• Tidak ada hasil yang ditemukan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 (SMP KHAS) HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 (SMP KHAS) HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2012 (SMP KHAS)

HBAE 1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA : ASLINA BINTI MOHAMED YAHAYA NO MATRIK : 720823145098001

NO KAD PENGENALAN : 720823-14-5098

NO TELEFON : 019-4655558

E-MAIL : aslinayahaya76@yahoo.com

PUSAT BELAJAR : PPW Perak OUM

NAMA TUTOR : ENCIK AHMAD KHIR MUZAMIL BIN MOKHTAR

(2)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 2 ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 4

2.0 Tahap Perkembangan Kreativiti 4 – 5

2.0 Peringkat Rangsangan 2.1 Peringkat Penerokaan 2.3 Peringkat Perancangan 2.4 Peringkat Aktiviti

2.5 Peringkat Kajian Semula

3.0 Ciri-ciri Kreativiti 5 – 7

3.1 Bersifat Fleksibel 3.2 Sensitif dan Peka

3.3 Gagasan / Idea yang Asli dan Tulen 3.4 Bersifat Terbuka

3.5 Logik

3.6 Berfikiran Terbuka

4.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual 8 – 10

5.0 Perkembangan Kreativiti Fisher 11 – 13

5.1 Peringkat Rangsangan 5.2 Peringkat Penerokaan 5.3 Peringkat Perancangan 5.4 Peringkat Aktiviti

(3)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 3 6.0 Analisis 5 Peringkat Kreativiti Fisher Dengan Perkembangan Diri

Kanak-Kanak Dari Aspek Sosial, Fizikal dan Emosi 13 – 15 6.1 Peringkat Rangsangan

6.2 Peringkat Penerokaan 6.3 Peringkat Perancangan 6.4 Peringkat Aktiviti

6.5 Peringkat Kajian Semula

7.0 Kaitan Aktiviti Pembelajaran Dengan Perkembangan Kreativiti Fisher Dari

Aspek Keaslian, Kelancaran, Keanjalan dan Kepekaan. 16 – 17 7.1 Peringkat Rangsangan

7.2 Peringkat Penerokaan 7.3 Peringkat Perancangan 7.4 Peringkat Aktiviti

7.5 Peringkat Kajian Semula

Kesimpulan 17

Rujukan 18

(4)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 4

1.0 PENGENALAN

Menurut Prof Dr Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011:63), kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan,(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan dan mengembangkan sesuatu idea baru daan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kratif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatuyang tidak ada sebelumnya.

Kesimpulannya Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif, dan kecergasan kreatif. Justeru itu, sebagai seorang guru kita peru merangsang minda murid ke arah melahirkan pembentukan individu yang kretaif khasnya kepada kanak-kanak.

2.0 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Terdapat 5 Tahap dalam perkembangan kreativiti menurut pendapat Fisher (1943) iaitu :-

RAJAH : PERKEMBANGAN KREATIVITI MENURUT FISHER (1943)

1

• PERINGKAT RANGSANGAN

2

• PERINGKAT PENEROKAAN

3

• PERINGKAT PERANCANGAN

4

• PERINGKAT AKTIVITI

(5)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 5 2.1 PERINGKAT RANGSANGAN

Pada peringkat ini, pemikiran kreatf kanak-kanak dirangsang dengan cara mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa. Bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan mengemukakan pelbagai soalan kritikal.

2.2 PERINGKAT PENEROKAAN

Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.

2.3 PERINGKAT PERANCANGAN

Peringkat ini mengalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu :-

 Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebaginya.

 Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

2.4 PERINGKAT AKTIVITI

Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencanakan segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti “Bagaiman harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?”.

(6)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 6 2.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penamabahbaikan selain melihat pencapaian objektif sesuatu kerja yang diberi. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadanagan atau idea yang bernas bagi menggalakkan perkara yang tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digalakkan dan juga digesa member pendapat juga komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. 3.0 CIRI-CIRI KREATIVITI

Sebagai seorang guru, adalah penting kita mengetahui ciri-ciri dan sifat-sifat kreativiti. Ciri-ciri kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat kelaziman. Bagi memudahkan guru-guru mengenal pasti ciri-ciri kreativiti, berikut merupakan ciri-ciri individu kreatif.

RAJAH : CIRI-CIRI KREATIVITI Bersifat

Fleksibel

Sensitif & Peka

Gagasan/Idea yang Asli dan

Tulen Bersifat Terbuka Logik Berfikiran Bebas

(7)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 7

3.1 BERSIFAT FLEKSIBEL

Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan yang optimis.

3.2 SENSITIF DAN PEKA

Individu yang mempunyai daya sensitivity yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitive menggunakan deria. Selain itu kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai deria dalaman yang sangat sensitive terhadap persepsi estetik.

3.3 GAGASAN/IDEA YANG ASLI DAN TULEN

Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak streotaip dan juga tidak konvensional. Mereka ini

biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

3.4 BERSIFAT TERBUKA

Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

3.5 LOGIK

Murid-murid peka dan sering berfikir secara kreatif dan rasional. Mereka juga tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa

3.6 BERFIKIRAN BEBAS

Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang

dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

(8)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 8 4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kelas : 3 Anggun

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Aktiviti : Membuat Topeng Haiwan

Tajuk : Topeng Haiwan Masa : 8.30 hingga 9.30 pagi Bilangan Murid : 32 / 32

Kemahiran Fokus : Menghasilkan Sebuah Topeng Yang Menarik

Objektif Modul : Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan topeng Haiwan yang menarik.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat :-

1) Menyatakan ciri-ciri fizikal sesuatu haiwan.

2) Mengecam pelbagai jenis haiwan mengikut rupa bentuk tertentu. 3) Menghias rupa bentuk haiwan yang telah dihasilkan dengan kreatif.

ABM : Gunting, kertas lakaran, Topeng, gam, getah bulat, bahan buangan. Yang dijual di kedai, Buku Sumber Pendidikan Seni Tahun 4, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni dan Maklumat Internet.

Prosedur :

1) Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

2) Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pemebelajaran. 3) Guru memulakan aktiviti dengan set induksi mendengar lagu haiwan dan murid

menamakan haiwan yang terdapat dalam lagu.

4) Guru menunjukkan topeng-topeng haiwan yang dibeli di kedai dan juga topeng hasil kerja tangan sendiri sambil bersoal jawab.

5) Guru menunjukkan cara dan membimbing murid dalam proses membuat topeng dari bahan buangan.

(9)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 9 6) Apreasiasi hasil kerja

KBKK : Mereka cipta, mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan Penerapan Nilai : Ketekunan, kesabaran, dan ketelitian

BUTIRAN KEGIATAN HASIL PEMBELAJARAN STRATEGI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi : ( 5 Minit )

Guru memperdengarkan lagu haiwan dan slaid gambar haiwan.

Guru mengendalikan sesi soal jawab.

- Namakan haiwan yang terdapat dalam lirik lagu. - Apakah ciri-ciri rupa

bentuk haiwan tersebut?

Langkah 1 ( 5 minit )

Meneroka pelbagai bahan atau teknik yang digunakan untuk membuat topeng.

Langkah 2 ( 20 minit )

Guru menunjukkan cara membuat topeng haiwan.

Aras 1

Murid mengetahui ciri-ciri rupa bentuk haiwan.

Murid menamakan haiwan yang terdapat dalam lirik lagu.

Murid menyatakan ciri-ciri rupa bentuk haiwan.

Aras 3

Murid memlih bahan atau teknik yang sesuai digunakan untuk membuat topeng.

Murid memberikan pandangan mereka tentang topeng yang dilihat dari segi bahan.

Murid melihat cara-cara membuat topeng.

Murid memilih lakaran

Teori Kecerdasan Pelbagai - Visual

- Verbal

Teori Kecerdasan Pelbagai - Verbal

- KBKK ( Kreatif )

Teori Kecerdasan Pelbagai - Verbal

KBKK ( Kreatif) Penerokaan

Teori Kecerdasan Pelbagai - Verbal

Kefahaman Menjana Idea

(10)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 10

Langkah 3 ( 25 Minit )

Guru membimbing murid menghasilkan topeng haiwan.

- Membuat lakaran topeng haiwan.

- Menggunting lakaran topeng haiwan. - Mewarna topeng dan

menghiasmenggunakan bahan buangan.

- Menebuk bahagian mata pada topeng.

- Mengikat topeng menggunakan getah bulat.

Sesi Apreasiasi dan Refleksi

( 10 minit ) Sesi Apreasiasi

Mempamerkan Hasil Kerja Membuat Refleksi Bagaimana penghasilan topeng haiwan dilakukan.

topeng yang diminati.

Murid mengetahui bahawa prinsip warna, bentuk dan imbangan penting dalam membuat topeng haiwan. Murid membuat topeng haiwan dengan Mewarna Menggunting Menampal Menebuk Mengikat

Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat.

Murid dapat menilai keupayaan diri sendiri.

Membanding beza Menilai

Menjana idea KBKK (kreatif )

Mereka cipta inovatif KBKK ( Kreatif )

KBKK – kritis Membanding beza Menganalisis

(11)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 11

5.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DAN KAITAN DENGAN PENGAJARAN

5.1 PERINGKAT RANGSANGAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian di atas, sesi induksi cuba untuk menerapkan peringkat rangsangan. Dimana pemikiran kreatif telah dirangsang melalui lagu yang telah diperdengarkan. Sewaktu murid mendengar lagu tersebut, secara tidak langsung pemikiran murid telah terangsang dengan perasaan ingin tahu. Melalui peringkat ini guru boleh membuat sesi soal jawab dengan murid berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras PENGETAHUAN seperti contoh :-

1. Namakan haiwan yang terdapat di dalam lagu tersebut ?

2. Pernahkah kamu melihat haiwan-haiwan tersebut dan nyatakan ciri-ciri rupa bentuknya ?

Strategi yang digunakan dalam set induksi ini ialah strategi penyoalan. Manakala kaedah yang digunakan pula ialah kaedah secara kelas.

5.2 PERINGKAT PENEROKAAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan, Dalam langkah 1 cuba untuk menerapkan peringkat penerokaan. Sewaktu murid- murid melihat contoh-contoh topeng yang dibuat daripada pelbagai bahan dan teknik murid juga perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.. Murid juga diberi peluang untuk memakai topeng-topeng tersebut. Melalui peringkat ini, murid perlu membuat penerokaan mengenai bahan dan teknik topeng yang dilihat dan digunakan. Guru membuat satu perbincangan dan sesi soal jawab dengan murid berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras ANALISIS seperti contoh :-

1. Nyatakan perbezaan topeng-topeng tersebut ?

2. Nyatakan bahan yang digunakan untuk membuat topeng-topeng tersebut ? 3. Nyatakan teknik yang digunakan untuk membuat topeng tersebut ?

Strategi yang digunakan dalam langkah 1 ialah strategi penyoalan . Manakala kaedah yang digunakan secara kelas dan individu.

(12)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 12 5.3 PERINGKAT PERANCANGAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan, guru cuba menerapkan peringkat perancangan di mana secara pemerhatian murid dapat melihat guru menunjukkan cara membuat topeng. Secara tidak langsung murid akan membuat perancangan untuk melakukan kerja tersebut melalui pemerhatian. Murid juga diberi peluang untuk memilih sendiri bahan atau teknik yang hendak digunakan untuk membuat topeng. Guru boleh membuat sesi soal jawab dengan murid berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras KEFAHAMAN seperti contoh :-

1. Nyatakan langkah-langkah untuk menghasilkan topeng ? 2. Terangkah bagaimanakah untuk membuat topeng ini?

5.4 PERINGKAT AKTIVITI

Berdasarkan Rancangan Pengajaran yang disediakan, Dalam langkah 3, cuba menerapkan peringkat aktiviti di mana murid perlu menghasilkan topeng secara individu menggunakan kreativiti sendiri. Murid juga boleh menjana idea berdasarkan contoh topeng yang dilihat Murid juga menggunakan kaedah cuba jaya untuk menghasilkan topeng tersebut. Semasa menghasilkan topeng tersebut guru boleh mengemukakan soalan kepada murid berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras SINTESIS seperti contoh:-

1. Bina sebuah topeng secara individu ?

2. Bagaimanakah untuk menghasilkan topeng yang lebih menarik ?

5.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan, sesi apreasiasi cuba untuk menerapkan peringkat kajian semula. Melalui sesi apreasiasi ini, ini murid-murid diberi peluang memberi pendapat mengenai hasil kerja sendiri dan juga rakan-rakan. Di samping menilai hasil kerja sendiri dan rakan, murid juga perlu memberi idea untuk membuat penambaikan hasil kerja tersebut. Sebagai refleksi murid diminta menceritakan semula bagaimana penghasilan topeng tersebut. Berdasarkan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras PENILAIAN seperti contoh :-

(13)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 13 1. Apakah pandangan anda tentang hasil kerja tersebut ?

2. Berikan cara untuk menjadikan topeng ini lebih menarik ?

6.0 ANALISIS 5 PERINGKAT KREATIVITI FISHER DENGAN PERKEMBANGAN

DIRI KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIAL, FIZIKAL DAN EMOSI.

6.1 PERINGKAT RANGSANGAN

Peringkat rangsangan ini juga dapat membantu murid berinteraksi secara aktif bagi menjelaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu yang ingin diketahui berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Guru merangsang minda pelajar melalui gambar, lirik lagu dan soalan-soalan yang dikemukakan.

Melalui hasil analisa yang dibuat ke atas pelajar tahun 4 dalam pengajaran dan pembelajaran seni jelas membuktikan bahawa pelajar-pelajar perlu dirangsang melalui pemerhatian dan menganalisa setiap lirik lagu tersebut. Dengan ini secara tidak langsung murid mempunyai daya ingin tahu yang tinggi melalui sesi soal jawab. Mereka bukan sahaja berani bahkan lebih sensitif dan peka kepada soalan-soalan yang diajukan. Melalui teori ini juga perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap kanak-kanak dapat dilihat secara perlahan-lahan.

(14)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 14 6.2 PERINGKAT PENEROKAAN

Melalui hasil analisa yang dibuat terhadap pelajar jelas membuktikan bahawa pelajar-pelajar perlu membuat penerokaan melalui pemerhatian. Mereka menggunakan deria yang dimiliki untuk mempelajari pendidikan seni visual. Secara tidak langsung pengalaman mereka seperti pernah melawat ke zoo dapat digunakan untuk menghasilkan topeng yang lebih menarik dan juga mudah berinteraksi dan menjawab soalan dengan lebih tepat dan jelas.

Mereka dapat menganalisa setiap topeng tersebut berdasarkan bahan yang digunakan. Secara tidak langsung mereka dapat membezakan dan meneroka bahan yang diperlukan untuk menghasilkan topeng menggunakan pengalaman mereka sendiri. Melalui teori ini juga perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap kanak-kanak dapat dilihat secara perlahan-lahan. Mereka juga berani mengeluarkan pendapat mengenai bahan topeng tersebut dan sentiasa peka dengan soalan-soalan yang diberikan.

Rajah : Topeng daripada pelbagai bahan 6.3 PERINGKAT PERANCANGAN

Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Bagi mengoptimumkan perkembangan secara berterusan guru perlu membuat perancangan untuk menjalankan aktiviti membuat topeng mengikut langkah-langkah yang tersusun agar senang difahami murid. Murid juga diberi pilihan untuk memilih sendiri tugasan yang hendak dibuat.

Perancangan yang baik melalui kaedah tunjuk cara yang diberi oleh guru dapat memberi kefahaman yang baik dari segi perkembangan emosi kanak-kanak. Melalui teori ini kanak-kanak

(15)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 15 berkeyakinan untuk melakukan tugasan yang diberi. Kanak-kanak juga berani untuk memberi idea dan menyiapkan tugasan dengan baik dan kreatif.

6.4 PERINGKAT AKTIVITI

Melalui aktiviti menghasilkan topeng, dapat meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Secara tidak langsung, jelas membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang diberi peluang membuat sesuatu yang diminati akan lebih tertarik dana berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang baik.Sememangnya menjadi sifat semulajadi kanak-kanak yang suka mencuba dan menghasilkan sesuatu yang diminati.. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak.

Melalui teori ini juga perkembangan kreativiti individu setiap kanak-kanak dapat dilihat hasil daripada kerja seni yang dilakukan. Tugasan yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid dan meningkatkan motivasi kanak-kanak.

6.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Sesi Apreasiasi seni dan refleksi jelas membuktikan bahawa pelajar-pelajar juga mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan idea dan mengkritik sesuatu dengan ikhlas dan jujur. Dengan ini secara tidak langsung pelajar dapat melahirkan pendapat dan cuba untuk memperbaiki setiap kelemahan. Melalui teori ini pelajar bukan sahaja berani bahkan lebih kreatif untuk memberi idea-idea yang baru dan teliti untuk menyiapkan sesuatu hasil.

Rajah : Murid mempamerkan hasil kerja.

(16)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 16 7.0 KAITAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DENGAN PERKEMBANGAN KREATIVITI

SEPERTI KEASLIAN, KELANCARAN, KEANJALAN DAN KEPEKAAN.

7.1 PERINGKAT RANGSANGAN

Guru merangsang pelajar dengan memperdengarkan lagu haiwan dan mengadakan sesi soaljawab dua hala. Melalui analisa yang dibuat seramai 30 orang murid boleh menjawab soalan tersebut dan 2 orang murid masih malu untuk mencuba menjawab. Mengikut teori Fisher peringkat rangsangan ini, murid-murid akan menjawab lebih lancar dan teliti.

7.2 PERINGKAT PENEROKAAN

Guru menggunakan topeng yang terdiri daripada pelbagai bahan untuk proses penerokaan minda pelajar. Di samping itu, sesi soal jawab dua hala turut dijalankan. Melalui analisa yang dibuat seramai 28 orang murid boleh menjawab soalan dan memberi pendapat. Manakala 4 orang murid masih tidak berani untuk mencuba menjawab. Mengikut teori Fisher peringkat penerokaan ini, murid-murid boleh menjawab dengan lancar dan tepat hasil daripada pemerhatian dan penerokaan yang telah dilakukan pada topeng tersebut.

7.3 PERINGKAT PERANCANGAN

Perancangan untuk menghasilkan topeng disusun dengan baik oleh guru. Melalui analisa yang dibuat 32 orang murid dapat Menyusun langkah-langkah kerja dengan baik. Melalui teori ini pelajar mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Pelajar yang kreatif mampu mencari idea baru dan asli untuk menghasilkan sesuatu kerja.

7.4 PERINGKAT AKTIVITI

Guru membimbing murid menghasilkan topeng dan murid boleh menggunakan idea sendiri untuk menjadikan topeng lebih menarik. Melalui teori ini di pelajar dapat mempamerkan semangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan topeng tersebut. Murid menggunakan deria pancainderanya seperti melihat, merasa, mendengar, dan sentuhan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik dan kreatif.

(17)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 17 7.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Guru memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan kerja masing-masing dan memberi pendapat mengenai hasil kerja tersebut. Melalui analisa yang dibuat 30 orang murid berani untuk memberi idea dan komen pada hasil rakan. Mengikut teori Fishjer peringkat kajian semula pelajar-pelajarberfikiran terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain. Mereka juga boleh memberi cadangan dan pendapat yang bernas untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teori Fisher ini membantu perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak secara individu atau pun kumpulan. Ia bukan sahaja merangsang pemikiran kanak-kanak-kanak-kanak malah membantu kanak-kanak meneroka ke arah yang lebih positif dan kreatif. Teori ini juga mampu mencorakkan situasi pembelajarn yang lebih ceria dan berkesan. Pelajar-pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Ia juga mampu melahirkan pelajar yang lebih berani dan berkeyakinan di samping bebas melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu kerja yang baik dan bermutu. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Guru merupakan golongan yang paling penting untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai individu yang kreatif. Melalui teori ini guru perlu murid-murid perlu diberi ruang dan peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah serta belajar mengikut kadar kemampuan sendiri melalui kaitan yang relevan dengan pengalaman sedia ada. Aktiviti yang dirancang perlu bersifat mencabar, menarik serta diperkukuhkan dengan bahan sokongan yang sesuai. Bertitik tolak atas rasional ini, berdasarkan teori Fisher kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama rata untuk memperkembangkan potensi diri melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancang.

(18)

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 18

RUJUKAN

Kathleen Chee (2012). Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd: Bangi, Selangor.

Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011). HBAE1203 Perkembangan seni Kanak-Kanak. Meteor Doc. Sdn. Bhd.: Seri Kembangan, Selangor.

Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail (2010). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Meteor Doc. Sdn. Bhd: Seri Kembangan, Selangor.

http://akses.skseriampang.net/HSP/11_Pendidikan_Seni/hsp_pseni_y3.pdf

http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam-kehidupan-sosial-masyarakat/

Referensi

Dokumen terkait

Para akuntan juga sekaligus melakukan rekapitulasi rekening koran dari berbagai rekening penerimaan zakat dalam hal ini ada beberapa bank yang digunakan oleh

menggunakan Problem Based Learning dapat menarik perhatian siswa sehingga mereka aktif dalam proses pembelajaran dan dapat meningkatkan kemampuan menyelesaikan soal

Puji syukur kepada Tuhan, karena atas berkat dan rahmat- Nya, penulis dapat menyelesaikan Makalah Skripsi pada semester genap 2012/2013 ini, dengan judul “Pengaruh

Klasifikasi Kemampuan Lahan dilakukan dengan Metode Pengharkatan (Scorring) berdasarkan Satuan Lahan yang ada di DTA Danau Toba.Dilakukan pengharkatan faktor-faktor

Berdasarkan kajian tersebut, representative person yang mewakili kelompok kritis masyarakat sekitar KNS adalah orang dewasa yang tinggal dan bekerja di kantor di dekat

Suatu sektor dikatakan mempunyai daya penyebaran yang tinggi jika pertumbuhan sektor-sektor tersebut mempengaruhi sektor-sektor lainnya, sehingga dapat pula

Budidaya eceng gondok dapat memberi beberapa manfaat, yaitu: (1) dapat menyerap kandungan logam Pb dan Cd; (2) sebagai bahan biogas untuk menghasilkan 3.425 MW

Berkaitan dengan data kinetika adsorpsi, pada adsorben komposit ampas sagu-kaolin memungkinkan memiliki kapasitas adsorpsi maksimum yang lebih besar karena pada