• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia. Penggunaan vape telah menjadi norma terkini di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia. Penggunaan vape telah menjadi norma terkini di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia Abstrak

Penggunaan vape telah menjadi norma terkini di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik punca, kesan dan cadangan yang berkesan untuk menyedarkan dan membantu masyarakat supaya menangani masalah yang disebabkan oleh kemunculan vape. Isu ini juga dibincangkan dan dihubungkaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara.

Pendahuluan

Pada zaman globalisasi yang mementingkan arus kemajuan dan perkembangan teknologi ini, negara- negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia berlumba-lumba mencapai kecanggihan dalam segenap aspek untuk membangunkan negara sendiri supaya mampu bersaing dengan negara lain. Kecanggihan teknologi tersebut telah berjaya mendorong kemunculan alat-alat inovatif yang dicipta untuk menyenangkan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pihak menyalahgunakan teknologi yang serba maju ini untuk mencipta barang-barang yang akan memudaratkan kesihatan orang demi manfaat dan keuntungan mereka sendiri. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan bahawa permintaan terhadap barang tersebut agak tinggi dalam pasaran seperti rokok elektronik atau vape. Rokok elektronik bermaksud alat yang menyalurkan aerosol atau wap hasil dari pemanasan suatu cecair untuk dihisap oleh pengguna dengan menggunakan kuasa elektronik.

(Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 2016) Vape ialah sebuah inovasi dari bentuk konvensional menjadi rokok moden. (MOHAMED et al., 2017) Terdapat pelbagai jenis model vape telah dijual atas talian melalui aplikasi Shopee dan Lazada seperti bentuk USB, pen, pemetik api dan sebagainya. Harga vape ditentukan mengikut model yang dipilih, antara harga yang paling murah hanya memerlukan RM 9 manakala harga yang paling mahal pula bernilai

(2)

RM300 dan ke atas. Hal ini bermakna sesiapa pun boleh menanggung harga vape dan membelinya mengikut kemampuan masing-masing. Keadaan ini telah mengakibatkan isu penggunaan vape makin hari makin menular secara berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengguna rokok elektronik terdiri daripada pelbagai latar belakang umur, pendapatan, status sosial dan pendidikan di Malaysia. (MOHAMED et al., 2017) Jika menyelusuri dan meninjau isu ini dengan mendalam, kami boleh mendapati bahawa isu penggunaan vape telah menjadi topik perbualan yang hangat di khalayak ramai dan juga sebagai liputan berita di media massa.

Hal ini disebabkan kerana peningkatan populariti rokok elektronik bukan sahaja melibatkan orang yang lebih berusia, tetapi juga anak muda. (Tarmizi, 2020) Oleh itu, kita harus mengesan punca-punca yang mengakibatkan isu penggunaan vape terus menular dengan segera serta mencari cara penyelesaian dan strategi yang efektif dan efisien untuk mengatasi masalah ini agar mengekalkan kedamaian dan kemakmuran negara kita.

Perbincangan

Penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi isu utama yang dibincangkan dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana isu semasa ini telah menjadi trend dan juga diterima oleh rakyat Malaysia. Namun begitu, keadaan ini berlaku telah mendatangkan impak yang negatif kepada individu, maysarakat dan negara kerana kurang penghayatan rakyat terhadap falsafah dan secara langsung mengakibatkan rakyat tidak mampu berfikir mengikut cara yang betul. Jadi, isu ini perlu dikaji berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mencapai keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Punca

(3)

Antara punca-punca berlakunya isu penggunaan vape adalah keinginan untuk berhenti merokok. Banyak perokok beranggapan bahawa rokok elektronik boleh membantu mereka untuk berhenti merokok kerana mereka menganggap vape tidak mempunyai kandungan nikotin dan bahan kimia yang tinggi berbanding dengan rokok yang sebenarnya. Justeru, perokok yang berniat untuk berhenti merokok mengaplikasikan inisiatif dengan menggunakan vape sebagai pengganti rokok supaya amalan merokok mereka boleh dikuasai dan dikurangkan secara berkesan. Kekurangan informasi terhadap vape juga menyebabkan pengguna vape yakin bahawa rokok elektronik tidak akan membahayakan kesihatan mereka dan jika elemen bahaya yang wujud dalam vape pula mempunyai tahap kebahayaan yang rendah terhadap badan mereka. Fikiran mereka demikian telah menyumbang kepada penambahan penggunaan vape dalam kalangan masyarakat.

Punca yang seterusnya ialah pengaruh media sosial. Media sosial berperanan sebagai alat berkomunikasi yang digunakan oleh pengguna atas talian untuk berkongsi pandangan dan mencipta isi kandungan sendiri. Perkembangan media sosial akan dijalankan pengubahsuaian dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan kemahuan pengguna. Antara fungsinya yang disukai oleh para pengguna adalah media sosial boleh memaparkan informasi mengikut minat pengguna. Sekiranya pengguna media sosial berminat dengan rokok , hal-hal yang berkaitan dan akan sentiasa dipaparkan dalam media sosial mereka. Apabila pengiklanan terhadap rokok elektronik selalu diwujudkan dalam media sosial mereka, lama-kelamaan perokok akan dipengaruhi untuk membeli rokok elektronik. Selain itu, generasi muda juga suka berkongsi pengalaman sendiri melalui gambar dan rakaman video dalam media sosial.

Segelintir pengguna vape yang muda akan memaparkan gambar mereka yang sedang menghisap rokok elektronik demi menunjukkan kehebatan dan kekacakan mereka. Hal ini mengakibatkan rakan-rakan mereka dalam media sosial yang tidak menggunakan vape dan

(4)

tidak berfikiran matang akan memuja pengguna vape dan ingin mencontohi tingkah laku mereka. Oleh itu, pengaruh media sosial manjadi salah satu punca kepada penggunaan vape.

Tambahan pula, punca yang mengakibatkan isu penggunaan vape ialah rasa ingin tahu.

Rasa ingin tahu merupakan sesuatu perangai yang membolehkan manusia mengenali dan memperlajari semua benda yang wujud di kawasan sekelilingi. Perangai ini telah berjaya membawa kemajuan, kemakmuran dan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Jika ditinjau dari perspektif yang lain, setiap perkara yang mendatangkan manfaat juga akan membawa kesan negatif. Para pengguna vape mengakui bahawa mereka mula menyentuhi rokok elektronik disebabkan rasa ingin tahu apabila mereka mengetahui rokok elektronik melalui laman web dan media sosial. Mereka tertarik dengan kewujudan vape yang mempunyai berbagai-bagai perisa, wap yang dikeluarkan berbau wangi, reka bentuk yang menarik dan ringan serta mesra pengguna. Sementara itu, kenyataan yang mengelirukan dan paling menggalakkan percubaan mereka adalah vape tidak atau kurang menjejaskan kesihatan badan.

Lantaran itu, keberanian pengguna untuk mencuba vape sekali telah menjadi pencetus ketagihan mereka terhadapnya. Hal ini menunjukkan rasa ingin tahu seseorang telah mengakibatkan dirinya terjebak dalam isu penggunaan rokok elektronik.

Kesan

Antara kesan-kesan yang akan dialami oleh individu yang menggunakan vape ialah menjejaskan kesihatan. Walaupun penjual vape mengatakan bahawa kandungan dalam vape tidak mempunyai bahan-bahan kimia yang berbahaya, namun banyak kajian saintifik telah membuktikan bahan-bahan yang berada dalam rokok elektronik akan memudaratkan kesihatan pengguna seperti nikotin, propilin glikol, gliserin, bahan perasa dan logam berat. Nikotin merupakan komponen kimia yang terutama dalam vape. Berdasarkan pembuat rokok

(5)

elektronik, satu vape mungkin mangandungi kuantiti nikotin yang bersamaan dengan sebanyak 20 batang rokok biasa. (Almeida-da-Silva et al., 2020) Pengguna akan mengalami ketagihan terhadap rokok elektronik disebabkan elemen nikotin. Di samping itu, nikotin juga boleh menyebabkan sawan dan kegagalan pernafasan sekiranya digunakan dalam dos yang lebih tinggi. (Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 2016) Bagi pengguna remaja, penyerapan nikotin yang terlalu tinggi juga akan membawa impak negatif kepada otak yang masih menjalani proses perkembangan dan kematangan. (Singh et al., 2020) Oleh itu, pengguna vape akan menghadapi masalah kesihatan apabila mereka menghisap rokok elektronik dalam jangka masa yang lama.

Kemudian, kesan negatif yang akan dibawa kepada keluarga pengguna rokok elektronik adalah mengancam kesihatan keluarga. Hal ini boleh ditunjukkan tatkala pengguna vape menghisap asap dari cecair yang diproseskan oleh peranti lalu mengeluarkan wap yang berbau wangi mengikut bahan perisa seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya. Asap yang dihembus keluar daripada pengguna rokok elektronik juga dikenali sebagai ‘second-hand smoke’ atau asap yang terpakai akan terhisap oleh ahli keluarga mereka yang tidak menghisap rokok elektronik. Pengetahuan umum yang kita sedia maklumkan bahawa asap yang terpakai akan membawa kemudaratan kepada kesihatan secara keseluruhan yang lebih serius berbanding dengan pengguna vape. Sebagai tamsilannya, mereka yang menghisap asap terpakai dalam jangka masa yang panjang akan mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung, jangkitan pernafasan, asma, barah paru-paru serta kematian. (Almeida-da-Silva et al., 2020) Bagi keluarga, kesan penggunaan vape yang seterusnya adalah mempengaruhi ahli keluarga yang muda supaya mengikuti tingkah laku pengguna yang menghisap rokok elektronik. Hal ini demikian kerana anak- anak atau adik-beradik yang muda akan mencontohi segala tindakan orang dewasa dalam sesuatu keluarga tidak mengira perkara itu betul atau sebaliknya. Perangai tersebut akan mengakibatkan mereka terjebak dalam isu penggunaan vape

(6)

sejak kecil lagi jika tidak mendapatkan ajaran dan bimbingan yang betul daripada ibu bapa.

Kadangkala, pengguna vape berperanan sebagai abang atau kakak yang tidak bertanggungjawab akan memujuk adik mereka supaya menghisap rokok elektronik bersama mereka dengan memberi percubaan kepada adik-adik. Keadaan yang memalukan dan membimbangkan masyarakat ini biasanya berlaku di sekeliling tanpa kesedaran kita.

Selain itu, jika isu penggunaan vape dikaji secara terperinci juga mendatangkan impak yang negatif kepada masyarakat. Impak yang perlu diperhatikan ialah peningkatan pengguna rokok secara tidak langsung melalui penggunaan rokok elektronik. Kajian yang dijalankan oleh (Singh et al., 2020) telah menunjukkan bahawa penggunaan terhadap rokok elektronik boleh berperanan sebagai pintu masuk kepada amalan penggunaan rokok atau bahan yang lain. Hal ini disebabkan bahawa pengguna vape yang telah tagih terhadap nikotin secara lama-kelamaan akan merasa kandungan nikotin dalam vape tidak dapat memenuhi keperluan mereka lalu mereka akan mencari alternatif dengan bermula merokok untuk memuaskan ketagihan mereka.

Justeru, bilangan pengguna rokok akan bertambah dalam kalangan masyarakat. Selanjutnya, kesan negatif menyumbang kepada masyarakat adalah tahap kesihatan masyarakat menurun.

Tahap kesihatan masyarakat hanya boleh terjamin sekiranya semua lapisan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Namun, peningkatan penggunaan rokok elektronik bukan sahaja memudaratkan kesihatan mereka sendiri, malahan juga mempengaruhi kesihatan masyarakat terjejas kerana asap yang dihembus keluar oleh pengguna vape akan disebarkan ke kawasan sekelilingi apatah lagi kuantiti pengguna vape makin hari makin meningkat.

Daripada perspektif yang lain, kesan-kesan buruk yang tidak dapat dinafikan bagi negara adalah mengancam keselamatan dan keamanan negara. Oleh demikian kerana pengguna vape akan sanggup mambazirkan duit atau gaji mereka untuk membeli peranti dan cecair berdasarkan kegemaran mereka tidak mengira nilai harga vape tersebut. Sebagai contohnya, pengguna vape akan mencari jalan singkat dan pantas untuk menangani masalah kewangan

(7)

yang dihadapi bawah pengaruh ketagihan dengan melakukan kegiatan jenayah seperti pencurian, perompakan, penculikan dan sebagainya. Tambahan pula, pengguna vape juga mengalami risiko yang tinggi dengan menghisap dadah. Laporan akhbar mengatakan sejenis cairan rokok elektronik yang dijual di Malaysia terbukti mengandung ganja. (Indriani, 2015) Kadangkala, mereka yang tidak sedar bahawa cecair yang dibeli oleh mereka mengandungi elemen dadah. Walaupun mereka mendapati keadaan sebenar, masa itu pun sudah lewat kerana dadah merupakan sesuatu yang leceh jika sekali menyentuh, susah untuk melarikan diri daripadanya. Orang yang menghisap dadah sanggup melakukan apa-apa perihal yang jahat hingga tahap yang boleh menjejaskan keselamatan negara tanpa kesedaran mereka yang jelas.

Lantaran itu, imej dan kedaulatan negara akan turut terjejas apabila masalah sosial sampingan yang dilahirkan daripada isu penggunaan rokok elektronik tidak diatasi dengan segera.

Cadangan Cara Menangani Isu

Pihak kerajaan memainkan peranan yang mustahak untuk mengatasi isu penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan boleh menggubal undang-undang terhadap vape di Malaysia seperti menetapkan umur penggunaan rokok elektronik yang sah adalah 21 tahun untuk mengharamkan remaja daripada terjebak dalam isu penggunaan vape kerana fikiran mereka belum matang dan tidak boleh menanggung akibat yang dibawa oleh rokok elektronik. Seterusnya, kerajaan perlu senantiasa memantau kualiti rokok elektronik yang dihasilkan selaras dengan piawaian yang ditetapkan agar tidak membahayakan kesihatan rakyat malaysia. Cara yang berkesan juga boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah menaikkan kutipan cukai terhadap vape. Hal ini boleh mengurangkan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan rakyat kerana mereka tidak berupaya untuk membeli vape yang berharga tinggi dalam jangka masa yang panjang. Kalau segelintir rakyat masih berkemampuan dengan berbelanja

(8)

vape, kerajaan pun boleh memanfaatkan keuntungan yang dikenakan daripada cukai tersebut untuk menyokong pemantauan pihak berkuasa terhadap kegiatan jenayah di negara kita demi menwujudkan sebuah negara yang aman damai.

Antara langkah yang efektif untuk mengatasi isu ini adalah mengadakan kempen kesedaran terhadap rokok elektronik kepada khalayak ramai. Kempen tersebut perlu selalu dilaksanakan di seluruh negara untuk menyebarkan informasi terhadap vape kepada rakyat supaya mereka sedar bahawa rokok elektronik merupakan sesuatu yang akan membahayakan kesihatan mereka sendiri dan juga ahli keluarga. Justeru, mereka boleh mengelakkan diri daripada penggunaan vape setelah memahami keburukan dan impak yang akan dihadapi oleh mereka. Tambahan pula, kempen kesedaran juga perlu mangajar cara betul yang dapat dipraktikkan oleh orang awam apabila menemui situasi yang diajak oleh pengguna vape atau orang yang melanggar peraturan terhadap penggunaan rokok elektronik. Sebagai contoh, mereka boleh segera menghubungi pihak berkuasa dengan memberi maklumat yang tepat supaya pelanggar undang-undang dapat insaf akan kesalahan mereka. Kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa amat penting dan berkesan untuk membendung isu penggunaan vape. Selanjutnya, salah satu cara yang sepatutnya diaplikasikan untuk menangani isu ini adalah menyiarkan informasi terhadap rokok elektronik melalui media massa seperti televisyen, radio, media sosial dan lain-lain lagi. Melalui cara ini, kesedaran masyarakat dapat ditanam dan dikuatkan dalam fikiran dan jiwa mereka dengan efektif dan efisien. Maka, isu penggunaan vape boleh ditangani dengan lebih mudah sekiranya pengurangan terhadap penggunaan rokok elektronik berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di samping itu, cara yang dicadangkan untuk menangani isu penggunaan vape adalah melalui peranan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, kita perlu menunjukkan suri teladan kepada anak- anak dengan mengelakkan diri daripada penggunaan vape. Selain menjadi contoh kepada anak, ibu bapa harus mendidik dan membimbing mereka sejak kecil lagi agar amalan gaya hidup

(9)

mereka yang sihat dipupuk dan menghindari diri daripada segala kegiatan yang negatif. Ibu bapa juga hendaklah melengkapi sendiri dengan ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan rokok elektronik serta mengetahui kesan buruk jika seseorang anak menghisap vape. (Singh et al., 2020) Dengan ini, ibu bapa mampu memberitahu anak-anak mengenai rokok elektronik terlebih dahulu dengan menasihati mereka agar menjauhkan diri sekiranya berdepan dengan pengguna vape. Antara punca yang menyebabkan remaja terjebak dalam isu penggunaan vape adalah ingin memperolehi perhatian atau kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Lantaran itu, walaubagaimanapun ibu bapa sibuk dengan kerja masing-masing, mereka juga perlu menghulurkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak serta prihatin terhadap kehidupan seharian mereka dengan menggunakan masa yang terluang untuk menemani anak- anak. Oleh itu, isu penggunaan vape dalam kalangan rakyat khususnya remaja dapat diatasi dengan berkesan.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, isu penggunaan vape telah mengakibatkan kesan yang negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, semua pihak perlu berganding bahu untuk mengatasi isu penggunaan vape yang berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patutlah berpegang teguh kepada Rukun Negara dan menjadi seorang insan yang holistik dan bersepadu untuk mengelakkan diri dari kegiatan negatif dan menyumbang kepada negara demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

(10)

Reference

Almeida-da-Silva, C. L. C., Matshik Dakafay, H., O’Brien, K., Montierth, D., Xiao, N., &

Ojcius, D. M. (2020). Effects of electronic cigarette aerosol exposure on oral and systemic health. Biomedical Journal, xxxx. https://doi.org/10.1016/j.bj.2020.07.003

Indriani, R. (2015). Rokok Elektronik Mengandung Ganja Ditemukan di Malaysia.

https://www.suara.com/health/2015/11/17/091034/rokok-elektronik-mengandung-ganja- ditemukan-di-malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2016). Taklimat dan penjelasan isu rokok elektronik dan vape. Muzakarah Pakar Isu Kesihatan : Vape.

MOHAMED, M. N., MARICAN, S., ABDUL RAHMAN, A., MD REJAB, Z., OTHMAN, M. H., ISHAK, N. A., KASA, M. D., MOHD RAZALI, M. S., SHAHADAN, A., MEGAT AHMAD, P. H., HUSSAIN, H., & ADEN, E. (2017). Profail Pengguna, Amalan dan Kesan Menghisap Vape di Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial.

https://doi.org/10.32890/jps.20.2017.11539

Singh, S., Windle, S. B., Filion, K. B., Thombs, B. D., O’Loughlin, J. L., Grad, R., &

Eisenberg, M. J. (2020). E-cigarettes and youth: Patterns of use, potential harms, and recommendations. Preventive Medicine, 133(January), 106009.

https://doi.org/10.1016/j.ypmed.2020.106009

Tarmizi, A. (2020). Vaping sudah jadi normal baharu.

https://www.sinarharian.com.my/article/99462/ANALISIS-SEMASA/Vaping-sudah- jadi-normal-baharu

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan dari hasil penelitian ini dapat disimpulkan bahwa terdapat hubungan yang positif antara ketergantungan emosional dengan romantic jealous pada pasangan

Tiga ciri-ciri pembelajaran kolaboratif yang ditekankan dalam persekitaran pembelajaran ini adalah yang telah dicadangkan oleh Kirschner (2001) iaitu: pelajar

Dari uraian diatas nampak bahwa fungsi pengawasan adalah kegiatan yang dilakukan untuk memastikan bahwa pekerjaan telah dilakukan untuk memastikan bahwa pekerjaan

peranan secara normatif yakni melakukan penyelidikan dan penyidikan tentang tindak pidana narkotika, antara lain: (a) Undang-Undang Nomor 35 Tahun 2009 tentang

Että se vaikka on vain kerran käynyt siellä Karjalassa itse niin tavallaan se Karjala on ollut minulle pitkään sellainen tuttu paikka, että oli hassu mennä sinne, kun meni

dofota-fotahi baindo, mina nahumunda desumbele manu suamindo, kalau mereka lakukan itu maka nantinya bayi akan menyerupai itu juga, dan itu sudah ada yang

Berdasarkan tabel 3 di atas bahwa hasil analisis uji Spearman dengan tingkat kesalahan 5% didapatkan faktor usia dengan nilai p = 0,856 (p > 0,05)