• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B) MINIT MESYUARAT TEKNIKAL DAN PENYELARASAN

KEJOHANAN BOLA SEPAK MENENGAH MSS DAERAH PETALING PERDANA BILANGAN 1 TAHUN 2015

Tarikh : 26 Februari 2015

Hari : Khamis

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Kenari

Pengerusi : Pn. Siti Maheran Binti Jamil @ Ramlan

Kehadiran (Bilangan) : 46 orang

Nama Yang Hadir :

Bil. Nama Jawatan

1. Tn. Haji Mohd Zailani Bin Othman PK Pentadbiran

2 Pn. Siti Maheran Binti Jamil @ Ramlan PK Kokurikulum

3. En. Rozhan Bin Zakaria Pengerusi Teknik

4. En. Syawal Anizam Bin Mohd Arshad Kepengadilan

5. En. Chandrasekaran a/l Sinappan SMK Puchong

6. En. Asmadi Bin Abdul Malik SMK SSAAS

7. En. Mohd Awar Bin Mohd Nasir SMK Subang Jaya

8. En. Eh Poon a/l Cha Tek SMK Seri Serdang

9. En. M. Thiyagarajan SMK Batu 8

10. En. Jayasarawanan Arumugam SMK Seksyen 16

11. En. M. Tasnim Nassan SMK Seafield

12. En. Wan Mohd Adnan Bin Wan Yusof SMK Seksyen 19

13. En. Mat Rani Bin Sulong SMK Alam Megah

14. En. Manimaran a/l Rajoo SMK Taman Sri Muda

15. En. Kamal Azman Bin Yaakob SMK SS 17

16. En. M. Rais Hashim SMK Bandar Sunway

17. En. Yeong Weng Fatt SMK Seri Indah

18. En. Hamidi Bin Abdul Ghani SMK Puchong Perdana

19. En. Muhammad Zafran Abdul Gaffon SMK Seksyen 9

20. En. Mohd Amiruddin Bin Mohd Yusof SMK Subang

21. En. Nik Hamzah Bin Hashim SMK USJ 4

22. En. Mohammed Syahrir Talib SMK USJ 13

23. En. Zamri Ibrahim SMK USJ 8

24. En. Mohd Azuad Bin Yahaya SMK USJ 12

25 En. Jamhari Bin Mohd Desa SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara

26. En. Mohd Zuraidi Bin Ibrahim SMK USJ 23

(2)

28. En. Mohd Ali Ab Rahman SMK Seksyen 4 Bandar kinrara

29. En. Tahirul Azwan Bin Tahirul Arifin SMK Seksyen 7

30. En. Wan Nizar Bin Wan Taib SMK Pusat Bandar Puchong 1

31. Pn. Fazilah Binti Othman SMK Bukit Jelutung

32. En. Mohd Asri Ali SMK Seksyen 24 (2)

33. En. Hishamuddin Bin Mohamed SMK Bandar Puchong Jaya (A)

34. En. Mohd Khairol Zailani SMK Bandar Puchong Jaya (B)

35. En. Nik Mohd Amir Bin Nik Ab Aziz SMK Seksyen 27

36. En. Awang Azimin A. Rahman SMK Puchong Permai

37. En. Jumari Mohd Desa SMK Taman Desaminium

38. En. Yusha Azuan Bin Mohd Yusof SMK Seri Kembangan

39. En. Padhli Bin Ariffin SMK Shah Alam

40. En. Abdul Hakim Bin Mohd Halim TENBY

41. En. Abdul Ahmad Saidi Bin Taib Sekolah Sri Kuala Lumpur

42. En. Norshahrul Azizul Hisham Bin Md. Nor SMK Seri Cahaya

43. En. Marzuki Amini Bin Aziz SMI Darul Ehsan

44. En. Abdul Rahman Bin Wahab Pengelola

45. Cik Lim San San Pengelola

46. Pn. Noor Arini Hanim Binti Mat Tahir Pengelola

Turut Hadir (Jika Ada) :

Bil. Nama Jawatan

Tiada

Tidak Hadir (Bersebab) :

Bil. Nama Jawatan

1. SM Pendidikan Khas Shah Alam

2. SMK Subang Utama 3. SMK Seksyen 18 4. SMK Seksyen 24 5. SMK Puchong Utama (1) 6. SMK TTDI Jaya 7. SMK Alam Megah 2 8. SMK Subang Bestari 9. SMK Setia Alam 10. SAM Bestari

11. SAMT Tengku Ampuan Jemaah

12. Kolej Vokasional Shah Alam

13. UCSI

(3)

Setiausaha

1. Pn. Noor Arini Hanim Binti Mat Tahir

2. Cik Lim San San

AGENDA

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam sejahtera dan

mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 3/2014

2.1 Tiada minit mesyuarat yang perlu dibentangkan dan disahkan.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

4. PERKARA-PERKARA BAHARU 4.1 TARIKH KEJOHANAN

4.1.1 Mesyuarat memaklumkan bahawa Kejohanan Bola Sepak MSSD Petaling

Perdana akan berlangsung dari 30 Mac hingga 8 April 2015 di bawah

pengelolaan SMK Bandar Puchong Jaya (B) sebagai tuan rumah.

Makluman

4.2 KETUA KONTIJEN DAERAH

4.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa PPD telah memberi mandat kepada Pengerusi Teknik untuk membawa kontijen daerah ke peringkat negari.

Makluman

4.2.2 Mesyuarat bersetuju dengan pelantikan dua orang guru dari sekolah pengelola, iaitu En. Azrul Hisham Bin Marzuki sebagai pengurus pasukan bawah 18 tahun dan En. Mohd Khairol Zailani Bin Zakaria sebagai pengurus pasukan bawah 15 tahun.

Makluman 4.3 PERLAWANAN BOLA SEPAK

4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kejohanan Bola Sepak MSS Daerah Petaling Perdana akan diadakan secara karnival tetapi perlawanan ikut zon iaitu Zon Puchong, Zon Subang Jaya dan dua Zon Shah Alam.

Makluman

4.3.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kejohanan Bola Sepak MSS Daerah Petaling Perdana akan diadakan di padang Setia Alam (1 venue sahaja).

(4)

4.3.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua pasukan perlu membawa bola sendiri.

Tindakan: Pengurus Pasukan 4.4 TARIKH PERLAWANAN

4.4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa perlawanan akan diadakan mengikut tarikh-tarikh berikut:

- Peringkat awal pada 30hb dan 31hb Mac untuk perlawanan bawah 15 tahun secara liga selama 20 minit setiap separuh perlawanan di Padang Setia Alam.

- Peringkat awal pada 1hb dan 2hb April untuk perlawanan bawah 18 tahun secara liga selama 20 minit setiap separuh perlawanan di Padang Setia Alam.

- Peringkat suku akhir pada 6hb dan 7hb April untuk perlawanan bawah 15 tahun dan 18 tahun secara kalah mati selama 25 minit setiap separuh masa dan perlawanan akan diadakan di Padang Setia Alam.

- Peringkat akhir pada 8hb April di SMK USJ 23.

Makluman 4.5 BAYARAN SUMBANGAN PENYERTAAN

4.5.1 Mesyuarat memutuskan sumbangan penyertaan adalah sebanyak RM180.00.

Makluman

4.5.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sumbangan penyertaan boleh dibuat terus kepada pengelola sama ada secara tunai atau cek atas nama PIBG SMK Bandar Puchong Jaya (B), dan pihak pengelola akan keluarkan resit pembayaran.

Makluman

4.5.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sumbangan penyertaan yang dikutip hanya digunakan untuk tujuan pengurusan dan pengelolaan kejohanan MSSD serta kegunaan pasukan bola sepak peringkat daerah.

Makluman

4.6 ASPEK KESELAMATAN

4.6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengurus pasukan perlu menyediakan khemah atau kanopi untuk pasukan masing-masing.

Tindakan: Pengurus Pasukan

4.6.2 Mesyuarat meminta pihak pengelola untuk berbincang dengan pihak pengurusan padang di Setia Alam tentang cara penempatan pasukan-pasukan pemain demi aspek keselamatan.

(5)

4.6.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak pengelola akan menyediakan pasukan bantu mula dan akan memaklumkan kepada hospital berhampiran tentang perlawanan yang akan diadakan.

Makluman

4.6.4 Mesyuarat menegaskan bahawa setiap guru atau pengurus pasukan perlu bertanggungjawab atas keselamatan pasukan sekolah masing-masing dan memaklumkan kepada ibu bapa pemain sekiranya berlaku kecemasan dan kemalangan.

Makluman

4.6.5 Mesyuarat dimaklumkan semua pengurus pasukan perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa yang dimuatkan ke dalam fail poket untuk memudahkan sebarang urusan sekiranya berlaku kecemasan.

Makluman 4.7 PERASMIAN DAN PENAJAAN

4.7.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa YB Dato’ Hamidin Bin Hj Mohd Amin akan dijemput untuk merasmikan kejohanan ini dan akan menghadiahkan satu set jersi kepada daerah.

Makluman

4.7.2 Mesyuarat bersetuju supaya pihak pengelola mengeluarkan surat penajaan kepada Pn. Faezah bagi penajaan Milo untuk sepanjang kejohanan tersebut.

Tindakan :Pihak Pengelola 4.8 CABUTAN UNDIAN PERTANDINGAN

4.8.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa En. Syawal Anizam Bin Mohd Arshad akan mengendalikan cabutan undian pertandingan.

Tindakan : En. Syawal Anizam

4.8.2 Mesyuarat memutuskan untuk memuat naik jadual pertandingan bola sepak kepada semua pengurus pasukan melalui email.

Tindakan : En. Syawal Anizam 4.9 PERSEDIAAN PASUKAN

4.9.1 Mesyuarat bersetuju bahawa hanya jurulatih daripada kalangan guru yang boleh berada di tepi padang. Jurulatih yang bukan guru dibenarkan untuk berada di tepi padang tetapi tidak dibenarkan untuk membuat bantahan.

Makluman

4.9.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengurus pasukan atau jurulatih tidak boleh menunjukkan isyarat-isyarat yang akan mengganggu emosi pemain atau menimbulkan rungutan daripada mana-mana pihak.

(6)

4.9.3 Mesyuarat bersetuju bahawa semua pengurus pasukan perlu memantau kehadiran penyokong bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan. Sekiranya berlaku pergaduhan, hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurus teknikal.

Makluman

4.9.4 Mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap sekolah perlu menyediakan dua set stoking yang berlainan warna.

Tindakan: Pengurus Pasukan

4.9.5 Mesyuarat memaklumkan bahawa semua pengurus pasukan perlu memastikan pemain tidak merokok.

Tindakan: Pengurus Pasukan

4.9.6 Mesyuarat memaklumkan bahawa semua pengurus pasukan sekolah perlu menegur perbuatan pemain yang menunjukkan penampilan yang tidak baik.

Makluman 4.10 SIJIL

4.10.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sijil dan medal hanya diberikan kepada johan, naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat bagi kategori 15 tahun dan 18 tahun.

Makluman

4.10.2 Mesyuarat berharap pihak pengelola akan berusaha mendapatkan sijil penghargaan bagi semua pengurus pasukan dan semua jawatankuasa pengelola.

Tindakan: Pihak Pengelola 4.11 BIP

4.11.1 Mesyuarat bersetuju bahawa pihak pengelola perlu menyediakan dua set bip yang berlainan warna semasa perlawanan akhir diadakan.

Makluman 4.12 BANTAHAN

4.12.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap bantahan yang ingin dikemukakan perlu membayar RM300.00. Pengurus pasukan perlu membuat bantahan secara bertulis dalam masa dua jam selepas perlawanan dengan menggunakan borang yang disediakan.

Tindakan: Pengurus Pasukan 4.13 PINDAAN PERATURAN

4.13.1 Mesyuarat mengingatkan semua pengurus pasukan bahawa peraturan yang sedia ada boleh diubah tetapi undang-undang perlawanan tidak boleh diubah.

(7)

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa bahawa seorang pemain hanya boleh bermain dalam satu kategori sahaja.

- Sesiapa yang ingkar boleh diambil tindakan

- AJK pendaftaran akan membuat semakan semasa pendaftaran - Pemain perlu membawa kad pengenalan asal

Makluman

5.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa jawatankuasa pengelola berkuasa untuk membuat

pindaan pada jadual perlawanan.

Makluman

5.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebarang kelewatan pasukan atas sebab lalu lintas

boleh dipertimbangkan tetapi kelewatan yang berlaku di padang akan diambil tindakan.

Makluman

5.4 Mesyuarat memutuskan untuk tidak membenarkan penyertaan SMK Seksyen 11

dalam kejohanan ini.

Makluman

5.5 Mesyuarat dimaklumkan bagi mengelakkan terdapat pasukan pemain yang mendaftar

untuk menyertai kejohanan pada saat-saat terakhir, pihak pengelola diminta menelefon pengetua bagi sekolah-sekolah yang tidak hantar wakil pada mesyuarat ini untuk mengesahkan penyertaan mereka. Suatu tarikh boleh diberikan bagi memudahkan pengurusan pihak pengelola.

Tindakan : Pihak Pengelola

5.6 Mesyuarat memutuskan bahawa sekolah-sekolah swasta yang tidak mencukupi

bilangan peserta pemain dibenarkan menggunakan mana-mana pemain bawah 15 tahun untuk bermain di peringkat umur 18 tahun jika menghantar satu pasukan sahaja.

Makluman

5.7 Mesyuarat memutuskan untuk melantik En. Yeong Weng Fatt dari SMK Sri Indah

sebagai Ahli Jawatankuasa Media dan menjadi admin Blog Bola Sepak Petaling Perdana.

Makluman

5.8 Mesyuarat bersetuju memberi kebenaran kepada pihak pengelola untuk membuat

keputusan terhadap hal-hal di luar jangkaan.

(8)

6. PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Pengerusi memberikan ucapan penangguhan. Mesyuarat ditangguh pada pukul 5.45 petang.

Makluman

6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

Makluman

6.3 Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan

kemudian.

Makluman

Disediakan oleh, Setiausaha

Mesyuarat Teknikal Dan Penyelarasan Kejohanan Bola Sepak Menengah MSS Daerah Petaling Perdana Bilangan 1 Tahun 2015

Referensi

Dokumen terkait