• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendidikan Kesusasteraan Awal Kanak Kana (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendidikan Kesusasteraan Awal Kanak Kana (1)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN KESUSASTERAAN AWAL KANAK KANAK:

ISU DAN MASALAH

EARLY CHILDHOOD LITERATURE EDUCATION:

ISSUES AND CHALLENGES

Chew Fong Peng

Mahzan Arshad

Zahari Ishak

Loh Sau Cheong

Fakulti Pendidikan

Teh Ying Wah

Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat

Universiti Malaya

Early children's literature is an important tool to expand children's

imagination and interest in learning. In this context, parents and teachers

have their role in sowing interest among the children in knowledge gaining

through literature. However, problems are faced by Malaysian children as

a consequence of the low standard of Malay children's literature. This

article discusses the usage of reading technique in teaching children

literature by parents and teachers either at home or in preschool. A t home,

parents should make reading story books to children a daily routine;

meanwhile teachers in school should hold additional activities to maintain

and enhance the interest in reading habit among the children for the long

term. Besides that, the Malay children's literature books published in

Malaysia are found not interesting because the above literature are set

from the adult point of view. Henceforth, publishers should publish the

good and quality children's literature based on the children's needs.

Perkembangan awal kesusasteraan kanak-kanak dalam masyarakat Melayu, seperti

sastera untuk kanak-kanak dalam masyarakat lain, dapat dikesan daripada tradisi

sastera lisan. Sastera lisan atau lebih dikenali sebagai sastera rakyat walaupun

ditujukan khusus untuk golongan dewasa, telah tersebar luas dan turut diminati oleh

kanak-kanak.

(2)

antara sastera dengan kanak-kanak. Hari in tempat sastera lisan telah diambil alih

oleh sastera tulisan.

Peranan dan Kepentingan Kesusasteraan Kanak-kanak

Menurut Nijhar (1984), kesusasteraan kanak-kanak merangkumi semua jenis

penulisan kreatif dan imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan dan

penilaian kanak-kanak. Secara amnya, kesusasteraan kanak-kanak ini meliputi

keseluruhan buku bermutu dan berfaedah yang ditulis untuk bacaan kanak-kanak yang

merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen. Perubahan dan kemajuan telah

menukar corak hidup manusia dan menjadikan kesusasteraan kanak-kanak begitu

penting dalam kehidupan masyarakat moden terutamanya dalam sistem

pendidikannya. Hari ini terdapat lebih ramai ibu bapa, terutama yang tinggal di

bandar, yang bekerja dan terpaksa membiarkan anak-anak mereka melakukan kegiatan

mereka sendiri semasa mereka bekerja. Masa dan bentuk hubungan kekeluargaan,

khususnya di antara ibu bapa yang bekerja dengan anak-anak mereka, telah berubah.

Membaca sering kali dianggap sebagai suatu pilihan dan keperluan yang baik untuk

mengisi masa lapang kanak-kanak tersebut.

Membaca mempunyai pengaruh dan kesan terhadap proses pembentukan

pemikiran, emosi, imaginasi dan keperibadian seseorang pembaca, terutama pembaca

kanak-kanak. Ini disebabkan dalam usia yang muda iaitu semasa berada dalam tahap

pembentukan (formative stage), kanak-kanak amat mudah dilentur dan

dicorakwarnakan (Atan Long, 1984). Kesan pembentukan pada peringkat ini biasanya

mendalam dan berkekalan serta mempengaruhi perkembangan pada tahap-tahap

selanjutnya.

Manakala Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen

pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama

ada emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus

berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah

perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.

Pendapat tersebut mirip kenyataan Hadijah Rahmat (2006) bahawa sastera

kanak-kanak berperanan dalam masyarakat Melayu, khususnya sebagai penyalur

nilai-nilai pembangunan, pencapaian serta pembinaan konsep wira dan kecemerlangan

dalam did kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa cerita rakyat mendapat tempat

utama dibandingkan dengan cerita dari teks Melayu klasik atau hikayat. Begitu juga

dengan cerita binatang yang banyak dihasilkan untuk memenuhi kegemaran

kanak-kanak yang memang gemar membaca kisah-kisah tentang haiwan yang diberi sifat

seperti manusia. Penghasilan dan penguasaan cerita-cerita dongeng ini, terutama

cerita-cerita rakyat (tempatan atau luar negeri) memperlihatkan bahawa hubungan

antara sastera lama dengan kanak-kanak sekarang tidak terpisah dengan lahirnya

sastera tulisan. Malahan hubungan antara kedua-duanya melalui pembacaan karya

sastera kanak-kanak kelihatan begitu teguh.

(3)

Selain itu, buku kanak-kanak bertujuan memberikan kanak-kanak peluang untuk

mengenali erti kehidupan, sama ada realiti atau yang fantasi, membawa mereka

mengerti bahawa permukaan bercetak mempunyai makna, serta aktiviti yang

melibatkan buku amat penting dalam kehidupan manusia yang bertamadun (Mahzan

Arshad, 2006). Dalam institusi pendidikan, buku kanak-kanak dihasilkan untuk

meningkatkan kemahiran berbahasa dan berinteraksi dalam pelbagai situasi di dalam

bilik darjah. Bahan kesusasteraan dalam bentuk yang sebenar dapat menambah minat

murid-murid untuk mendampingi buku. Mereka dapat berinteraksi dengan buku

tersebut secara realistik.

Buku-buku sastera yang bercorak realisme dengan tema-tema berkaitan dengan

sosial dapat membantu kanak-kanak dan remaja mencari dan menentukan nilai dan

tindakan dalam aktiviti sosial mereka. Pengajaran dan teladan positif yang terdapat

dalam bahan bacaan akan menjadi panduan kepada mereka. Unsur-unsur ini jelas

dapat kita lihat dalam buku-buku sin `Program Bacaan Awal Tahap 1, 2, 3' bagi

menyediakan kanak-kanak dalam kehidupan sosial yang sebenar.

Justeru itu, minat membaca dan mencintai sastera dalam kalangan kanak-kanak

perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi. Salah satu kaedah yang lazim digunakan untuk

merangsang dan memupuk minat kanak-kanak melalui pembacaan karya-karya sastera

adalah dengan kaedah bercerita (Shahrun Nizal Mohd Nor, 2007). Kaedah bercerita

ini sememangnya dipraktikkan dalam pendidikan awal kanak-kanak, dengan

mengambil contoh kaedah pembelajaran yang ditakukan di pusat didikan

kanak-kanak, khususnya peringkat prasekolah. Selain itu, kaedah bercerita juga banyak

dipraktikkan oleh pihak perpustakaan di negara ini untuk menggalakkan kanak-kanak

membaca (Mohd Sharif Mohd Sand & Hajah Alimah Salam, 2001).

Artikel ini akan membicarakan mutu bahan bacaan kanak-kanak yang penting

untuk diambil kira dalam mencapai matlamat pendidikan kanak-kanak menerusi bahan

kesusasteraan. Selain itu, fokus akan ditumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran

bahan sastera awal kanak-kanak di rumah dan prasekolah dengan menekankan

peranan ibu baps dan guru-guru.

Aspek-aspek Penting Pembinaan Bahan Karya Sastera Kanak kanak

Terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan bahan karya sastera

kanak-kanak yang bermutu. Secara umumnya penulisan karya sastera kanak-kanak

perlu sesuai dengan usia, tahap berfikir dan pencapaian bahasa kanak-kanak itu

sendiri. Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera dapat menarik minat membaca

dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, Sulaiman Masri (1984) telah

menyenaraikan beberapa kriteria umum yang perlu diambil kira untuk menghasilkan

karya sastera kanak-kanak.

Pertama, karya sastera haruslah dihasilkan berdasarkan tujuan pendidikan

tertentu. Dengan kata lain, sastera kanak-kanak di prasekolah perlulah sesuai dengan

tahap pendidikan mereka tanpa banyak menyelitkan unsur-unsur yang berkait rapat

dengan pengajaran dan pembelajaran formal.

(4)

membantu orang yang miskin, susah dan malang; sikap berdisiplin, rasa hormat dan

taat pada sistem demokratik beraja di negara ini; rasa muhibah serantau Asean; serta

memberi semangat berdikari, konsep diri yang positif dan tidak berasa rendah diri.

Ketiga, kesulitan-kesulitan yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak perlu diambil

kira semasa seseorang pengarang itu mencipta sastera kanak-kanak. Misalnya cerita

kanak-kanak haruslah bermula dengan alam, persekitaran atau perkara-perkara yang

diketahui, pernah dilihat atau didengar oleh kanak-kanak sebelum pengarang

mengemukakan bahan yang masih belum diketahui oleh kanak-kanak.

Keempat, penggunaan bahasa dalam sastera kanak-kanak haruslah sesuai dengan

tahap pencapaian mereka. Misalnya bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4

hingga 8 tahun, jumlah perkataan yang sesuai untuk bacaan mereka ialah sekitar 800

hingga 2,000 perkataan, manakala bagi kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun,

jumlahnya ialah sekitar 2,000 hingga 3,000 perkataan. Bahasa yang digunakan

haruslah terjamin kesopanan dan mutunya di samping mudah difahami oleh

kanak-kanak; mempunyai tanda bacaan yang betul dan teratur, ayat-ayat yang pendek dan

perkataan yang tegas.

Kelima, karya sastera kanak-kanak itu perlu memaparkan gambar dan ilustrasi

berdasarkan fungsi yang sebenar. Kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun haruslah

diberikan bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Nijhar

(1984), Izzah Abd Aziz dan Sandra Pragas Waran (2001) menyatakan bahawa buku

bergambar haruslah mempunyai nilai sastera di samping ilustrasi yang memancarkan

mutu seninya. Gabungan kedua-dua nilai media itulah yang bakal menentukan mutu

buku bergambar itu.

Keenam, bentuk fizikal karya sastera kanak-kanak perlu mengambil

pertimbangan didaktis-psikologi; aspek-aspek fizikal tersebut termasuklah kertas, saiz

buku, besar kecilnya huruf, jarak antara huruf, jarak antara perkataan, saiz dan

penempatan gambar atau ilustrasi dan lain-lain.

Selanjutnya, bagi memastikan kesesuaian sesebuah buku untuk kanak-kanak,

penulis perlu memastikan cerita atau karyanya dapat memberikan perlindungan

material, perlindungan emosi, perlindungan intelektual dan perlindungan spiritual

kepada pembacanya (Izzah Abd Aziz, 2000). Dalam pada itu, penulis (juga pelukis)

perlu mengenali khalayaknya dengan mendalami bidang perkembangan kanak-kanak

supaya semua keperluan mereka dapat diperolehi daripada cerita atau buku yang

dibaca. Selain keperluan terhadap perlindungan, kanak-kanak juga mempunyai

keperluan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan, keperluan untuk menyayangi

dan disayangi, keperluan mencapai sesuatu pengiktirafan, keperluan untuk perubahan

dan keperluan untuk kepuasan estetik.

Masalah Penerbitan Bahan-bahan Bacaan Kanak-kanak

Sejak kebelakangan ini, corak penerbitan buku kanak-kanak sedikit tersasar daripada

matlamat asal untuk mendidik. Apa yang kita lihat daripada pandangan orang dewasa

adalah tidak sama dengan pandangan kanak-kanak. Persoalan tentang tajuk atau tema

yang 'berpijak di bumi nyata' atau persoalan fantasi juga mengelirukan. Justeru apa

yang diketengahkan ialah aspek yang dikehendaki dan perlu ada dalam buku

kanak-kanak ialah perkara-perkara yang difikirkan perlu dan sesuai mengikut kehendak

orang dewasa, bukan keperluan kanak-kanak.

(5)

bentuk konkrit yang dikenali sebagai cerita atau manuskrip.

Semasa proses ini

berlaku, pengarang sudah mempunyai khalayak yang tertentu dan seharusnya akrab

dengannya, kenal peringkat umur dan jantina. Selain itu, pengarang juga sudah tahu

bentuk cerita yang ingin dibinanya; sama ada kreatif, informatif, jenis atau kategori

bahan yang akan dihasilkan, karyawan lain turut dalam proses ini, imbuhan yang akan

ditenma, dan kepuasan yang akan diperolehinya setelah semua proses tersebut dilalui.

Menyentuh isu ini, Faridah Shamsuddin (2003) menyatakan bahawa masalah

dalam penerbitan buku kanak-kanak disebabkan kekurangan bahan yang berkualiti dan

menepati kehendak audiens sasaran. Kebanyakan penulis menghantar manuskrip

mengikut pandangannya sebagai orang dewasa dan tidak dapat menjiwai bahan yang

diperlukan audiens sasaran. Terdapat kekurangan penulis buku kanak-kanak yang baik,

yang seharusnya seseorang yang boleh memahami psikologi kanak-kanak dan tidak

menganggap bahawa buku kanak-kanak itu mudah. Penulis buku kanak-kanak jarang

membuat penyelidikan sebelum menulis, bahkan kekurangan pelukis atau ilustrator

yang berkemampuan melukis buku kanak-kanak kerana lukisan pads buku dibuat

berdasarkan apa yang orang dewasa rasa cantik, bukan apa yang kanak-kanak minat.

Kita juga perlu tabu tentang jenis buku yang perlu dibaca oleh kanak-kanak,

malahan buku teks tidak boleh membina tabiat membaca sepanjang hayat, kerana

matlamatnya lebih bersifat fungsional, manakala buku bacaan tambahan adalah untuk

membina kemahiran tertentu dan bersifat terkawal. Oleh yang demikian elemen

penulisan yang bebas tidak digalakkan, melainkan program bacaan di sekolah yang

menekankan penggunaan bahan bacaan sastera dalam program sastera merentasi

kurikulum atau sastera dalam pengajaran bahasa.

Dart segi lain, berlakunya kesilapan tanggapan bagi sesetengah ibu bapa ataupun

guru (Othman Puteh, 2000), lantaran itu kriteria pemilihan buku kanak-kanak itu lebih

didasari kriteria dan kehendak orang dewasa. Kesan daripada perkara ini, terhasillah

karya, kritikan dan penilaian cerita kanak-kanak yang kurang atau tidak memberi

pertimbangan yang wajar dari segi mengisi keperluan kanak-kanak itu sendiri.

Keadaan ini boleh kita kesan daripada data penerbitan buku kanak-kanak di Malaysia.

Menurut Azizah Hamdan dan Md Sidin Ahmad Ishak (2004), sepanjang tahun

1999, buku-buku berbentuk nonfiksyen yang terdiri daripada buku pelajaran, buku

teks, buku agama, kamus dan buku ilustrasi merupakan buku yang paling banyak

diterbitkan iaitu 82% daripada jumlah keseluruhan terbitan buku kanak-kanak pada

tahun berkenaan. Selebihnya ialah buku-buku fiksyen serta komik. Pada tahun

tersebut, sebanyak 2,414 judul buku kanak-kanak yang diterbitkan merupakan buku

pelajaran. Data ini menunjukkan bahawa kategori buku berkenaan menguasai 77%

terbitan buku kanak-kanak di Malaysia, sebaliknya karya sastera kanak-kanak kurang

diterbitkan.

Hadijah Rahmat (2006) mendapati bahawa karya sastera dalam bahasa Melayu

agak lewat dihasilkan dan lambat pula berkembang. Biarpun pertumbuhan karya

sastera untuk kanak-kanak sudah meningkat cepat, tetapi perkembangannya lebih pada

aspek kuantiti berbanding dengan pekembangan aspek mutunya. Sastera kanak-kanak

Melayu juga belum bertindak dengan berkesan sebagai alat pendorong pencapaian

atau motivasi ke arah taraf kecemerlangan yang tinggi, sedangkan mutu karya sastera

kanak-kanak akan menentukan bacaan dan tahap pemikiran kanak-kanak itu.

(6)

kanak selain memupuk minat membaca sepanjang hayat dalam kalangan

kanak-kanak.

Penggunaan Bahan Sastera Kanak-kanak di Rumah dan Tadika

Memandangkan sastera kanak-kanak merupakan alat didaktik dan bahan bantu

mengajar yang penting untuk membentuk keperibadian kanak-kanak, maka ibu bapa

di rumah dan guru di prasekolah menjadi orang penting untuk memupuk minat

membaca dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, persekitaran, ruang bacaan dan

kemudahan membaca di rumah dan prasekolah juga tidak kurang pentingnya dalam

usaha melahirkan budaya membaca kanak-kanak berkenaan.

Budaya membaca merupakan amalan seharian terutama dalam masyarakat barat.

Salah satu faktor utama mereka suka membaca ialah minat membaca itu dipupuk sejak

zaman kanak-kanak. Lantaran itu banyak kajian dijalankan oleh sarjana-sarjana dan

badan luar negara tentang cara memupuk minat membaca tersebut oleh pihak ibu bapa

dan guru-guru prasekolah.

Pernyataan International Reading Association (IRA) dan National Association

for the Education of Young Children (NAEYC) (1998) mencadangkan agar buku

bermutu pelbagai pilihan, perisian komputer dan bahan multimedia perlulah

mencukupi bagi memupuk minat membaca. Ini adalah untuk mengatasi masalah

kurang pendedahan kanak-kanak terhadap bahan tersebut berdasarkan kepelbagaian

latar keluarga dan budaya kanak-kanak itu. Dalam hal ini, Morrow (2005) berpendapat

bahawa bilangan lima buab buku bagi setiap kanak-kanak adalah bilangan paling

minimum bagi mewujudkan persekitaran yang kaya dengan cetakan.

Kajian jangka panjang oleh Hall, Larson, dan Marsh (2003) terhadap 41 orang

kanak-kanak Darjah Tiga dari kawasan pinggir bandar telah mendapati bilangan buku

di rumah dapat menentukan kemajuan dalam pembacaan, walaupun taraf pendidikan

ibu bapa dan tahap pembacaan kanak-kanak sebelumnya dikawal bagi tujuan kajian.

Ini menunjukkan akses kepada buku boleh mendatangkan kesan yang unik terhadap

kemajuan dalam pembacaan. Lazimnya setiap hasil penulisan kreatif atau sastera itu

mempunyai fungsinya kepada masyarakat pembacanya iaitu `pendidikan' dan

`hiburan'.

Selain itu, peranan ibu baps dalam menyediakan rangsangan fizikal di rumah

seperti menyediakan buku, dan rangsangan psikologi seperti membaca bersama adalah

antara faktor penggalak membaca yang dicadangkan oleh Guthrie dan Wingfield

(1999) bahawa persekitaran tertentu boleh menimbulkan minat yang seterusnya

membawa kepada aktiviti membaca secara sukarela. Mereka menyatakan persekitaran

boleh membentuk situasi yang mendatangkan minat yang akan mendorong ke arah

motivasi seseorang individu yang seterusnya akan lebih melibatkan diri di dalam

aktiviti tersebut.

Menurut Neuman, Caperalli, dan Kee (1998), program membaca bersama

keluarga melibatkan aktiviti yang dilakukan bersama-sama antara ibu bapa dan

anak-anak. Mereka meluangkan masa serta suka melakukan aktiviti bersama-sama dan ini

seterusnya membawa kepada penglibatan ibu bapa dengan pendidikan anak-anak

mereka. Dalam kebanyakan program, aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga

ialah aktiviti membaca dan membincangkan buku bersama-sama.

Dalam kajian Gregory dan Morrison (1998) terhadap keluarga yang

berpendapatan rendah di Amerika Syarikat, ibu baps kepada tiga kanak-kanak telah

dilatih untuk meriba anak-anak untuk dibacakan buku. Buku-buku dibekalkan kepada

(7)

ibu bapa dalam lawatan guru sekali seminggu. Rakaman bagi setiap sesi telah

dijalankan selama 14 minggu. Dapatan menunjukkan faktor motivasi terbentuk di

mana bagi kanak-kanak yang pertama, kanak-kanak tersebut selalu meminta untuk

dibacakan buku pilihan mereka berbanding dengan menonton televisyen. Semasa

kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan patung beruang mainannya, dia akan

membacakan buku kepada patung beruang. Dapatan bagi kanak-kanak kedua

pula

melaporkan ibunya memberitahu yang kanak-kanak tersebut selalu meminta

dibacakan buku sebelum tidur dan ini telah menjadi rutin. Sebenamya kanak-kanak

memilih aktiviti membaca kerana mereka menyukai dan menghayati bahan bacaan

tersebut. lni menyebabkan kanak-kanak meminta dibacakan bahan tersebut

berulang-ulang kali.

Gregory dan Morrison (1998) mendapati kesan yang positif terhadap

kanak-kanak yang dibacakan buku apabila kanak-kanak-kanak-kanak ini akan lebih suka membaca buku

pilihannya berbanding dengan televisyen dan meminta dibacakan buku sebelum waktu

tidur dan akhirnya menjadi rutin. Kajian yang dijalankan mereka mendapati

kebanyakan kanak-kanak menyatakan bahawa mereka ada masa membaca bersama

ibu baps di rumah, namun tidak menyatakan kekerapan aktiviti tersebut untuk

dianggap sebagai rutin. Kajian ini juga mendapati ibu adalah individu yang paling

banyak membacakan buku kepada kanak-kanak, diikuti oleh kakak seterusnya ayah,

dan akbir sekali abang. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan

budaya membaca bersama keluarga diterapkan di rumah masing-masing. Hal ini

disebabkan pendedahan awal terhadap pembacaan di rumah lebih menyediakan

kanak-kanak dengan pembacaan yang akan dihadapi apabila mereka mula bersekolah kelak.

Selain itu, dapatan kajian mereka juga mendapati melalui pembacaan juga

kanak-kanak boleh mempertingkatkan bahasa pertuturan mereka. Hal ini disokong oleh

Fisher (2001) yang melaporkan kanak-kanak berusia dua ke tiga tahun yang dibacakan

buku mempunyai perkembangan bahasa 8 bulan lebih tinggi dari perkembangan

bahasa kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Dalam hal ini, ibu bapa amat

penting dalam menyemaikan konsep membaca kepada kanak-kanak.

Dari aspek lain, kajian yang dijalankan oleh Pullen dan Justice (2003) pula

menekankan peranan prasekolah. Bagi mereka, salah satu faktor penunjuk bagi

pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku

semasa di prasekolah. Ini disokong oleh Neuman (1998) yang menyatakan dalam

`

setting' bagi kanak-kanak berisiko, guru dan ibu bapa membaca lantang kepada

kanak-kanak untuk memberikan pengalaman pembacaan kepada kanak-kanak yang

kekurangan pengalaman tersebut.

Walau bagaimanapun, kajian Sperling dan Head (2002) mendapati tiada

perhubungan di antara tahap pembacaan dengan jumlah bacaan di prasekolah. Hal ini

berlaku mungkin disebabkan masa untuk kanak-kanak meluangkan masa di sudut

bacaan kurang dan buku-buku tidak digunakan dengan berkesan dalam pembelajaran

dan pengajaran yang boleh menyebabkan kanak-kanak biasa dengan buku tertentu

seterusnya berminat terhadap buku tersebut bagi mendorong mereka untuk

memotivasikan diri membaca buku tersebut.

(8)

Pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan

bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan. Pernyataan

ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (Mcquillan & Au, 2001) terhadap

bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam

bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa

kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak.

Jelaslah jumlah buku yang mencukupi di bilik darjah sahaja tidak menjamin

tahap pembacaan meningkat; aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan

tersebut perlu diadakan agar dapat menanam minat kanak-kanak terhadap bahan

bacaan tersebut.

Brabham dan Murray (2006) telah membuat kajian membandingkan bacaan

literasi untuk kanak-kanak tadika apabila 12 orang guru membacakan sepuluh buah

buku bacaan kuat huruf, penekanan makna atau fonemik dan menggunakan latihan

kendiri dengan buku abjad menggunakan rakaman atau penggunan cakera padat

(CD-ROM) dalam jangka masa empat minggu.

Pengkaji telah mengajar 5 daripada 12 guru untuk membaca buku dengan

menekankan fonemik mewakili abjad dan lima orang lagi memfokuskan makna

perkataan dalam buku yang dibaca. Dalam setiap makna atau kumpulan yang

menekankan fonemik, guru mempunyai kanak-kanak yang menggunakan satu

daripada buku. abjad, ABC Dr. Seuss, berpusatkan penggunaan komputer dengan

animasi perisian cakera padat, atau berpusatkan pendengaran rakaman audio dan

cetakan. Sejumlah 152 kanak-kanak berjaya menghabiskan pra dan pasca mengukur

pengetahuan perbendaharaan kata dalam buku abjad, nama huruf, fonetik berasaskan

bacaan, dan mengenal fonem.

Dapatan untuk mengenal fonem menunjukkan hubungan yang signifikan antara

jenis penekanan arahan dan latihan media. Penekanan fonem digabungkan dengan

latihan membaca buku abjad sambil mendengar petikan menggunakan rakaman audio

merupakan cara pengajaran fonem yang lebih berkesan berbanding gabungan yang

lain. Statistik turut menunjukkan hubungan yang semakin meningkat daripada pra ke

pasca berdasarkan gabungan tersebut; buku abjad merupakan bahan yang amat

berguna untuk permulaan arahan literasi.

Dapatan ini mirip dengan kajian Loh (2004) di Malaysia yang mendapati bahawa

apabila teknik bercerita dalam bahasa Inggeris dilaksanakan, kanak-kanak prasekolah

berpandangan positif terhadap bahasa Inggeris di mana sebahagian besar dari mereka

dapat menguasai, berkomunikasi dan berminat dalam bahasa Inggeris setelah guru

menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran.

Kajian yang lebih komprehensif dilakukan oleh Rio Sumarni Shariffudin, Abdul

Hafidz Haji Omar, dan Dayang Hajjah Tiawa Awang Haji Hamid (2007) untuk

mengenal pasti masalah pembelajaran membaca yang dihadapi dalam kalangan

kanak-kanak prasekolah, membangunkan sebuah perisian membaca dan menilai

keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer terhadap pembelajaran membaca.

Penyelidikan ini menggunakan model sistem reka bentuk pengajaran ADDLE (Gordon

& Zemke, 2000), iaitu gabungan antara pendekatan penyelidikan kualitatif dan

kuantitatif dalam satu reka bentuk dengan menumpukan kepada pendekatan kualitatif

sebagai satu paradigma yang dominan. Bagi mendapatkan maklumat tentang masalah

pembelajaran membaca, penyelidik telah mengumpul data mengenai penguasaan

membaca kanak-kanak di sepuluh buah prasekolah di daerah Johor Bahru.

(9)

dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Selain daripada itu, penyelidik juga

menyelitkan beberapa persoalan mengenai persepsi guru terhadap penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran membaca kanak-kanak prasekolah.

Bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer dalam

pembelajaran membaca, sebuah perisian membaca telah dibangunkan dan dinilai

secara kuantitatif dan kualitatif. Dalam penilaian kuantitatif pencapaian kanak-kanak

dari sebuah sekolah akan terlibat dalam kuasi-eksperimen. Penilaian terhadap perisian

secara kualitatif pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian menerusi

perisian ScreenCam dan senarai semak. Interaksi kanak-kanak diperhatikan semasa

mereka belajar membaca menggunakan komputer.

Sehingga kini, masih belum ada lagi kajian dan pembangunan perisian dilakukan

bagi mengkaji keberkesanan penggunaan perisian multimedia terhadap pembelajaran

membaca-faham pads peringkat prasekolah. Jika kesan penggunaan strategi gambaran

visual yang diterapkan ke dalam perisian membaca bagi tujuan untuk mewujudkan

kemahiran membaca dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, im

dapat meningkatkan bilangan peratus kanak-kanak yang berupaya membaca dan

faham semasa peringkat prasekolah, maka kajian ini akan dijadikan sebagai satu

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai secara berterusan.

Saranan

Sudah dibuktikan melalui kajian-kajian sarjana dalam dan luar negara bahawa

kanak-kanak yang didedahkan dengan pembacaan di rumah akan lebih bersedia menerima

instruksi pengajaran di sekolah kelak dan mereka mempunyai minat terhadap

pembacaan. Oleh itu adalah amat perlu bagi ibu bapa membacakan buku kepada

anak-anak sebagai rutin harian (seperti sebelum waktu tidur) semenjak anak-anak-anak-anak lahir lagi.

Ibu bapa digalakkan mengadakan satu masa membaca bersama keluarga di mana

setiap ahli keluarga akan melakukan pembacaan masing-masing. Jika semua keluarga

mempunyai masa menonton televisyen bersama, tentukan juga ads mass untuk semua

ahli keluarga membaca bersama kerana aktiviti membaca adalah amat penting dalam

kehidupan kita.

Guru prasekolah memainkan peranan penting terhadap perkembangan

kanak-kanak. Mereka adalah antara orang yang paling awal berinteraksi dengan kanak-kanak

selepas ibu bapa. Oleh itu mereka adalah "role model" yang berupaya mempengaruhi

dan membimbing kanak-kanak. Selain membacakan buku, guru perlu kreatif

mengadakan aktiviti-aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan buku-buku yang dibaca

tersebut bagi memanjangkan lagi perhatian dan minat kanak-kanak terhadap isi

kandungan buku tersebut. Dengan adanya minat, kanak-kanak akan bermotivasi untuk

membaca sendiri buku-buku tersebut berulang-ulang kali.

Oleh itu, sebaik-baiknya guru meletakkan buku yang telah dibacakannya di sudut

bacaan untuk diakses dengan mudah oleh kanak-kanak setelah mendengar pembacaan

tersebut. Guru juga perlu mengadakan beberapa salinan buku tersebut di sudut bacaan

agar tidak mendatangkan kekecohan apabila beberapa orang kanak-kanak ingin

melihat buku yang sama selepas sesi bacaan oleh guru.

(10)

itu, bahan bacaan yang disediakan oleh guru perlulah menepati cita rasa dan minat

kanak-kanak. Guru perlu bijak memilih buku yang dapat menarik minat, bersesuaian

dengan kanak-kanak pads usia tersebut. Jikalau buku yang digunakan tidak

mengambil kira pengetahuan sedia ada kanak-kanak, ini akan menghilangkan minat

mereka untuk membaca buku tersebut. Guru juga harus mengambil kira penggunaan

gambar yang menarik, `font' yang jelas dan besar serta bilangan jumlah perkataan

kerana is juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak.

Guru perlu bijak menggunakan media teknologi yang terdapat di dalam bilik

darjah agar dapat menaikkan tahap pembacaan kanak-kanak. Media teknologi seperti

komputer, buku interaktif dan televisyen boleh digunakan bagi memantapkan lagi

pengajaran yang berkaitan dengan pembacaan kanak-kanak. Media ini boleh

mendedahkan kanak-kanak kepada abjad, ejaan, membacakan perkataan bergambar

dan membacakan buku kepada kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh melukis gambar

dan mengarang cerita menggunakan komputer. Guru boleh menggunakan perakam

suara untuk merakamkan cerita yang digemari dan kanak-kanak boleh mendengar

cerita tersebut tanpa guru. Selain itu, kanak-kanak boleh merakam suara mereka

menyanyi, membaca buku dan memperdengarkannya semula. Kanak-kanak tentu

gemar dan seronok mendengar suara mereka sendiri dan ini dapat menggalakkan

perkembangan bahasa mereka.

Sungguhpun demikian, masyarakat khususnya golongan ibu bapa dan guru

seharusnya sedar bahawa komunikasi multimedia telah berkembang pesat dalam masa

yang singkat akibat dua perkara yang bare berlaku. Pertama, teknologi multimedia

tidak begitu mahal dan mudah digunakan serta bertindak sebagai teknologi bantuan

untuk mereka yang tercabar secara artistik. Dalam cara yang sama pemerosesan

maklumat membuka dunia seorang penulis, teknologi multimedia telah membuka

dunia hatta dunia kanak-kanak menerusi kesusasteraan.

Sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, maka sastera

pelbagai budaya (multicultural) harus digunakan dalam memupuk persefahaman

antara kaum. Dalam hal ini, Hart (2004/05) mencadangkan agar persefahaman budaya

sedunia dibentuk melalui sastera pelbagai budaya menerusi teknologi maklumat. Cara

ini akan menimbulkan minat dalam kalangan kanak-kanak bagi mengenali budaya

bangsa yang pelbagai di dunia ini.

Sungguhpun begitu, sekadar mengakses buku pelbagai budaya, sumber, atau

teknologi yang canggih tidak mencukupi. Guru seharusnya mengikuti proses

pendekatan untuk belajar, termasuklah memberikan maksud konteks pembelajaran

untuk menimbulkan budaya kanak-kanak daripada mereka. Sehubungan itu, Harlin,

Murray, dan Shea (2007) berpendapat, pendidik seharusnya terus-menerus mencari

kaedah terbaik untuk bersedia bagi kelas pelbagai etnik terutama melalui kesedaran

merentasi kurikulum budaya. Pengkaji mendapati membaca dan berkongsi pelbagai

budaya novel dalam sastera menunjukkan persediaan yang wajar bagi mendapatkan

input pelbagai budaya bangsa di sesuatu tempat itu. Guru digalakkan untuk terus

membaca bahan-bahan berkaitan untuk dikongsi dengan pelajar. Kepelbagaian novel

akan membina sifat tindak balas budaya dalam kalangan kanak-kanak.

(11)

Dari segi penerbitan karya sastera

kanak-kanak, para pengarang, pelukis

ilustrasi dan penerbit harus meninjau pendapat, permintaan dan pemikiran

kanak-kanak sebelum menerbitkan bahan sastera. Penghasilan karya sastera kanak-kanak-kanak-kanak

tidak hares berpusatkan pemikiran orang dewasa semata-mata kerana kanak-kanak

adalah pelanggan utama, maka segala permintaan dan kehendak mereka perlu diambil

kira bagi memenuhi kepuasan mereka menimba ilmu selain berhibur. Seiring dengan

era teknologi maklumat, permintaan dan kehendak kanak-kanak kini adalah berbeza,

beragam dan canggih berbanding zaman dahulu. Maka ketiga-tiga pihak tersebut perlu

memikirkan karya sastera kanak-kanak yang akan dihasilkan harus bersifat gabungan

dua atau tiga dimensi yang mempunyai kesan visual, audio dan video.

Dalam hal ini, bahan sastera kanak-kanak luar negara, khususnya barat, hares

dijadikan contoh kepada pengarang, pelukis ilustrasi dan penerbit tempatan untuk

mendapat ilham, idea atau gambaran tentang apakah bentuk, isi, dan pengajaran yang

ingin diketengahkan oleh sesebuah karya sastera kanak-kanak itu. Sehubungan itu,

kriteria yang dikemukakan oleh Sulaiman Masri (1984) boleh dijadikan panduan

untuk menghasilkan sastera kanak-kanak yang bermutu di Malaysia.

Kesimpulan

Kanak-kanak adalah bakal pemimpin masa depan. Dalam membentuk keperibadian

kanak-kanak yang mulia dan bermoral, sastera kanak-kanak memainkan peranan yang

tidak kurang pentingnya. Maka karya sastera kanak-kanak yang dihasilkan di

Malaysia perlulah menitikberatkan aspek mutu dengan mengambil kira permintaan

dan kehendak kanak-kanak tempatan dari segi pendidikan. Selain itu, ibu bapa dan

guru-guru turut memainkan peranan penting untuk memupuk minat membaca kepada

kanak-kanak menerusi aktiviti bacaan yang bersesuaian dan menarik.

(12)

Rujukan

Atan Long. (1984). Pembentukan pemikiran kanak-kanak melalui pembacaan. Dlm.

Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak-kanak dan

remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh. (1984). Prinsip-prinsip penulisan yang baik untuk buku

kanak-kanak: Tema, struktur dan Bahasa. Dlm. Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.),

Sekitar sastera kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Azizah Hamdan, & Md Sidin Ahmad Ishak. (2004). Children's book publishing in

Malaysia. Dlm. Proceedings of Seminar-cum-W orkshop on Children's Book

Publishing in the Next Millennium. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brabham, E. G., & Murray, B. A. (2006). Reading alphabet book in kindergarten:

Effect of instructional emphasis and media practice. Journal of Research in

Childhood Education, 20(3), 219

-229.

Faridah Shamsuddin. (2003). Masalah penerbitan buku kanak-kanak. Kertas kerja

Seminar Terbitan Sastera Kanak-Kanak, 22-23 Oktober. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Fisher, R. (2001). Analysing the role of the teacher in early reading: A lesson for

researchers. Teachers and Teaching Theory and Practice, 7(3), 297-313.

Gordon, J., & Zemke, R. (2000). The attack of ISD. Training Magazine, 3 7(4), 42-53.

Gregory, L. P., & Morrison, T. G. (1998). Lap reading for young at-risk children:

Introducing families to books. Early Childhood Education, 26(2), 67-77.

Guthrie, J. T., & Wingfield, A. (1999). How motivation fits into a science of reading.

Scientific Studies of Reading, 3(3), 199-205.

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hall, N., Larson, J., & Marsh, J. (2003). Handbook of early childhood literacy.

London: Sage.

Harlin. R., Murray, R., & Shea, M. (2007). Broadening teachers' views of diversity

through multicultural book discussions. Early Childhood Education, 83(5),

299-303.

Hart, P. M. (2004/05). Creating learning environments that invite all students to learn

through multicultural literature and information technology. Early Childhood

Education, 81(2), 87-92.

International Reading Association & National Association for Education of Young

Children. (1998). Overview of Learning to Read and Write: Developmentally

Appropriate Practices for Young Children. Dimuat turun pada 12 Disember,

2007, daripada http://www.naeyc.org/about/positions/PSREADO.asp

Izzah Abdul Aziz. (2000). Kesusasteraan kanak-kanak dan remaja di Malaysia: Suatu

kenyataan atau impian? Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja.

7-8 November. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Izzah Abdul Aziz, & Sandra Pragas Waran. (2001). Buku bergambar: Langkah

pertama ke alam fantasi dan realiti. Kertas kerja. Seminar Sastera Kanak-kanak

dan Remaja 2001. 26-27 April. Dewan Bahasa dan Pustaka.

(13)

Mahzan Arshad. (2006). Kajian tentang

Bahan Sastera Kanak-kanak di Malaysia.

Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak 28 November. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Mcquillan, J., & Au, J. (2001). The effect of print access on reading frequency.

Reading Psychology, 22, 225-248.

Misran Rokimin. (2001). Sastera kanak-kanak dan remaja sebagai agen pembangunan.

Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. 26-27 April. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Sharif Mohd. Saad, & Hajah Alimah Salam. (2001). Pengisian dan pengukuhan

sastera kanak-kanak dan remaja pada alaf baru: Peranan dan cabaran

perpustakaan. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. 26-27

April. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Morrow, L. M. (2005). Literacy development in the early years: Helping children

read and write (5th ed.). Boston: Pearson.

Neuman, S. B. (1998). Children achieving: Best practices in early literacy. Newark,

DE: International Reading Association.

Neuman, S. B., Caperalli, B. J., & Kee, C. (1998). Literacy learning a family matter.

The Reading Teacher, 52(3), 244-252.

Nijhar, M. S. (1984). Apakah sastera kanak-kanak — khasnya buku bergambar. Dlm.

Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak kanak dan

remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh. (2000). Sastera Kanak-kanak dan Remaja dalam Konteks Pendidikan

Era Globalisasi. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja, 7-8

November. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pullen, P. C., & Justice, M. L. (2003). Enhancing phonological awareness, print

awareness, and oral language skills in preschool children. Invention in School

and Clinic, 34(2), 87-98.

Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, & Dayang Hajjah Tiawa Awang

Haji Hamid. (2007). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia

Membaca-faham Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak Prasekolah.

Dimuat turun pads 16 Disember, 2007, daripada http://eprints.utm.my/2344/1

Shahrun Nizal Mohd Nor. (2007, April 18). Berkongsi Ilmu dengan Dr. Margaret

Read MacDonald. Berita Harian, h1m. 6.

Sperling, R. A., & Head, D. M. (2002). Reading attitudes and literacy skills in

prekindergarten children. Early Childhood Education, 29(4), 233-236.

(14)

Referensi

Dokumen terkait