• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2011"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA SMK DAMANSARA DAMAI 1

PETALING JAYA, SELANGOR.

Tajuk Kajian:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM

MENTERJEMAH OBJEK KE DALAM LUKISAN UNJURAN

ORTOGRAFIK DENGAN MENGGUNAKAN MODEL OBJEK

Disediakan oleh: Puan Noor Azizah Zakaria Puan Yusniza Mohamed Yusuf

(2)

2. ISI KANDUNGAN

1. Muka surat hadapan

2. Isi Kandungan 1

3. Penghargaan 2

4. Abstrak 2

5. Refleksi P&P yang lalu 3

6. Fokus Kajian 3

7. Objektif Kajian 3

8. Kumpulan Sasaran 4

9. Pelaksanaan Kajian 4

10. Cadangan kajian akan datang 9

11. Bibliografi dan lampiran 10

(3)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini

kepada :

Pn. Megawati Binti Hasbullah (Pengetua)

Pn. Mazlinda (Ketua Panitia)

Guru-Guru Kemahiran Hidup (ERT, KT, PK)

4. ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menterjemah objek ke dalam lukisan unjuran ortografik dengan menggunakan model objek. Kajian ini akan melibatkan seramai 36 orang murid yang diambil secara rawak daripada Tingkatan 2 Cendekia dan 2 Hikmah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1, Petaling Jaya, Selangor. Model objek akan digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman murid. Jika hanya ditunjukkan secara visual sahaja agak rumit untuk diterangkan kepada murid. Beberapa contoh model digunakan daripada yang asas hingga yang kompleks bagi memperlihatkan peningkatan murid. Perbandingan antara murid lelaki dan perempuan juga dibuat untuk melihat kecekapan murid kerana tajuk ini agak susah bagi murid perempuan jika dibandingkan dengan murid lelaki.

(4)

Sepanjang beberapa tahun pengajaran kami dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, ketika pengajaran tajuk Lukisan Teknik, kami akan memberi beberapa contoh objek untuk murid menterjemah dan melukis tiga sudut pandangan iaitu pandangan atas/pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Apabila diberi objek yang asas, murid tidak menghadapi masalah yang besar untuk melukis tetapi apabila ditunjukkan objek yang agak rumit, mereka tidak dapat melukis dan menterjemah dengan betul. Masalah ini amat jelas dilihat semasa mereka menjawab latihan, soalan peperiksaan dan ketika proses dokumentasi kerja kursus Tingkatan 2.

6. FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi P&P yang lalu, kami akan memfokuskan kepada cara menguasai tajuk Lukisan Ortografik kerana mereka tidak boleh menterjemah objek yang diberi ke dalam sudut pandangan ortografik.

7. OBJEKTIF KAJIAN 7.1 Objektif am

Meningkatkan pencapaian murid (markah dan kemahiran) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

7.2 Objektif Khusus

i. Untuk menarik minat murid mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup ii. Untuk meningkatkan kemahiran murid

iii. Membantu murid menguasai kemahiran lukisan ortografik

iv. Membantu murid mengusai kemahiran menterjemah lukisan ortografik v. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas

(5)

8. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan seramai 36 orang murid yang diambil secara rawak daripada Tingkatan 2 Cendekia dan 2 Hikmah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1, Petaling Jaya, Selangor.

9. PELAKSANAAN KAJIAN

9.1 Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, kami telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai tajuk lukisan unjuran ortografik dan telah membuat analisis terhadap masalah ini. Kami menggunakan pendekatan pemerhatian, soal selidik, temu bual dan menganalisis dokumen dalam membuat kajian ini.

9.1.1 Pemerhatian

Kami telah membuat pemerhatian semasa pembelajaran dan hasil kerja latihan yang murid berikan. Rata –rata murid tidak dapat melukis dan menterjemah lukisan ortografik dengan betul. Murid hanya dapat menterjemah objek asas sahaja

berbanding objek yang lebih kompleks.

(6)

Kami membuat borang soal selidik dan memberikannya kepada murid sebelum dan setelah selesai menjalankan kajian tindakan. Soal selidik ini berkaitan dengan minat tentang tajuk lukisan teknik, kefahaman dalam pembelajaran, keupayaan menterjemah dan melukis, pencapaian mendapat markah yang tinggi dan keinginan mendapatkan kemahiran belajar. Dengan ini, kami dapat membuat perbandingan tentang keberkesanan kaedah yang diperkenalkan.

9.1.3 Temu Bual

Temu bual kami lakukan ketika murid ingin menterjemah objek kepada lukisan unjuran ortografik untuk membuat kerja kursus. Sekiranya murid dapat menterjemah objek yang diberi, barulah mereka boleh melakukan amali kerja kursus. Oleh itu, kami dapat mengetahui minat dan tajuk yang selalu mereka ulangkaji.

9.1.4 Dokumen

Melalui dokumen pula, kami bersandarkan kepada ujian pra dan pos. Cara ini dapat mengesan pencapaian murid mengenai tajuk lukisan teknik. Dengan menggunakan soalan yang sama dalam jangka masa yang berbeza. Saya tidak memaklumkan kedua-dua hasil pencapaian murid. Dengan ini kesahan kaedah imaginasi ini dapat diukur kejayaan atau kelemahannya.

(7)

Berdasarkan kepada instrumen yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai tajuk lukisan unjuran ortografik, maka kami membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.

BIL MASALAH JUMLAH

1 Kurang tumpuan. 18%

2 Sikap malas. 7%

3 Tidak memahami arahan. 11%

4 Kurang keyakinan diri. 5%

5 Melakar/melukis tanpa meneliti objek 77%

6 Tiada bimbingan di rumah. 14%

9.3 Tindakan yang dijalankan

Model objek akan digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman murid. Jika hanya ditunjukkan secara visual sahaja agak rumit untuk diterangkan kepada murid. Beberapa contoh model digunakan daripada yang asas hingga yang kompleks bagi memperlihatkan peningkatan murid.

Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Tindakan seterusnya ialah :

i) Menunjukkan model objek yang asas seperti kubus dan kuboid. Murid akan melukis lukisan unjuran ortografik berdasarkan model objek yang dipamerkan.

ii) Sekiranya murid melepasi ujian yang pertama, kami akan menunjukkan model objek yang sederhana kompleks seperti seperti kon, sfera,

(8)

silinder dan piramid. Murid akan melukis lukisan unjuran ortografik berdasarkan model objek yang dipamerkan.

ii) Apabila murid telah melepasi kedua-dua ujian, kami akan menunjukkan model yang lebih kompleks seperti kerusi, meja, rumah dan kereta. Murid akan melukis unjuran ortografik berdasarkan model objek yang dipamerkan.

9.4 Dapatan kajian

Setelah semua aktiviti mengikut ujian yang dijalankan, kami dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran imaginasi pelajaran dalam melukis lukisan unjuran ortografik amat memuaskan terutamanya untuk ujian 1 dan 2. Berikut adalah dapatan daripada ujian yang telah dijalankan.

Ujian Tingkatan 2C

Ujian Pra Ujian Pos

Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Jumlah

Murid

18 15 10 18 16 13

Lulus 15 10 7 16 13 10

(9)

Ujian Tingkatan 2H

Ujian Pra Ujian Pos

Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Jumlah

Murid 18 12 7 18 14 9

Lulus 12 7 3 14 9 7

Gagal 6 5 4 4 5 2

9.5 Refleksi Kajian

Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Hasil daripada ujian pra dan pos juga menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dalam kalangan murid. Murid juga telah menunjukkan peningkatan mereka semasa melaksanakan kerja kursus dengan menepati masa dan piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, keputusan peperiksaan pertengahan tahun juga menunjukkan peningkatan kadar lulus dan gred bertambah.

10. CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang kami jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Kami bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru Kemahiran Hidup yang lain. Kaedah ini juga boleh kami gunakan untuk tajuk Lukisan Teknik Elektif Kemahiran Teknikal.

(10)

11. BIBLIOGRAFI DAN LAMPIRAN

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon (2003). Tip Pandai Belajar, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang.

Abd. Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia & Psikologi Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Mohd Sahandri Ghani bin Hamzah (1995). Kajian pertalian antara pencapaian akademik dengan penguasaan kemahiran kerja praktik dan konsep kendiri akademik di kalangan pelajar

Kemahiran Hidup Bersepadu.Thesis (Sarjana Pendidikan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

(11)

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1993). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: Kemahiran Hidup Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian deskriptif yang diadakan pada waktu bakti sosial wabah skabies di Dusun Gunung Pentul, Pengasih, Kulonprogo diperoleh hasil bahwa keadaan lingkungan di

Maka dengan ini kami mengundang Bapak/Ibu sebagai pemenang lelang kegiatan pekerjaan tersebut diatas untuk mengikuti Klarifikasi dan Negosiasi Teknis dan Biaya pada

• Kesesuaian media dan sumber belajar dengan SK, KD, Materi pelajaran, karaktristik media pembelajaran, tingkat perkembangan peserta didik, tingkat kemampuan guru, praktis

bercampur darah dari jalan lahir, keluar cairan berbau amis dari jalan lahirdan nyeri yang hebat dari pinggang menjalar keperut bagian bawah. Apabila ibu

Setelah diketahui pertumbuhan ekonomi nasional secara historis, maka digunakan untuk melakukan simulasi dampak pertumbuhan masing- masing sektor pertanian terhadap : (1)

Jamsostek secara signifikan terasosiasi sebagai lembaga yang memberikan layanan Perlindungan / Asuransi / Jaminan Sosial di seluruh kategori responden.?. Di sisi

Gedung H, Kampus Sekaran-Gunungpati, Semarang 50229 Telepon: (024)

Dalam bukunya yang berjudul “Il Principe”, ia menyatakan bahwa Monarki merupakan pemerintahan negara yang dipegang oleh seorang, yang dalam menjalankan kekuasaannya