• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh HSR (full)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh HSR (full)"

Copied!
57
0
0

Teks penuh

(1)

1 PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya merebut peluang ini untuk mengucap syukur kehadrat illahi dengan limpah kurnia dan berkatNya saya dapat menyiapkan „Health System Research‟ saya yang bertajuk “Menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit Gastritis dalam kalangan masyarakat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent” dengan jayanya dimana ia merupakan salah satu syarat untuk melayakkan pelatih Pembantu Perubatan menduduki ujian akhir Diploma Pembantu Perubatan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada En. Johaibe Bin Bujang sebagai mentor saya yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada kakitangan yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent yang turut serta membantu dan memberi sedikit sebanyak maklumat yang saya perlukan dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Selain daripada itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua tenaga pengajar (Program Pembantu Perubatan) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu kerana telah banyak memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada saya sebagai pelatih tahun akhir Kursus Diploma Pembantu Perubatan.

Akhir sekali, terima kasih saya tujukan kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

(2)

2 ABSTRAK

Dalam kajian ini penulis telah memilih tajuk “Menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit Gastritis dalam kalangan masyarakat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent”. Tujuan pemilihan tajuk ini sebagai kajian penulis adalah berdasar statistik yang di perolehi dari Unit Rekod dan Dokumentasi Hospital Duchess Of Kent menunjukkan jumlah kes pesakit yang mengalami kejadian kes Gastritis meningkat pada tahun 2009 – 2011. Bagi memudahkan proses menyiapkan kajian ini, penulis telah mengunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat yang di perlukan dalam kajian seperti mendapatkan statistik dari Unit Rekod dan Dokumentasi dan menjalankan kajian berdasarkan borang soal selidik keatas sampel. Kajian ini dijalankan keatas pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess Of Kent dan sebanyak 30 orang sampel telah di pilih secara rawak tidak mengira usia, bangsa dan status. Segala penemuan dan maklumat yang di perolehi dalam kajian ini akan di persembahkan dalam bentuk deskriptif, diantaranya adalah dalam bentuk graf dan carta pai serta dalam bentuk huraian.

(3)

3

BAB 1

(4)

4 PENGENALAN

Jika dilihat apa yang terjadi di sekeliling kita, pasti kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. Maka semuanya bermula dengan penyelidikan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Menyentuh soal kejadian yang berlaku di sekeliling kita, apa yang membimbangkan pihak Kementerian Kesihatan ialah peningkatan terhadap penyakit Gastritis. Gastritis adalah satu penyakit kronik atau akut yang sering terjadi di seluruh dunia. Sememangnya penyakit ini berlaku di mana – mana saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess Of Kent Sandakan sebagai lokasi kajian.

Aspek seperti anatomi dan fisiologi sistem alimentari yang normal, patofisiologi, rawatan dan prognosis pesakit Gastritis juga akan dihuraikan secara ringkas dalam penyelidikan ini. Ini adalah bertujuan untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat yang ada dan diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mengetahui kaedah rawatan dan langkah pencegahan bagi pesakit Gastritis ketika serangan berlaku dari menjadi lebih memudaratkan sehingga boleh membawa maut.

(5)

5 PENYATA MASALAH

Gastritis adalah satu penyakit kronik atau akut yang sering terjadi di seluruh dunia. Sememangnya penyakit ini berlaku dimana – mana saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Oleh itu, mengikut data yang diperolehi dari Jabatan kecemasan di Hospital Duchess of Kent, penyakit ini sering terjadi kepada lelaki dan perempuan. Kenyataan ini disokong oleh statistik yang diperolehi dari Unit Rekod dan Dokumentasi Hospital Duchess Of Kent Sandakan yang mana ia menunjukkan ada sedikit peningkatan bilangan pesakit gastritis dari tahun 2009 - 2011.

Tahun Bilangan kes Jumlah Lelaki Perempuan 2009 58 62 120 2010 39 50 89 2011 35 59 94

Jadual 1 : jumlah kes Gastritis dari tahun 2009 – 2011 di Hospital Duchess Of Kent

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih Hospital Duchess Of Kent Sandakan sebagai lokasi kajian dan untuk mengetahui sama ada terdapat

(6)

6 peningkatan kes Gastritis. Data yang diperolehi menunjukkan ada peningkatan sedikit demi sedikit pada tahun berikutnya iaitu tahun 2009 dan 2011.

Pada tahun 2009, kes Gastritis mencatat jumlah 120 kes. Namun pada tahun 2010, statistik menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 89 kes sahaja yang dilaporkan. Kemudian pada tahun 2011 pula, statistik menunjukkan ada sedikit peningkatan jumlah kes iaitu sejumlah 94 kes sahaja yang dilaporkan.

Berdasarkan statistik ini, penyakit Gastritis semakin meningkat di kalangan masyarakat. Ini membuat pemikiran penyelidik, mengapa masalah ini sering terjadi secara berulang walaupun pelbagai usaha kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia menangani kes serangan penyakit Gastritis dari meningkat setiap tahun dengan memberi rawatan yang sewajarnya. Oleh itu, penyelidik telah mengambil langkah untuk mengkaji tahap pengetahuan berkenaan penyakit Gastritis di kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

(7)

7 JUSTIFIKASI KAJIAN

Dengan segala maklumat yang diperolehi, ini akan dapat membantu semua pihak terutamanya pesakit dan ahli keluarga dalam menangani penyakit Gastritis ketika serangan berlaku. Selain daripada itu, secara tidak langsung juga pihak kakitangan kesihatan akan mengetahui di mana kelemahan dalam memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarganya mengenai penyakit Gastritis dan rawatannya.

(8)

8 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibahagi kepada 2 objektif utama iaitu, objektif am dan objektif khusus.

Objektif am: Menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit Gastritis dalam kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hosptal Duchess Of Kent, Sandakan.

Objekf khusus: 1. Mengenalpasti profil demografik golongan yang berisiko mendapat Gastritis dalam aspek Bangsa, Jantina, Umur, dan jenis aktiviti atau pekerjaan.

2. Mengkaji pengetahuan umum pesakit tentang kejadian Gastritis dalam aspek faktor-faktor penyebab, kejadian, pencegahan dan rawatan penyakit Gastritis.

3. Memberikan cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan kes Gastritis daripada terus berlaku.

(9)

9 SKOP KAJIAN

Borang soal selidik adalah direka oleh penyelidik sendiri dan kemudian diedarkan kepada ibubapa, penjaga atau pesakit itu sendiri. Penyelidikan ini dibuat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent. Pendekatan yang digunakan ialah melibatkan pesakit Gastritis itu sendiri dan ahli keluarga untuk dijadikan responden. Semua maklumat yang diperolehi adalah dalam bentuk demografi iaitu jawapan maklum balas yang diberikan oleh responden itu sendiri.

(10)

10

BAB 2

(11)

11

Kajian semula

Tujuan kajian semula ini dimasukkan kedalam penyelidikan ini ada untuk mendapatkan idea untuk merangka soalan – soalan yang akan ditanyakan kepada respondan di dalam borang soalselidik. Selain itu, penyelidik dapat membandingkan penemuan penyelidik dengan penemuan penyelidik – penyelidik lain untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. Selain itu, Tujuan kajian semula dijalankan ialah untuk mendefinisikan masalah penyelidikan, menjelaskan idea – idea pada amnya, menentukan dan memilih kaedah penyelidikan yang sesuai serta perancangan yang terperinci dan bersistematik.

Gastritis merupakan perkara yang lazim berlaku dalam masyarakat terutamanya pada mereka yang telah berumur. Namun, faktor umur bukanlah faktor penyebab berlakunya Gastritis. Menurut Davidson’s (14th Edition), Gastritis boleh didefinisikan sebagai inflamasi pada lapisan mukosa gaster akibat daripada ketidakseimbangan kandungan asid reflux di dalam gaster, jangkitan bakteria atau virus, ubat-ubatan dan alkohol. Ia boleh menjadi penyakit yang kronik atau akut pada bila-bila masa sahaja jika ia tidak dirawat dengan segera. Dia juga mengatakan bahawa Gastritis berpunca daripada Aspirin, Ubat anti-inflamatori dan keberangkalian alkohol. Selain itu, ia juga disebabkan oleh regurgitasi bile di dalam gaster terutamanya selepas melakukan pembedahan gastrik. Pada sesetengah pesakit, simptom seperti anoreksia, nausea, kesakitan pada bahagian epigastrik dan „Heart burn‟ merupakan simpton utama. Dalam kes

(12)

12 gastrik yang berulang, boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pada dinding gaster. Ini akan menyebabkan pesakit menghidap penyakit anemia.

Menurut Baharudin Omar et al (1993), Gastritis ialah salah satu masalah yang paling sering berlaku pada sistem pencernaan manusia. Ia merupakan peradangan mukosa gaster dan boleh bersifat akut atau kronik. Gejala utamanya ialah rasa terbakar di epigastrium. Menurut mereka lagi, Gastritis akut boleh disebabkan oleh pengambilan arak, aspirin, agen anti-peradangan bukan steroid (NSAID) dan dadah-dadah lain, bahan-bahan kaustik (asid sulfuric, asid hidroklorik, formaldehid), keracunan makanan, jangkitan bacteria (Streptococcus, Staphylococcus, Escherichia coli) dan jangkitan virus. Bagi kes Gastritis akut yang disebabkan oleh pengambilan dadah (aspirin, NSAID), pengambilan dadah tersebut haruslah dihentikan serta-merta dan pesakit diberikan antasid atau pemblok H2 untuk jangka waktu yang singkat (1 atau 2 minggu), gastritis yang menyebabkan pendarahan (hemoraj) memerlukan penggantian bendalir dan darah. Gastritis akut ringan biasanya tidak memerlukan rawatan khusus. Etiologi Gastritis kronik pula ialah peminuman arak atau kopi yang berlebihan dan terlalu sering, faktor keresahan, kecederaan akibat pendedahan pada sinaran dan factor-faktor imunologi. Gastritis kronik memerlukan perubahan tabiat pada penghidap dengan menjauhkan diri daripada arak dan mengelakkan meminum minuman yang mengandungi kafein. Elakkan juga memakan sehingga terlalu kenyang. Sebaik-baiknya makan makanan yang sedikit, tetapi dengan lebih

(13)

13 kerap. Gastritis yang dikaitkan dengan ulser peptik memerlukan rawatan ulser yang dialami.

Menurut di laman web www.infosihat.gov.my/penyakit-gastritis.html ketidaksimbangan asid (pepsin) dalam gaster serta perubahan ketahanan mukosa antara penyebab yang dikenalpasti. Pengambilan alkohol, ubat „Non steroid anti inflamatory drug‟, infeksi helicobacter pylori dan tekanan (stress) merupakan punca yang menyebabkan berlakunya gastritis. Gastritis merupakan salah satu penyebab utama pendarahan dalam gaster yang boleh mengakibatkan seseorang itu muntah berdarah dan membuang najis berwarna hitam. Ini berlaku akibat daripada hakisan mukosa pada dinding gaster oleh faktor penyebab yang keterlaluan sehinga menyebabkan dinding gaster menipis dan berdarah. Biasanya, seseorang individu merembeskan asid pada kadar normal (hipoklorida), tetapi pada peringkat kejadian gastritis, asid hidroklorik(HCL) dirembeskan melebihi paras normal (hiperklorida). Walaubagaimanapun, terdapat golongan yang mengalami gastritis di sebabkan oleh asid bile.

Menurut Marie V. Krause dan L. Kathleen Mahan (1993), Gastritis adalah inflamasi pada mukosa gaster yang menyerang dengan tiba-tiba dan kadangkala begitu hebat serangannya. Walau bagaimanapun, istilah ini kerap digunakan untuk sebarang ketakselesaan pada gaster. Gastritis selalunya ditandai dengan rasa loya, muntah, perdarahan, kesakitan, dedar, anoreksia

(14)

14 atau sakit kepala. Serangan kerap terjadi selepas memakan makanan tertentu yang sensitif bagi individu berkenaan, makan terlalu cepat, atau makan apabila terlalu letih atau dalam kesedihan. Faktor lain termasuk pengambilan alkohol, tembakau serta makanan berempah yang banyak. Keracunan makanan dan pengambilan sebatian korosif juga boleh menyebabkan Gastritis. Ubat seperti salisilat, Reserpine, Indomethacin dan Fenilbutazone boleh menyebabkan Gastritis. Kadangkala Gastritis terjadi selepas terapi sinaran, trauma, luka akibat terbakar, pembedahan, hipoksia, kejutan, demam, jaundis atau kerosakan renal. Gastritis juga boleh memburukkan lagi jangkitan bakteria.

Menurut Hardinge dan Shryock (1991) penyebab utama Gastritis tidak diketahui. Namun demikian, kehadiran jus gastrik yang tediri daripada asid hidroklorik dan pepsin boleh menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa gaster. Contohnya dalam pengambilan alkohol. Sebanyak 25% hingga 40% kes disebabkan oleh pengambilan alkohol. Sebanyak 20% hingga 30% pesakit menyebabkan pendarahan pada bahagian gastro usus dalam kes penyakit gastrtis yang dialami. Kenyataan ini juga ada dinyatakan oleh Ross & Wilson ( 9th Edition,2005), gastritis berlaku apabila ketidakseimbangan jus gastrik dan tahap ketahanan dinding mukosa gaster terhadap pertambahan kadar jus gastrik yang berlebihan dan keterlaluan. Kadar mukus di dalam gaster tidak mampu untuk melindungi dinding gaster daripada dihakis oleh asid hydrocloric. Faktor-faktor yang menyebabkan kejadian tersebut contohnya seperti penggunaan ubat Asprin yang terlalu lama dan penggunaan ubat anti-peradangan yang terlalu

(15)

15 lama, pengambilan alkohol yang keterlaluan, keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria atau virus, merokok, ubat sitotoksik, asid dan alkali, dan regurgitasi bile di dalam gaster.

Penulis Delaney, B; McColl, K (2005) di dalam buku ‘Helicobacter

pylori and Gastro-oesophageal refluc disease’ ada menyatakan serangan

Gastritis yang disebabkan bakteria atau virus adalah kerana jangkitan selepas pembedahan atau makanan yang tercemar yang boleh menyebabkan penyakit Gastritis. Kenyataan ini juga ada dinyatakan oleh Harvey, Johns, Mckusick, owen dan Ross ( 22nd Edition,2003), infeksi akibat daripada helicobacter pylori dan bile reflux yang berlebihan boleh menyebabkan Gastritis. Infeksi helicobacter pylori menyebabkan keradangan pada dinding mukosa gaster dan secara tak langsung akan mengakibatkan tumbuhnya ulser pada dinding gaster. Pertumbuhan ini akan menyebabkan penipisan dinding gaster dan akhirnya boleh menyebabkan dinding gaster berlubang.

Penulis MD Lippincott Williams and Wilkins ( 2003) menyatakan selain jangkitan, penggunaan ubat-ubatan „Non steroidal anti-inflammatory Drug‟ dengan jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan Gastritis. Selain itu ubat lain seperti Vitamin C juga boleh menyebabkan Gastritis menyerang sekiranya gaster kosong. Selain daripada itu, faktor alergi ataupun hipersensitiviti juga banyak menyumbangkan kejadian serangan Gastritis.

(16)

16 Menurut Parveen Kumar dan Micheal Clark (3rd Edition,2003) menyatakan bahawa tiada yang tetap kecuali dalam situasi ini terdapat kelemahan dalam penemuan klinikal, patoligikal dan endoskopi. Dalam kes Gastritis, keradangan pada dinding gaster berlaku dan merosakkan dinding superficial gaster. Gastritis boleh berlaku akibat tindakan ubat seperti asprin, infeksi bakteria atau virus, pengambilan alkohol yang berlebihan dan kemungkinan stress atau tekanan yang melampau. Gastritis yang akut boleh menyebabkan pesakit muntah dan berkemungkinan pendarahan pada gastro usus sekiranya ia mejadi lebih kronik.

Menurut Royle dan Walsh (1992), Gastritis adalah penyakit yang biasa berlaku disebabkan penambilan alkohol dengan kerap dalam kuantiti yang banyak yang boleh meningkatkan sekresi gaster. Ini menyebabkan sekresi yang tinggi oleh asid dan pepsin menyebabkan lapisan mukosa pada gaster terhakis dan mengakibatkan gastritis. Penyakit ini sering berlaku dikalangan lelaki yang berumur diantara 40 sehingga 55 tahun.

Menurut Cobaco et al (1996) menyatakan dalam keadaan normal, gaster dan duodenum dilindungi daripada asid dalam jus penghadaman melalui rembesan lapisan mukosa, terutamanya semasa pengambilan makanan. Seseorang yang mengambil alkohol yang tinggi menyebabkan asid menjadi tinggi dan seterusnya menyebabkan iritasi pada dinding mukosa dan seterusnya menyebabkan Gastritis.

(17)

17 Manakala Phipps et al (1995) menyatakan alkohol boleh menyebabkan kerosakkan dinding mukosa yang teruk secara terus dan pendarahan setempat. Beliau juga menyatakan bahawa alkohol menyebabkan kejadian ulser dimana memerlukan rawatan yang berpanjangan. Walau bagaimanapun, alkohol adalah penyebab utama dalam peningkatan pengeluaran asid yang tinggi dalam gaster dan menyebabkan hakisan pada dinding mukosa.

(18)

18

BAB 3

METODOLOGI

KAJIAN

(19)

19 METODOLOGI

Dalam menghasilkan sebuah kajian yang lengkap, perancangan dan persembahan data mestilah mudah dan berkesan untuk mendapat maklumat dan gambaran yang lebih jelas tentang masalah kesihatan yang berkaitan dengan penyakit Gastritis. Beberapa sumber dan maklumat penting perlu di perolehi untuk membolehkan sesuatu penyelidikan dijalankan berdasarkan maklumat yang berasas seperti mempunyai sistem rujukan, sampel kajian dan data statistik yang tepat. Untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki beberapa kaedah telah digunakan untuk tujuan pengumpulan dan penganalisaan data.

Design

Demi menjayakan dan menjalankan penyelidikan sistem kesihatan ini penyelidik telah memilih penggunaan cara deskriptif, ini kerana cara ini merupakan cara yang paling mudah untuk peringkat penyelidik. Selain itu cara ini juga amatlah ringkas, singkat dan mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja. Pemilihan cara deskriptif ini juga dipilih atas sebab-sebab penggunaan yang mudah dan bertujuan melihat tentang pengetahuan responden untuk penyelidikan ini dengan lebih mendalam. Penggunaan cara deskriptif dipilih juga kerana cara ini tidak mempunyai banyak masa dan penggunaan tenaga kerja

(20)

20 yang menyukarkan. Secara keseluruhannya penyelidikan ini dijalankan dengan cara yang amat mudah dan tidak mendalam amnya untuk peringkat ini.

Tempoh Kajian

Sila rujuk gantt chart pada lampiran.

Tempat Kajian

Penyelidikan ini dibuat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Protokol Etika

Kebenaran untuk menjalankan penyelidikan sudah diperolehi dari pihak kolej untuk meneruskan kajian ini. Bagi mengedarkan borang soalselidik, penyelidik akan berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak hospital untuk penyelidik mengedarkan borang soal selidik. Disetiap borang soalselidik disertakan borang memohon keizinan daripada respondan untuk menyertai penyelidikan ini. (Sila Rujuk Lampiran)

Instrumen

Pendekatan yang digunakan ialah melibatkan pesakit Gastritis itu sendiri untuk dijadikan responden. Semua maklumat yang diperolehi adalah dalam bentuk demografi iaitu jawapan maklum balas yang diberikan oleh responden itu sendiri.

(21)

21 Rekabentuk soalan yang diutarakan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A tertumpu kepada maklumat mengenai latarbelakang pesakit. Manakala bahagian B, maklumat mengenai sejarah perubatan pesakit, keluarga pesakit dan juga sejarah pembedahan selain daripada soalan-soalan tentang pengetahuan dan kefahaman pesakt mengenai penyakit Gastritis. Jenis skala jawapan juga adalah closed ended di mana jawapan telah disediakan dan responden hanya memilih jawapan yang mereka inginkan dengan menandakan () di ruang yang telah disediakan. (Sila Rujuk Lampiran)

Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dijalankan, pilot study dijalankan ke atas 5 orang responden di mana penyelidik telah memilih 5 orang Pelatih Pembantu Perubatan secara rambang ambilan Januari 2010 yang berada di Daerah Sandakan. Mereka dijadikan subjek atau sampel untuk mengenalpasti masalah yang timbul atau perkara yang kurang jelas dalam borang soal selidik. Ini adalah untuk menguji keberkesanan borang soal selidik yang telah dibuat. Kaedah ini digunakan adalah untuk kelemahan dan kesensitifan soalan dalam borang soal selidik agar dapat diperbaiki. Kaedah ini sesuai digunakan sebelum menjalankan kaedah soal selidik kerana memberi banyak kelebihan dalam membuat pemilihan terhadap soalan yang akan digunakan dalam borang soal selidik.

(22)

22 Sampel:

Kaedah pengsampelan juga digunakan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah dengan menemuduga dan juga borang soal selidik. Bagi pemilihan sampel pula, penyelidik memperoleh maklumat kajian di kalangan pesakit-pesakit Gastritis yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Seramai 30 orang respondan akan dipilih secara rambang. Syarat-syarat sebagai seorang respondan adalah seperti sihat tubuh badan dan boleh memberikan kerjasama. Respondan yang dipilih juga tidak mengira bangsa dan tahap pendidikan.

Kaedah pengumpulan maklumat

Borang soal selidik diedarkan kepada ibubapa, penjaga atau pesakit itu sendiri. Respondan tidak diberikan masa yang terhad untuk menjawab soalan kerana memberikan respondan masa yang cukup untuk menilai dan memahami kehendak sebenar soalan. Setelah respondan selesai menjawab soalan, saya sendiri akan mengutip borang tersebut. Dan yang akhir sekali, borang soal selidik yang telah dilengkapkan akan dikumpulkan bagi melengkapkan kajian dalam membuat analisis data dan mendapat hasil kajian yang tepat

(23)

23 Kaedah penganalisaan maklumat

Bagi kaedah penganalisaan pula, pengkaji telah menggunakan kaedah data dan statistik yang telah diperolehi untuk membuat keputusan dan penganalisaan. Segala keputusan kajian akan dibentangkan dalam bentuk

jadual, graf dan secara huraian.

Selepas itu, penyelidik membuat kajian semula dengan mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan penyakit gastritis dari buku rujukan teks perubatan, journal perubatan, risalah kesihatan dan juga bahan – bahan dari laman web di internet.

(24)

24

BAB 4

(25)

25 PENEMUAN DAN PENGANALISAAN DATA

BAHAGIAN A Soalan 1

n: 3

10%

n: 6

20%

n: 9

30%

n: 12

40%

18 - 30 31 - 40 41 - 50 51 keatas

Rajah A (1) : carta peratusan mengikut kumpulan umur

Jadual di atas menunjukkan jumlah bagi kumpulan umur yang dikaji bagi kes Gastritis di jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent. Didapati bahawa pesakit yang berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 30 tahun adalah sebanyak 12 kes (40%) dan merupakan kumpulan umur yang tertinggi jika dibandingkan dengan kumpulan umur yang lain iaitu 9 kes (30%) bagi kumpulan umur 31 tahun sehingga 40 tahun. Manakala, kumpulana umur 41 tahun

(26)

26 sehingga 50 tahun adalah seramai 6 kes (20%) sahaja dan diikuti oleh kumpulan umur 51 tahun dan keatas seramai 3 kes (10%) sahaja. Kesemua jumlah responden adalah 30 orang sahaja.

SOALAN 2 n:12 40% n:18 60% lelaki wanita N:30

Rajah A (3) : carta peratusan mengikut jantina

Graf diatas menunjukkan jumlah bilangan kes gastritis mengikut jantina responden. Bilangan wanita mencatatkan 18 kes (60%) daripada 30 kes menjadikan kes tertinggi berbanding lelaki. Ini meletakkan golongan perempuan adalah golongan majoriti di kalangan responden. Responden lelaki pula adalah 40 peratus iaitu 12 kes.

(27)

27 SOALAN 3 N:30 n:12 40% n:0 0% n:7 23% n:6 20% n:5 17% melayu cina india bumiputera lain- lain

Rajah A (5) : carta peratusan mengikut bangsa/kaum

Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut bangsa atau kaum. Berdasarkan rajah diatas, kaum bumiputera sabah menunjukkan bilangan kes dan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 12 kes (40%) diikuti oleh kaum cina sebanyak 7 kes (23%) telah direkodkan. Manakala bagi kaum melayu dan lain – lain adalah sebanyak 6 kes (20%) dan 5 kes (17%) secara berurutan telah direkodkan. Walaubagaimanapun, tiada kes direkodkan bagi kaum india seterusnya membawa peratusan yang terkecil pernah direkodkan.

(28)

28 SOALAN 4 n:0 0% n:4 13% n:9 30% n:17 57% islam kristian buddha lain - lain N:30

Rajah A (7) : carta peratusan mengikut agama

Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut agama. Berdasarkan rajah tersebut agama islam merupakan agama yang mencatatkan jumlah kes dan peratusan yang tinggi direkodkan iaitu sebanyak 17 kes (57%) daripada 30 jumlah kes berbanding dengan agama lain. Agama kristian merekodkan dengan 9 kes (30%) diikuti oleh agama buddha iaitu sebanyak 4 kes (13%) menjadikan agama buddha adalah agama minority untuk kejadian penyakit ini

(29)

29 N : 30 SOALAN 5 n:3 10% n:8 27% n:7 23% n:12 40% tiada pendidikan formal rendah menengah tinggi

Rajah A (9) : carta peratusan mengikut tahap pendidikan

Rajah di atas menunjukkan bilangan kes dan peratusan kes berdasarkan tahap pendidikan respondan. Analisa data menunjukkan golongan berpendidikan sekolah menengah merupakan golongan yang menduduki tempat pertama iaitu sebanyak 12 kes (40%) daripada jumlah kes jika dibandingkan dengan golongan yang mempunyai tahap pendidikan lain. Bilangan kes sebanyak 8 kes (27%) adalah bagi golongan respondan yang mempunyai pendidikan tinggi seperti maktab, kolej dan university dan seterusnya golongan respondan berpendidikan

(30)

30 sekolah rendah pula direkodkan sebanyak 7 kes (23%) menjadikan golongan yang tiada pendidikan formal mewakili 3 kes (10%) sahaja.

SOALAN 6 n:9 30% n:11 36% n:8 27% n:2 7% pelajar bekerja sendiri kakitangan awam/swasta lain - kain

Rajah A (11) : carta peratusan mengikut jenis pekerjaan

Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut jenis pekerjaan respondan. Berdasarkan data yang dikumpul, jumlah tertinggi adalah daripada golongan bekerja sendiri sebanyak 11 kes mewakili 36 peratusan dan diikuti oleh golongan yang bekerja sebangai kakitangan awam dan swasta iaitu sebayak 9 kes (30%). Bagi respondan pelajar telah menyumbang sebanyak 8 bilangan kes mewakili 27 peratusan. Jumlah paling rendah adalah daripada golongan yang bekerja selain daripada yang telah disebutkan iaitu 2 bilangan kes mewakili 7 peratusan.

(31)

31 N : 30 SOALAN 7 n:10 33% n:20 67% bujang berkahwin

Rajah A (13) : carta peratusan mengikut status perkahwinan

Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut status respondan. 67 peratus respondan adalah berkahwin dan ini menjadikan bilangan tersebut adalah jumlah tertinggi diantara status lain. Hal ini menjadikan jumlah respondan yang belum berkahwin (bujang) adalah 10 kes (33%).

(32)

32 N : 30 SOALAN 8

n:0

0%

n:5

23%

n:15

50%

n:8

27%

dibawah RM1000 RM 1001 - RM 2000 RM 2001 -3000 RM 3001 keatas

Rajah A (15) : carta peratusan mengikut pendapatan

Rajah diatas menunjukan peratusan dan bilangan kes mengikut jumlah pendapatan bulanan respondan. Kebanyakan respondan mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM1000 dengan jumlah kes 15 kes mewakili 50 peratus. Sebanyak 8 kes mewakili 27 peratus respondan yang mempunyai pendapatan dalam lingkungan RM 1001 hingga RM2000 sebulan. Baki daripada jumlah tersebut adalah diwakili oleh respondan yang mempunyai pendapatan dalam lingkungan RM2001 hingga RM3000 iaitu 7 bilangan kes (23%)

(33)

33 memandang tidak ada respondan yang mempunyai pendapat melebihi RM3001 sebulan. SOALAN 9 n:0 0% n:30 100% ya tidak

Rajah B (1) : carta peratusan mengenai pengetahuan respondan tentang gastritis

Rajah diatas menunjukkan keputusan respondan yang menjawab soalan mengenai tahap pengetahuan mereka. Berdasarkan data yang diperoleh, kesemua respondan mengetahui mengenai penyakit gastritis apabila soalan “tahukah anda apa itu gastritis/gastric?”

(34)

34 SOALAN 10 n:4 20% n:24 80% YA TIDAK

Rajah B (3) : carta peratusan mengenai kesedaran respondan terhadap penyakit gastritis yang dialami

Menurut jadual diatas, kajian mendapati bahawa masih banyak lagi responden yang tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit Gastritis. Terdapat 20 peratus bersamaan 6 responden sahaja yang menyedari bahawa mereka menghidap penyakit Gastritis manakala 80 peratus lagi atau 24 orang responden tidak tahu mengenainya. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi masyarakat tidak mengambil berat akan kesihatan diri mereka sendiri.

(35)

35 SOALAN 11 n:22 73% n:8 27% ya tidak

Rajah B (5) : carta peratusan mengikut sejarah gastritis keluarga

Rajah diatas menunjukkan bahawa sejarah keluarga adalah salah satu factor berlakunya penyakit gastritis dalam kalangan respondan. Terdapat 27 peratus atau 8 orang respondan menyatakan bahawa mereka mempunyai ahli keluarga yang menghidapgastritis manakala72 peratus atau 22 orang respondan lagi menafikan kenyataan tersebut.

(36)

36 SOALAN 12 n:11 37% n:19 63% ya tidak

Rajah B (7) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan berkaitan symptom gastritis

Rajah diatas menunjukkan pengetahuan respondan mengenai tanda – tanda dan symptom penyakit gastritis. Seramai 19 orang daripada 30 orang responden yang mengetahui simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit Gastritis. Selebihnya responden tidak mengetahui tentang simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit gastritis iaitu sebanyak 11 orang respondan. Di sini menunjukkan pengetahuan responden adalah dalam tahap yang agak baik mengenai simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit Gastritis.

(37)

37 SOALAN 13 n:8 27% n:22 73% ya tidak

Rajah B (9) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan berkaitan symptom serangan gastritis

Rajah di atas menunjukkan pengetahuan responden mengenai simptom-simptom dan tanda-tanda semasa serangan Gastritis. Sebanyak 22 orang responden bersamaan 73 peratus yang mengetahui simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit Gastritis. Manakala 8 orang responden mewakili 27 peratus tidak tahu tentang simptom-simptom dan tanda-tanda semasa serangan gastritis. Di sini menunjukkan pengetahuan responden adalah baik mengenai simptom-simptom dan tanda-tanda semasa serangan penyakit Gastritis.

(38)

38 SOALAN 14

n:14

47%

n:16

53%

YA TIDAK

Rajah B (11) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan bahawa stress adalah salah satu factor serangan gastritis

Berdasarkan rajah diatas, kajian mendapati bahawa masih banyak lagi responden yang tidak tahu yang penyakit Gastritis boleh disebabkan oleh tekanan atau stress yang terlampau memandangkan jumlah respondan yang menyedari bahawa tekanan atau stress yang terlampau boleh menyebabkan Gastritis hanyalah 16 orang mewakili 53 peratus manakala 14 orang responden lagi tidak tahu mengenainya. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi masyarakat tidak mengetahui berkaitan penyebab penyakit Gastritis ini.

(39)

39 SOALAN 15 n:5 16% n:8 27% n:17 57% makan tidak teratur pengambilan alkohol ubat - ubatan

Rajah B (13) : carta peratusan mengenai penyebab gastritis respondan

Rajah diatas menunjukan kajian yang telah dibuat bagi 30 orang responden bagi mengkaji sejauh mana mereka mengetahui tentang faktor penyebab penyakit Gastritis mereka. Setelah dikaji, mendapati sebanyak 17 orang responden mewakili 57 peratus mengatakan yang tiada selera makan boleh menyebabkan mereka terkena serangan Gastritis iaitu faktor yang paling banyak menyebabkan berlakunya serangan Gastritis. Ada juga responden mengatakan bahawa minum minuman alkohol dengan kerap boleh menyebabkan hakisan pada dinding gester dan menyebabkan gastritis. Ini di setujui oleh 8 orang responden mewakili 27 peratus.. Di samping itu juga,

(40)

40 sebanyak 5 orang responden mengatakan faktor ubat-ubatan juga boleh menyebabkan gastritis yang mewakili 16 daripada peratusan.

SOALAN 16 n:9 30% n:16 53% n:5 17% ubat angin minum susu makan

Rajah B (15) : carta peratusan mengenai jenis rawatan yang digunakan oleh respondan

Rajah di atas menunjukkan rawatan yang sering digunakan oleh responden dalam merawat penyakit Gastritis. Sebanyak 5 orang mewakili 17 peratus daripada 30 orang responden yang mengamalkan ubat angin (Trisilox) sebagai rawatan Gastritis. Selain itu, 16 orang respondan menyumbang 53 peratus mengamalkan meminum susu untuk merawat gastritis mereka dan

(41)

41 merupakan angka tertinggi berbanding kaedah lain manakala 9 orang respondan lagi merawat Gastritis dengan makan.

SOALAN 17 n:0 0% n:30 100% ya tidak

Rajah B (17) : carta peratusan mengenai cara pencegahan yang digunakan oleh respondan

Rajah diatas menunjukkan cara respondan untuk mencegah serangan gastritis daripada berlaku. Daripada 30 orang respondan, kesemua respondan bersetuju dengan cadangan pencegahan yang diberikan iaitu mengelak daripada pengambilan minuman beralkohol dan berkafein dan mengatur jadual makan mengikut masa. Ini bermakna peratusan penuh untuk cara pencegahan serangan gastritis daripada berlaku.

(42)

42 SOALAN 18 n:15 50% n:15 50% ya tidak

Rajah B (19) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan respondan berkaitan komplikasi gastritis

Kajian mendapati pengetahuan responden tentang komplikasi penyakit Gastritis adalah sama iaitu kedua – duanya mewakili 50 peratusan bagi yang mengetahui dan yang tidak mengetahui bahaya komplikasi serangan gastritis. Ini bole disimpulkan tahap pengetahuan respondan terhadap komplikasi serangan gastritis adalah ditahap yang baik.

(43)

43 SOALAN 19 n:7 23% n:13 43% n:10 34% risalah media massa kakitangan kesihatan

Rajah B (21) : carta peratusan mengenai sumber maklumat yang diperoleh oleh respondan

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan 7 orang responden bersamaan dengan 23 peratus yang mendapat maklumat mengenai penyakit ini melalui risalah manakala 13 orang respondan bersamaan 43 peratus mendapat maklumat dari media massa. Kakitangan perubatan merupakan orang yang kedua terbanyak memberi sumber kepada respondan iaitu seramai 10 orang respondan bersamaan 34 peratus selapas media massa.

(44)

44 SOALAN 20 n:0 0% n:9 7% n:21 93% kklinik tradisional tiada rawatan

Rajah B (23) : carta peratusan mengenai tindakan respondan untuk mendapatkan rawatan

Berdasarkan rajah diatas di atas, penilaian yang telah dibuat secara rawak ke atas tindakan yang dibuat oleh 30 orang responden apabila mendapat serangan Gastritis menunjukkan yang paling banyak iaitu seramai 21 orang dari jumlah respondan mewakili 93 peratusan pergi ke klinik kerajaan / swasta untuk mendapatkan rawatan. Respondan yang mendapatkan rawatan sendiri / tradisional pula seramai 9 orang respondan mewakili 7 daripada peratusan. Daripada analisis, tiada seorang pun respondan yang tidak mendapatkan rawatan apa bila diserang gastritis.

(45)

45

BAB 5

PERBINCANGAN

DAN

(46)

46 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Perbincangan dan kesimpulan

Melalui pengumpulan maklumat dan data yang diperolehi melalui borang soalselidik, pelbagai penemuan telah berjaya ditemui dan semua maklumat tersebut dikumpul, diproses, dianalisa dan ditafsirkan melalui cara penyampaian dalam bentuk graf bar dan carta pai juga sedikit penjelasan ringkas bagi memudahkan penyelidik menyampaikan segala data yang diperolehi.

Menurut hasil penemuan, pesakit yang sering diserang gastritis adalah pesakit yang berumur dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 30 tahun. Ini boleh juga dikaitkan dengan cara hidup mereka kerana dlam lingkungan umur tersebut mereka masih lagi dikategorikan sebagai remaja dan awal dewasa. Seterusnya, kita lihat dari segi jantina. Daripada data yang diperoleh kedua – dua jantina mempunyai risiko yang sama untuk mendapat serangan Gastritis. Kenyataan ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan kenyataan yang dibuat oleh M Z Mazlam, MRCP, ‘Depatrment Of Medicine, Faculty Of Medicine,

University Kebangsaan Malaysia’ di dalam kajiannya ‘ Helicobacter Pylori Infection In Malaysia’ meyatakan bahawa lelaki lebih kerap di serang gastritis berbanding wanita. Manakala dari segi bangsa pula, rata – rata pesakit adalah berbangsa bumiputera sabah jika dibandingkan dengan bangsa – bangsa lain yang terdapat di Malaysia. Tetapi hasil penemuan ini tidaklah begitu tepat kerana kajian ini dijalan di dibumi Sabah dan bangsa bumiputera sabah adalah penduduk asli Sabah dam merupakan kaum majority di Sabah. Tambahan pula,

(47)

47 setiap kaum tau bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan tersendiri. Contohnya, kaum dusun di Sabah mengamalkan pengambilan alcohol yang banyak ketika mengadakan suatu majlis keramaian ataupun ketika menyambut perayaan.

Dari segi tahap pendidikan, kebanyakkan pesakit adalah datangnya dari berpendidikan sekolah menengah sahaja. Ini boleh disebabkan, mereka kurangnya pendedahan dengan dunia perubatan pada masa lalu. Akan tetapi, apabila ditanyakan mengenai penyakit Gastritis, mereka mempunyai tahap pengetahuan yang baik mengenai isu ini. Penemuan menunjukkan ramai pesakit mengetahui tentang symptom – symptom gastritis ketika serangan berlaku. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat sekarang mengambil berat akan kesihatan diri mereka serta keluarga mereka.

Menurut Davidson’s di dalam bukunya yang bertajuk „ Principle &

Practice Of Medicine’ (14th

Edition), simptom seperti anoreksia, nausea,

kesakitan pada bahagian epigastrik, „ Heart Burn „ dan kadang-kala hematemesis adalah merupakan simptom yang paling kerap di adu oleh pesakit ketika pergi ke klinik.

Ramai respondan menjawab factor makan yang tidak teratur merupakan punca penyebab mereka diserang penyakit Gastritis tetapi penenuan ini bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Penulis Hardinge and Shryock

(1991) menyatakan pesakit yang berumur 50 tahun keatas sering mendapat

(48)

48 Kenyataan ini di perakui oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di mana mereka menyatakan pesakit yang berumur 50 tahun keatas banyak yang menghidap gastritis berbanding yang berumur bawah daripada umur 50 tahun.Ini kerana amalan mereka semasa peringkat remaja sudah mendedahkan gester mereka terhadap minuman alkohol tersebut. Selain itu, Penulis Delaney, B; McColl, K di dalam buku ‘Helicobacter pylori and

Gastro-oesophageal refluc disease’ ada menyatakan serangan Gastritis yang

disebabkan bakteria atau virus adalah kerana jangkitan selepas pembedahan atau makanan yang tercemar yang boleh menyebabkan penyakit Gastritis. Penulis MD Lippincott Williams and Wilkins di dalam buku ‘Textbook of

Gastroenterology’ 4th edition [ 2-Volume set ] 2003.p. 1394-1415.

menyatakan selain jangkitan, penggunaan ubat-ubatan „Non steroidal anti-inflammatory Drug‟ dengan jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan gastritis. Selain itu ubat lain seperti Vitamin C juga boleh menyebabkan gastritis menyerang sekiranya gaster kosong. Namun, semua faktor – faktor di atas adalah faktor penyebab utama penyakit gastritis. Ini dinyatakan oleh penulis Parveen Kumar And Michael Clark (1990) di dalam bukunya ‘Clinical Medicine A Textbook For Medical Students & Doctors’ 3rd Edition.

Soalan seterusnya merupakan tahap pengetahuan responden tentang komplikasi gastritis sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya. Menurut Harvey, Johns, Mckusick, owen dan Ross dalam buku

‘The principles & Practice of medicine ( 22nd Edition) infeksi akibat daripada

(49)

49 Infeksi helicobacter pylori menyebabkan keradangan pada dinding mukosa gaster dan secara tak langsung akan mengakibatkan tumbuhnya ulser pada dinding gaster. Pertumbuhan ini akan menyebabkan penipisan dinding gaster dan akhirnya boleh menyebabkan dinding gaster berlubang. Menurut Hardinge dan Shryock (1991) penyebab utama gastritis tidak diketahui. Namun demikian, kehadiran jus gastrik yang terdiri daripada asid hidroklorik dan pepsin boleh menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa trek pernafasan. Contohnya dalam pengambilan alkohol. Sebanyak 25% hingga 40% kes disebabkan oleh pengambilan alkohol. Sebanyak 20% hingga 30% pesakit menyebabkan pendarahan pada bahagian gastro usus dalam kes penyakit gastrtis yang dialami. Pendarahan tersebut akan menyebabkan pesakit mengadu fises mereka berwarna kehitaman. Menurut Davidson’s di dalam bukunya yang bertajuk „

Principle & Practice Of Medicine’ (14th

Edition), pendarahan yang melampau

tersebut boleh mengakibatkan pesakit menghidap penyakit anemia. Selain itu, tindakan pesakit yang tidak mendapatkan rawatan mahupun mendapatkan rawatan sendiri seperti rawatan tradisional menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seterusnya boleh membawa maut.

(50)

50

Cadangan

Hasil dari penemuan – penemuan yang telah diperolehi, penyelidik mendapat tahu kes kejadian serangan penyakit Gastritis adalah datangnya di kalangan pesakit yang berumur 50 tahun keatas. Oleh itu, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan untuk mengurangkan kejadian serangan Gastritis:

1. Pendidikan kesihatan – Mempertingkatkan kesedaran maysrakat terutamanya ahli keluarga yang mempunyai masalah penyakit Gastritis agar mereka lebih memahami penyakit Gastritis adalah merbahaya dan juga jangan dipandang sambil lewa kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan rawatan yang sewajarnya.

2. Promosi kesihatan – Pengeluaran risalah – risalah, pamplets dan poster kepada orang ramai untuk mempertingkatkan kefahaman mengenai faktor yang boleh menyebabkan serangan Gastritis. Dengan cara ini, mereka akan lebih perihatin dan mengambil langkah berjaga – jaga dari terdedah kepada mana – mana faktor penyebab.

3. Merekodkan kedatangan pesakit Gastritis yang berulang untuk mengesan kes – kes Gastritis yang kronik agar dapat dirujuk kepada doktor / pakar bagi rawatan yang lebih berkesan. Dengan rekod ini juga dapat memantau dan mengesan peningkatan kes atau semakin berkurang. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan atas apa jua cadangan yang dikemukakan seta keberkesanan rawatan yang diberikan.

(51)

51 4. Kempen cara hidup sihat – Dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan mana – mana badan bukan kerajaan mempromosikan kempen cara hidup sihat seperti Anti – Merokok, Amalan Senaman, Makan Makanan Yang Seimbang untuk tingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan keluarga.

Limitasi Kajian

Sepanjang menjalankan penyelidikan ini, pelbagai permasalahan telah timbul dan penyelidik telah menyelasaikan permasalahan tersebut dengan penuh sabar. Malahan pemasalahan tersebut dijadikan pendorong serta garis panduan untuk masa akan datang. Selain mengetahui kelemahan diri dalam menjayakan penyelidikan ini, penulis juga dapat meningkatkan kemahiran penulis dalam mengatur cara –cara untuk mengumpul maklumat dengan lebih effektif dan teliti. Diantara pemasalahan yang timbul dalam menjayakan penyelidikan ini adalah seperti berikut :

1. Saiz sample penyelidik kali ini adalah kecil iaitu hanya 30 orang respondan sahaja dan ini tidak mencukupi untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. 2. Borang soalselidik juga tidak menanyakan kepada respondan dengan soalan

(52)

52 3. Masa yang diambil untuk menjalankan penyelidikan juga terlalu singkat keran penyelidik mempunyai masa yang agak terhad untuk menyiapakan penyelidikan ini.

4. Penyelidikan yang pertama ini banyak kekurangan dari segi pengalaman dalam mengatur strategi untuk mengumpul maklumat.

5. Permasalahan masa juga timbul, di mana mentor dan penyelidik tidak dapat berjumpa kerana perselisihan jadual berlaku. Malah mentor juga mempunyai jadual kelas yang padat selain dari membuat pemantauan ke atas pelatih pembantu perubatan yang berada di kawasan klinikal.

6. Bahan rujukan juga menjadi permasalahan, di mana bahan rujukan yang ada di perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota KInabalu dan juga perpustakaan awam merupakan edisi yang lama dan terhad menyebabkan penyelidik kurang mendapat maklumat yang baru.

7. Permasalahan bahasa timbul oleh kerana kebanyakan buku rujukan mengunakan bahasa Inggeris, menyebabkan penyelidik mengambil masa untuk menterjemah bahasa tersebut dengan teliti agar struktur dan maksud ayat betul.

(53)

53 KESIMPULAN

Selepas meneliti dan menganalisa kesemua maklumat yang telah diperoleh dan dikumpul semasa penyelidikan ini dijalankan, risiko penyakit gastritis ini lebih mudah menyerang pesakit remaja dan awal dewasa. Oleh itu, masyarakat haruslah sedar dari awal agar dapat mengelakkan penyakit gastritis menjadi lebih teruk lagi bak kata pepatah mencegah lebih baik darp merawat. Masyarakat haruslah menggalakkan makan makanan yang berkhasiat dan seimbang serta aktif dalam menyertai mana – mana aktiviti sosial seperti bermain atau bersukan untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan aktiviti minum minuman beralkohol. Tabiat makan juga penting dalam hal ini memandangkan hasil kajian ini mendapati punca berlakunya serangan gastritis adalah disebabkan oleh tabiat makan yang tidak teratur. Pesakit yang terdedah kepadanya tanpa disedari sehingga serangan gastritis berlaku apabila gaster tidak diisi dengan sebarang makanan. Oleh itu, masyarakat harus prihatin dan peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri sendiri dan bukannya hanya mementingkan keseronokan. Mereka yang mempunyai risiko penyakit Gastritis terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap Gastritis haruslah diberi perhatian terhadap tabiat pemakanan begitu juga dengan ketagihan alcohol. Masyarakat juga harus peka terhadap isu – isu semasa dan info sihat bagi meningkat pengetahuan mereka tentang factor – factor penyebab penyakit gastritis. Ini kerana bukan hanya factor pemakanan, alkohol dan amalan merokok sahaja yang boleh menyebabkan penyakit gastritis malah faktor ubat – ubatan, jangkitan bakteria atau virus, dan tekanan yang

(54)

54 melampau juga boleh mempengaruhi serangan gastritis. Pesakit juga haruslah mendapatkan kaunseling agar pesakit sedar tentang penyakit gastritis dan komplikasinya adalah merbahaya dan boleh membawa maut. Natijahnya, dapatlah disimpulkan disini, bahawa kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman seluruh masyarakat selain daripada pesakit agar dapat membantu mengurangkan kejadian serangan gastritis di kalangan masyarakat kita dan mempertingkat kualiti hidup masyarakat kita.

(55)

55

BAB 6

(56)

56 1) Baharudin Omar, Abdul Rassip Che Nun dan Aminuddin Abdul Hamid Karim (1993), Penyebab dan Gejala Penyakit (Edisi Kedua), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2) Cobaco G, Philip SF, et al. (1996) ‘Gastric Potential Differences in Man’. 3) Davidson‟s ‘Principles & Practice Of Medicine’ 14th Edition.

4) Delaney, B; McColl, K ‘Helicobacter pylori and Gastro-oesophageal refluc

disease’

5) Hadringe H, Shryock (1991), Epidemiology of Peptic Ulcer Disease.

6) Harvey, Johns, Mckusick, Owens, Ross. ‘The Prinsiples & Practice Of Medicine’ Twenty – Second Edition.

7) Marie V. Krause dan L. Kathleen Mahan (1993), Makanan, Pemakanan dan Terapi Diet.

8) MD Lippincott Williams and Wilkins ‘Textbook of Gastroenterology’ 4th edition [

2-Volume set ] 2003.p. 1394-1415

9) Parveen Kumar, Michael Clark (1990)‘ Clinical Medicine A Textbook For Medical

Students & Doctors’ 3rd Edition

10) Phipps P, Peter MN. (1995) ‘A Prospective Study of Gastroenterology’.

11) Ross and Wilson (1963), Anatomy and Physiology in Health and illness (9th editors), Churchill Livingstone.

12) Royles B, Walsh DF. (1992) ‘A Clinical & Radiological Study of Consecutive

Patients’.

(57)

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

Untuk mengatasi masalah-masalah belajar peserta didik tersebut, maka implikasi layanan bimbingan hendaknya disesuaikan dengan masalah belajar yang dihadapi oleh peserta

Saya mengaku dan bersetuju bahawa (a) maklumat yang terkandung di dalam Perakuan Diri ini dikumpul dan boleh disimpan oleh Syarikat bagi tujuan pertukaran automatik maklumat

Lelang Pengadaan Alat Peraga, Buku Pengayaan/Referensi dan Sarana Multi Media di Dinas Pendidikan Kota Madiun Tahun Anggaran 2007 mengindikasikan adanya kerjasama antara PT

Adapun masalah yang dihadapi yaitu waktu yang kurang pada saat pembelajaran dikelas menyebabkan diskusi dan latihan soal belum terbahas dan mahasiswa masih belum

Berdasarkan tabel 4.1 diatas dapat diketahui bahwa pada tahap pendahuluan dari empat kali pertemuan diperoleh nilai rata-rata 2,083 nilai rata-rata ini menunjukkan bahwa

Data yang dikumpul melalui instrumen-instrumen ini telah dianalisis secara kualitatif dan hasil dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan Plat Warna dalam penyelidikan kajian ini

Dalil tersebut tidak dapat dibantah oleh Termohon (P.T. Goro Batara Sakti). Berdasarkan perjanjian perdamaian yang telah disahkan oleh Pengadilan Niaga, seharusnya

Maka diambil keputusan untuk membangun Sekolah baru yaitu SMP Negeri 8 Singaraja yang disepakati dalam rapat dengan Komisi IV DPRD Buleleng dan Disdikpora Buleleng dengan