• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. pdf"

Copied!
65
0
0

Teks penuh

(1)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPESIFIKASI KURIKULUM

SAINS

TINGKATAN 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia

(2)

Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 2 ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum Specifications Form 2 Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia, Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 4-8, Blok E9

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Malaysia

Tel: 603-88842000 Faks: 603-88889917 Laman Web: http://www.moe.gov.my

Cetakan Pertama 2011

© Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum © Curriculum Development Centre, 2003

(3)

KANDUNGAN

Muka Surat

Rukun Negara

v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

vii

Falsafah Sains Negara

ix

Prakata

xi

Pengenalan

1

Matlamat dan Objektif

2

Kemahiran Saintifik

3

Kemahiran Berfikir

5

Sikap Saintifik dan Nilai Murni

11

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

13

Organisasi Kandungan

17

Tema

Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

18

Manusia dan Kepelbagaian Benda Hidup

28

Jirim dalam Alam

35

Daya dan Gerakan

Perkembangan Teknologi dan Industri dalam Masyarakat

47

52

(4)
(5)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran

negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
(6)

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketerampilan dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,

(7)

Selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, pendidikan sains di

Malaysia memupuk budaya Sains dan

Teknologi dengan memberi tumpuan

kepada perkembangan individu yang

kompetitif,

dinamik,

tangkas

dan

berdaya tahan serta dapat menguasai

ilmu sains dan ketrampilan teknologi

(8)
(9)

Seperti yang termaktub dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan,

pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan

harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum sains

sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan hasrat untuk

menghasilkan insan yang dihasratkan

.

Sebagai sebuah Negara yang sedang melangkah kearah status

negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik

dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya

perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta

penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Bagi

mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif

dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains teras

dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah

Sains Sekolah Rendah, Sains

Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata pelajaran Sains

Elektif ditawarkan pada Menengah Atas dan terdiri daripada Fizik,

Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Mata pelajaran Sains Teras untuk Sekolah rendah dan Menengah

direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid,

menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di

peringkat menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras untuk

Menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik

sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung

dalam bidang sains untuk melanjutkan pelajaran di bidang sains pada

peringkat pra-menengah atas. Golongan murid ini akan menceburi

kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan

dalam bidang pembangunan negara.

Setiap mata pelajaran sains dibekalkan dua dokumen iaitu sukatan

pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran

mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan

kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran sains elektif

dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras. Huraian sukatan

pelajaran mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan

objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir,

kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi Pengajaran

dan Pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum

mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran dan

(10)

MATLAMAT

Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan

untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains

dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan

sikap saintifik dan nilai murni

Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan

memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi

pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak

rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang

bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan

membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam

menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:

1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains

serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena

alam semulajadi dan pengalaman harian.

2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip

sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.

3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik

secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai

murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta

bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains

dan teknologi.

6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak

dan berkesan.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan

dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan

bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap

pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian

sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh

penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan

kemampuan akal

11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang

kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam

(11)

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.

Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik

dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan

kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti

mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan

projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti

berikut:

Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan

maklumat tentang objek dan fenomena.

Mengelaskan Melalui pemerhatian, mengumpulkan objek

atau fenomena berdasarkan persamaan dan

perbezaan.

Mengukur dan

menggunakan

nombor

Membuat

inferens

Meramalkan

Berkomunikasi

Menggunakan

perhubungan

ruang dan masa

Mentafsir data

Mendefinasi

secara operasi

Membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan nombor dan alat berunit

piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian

lebih jitu.

Menggunakan pengumpulan data dan

pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan

dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Menggunakan perkataan atau simbol

grafik seperti jadual, graf, rajah atau model

untuk menerangkan tindakan, objek atau

peristiwa

Memperihalkan perubahan parameter dengan

masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz ,

isipadu, berat dan jisim

Memberi penerangan yang rasional tentang

objek, peristiwa atau pola daripada data yang

dikumpulkan.

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep

dengan menyatakan perkara yang

(12)

Mengawal

pemboleh ubah

Membuat

hipotesis

Mengeksperimen

Mengenalpasti pemboleh ubah

dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak

balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.

Dalam sesuatu penyiasatan satu

pembolehubah dimanipulasikan untuk

memerhatikan hubungannya dengan pemboleh

ubah yang bergerak balas. Pada masa yang

sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang

hubungan antara pemboleh ubah yang

dimanipulasi dan pemboleh ubah yang

bergerak balas untuk menerangkan sesuatu

peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini

boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Merancang dan menjalankan aktiviti untuk

menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan

data, mentafsirkan data sehingga mendapat

rumusan daripada aktiviti itu.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam

penyiasatan sains yang membolehkan murid:

x Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul.

x Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

x Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

x Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

(13)

KEMAHIRAN BERFIKIR

Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu

menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada

pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam

sekeliling.

Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk

mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh

dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah.

Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir

dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil

minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat

mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan

pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa

menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.

Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi

yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta

boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi

peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah

melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi

berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses

berfikir.

Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti

yang berikut :

Mencirikan

Membandingkan

dan

membezakan

Mengumpulkan

dan

mengelaskan

Membuat urutan

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti

dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan

kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur

sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau

fenomena kepada kumpulan masing-masing

berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau

sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri

atau sifat sepunya.

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib

berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya

(14)

Menyusun

mengikut

keutamaan

Menganalisis

Mengesan

Kecondongan

Menilai

Membuat

kesimpulan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib

berdasarkan kepentingan atau keutamaan.

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya

kepada bahagian yang lebih kecil bagi

memahami sesuatu lonsep atau peristiwa serta

mencari makna yang tersirat.

Mengesan pandangan atau pendapat yang

berpihak kepada atau menentang sesuatu.

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara

dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan

bukti atau dalil yang sah.

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu

kajian yang berdasarkan kepada sesuatu

hipotesis.

Kemahiran Berfikir Kreatif

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah

seperti yang berikut:

Menjanakan idea

Menghubungkaitkan

Membuat inferens

Meramalkan

Mengitlakkan

Membuat gambaran

mental

Menghasilkan idea yang berkaitan

dengan sesuatu perkara.

Membuat perkaitan dalam sesuatu

keadaan atau peristiwa untuk mencari

sesuatu struktur atau corak hubungan.

Menggunakan pengumpulan data dan

pengalaman lalu untuk membuat

kesimpulan dan menerangkan sesuatu

peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu

peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

pengalaman yang lalu atau data yang

boleh dipercayai.

Membuat pernyataan umum terhadap

sesuatu perkara untuk keselurahan

kumpulan berdasarkan pemerhatian ke

atas sampel atau beberapa maklumat

daripada kumpulan itu.

Membuat tanggapan atau

membayangkan sesuatu idea, konsep,

keadaan atau gagasan dalam minda atau

(15)

Mensintesiskan

Membuat hipotesis

Menganalogikan

Mereka cipta

Menggabungkan unsur yang berasingan

untuk menghasilkan satu gambaran

menyeluruh dalam bentuk seperti

pernyataan, lukisan dan artifak.

Membuat sesuatu penyataan umum

tentang hubungan antara pemboleh ubah

yang dimanipulasi dan pemboleh ubah

yang bergerak balas untuk menerangkan

sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Pernyataan ini boleh diuji untuk

membuktikan kesahihannya.

Membentuk kefahaman tentang sesuatu

konsep yang kompleks atau abstrak

secara mengaitkan konsep itu dengan

konsep yang mudah atau maujud yang

mempunyai ciri yang serupa.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau

melakukan pengubahsuaian kepada

sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi

masalah secara terancang.

Strategi Berfikir

Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti

yang berikut :

Mengkonsepsikan

Membuat

keputusan

Menyelesaikan

masalah

Membuat pengitlakan ke arah membina

pengertian, konsep atau model

berdasarkan ciri spesifik sepunya yang

saling berhubung kait.

Memilih satu alternatif penyelesaian

yang terbaik daripada beberapa alternatif

berdasarkan kriteria tertentu bagi

mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mencari penyelesaian yang tepat secara

terancang terhadap situasi yang tidak

pasti atau mencabar ataupun kesulitan

yang tidak dijangkakan.

Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut,

kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang

diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan

untuk membuat pertimbangan seccara logik, rasional, adil dan

(16)

strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan

membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi

gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi

berfikir.

Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui

pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui

peringkat berikut :

1. KBSB diperkenalkan.

2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan

dengan bimbingan guru.

5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk

mencapai tugasan berfikir.

Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains

diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan

Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat

Pembangunan Kurikulum, 1999).

Rajah 1: Model KBSB dalam Sains

Strategi Berfikir

x Mengkonsepsikan

x Membuat keputusan

x Menyelesaikan masalah

Kemahiran Berfikir

Kritis

x Mencirikan

x Membandingkan & membezakan

x Mengumpulkan & mengelaskan

x Membuat urutan

x Menyusun mengikut keutamaan

x Menganalisis

x Mengesan kecondongan

x Menilai

x Membuat kesimpulan

mmmm

Kreatif

x Menjana idea

x Menghubungkait

x Membuat inferens

x Meramalkan

x Membuat hipotesis

x Mensintesiskan

x Mengitlakkan

x Membuat

gambaran mental

x Menganalogikan

(17)

Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk

mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan

secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang

menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik.

Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan

pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir

secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu

menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir

utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah

seperti berikut:

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir

Memerhatikan Mencirikan

Membandingkan dan

membezakan

Menghubungkaitkan

Mengelaskan

Mengukur dan

menggunakan

nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Menggunakan

perhubungan ruang

dan masa

Mentafsir data

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Membuat inferes

Menghubungkaitkan

Membuat gambaran mental

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Mengesan kecondongan

Membuat kesimpulan

Mengitlakkan

(18)

Mendefini secara

operasi

Mengawal pemboleh

ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Berkomunikasi

Menghubungkaitkan

Menganalogikan

Membuat gambaran mental

Menganalisis

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Menganalisis

Mencirikan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menjana idea

Membuat hipotesis

Meramalkan

Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir

Semua kemahiran berfikir

Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran

Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang

berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara

mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan

kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasan

kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping

penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran

berfikir dan kemahiran saintifik.

Contoh :

Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan logam dan

bukan logam

berdasarkan sifat fizik.

Kemahiran Berfikir: Membandingkan dan membezakan

Penerangan:

Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan

tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dan bukan logam dalam

(19)

membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan

membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang sifat

fizikal dan kegunaan logam dam bukan logam.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai

positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah

seperti berikut :

• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. • Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

• Rajin dan tabah.

• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta

terhadap alam sekitar.

• Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara

untuk memahami alam.

• Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan

sihat.

• Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

• Berhemah tinggi dan hormat –menghormati.

• Menghargai sumbangan sains dan teknologi. • Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan. • Berfikiran kritikal dan analitis.

• Luwes dan berfikiran terbuka.

• Baik hati dan penyayang.

• Bersifat objektif. • Sistematik. • Bekerjasama. • Adil dan saksama. • Berani mencuba. • Berfikir secara rasional. • Yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

mengikut peringkat berikut :

• Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap

saintifik dan nilai murni.

• Memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.

• Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai

murni.

Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik

dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai

contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali guru perlu

sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan

(20)

Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan

penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains.

Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang

pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang

penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan

pelajaran.

Berikut diberi contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan

penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Contoh :

Tahun : Tingkatan Empat

Bidang Pembelajaran:

Objektit Pembelajaran:

Hasil Pembelajaran:

1. Bahan Kimia Dalam

Perindustrian

1.4 Menyedari kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar dari pencemaran sisa

buangan industri untuk

kepentingan manusia sejagat.

Menerangkan kepentingan

mengamalkan sikap

bertanggungjawab dalam

melupuskan sisa buangan

industri.

Cadangan aktiviti

pembelajaran

Sikap saintifik dan nilai

murni

Melihat tayangan video atau

simulasi komputer tentang

pencemaran sisa buangan industri

dan kesannya terhadap alam

sekitar. Membincangkan

kepentingan mengamalkan sikap

bertanggungjawab dalam

melupuskan sisa buangan industri

Menyayangi dan menghargai alam

sekitar.

Bertanggungjawab ke atas diri

sendiri, orang lain dan alam

sekitar.

Menghargai keseimbangan alam

sekitar

Bersikap sistematik

Bersikap bekerjasama.

Penerapan Unsur Patriotisme

Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme

di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses

pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid akan

belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan

menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara

(21)

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains

mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah

adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan

ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang

murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat

mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri,

konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.

Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang

dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan

berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir

dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau

masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid

diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis

mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Penemuan Inkuiri

Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan

pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud

mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang

berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip

utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti

seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai

kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk

memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran

berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri

ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak

sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara

langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid

belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka

sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah: ƒ Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid ƒ Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

ƒ Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. ƒ Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan

pengalaman serta membuat refleksi.

Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM)

Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat

menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian

(22)

pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan

Masyarakat (STM).

Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan

dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran

sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains

dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi

dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta

implikasi kepada masyarakat.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan

dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar

secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan

pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan

kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat

seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan

semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid

mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid

untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan

perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh

dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan.

Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran

untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan

secara eksplisit dalam bentuk ‘Cadangan Aktiviti Pembelajaran’.

Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti

pembelajaran jika perlu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat

meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang

kurang menarik tidak memotivasikan murid untuk belajar dan

seterusnya mempegaruhi pencapaian murid. Penentuan kaedah

pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan

kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta

sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai

penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru

juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis

(23)

perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan

kecerdasan yang berbeza.

Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah

pengajaran dan pembelajaran.

Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam

pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan

untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik.

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir,

kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah

seperti berikut:

ƒ Mengenal pasti masalah ƒ Membuat hipotesis ƒ Merancang eksperimen ƒ Mengawal pembolehubah

ƒ Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

ƒ Menentukan langkah menjalankan eksperimen dan kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

ƒ Menjalankan eksperimen ƒ Mengumpulkan data

ƒ Menganalisis data ƒ Mentafsirkan data ƒ Membuat kesimpulan ƒ Menulis laporan

Dalam perlaksanaan kurikulum ini, adalah dicadangkan selain

daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang

merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara

eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana

menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil

eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan

sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak

sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan

soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.

Simulasi

Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh

simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan

model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan

(24)

Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid

bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami

proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk

mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan

situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang

dipelajari.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk

mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang

panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk

dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain

perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek

menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah,

kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.

Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo,

muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang.

Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan

pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk

mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang

secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan

tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu

diadakan.

Penggunaan Teknologi

Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai

potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran

sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video,

komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh

menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi

berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan

pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang

sukar. Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan

dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi

seperti ‘word processers’, perisian persembahan grafik (graphic

presentation softwear) dan hamparan elektronik (electronic

spreadsheets) adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk

menganalisis dan mempersembahkan data. Penggunaan teknologi

lain seperti ‘data loggers’ dan antara muka berkomputer dalam

eksperimen dan projek dapat membantu pengajaran dan

(25)

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap

tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran, setiap bidang

pembelajaran mempunyai beberapa objektif pembelajaran. Objektif

pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Hasil pembelajaran umum ditulis mengikut peringkat dalam domain

kognitif dan afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah

mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis

dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari,

menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri,

mendalami dan mengamalkan. Hasil Pelajaran dalam domain afektif

adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan.

Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam

setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan penerapan

nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. Hasil pembelajaran

dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran.

Hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh

diukur. Secara am, Hasil pembelajaran dalam sesuatu objektif

pembelajaran disusun secara berurutan daripada mudah kepada

yang lebih kompleks.

Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam perlakuan holistik dan

integrasi yang membolehkan pelbagai hasil pembelajaran di capai

mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu menggunakan strategi

pengajaran untuk cuba mencapai hasil pembelajaran secara

bersepadu mengikut susunan dalam huraian sukatan pelajaran.

Cadangan aktiviti pembelajaran memberi cadangan pengalaman

pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu

hasil pembelajaran. Cadangan aktiviti pembelajaran diberi untuk

membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi

mencapai hasil pembelajaran yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin

dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin

dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh

mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan,

tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru

digalakkan merekabentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan

berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

(26)

18

TEMA:

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

BIDANG PEMBELAJARAN: 1. DUNIA MELALUI DERIA KITA

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1

Memahami organ deria dan fungsinya.

Menjalankan aktiviti untuk

menghubungkait lima deria, organ deria dan rangsangan.

Membincangkan apa yang berlaku dalam badan kita apabila

rangsangan dikesan.

Murid boleh:

x mengenal pasti dan mengaitkan

organ deria dengan rangsangannya.

x menyatakan laluan daripada

rangsangan kepada gerak balas:

Rangsangan Æ Organ deria Æ

Saraf Æ Otak ÆSaraf Æ Gerak

balas

Lima organ deria telah diperkenalkan dalam Sains

Rendah

brain –otak

nerve –saraf

response –gerakbalas

stimuli –rangsangan

sensory organ –organ

deria

1.2

Memahami deria sentuhan.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji yang berikut:

a) struktur kulit manusia yang terlibat dalam pengesanan rangsangan.

b) kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan

terhadap rangsangan.

Membincangkan kepekaan kulit berhubung situasi berikut: a) menerima suntikan. b) menggunakan Braille.

Murid boleh:

x mengenal pasti struktur kulit

manusia yang terlibat dalam pengesanan rangsangan.

x menyatakan fungsi reseptor

yang berbeza – tekanan, haba,

sakit.

x membuat kesimpulan tentang

kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan terhadap rangsangan.

Struktur reseptor tidak perlu diperkenalkan

cold – kesejukan

heat –kepanasan

pain –kesakitan

pressure – tekanan

receptor –hujung saraf

sensitivity –kepekaan

skin –kulit

(27)

19

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.3

Memahami deria bau.

Membincangkan struktur hidung dan kedudukan sel-sel deria bau menggunakan model, carta, perisian komputer dan bahan bantu mengajar yang lain.

Murid boleh:

x mengenal pasti struktur hidung.

x mengenal pasti kedudukan sel

deria bau dalam pengesanan bau.

nose –hidung

sensory cells –sel deria

1.4

Memahami deria rasa.

Menjalankan aktiviti untuk

mengesan kawasan berbeza pada lidah yang bergerak balas

terhadap rasa yang berbeza.

Menjalankan aktiviti untuk menghubungkaitkan deria rasa dengan deria bau.

Murid boleh:

x mengenal pasti kawasan

berbeza pada lidah yang bergerak balas terhadap rasa yang berbeza.

x menghubungkaitkan deria rasa

dengan deria bau.

bitter –pahit

salty – masin

sour– masam

sweet– manis

taste –rasa

tongue – lidah

1.5

Memahami deria

pendengaran.

Memerhati dan mengenal pasti struktur telinga manusia.

Membincangkan fungsi setiap bahagian pada struktur telinga manusia.

Membincangkan mekanisme pendengaran.

Murid boleh:

x mengenal pasti struktur telinga

manusia.

x menerangkan fungsi bahagian

berbeza pada telinga manusia.

x memerihalkan bagaimana kita

mendengar. Guru digalakkan menggunakan simulasi komputer untuk menerangkan mekanisme pendengaran.

cochlea – koklea

ear –telinga

ear drum –gegendang

(28)

20

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.6

Memahami deria

penglihatan.

Memeriksa mata lembu atau model mata manusia.

Mengumpul maklumat tentang struktur dan fungsi setiap bahagian mata.

Membincangkan bagaimana kita melihat.

Murid boleh;

x mengenal pasti struktur mata

manusia.

x menerangkan fungsi bahagian

yang berbeza pada mata.

x memerihalkan bagaimana kita

melihat.

1.7

Memahami cahaya dan penglihatan.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji:

a) pantulan cahaya.

b) pembiasan cahaya di antara dua medium yang berbeza ketumpatan.

Mengumpul maklumat tentang jenis kecacatan penglihatan dan sumbangan/penggunaan teknologi untuk membetulkannya.

Murid boleh:

x memerihalkan sifat-sifat cahaya

(iaitu: pantulan dan pembiasan).

x menyatakan pelbagai jenis

kecacatan penglihatan.

x menerangkan cara pembetulan

kecacatan penglihatan.

x menyatakan dan memberi

contoh had deria penglihatan.

x mengaitkan penglihatan

stereoskopik dan monokular dengan kemandirian haiwan.

x mengenal pasti alat-alat yang

sesuai untuk mengatasi had deria penglihatan.

Menghubungkaitkan sifat cahaya dengan fenomena

semulajadi dan penggunaan harian.

Sudut tuju, sudut pantulan, sudut biasan dan garis normal tidak diperlukan.

Astigmatisme, ilusi optik, titik buta, penglihatan monokular dan stereoskopik patut diperkenalkan.

density – ketumpatan

medium –

bahantara/medium

reflection – pantulan

(29)

21

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan rabun jauh dan rabun dekat serta cara membetulkanannya.

Membincangkan maksud astigmatisme dan cara membetulkannya.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji:

a) ilusi optik. b) titik buta.

Membincangkan hubungan antara penglihatan stereoskopik dan monokular dengan kemandirian haiwan.

Mengumpul maklumat tentang alat untuk mengatasi had deria

penglihatan.

Mikroskop, kanta pembesar, teleskop, binokular, alat pengesan

ultrabunyi, sinar-X, periskop patut dinyatakan.

astigmatism –

astigmatisme

blind spot –bintik (or titik)

buta

long sightedness – rabun

dekat

monocular vision –

penglihatan monokular

optical illusion – ilusi optik

periscope –periskop

short sightedness –rabun

jauh

stereoscopic vision –

(30)

22

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Notes Perbendaharaan Kata

1.8

Memahami bunyi dan pendengaran.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji:

a) penghasilan bunyi. b) keperluan medium untuk

pemindahan bunyi. c) pantulan dan penyerapan

bunyi.

Mengumpulkan maklumat tentang: a) kecacatan pendengaran. b) cara pembetulan kecacatan

pendengaran.

Membincangkan had pendengaran dan cara meningkatkan

keupayaan pendengaran.

Menjalankan aktiviti untuk

mengkaji pendengaran stereofonik yang diperlukan bagi menentukan arah bunyi.

Murid boleh:

x memerihalkan sifat bunyi.

x menerangkan pantulan dan

penyerapan bunyi.

x menerangkan kecacatan

pendengaran.

x menerangkan cara pembetulan

kecacatan pendengaran.

x menyatakan had pendengaran.

x menyatakan alat yang

digunakan untuk mengatasi had pendengaran.

x menerangkan pendengaran

stereofonik.

(31)

23

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.9

Memahami rangsangan dan gerak balas tumbuhan

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji dan mengenal pasti:

a) rangsangan-rangsangan yang dikesan oleh tumbuhan. b) bahagian-bahagian tumbuhan

yang peka terhadap rangsangan yang tertentu.

Membincangkan bagaimana gerak balas terhadap

ransangan-rangsangan penting untuk kemandirian tumbuhan.

Murid boleh:

x menyatakan rangsangan yang

menyebabkan gerak balas tumbuhan.

x mengenal pasti bahagian

tumbuhan yang peka terhadap rangsangan tertentu.

x menghubungkait gerak balas

tumbuhan dengan kemandiriannya.

(32)

24

BIDANG PEMBELAJARAN: 2. NUTRISI

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Notes Perbendaharaan Kata

2.1

Menganalisa kelas-kelas makanan.

Membincangkan kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas dan air serta menyatakan fungsinya.

Menjalankan aktiviti untuk menguji kanji (larutan iodin), glukosa (larutan Benedict), protein (bahan uji Millon) dan lemak (ujian alkohol-emulsi).

Murid boleh:

x menerangkan melalui contoh

kelas makanan.

x menyatakan fungsi setiap kelas

makanan.

x menguji kanji, glukosa, protein

dan lemak.

Hanya vitamin utama (A, B, C, D, E dan K) dan mineral (kalsium, natrium, besi, iodin, fosforus dan

kalium) diperlukan. Vitamin B tidak perlu dikelaskan

kepada B1, B2 dan

dsb.

Perkenalkan ujian alkohol-emulsi untuk lemak.

fats – lemak

fibre –pelawas

potassium –kalium

starch –kanji

sodium –natrium

2.2 Menilai kepentingan gizi seimbang.

Membincangkan:

a) apa maksud diet seimbang. b) faktor yang menentukan gizi

seimbang seseorang: umur, saiz, jantina, pekerjaan, iklim, keadaan kesihatan.

Murid boleh:

x menyatakan maksud gizi

seimbang.

x menyatakan faktor yang mesti

dipertimbangkan apabila merancang gizi seimbang.

x menerangkan bagaimana faktor

berkenaan memberi kesan kepada gizi seimbang.

Unit untuk tenaga dalam makanan boleh diukur samada dalam joule atau kalori.

balanced diet –gizi

seimbang

calorific value –nilai kalori

climate –cuaca

food wrapper –bungkusan

(33)

25

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Notes Perbendaharaan Kata

Mengumpul pembungkus

makanan yang menunjukkan nilai kalori makanan dan membuat senarai untuk menunjukkan nilai kalori bagi setiap jenis makanan.

Membincangkan untuk

menganggar nilai kalori makanan dalam satu hidangan.

Merancang gizi seimbang untuk satu hari (sarapan, makan tengahari dan makan malam).

x menyatakan kuantiti tenaga

dalam setiap gram karbohidrat, protein dan lemak.

x menganggar kalori makanan

yang diambil dalam setiap hidangan.

x merancang satu gizi seimbang.

2.3

Memahami sistem pencernaan manusia.

Membincangkan pencernaan sebagai penguraian molekul makanan yang besar kepada molekul yang lebih kecil yang boleh larut dan sedia diserap oleh badan.

Mengenal pasti bahagian sistem pencernaan dan aliran makanan melalui salur pencernaan dengan menggunakan model/carta/CD ROM

Murid boleh:

x menerangkan maksud

pencernaan.

x mengenal pasti bahagian sistem

pencernaan.

x memerihalkan aliran makanan

melalui salur pencernaan.

x menyatakan fungsi organ dalam

sistem pencernaan.

x memerihalkan proses

pencernaan dalam salur pencernaan.

Enzim hanya perlu melibatkan

amilase, protease dan lipase.

alimentary canal –salur

penghadaman

anus –dubur

appendix – umbai usus

bile – jus hempedu

digestion –penghadaman

enzyme –enzim

gall bladder – pundi

hempedu

gut – salur penghadaman

insoluble – tidak larut

large intestine –usus

(34)

26

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Notes Perbendaharaan Kata

Membincangkan fungsi organ dalam sistem pencernaan dan enzim yang terlibat.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan tindakan enzim dalam air liur terhadap kanji.

x menyenaraikan hasil

pencernaan karbohidrat, protein dan lemak.

liver – hati

saliva –air liur

small intestine –usus kecil

stomach –perut

2.4 Memahami proses penyerapan makanan tercerna. Membincangkan proses penyerapan hasil pencernaan dalam usus kecil.

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan penyerapan glukosa melalui tiub Visking.

Murid boleh:

x menerangkan proses

penyerapan hasil pencernaan.

x membuat inferens tentang

penyerapan glukosa melalui tiub Visking.

Struktur vilus tidak diperlukan. Hanya perlu nyatakan vilus menambah luas permukaan penyerapan.

absorption –penyerapan

analogise –membuat

analogi

blood stream –aliran

darah

diffusion –resapan

2.5

Memahami penyerapan semula air dan penyahtinjaan.

Membincangkan penyerapan semula air oleh usus besar dan proses penyahtinjaan.

Membincangkan kepentingan amalan pemakanan yang baik untuk mengelakkan sembelit.

Murid boleh:

x menyatakan bagaimana air

diserap semula dalam usus besar.

x menerangkan penyahtinjaan.

x mengaitkan masalah

penyahtinjaan dengan amalan pemakanan.

constipation –sembelit

defecation –penyahtinjaan

large intestine –usus

besar

reabsoption –penyerapan

(35)

27

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.6

Mempraktikkan amalan

pemakanan yang sihat.

Merancang dan melaksanakan amalan pemakanan yang sihat.

Membincangkan topik berikut: a) mempraktikkan amalan

pemakanan sihat (contoh: makan makanan seimbang dan makan secara

sederhana).

b) pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan. c) membudayakan adab makan

yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.

Murid boleh:

x mewajarkan kepentingan

makan makanan berkhasiat.

x mempraktikkan amalan

pemakanan yang betul.

x mewajarkan pengagihan

makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan.

x mengaitkan adab makan yang

menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.

habits –amalan

needy –sangat miskin

nutritious food –makanan

berkhasiat

underprivileged –kurang

bernasib baik

religious beliefs –

(36)

28

TEMA:

MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP

BIDANG PEMBELAJARAN: 1. BIODIVERSITI

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami kepelbagaian organisma hidup dan pengelasannya .

Membincangkan kepelbagaian ciri umum organisma hidup.

Mengumpul dan mengelaskan pelbagai tumbuhan dan haiwan berdasarkan ciri sepunya.

- Haiwan: invertebrata, vertebrata, mamalia, ikan, burung, amfibia, reptilia.

- Tumbuhan: Tumbuhan berbunga, tumbuhan tidak berbunga, monokotiledon, dikotiledon.

- Membina peta konsep tentang organisma hidup berdasarkan pengelasan di atas.

Membincangkan kepentingan kepelbagaian biologi sebagai satu warisan semulajadi negara.

Murid boleh:

x menerangkan kepelbagaian

organisma hidup dalam satu habitat.

x mengelaskan kepelbagaian

haiwan berdasarkan ciri sepunya.

x mengelaskan kepelbagaian

tumbuhan berdasarkan ciri sepunya.

x menerangkan kepentingan

kepelbagaian kepada persekitaran.

Konsep asas tentang kepelbagaian benda hidup telah diperkenalkan dalam sains sekolah rendah. Hanya perlu menekankan pada pengelasan dalam cadangan aktiviti pembelajaran. Malaysia sebagai salah satu daripada dua belas negara

‘mega-biodiversiti’ di dunia harus ditonjolkan.

amphibian –amfibia

bird – burung

dicotyledon –dikotiledon

diversity – kepelbagaian

fish – ikan

flowering plant – tumbuhan

berbunga

invertebrate –

invertebrata

living organism –

organisma hidup

mammal –mamalia

monocotyledon –

monokotiledon

non-flowering plant –

tumbuhan tidak berbunga

reptile –reptilia

(37)

29

BIDANG PEMBELAJARAN: 2. SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DAN PERSEKITARAN

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1

Menganalisa saling bersandaran antara

organisma hidup.

Menjalankan kajian lapangan untuk mengkaji spesis, habitat, populasi, komuniti dalam suatu ekosistem.

Menjalankan perbincangan tentang saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang.

Murid boleh:

x menyatakan maksud spesis,

populasi dan komuniti.

x menyatakan maksud habitat dan

ekosistem.

x mengenal pasti pelbagai habitat

dalam satu ekosistem.

x menerangkan melalui contoh

saling bersandaran organisma hidup dan persekitaran untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang.

Konsep asas habitat telah diperkenalkan di sekolah rendah.

Konsep ekologi dibina melalui pembelajaran kontekstual semasa kajian lapangan.

community – komuniti

ecosystem –ekosistem

environment –

persekitaran

habitat – habitat

interdependence –saling

bersandaran

predict –meramal

population – populasi

(38)

30

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Menilai interaksi antara organisma hidup.

Mengumpul dan mentafsir data tentang jenis interaksi antara organisma hidup seperti berikut: a) mangsa-pemangsa.

b) simbiosis: komensalisme, mutualisme, parasitisme (contoh: ikan remora dan jerung, alga dan kulat, cacing pita dan manusia).

c) persaingan.

Menjalankan satu aktiviti untuk menunjukkan kepentingan interaksi antara organisma dan persekitaran.

Membincangkan kebaikan

kawalan biologi dalam mengawal bilangan musuh tanaman di kawasan tertentu.

Murid boleh:

x menyenaraikan jenis interaksi

antara organisma hidup.

x menerangkan dengan contoh

interaksi antara organisma hidup.

x mewajarkan kepentingan

interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.

x menerangkan melalui contoh

kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam mengawal bilangan musuh tanaman di kawasan tertentu.

Konsep asas mangsa-pemangsa dan persaingan telah diajar di sekolah rendah.

Rujuk kepada isu tempatan seperti masalah burung gagak di Klang.

advantage –kebaikan

biological control –

kawalan biologi

competition –persaingan

disadvantage –keburukan

interaction –interaksi

parasitism –parasitisme

pest –perosak

prey predator –

mangsa pemangsa

regulate –mengawal

(39)

31

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.3

Mensintesis siratan makanan.

.

Mengumpul dan mentafsir data tentang pengeluar, pengguna, pengurai dan piramid nombor.

Membina siratan makanan daripada beberapa rantai makanan dan mengenal pasti pengeluar, pengguna dan pengurai.

Membincangkan aliran tenaga dalam siratan makanan yang dibina.

Mengendalikan satu permainan untuk menunjukkan kesan penambahan atau pengurangan bilangan organisma dalam piramid nombor. Membincangkan akibat sekiranya satu komponen organisma hidup dalam satu ekosistem tiada.

Murid boleh:

x menerangkan maksud

pengeluar, pengguna dan pengurai.

x menggabungkan beberapa

rantai makanan untuk membina siratan makanan.

x mengenal pasti pengeluar,

pengguna dan pengurai dalam siratan makanan.

x membina piramid nombor

daripada rantai makanan.

x mengaitkan siratan makanan

dan piramid nompor dengan aliran tenaga.

x meramal akibat sekiranya satu

komponen organisma hidup dalam satu ekosistem tiada.

Rantai makanan telah diajar di sekolah rendah.

Rujuk kepada masalah tapak sulaiman iaitu mahkota duri di taman laut.

balance in

nature-keseimbangan alam

consumer- pengguna

decomposer-pengurai

food web-siratan makanan

primary consumer –

pengguna primer

producer-pengeluar

pyramid number-piramid

nombor

secondary consumer –

pengguna sekunder

tertiary consumer –

(40)

32

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.4

Menganalisa fotosintesis.

Menjalankan perbincangan tentang fotosintesis.

Menjalankan eksperimen menentukan faktor yang diperlukan untuk fotosintesis (contoh: karbon dioksida, air, cahaya dan klorofil).

Membincangkan kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem yang seimbang.

Membincangkan kitar karbon dan kitar oksigen.

Murid boleh:

x menyatakan maksud

fotosintesis.

x menyatakan faktor yang

diperlukan untuk fotosintesis.

x menyatakan hasil fotosintesis.

x mengawal pembolehubah yang

diperlukan untuk fotosintesis.

x menerangkan peranan

fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem yang seimbang.

Kitar karbon dan oksigen harus dimasukkan.

balanced ecosystem –

ekosistem yang seimbang

oxygen cycle - kitar

oksigen

carbon cycle –kitar karbon

(41)

33

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.5 Menilai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

Mengumpul dan mentafsir data tentang memulihara dan memelihara organisma hidup.

Menjalankan kajian lapangan di hutan simpan semulajadi (tanah lembap, hutan tanah tinggi atau hutan hujan tropika) atau santuari haiwan untuk mengkaji

pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

Menjalankan perbincangan tentang bagaimana kemajuan dalam sains dan teknologi membantu pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

Menjalankan satu kempen yang menekankan kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup / menjalankan

‘main peranan’ yang melibatkan

pihak yang berkenaan dalam penyelesaian masalah yang berhubungkait dengan

pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

Murid boleh:

x menerangkan maksud

pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

x menerangkan langkah yang

diambil untuk memelihara dan memulihara organisma hidup.

x mewajarkan kepentingan

pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

x menyokong aktiviti yang

dianjurkan oleh pelbagai pihak memelihara dan memulihara organisma hidup. Peranan manusia dalam pemuliharaan dan pemeliharaan telah ditekankan di sekolah rendah. Nyatakan juga hutan merupakan tempat tinggal bagi orang asli.

conservation-pemuliharaan

reserve forest –hutan

simpan

highland forest – hutan

tanah tinggi

indigenous people –orang

asli

preservation-pemeliharaan

sanctuary-santuari

tropical rainforest –hutan

hujan tropika

wetlands –tanah bencah /

(42)

34

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.6 Menilai peranan manusia dalam mengekalkan keseimbangan semulajadi.

Menjalankan sesi sumbangsaran untuk membincangkan isu

persekitaran yang memberi kesan kepada keseimbangan semulajadi dan cara menyelesaikannya.

Menjalankan perbincangan untuk mewajarkan bahawa manusia memerlukan ekosistem yang stabil dan produktif untuk memastikan kehidupan yang harmoni.

Murid boleh:

x menerangkan kesan aktiviti

manusia terhadap

keseimbangan semulajadi.

x memerihalkan cara manusia

menyelesaikan masalah yang berhubungkait dengan

persekitaran.

x mewajarkan bahawa manusia

memerlukan ekosistem yang stabil, produktif dan seimbang.

Contoh isu persekitaran: Perubahan iklim global, kemusnahan habitat, kepupusan spesis, pencemaran udara, tanah dan air, kehilangan tanah lembap, pengurusan sisa pepejal, penebangan hutan, penggunaan tanah yang tidak terkawal, penangkapan ikan tidak terkawal, toksin dalam persekitaran (membebaskan bahan kimia lebihan dalam

persekitaran –

termasuk pestisid, baja dan bahan cemar)

acid rain –hujan asid

brainstorming –

sumbangsaran

climate change –

perubahan iklim

deforestation –

penebangan hutan

excessive – berlebihan

land overuse –

penggunaan tanah yang tidak terkawal

green house effect –kesan

rumah hijau

over fishing –

penangkapan ikan tidak terkawal

pollution –pencemaran

solid waste management –

pengurusan sisa pepejal

pesticides – pestisid

species extinction –

kepupusan spesis

(43)

35

TEMA:

JIRIM DALAM ALAM

BIDANG PEMBELAJARAN: AIR DAN LARUTAN

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1

Menganalisa ciri fizikal air.

Menjalankan aktiviti untuk menentukan yang berikut:

x takat beku air,

x takat didih air.

Menjalankan aktiviti untuk memerhatikan kesan bendasing ke atas ciri fizikal air.

Murid boleh:

x menyatakan maksud takat beku

air.

x menyatakan maksud takat didih

air.

x memerihalkan ciri fizikal air.

x menerangkan melalui contoh

kesan bendasing ke atas ciri fizikal air.

Teori Kinetik harus diperkenalkan.

Hubungkaitkan takat beku dan takat didih air dengan Teori Kinetik.

boiling point –takat didih

freezing point – takat beku

impurities –bendasing

inference – inferens

physical characteristics –

(44)

36

Objektif

pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2

Menganalisa komposisi air.

Menjalankan elektrolisis untuk menentukan nisbah hidrogen kepada oksigen dalam satu molekul air.

Murid boleh:

x menentukan komposisi air.

x menguji kehadiran hidrogen

dan oksigen.

Teori ionik tentang

elektrolisis tidak diperlukan. Memahami

hidrogen dihasilkan pada katod dan oksigen dihasilkan pada anod adalah memadai. Nisbah gas diperlukan.

anode – anod

cathode – katod

composition –komposisi

ionic theory – teori ionik

electrolysis –elektrolisis

(45)

Referensi

Dokumen terkait

Setelah diperoleh hasil ADD yang optimum dicoba pada sterol dari hasil isolasi ampas tahu dengan kondisi sebagai berikut, penambahan inhibitor enzim α, α’-dipiridil dengan

DISKRIPSI UNIT : Unit kompetensi ini berhubungan dengan pengetahuan, keterampilan dan sikap kerja yang dibutuhkan Fasilitator Pertanian Organik dalam

 Ketosis adalah kondisi yang disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolik.Dalam istilah ilmiah itu didefinisikan sebagai akumulasi berlebihan dari badan keton dalam jaringan tubuh

Langkah-langkah yang dilakukan pada tahap persiapan antara lain: (1) Menyusun desain penelitian, (2) Membuat instrumen penelitian berupa kisi-kisi angket gaya belajar,

Aksi perlawanan yang ditunjukkan oleh gerakan perempuan meng- gunakan jilbab di New Zealand menjadi jawaban sebagai bentuk perlawanan (resistance movement) dari

– Untuk tren (-), nilai terkecil dijadikan sebagai pembilang supaya nilai yang lebih besar akan relatif lebih kecil dari nilai terkecil. Alternatif Kriteria Nilai

Terdapat beberapa keterbatasan dalam penelitian ini antara lain (1) Pemilihan objek penelitian hanya pada perusahaan manufaktur yang terdaftar di Bursa Efek

pengumpulan data utama ( primary data collection) yang mana ia merupakan satu kaedah yang asli digunakan oleh para pengkaji dengan menggunakan soal selidik. Kelebihan