• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP BELIA TERHAD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP BELIA TERHAD"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap pengetahuan dan sikap belia terhadap dadah. Belia yang terlibat dalam kajian ini terdiri dari mereka yang menganggur di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor. Soal selidik kajian ini di ubah suai daripada soal selidik Azhar (2001). Nilai kebolehpercayaan alat ukur ini ialah 0.838 alpha Cronbach. Sampel kajian ini seramai 80 orang yang terdiri daripada 50 responden lelaki dan 30 responden perempuan yang dipilih secara tidak rawak bertujuan. Data diperoses menggunakan perisian SPSS Version 11. Ujian t digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan pengetahuan dikalangan belia terhadap dadah mengikut umur dan jantina. Di samping itu, pengkaji turut mendapati tidak terdapat perbezaan sikap dikalangan belia terhadap dadah mengikut umur dan jantina. Hasil keseluruhan kajian mendapati golongan belia mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap dadah dan sikap yang negatif terhadap dadah.

PENGENALAN

Belia mewakili sejumlah besar penduduk di negara ini. Dianggarkan 41 %, penduduk Malaysia pada tahun 2000 adalah golongan yang diiktiraf sebagai belia. Komposisinya merupakan 43.5 % dari jumlah keseluruhan jumlah penduduk Malaysia seramai 23.3 juta orang. (Laporan Rancangan Malaysia ke 7, 1995-2000 ). Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishamuddin Tun Hussein melaporkan dalam (Mingguan Malaysia, 1 Februari 2004) sebanyak 77 % rakyat Malaysia adalah mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun iaitu seramai 9.8 juta orang. Daripada jumlah tersebut, golongan yang paling ramai ialah mereka yang berusia 15 hingga 19 tahun iaitu 2.3 juta orang.

Oleh kerana belia merupakan golongan yang penting kepada negara pada masa hadapan, ia harus digembeling dan dibangunkan sebagai rakan pembangunan.

*

(2)

Sebagai satu sumber yang berkualiti, belia tidak boleh dibiarkan hanyut dengan kesenangan dan kemewahan. Bagi tujuan tersebut, (Mingguan Malaysia, 1 Februari 2004) melaporkan, sebanyak RM 61.5 juta ringgit diperuntukan oleh kerajaan khusus untuk pembangunan belia, di mana ia tidak termasuk belanja mengurus dan melatih belia di Institut Kemahiran Belia Negara.

Namun begitu, negara tidak pernah sepi daripada isu kerosakkan nilai dan keruntuhan moral golongan belia. Antaranya ialah masalah yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Menurut laporan (Berita Harian ,17 Dis 2003) antara sebab belia menggunakan dadah ialah kekurangan pengetahuan dan kesedaran mengenai dadah yang menyebabkan jumlah penagih baru diseluruh negara terus meningkat.

LATARBELAKANG MASALAH

Menurut Agensi Dadah Kebangsaan (2002), walau pun pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah dadah, namun ia tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Ini terbukti, sepanjang tahun 2002, seramai 31, 893 orang penagih dadah telah dikesan di seluruh negara. Mereka terdiri daripada 17,080 penagih baru dan 14,813 penagih berulang. Jumlah ini menunjukkan peningkatan 1.07 % berbanding dengan jumlah penagih yang dikesan pada tahun 2001 iaitu seramai 31,556 orang. Jumlah penagih terkumpul yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan mulai 1998 hingga 2002 adalah seramai 235, 495 orang. Angka ini merupakan 1 % daripada jumlah penduduk Malaysia.

Pada tahun 2003 jumlah penagih yang dikesan seluruh Malaysia terus meningkat. Mengikut Agensi Dadah Kebangsaan (2003) jumlah penagih secara keseluruhannya meningkat kepada 36996 orang penagih berbanding 31,893 orang penagih pada tahun 2002. Justeru itu langkah kerajaan menubuhkan Jawatan Kuasa Kabinet untuk memerangi dadah amat di alu-alukan. Menurut laporan (Mingguan Malaysia, 1 Februari 2004) melalui pendekatan tersebut usaha secara bersepadu melibatkan badan seperti Agensi Dadah Kebangsaan, PEMADAM dan lapan kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan telah dilaksanakan dan banyak memberi kebaikan.

Memandangkan golongan belia bakal mewarisi kepimpinan negara, maka matlamat kita untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, maju dan membangun pasti sukar dicapai sekiranya generasi pelapis yang terdiri dari golongan belia menghadapi pelbagai masalah terutamanya penyalahgunaan dadah yang teruk.

PERNYATAAN MASALAH

(3)

kepada keselamatan dan ekonomi negara. Di samping itu, penyalahgunaan dadah juga merupakan punca kepada meningkatnya kadar jenayah dan masalah sosial dalam negara. Di negara kita hari ini, masalah penyalahgunaan dadah hari merupakan suatu sindrom yang sukar dibendung walau pun pelbagai cara telah dilaksanakan untuk menanganinya. Pelbagai kempen telah dilaksanakan seperti kempen penyibaran pengetahuan dan maklumat, kempen gaya hidup sihat, kempen Skim Lencana Anti Dadah diperingkat sekolah, mahupun negara sebaliknya masalah sosial ini tetap tidak tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

Lantaran itu, negara mengambil iktibar melalui kempen kesedaran anti AIDS kerana beranggapan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit AIDS di negara kita ialah melalui amalan perkongsian jarum suntikan bagi mengambil dadah. Walau bagaimanapun, ancaman penyakit ini tidak juga menimbulkan rasa gerun penagih dadah di negara ini, khususnya di kalangan golongan remaja dan belia yang terus mahu mengambil dadah. Berdasarkan statistik Agensi Dadah Kebangsaan (2003), pada tahun 2003 seramai 36,996 orang penagih dadah telah dikenalpasti manakala pada tahun 2002 ialah seramai 31,893 orang penagih dadah. Daripada statistik berkenaan didapati bahawa sejumlah 78.8% penagih dadah adalah dikalangan golongan belia yang berumur diantara 20 sehingga 29 tahun.

(4)

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti pengetahuan belia terhadap dadah berdasarkan tahap umur yang berbeza.

2. Mengenal pasti pengetahuan belia terhadap dadah berdasarkan jantina yang berbeza.

3. Mengenal pasti sikap belia terhadap dadah berdasarkan tahap umur yang berbeza.

4. Mengenal pasti sikap belia terhadap dadah berdasarkan jantina yang berbeza.

PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian ini ialah:

1. Adakah wujud perbezaan pengetahuan belia terhadap dadah berdasarkan tahap umur yang berbeza?

2. Adakah wujud perbezaan pengetahuan belia terhadap dadah berdasarkan jantina yang berbeza?

3. Adakah wujud perbezaan sikap belia terhadap dadah berdasarkan tahap umur yang berbeza?

4. Adakah wujud perbezaan sikap belia terhadap dadah berdasarkan jantina yang berbeza?

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian ini ialah:

1. Tidak terdapat perbezaan pengetahuan dikalangan belia terhadap dadah mengikut umur.

2. Tidak terdapat perbezaan pengetahuan dikalangan belia terhadap dadah mengikut jantina.

3. Tidak terdapat perbezaan sikap dikalangan belia terhadap dadah mengikut umur.

4. Tidak terdapat perbezaan sikap dikalangan belia terhadap dadah mengikut jantina

BATASAN KAJIAN

(5)

disebabkan kebanyakan subjek tidak berada dirumah sepanjang masa. Selain itu, pemboleh ubah bebas dalam kajian agak terhad iaitu cuma terdiri dari jantina, dan tahap umur.Banyak aspek lain yang boleh diberi perhatian misalnya tahap pendidikan, status ekonomi keluarga dan persekitaran tempat tinggal. Perkara ini tidak diberi perhatian kerana kekangan masa, kos dan kerja sama dari belia yang terlibat.Justeru itu, perolehan kajian ini tidak dianggap sebagai muktamad. Pengkaji tidak menafikan bahawa kajian ini banyak limitasi yang perlu diberi perhatian semasa mentafsir keputusan. Ini kerana bilangan subjek yang digunakan kecil dan menyebabkan generalisasi kajian tidak boleh di terima pakai untuk kajian-kajian lain.

DEFINISI ISTILAH Penagihan Dadah

Seksyen 2 Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1993 mentakrifkan penagih dadah sebagai seseorang yang menggunakan mana-mana dadah berbahaya untuk mengalami keadaan psikik dan fizikal yang dicirikan oleh tingkah laku dan gerak balas lain yang meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala untuk mengalami kesan psikik dan untuk mengelakkan gejala tarikan kerana ketiadaannya.

Belia

Menurut Teuku Iskandar (1996), belia adalah merujuk kepada muda atau golongan muda. Belia merupakan golongan muda berumur 15 hingga 40 tahun. Tumpuan utama kajian ini ialah belia yang berumur 18 hingga 25 tahun.

METODOLOGI KAJIAN

Soal selidik bahagian A mengandungi maklumat peribadi responden, Bahagian B tahap pengetahuan terhadap dadah dan bahagian C sikap belia terhadap dadah. Soal selidik bahagian B dan C disesuaikan dari soal selidik yang telah digunakan oleh Azhar (2001).

TEMPAT KAJIAN

(6)

SAMPEL KAJIAN

Kajian ini melibatkan kira-kira 80 orang belia Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor yang yang berumur 18 tahun sehingga 24 tahun. Menurut Krejcie dan Morgan (1970) bagi populasi seramai 100 orang, saiz sampel yang diperlukan ialah 80 orang. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang lelaki (62.5%) dan perempuan 30 orang (37.5%) Manakala taburan bilangan dan peratusan responden mengikut umur pula menunjukkan seramai 54 orang (67.5%) berumur 18 – 20 tahun dan 26 (32.5 %) orang berumur 21 hingga 24 tahun. Pemilihan sampel dilakukan secara tidak rawak jenis bertujuan. Mengikut Najib (1999) pendekatan ini membolehkan pengkaji dengan sengaja memilih sampel yang dapat mewakili populasi dari segi bangsa, agama, jantina dan umur.

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis dijalankan ke atas 20 belia di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor. Kajian rintis ini bertujuan untuk melihat sama ada responden dapat memahami atau tidak soalan-soalan yang dikemukakan. Nilai indeks kebolehpercayaan bagi ujian sikap terhadap dadah adalah 0.838 iaitu suatu nilai yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa alat ujian ini dapat mengukur aspek yang ingin diukur oleh pengkaji.

INSTRUMEN KAJIAN

Bahagian A

Bahagian ini mengandungi maklumat seperti jantina, umur dan tahap pendidikan.

Bahagian B

Bahagian B terdiri daripada 20 item yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan terhadap dadah dikalangan belia. Tahap pengetahuan diukur dari dua aspek iaitu pengetahuan umum tentang dadah dan kesan dadah ke atas tubuh.

Pembahagian item pengetahuan terhadap dadah Umum = 3, 4, 6, 9, 10, 12, 13, 14, 17, 20 Kesan Dadah = 1, 2, 5, 7, 8, 11, 15, 16, 18, 19

Bahagian C

Bahagian ini terdiri dari 20 item yang digunakan untuk mengukur sikap subjek terhadap dadah. Ia terdiri daripada pernyataan yang bersifat positif dan negatif berkenaan sikap terhadap dadah.

Positif = 4, 6, 7, 8, 14, 15, 16, 18, 19

(7)

KEPUTUSAN DAN KESIMPULAN KAJIAN

JADUAL 1

Maklum balas mengenai pengetahuan umum tentang dadah

Peratusan Jawapan

Jenis Kenyataan Benar Salah Tidak Pasti

Benar 62.5% 11.7% 25.5% Salah 7.8% 62.8% 29.4%

Secara keseluruhan, didapati 62.5 % responden menjawab benar bagi setiap item yang benar mengenai pengetahuan umum tentang dadah, 11.7% menjawab salah dan 25.8% menyatakan jawapan tidak pasti. Bagi item yang salah mengenai pengetahuan umum tentang dadah didapati 7.8% memberikan jawapan benar, 62.8% memberikan jawapan salah dan 29.4% memberika jawapan tidak pasti.

JADUAL 2

Maklum balas kenyataan mengenai kesan dadah

Peratusan Jawapan

Jenis Kenyataan Benar Salah Tidak Pasti

Benar 48.7% 11.3% 40% Salah 76.2% 13.8% 10%

Jadual 2 menunjukkan maklum balas responden terhadap setiap item kesan dadah. Secara keseluruhan, didapati 48.7 % responden menjawab benar bagi setiap item yang benar mengenai kesan dadah, 11.3% menjawab salah dan 40% menyatakan jawapan tidak pasti. Bagi item yang salah mengenai kesan dadah didapati 76.2% memberikan jawapan benar, 13.8% memberikan jawapan salah dan 10% memberikan jawapan tidak pasti.

JADUAL 3

Maklum balas kenyataan positif tentang dadah

Peratusan Jawapan

(8)

Jadual 3 menunjukan maklum balas responden bagi kenyataan positif tentang dadah. Secara keseluruhannya , seramai 4.4% daripada responden

memberikan jawapan sangat tidak setuju terhadap kenyataan yang berbentuk positif, 3.8% menyatakan tidak setuju, 6.3% menyatakan tidak pasti, 35.27% menyatakan setuju dan 50.27% menyatakan sangat setuju.

JADUAL 4

Maklum balas bagi kenyataan negatif Tentang dadah

Peratusan Jawapan

Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Jadual 4 menunjukan maklum balas responden bagi kenyataan negatif tentang dadah. Secara keseluruhan, didapati 56.7 % dari responden menyatakan sangat tidak setuju bagi kenyataan yang berbentuk negatif. Menakala seramai 56.7% menyatakan sangat tidak setuju, 35.3% menyatakan tidak setuju, 5.9%

menyatakan tidak pasti, 0.79 menyatakan setuju dan 0.57 menyatakan sangat setuju.

Analisis Tahap Pengetahuan Belia Terhadap Dadah

Berikut ialah analisis tahap pengetahuan umum tentang dadah, tahap kesan dadah, tahap pengetahuan tentang dadah secara keseluruhan. mengikut lima pembahagian tahap. Pembahagian tahap bagi pengetahuan adalah seperti dalam jadual 5.

JADUAL 5

Pembahagian tahap dan markat bagi pengetahuan terhadap dadah

Markat

Bil

(9)

JADUAL 6

Analisis tahap pengetahuan belia terhadap dadah

Jadual 6 menunjukkan analisis tahap pengetahuan umum tentang dadah, tahap kesan dadah dan tahap pengetahuan tentang dadah secara keseluruhan. Seramai 52 orang (65%) mempunyai pengetahuan umum yang tinggi terhadap dadah 22 orang (28%) di tahap sangat tinggi dan 6 orang (8%) di tahap pengetahuan yang sederhana. Bagi kesan dadah ke atas tubuh, seramai 41 (51%) memberi respon yang tinggi, 36 orang (45%) memberi respon yang sederhana dan hanya 3 orang (4%) memberi respon di tahap sangat tinggi. Pada keseluruhannya, seramai 64 orang (80%) mempunyai pengetahuan yang

tinggi terhadap dadah, 9 orang (11%) berpengetahuan di tahap sederhana dan 7 orang

(9%) mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi tentang dadah.

Analisis Sikap Belia Terhadap Dadah

JADUAL 7

Analisis Sikap Belia Terhadap Dadah

Sikap Bilangan Peratus

Positif 6 7.5

Negatif 74 92.5

Jumlah 80 100.0

(10)

Analisis Inferensi

Berikut ialah keputusan analisis ujan-t bagi melihat perbezaan tahap

pengetahuan terhadap dadah secara keseluruhan dari segi umur dan jantina. Turut dianalisis ialah sikap terhadap dadah dikalangan belia dari segi umur dan jantina.

Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan terhadap dadah

dikalangan belia mengikut umur

JADUAL 8

Analisis Ujian-t perbandingan tahap pengetahuan terhadap dadah mengikut umur

Umur N Min SP Ujian-t P

18 - 20 tahun 54 28.17 78 0.68 0.50

21 - 24 tahun 26 27.65

*Signifikan pada aras 0.05

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan responden terhadap dadah dari segi umur. Nilai ‘p’ yang diperolehi ialah 0.50 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Nilai ‘p’ ini adalah tinggi untuk menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah yang

signifikan. Oleh yang demikian hipotesis 1 dengan kenyataan tidak terdapat perbezaan yang singifikan tahap pengetahuan terhadap dadah secara keseluruhan dari segi umur adalah diterima.

Hipotesis 2: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan terhadap dadah dikalangan belia mengikut jantina.

JADUAL 9

Analisis Ujian-t perbandingan tahap pengetahuan terhadap dadah mengikut jantina

Jantina N Min SP Ujian-t P

(11)

Perempuan 30 27.80

*Signifikan pada aras 0.05

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan terhadap dadah antara responden lelaki dengan responden perempuan. Nilai ‘p’ yang diperolehi ialah 0.66 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Nilai ‘p’ ini adalah tinggi untuk menunjukkan

sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan. Oleh yang demikian hipotesis 3 dengan kenyataan tidak terdapat perbezaan yang singifikan tahap

pengetahuan terhadap dadah secara keseluruhan dari segi jantina adalah diterima.

Hipotesis 3: Tidak terdapat perbezaan sikap belia terhadap dadah mengikut umur.

JADUAL 9

Analisis Ujian-t perbandingan sikap belia terhadap dadah mengikut umur

Umur N Min SP Ujian-t P

18 - 20 tahun 54 4.39 78 1.42 0.16

21 - 24 tahun 26 4.29

Signifikan pada aras 0.05

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap responden terhadap dadah dari segi umur. Nilai ‘p’ yang diperolehi ialah 0.16 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Nilai ‘p’ ini adalah tinggi untuk menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan. Oleh yang demikian hipotesis 2 dengan kenyataan tidak terdapat perbezaan yang singifikan sikap responden terhadap dadah dari segi umur adalah diterima.

Hipotesis 4: Tidak terdapat perbezaan sikap belia terhadap dadah mengikut jantina.

JADUAL 10

Analisis Ujian-t perbandingan sikap belia terhadap dadah berdasarkan jantina

Jantina N Min SP Ujian-t P

Lelaki 50 4.38 78 0.86 0.39

Perempuan 30 4.32

(12)

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap responden lelaki dengan responden perempuan terhadap dadah. Nilai ‘p’ yang diperolehi ialah 0.39 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Nilai ‘p’ ini adalah tinggi untuk menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan. Oleh yang demikian hipotesis 4 dengan kenyataan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap responden terhadap dadah mengikut jantina adalah diterima.

KESIMPULAN

Keputusan kajian mendapati semua hipotesis di terima. Secara keseluruhan didapati golongan belia yang menganggur mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap dadah. Kajian turut mendapati golongan belia ini mempunyai sikap yang negatif terhadap dadah. Di samping itu, keputusan kajian juga menunjukan kebanyakan belia yang menganggur tersebut mempunyai pencapaian pendidikan sekurang-kurangnya di peringkat PMR. Mengkut tahap umur pula didapati kebanyakan responden adalah terdiri dari kalangan lepasan sekolah yang berumur 18 hingga 20 tahun iaitu mewalili 67.5 % dari keseluruhan responden.

RUJUKAN

Agensi Dadah Kebangsaan (2001), “ Statistik Penagih Dadah Di Malaysia.” Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

Agensi Dadah Kebangsaan (2002), “ Statistik Penagih Dadah Di Malaysia.” Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

Agensi Dadah Kebangsaan (2003), “Statistik Penagih Dadah Di Malaysia.” http://www.adk.gov.com.my . Diakses pada 1 Februari 2004.

Azhar Che Hassan (2001). “ Tahap Pengetahuan Dan Sikap Belia Terhadap Dadah: Satu Kajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia”. Universiti

Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Berita Harian, 17 Disember 2003

Berita Harian, 16 Julai 2004

Krejcie R.V and Morgan (1970), “Determing Sampel Sizefor Research Activities.” Education and Research Measurement.

Laporan Rancangan Malaysia ke 7, 1995 – 2000, Jabatan Perdana Menteri.

(13)

Mingguan Malaysia, Ahad 1 Februari 2004 (Usah Serik Tangani Gejala Sosial)

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai: Penerbitan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Reduan Aslie (1998), “Krisis Dadah.” Kuala Lumpur: AMK Interaksi, Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Saat ini, banyak penelitian yang lebih fokus terhadap upaya untuk mereduksi tingkat kecanduan game online.. Namun, masih minim sekali penelitian yang membahas tentang

Implantasi ion tidak menimbulkan puncak dan fasa baru yang menunjukkan hanya terjadi proses substitusi dan bukan interstisi argon terhadap atom besi atau atom krom pada kisi kristal

Bacillus paramycoides yang mampu menghambat pertumbuhan bakteri patogen karena merupakan bakteri Gram positif yang memiliki dinding sel yang tebal, menghasilkan

Pemberian insentif dapat memberi rangsangan kepada para pegawai agar meningkatkan produktifitas kerja sehingga akan memberikan dampak yang positif dalam menjalankan

Seperti yang diungkapkan oleh Cavus dan Alih (2014) mengungkapkan bahwa untuk mewujudkan sebuah aktivitas pembelajaran yang nyata atau memberikan pengalaman yang

Hasil penelitian menunjukkan variabilitas fenotipe pada seluruh famili F5 cabai merah besar adalah sempit, antara lain karakter umur berbunga, umur panen, tinggi tanaman,