• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Dewasa ini, penggunaan kenderaan terutama kereta di kalangan masyarakat Malaysia sangat meluas. Setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kereta.

Penggunaan kereta memudahkan perjalanan masyarakat untuk ke destinasi yang dituju seperti tempat kerja dan bercuti. Masyarakat menggunakan kereta kerana kereta lebih selesa berbanding motosikal. Selain itu, masyarakat juga dapat melindungi diri mereka daripada cuaca yang tidak menentu.

Masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat adalah tayar yang berat menyukarkan masyakat untuk mengangkat tayar. Selain itu, mengangkat tayar yang berat juga boleh menyebabkan sakit belakang. Seterusnya, memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk mengangkat tayar yang berat di bengkel.

Projek ini bermula dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi. Seterusnya, kajian mengenai Tire Dolly yang telah sedia ada. Selepas itu, proses merekabentuk berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. Setelah rekabentuk selesai dibuat, proses analisis ramalan kemampuan alat tersebut dijalankan berdasarkan perbandingan dengan alat yang sedia ada di pasaran. Akhir sekali, projek ini dapat membantu masyarakat mengangkat tayar dengan lebih mudah dan selamat.

(2)

2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada masa kini, sistem pengangkat menjadi kemudahan terpenting bagi manusia. Selain itu, terdapat banyak jenis sistem pengangkat di pasaran seperti troli dan sebagainya. Ciptaan sistem pengangkat adalah untuk menggantikan tenaga manusia manusia untuk melakukan kerja.

Seterusnya, sistem pengangkat juga boleh mengangkat pelbagai jenis beban dan mudah digunakan di mana-mana tempat atau kawasan. Di industri juga,

penggunaan sistem pengangkat amat penting. Sistem pengangkat ini juga sering digunakan oleh para perkerja untuk mengangkat tayar di mana memudahkan lagi kerja-kerja pemasangan tayar.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Proses mengenal pasti masalah telah dilakukan terlebih dahulu. Ini bertujuan bagi memastikan segala masalah yang ada pada Tire Dolly dapat di reka bentukkan semula menjadi lebih baik. Kriteria yang diperlukan pada projek yang akan

dilaksanakan ini adalah berdasarkan pada penyataan masalah berikut :

1.3.1 Tenaga Kerja

Proses mengangkat tayar memerlukan tenaga kerja yang ramai kerana tayar yang agak berat. Selain itu, memudahkan pengguna wanita untuk menukar tayar ketika berlaku kecemasan.

(3)

3 1.3.2 Kesihatan

Kerja-kerja mengangkat tayar boleh menyebabkan sakit belakang. Hal ini kerana struktur badan yang tidak betul ketika mengangkat tayar yang berat sekaligus akan menjejaskan kesihatan sekiranya dilakukan secara berterusan.

1.3.3 Ruang Simpanan

Kebanyakan Tire Dolly yang sedia ada memerlukan ruang simpanan yang banyak di dalam kereta. Oleh itu, pengangkat tayar direka bentuk khas supaya mudah untuk disimpan dan memerlukan ruang simpanan yang sedikit sahaja.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Projek ini dihasilkan untuk membantu mengangkat tayar dengan mudah. Di samping itu, dengan adanya produk ini masalah mengangkat tayar dapat dikurangkan.

Berikut adalah objektif daripada produk yang dilakukan:

a.) Mereka bentuk Tire Dolly agar dapat mengangkat tayar kenderaan dengan saiz tertentu.

b.) Membina Tire Dolly untuk memudahkan kerja mengangkat tayar, menjimatkan tenaga kerja dan masa.

c.) Menguji keberkesanan Tire Dolly sebagai sistem mengangkat tayar.

(4)

4

1.5 SKOP KAJIAN

Tumpuan kajian adalah mengkaji tahap keberkesanan Tire Dolly yang dibina untuk mengangkat tayar. Selain itu, mereka bentuk Tire Dolly yang boleh mengangkat tayar dengan lebih mudah. Tire Dolly ini juga hanya mampu mengangkat tayar yang bersaiz 13”-18” dan berat maksimum 15 kg. Seterusnya, Tire Dolly ini mampu dibawa kemana-mana kerana reka cipta khas yang sesuai untuk disimpan di dalam kereta.

1.6 KESIMPULAN

Dari huraian latar belakang di atas, dapat dirumuskan permasalahan yang dihadapi dalam perancangan merekecipta sebuat alat yang dinamakan Tire Dolly.

Tujuan rekabentuk kajian ini adalah untuk merancang dan merekabentuk alat ini adalah untuk memudahkan para pengguna untuk mengangkat tayar dengan lebih mudah lagi.

Selain itu, mengelakkan berlaku kemalangan yang tidak diinginkan seperti risiko kecederaan dan mengurangkan tenaga pekerja yang ramai. Seterusnya, dapat menjimatkan masa untuk mengangkat dan menukar tayar kenderaan terutama kereta.

(5)

5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Tire Dolly adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengangkat tayar semasa proses penukaran tayar. Alat ini biasanya digunakan di dalam bengkel kereta atau kedai tayar kereta. Jenis pengangkat tayar ini mempunyai dua bahagian iaitu pemegang untuk mengawal dan bahagian meletakkan tayar.

Antara ciri-ciri Tire Dolly :

1. Mempunyai roller yang mampu menyelaraskan tayar

2. Sesuai untuk tayar bersaiz 13”-18” dan berat maksimum 15kg 3. Mempunyai roda di bahagian hadapan

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Sebelum adanya alat Pengangkat Tayar, hasil kajian yang kami dapati ialah pekerja dibengkel mengangkat tayar dengan hanya menggunakan kedua-dua belah tangan. Aktiviti ini sangat menggunakan tenaga yang agak banyak bagi mengangkat tayar yang berat dan boleh mengundang kepada risiko sakit belakang. Sekiranya tayar terlepas atau terjatuh, risiko kemalangan dan kecederaan akan berlaku.

(6)

6

2.3 KONSEP

Pada zaman sekarang, pelbagai peralatan di bengkel digunakan untuk mengangkat barang-barang berat seperti enjin, gearbox dan sebagainya. Alatan mengangkat ini digunakan agar dapat menjimat masa dan membantu memudahkan kerja. Tire Dolly juga direka khas untuk kegunaan pengguna-pengguna wanta. Hal ini kerana, Tire Dolly boleh disimpan di dalam kereta dan hanya memerlukan ruang yang sedikit sahaja.

Tire Dolly ini memudahkan kerja mengangkat tayar dan mengelakkan risiko kecederan atau kemalangan. Tire Dolly ini direka daripada bahan dan hampir keseluruhan daripada besi. Roller digunakan untuk menyelaraskan tayar.

2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKA BENTUK SEDIA ADA

Gambar rajah 2.4.1 dibawah menunjukkan Truck Wheel Dolly. Antara kelemahan Truck Wheel Dolly ialah pengunaannya hanya terhad untuk kegunaan bengkel sahaja dan hanya sesuai untuk tayar yang besar sahaja. Alat ini juga bagi meringankan pekerjaan mekanik atau pengguna ketika di bengkel. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan masa pada saat memindahkan tayar dari satu tempat ke tempat lain.

Rajah 2.4.1 Truck Wheel Dolly

(7)

7 RAJAH 2.4.2 : Wheel Dolly

Rajah 2.4.2 ini membantu mengangkut tayar dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam operasi penukaran tayar kereta. Memiliki struktur bahan besi mild steel yang lebih tebal dan memiliki daya tahan beban yang sangat baik. Penggunaan alat ini dapat dilakukan hanya di bengkel kereta dan tidak boleh disimpan di dalam kereta kerana mempunyai saiz yang besar. Alat ini juga boleh dilaras mengikut saiz tayar yang diingini.

RAJAH 2.4.3 : Tire Cart

Rajah 2.4.3 merupakan Tire Cart yang berfungsi untuk mengangkat tayar dalam kuantiti yang banyak.Ia juga diperbuat daripada besi tahan karat. Dengan adanya Tire Cart kerja-kerja mengangkut tayar dalam yg kuantiti banyak dapat dikurangkan. Alat ini mempunyai struktur yang kukuh dan mampu menampung sehingga 3 buah tayar bersama rim serta mampu menahan beban sehingga 240kg.

Ianya sangat sesuai untuk kegunaan bengkel.

(8)

8

2.5 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

1. Bearing

- Sebanyak 4 bearing digunakan untuk diletakkan pada bahagian roller.

Rajah 2.5.1: Bearing

2. Roda

- 2 biji roda diletakkan di hadapan Tire Dolly bagi memudahkan pergerakan.

Rajah 2.5.2 : Roda

3. Plat Besi

- Digunakan pada bahgian roller

Rajah 2.5.3 : Plat Besi

(9)

9 4. Besi Hollow

- Besi Hollow adalah besi yang mempunyai bentuk kotak yang sering digunakan di berbagai bangunan. Besi hollow digunakan untuk membuat bahagian badan Tire Dolly.

Rajah 2.5.4 : Besi Hollow

5. Mild Steel

- Mild Steel digunakan sebagai roller. Material adalah besi.

Rajah 2.5.5 : Mild Steel

6. Bold dan Nut

- Bolt dan nut digunakan untuk mengikat besi-besi yang ada pada setiap bahagian Tire Dolly.

Rajah 2.5.6 : Bolt dan Nut

(10)

10

2.6 KESIMPULAN

Kajian spesifikasi reka bentuk dipasaran dan kajian komponen yang akan digunakan dalam menentukan bahan yang akan digunakan bagi membina Tire Dolly manakala kajian yang lepas juga adalah untuk mendapatkan konsep rekabentuk yang sesuai untuk semua golongan samada di dalam mahupun diluar bengkel .

Akhir sekali, adalah kajian mengenai spesifikasi reka bentuk dipasaran. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsep yang terbaik setelah mengumpulkan

beberapa contoh reka bentuk yang terdapat di pasaran. Setelah mengumpulkan beberapa contoh rekabentuk, proses seterusnya adalah menaiktaraf atau membuat pengubahsuaian agar sepadan dengan konsep gerak kerja dan memudahkan pengguna semasa mengendalikannya.

(11)

11

BAB 3 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merujuk kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab pemasalahan kajian. Sesetengah kajian mungkin memerlukan perbincangan lebih terperinci berkaitan rekabentuk dan instrument kajian berbanding kajian yang lain. Selain itu, metodologi adalah satu aspek kejuruteraan yang perlu diambil berat dalam

menghasilkan sesuatu produk. Metodologi ini di sama ertikan sebagai cara-cara kaedah pemilihan dan analisis. Selain itu, dengan adanya metodologi ini produk yang dibuat dapat diselesaikan dengan sempurna dan cemerlang.

3.2 CARTA ALIR PERLAKSANAAN PROJEK

Carta aliran projek akhir ini ditunjukkan di rajah 3.2.1, pertama sekali ialah berkumpul sesama ahli kumpulan untuk mengkaji keperluan pengguna untuk rekabentuk alat pengankat tayar yang mudah dibawa. Kemudian membuat senarai masalah rekabentuk yang dihadapi. Seterusnya, merekabentuk projek semula dan melakukan penilaian serta pemilihan konsep iaitu melakukan anggaran kos yang diperlukan untuk menghasilkan alat ini.

Akhir sekali, ujian dijalankan dan melakukan pembaikkan akhir apabila terdapat beberapa kesilapan dan kekurangan yang tidak dapat dikesan sebelum ujilari dilakukan dalam projek yang dihasilkan sebelum dipersembahkan kepada para panel penilai yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan untuk menilai hasil dari projek yang dilakukan ini.

(12)

12 Jadual 3.2.1 Carta Alir Perlaksanaan Projek

MULA

PERNYATAAN MASALAH

PEMILIHAN TAJUK

MEMBUAT KAJIAN

PENGUJIAN

ANALISIS

TAMAT

TIDAK BERJAYA

(13)

13

3.3 KONSEP KERJA PRIME

Konsep kerja PRIME merupakan langkah-langkah bagi memudahkan untuk melaksanakan sesebuah projek serta dapat membantu untuk menghasilkan proses pelaksanaan projek dengan teratur. Maksud konsep PRIME adalah:

i. P = Problem (Pemasalahan/ Isu) ii. R = Research (Penyelidikan) iii. I = Invention (Ciptaan/ Pembuatan) iv. M = Modification (Pengubahsuaian)

v. E = Evaluation (Penilaian)

3.3.1 Penyataan masalah

Setiap alat yang terdapat dipasaran mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, sama seperti Tire Dolly yang mempunyai beberapa masalah atau kekurangan seperti:

1. Hanya mampu mengangkat tayar yang bersaiz kecil iaitu 13” – 18”

dengan berat maksimum 15kg.

3.3.2 Penyelidikan

Kami melakukan penyelidikan terhadap bahan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi membangunkan projek kami. Antara bahan utama yang digunakan dalam menjayakan projek ini ialah besi hollow, plat besi, roda, mild steel, bearing serta bold dan nut.

Kami juga melakukan penyelidikan terhadap kajian yang terdahulu.

Penyelidikan ini harus dijalankan bagi memastikan projek yang kami jalankan ini menepati citarasa pengguna.

(14)

14 3.3.3 Reka bentuk

i. Percambahan idea

a. Analisi Konsep Rekabentuk

Analisis ini dijalankan untuk memilih konsep rekabentuk projek yang sesuai dan terbaik. Terdapat 3 lakaran iaitu :

1. Konsep lakaran 1

- Konsep ini menunjukkan rekabentuk pertama bahawa ia memerlukan lebih banyak masa kerana rekaannya unik tetapi rumit.

- Selain itu, reka bentuknya juga lebih berat dan lebih sukar untuk dikawal.

Rajah 3.3.3.1 : Lakaran 1

(15)

15 2. Konsep lakaran 2

- Konsep ini menujukkan rekabentuk agak sukar untuk mengangkat tayar tetapi rekabentuknya mudah untuk dibina.

- Tayar juga sukar untuk dikawal.

Rajah 3.3.3.2 :Lakaran 2

3. Konsep lakaran 3

- Konsep rekabentuk ketiga mempunyai beberapa ciri lebih tahan lasak dan lebih kukuh.

- Rekabentuk ini juga lebih seimbang dan kos juga rendah.

Rajah 3.3.3.3 : Lakaran 3

(16)

16 b. Lukisan Berbantu Komputer

Lukisan ini menerangkan tentang pandangan sisi, pandangan hadapan, pandangan atas dan lukisan penuh Tire Dolly.

Rajah 3.3.3.4 : Lukisan Berbantu Komputer

ii. Pemilihan Idea

a.) Jadual Penilaian Bermatrik

Penilaian dan pemilihan konsep dibuat secara perbandingan dengan konsep rekabentuk yang lain. Dengan cara ini dapat membezakan dari setiap sudut kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap lakaran

konsep. Melalui kaedah penjadualan lebih mudah untuk memahami konsep mana yang akan dipilih.

(17)

17 Jadual 3.3.3.1 : Penilaian Bermatrik

Hasil daripada jadual tersebut ternyata konsep lakaran 3 (rekabentuk datum) mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan. Malah, hanya sedikit sahaja kekurangan yang ada. Oleh itu, konsep lakaran 3 telah dipilih sebagai konsep utama berbanding dengan konsep lakaran yang lain.

iii. Pemilihan Bahan a. Anggaran kos

Faktor utama yang diambil kira semasa penghasilan projek selain daripada penyataan masalah adalah kos untuk melaksanakan projek.

Kriteria Lakaran 1 Lakaran 2 Lakaran 3 Konsep Rujukan

Kos Penghasilan √  √

Penyelenggaraan √ √ √ D

Keselesaan Pengguna  √ √ A

Struktur Bahan  √  T

Berat √  √ U

Fleksible   √ M

JUMLAH

Baik ( √ ) 3 3 5

Kurang Baik (  )

3 3 1

(18)

18 Jadual 3.3.3.2 : Anggaran Kos

3.3.4 Pengubahsuaian

i. Pengujian

Proses pengujian merupakan satu proses yang sangat penting didalam

penghasilan sesebuah projek. Proses ini dilakukan supaya sebarang penambahbaikkan boleh dilakukan segera sebelum terlewat. Selain itu, proses ini mampu mengelakkan masalah yang lebih besar tambahan pula semasa pembentangan dihadapan panel.

BIL BAHAN KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH

(RM) (RM)

1 Besi Hollow 2 32 64

2 Bolt & Nut 10 1 7

3 Roda 2 8 16

4 Bearing 2 6 12

5 Besi solid 1 40 40

6 Plat besi 1 28 28

JUMLAH 177

(19)

19 ii. Pengubahsuaian

Bagi menghasilkan satu projek yang bergunakan dan berfungsi dengan sempurna, pengubahsuaian perlu dilakukan. Pengubahsuaian ini bergantung kepada hasil selepas ujian dibuat. Adakala perlu banyak kerja ubahsuai dilakukan.

3.3.5 Penilaian

Penilaian dibuat setelah pelajar bertungkus lumus menyiapkan projek. Proses penilaian ini diperiksa oleh penyelia. Tiada spesifikasi yang tetap untuk melakukan penilaian ini. Semuanya bergantung pada projek yang dihasilkan itu sendiri. Sebagai contohnya, berapa berat yang mampu ditampung Tire Dolly.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Proses penyediaan bahan sangat penting dalam menyiapkan sesuatu projek.

Hal ini merupakan aspek yang penting kerana penggunaan bahan yang betul, kos yang berpatutan dan kuantiti yang diperlukan untuk penyempurnaan projek dapat menjamin pembinaan projek berjalan lancar pada kos yang minima tanpa pembaziran. Oleh itu, bahan yang perlu digunakan semasa melaksanakan projek perlulah disenarai lengkap sebelum melaksanakan projek.

Antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti mesin pemotong besi, tape pengukur, penanda besi, mesin gerudi, vernier caliper, sesiku L, mesin kimpalan arka dan sebagainya. Alatan keselamatan seperti welding mask, goggle, safety shoes dan sebagainya juga perlu sentiasa digunakan untuk mengelakkan berlakunya kecederaan atau kemalangan.

(20)

20 3.4.1 Mesin Kimpalan Arka

Mesin kimpalan arka merupakan mesin utama yang digunakan dalam proses penyambungan besi dan mencantumkan antara plat selain menggunakan kaedah bolt dan nat.

Rajah 3.4.1 : Mesin Kimpalan Arka

3.4.2 Mesin Pemotong Besi

Mesin pemotong adalah merupakan mesin yang digunakan untuk memotong keluli, besi nipis dan aluminium yang bersaiz sederhana hingga besar.

Rajah 3.4.2 : Mesin Pemotong Besi

(21)

21 3.4.3 Mesin Pencanai

Mencanai bahagian-bahagian yang tajam pada hujung besi yang telah dipotong.

Rajah 3.4.3 : Mesin Pencanai

3.4.4 Ragum Besi

Memegang sesuatu benda terutamanya besi agar tidak bergerak.

Rajah 3.4.4 : Ragum Besi

(22)

22 3.4.5 Vernier Caliper

Digunakan untuk mengukur diameter lubang dan ketebahan pada bahan kerja.

Rajah 3.4.5 : Vernier Caliper

3.4.6 Mesin Gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja

Rajah 3.4.6 : Mesin Gerudi

3.4.7 Pita Pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur sesuatu yang panjang.

Rajah 3.4.7 : Pita Pengukur

(23)

23

3.5 PERLAKSANAAN PROJEK

Antara perlaksanaan yang dilakukan untuk membina sebuah projek Tire Dolly adalah seperti berikut :

Rajah 3.5.1 Proses Memotong Besi

Besi dipotong mengikut ukuran dan jenis besi yang berbeza. Antara besi yang digunakan adalah seperti besi hollow, plat besi, dan mild steel. Besi dipotong mengikut ukuran yang ditetapkan

(24)

24 Rajah 3.5.2 : Proses Mengimpal Besi

Menyambung dan mengimpal bahagian projek iaitu bahagian yang paling bawah troli iaotu kiri dan kanan. Ia merupakan struktur yang pertama perlu didirikan untuk membina Tire Dolly.

Rajah 3.5.3 : Proses Mencanai Besi

Proses mencanai dilakukan bagi membuang karat dan kesan kimpalan yang ada pada pada besi. Proses ini bagi memastikan fizikal projek kelihatan kemas apabila dicat.

(25)

25 Rajah 3.5.4 : Proses Menebuk Lubang

Proses menebuk lubang dilakukan supaya bolt dan nut boleh dipasang.

Rajah 3.5.5 : Lukisan Penuh Berkomputer

(26)

26 Rajah 3.5.6 : Projek Tire Dolly yang siap

(27)

27

3.6 KESIMPULAN

Bab ini telah menerangkan secara terperinci tentang kaedah-kaedah yang digunakan bagi menjalankan projek. Selain itu, menerangkan tentang fungsi setiap komponen yang digunakan bagi menyiapkan proek ini. Hal ini secara tidak langsung dapat menambahkan lagi pengetahuan serta cara membuat projek dengan lebih jelas , terperinci dan mudah.

Data-data yang telah dikumpul dan dianalisis adalah data yang amat penting dalam membuat projek akhir ini. Data-data ini semua dikumpul melalui pelbagai jenis cara seperti melayari internet, mendapatkan maklumat melalui pensyarah dan

sebagainya. Bab ini juga menerangkan tentang kos bahan, kuantiti, harga serta jumlah keseluruhan yang diperuntukkan bagi menyiapkan projek ini.

Faktor pemilihan bahan juga amat penting. Hal ini kerana pemilihan barang yang tidak sesuai akan mendatangkan kemudaratan pada projek yang akan dihasilkan.

Kegagalan dalam pemilihan bahan juga akan menyebabkan kos yang lebih tinggi untuk membeli bahan yang baru akibat daripada kerosakkan yang dialami berpunca daripada kesilapan pemilihan bahan yang sesuai.

Gambar

Gambar rajah 2.4.1 dibawah menunjukkan Truck Wheel Dolly. Antara  kelemahan Truck Wheel Dolly ialah pengunaannya hanya terhad untuk kegunaan  bengkel sahaja dan hanya sesuai untuk tayar yang besar sahaja

Referensi

Dokumen terkait

Survei berbasis risiko ini juga baik dilakukan untuk menunjukkan bebas penyakit yang subklinis, atau penyakit klinis yang tanda-tandanya tidak mudah dikenali oleh peternak atau

Dalam pengertian domestic direct investment atau penanaman modal dalam negeri (PMDN) berdasakan Pasal 1 Undang-Undang Nomor 25 Tahun 2007 tentang Penanaman Modal, adalah suatu

Dari hasil penelitian ini menunjukkan bahwa terdapat hubungan yang positif antara Alokasi Dana Desa dengan pembangunan desa dan juga terdapat persepsi positif masyarakat

Landasan teori, dalam bab ini dijelaskan tentang teori pendukung yang digunakan untuk pembahasan dan cara kerja dari rangkaian Teori pendukung itu antara lain tentang

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Penelitian ini termasuk jenis penelitian Research and Development (R & D). prosedur yang dilakukan terdiri dari: a) Analisis kebutuhan, b) Pengembangan produk