelapan kekufuran kepada nur Iman. Beliau benar-benar berkorban dalam jihad dakwah baginda dengan cara:

(10)

10

a) Mendakwah kaumnya siang dan malam.

b) Mengadakan strategi dakwah tetrtentu, termasuk secara bisikan dan secara terang-terangan.

c) Menggunakan pendekatan psikologi, membawa minda kaumnya kepada apa yang berada di sekeliling mereka, seperti langit, bumi, dan apa-apa yang boleh disumbangkan oleh semuanya ini kepada hidup mereka.

d) Menggunakan pendekatan, ”jika kamu beriman maka Allah akan mengampunkan dosa-dosa syirik kamu”.

e) Menerangkan bagaimana mereka diwujudkan oleh Allah di atas bumi dengan Rahmat Nya; dan bumi menjadi tempat perlindungan mereka. f) Mengaitkan iman dengan limpahan pendapatan, anak pinak yang

ramai.

Begitulah tugas dan pengorbanan Nuh as itu disampaikan pada Allah dalam rayuan baginda kepada Allah; Pada nabi Nuh as; sepatutnya seorang manusia ciptaan ini tidak patut kufur kepada Tuhan Pencipta mereka dan minda mereka mesti diperbetulkan.

Setelah hampir 850 tahun dakwah baginda, yang beriman dengan Nuh as hanya telalu sedikit dan pada akhirnya beliau berdoa agar Allah pupuskan sama sekali orang yang kafir degil ini dari bumi Allah.

Allah menyetujui dan menerima doa Nuh as atas sebab-sebab beberapa hikmah yang ada dalam ilmu Allah. Maka Bah Besar pun berlaku dan pupus lah kaum Nuh as dan Nabi Nuh serta beberapa orang yang beriman diselamatkan. Dari zuriat yang sedikit inilah bermulalah cambahan umat manusia hingga kehari ini. Lihat sahaja dengan surah ini, kesannya kepada Nabi Muhammad saw untuk lebih berkorban dalam mendakwah kaum Jahiliyah di Mekah. Hikmahnya terlalu besar untuk kita teliti dan ambillah ingatan dari semuanya ini untuk menjadi iktibar kepada semua jenerasi manusia dari semua kaum dibawah Nabi-nabi yang diutus kemudiannya. مﻠﻋأ ﷲو

(11)

11

TAFSIRAN AYAT-AYAT

“Sesungguhnya; Kami telah utuskan Nuh kepada kaumnya dengan perintah; “berilah peringatan dan amaran AZAB kepada kaum mu, sebelum mereka ditimpakan azab yang amat pedih”.(1)

Tafsiran ayat 1:

Setelah manusia meninggalkan Allah dan Rasul Nya dan menjadi syirik, maka demi kesejahteraan manusia, maka Allah telah mengutus seorang Rasul untuk mendakwahkan mereka semula supaya mereka balik dan beriman dengan Allah.

Dari segi sejarahnya, Nabi Adam as telah mendakwah keluarga dan anak cucu nya kepada beriman dengan Allah. Sehingga kedatangan Nabi Nuh as, maka ianya melibatkan masa yang panjang, maka telah kedapatan mereka-mereka yang menjadi sesat dan menyembah patung.

Penyembahan patung-patung ini bukan secara terus tetapi secara ‘evolusi’, ianya bermula dengan adanya patung-patung yang didirikan sebagai mengenang jasa pemimpin-pemimpin tertentu dengan tujuan menghormati mereka. Lama kelamaan, dari satu generasi ke genersi lain, tujuan tersebut telah berubah manjadi penyembahan patung dan menjadikan tuhan sembahan. Ini termasuklah wujudnya 5 jenis Tuhan Sembahan mereka yang di namakan sebagai Wudda, Suwa’a, Yagutha, Ya’uuqa, dan Nasra.

(12)

12

Namanya sebagai Abd Ghaffar alaihisalam; nabi pertama yang dilengkapkan dengan syariaat dari langit untuk umatnya; dikatakan sebagai salah seorang ‘ulul Azmi’ dari kalangan rasul-rasul pilihan kerana banyak menanggung kesusahan dan cabaran, Rasul pertama yang menggunakan pendekatan ‘Menakutkan melalui AMARAN (INZAR) pada kaumnya dalam dakwahnya dan Rasul pertama yang umatnya di azab teruk oleh Allah.

Beliau dilantik sebagai Rasul dalam umur 40 tahun dan berumur panjang menjangkau 950 tahun. Beliau hidup selepas bumi di tenggelami air selama 60 tahun. Dikatakan beliau diutus kepada kaum Qabil, cucu kepada nabi Adam as yang telah sesat dan menjadi penyembah berhala. Kaum Qabil adalah yang terbanyak umatnya di dunia pada masa itu. Beliau menjadi rasul kepada semua orang yang beriman setelah bah besar. (Tafsir al Bayan- Imam Haqqi ar Rusawi ; ms171; Juz 6)

Lalu beliau menyeru kaumnya dengan berkata; “Wahai kaum ku; sesungguh nya aku ini adalah seorang Rasul yang diutus kepada kamu semua, yang akan memberi PERINGATAN yang amat jelas”.(2)

Tafsiran ayat 2:

Dakwah yang dicatitkan dalam ayat ini ialah ‘dakwah berbentuk INZAR; (menakutkan degan balasan azab di Akhirat nanti) Di antara perintah Allah dalam dakwah ini ialah ‘hendaklah kamu semua berbalik pada Allah, bertaqwa dengan Nya, dan taat pada Rasul dan syariaat Allah yang didakwahkan nya!’. Jika semuanya ini dituruti, maka kamu akan diampunkan dosa-dosa kamu. Jika kamu ingkar dan menolak dakwah ini maka kamu semua akan diturunkan azab yang sangat perit di dunia ini dan juga di Akhirat nanti”.

(13)

13

‘hendaklah kamu semua menyembah Allah, bertaqwa kepada Nya serta taat kepada ku’.(3)

Tafsiran ayat 3:

Kata Nuh pada kaumnya; “aku diutuskan untuk menyampaikan peringatan Allah kepada kamu; dan jika kamu meneruskan kekufuran kamu itu maka kamu akan di azab dengan azab yang sangat pedih. Aku diutuskan untuk menjelaskan supaya kamu balik menyembah Allah dan tidak syirik pada Nya. Hendaklah kamu bertaqwa kepada Nya, berakhlak dan membetulkan perasaan dan tabiaat kamu pada kehendak Allah serta Taat kepada Rasul Nya dengan menerima syariaat Allah melalui nya”.

‘Allah berjanji, jika semuanya diterima maka Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa kamu yang lalu dan menunda hisab Allah ke atas kamu kepada satu masa tertentu dalam ilmu Allah iaitu ke hari Akhirat’

“nescaya Dia ampunkan sebahgaian dari dosa-dosa kamu, menangguhkan

kamu dari azab sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan. Sesungguhnya; ketetapan Allah itu apabila tiba waktunya, tidak akan ditangguhkan lagi; kalau lah kamu tahu hakikatnya (nescaya kamu segera beriman dengan Nya)”.(4)

Tafsiran ayat 4:

“Jika kamu berbalik pada Allah, bertaqwa dengan meninggalkan semua larangan Nya, dan membuat apa yang disuruh Nya dan taat pada Rasul Nya dengan menerima syariaat yang dibawanya, maka Allah akan menjaga kamu semua daripada perkara-perkara yang merosak membinasakan kamu, seperti

(14)

14

terbunuh, tenggelam, terbakar dan kemusnahan, akibat dari keadaan semasa, sehingga kamu semua dipertemukan dengan masa yang tertentu tetapnya; iatu ke satu ‘ajal’ yang telah ditetapkan untuk kamu’. Kadar masa yang telah ditetapkan untuk kamu itu untuk kamu meninggalkan kekufuran dan syirik kerana jika jika ajal kamu sampai dan pada ketika itu kamu masih kufur maka masa itu tidak akan dipanjangkan lagi. Oleh itu cepat-cepatlah kamu berbalik kepada Allah, dan beriman dengan Nya sebelum munculnya ajal ini.”

‘Jika kamu semua tahu betul tentang perkara ini, maka nescaya kamu akan cepat-cepat berbalik pada Allah kerana ajal sebenar kamu itu tidak akan di lewatkan walaupun sesaat’.

Imam Bughawi mentafsirkan ayat di atas sebagai: “ jika kamu beriman sebelum datangnya maut kamu, maka kamu akan terlepas dari azab Allah, kerana ajal Allah itu tetap tidak boleh berubah”

Kata Syed Qutub:

“ayat ini mungkin bertujuan menjelaskan sifat bagaimana ‘ajal’ iaitu masa yang ditetapkan itu akan terjadi, supaya hakikat ini secara umum akan tertanam dalam hati-hati kaum Nuh as sesuai dengan penerangan mengenai janji-janji Allah ‘hendak menanggguhkan hisab mereka pada hari Akhirat jika mereka taat dan kembali kepada Allah”. (Tafsir Fi zilalil Quraan; Juz 6, ms 3712).

Dakwah yang berjalan ditolak dan dicela oleh kaumnya dan Nuh as menyuarakan isi hatinya kepada Allah:

Lalu Nuh mengadu kepada Allah; katanya; “Wahai Tuhan ku! Aku telah menyeru kaum ku siang dan malam (supaya mereka beriman dengan Mu).(5) ‘tetapi seruanku itu tidak menambahkan mereka sesuatu apa pun kecuali mereka melarikan diri darinya”.(6)

(15)

15

Tafsiran ayat 6:

Dakwah nabi Nuh as pada kaumnya tidak mendapat sambutan selama 850 tahun berjalan tanpa ‘respon’ yang baik; malah sebaliknya berlaku iaitu celaan dan penolakan dari kaumnya. Beliau yang tahu Allah itu tahu, tentang kekecewaannya, tetapi dia meneruskan rayuan pada Allah dengan ayat di atas, “Ya Rabb! Aku telah mendakwah kaumku siang dan malam! Lagi kuat aku mendakwah mereka, mereka lari dariku!.

Ayat 5 dan 6 di atas lebih menggambarkan yang Nabi Nuh as tidak pernah berputus asa di atas penolakan kaumnya terhadap dakwahnya. Dia tidak terus mendiamkan dirinya, kerana beliau tahu yang kaumnya itu ‘jahil’ dan tidak akan melarikan diri dari dakwahnya yang dianjur oleh Allah; Allah yang akan memberi hidayah pada mereka untuk mengampunkan semua dosa-dosa mereka jika mereka beriman. Sebenarnya mereka lari dari diri mereka sendiri. Nabi Nuh terus merayu pada Allah dengan berkata sikap kaumnya yang menutup telinga dan mata hati mereka darinya.

“dan sesungguhnya, setiap kali aku menyeru mereka kepada iman; supaya Engkau ampunkan dosa-dosa mereka, mereka sumbatkan jari-jemari tangan mereka ke dalam telinga mereka dan berselubung menutup muka mereka dengan pakaian mereka, dan mereka terus berdegil dengan keingkaran mereka itu serta menunjukkan sikap yang amat sombong sekali”.(7)

Tafsiran ayat 7:

Iaitu setiap kali dia mendakwah mereka, Nabi Nuh mahukan suara dakwahnya didengari oleh mereka, sedangkan kaumnya benci untuk mendengarnya dan kaumnya itu pula mahu terus berada dalam kesesatan maka mereka akan menutup telinga mereka dengan jari-jari mereka supaya

(16)

16

tak dengar lagi apa yang dikatakan oleh Nuh as dan mereka menutup muka mereka dengan baju mereka jika mereka terus didekati oleh Nuh as. Bukan itu saja, mereka terus memperlihatkan sikap mereka yang angkuh dan bongkak terhadap NabI Nuh as. Apakah yang dibuat seterusnya oleh Nabi Nuh as ? ”kemudian aku seru mereka secara terang-terangan.(8) kemudian aku berulang-ulang kali menyeru mereka secara beramai-ramai dan aku menyeru mereka lagi secara bersendirian”.(9) Tafsiran ayat-ayat 8 dan 9: Nabi Nuh mengatur strategi mendakwah secara terbuka dan terang-terangan agar ianya diterima dan juga beliau melakukan dakwahnya secara bisikan dan dicampur dengan cara terbuka. Begitulah pecubaan yang dibuat beliau untuk meyakinkan mereka.

Kemudian Nabi Nuh as mencuba dengan mengaitkan pengampunan Allah atas dosa-dosa mereka jika mereka beriman: Sehingga aku berkata pada mereka: “pohonlah ampun (atas semua dosa-dosa kamu) dari Tuhan kamu; sesungguhnya Dia Maha Pengampun”.(10) Tafsiran ayat 10: Nabi Nuh cuba mengaitkan bahawa beriman bererti menyembah Allah yang Esa; dan memohon pengampunan atas dosa-dosa itu pula mengaitkan Allah

(17)

17

dengan pembersihan diri dari dosa, dari amalan masa lalu yang menolak Allah, menolak Rasul Nya dan kufur pada Allah yang mencipta kita. Secara langsung dengan mengalakkan mereka memohon pengampunan bererti mendidik mereka beriman dengan Allah dan juga pembersihan diri, pembentukan jati iman dalam diri dan beristiqomah di atas hidayah Allah. Allah itu, sesungguhnya Maha Pengampun, membersih diri kita dari segala noda dan dosa yang pernah kita lakukan melalui pengampunan Nya. Lakukan lah pengampunan secara ikhlas sebelum pintu pengampunan itu tertutup apabila tiba ajal kita. Kerana selepas datangnya ajal itu semuanya sudah terlambat, kerana sudah tiada lagi pengampunan, dan yang ada hanya balasan pahit dan sakit kerana matinya kita dalam kufur. Beristighfar dan memohon ampun atas dosa-dosa kita juga dikaitkan dengan barakah rezeki pengeluaran makanan yang melimpah ruah dengan air hujan; dan ditambah dengan rezeki pertambahan zuriat, iaitu anak, harta benda dan persekitaran hidup yang sangat ceria.

“juga dengan (beristigfar itu) ,Nescaya Allah akan menurunkan hujan yang

mencurah-mencurah (menyuburkan tanaman dan pengeluaran pertanian kamu)”.(11)

“juga nescaya Allah akan mengurniakan kepada kamu semua dengan harta (yang berkat dan banyak), dan dengan anak-pinak yang ramai (dan soleh). Dan dengan itu mengujudkan kebun-kebun tanaman, dan sungai-sungai dalam kebun itu; untuk kegunaan kamu”.(12)

Tafsiran ayat-ayat 11 dan 12:

Sekali lagi dalam ayat di atas; Nabi Nuh mengaitkan beristighfar dan beriman dengan Allah dan Rasul Nya akan memberi keberkatan kepada bumi tempat

(18)

18

mereka berada; di mana dicurahkan dengan hujan yang memudahkan wujud nya rezeki dari bumi yang subur.

Dengan rezeki yang berkat ini dan kehidupan yang penuh mewah ini maka akan bergandalah pendapatan dan seterusnya bertambahlah zuriat dan anak pinak yang soleh mewarisi bumi yang subur ini.

Banyak ayat-ayat yang mengaitkan beristighfar, bertaubat dengan hidup yang mewah, ceria dan mendapat penghargaan Allah; Firman Allah dalam ayat 3; surah Hud: (mintalah pengampunan dari Tuhan Mu atas semua perbuatan syirik kamu itu, kemudian hendaklah kamu bertaubat kepada Nya; supaya Dia mempastikan kamu mendapat keselesaan hidup dan nikmatnya di dunia ini hingga sampai ajal kamu; dan di akhirat pula kamu akan diberi kelebihan-kelebihan dari tiap amal baik kamu itu. Jika kamu mengingkari pesanan ini (beriman, beristigfar dan betaubat) maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang penuh huruhara itu. (3 surah Hud) Setelah mengemukakan hikmah dan pulangan dari beriman dan beristighfar pada Allah, rupa-rupanya ini tidak sedikitpun untuk menarik kaum Nuh as untuk beriman dengan Allah dan menerima beliau sebagai Rasul; Kaumnya tidak menampakkan kesan dari penerangan ini yang sebenarnya berada di sekeliling mereka, malah bersifat ‘kurang ajar’ dengan Allah maka Nabi Nuh terus bertanya dengan soalan yang sinis sekali:

‘Mengapakah dengan segala tawaran-tawaran baik ini, kamu masih tidak memberi penghormatan sewajarnya kapada Allah?.(13)

(19)

19

Tafsiran ayat 13:

Nabi Nuh seterusnya membawa minda kaumnya kepada ‘melihat diri mereka sendiri”! iaitu tentang kejadian mereka yang dicipta Allah melalui beberapa peringkat perkembangan; dari air mani, kepada segumpal darah, kepada pembentukan tulang dan kepada seorang manusia yang sempurna sifatnya. ‘Pada hal, Dialah Allah, yang telah menciptakan kamu semua melalui berbagai-bagai peringkat perkembangan’.(14) Tafsiran ayat 14:

Tujuannya ialah memberi kesan kepada minda mereka yang mereka sebenarnya dicipta oleh Allah; sekurang-kurangnya mahu berterima kasih pada Allah atas ciptaan itu. Pentafsir moden, ada menyatakan bahawa kedudukan perkembangan manusia itu bermula seperti haiwan air (tergenang dalam air dalam perut ibunya); sebagai haiwan yang menghisap buah dada ibunya; dan kemudian sebagai makhluk manusia yang berdikari. Jika mereka terus ingkar perkara ini, maka mereka sebenarnya mengingkari hakikat diri mereka sendiri. Alangkah bodohnya mereka sebagai manusia! Nabi Nuh terus membawa minda mereka kepada perkara yang lebih besar utuk mereka berfikir dengannya, demi untuk menginsafkan mereka agar mereka mahu berbalik pada Allah dan menerima Rasulnya. Iaitu kepada dunia yang terbentang dihadapan mereka:

(20)

20

“Tidakkah kamu berhasrat meneliti bagaimana Allah telah mencipta tujuh petala langit yang bertingkat-tingkat?.(15)

dan juga Allah telah mencipta di langit itu bulan yang bercahaya dan juga matahari sebagai ‘lampu’ yang amat terang?.(16)

dan Allah juga telah menumbuhkan kamu dari tanah dengan cara yang tersempurna?.(17)

dan kemudian, Allah akan mengembalikan kamu semula ke dalam tanah tersebut (selepas kamu di matikan) dan akan menghidupkan kamu semula dari tanah itu, dengan pengeluaran yang paling sempurna?”.(18)

Tafsiran ayat-ayat 15-18:

Lihat sahaja bagaiamana Nabi Nuh membawa minda mereka kepada meneliti ke atas dunia ini; iaitu langit yang dicipta sebanyak 7 lapisan, di dalamnya terdapat bulan yang menyerikan cahayanya di waktu malam, dan matahari menyinarkan cahaya siangnya dengan peranannya menumbuhkan segala tanaman yang boleh tumbuh di atas bumi ini. Manusia semua berasal dari tanah dan tanahlah tempat pulang kita selepas mati dan dari tanah pula kita akan dibangkitkan semula.

Dakwah begini membawa minda manusia kepada asal kejadian mereka dan kesudahan hidup manusia itu sendiri melalui maut dan kebangkitan semula. Harapan darinya ialah tergeraklah hati dan naluri itu, hendaknya!, untuk beriman dengan Allah kerana kepercayaan pada satu lingkaran hidup yang sempurna ini!.

Akhirnya Nuh as telah membawa minda kaumnya kepada nikmat-nikmat yang disediakan Allah atas muka bumi ini dengan firman Nya:

(21)

21

“dan Allah telah mencipta untuk kamu semua, akan bumi ini yang berbentuk

hamparan.(19)

supaya memudahkan kamu untuk berjalan dan berurusan di atas kepingan yang luas itu.(20)

Tafsiran ayat 19-20:

Inilah nikmat dari Allah kepada manusia untuk mereka berinteraksi sesama manusia di alam ini dengan mempunyai bumi yang terhampar supaya mereka bergerak mencari rezeki, dan meneruskan kehidupan mereka di atas bumi ini dengan penuh selesa. Kepada yang sedar, ianya adalah anugerah Allah yang besar dan memenuhi kehendak hidup mereka.

Untuk mengerti hakikat ini tidaklah susah, tetapi hati yang mahu menerima dan menyerap masuk hakikat ini di atas nama Allah dan beriman dengannya adalah susah.

Kesimpulannya; Inilah rupanya dakwah yang telah dicuba-sampaikan oleh Nuh as kepada kaumnya; ianya disusun rapi dengan pelbagai taktik dan cara untuk memasukkan ke dalam minda mereka akan tauhid kepada Allah selama 850 tahun lamanya. Namun, hati dan fikiran kaumnya tidak juga mahu menerima nya dan ini membawa Nuh as untuk terus balik pada Allah dan mengadu kepedihan hatinya kepada Allah sekurang-kurangnya untuk dia tenang sejenak katanya:

“Nuh merayu terus kepada Allah dengan katanya; “Wahai Tuhan ku! Mereka telah menderhakakan ku!. Mereka mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin

(22)

22

yang mementingkan harta dan anak-anak yang semuanya sedikitpun tidak menambahkan kebaikan pada mereka kecuali rugi”.(21)

pemimpin-pemipin ini telah melakukan pelbagai tipu daya yang amat lecek.(22)

Tafsiran ayat 21-22:

Keluhan Nabi Nuh as ini masuk akal, kerana beliau telah berkorban, menghabiskan 850 tahun masanya untuk mendakwah kaumnya; tetapi kecil sekali penerimaan mereka padanya. Berbagai cara dan teknik serta tektik dakwah telah diperkenalkan, namun ianya ditolak dan menjadi hambar. Nabi Nuh mempastikan sebab utama ialah adalah ADANYA pemimpin-pemipin yang menjadi dalang membuat tipu daya dan menghalang mereka dari menerima ajaran Allah itu. Peranan ketua-ketua kaum dan pemimpin ini telah menjejaskan dakwah beliau.

Di antara sifat-sifat pemimpin ini ialah: bertanggungjawab menyesatkan pengikutnya; menggunakan apa yang mereka miliki seperti anak dan harta yang banyak itu sebagai pengaruh supaya pengikut mereka tunduk kepada mereka dan menggunakan pangkat dan kuasa untuk terus menindas.

Semua alat-alat yang digunakan mereka ini sebenarnya tidak memberi sebarang keuntungan material pada mereka, dan mereka kerugian besar kerana jauh dari rahmat dan hidayah Allah.

Disamping bertindak menghalang pengikutnya menerima dakwah Rasulnya, mereka cuba menutup semua jalan-jalan penerimaaan segala alasan dan hujjah-hujjah ke dalam hati pengikutnya. Peranan mereka mahukan pengikut mereka terus berada dalam kesesatan dan terus menyembah berhala-berhala yang ada:

(23)

23

Dan pemimpin-pemimpin ini menghasut dengan mencadangkan kepada Pengikut-pengikut mereka agar, “jangan sekali-sekali kamu mensia-siakan tuhan-tuhan patung kamu dan teruskan penyemahan pada mereka; terutama penyembahan pada tuhan-tuhan patung Wadda, Suwaa’a, Yaghusa, Ya’uuqa dan Tuhan Patung Nasra”.(23)

Dan sesungguhnya pemimpin-pemimpin ini telah menyesatkan banyak orang; oleh itu, janganlah, Wahai Tuhan ku Engkau perkenankan perbuatan orang-orang zalim ini tetapi ku pohon Engkau tambahkan lah kesesatan ke atas mereka’.(24) Tafsiran ayat-ayat 23-24: Inilah penyelewengan yang besar sekali; iaitu penyelewengan akidah yang di buat oleh para pemimpin kaum agar dakwah yang diadakan oleh Rasul itu di tolak dan seterusnya gagal mencapai matlamatnya:

Pemimpin-pemimpin kaum ini membawa minda mereka kepada patung-patung sembahan dan mendesak agar pengikut-pengikutnya terus berpegang dengan kepercayaan patung ini. Ini termasuklah 5 jenis patung-patung sembahan yang dikenali sebagai Wadda, Suwa’a, Yagutha, Ya’uuqa dan Nasra.

Perkara pengaruh pemimipin ini yang menggalakkan kepada kekufuran akidah berlaku dalam fikiran jahiliyah kaumnya. Mereka menyeru agar dipertahankan fikiran kepatungan dan sekular ini dengan bermacam-macam faedah yang di tawarkan.

Dengan kesesatan dan penyelewengan akidah terus berlaku, maka Nabi Nuh tidak ada pilihan lain selain mendoakan kepada Allah dengan doa yang masyur ini:

Mafhum nya: “Ya Allah; janganlah Engkau perkenankan perbuatan orang-orang zalim ini (iaitu pemimpi-pemimpin jahat ini) sebaliknya tambahkanlah kesesatan ini atas

(24)

24

Tafsiran ayat 24:

Inilah doa seorang Rasul yang selama ini telah bersabar dan tabah mendakwah kaumnya. Beliau percaya bahawa hati-hati kufur ini tidak akan berbalik pada Allah lagi, dan tidak akan ada yang baik lagi dari mereka yang boleh di munafaatkan. Biarlah mereka dengan kezaliman dan kebodohan mereka, malah ditambah lagi akan kebodohan mereka itu sehinga ruang untuk mereka beriman terus tertutup rapat.

Di doakan juga oleh Nuh as atas mereka agar mereka dibakar dalam neraka Allah di akhirat nanti:

“dengan kesalahan-kesalahan mereka itu, dan dengan doa-dosa mereka selama ini, maka tenggelamkan mereka ke dalam air dan kemudian masuk kan mereka ke dalam neraka; dan maka pasti sekali mereka tidak ada sebarang pertolongan dari sesiapa pun selain dari Allah”.(25)

Tafsiran ayat 25:

Dalam ayat ini, mereka di doakan agar ditenggelamkan dalam air di dunia ini, kerana kesalahan-kelasahan mereka selama ini, kerana dosa-dosa mereka yang begitu besar dan zalim dan kerana segala maksiat-makasiat yang telah mereka lakukan dan menyesatkan yang lain. Jika ini terjadi, bolehkah anak-anak, harta benda mereka, dan kekuasaan yang ada pada mereka hasil penyembahan patung-patung Tuhan mereka dapat membantu menolong mereka? Jawabnya pasti tidak ada pertolongan. Pertolongan hanya dari Allah sahaja sedangkan mereka telah menolak Allah. Inilah gambaran kerugian mereka di dunia dan di Akhirat nanti.

(25)

25

Inilah doa-doa beliau yang tertekan dan mengharapkan pertolongan Allah ke atas mereka yang zalim kufur itu. Nabi Noh as masih tidak mohon, pada ketika ini agar mereka dihancurkan dan dipupuskan.

Sehingga Nuh terus merasakan yang kaumnya sudah melampaui batas, dan wujudnya mereka ini, tidak ada apa-apa faedah lagi kepada dunia ini dan patut dimusnahkan maka beliau menyambung doanya dengan berkata:

Dan Nuh terus berdoa dengah katanya: “Ya Allah. Ya Tuhan ku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir ini terus hidup di atas muka bumi ini!”.(26)

Tafsiran ayat 26:

Dengan doa ini tersempurnalah doa-doa Nuh as untuk Allah kabulkan iaitu menenggelamkan mereka sehingga pupus sama sekali dari bumi Allah ini dan kemudian di Akhirat nanti mereka disumbatkan ke dalam neraka. Ertinya, Nabi Nuh memohon agar Allah tidak meninggalkan walau seorang pun dari mereka-mereka yang kufur ini dari hidup di atas bumi ini. Mereka mesti dipupuskan sepenuhnya.

Ada pentafsir yang menyatakan bahawa doa seperti ini tidak begitu di sukai Allah, dan ditaqdirkan kata-kata ini keluar dari seorang Rasul yang sangat perihatin dan sangat tidak boleh menerima kekufuran kaumnya; Lantas Nuh memberi sebab mengapa beliau mohon dengan doa ini:

“kerana seungguhnya ’jika Engkau biarkan mereka hidup di atas bumi ini’ ,maka mereka akan terus menyesatkan hamba-hamba Mu yang lain; dan

(26)

26

mereka akan berterusan melahirkan generasi-generasi yang akan terus melakukan dosa dan kekufuran yang degil”.(27)

Tafsiran ayat 27:

Inilah rasional Nabi Nuh as dalam mendoakan kepupusan kaum yang kafir ini sehingga jangan ada seorang pun yang dibiar hidup di muka bumi, apatah lagi meneruskan zuriat mereka.

Nabi Noh mahukan bumi ini disuci terus dari kejahatan yang degil, dari kezaliman yang terus bermaharajalela, dan dari penghalang-penghalang kepada penerimaan saranan iman dari pendakwah yang mahukan mereka beriman dengan Allah. Doa ini bererti, agar orang-orang yang beriman dengan Allah tidak lagi disesatkan dalam jangka pendek dan dalam jangka panjang, sehingga mereka mendapat hidup yang penuh harmoni dengan iman mereka itu. Tiada fitnah, tidak ada dorongan-dorongan yang jahat dari sultan dan syaitan.

Kewujudan mereka di dunia ini akan melahirkan puluhan ribu pembuat maksiat, pembuat kacau yang degil dan melahirkan jemaah manusia yang ingkar dan kufur pada Allah dari satu generasi ke generasi yang lain. Allah telah menerima doa Nuh ini dan bumi ini telah disuci dengan air melalui banjir besar.

Akhir doa Nuh as mendoakan kepupusan kaumnya ialah; “ Ya Allah,

janganlah Engkau tambah jumlah orang-orang yang zalim ini tetapi pupuskankan mereka dengan kebinasaan”

Dalam surah Al Qmar; Allah menjelaskan bagaimana berakhirnya kaum Nuh ini: Firman Allah dalam ayat 11-16 dari surah al Qamar:

(27)

27 ‘maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah .(11) dan bumi pula memancarkan mata air-mata air nya, lalu bertembunglah air dari langit dan bumi untuk terlaksananya satu takdir yang telah ditetapkan.(12) dan Kami bawa naik Nabi Nuh dan pengikutnya ke dalam bahtera yang dibina dengan kepingan papan dan paku .(13) yang belayar laju di bawah pemerhatian dan pengawasan Kami, (bagi yang kufur dan yang ditenggelamkan dalam bah itu) dianggap sebagi satu balasan bagi orang-orang yang kufur engkar.(14) dan Demi sesungguhnya! Kami telah jadikan Bahtera itu sebagai satu tanda pengajaran, dan mahukah ianya menjadi ingatan dan keinsafan kepada yang mahu beringat?(16) Al Qamar.

Begitulah berakhirnya kaum Nuh yang zalim kufur itu ditenggelami bah besar, manakala Nabi Nuh dan pengikutnya terselamat dalam bahtera yang bergerak laju di atas banjir besar itu di bawah pengawasan Allah. Sebagai seorang Nabi yang beradab dengan Tuhan nya, doa akhir Noh as di catitkan seperti berikut; Katanya: Mafhum nya: Wahai Tuhan ku! Ampunkanlah dosa-dosaku; dosa-dosa kedua-dua ibubapaku, dosa-dosa sesiapa saja yang telah memasuki dan menaiki rumah Ku (bahtera ku) dengan keadaan beriman pada Allah dan ampunkanlah dosa-dosa sekelian orang-orang yang beriman, lelakinya dan perempuannya dalam segala zaman; Janganlah Engkau tambahkan jumlah orang-orang yang zalim tetapi pastikan mereka diikuti dengan kebinasaan atas mereka.(28) Tafsiran ayat 28: Doa ini mengakihiri surah Nuh ini dan ianya satu istighfar dari seorang Nabi agong agar Allah mengampun semua dosa-dosanya; khususnya doa yang memohon agar Allah menghukum kaumnya yang kufur zalim itu. Kemudian

(28)

28

diikuti dengan mendoakan kesejahteraan dan pengampunan kepada kedua-dua ibubapanya yang beriman itu; dan juga pengampunan kepada mukmin dan mukminat; pertamanya kepada mereka yang memasuki rumahnya dan beriman dengannya, dan kemudian bersama-sama dengannya dalam bahtera yang melepaskan mereka dari banjir besar itu.

Dikatakan doa untuk mukmin dan mukminat itu untuk seluruh umat yang beriman dengan Allah dan Rasul Nya, dari segala tempat dan zaman, kerana zuriat nabi Nuh sahaja yang tinggal selepas semua kaumnya di dunia ini pupus dibersihkan oleh banjir besar itu.

Begitulah perjalanan Nuh as dengan dakwahnya dicatitkan oleh Allah untuk direnungi oleh Rasulullah dalam menghadapi kaum Nya dan sebenar untuk kita semua menginsafinya, dalam dakwah-dakwah yang mengajak kita kepada keimanan dan meninggalkan kekufuran. Semuanya ini akan menginsafkan kita apabila kita berhadapan dengan dakwah kita.مﻠﻋأ ﷲو

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Hasil penelitian tindakan kelas ini adalah: (1) pada siklus I 64.583 meningkat menjadi di siklus II 75,875 dan menjadi pada siklus III 78,375 dan peningkatan

Pengaruh Pendekatan Saintifik dan Kebugaran Jasmani Terhadap Hasil Belajar Keterampilan Bermain Sepak Bola.. Bandung:

PENGARUH PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN KEBUGARAN JASMANI TERHADAP KETERAMPILAN BERMAIN SEPAK BOLA.. Universitas Pendidikan Indonesia| repository.upi.edu

Sampah organik kota yang dihidrolisis dilanjutkan dengan fermentasi menggunakan bakteri Clostridium acetobutylicum akan diperoleh biobutanol dengan hasil samping aseton dan etanol

Puji Syukur atas kehadirat Allah SWT yang senantiasa melimpahkan karunia dan rahmat-Nya sehingga penulis dapat menyeleseikan penyusunan skripsi yang berjudul

Puji Syukur atas rahmat, hidayah, dan pertolongan Allah SWT sehingga penyusun dapat menyelesaikan penyusunan skripsi ini dengan judul “ Analisis Perilaku Prototip Struktur

(BERBASIS PENGELOLAAN YAYASAN KINDERLAND) Diajukan sebagai salah satu syarat untuk memperoleh gelar Sarjana Teknik.