• Tidak ada hasil yang ditemukan

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-5"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

ILMU QIRAAT 1

DIPLOMA PENGAJIAN AL

QURAN DAN AL SUNNAH

2014

(2)

PERBINCANGAN MINGGU INI

• Definasi Qiraat-Riwayat-Toriq

• Toriq-Toriq Qiraat Imam ‘Asim riwayat Hafs

• Perbezaan yang terdapat pada Toriq-toriq

(3)

Definasi

• Qiraat : dari sudut bahasa ‘Bacaan’

: dari sudut istilah, setiap bacaan yang

disandarkan kepada salah seorang Qari’ tertentu. Maka, kita akan mendengar istilah Qira’at ‘Asim,

Qira’at Nafi’, Qira’at Ibnu Katsir, dsb. Mereka adalah para Imam yang menjadi sumber qira’at tertentu.

• Riwayat: adalah sesuatu yang disandarkan kepada perawi atau orang yang mengutip qira’at dari Imam Qira’at tertentu.

(4)

• Para Imam Qira’at memiliki murid-murid yang melalui mereka ilmu qira’at tersebar luas.

Contoh: riwayat Warasy dari Nafi’, riwayat Hafs dari ‘Asim, riwayat Ibnu Wardan dari Abu Ja’far, dsb.

• Toriq/Turuq: Secara bahasa berarti jalur, jalan. Maksudnya adalah rangkaian sanad (yakni, para

perawi) yang berakhir pada seorang perawi dari

(5)

• Istilah ini digunakan untuk menunjuk apa yang

diriwayatkan oleh seorang Qari’ dari generasi lebih akhir. Contoh

(6)

• Istilah ini digunakan bagi memastikan kesahihan bacaan yang mereka ambil tanpa sebarang

perubahan daripada kesinambungan guru-guru mereka yang terdiri daripada Qiraat, Riwayat dan

Toriq sampai kepada Rasulullah s.a.w.

• Kesemua Qiraat, Riwayat dan Toriq ini diterima sah dari Rasulullah s.a.w. kerana kesinambungan

periwayatnya tanpa putus hingga kepada baginda s.a.w.

• Kesemua Qiraat ini juga tidak boleh dipertikaikan kebenarannya atau dianggap yang satu lebih baik kedudukkannya berbanding yang lain.

(7)

Kenapa dinisbahkan bacaan-bacaan itu kepada

Imam-Imam Qiraat?

• Telah dinisbahkan bacaan-bacaan itu kepada Imam-Imam kerana setiap salah seorang dari mereka itu yang telah menghabiskan hayat mereka dengan mengkaji dan membaca dengan bacaan yang

dimasyhurkannya pada zaman kehidupan mereka. Pada setiap zaman mereka itu, ramailah orang

membaca dan mengenali bacaan-bacaan yang dimasyhurkan oleh imam-imam ini.

(8)

PENGHUBUNG / ORANG TENGAH PARA

PERAWI

• Perlu juga diketahui sanad-sanad perawi qiraat ada yang melalui wasitah yakni orang yang menjadi

penghubung/penyambung sanad antara perawi dengan imamnya, hanya mereka yang menjadi penghubung ini, namanya tidak masyhur sebagai

perawi qiraat. Ada perawi yang terus belajar dengan imamnya tanpa melalui perantaraan orang lain,

biasanya mereka masih sempat atau pernah hidup sezaman dengan imamnya.

(9)

Perawi-perawi yang mengambil terus dari

Imamnya ialah:

• Perawi Imam Nafi’, iaitu Qalun dan Warasy, mereka mendapat sanad qiraat dari Imamnya dengan

bertalaqqi (musyafahah) terus.

• Perawi Imam Asim iaitu Syu’bah dan Hafs.

• Perawi Imam Ali Kisa’i, iaitu Abdul Harith dan Duri

(10)

Perawi-perawi yang terdapat wasitah dengan

imamnya ialah:-

1) Ibnu Kathir Bazzi Qunbul Syibal Ahmad al-Qowas Ikrimah Ismail Abi al-Ajrit Ma’ruf Syibal

(11)

2) Abu Amru Susi Duri Yahya al-Yazidi Ibnu Zakwan Hisyam 3) Ibnu ‘Amir Yahya Adh-Dhamari Ayyub At-Tamimi Yahya Adh-Dhamari ‘Arok Al-Marwazi

(12)

4) Hamzah

Khalad Kholaf

(13)

TORIQ-TORIQ RIWAYAT HAFS

DARIPADA IMAM ‘ASIM

PENDAHULUAN

• Mengupas bacaan riwayat Hafs daripada 'Asim melalui perbandingan 2 toriq yang dipilih.

• Toriq-toriq tersebut adalah toriq al-Syatibiyyah yang menjadi sandaran bacaan majoriti umat Islam dan

Toriq al-Farisi Daripada Kitab al-Tajrid yang turut

dicatat oleh Ibn al-Jazari di kitab al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar

(14)

• Sebagaimana dimaklumi, bahawa riwayat Hafs daripada 'Asim menurut toriq al-Syatibiyyah

merupakan bacaan yang masyhur seluruh alam. Kemasyhurannya menjadikan toriq-toriq selainnya kurang dikenali dan diamalkan oleh umat Islam.

• Imam al-Syatibi telah memilih satu toriq sahaja bagi setiap riwayat yang dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani.

• Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, toriq tersebut adalah toriq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali.

(15)
(16)

Toriq yang dibawa oleh Imam al-Syatibi

Biodata ringkas para qari' di dalam toriq ini:

'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali

Nama Penuh:'Ubaid bin Sobah bin Abi Shuraih bin Sabih al-Nahsyali al-Kufi.

Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada Hafs

daripada 'Asim.Beliau merupakan seorang qari' yang saleh dan kuat ingatan.Di antara murid beliau adalah Ahmad bin Sahl al-Usynani, 'Abd al-Samad

binMuhammad, al-Hasan bin al-Mubarak, Abu Tahir

'Abd Wahid bin 'Umar, 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi. Beliau wafat pada tahun 219H.

(17)

Al-Usynani

Beliau adalah Abu 'Abbas Ahmad bin Sahl bin al-Fairuzan al-Usynani.

Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali dan sebahagian murid 'Amr

bin Sobah iaitu Hasan bin Mubarak, Ibrahim

al-Simsar dan 'Ali bin Sa'id. Di antara anak murid beliau adalah Ibn Mujahid, 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi dan Abu Tahir 'Abd al-Wahid bin 'Umar. Beliau wafat pada tahun 307H di Baghdad

(18)

Al-Hasyimi

Beliau adalah 'Ali bin Muhammad bin Soleh bin Daud al-Hashimi al-Basri.

Beliau merupakan seorang qari' yang buta.

Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada Ahmad bin Sahl al-Usynani dan di antara murid beliau

adalah Tahir bin Ghalbun dan Mansur bin Ahmad al-Sindi. Beliau wafat pada tahun 368H.

(19)

Toriq al-Farisi Daripada

Kitab al-Tajrid li Bughyah al-Murid Karangan

Ibn Fahham al-Soqili

Ibn al-Fahham telah mengambil bacaan toriq ini

daripada Abi al-Husin Nasr bin 'Abd al-'Aziz al-Farisi yang telah mengambil bacaan tersebut daripada Abi al-Hasan 'Ali bin Ahmad al-Hammami yang telah

mengambil bacaan tersebut daripada Abi Tahir 'Abd

(20)

Biodata ringkas para qari' di dalam toriq ini:

Abi al-Husin Nasr bin 'Abd al-'Aziz al-Farisi

Nama penuh: Nasr bin 'Abd al-'Aziz bin Ahmad bin Nuh al-Farisi al-Syirazi.

Beliau merupakan seorang yang thiqah dan 'adil dan telah menulis kitab al-Jami' fi al-Qiraat al-'Asyr.

Di antara guru beliau adalah Abi Hasan

Hammami, Abi Ahmad Faradhi dan Abu Farj

Nahrawani. Di antara murid beliau adalah 'Abd al-Rahman bin 'Atiq bin Fahham, Khalaf bin Ibrahim. Beliau wafat pada tahun 461H

(21)

Abi al-Hasan 'Ali bin Ahmad al-Hammami

Beliau ialah 'Ali bin Ahmad bin 'Umar bin Hafs bin 'Abdullah al-Hammami.

Beliau merupakan Sheikh al-'Iraq yang thiqah. Beliau lahir pada tahun 328H. Di antara guru beliau ialah Abu Bakar al-Naqqash, Ahmad bin 'Abd al-Rahman al-Wali dan 'Abd al-Wahid bin 'Umar (Abu Tahir). Di antara murid beliau pula adalah al-Hasan bin Abi

Fadl, al-Hasan bin 'Ali al-'Attar dan al-Hasan bin Qasim.

Beliau wafat pada hari Ahad, 4 Sya'ban tahun 417H ketika berumur 90 tahun

(22)

Abi Tahir 'Abd al-Wahid bin 'Umar

Beliau ialah 'Abd al-Wahid bin 'Umar bin Abi Hasyim al-Baghdadi al-Bazzar.

Beliau merupakan tokoh besar di dalam ilmu qiraat dan telah mengarang kitab al-Bayan wa al-Fasl. Di antara guru beliau ialah Ahmad bin Sahl

al-Usynani, Sa'id bin 'Abd al-Rahim dan Abu Bakar

Ibn Mujahid. Di antara murid beliau pula adalah

'Ubaidullah bin 'Umar Masahifi, 'Ali bin 'Umar

al-Hammami dan Ahmad bin Abdullah bin al-Hidr.

Beliau wafat pada bulan Syawwal tahun 349H ketika berumur lebih 70 tahun.

(23)

Perbezaan yang terdapat pada Toriq-toriq

Riwayat Hafs daripada 'Asim

Secara amnya, riwayat Hafs daripada 'Asim tidak terdapat perbezaan yang banyak di antara toriq-toriqnya. Toriq-toriq ini hanya berbeza di dalam

beberapa perkara yang menjadi usul qiraat dan farsh al-huruf. Berikut adalah senarai usul qiraat dan farsh al-huruf yang berbeza padanya toriq-toriq bagi

(24)

Terdapat 5 usul yang tidak disepakati oleh

toriq-toriq riwayat Hafs daripada 'Asim:

1.Mad Munfasil: Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada

kadar panjang bagi mad ini, di mana sebahagian toriq membaca dengan Qasr (2har), Fuwaiq al-Qasr (3har), al-Tawassut (4har) atau Fuwaiq al-Tawassut (5har).

2. Mad Muttasil: Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada

kadar panjang bagi mad ini, di mana sebahagian toriq membaca dengan Tawassut (4har), Fuwaiq

(25)

3. Dengung (Ghunnah): Sebahagian toriq membaca

idgham yang sempurna (idgham kamil) bersama

ghunnah pada huruf Nun atau tanwin yang bertemu pada huruf Lam dan Ra'. Manakala sebahagian yang lain membacanya dengan idgham yang tidak

sempurna (idgham naqis) dengan ghunnah pada pertemuan tersebut.

4. Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum huruf Hamzah:Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada

tempat huruf mati tersebut dimana sebahagian membaca tanpa saktah, sebahagian yang lain membaca Saktah ‘Am atau Saktah Khas

(26)

5. Takbir: Sebahagian daripada toriq tidak membaca

takbir, manakala harus pada sebahagian yang lain membaca takbir am atau khas diawal atau akhir surah-surah khatam.

Terdapat 15 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat perbezaan diantara toriq-toriq riwayat Hafs daripada 'Asim

(27)

Perbezaan Di antara Toriq al-Syatibiyyah dan Toriq al-Farisi daripada Kitab al-Tajrid

(Lihat pada Lampiran 2)

Kesimpulan

1. Riwayat Hafs daripada 'Asim merupakan bacaan yang paling masyhur di kalangan umat Islam.

2. Toriq yang paling masyhur bagi riwayat ini adalah

toriq al-Syatibiyyah, namun terdapat toriq-toriq lain bagi riwayat ini termasuk Toriq al-Farisi daripada

Kitab al-Tajrid.

3. Adalah sangat penting mengetahui perbezaan setiap toriq yang dibaca bagi mengelakkan talfiq di dalam bacaan

(28)

Referensi

Dokumen terkait

Dalam rangka memenuhi tugas skripsi saya, maka dengan segala kerendahan hati saya sangat mengharapkan tanggapan Bapak/ibu terhadap beberapa pernyataan yang tersedia

Maka jelas inovasi pembelajaran berupa model pembelajaran puppet BETON story mempunyai tujuan yang sama yaitu mendorong siswa untuk lebih aktif dalam

MaksudnyA, bahwa suatu perusahaan adalah sebuah kesatuan usaha atau ekonomi yang berdiri sendiri dan terpisah dengan pribadi pemilik ataupun entitas ekonomi lainnya... Prinsip

LKJIPDinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten Kebumen merupakan bentuk pertanggung jawaban atas perjanjian kinerja Dinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten

Setelah didapatkan laju alir gas dari masing masing sumur kemudian dilakukan perhitungan pencampuran komposisi sehingga didapatkan campuran gas umpan menuju

11) memberi kesempatan kepada mahasiswa PPM prodi lain untuk praktik pembelajaran pada kelas yang bersangkutan dan memberikan penilaian. 12) hadir dalam evaluasi akhir dan

Jadi dapat disimpulkan bahwa tactile defensiveness adalah ketidaktepatan, tanggapan yang bersifat berlebihan terhadap stimulus tactual, di mana klien

Hasil penelitian menunjukkan bahwa keterampilan proses sains dengan penguasaan konsep memiliki hubungan yang signifikan untuk siswa kelas VII bergaya kognitif field