• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA (1)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Pendahuluan

Pendidikan Awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke tahap umur lapan tahun. Oleh itu, pendidikan awal merupakan program tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun selama setahun atau lebih sebelum dimasukkan ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.

(2)

TASKA

Taska bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak yang menerima pendaftaran 10 orang atau lebih kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun. Perkhidmatan ini boleh dilaksanakan mengikut kadar jam, separuh hari dan sepanjang hari bergantung kepada kesesuaian waktu ibu bapa bekerja dan masyarakat setempat.

Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di integrasiakan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia digunakan sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran. Antara kompenan pembelajaran tersebut ialah Bahasa dan Komunikasi, Pendidikan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Sosioemosi, Perkembangan Fizikal serta Kreativiti dan Estetika.

Setiap taska mempunyai pelbagai jenis aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak untuk menggalakkan tumbesaran otak cerdas serta badan cergas. Oleh itu, makanan yang seimbang juga akan diberikan kepada kanak-kanak sepanjang mereka berada di taska supaya mereka memperolehi khasiat yang secukupnya.

Objektif Taska:

I. Menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.

II. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

III. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat.

IV. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkan sejak kecil.

V. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

(3)

Tadika membawa maksud Taman Didikan Kanak-Kanak yang beroperasi berpandukan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kanak-kanak yang mendaftar kebiasaannya berumur antara empat hingga enam tahun dan berjumlah seramai 25 orang dalam sesebuah tadika. Tempoh pengajaran dan pembelajaran tidak kurang daripada tiga jam sehari dalam lima hari seminggu.

Manakala Tabika pula bermaksud Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) iaitu program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Konsep yang digunakan ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang sering diselaraskan dengan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.

Konsep ini telah dikembangkan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) yang bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah di masa hadapan.

Objektif Tabika:

I. Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.

II. Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan.

III. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat.

IV. Membentul sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

V. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu.

VI. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersiahan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.

Jenis Program Disediakan Kerajaan dan Swasta

(4)

Program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan lima hingga enam tahun. Tabika Perpaduan selalunya banyak dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi.

Disamping itu, Tabika Perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman di antara mereka.

PraSekolah PASTI

PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang mencintai pendidikan Islam. Justeru itu, memainkan peranan yang penting dalam memberi alternative pendidikan Islam kepada masyarakat. PASTI mempunyai visinya yang tersendiri, iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh. Kurikulum PASTI juga dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.

PERMATA

Tujuan PERMATA ditubuhkan ialah bagi mengembangkan potensi setiap anak permata negara secara holistiknya untuk mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, social dan komunikasi.

Program Asuhan dan Didikan Awak Kanak-kanak PERMATA memberikan peluang kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria diantaranya berumur satu hingga empat tahun, menetap di pinggir atau luar bandar, keluarga berpendapatan rendah dan akhir sekali ialah berbilang kaum dan agama.

(5)

Pada tahun 2016 yang serba maju kini, terdapat pelbagai jenis program asuhan yang sentiasa sedia memberikan khidmat asuhan kepada ibu bapa yang berhasrat memberikan pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, wujudnya tadika swasta yang mengenakan bayaran bersesuaian dengan kemampuan ibu bapa.

Antara tadika swasta yang menjadi pilihan ramai ibu bapa ialah, tadika Smart Reader Kids yang terkenal dengan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, terdapat juga tadika swasta yang menggunakan ajaran-ajaran Islam sebagai satu pendekatan dalam mendidik anak-anak sepert The Little Caliphs program. Dikenali sebagai tadika islamik, The little Chaliphs merupakan salah satu jalan penyelesaian ibu bapa muslim yang risau akan anak-anak mereka membesar dalam keadaan serba moden kini.

(6)

Kebanyakan rakyat Malaysia telah menghantar anak mereka masuk ke institusi pendidikan seawal usia lima hingga enam tahun. Terdapat ibu bapa yang menghantar anak mereka di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Kemudian wujud satu lagi institusi pendidikan yang agak ‘veteran’ Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI, di bawah kelolaan Pasti Islam Malaysia.

Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan usaha mendidik anak-anak seawal usia 5 tahun kepada institusi awal kanak-kanak. Jarang sekali anak-anak di Malaysia masuk ke alam sekolah rendah tanpa melalui proses pembelajaran awal di TASKA atau TABIKA. Ibu bapa masa kini kekurangan masa untuk mendidik sepenuhnya anak-anak mengikut acuan pembelajaran yang ibu bapa tersebut inginkan. Justeru lahirlah pelbagai isu dan cabaran dalam pendidikan awal kanak-kanak terutamanya dalam didikan agama Islam.

Kesukaran menguasai konsep nombor dan huruf dalam tulisan jawi.

Antara isu dan cabaran yang perlu dihadapi adalah untuk menguasai Huruf jawi dan konsep nombor dalam tulisan jawi merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah terutamanya kanak-kanak-kanak-kanak yang beragama islam. Sebagai seorang yang beragama islam, menguasai pembelajaran tulisan jawi dan arab adalah penting kerana ianya memainkan peranan penting dalam memahami kitab utama umat islam iaitu Al-Quran. Selain itu juga huruf jawi adalah tulisan yang diolah daripada Bahasa arab sendiri dan diilhamkan oleh nenek moyang kita dahulu kala dan penting untuk pastikan ianya tidak hilang ditelan arus zaman. Namun begitu, didapati ramai anak-anak kecil yang masih tidak boleh mengenal dan menyebut huruf dan nombor tersebut dan semestinya ia mendatangkan kebimbangan buat kita.

Kurangnya Pengetahuan Dalam cara kehidupan sebagai muslim.

Disebabkan ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tadika yang lebih menekankan pendidikan duniawi berbanding keagamaan, anak-anak masa kini lebih pandai dalam subjek-sunjek sains berbanding subjek yang berkaitan dengan agama. Ia akan mengakibatkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mempraktikkan kewajipan sebagai muslim. Biarpun di usia yang masih kecil akan tetapi ,asas seorang muslim itu sepatutnya ditanam supaya apabila dewasa kanak-kanak tersebut akan mampu menjadi individu muslim yang sebenar.

(7)

Memartabatkan Pendidikan awal kanak-kanak Islam berteraskan prinsip Sunnah Wal Jamaah.

Umum diketahui bahawa umat islam di Malaysia majoritinya berpegangan akidah ahli Sunnah wal jamaah dan anasir-anasir seperti syi’ah, wahabi, islam liberal, khawarij dan banyak lagi patut disekat. Golongan target mereka adalah anak-anak muda kerana mereka lebih senang dipengaruh dan dicorak pemikiran mereka. Oleh itu, kedua-dua kerajaan dan pihak swasta perlu menghasilkan modul pendidikan yang berteraskan akidah ahli Sunnah wal jamaah.

Mewakili dan memperjuangkan isu-isu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak Islam sesuai dengan masyarakat Malaysia.

Tadika,tabika dan PASTI adalah agensi pendidikan yang sesuai untuk memperjuangkan hak-hak serta isu pendidikan awal kanak-kanak khususnya kanak-kanak muslim kerana institusi pendidikan mereka dihuni oleh kanak-kanak yang purata umur diantara 4-6 tahun. Jadi semestinya mereka mampu membahaskan isu-isu tersebut dengan baik.

Mewujudkan piawaian pengendalian pendidikan awal kanak-kanak Islam (kurikulum, guru-guru dan pengasuh.

Pihak kerajaan dan swasta juga perlu memantau dan memastikan kokurikulum yang diguna pakai di setiap tadika di seluruh Malaysia mengikut piawaian yang seragam supaya tidak timbul isu seperti taraf pendidik yang berbeza-beza ataupun kokurikulum yang tidak seragam ataupun isu kecederaan hasil kecuaian pengasuh. Ini sememangnya penting bagi memastikan kelansungan institusi tadika di Malaysia untuk melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

(8)

Untuk meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan islam di peringkat usia yang awal, institusi pendidikan kanak-kanak perlu mengadakan program-program seperti kem bijak solat, tulisan khat dan jawi serta syarahan dan bercerita di mana kesemua program tersebut akan mampu menonjolkan potensi kanak-kanak tersebut biarpun di usia yang sangat muda. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan penuh kepada pihak tadika supaya mereka lebih bersemangat untuk mengadakan lebih banyak program yang bermanfaat,

(9)

Konklusinya, ibu bapa perlu pandai dan bijak memilih institusi pendidikan yang sesuai buat anak-anak mereka dan mampu menonjolkan potensi anak mereka. Ini kerana, apabila potensi anak-anak tidak diketahui sedikit sebanyak ia akan mampu membantutkan perkembangan mereka dan ianya pasti merugikan. Sebagai ibu bapa muslim, pendidikan islam di awal usia kanak-kanak amat penting dan perlu dititikberatkan supaya anak-anak tersebut membesar sebagai individu muslim yang sejati. Tambahan pula dengan isu-isu seperti isis, da’esh, syi’ah dan lain-lain lagi yang semakin menular penting buat kita untuk membasmi serangan pemikiran tersebut sejak dari usia yang masih hijau lagi.

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Perubahan mutu atribut tekstur selama penyimpanan 0 o C selama 10 hari yang paling lambat adalah pada udang yang direndam menggunakan bawang merah 1:2. Namun

Diameter pertumbuhan miselium untuk hari ke 7 terjadi perubahan dimana jamur merang yang memiliki pertumbuhan miselium paling baik yaitu pada media bubur

Di atas atap kamar operasi, terangkai sistem ducting untuk mengalirkan udara bersih dan bertekanan yang disaring oleh sistem hepafilter utama (outlet tepat pada area

Asam fitat yang terlarut bergantung pada pH pelarut, konsentrasi asam asetat yang tinggi akan selaras dengan penurunan pH larutan dan menghasilkan asam fitat yang terlarut

Analisis Implementasi Pemberdayaan Masyarakat dan Pengaruhnya terhadap Pencegahan Gizi Buruk bagi Balita.. Jurnal JUMANTIK Volume 2 nomor 2, 2017 | 34 Berdasarkan hasil

The Regional Technical Working Group on Tuberculosis Care and Prevention (SEAR TWG TB) for South-East Asia has been revised for three years with effect from 1 January 2016 until

“ Boerhavia diffusa (Punarnava) Root Extract as green Corrosion Inhibitor for Mild Steel in Hydrochloric Acid Solution: Theoritical and Electrochemical Studies.”

Hasil penelitian menunjukkan bahwa praktek pelaksanaan arisan sistem gugur di Koperasi Simpan Pinjam Syariah Sarana Aneka Jasa Batur Kecamatan Ceper Kabupaten