• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Kps: sekolah dan persekitaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Kps: sekolah dan persekitaran"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER 1 2016/2017

KPS3014- PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

NUR AFIFAH BINTI KHALID

D20151070954

AT16-ISMP SAINS

ONG SUU WAN

D20151070971

AT16-ISMP SAINS

NOOR FATIHAH BINTI MOHD GHANI

D20151070982

AT16-ISMP SAINS

NUR AISAH BINTI ISMAIL

D20151070984

AT16-ISMP SAINS

NUR DINI SIDDIQAH BINTI MOHD ZURI

D20151070983

AT16-ISMP SAINS

NURUL FATIHAH BINTI MUSTAPHA

D20151070959

AT16-ISMP SAINS

KUMPULAN KULIAH: C

PENSYARAH: DR MOHD ARIFIN BIN GHAZALI

TARIKH SERAH:

PEMARKAHAN

(2)

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan

2.0 Objektif Kajian

3.0 Soalan Kajian

4.0 Kaedah Kajian

5.0 Latar belakang Kajian

6.0 Dapatan Kajian

7.0 Analisis SWOT

8.0 Rumusan

Bibliografi

Lampiran

1.0 Pengenalan

1.1 Sekolah

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu

(3)

pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibubapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah.

Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia menerima pendidikan secara tidak formal terawal melalui asuhan rumah dan pendidikan formal berkaitan keagamaan, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Pada zaman penjajahan Jepun, orang Tanah Melayu yang ingin bersekolah diwajibkan belajar Bahasa Jepun dan adat resam Jepun. Pada zaman penjajahan Inggeris, sekolah vernacular diperkenalkan, Orang Melayu, Cina dan India belajar di sekolah yang berbeza dan bahasa ibunda masing-masing digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas kemerdekaan, system pendidikan di Malaysia telah dibentuk berasaskan Laporan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1959) yang bertujuan untuk mewujudkan system pelajaran yang sama bagi kaum dan mencadangkan pendidikan percuma kepada semua pelajar sekolah.

1.2 Persekitaran

Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.

Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.

Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.

(4)

Mengapa sekolah harus berhubungan dengan masyarakat? Pentingkah hubungan antara sekolah dengan masyarakat? Ya, hal ini disebabkan sekolah adalah sebahagian yang integral dari masyarakat, ia bukan merupakan organisasi yang terpisah dari masyarakat. Sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat (pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara. Oleh itu, kemajuan sekolah dan kemajuan masyarakat saling berkolerasi, keduanya saling memerlukan. Dalam erti kata lain, sekolah ditubuhkan kerana masyarakat memerlukannya. Masyarakat harus membantu dan bekerjasama dengan sekolah agar apa yang dilaksanakan dan dihasilkan di sekolah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat. Mengenai tujuan hubungan sekolah dan masyarakat, menurut Elsbree dan McNally dikemukakan menjadi beberapa tujuan hubungan sekolah dan masyarakat sebagai berikut:

1. Mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak 2. Meningkatkan mutu kehidupan masyarakat

3. Memperbanyakkan penyertaan masyarakat 4. Memelihara kelangsungan hidup sekolah

5. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah yang bersangkutan. 6. Memperlancar proses belajar mengajar

7. Memperoleh dukungan dan bantuan dari masyarakat yang diperlukan dalam pembangunan dan pelaksanaan program sekolah.

8. Memajukan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

9. Memperoleh bantuan sekolah dalam membantu menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi:

i. Mengenalpasti persekitaran sekolah.

ii. Untuk mengetahui persepsi guru terhadap sekolah, pelajar dan persekitaran sekolah. iii. Untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap persekitaran sekolahnya.

iv. Untuk mengetahui sejauh mana hubungan sekolah dengan ibu bapa, masyarakat dan agensi luar.

(5)

i. Adakah sekolah merupakan tempat yang selamat dan selesa untuk pelajar menuntut ilmu pengetahuan?

ii. Adakah pelajar dan guru berpuas hati dengan persekitaran sekolah?

iii.Adakah hubungan yang baik terjalin antara sekolah, masyarakat dan ibubapa?

4.0 Kaedah Kajian

Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Kepelbagaian kaedah adalah bertujuan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat, jelas dab benar. Kaedah yang kami gunakan adalah kaedah pemerhatian, temubual dan perbincangan kumpulan. Kami tidak menggunakan kaedah soal selidik kerana data yang akan dapat mungkin tidak jelas dan terlalu umum.

4.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama semua ahli kumpulan. Kami telah melawat di sekitar sekolah dan persekitaran kawasan kajian. Melalui kaedah ini, kami telah mendapat gambaran yang jelas mengenai kajian kami. Kaedah ini juga digunakan adalah untuk memastikan kawasan kajian yang dikaji menepati cirri-ciri yang kami perlukan dalam kajian kami.

4.2 Temubual

Temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi antara dua pihak atau lebih iaitu antara penemu bual dengan pihak yang ingin ditemu bual. Temubual ialah kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada responden secara mendalam. Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Dalam kajian ini, kami telah menemubual enam orang responden. Semua responden memberikan maklumat yang jelas dan baik untuk membantu kajian kami.

4.3 Perbincangan Kumpulan

Berdasarkan kajian ini, perbincangan antara ahli kumpulan amat penting untuk memperoleh maklumat dan mencapai satu kata sepakat dalam membuat kajian. Hal ini juga penting untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan di akhir kajian ini.

5.0 Latar Belakang Kajian

(6)

Kajian di sebuah sekolah menengah harian iaitu SMK Darul Ehsan, Selayang, telah dijalankan Selangor pada 17 Oktober 2016, hari Isnin.

SMK Darul Ehsan dipilih menjadi tempat kajian kerana lokasinya yang senang dicari dan terdapat perkhidmatan bas kesekolah di sekolah tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan (SMK DE) merupakan sebuah sekolah menengah harian yang ditubuhkan pada tahun 1995. Ia terletak di Selangor, Selayang Baru. SMK DE dikelilingi oleh sekolah menengah dan sekolah rendah yang lain juga. Di sebelah kiri SMK DE ialah SMK Selayang Baru dan di sebelah kanan SMK DE ialah SJK(c) Selayang Baru. Selain itu, terdapat sebuah Masjid terletak 500m daripada SMK DE. Di hadapan SMK DE mempunyai beberapa kedai runcit, kedai alat tulis, kedai buku dan kedai haiwan. Di sekeliling SMK DE merupakan kawasan perumahan. Visi SMK DE ialah Pendidikan Berkualiti InsanTerdidik Negara Sejahtera. Misi SMK DE ialah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”.

5.1 Latar Belakang Sampel

Seramai 6 orang sampel telah memberikan maklum balas terhadap temu bual yang kami jalankan . Pemilihan sampel adalah secara rawak yang terdiri daripada seorang guru kaunseling. Seorang guru biasa, seorang pengawal keselamatan dan 3 orang pelajar tingkatan enam atas. Sampel adalah terdiri daripada 4 orang perempuan dan dua orang lelaki. Hasil temu bual kami sangat berkait rapat dengan objektif kajian yang kami tetapkan. Kesemua sampel memberikan respon secara terbuka dan memberikan kerjasama yang baik semasa kami mengemukakan soalan.

6.0 Dapatan Kajian

(7)

Sampel pertama yang kami temu bual adalah merupakan seorang guru kaunseling di SMK Darul Ehsan. Guru kaunseling tersebut bernama Puan Solihah Binti Saleh. Beliau telah bertugas selama 9 tahun dan telah berkhidmat selama 3 tahun di SMK Darul Ehsan. Sekolah pertama beliau selepas mendapat tempat sebagai guru adalah di SMK Rawang pada tahun 2007.

Kami telah mengemukakan beberapa soalan kepada beliau mengenai sekolah dan persekitarannya. Beliau memberikan respons yang sangat baik dan bersemangat untuk berkongsi maklumat dengan kami. Sebelum itu, beliau menerangkan skop tugas sebagai seorang guru kaunselor iaitu pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid, psikososial dan kesejahteraan diri murid, pengurusan profil murid, pendidikan pencegahan, konsultasi keibubapaan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan tambahan skop adalah pengurusan serta pentadbiran sekolah.

Menurut pandangan beliau mengenai pengetua sekolah, beliau menyatkan bahawa pengetua sekolah tersebut sangat mementingkan keceriaan persekitaran sekolah berada di dalam keadaan yang baik. Beliau merancang dengan baik tentang cara penyelenggaraan sekolah demi memastikan pelajar-pelajar dapat belajar dengan selesa dan mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Sebagai contoh yang melalui temu bual dan pemerhatian kami, pengetua di tempat kajian kami telah memperuntukkan wang untuk menceriakan persekitaran sekolah dengan mengecat pagar sekolah agar kelihatan lebih ceria. Perkara ini dilihat sebagai perkara biasa tetapi impaknya sangat besar lebih-lebih lagi tentang kehadiran pelajar ke sekolah kerana mereka berasa seronok untuk belajar dengan persekitaran sekolah yang selesa untuk belajar. Beliau juga telah meminta pekerja kebersihan menyelenggara kawasan yang terbiar di hadapan bilik rawatan sehingga tampak lebih bersih dan indah untuk dipandang. Tambahan pula, ada satu laluan untuk ke bilik kaunseling ini, terdapat sebuah galeri penyimpanan piala yang baru sahaja dibuat pada tahun ini kerana sebelum ini piala-piala tersebut tersembunyi. Segala pencapaian telah dipamerkan disitu bagi membolehkan orang luar

(8)

seperti pelawat untuk melihatnya dan memberikan persepsi yang positif terhadap sekolah tersebut. Secara tidak langsung, memalaui pameran piala-piala tersebut akan menaikkan semangat pelajar yang lain untuk berusaha mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang tidak kira dari segi kurikulum atau kokurikulum. Sebaik-baiknya, pelajar perlu seimbang antara bidang kurikulum dan kokurikulum kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dalam semua spek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pelajar perlulah berusaha untuk maju hingga mencapai hasrat tersebut bagi memnuhi hasrat pendidikan di negara kita.

Seterusnya, kami mengajukan soalan mengenai hubungan sekolah dengan agensi luar terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO). Puan Solihah menyatakan bahawa sekolah tersebut telah banyak menjalankan kerjasama dengan agensi luar termasuk dengan Wilayah Barat. Antara program yang telah dilaksanakan adalah Pameran Mini Kerjaya yang telah dihadiri oleh kole-kolej dan universiti di Malaysia. Program itu telah diselenggara sendiri oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sendiri kerana pendidikan kerjaya murid merupakan skop tugas utama bagi guru kaunseling di sekolah.

Selain itu, sampel kami iaitu Puan Solihah telah menjawab objektif kajian kami iaitu untuk mengetahui hubungan sekolah dengan persekitaran termasuklah ibu bapa dan masyarakat. Ia juga dikenali sebagai Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas, Sarana Ibu Bapa merupakan kumpulan sokongan ibu bapa yang berperanan menambah baik prestasi akademik sekolah serta mempergiat lagi aktiviti di luar bilik darjah pada masa depan. Konsep Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah seumpama ini sebenarnya telah lama dijalankan di negara maju dalam memastikan taraf pencapaian akademik dan prasarana (kemudahan) sekolah mencapai standard yang baik serta membantu mendapat bantuan kewangan daripada pihak swasta dalam pelbagai aktiviti sekolah. Inisiatif Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah itu terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Contoh kerjasama yang telah dijalankan adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Majlis Penetapan Target untuk Pelajar Tingkatan 3 dan 4, di mana ibubapa datang bagi menyaksikan anak-anak mereka berikrar. Sambutan dan kehadiran ibu bapa ke sekolah sangat baik lebih-lebih lagi yang melibatkan pengambilan keputusan peperiksaan walaupun terdapat sistem untuk menyemak keputusan berdasarkan atas talian. Pada masa tersebut, ibu bapa akan menanyakan perkembangan anak-anak mereka, sahsiah dan displin mereka di sekolah. Secara tidak langsung, hubungan sekolah dengan persekitaran termasuklah ibu bapa dan masyarakat akan lebih erat untuk memastikan kecemerlangan pelajar.

Di samping itu, pihak sekolah juga telah menjalankan hubungan di sekitarnya termasuk masyarakat di kawasan sekolah itu sendiri. Masyarakat di sekitar sekolah tersebut dibenarkan untuk menggunakan kemudahan yang sekolah ada seperti dewan dan padang untuk kegunaan komuniti. Namun mereka perlulah meminta kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu bagi menjamin keselamatan bersama.

(9)

Mengenai kemudahan atau prasarana sekolah pula, beliau menyatakan bahawa semua berada di dalam keadaan yang baik. Pihak sekolah telah menyediakan inisiatif dengan menyediakan satu buku kawalan sebagai laporan untuk memastikan jika ada sebarang kerosakan peralatan di sekolah. Di dalam bilik darjah pula telah mengamalkan pembelajaran abad ke-21, di mana susun atur meja di temgah dan di tepi ada perbezaan. Susun atur ini dilaksanakan di dalam kelas yang kurang pintar. Untuk kelas yang hujung juga, pihak sekolah telah melaksanakan sistem “hand sign” bila mana cikgu mengangkat tangan bererti para pelajar dikehendaki diam dan juga sistem“traffic light card” yang mempunyai 3 warna, merah tanda tidak faham, dan jika pelajar faham, pelajar diminta untuk mengangkat kad yang berwarna hijau. Paling terkini adalah, ‘gallery work’ dimana murid akan menampal hasil kerja mereka di ruang belakang kelas ataupun di luar kelas, dan terdapat juga tempat persoalan sekiranya ada soalan berkaitan pembelajaran akan ditampal disitu. Semua guru telah sedia maklum tentang pembelajaran abad-21 ini yang lebih mementingkan kecemerlangan pelajar dalam menuju Wawasan 2020. Aktiviti pembelajaran abad ke-21 ini telah menampakkan hasil yang positif di sekolah tersebut kerana ada pelajar yang telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dalam pelajarannya.

ii. Hasil temubual yang dijalankan kepada seorang pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan yang telah kami temubual bernama Mokhtar bin Awang yang berasal daripada Kedah. Beliau berumur 52 tahun dan telah bertugas di sekolah tersebut selama 2 tahun. Kami telah mengemukakan soalan yang mudah kepada beliau bagi membantu kajian kami terhadap sekolah dan persekitaran. Menurut pandangan beliau, persekitaran sekolah sangat mempengaruhi sesebuah sekolah. Di persekitaran sekolah tersebut terdapat berbagai kemudahan seperti pusat membeli belah, kedai-kedai, sekolah lain dan sebagainya. Mengikut pandangan beliau, faktor tersebut tidak menberi kesan negatif kepada pelajar di situ. Peranan pengetua sebagai pemimpin tertinggi sangat berkesan di mana pengetua menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan mengamalkan sikap bertimbang rasa kepada semua termasuklah pengawal keselamatan itu sendiri. Menurut beliau, layanan pengetua dan guru-guru terhadap semua pengawal keselematan di sekolah tersebut sangat baik dan mereka

(10)

menghormati pekerja-pekerja di situ sama rata tanpa mengira status pekerjaan mereka di situ. Hal ini sangat penting dalam sesuatu organisasi sekolah untuk menentukan hala tuju sekolah kearah yang lebih baik.

Kami juga mengajukan soalan tentang sikap pelajar dengan pengawal keselamatan. Beliau menyatakan bahawa ada sestengah daripada mereka bersikap kurang sopan dan tidak menghormati mereka sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sekolah. Seperti kemalangan maut baru-baru ini awal bulan September 2016, kejadian jam 7.20 pagi di Teluk Medan Bagan Serai yang melibatkan seorang murid sekolah dilanggar oleh sebuah lori di hadapan sekolah. Melihat kepada perkara ini, perlunya hubungan yang baik antara pelajar dan pengawal keselamatan kerana hubungan yang baik akan memudahkan sesuatu perkara untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Keselamatan di persekitaran sekolah penting untuk memudahkan sesi pembelajaran dan membina suasana yang ceria dan harmoni. Namun , beliau menyatakan bahawa secara keseluruhannya adalah bersikap baik dan menghormati mereka.

iii. Hasil temubual dengan seorang pelajar perempuan tingkatan enam terhadap

persekitaran sekolahnya

Pelajar yang kami temu bual adalah bernama Siti Zuhairah Binti Abdul Rahman. Pelajar tersebut berumur 18 tahun dan belajar di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan (SMK DE).

(11)

Apabila kami bertanya tentang persekitaran dan kemudahan sekolahnya, pelajar tersebut memberitahu bahawa keadaan bilik darjah dalam keadaan baik-baik sahajadan proses pengajaran dan pembelajaran selesa untuk dijalankan tanpa sebarang masalah. Pelajar tersebut juga berkata bahawa kebanyakan guru masuk ke dalam kelas tepat pada waktunya dan hanya segelintir guru sahaja yang lewat daripada masa yang dijadualkan, Namun, apabila kami bertanya tentang kehadiran guru ganti, jawapan pelajar tersebut ialah kebiasaanya tiada guru ganti kerana bilangan guru terlalu sedikit, Suasana di dalam kelas juga sesuai untuk proses pembelajaran dan hamper semua pelajar di dalam kelas focus semasa guru sedang mengajar.

Pelajar tersebut juga telah member pandangan tentang kemudahan sekolah dan berharap agar tandas di sekolah tersebut diperbaiki. Hal ini kerana kadang-kadang tandas tiada air dan terdapat tandas yang rosak. Kantin juga dikatakan terlalu jauh namun hal tersebut tidak menjadi satu kesusahan kepada pelajar tersebut dan kawan-kawannya

iv) Hasil temubual dengan seorang pelajar lelaki tingkatan enam terhadap persekitaran

sekolahnya.

Pelajar yang kami temu bual adalah bernama Muhammad Fikri bin Zaiman. Pelajar tersebut berumur 18 tahun dan belajar di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan (SMK DE). Kami telah menemubual pelajar ini tentang persekitaran sekolah dan kemudahan sekolah. Pelajar ini memberitahu bahawa keadaan bangunan sekolah baik begitu juga kemudahan kerusi dan meja tetapi kurang baik terhadap pengudaraan di dalam kelas. Apabila kami bertanya tentang kehadiran guru ganti, jawapan pelajar tersebut ialah kebanyakan guru ganti masuk ke dalam kelas malah terdapat

(12)

banyak kelas tambahan yang dilakukan jika ada masa terluang. Suasana di dalam kelas juga sesuai untuk proses pembelajaran dan hampir semua pelajar di dalam kelas focus semasa guru sedang mengajar. Suasana di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran agak terganggu kerana pelajar bising disebabkan perbincangan.

Pelajar ini telah memberi cadangan supaya tempat parker kereta ditambahkan di dalam kawasan sekolah untuk keselamatan kenderaan bagi para pelajar kerana tempat kawasan parkir kereta tidak lagi dibuat semenjak semester lepas.

v) Hasil temubual dengan seorang pelajar permpuan tingkatan dua terhadap

persekitaran sekolahnya.

Pelajar yang kami temubual berumur 14 tahun dan belajar di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Temubual ini diambil melalui rakaman suara.

Kami menemubual pelajar ini mengenai persekitaran sekolah, kemudahan sekolah dan suasana di dalam bilik darjah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila kami bertanya mengenai kehadiran guru ganti dan ketepatan waktu guru tersebut masuk ke dalam kelas, pelajar tersebut memberitahu bahawa kebanyakan guru ganti masuk menggantikan kelas yang telah dijadualkan kepada mereka tetapi ada juga guru yang tidak menjalankan tanggunggjwab tersebut. Pelajar itu juga turut menceritakan suasana belajar di dalam kelas dimana pelajar bising mengikut situasi iaitu adakala mereka bising kerana berbincang dan ada juga bising bermain sesama sendiri. Dari segi keselesaan, kejelasan suara guru dan kemudahan di dalam kelas pula, pelajar ini dapat menyatakan keselesaan ketika belajar baik-baik sahaja, manakala suara cikgu yang mengajar juga jelas dan kemudahan sepeti meja, kerusi dan kipas juga tiada masalah. Namun, ada sedikit lubang pada lantai yang mungkin akan membahayakan pelajar.

Antara cadangan penambahbaikan yang dapat diperolehi daripada pelajar ini adalah pelajar ini memberitahu bahawa sekolah tersebut perlu menyediakan sebuah loker simpan buku untuk setiap pelajar supaya pelajar tidak perlu membawa beg yang berat dari pagi sehingga petang di sekolah. Selain itu, pelajar ini turut memberi cadangan agar kebersihan tandas di sekolah tersebut dapat ditingkatkan lagi. Bukan itu sahaja, di kantin pula pelajar ini mengharapkan pihak sekolah agar dapat memperbanyakkan lagi kerusi dan meja dan meluaskan kawasan makan di kantin agar pelajar tidak lagi perlu makan di tempat lain seperti di tepi longkang dan sebagainya.

(13)

Guru yang kami temubual bernama Puan Suaina. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar subjek sejarah untuk pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam bawah serta enam atas. Beliau telah berkhidmat selama 23 tahun sebagai seorang guru.

Kami bertanyakan tentang peranan pengetua dalam menceriakan persekitaran sekolah. Menurut pemerhatian beliau, pengetua iaitu organisasi yang tertinggi di sekolah sentiasa memantau dan mengingatkan cikgu-cikgu. Beliau juga sentiasa memberi sokongan padu jika ada program yang dilakukan oleh cikgu atau persatuan atau pelajar sekolah untuk mencantikkan sekolah dan persekitaran sekeliling . Mengenai hubungan sekolah dengan pihak luar pula, menurut pandangan beliau menyatakan bahawa pihak sekolah sememangnya selalu mempunyai aktiviti bersama dengan komuniti dan masyarakat, PIBG atau NGO seperti MNS yang berkaitan dengan kelab alam sekitar. Berkaitan dengan hubungan luar, ada juga program yang sampai hingga ke peringkat antarabangsa, dan pihak sekolah juga ada menerima lawatan daripada wilayah Barat iaitu Indonesia.

Hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa juga terjalin dengan erat. Sarana ibubapa, dimana ibubapa ada memberi sokongan selain daripada melalui PIBG. Ibu bapa ada memberi bantuan jika ada apa-apa yang berlaku seperti menjadi jurulatih secara sukarela. Hubungan pihak sekolah dengan masyarakat di sekitarnya juga sangat baik. Hal ini di mana masyarakat dan komuniti di sekitar sekolah boleh menggunakan prasarana sekolah seperti dewan. Tetapi, mereka perlulah melalui prosedur terlebih dahulu seperti meminta kebenaran daripada pengetua sekolah untuk tujuan keselamatan.

7.0 Analisis SWOT

7.1 Strengths (kekuatan)

(14)

Sekolah menengah kebangsaan Darul Ehsan mempunyai banyak kelebihan dari segi kekuatan mereka. Salah satunya adalah dari pihak pengetua mereka sendiri. Mereka mempunyai pengetua yang bijak dan bergiat aktif serta membuat perancangan yang sistematik. Salah satu usaha beliau dalam menceriakan sekolah adalah memperuntukkan biaya untuk menceriakan persekitaran sekolah dengan mengecat pagar sekolah. Walaupun ianya tampak kecil namun sebenarnya member impak yang besar kepada pihak sekolah itu sendiri terutamanya para pelajar. Hal ini kerana ianya dapat membantu menaikkan lagi semangat mereka untuk hadir ke sekolah. Selain itu, terdapat juga satu sudut keceriaan baru iaitu galeri piala dimana kesemua hasil pencapaian sekolah itu dipamerkan. Sekolah ini juga mempunyai satu keunikan, dimana terdapatnya seorang kerani yang dikhaskan untuk memantau kerosakan sama ada di dalam mahupun luar kelas. Hal ini penting kerana ianya akan dapat membantu memastikan persekitaran yang selesa untuk para pelajar dan guru-guru. Pengetua sekolah ini juga sangat prihatin kepada kakitangannya seperti yang disuarakan oleh pegawai keselamatan melalui dapatan kajian kami. Bukan itu sahaja, kekuatan yang mereka punyai, bahkan sarana ibu bapa juga menjadi ‘strengths’ sekolah ini kerana mereka member kerjasama yang sangat baik. Salah satu program yang sering mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa adalah majlis penetapan target untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.

7.2 Weakness (kelemahan)

Antara kelemahan yang terdapat di sekolah ini adalah persekitaran yang bising semasa ketiadaan guru. Hal ini paling ketara apabila ketiadaan guru kerana kebanyakan masa ganti guru, tiada guru yang masuk untuk menggantikan disebabkan kekurangan bilangan guru di sekolah ini. Namun begitu, terdapat percanggahan mengenai perkara ini, kerana terdapat perbezaan respon daripada responden kami. Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa memang ada guru yang masuk untuk menggantikan guru yang tiada. Oleh itu, kami menyimpulkan bahawa, mungkin ada beberapa orang guru yang memang tidak menjalankan tugas seperti yang telah ditetapkan. Selain itu, kekangan kawasan yang menyebabkanmereka terpaksa berkongsi fasiliti sekolah seperti padang dan dewan. Di samping itu, terdapat juga segelintir pelajar yang bersikap kurang sopan terhadap pengawal keselamatan seperti yang disuarakan sendiri oleh salah seorang pihak keselamatan yang bertugas ketika kami menjalankan kajian ini.

7.3 Opportunities (peluang)

Sekolah ini juga mempunyai banyak peluang dalam meningkatkan dan memajukan sekolah mereka. Mereka bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan dua hala dengan pihak luar, malahan mereka juga dapat menjalankan hubungan ianya merupakan hubungan dengan pihak luar Negara. Sekolah mereka telah mendapat kerjasama daripada sekolah wilayah barat iaitu negara Indonesia dimana mereka telah terlibat dengan program pertukaran pelajar. Hal ini member kesan positif disamping mempelbagaikan lagi suasana persekitaran sekolah ini. Bukan itu sahaja, mereka juga manjalankan kerjasama dengan

(15)

agensi luar seperti pihak kolej dan universiti. Pihak sekolah, unit kaunseling khususnya, telah menyediakan ‘booth’ bagi membolehkan mereka mempamerkan institusi masing-masing. Para pelajar berpeluang untuk meengetahui dengan lebih lanjut berkaitan institusi yang berada di dalam negara kita. Hal ini penting bagi membantu mereka memilih pendidikan mereka di masa hadapan. Dalam pada itu, sekolah ini berpotensi mengadakan persekitaran yang kondusif dengan mengamalkan pembelajaran abad ke-21 seperti yang telah diamalkan oleh kebanyakan sekolah di luar negara. Antara contoh pembelajaran ini adalah susun atur meja yang berlainan, menggunakan sistem ‘hand-sign’, ‘traffic-light card’dan gallery work. Pembelajaran ini member kesan positif kepada pelajar khususnya untuk pelajar kelas belakang diimana mereka menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik. Sesuailah sekiranya pembelajaran seperti ini diadakan bagi meningkatkan pendidikan di negara kita. 7.4 Threats (ancaman)

Meskipun sekolah ini mempunyai banyak kekuatan dan juga peluang, namun begitu terdapat juga beberapa ancaman yang dihadapi di sekitar sekolah ini. Disebabkan oleh deretan bangunan yang berdekatan, ianya member impak yang besar kepada pihak sekolah itu sendiri. Antara perkara yang paling ketara impaknya adalah, kekurangan tempat parkir kereta khususnya untuk para pelajar. Mereka terpaksa memarkir kenderaan mereka di luar kawasan sekolah dan ianya mengakibatkan jalanraya di luar kawasan sekolah bertambah sempit serta mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang juga berpunca daripada kenderaan ibu bapa yang terpaksa menurunkan anak-anak setakat di hadapan pintu pagar sekolah .Tambahan pula, ianya mengancam keselamatan para pelajar. Sekiranya para pelajar keluar daripada kawasan sekolah, mereka akan terus berada di kawasan jalan raya yang menjadi laluan kebanyakan kereta. Dalam hal ini, pihak keselamatan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan para pelajar terjamin.

8.0 Rumusan

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa faktor terbesar yang dinyatakan oleh responden kumpulan pelajar terhadap sekolah dan persekitaran adalah peranan

(16)

sebagai guru kurang diambil berat kepada pelajar dan kelas terutamanya semasa pengantian guru ganti tiada dan kelas bising walaupun semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku. Dapat dilihat di sini, masih terdapat guru yang mengambil ringan tentang hal ini. Perkara ini perlu diambil langkah proaktif oleh pengetua dan rakan-rakan guru yang lain bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar dan sekaligus menaikkan nama sekolah. Kami percaya jika perkara-perkara berkaitan sekolah dan persekitaran pelajar dan sekolah dapat dijalankan dengan lancar maka suasana P&P yang harmoni dapat diwujukan. Para pelajar juga akan mudah untuk memberi kerjasama dalma menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pembelajaran mereka sekaligus dapat meningkatkan prestasi mereka dalam kecemerlangan akademik yang diingini.

Selain itu, apabila kita melihat faktor persekitaran sekolah yang merupakan persekitaran yang dikelilingi jalan raya besar, tiga buah sekolah yang berdekatan dan deretan bangunan peniaga kecil-kecilan terdapat bebrapa masalah yang telah dinyatakan seperti kekurangan ruang untuk meletak kenderaan dan fasiliti seperti padang dan dewan. Hal ini kerana dewan mereka perlu berkongsi dengan tiga buah sekolah dan memerlukan prosedur untuk melakukna aktiviti yang melibatkan dewan manakala kawasan sekeliling di lihat agak merbahaya bagi pelajar ekoran daripada jalan yang sibuk dengan lalu lintas kereta dan ruang letak kenderaan lebih tertumpu kepada luar kawasan sekolah. Pihak sekolah perlu sedar akan keselamatan pelajar agak terganggu ekoran daripada masalah kekurangan ini dan mengambil tindakan inisiatif dalam mengetengahkan masalah ini ke arah lebih serius bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagi pelajar itu sendiri, mereka tidak salahkan guru semata-mata dalam kebisingan situasi kelas kerana meraka sedar yang tugas guru pada ketika ini sangat mencabar. Maka, mereka berpendapat masih ada perkara-perkara yang guru lakukan sekarang perlu dikekalkan bagi mencapai objektif dan pencapaian pelajarnya dan mereka sedar bahawa kekangan yang berlaku di persekitaran sekolah tidak dapat dielakkan dengan jangka masa yang pendek dengan ruang persekitaran yang terhad untuk mereka.

Respon daripada responden dalam kumpulan guru pula dalam peranan guru besar bagi menceriakan kawasan sekolah sangat bergiat aktif dengan mempunyai hubungan dua hala iaitu hubungan antarabangsa dengan Indonesia dengan menerima pertukaran pelajar Indonesia ke sekolah ini. Selain itu, hubungan dengan komuniti dan masyarakat dalam menceriakan kawasan sekolah dan alam sekitar. Malahan guru besar juga melantik khas seorang guru untuk menguruskannya. Di sini dapat dilihat perancangan yang sangat sistematik yang dilakukan oleh guru besar bagi melancarkan sesuatu tugas yaang dijalankan dengan melaksanakan perancangan yang teliti.

Seterusnya, respon daripada guru dan pengawal keselamatanmengenai hubungan mereka dengan guru besar sangat baik ekoran guru besar yang seorang yang sentiasa memberi support dalam

(17)

melaksanakan sesuatu aktiviti. Hal ini menunjukkan bahawa keprihatinan orang atasan terhadap orang bawahan sangat dipuji dan menjadi sebagai contoh yang perlu diikuti.

Di samping itu, bagi komitmen ibubapa yang telah para responden daripada guru nyatakan adalah respon yang sangat memberansangkan dengan tindakan ibubapa dalammemberikan kerjasama dengan pihak sekolah mengenai anak-anak mereka dan hal-hal berkait dengan aktiviti sekolah. Ibubapa sungguh memberikan perhatian terhadap perkembangan dan kebajikan anak mereka. Hal ini sangat terpuji kerana dapat meningkatkan rasa kasih sayang antara anak dan ibubapa sekaligus hubungan rapat dengan pihak sekolah. Sebagai seorang yang bergelar ibubapa harus memberikan contoh teladan yang positif terhadap anak-anak mereka bagi melahirkan modal insan yang berguna suatu hari nanti dan sangat mempengaruhi mereka dalam perkembangan mereka meningkat dewasa menjadi insan yang berkualiti untuk masa depan mereka sekaligus pemimpin untuk negara kita Malaysia.

Manakala responden daripada kumpulan pengawal keselamatan mengenai hubungan mereka dengan guru di sekolah ini sangat baik dan tiada masalah. Di sini dapat dijelaskan mereka menghormati antara satu sama lain walau berbeza pangkat. Hal ini dapat dilihat melalui persekitaran yang telah terlatih dengan teladan yang ditunjukkan oleh guru besar sekolah ini berikan dengan menghormati semua orang bawahannya dan memberikan kerjasama yang sama dengan orang-orang bawahan lakukan. Bagi layanan para pelajar pula terhadap pengawal keselamatan adalah sangat kurang sopan bagi segelintir pelajar. Hal ini menunjukkan nilai hormat-menghormati antara satu sama masih lagi tidak diterapkan meluas dalam kalangan pelajar dan ini juga membuktikan bahawa nilai murni dan moral perlu diambil berat bagi melatih pelajar untuk menjadi modal insan yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani.

(18)

Temu bual dengan Pn. Solehah di SMK Darul Ehsan Nama : Solehah binti Saleh

Guru: Kaunselor

Pengalaman mendidik : 9 tahun

Pelajar UPSI : Selamat sejahtera, nama saya Ong Suu Wan dari UPSI. Saya pelajar sains dan kursus saya ada pendidikan, jadi saya mengambil subjek pengurusan pembelajaran. Oleh itu, saya ingin menemu bual cikgu berkaitan sekolah dan pembelajaran. Boleh tak cikgu memperkenalkan diri terlebih dahulu?

Guru : Nama saya Solehah binti Saleh. Saya guru kaunseling, dan ini merupakan tahun ketiga saya di sekolah ini. Saya ditugaskan menjaga pelajar tingkatan 3, dari segi menguruskan akademik, sahsiah dan juga kesejahteraan mental. Guru kaunseling ada empat skop tugas, tambahan yang satu lagi adalah pengurusan dan pentadbiran.

Pelajar UPSI : Berapa lamakah cikgu berkhidmat sebagai tenaga pendidik? Guru : Saya pertama kali ‘posting’, 2007 di SMK Rawang.

Pelajar UPSI : Beralih kepada soalan topic kita. Pada pendapat cikgu, apakah peranan guru besar dalam menceriakan sekolah?

Guru :Baiklah, ini berdasarkan apa yang saya tahu, beliau masuk sekolah ini pada tahun 2014 dan merupakan seorang guru cemerlang. Antara peranan yang beliau mainkan adalah sebagai contoh, pagar sekolah dengan memperuntukkan untuk menceriakan lagi pagar dengan mengecat. Selain itu beliau juga meminta pekerja kebersihan menyelenggara kawasan yang terbiar di hadapan bilik rawatan sehingga tampak bersih dan ceria. Tambahan pula, ada satu laluan untuk ke bilik kaunseling ini, terdapat sebuah galeri penyimpanan piala yang barusaha jadi buat pada tahun ini kerana sebelum ini piala-piala tersebut tersembunyi. Segala pencapaian dipamerkan disitu bagi membolehkan orang luar seperti pelawat untuk melihatnya, bagi persepsi yang positif terhadap sekolah ini. Banyak lagilah beliau menambah baik prasarana di sekolah.

Pelajar UPSI : Ok baiklah, soalan seterusnya. Adakah guru besar menjalankan hubungan dua hala dengan agensi luar?

Guru :Terlalu banyak sebenarnya dan pada keseluruhan memang baik. Contohnya, sekolah ini telah menjalinkan hubungan antarabangsa iaitu dengan wilayah barat, agensi luar.

(19)

Pelajar UPSI : Apakah contoh-contoh aktiviti yang pernah dijalankan daripada agensi luar tersebut seperti yang puan maklumkan tadi.

Guru : Kebanyakannya aktiviti diambil oleh UBK sendiri, contoh aktiviti mini kerjaya dan membuka ‘booth’ dan wakil beberapa kolej akan datang. Selain itu ada program MLS untuk murid pra-U.

Pelajar UPSI :Bagaimanakah pula komitmen yang diberikan oleh ibubapa terhadap program yang dijalankan oleh pihak sekolah, sarana ibu bapa?

Guru : Sarana ibubapa juga banyak, contoh PIBG, majlis penetapan target untuk pelajar tingkatan 3 dan 4, di mana ibubapa datang bagi menyaksikan anak-anak mereka berikrar. Sambutan dari mereka sangat positif. Lagi yang melibatkan sarana ialah hari terbuka, untuk ambil keputusan peperiksaan memang ramai walaupun terdapat system untuk menyemak keputusan berdasarkan atas talian. Pada masa tersebut, ibu bapa akan menanyakan perkembangan anak-anak mereka, sahsiah dan displin mereka di sekolah.

Pelajar UPSI :Seterusnya, bagaimanakah situasi murid di dalamkelas semasa proses pembelajaran? Adakah mereka selesa berada di dalam kelas?

Guru : Setakat ini tiada yang negatif daripada pelajar sebabnya mereka sememangnya datang untuk belajar.

Pelajar UPSI : Adakah keadaan kelas selesa untuk menjalankan proses pembelajaran? Kemudahan seperti kipas ke, mungkin sesekali tidak berfungsi?

Guru : Setakat ini selesa sebab kita akan ada buku kawalan untuk memastikan jika ada sebarang kerosakan akan dilaporkan. Di pejabat terdapat satu kerani yang akan menyelenggara. Kelas sekarang juga melaksanakan pembelajaran abad-21. Contohnya, susunatur meja di tengah dan juga di tepi, ada banding beza. Kebiasaannya untuk kelas yang kurang sedikit. Lagi satu, kita panggil, ‘hand sign’ bila mana cikgu mengangkat tangan bererti para pelajardikehendaki diam dan juga ‘traffic light card’ yang mempunyai 3 warna, merah tanda tak paham, dan kalau paham semua angkat hijau. Paling terkini adalah, ‘gallery work’ dimana murid akan menampal hasil kerja mereka di ruang belakang ataupun di luar kelas, dan terdapat juga tempat persoalan sekiranya ada soalan berkaitan pembelajaran, akan ditampal disitu. Guru-guru juga sedia maklum tentang pembelajaran abad-21 ini.

Pelajar UPSI :Bagaimanakah hasil daripada pembelajaran ini? Positif?

(20)

Pelajar UPSI :Adakah kemudahan sekolah seperti dewan, padang dan gelanggang boleh di pinjam untuk kegunaan bersama?

Guru : Padang di sekolah ini dikongsi dengan sekolah sebelah, dan untuk dewan memang boleh dugunakan oleh orang luar.

Pelajar UPSI : Ok soalan terakhir, adakah masyarakat luar menyalurkan derma untuk projek dan pembangunan sekolah?

Guru : Hal ini lebih kepada PIBG, setiap satu keluarga pelajar akan dikenakan bayaran PIBG sebanyak RM 150.

Pelajar UPSI :Sekian itu sahaja daripada kami. Terima kasih atas kerjasama cikgu.

Temubual : Pengawal Keselamatan

Pelajar UPSI : Selamat pagi Encik Pengawal keselamatan : Selamat pagi saudari.

Pelajar UPSI : Baiklah, kami daripada UPSI ingin membuat kajian tentang sekolah dan persekitatan. Sebelum itu, bolehkah encik memperkenalkan diri encik terlebih dahulu?

Pengawal Keselamatan : Boleh. Nama saya Mokhtar bin Awang. Berasal daripada Kedah dan berumur 30 tahun.

Pelajar UPSI : Terima kasih Encik kerana sudi memperkenalkan diri. Baiklah, kami ingin memulakan sesi temubual ini. Soalan pertama, bagaimanakah layanan pengetua terhadap encik sebagai pengawal keselematan?

Pengawal Keselematan: Layanan pengetua sangat baik. Pendek kata, pengetua sporting dan boleh bertimbang rasa dengan kami.

Pelajar UPSI : Bagaimana pula layanan guru dengan pengawal keselamatan? Pengawal Keselamatan: Baik juga, tiada masalah.

Pelajar UPSI : Bagaimana pula adab pelajar di sekolah ini dengan pengawal keselamatan?

Pengawal keselamatan : Ada sesetengah daripada mereka yang berpelakuan kurang sopan terhadap kami. Secara keseluruhannya, baik juga. Tiada masalah.

(21)

Pelajar UPSI : Baiklah encik. Itu sahaja soalan daripada kami. Terima kasih kerana memberikan respons yang baik.

Pengawal keselamatan : Sama-sama.

Temu Bual (Pelajar Tingkatan Enam Perempuan).

Pelajar UPSI : Guru ganti ada masuk ke tak kelas ganti atau tidak? Ke guru ganti masuk lewat?

Pelajar 3 : Kebiasaannya guru ganti tiada yang masuk keranabilangan guru yang sikit. Pelajar UPSI : Adakah guru-guru di sekolah menepati masa yang telah dijadualkan untuk

masuk ke dalam kelas?

Pelajar 3 : Ada guru yang masuk awal ada yang masuk lambat tapi hanya seorang dua sahaja yang masuk lambat ke kelas.

Pelajar UPSI : Bagaimanakah situasi di dalam kelas? Ada tak pelajar yang bermain-main di dalam bilik darjah.

Pelajar 3 : Kami semua fokus di dalam kelas tapi hanya seorang dua sahaja yang bermain-main.

Pelajar UPSI : Adakah keadaan di dalam kelas selesa untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran?

Pelajar 3 : Keadaan di dalam kelas selesa dan baik-baik sahaja.

Pelajar UPSI: Apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan di sekolah ini agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi selesa untuk dijalankan?

Pelajar 3 : Keadaan tandas yang kadang-kadang tiada air. Terdapat tandas yang rosak dan tidak dapat digunakan. Kami juga membawa makanan sendiri dari rumah kerana kantin terlalu jauh dari kelas kami tapi hal ini tidak menjadi suatu kesusahan bagi kami.

(22)

Pelajar UPSI : Kami pelajar dari UPSI sedang menjalankan kajian bertajuk Sekolah dan Persekitaran. Adakah anda berpuas hati dengan dengan tahap kemudahan dan kebersihan persekitaran sekolah seperti tandas, meja dan kerusi, alat projektor, bangunan sekolah dan pengudaraan di dalam kelas ?

Pelajar Lelaki : Saya bagi tiga bintang untuk tandas, meja, kerusi serta perabot dan alat projektor di dalam kelas. Empat bintang untuk bangunan sekolah. Manakala dua bintang untuk pengudaraan di dalam kelas.

Pelajar UPSI : Baiklah, pada pendapat anda adakah guru ganti masuk ke dalam kelas yang telah dijadualkan apabila ketiadaan guru?

Pelajar Lelaki : Ya ada guru masuk. Guru kami juga sentiasa membuat kelas tambahan jika ada masa terluang.

Pelajar UPSI : Kalau guru buat kelas tambahan, adakah anda sentiasa menghadiri kelas tersebut dan bagaimana kedatangan pelajar ?

Pelajar Lelaki : Saya sentiasa datang kelas tambahan yang cikgu saya buat ketika kelas ganti tersebut kerana ianya adalah waktu persekolahan.

Pelajar UPSI : Bagaimana pula adab pelajar dengan pengawal keselamatan ?

Pelajar Lelaki : Pada pendapat saya, pengawal keselamatan di sekolah ini kurang bagus sebab mereka pilih kasih dan tidak melayan pelajar dengan layanan sama rata. Ada pelajar yang tidak dibenarkan masuk melalui pintu utama kerana datang lewat.

Pelajar UPSI : Jadi bagaimana pula hubungan guru-guru dengan pengawal keselamatan ? Pelajar Lelaki : Hubungan guru dengan pengawal keselamatan disini baik-baik sahaja.

Pelajar UPSI : Pada pendapat anda apakah peranan guru dalam menceriakan kawasan sekolah ? Pelajar Lelaki : Ada pihak tertentu yang akan membersihkan kawasan sekolah seperti Majlis Perwakilan Pelajar sekolah.

Pelajar UPSI : Baiklah. Bagaimanakah situasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas ? Adakah ia dalam suasana bising atau bagaimana?

Pelajar Lelaki : Suasana ketika p&p di dalam kelas adalah agak bising.

Pelajar UPSI : Adakah suasana bising itu berterusan dalam masa yang lama atau sekejap-sekejap sahaja dan adakah ia bising sebab bertanya soalan kepada guru atau bising bermain dengan kawan-kawan ?

(23)

Pelajar Lelaki : Kebanyakan pelajar yang bising adalah disebabkan membuat perbincangan.

Pelajar UPSI : Jadi, adakah pelajar selesa dan jelas ke tidak penyampaian guru semasa proses p&p di dalam kelas.

Pelajar Lelaki : Semasa proses p&p kami selesa sahaja dan penyampain guru itu bergantung kepada cuaca. Kalau hujan suara guru tidak jelas kedengaran, tetapi ianya jelas kalau sebaliknya.

Pelajar UPSI : Soalan terakhir, apakah cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan di sekolah ini. Contohnya, kedudukan meja dan kerusi serta kebersihan tandas.

Pelajar Lelaki : Saya rasa tempat parkir perlu diwujudkan di dalam sekolah untuk keselamatan kenderaan kerana pelajar tidak dapat tempat parkir dari sem lepas lagi.

Pelajar UPSI : Baiklah. Terima kasih di atas kesudian anda memberi kerjasama kepada kami. Pelajar Lelaki : Sama-sama.

Temu Bual (Pelajar Tingkatan Dua Perempuan)

Pelajar UPSI : Guru ganti ada masuk ke tak kelas ganti atau tidak? Ke guru ganti masuk lewat?

Pelajar 3 : Masuk tapi ada yang tak masuk.

Pelajar UPSI : Bila dalam kelas, situasi belajar selesa tak? Bising tak? Pelajar 3 : kita orang bising

Pelajar UPSI : kenapa situasi dalam kelas bising? Sebab bincang atau bermain? Pelajar 3 : Ikut situasi. Bising sebab bermain ada juga sebab bincang.

Pelajar UPSI : Selesa tak bila dalam kelas semasa proses P&P berjalan? Jelas tak suara guru dalam kelas semasa P&P? kipas, meja, kerusi dan lantai okay tak?

Pelajar 3 : Selesa. Cikgu mengajar jelas dengar. Kipas, meja dan krusi selesa tiada masalah tapi lantai ada lubang sikit.

Pelajar UPSI: plan masa akan datang, apa penambah baikkan yang awak nak?

Pelajar 3 : Nak. Nak loker simpan buku kerana berat bawa beg sebab kelas dari pagi sampai petang.

(24)

Pelajar UPSI : fasiliti toilet okay tak?

Pelajar 3 : toilet kurang okay sebab berbau busuk bila lalu tepi toilet. Pelajar UPSI : apa lagi cadangan untuk penambahbaikkan?

Pelajar : Minta kerusi meja di kantin diperbanyakkan dan kawasannya luas sebab ada masa kita orang terpaksa makan di tepi longkang.

Temu bual dengan Pn. Suaina di SMK Darul Ehsan Nama: Puan Suaina bt Mansol

Guru: Cikgu Sejarah Form 5 dan Form 6 Umur: 47 tahun

Pengalaman mengajar: 23 tahun

Afifah : Selamat pagi cikgu, saya, Afifah pelajar daripada UPSI ingin menemu bual cikgu berkaitan topic sekolah dan persekitaran. Pada pendapat cikgu, apakah peranan pengetua dalam menceriakan kawasan sekolah?

Pn. Suaina : Selamat pagi, Afifah. Berdasarkan pemerhatian saya, pengetua sentiasa memantau dan mengingatkan cikgu-cikgu. Beliau juga sentiasa memberi sokongan padu jika ada program yang dilakukan oleh cikgu atau persatuan atau pelajar sekolah untuk mencantikkan sekolah dan persekitaran sekeliling .

Afifah : Adakah guru besar menjalankan hubungan dua hala dengan agensi luar komuniti atau NGO?

Pn. Suaina : Ada, Cikgu Aiyer Durai merupakan guru yang menguruskan hubungan luar berkaitan dengan alam sekitar.

Afifah : Apakah aktiviti yang pernah dijalankan oleh sekolah ini? Dan agensi manakah yang diajak oleh pihak sekolah?

Pn. Suaina : Memang kita selalu mempunyai aktiviti bersama dengan komuniti dan masyarakat, PIBG atau NGO seperti MNS yang berkaitan dengan kelab alam sekitar. Berkaitan dengan hubungan luar, kita juga ada sampai ke peringkat antarabangsa, kita ada menerima lawatan daripada Indonesia.

(25)

Afifah : Bagaimanakah komitmen yang diberikan oleh ibu bapa terhadap program yang dijalankan oleh pihak sekolah yang memerlukan kerjasama ibubapa?

Pn. Suaina : Sarana ibubapa, ibubapa ada member sokongan selain daripada melalui PIBG. Ibu bapa ada member bantuan kalau ada apa-apa yang berlaku seperti menjadi jurulatih.

Afifah : Bagaimanakah situasi pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

Pn. Suaina : Dari segi persekitaran, selesa. Sebab sekolah kita tak adalah bising dan hiruk pikuk. Ada kereta itu biasalah bukan merupakan gangguan besar kepada pelajar.

Afifah : Apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan di sekolah ini agar lebih selesa? Pn. Suaina : Contoh?

Afifah : Contohnya prasarana seperti tandas dan parkir kereta atau motor. Pn. Suaina : Sini tak ada masalah tandas, dulu ada kerosakan tandas. Biasalah. Ong : Projektor ?

Pn. Suaina : Projektor tak guna dah sekarang. CD pun… … Setakat ini baik-baik sahaja semuanya.

Aishah : So, memang ok lah. Pn. Suaina : angguk kepala.

Afifah : Adakah kemudahan seperti dewan, padang & gelanggang boleh dipinjam untuk kegunaan bersama?

Pn. Suaina : Kita tiada gelanggang. Padang pun kami berkongsi dengan sekolah lain. Kekangan kawasan menyebabkan sekolah tiada padang dan parkir kereta dan motor. Itulah masalah yag pelajar hadapi yang menyebabkan mereka terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan sekolah. Kalau dewan sekolah, kalau nak guna bolehlah tapi kena melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk tujuan keselamatan.

Afifah : Adakah masyarakat menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan dalam sekolah?

Pn. Suaina : Kalau kita minta, adalah. Macam kalau kita buat jogathon, ibubapa akan datang nak bagi sumbangan ikhlas, itu adalah.

(26)

Pn. Suaina : Sama-sama.

Peta Lokasi SMK Darul Ehsan

Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan

Jalan 29, Selayang Baru Selangor, Malaysia

(27)
(28)
(29)
(30)
(31)

Bibliografi

Asmidar, N. (2014, Oktober 13). Sekolah dan Persekitaran. Diperoleh pada Oktober 21, 2016, daripada Sekolah dan Persekitaran: https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah-dan-persekitaran/ Fuji, B. (2015, Ogos 21). Fungsi dan Peranan Sekolah dalam Pendidikan. Diperoleh pada November

1, 2016, daripada http://www.trigonalmedia.com/2015/08/fungsi-dan-peranan-sekolah-dalam.html

Othman, M. K. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai. Journal of General Studies , 118-127.

Razak, A. Z. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan , 3-19.

Sujak, S. (2013, Mei 6). Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif. Diperoleh pada Oktober 1, 2016, daripada

http://pismppklihat.blogspot.my/2013/05/persekitaran-pembelajaran-yang-kondusif.html

Bakri, N. (2005). Punca Prestasi Pembelajaran yang Lemah di Kalangan Pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Jurnal Teknologi , 29-45.

Gambar

Gambar Persekitaran Sekolah

Referensi

Dokumen terkait

Penulis juga berharap laporan ini dapat bermanfaat dan memberikan solusi dalam meningkatkan penjualan dan mengenalkan makanan vegetarian kepada non-vegetarian lewat

Dari pengujian model dan tampilan-tampilan hasil pro- totip ini dapat dikatakan bahwa model ontologi proyek- proyek perusahaan ini telah dapat mendukung proses ma- najemen

Kegiatan pengabdian kepada masyarakat melalui metode pelatihan keterampilan berbahasa Inggris ini diharapkan bisa diselenggarakan dengan durasi yang lebih lama agar

Negative automatic thoughts para perokok wanita ini dapat terlihat dari data-data yang telah disebutkan sebelumnya, seperti tidak bisa berhenti merokok karena telah terbiasa harus

Puji syukur penulis ucapkan kehadirat Allah SWT, atas limpahan rahmat dan hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Tugas Akhir dengan judul “Analisis

pengembangan frasa dan kalimat belum dapat memaknai teks secara lengkap, karena dalam teks terdapat makna yang lebih luas yang disebabkan konvensi bahasa kiasan sarana

Dari hasil penelitian dan percobaan yang telah dilakukan terhadap 2 studi kasus, metode conformance checking pada process mining dapat digunakan untuk

Data mengenai kota Makassar yang akan dimasukan kedalam perancangan brand dan desain merchandise yang diperoleh dari berbagai macam sumber seperti peyebaran kuesioner untuk