• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBINCANGAN DAN

Dalam dokumen Contoh HSR (full) (Halaman 45-57)

46 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Perbincangan dan kesimpulan

Melalui pengumpulan maklumat dan data yang diperolehi melalui borang soalselidik, pelbagai penemuan telah berjaya ditemui dan semua maklumat tersebut dikumpul, diproses, dianalisa dan ditafsirkan melalui cara penyampaian dalam bentuk graf bar dan carta pai juga sedikit penjelasan ringkas bagi memudahkan penyelidik menyampaikan segala data yang diperolehi.

Menurut hasil penemuan, pesakit yang sering diserang gastritis adalah pesakit yang berumur dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 30 tahun. Ini boleh juga dikaitkan dengan cara hidup mereka kerana dlam lingkungan umur tersebut mereka masih lagi dikategorikan sebagai remaja dan awal dewasa. Seterusnya, kita lihat dari segi jantina. Daripada data yang diperoleh kedua – dua jantina mempunyai risiko yang sama untuk mendapat serangan Gastritis. Kenyataan ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan kenyataan yang dibuat oleh M Z Mazlam, MRCP, ‘Depatrment Of Medicine, Faculty Of Medicine, University Kebangsaan Malaysia’ di dalam kajiannya ‘ Helicobacter Pylori Infection In Malaysia’ meyatakan bahawa lelaki lebih kerap di serang gastritis berbanding wanita. Manakala dari segi bangsa pula, rata – rata pesakit adalah berbangsa bumiputera sabah jika dibandingkan dengan bangsa – bangsa lain yang terdapat di Malaysia. Tetapi hasil penemuan ini tidaklah begitu tepat kerana kajian ini dijalan di dibumi Sabah dan bangsa bumiputera sabah adalah penduduk asli Sabah dam merupakan kaum majority di Sabah. Tambahan pula,

47 setiap kaum tau bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan tersendiri. Contohnya, kaum dusun di Sabah mengamalkan pengambilan alcohol yang banyak ketika mengadakan suatu majlis keramaian ataupun ketika menyambut perayaan.

Dari segi tahap pendidikan, kebanyakkan pesakit adalah datangnya dari berpendidikan sekolah menengah sahaja. Ini boleh disebabkan, mereka kurangnya pendedahan dengan dunia perubatan pada masa lalu. Akan tetapi, apabila ditanyakan mengenai penyakit Gastritis, mereka mempunyai tahap pengetahuan yang baik mengenai isu ini. Penemuan menunjukkan ramai pesakit mengetahui tentang symptom – symptom gastritis ketika serangan berlaku. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat sekarang mengambil berat akan kesihatan diri mereka serta keluarga mereka.

Menurut Davidson’s di dalam bukunya yang bertajuk „ Principle & Practice Of Medicine’ (14th

Edition), simptom seperti anoreksia, nausea,

kesakitan pada bahagian epigastrik, „ Heart Burn „ dan kadang-kala hematemesis adalah merupakan simptom yang paling kerap di adu oleh pesakit ketika pergi ke klinik.

Ramai respondan menjawab factor makan yang tidak teratur merupakan punca penyebab mereka diserang penyakit Gastritis tetapi penenuan ini bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Penulis Hardinge and Shryock

(1991) menyatakan pesakit yang berumur 50 tahun keatas sering mendapat

48 Kenyataan ini di perakui oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di mana mereka menyatakan pesakit yang berumur 50 tahun keatas banyak yang menghidap gastritis berbanding yang berumur bawah daripada umur 50 tahun.Ini kerana amalan mereka semasa peringkat remaja sudah mendedahkan gester mereka terhadap minuman alkohol tersebut. Selain itu, Penulis Delaney, B; McColl, K di dalam buku ‘Helicobacter pylori and Gastro-oesophageal refluc disease’ ada menyatakan serangan Gastritis yang

disebabkan bakteria atau virus adalah kerana jangkitan selepas pembedahan atau makanan yang tercemar yang boleh menyebabkan penyakit Gastritis. Penulis MD Lippincott Williams and Wilkins di dalam buku ‘Textbook of Gastroenterology’ 4th edition [ 2-Volume set ] 2003.p. 1394-1415.

menyatakan selain jangkitan, penggunaan ubat-ubatan „Non steroidal anti-inflammatory Drug‟ dengan jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan gastritis. Selain itu ubat lain seperti Vitamin C juga boleh menyebabkan gastritis menyerang sekiranya gaster kosong. Namun, semua faktor – faktor di atas adalah faktor penyebab utama penyakit gastritis. Ini dinyatakan oleh penulis Parveen Kumar And Michael Clark (1990) di dalam bukunya ‘Clinical Medicine A Textbook For Medical Students & Doctors’ 3rd Edition.

Soalan seterusnya merupakan tahap pengetahuan responden tentang komplikasi gastritis sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya. Menurut Harvey, Johns, Mckusick, owen dan Ross dalam buku

‘The principles & Practice of medicine ( 22nd Edition) infeksi akibat daripada

49 Infeksi helicobacter pylori menyebabkan keradangan pada dinding mukosa gaster dan secara tak langsung akan mengakibatkan tumbuhnya ulser pada dinding gaster. Pertumbuhan ini akan menyebabkan penipisan dinding gaster dan akhirnya boleh menyebabkan dinding gaster berlubang. Menurut Hardinge dan Shryock (1991) penyebab utama gastritis tidak diketahui. Namun demikian, kehadiran jus gastrik yang terdiri daripada asid hidroklorik dan pepsin boleh menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa trek pernafasan. Contohnya dalam pengambilan alkohol. Sebanyak 25% hingga 40% kes disebabkan oleh pengambilan alkohol. Sebanyak 20% hingga 30% pesakit menyebabkan pendarahan pada bahagian gastro usus dalam kes penyakit gastrtis yang dialami. Pendarahan tersebut akan menyebabkan pesakit mengadu fises mereka berwarna kehitaman. Menurut Davidson’s di dalam bukunya yang bertajuk „ Principle & Practice Of Medicine’ (14th

Edition), pendarahan yang melampau

tersebut boleh mengakibatkan pesakit menghidap penyakit anemia. Selain itu, tindakan pesakit yang tidak mendapatkan rawatan mahupun mendapatkan rawatan sendiri seperti rawatan tradisional menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seterusnya boleh membawa maut.

50

Cadangan

Hasil dari penemuan – penemuan yang telah diperolehi, penyelidik mendapat tahu kes kejadian serangan penyakit Gastritis adalah datangnya di kalangan pesakit yang berumur 50 tahun keatas. Oleh itu, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan untuk mengurangkan kejadian serangan Gastritis:

1. Pendidikan kesihatan – Mempertingkatkan kesedaran maysrakat terutamanya ahli keluarga yang mempunyai masalah penyakit Gastritis agar mereka lebih memahami penyakit Gastritis adalah merbahaya dan juga jangan dipandang sambil lewa kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan rawatan yang sewajarnya.

2. Promosi kesihatan – Pengeluaran risalah – risalah, pamplets dan poster kepada orang ramai untuk mempertingkatkan kefahaman mengenai faktor yang boleh menyebabkan serangan Gastritis. Dengan cara ini, mereka akan lebih perihatin dan mengambil langkah berjaga – jaga dari terdedah kepada mana – mana faktor penyebab.

3. Merekodkan kedatangan pesakit Gastritis yang berulang untuk mengesan kes – kes Gastritis yang kronik agar dapat dirujuk kepada doktor / pakar bagi rawatan yang lebih berkesan. Dengan rekod ini juga dapat memantau dan mengesan peningkatan kes atau semakin berkurang. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan atas apa jua cadangan yang dikemukakan seta keberkesanan rawatan yang diberikan.

51 4. Kempen cara hidup sihat – Dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan mana – mana badan bukan kerajaan mempromosikan kempen cara hidup sihat seperti Anti – Merokok, Amalan Senaman, Makan Makanan Yang Seimbang untuk tingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan keluarga.

Limitasi Kajian

Sepanjang menjalankan penyelidikan ini, pelbagai permasalahan telah timbul dan penyelidik telah menyelasaikan permasalahan tersebut dengan penuh sabar. Malahan pemasalahan tersebut dijadikan pendorong serta garis panduan untuk masa akan datang. Selain mengetahui kelemahan diri dalam menjayakan penyelidikan ini, penulis juga dapat meningkatkan kemahiran penulis dalam mengatur cara –cara untuk mengumpul maklumat dengan lebih effektif dan teliti. Diantara pemasalahan yang timbul dalam menjayakan penyelidikan ini adalah seperti berikut :

1. Saiz sample penyelidik kali ini adalah kecil iaitu hanya 30 orang respondan sahaja dan ini tidak mencukupi untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. 2. Borang soalselidik juga tidak menanyakan kepada respondan dengan soalan

52 3. Masa yang diambil untuk menjalankan penyelidikan juga terlalu singkat keran penyelidik mempunyai masa yang agak terhad untuk menyiapakan penyelidikan ini.

4. Penyelidikan yang pertama ini banyak kekurangan dari segi pengalaman dalam mengatur strategi untuk mengumpul maklumat.

5. Permasalahan masa juga timbul, di mana mentor dan penyelidik tidak dapat berjumpa kerana perselisihan jadual berlaku. Malah mentor juga mempunyai jadual kelas yang padat selain dari membuat pemantauan ke atas pelatih pembantu perubatan yang berada di kawasan klinikal.

6. Bahan rujukan juga menjadi permasalahan, di mana bahan rujukan yang ada di perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota KInabalu dan juga perpustakaan awam merupakan edisi yang lama dan terhad menyebabkan penyelidik kurang mendapat maklumat yang baru.

7. Permasalahan bahasa timbul oleh kerana kebanyakan buku rujukan mengunakan bahasa Inggeris, menyebabkan penyelidik mengambil masa untuk menterjemah bahasa tersebut dengan teliti agar struktur dan maksud ayat betul.

53 KESIMPULAN

Selepas meneliti dan menganalisa kesemua maklumat yang telah diperoleh dan dikumpul semasa penyelidikan ini dijalankan, risiko penyakit gastritis ini lebih mudah menyerang pesakit remaja dan awal dewasa. Oleh itu, masyarakat haruslah sedar dari awal agar dapat mengelakkan penyakit gastritis menjadi lebih teruk lagi bak kata pepatah mencegah lebih baik darp merawat. Masyarakat haruslah menggalakkan makan makanan yang berkhasiat dan seimbang serta aktif dalam menyertai mana – mana aktiviti sosial seperti bermain atau bersukan untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan aktiviti minum minuman beralkohol. Tabiat makan juga penting dalam hal ini memandangkan hasil kajian ini mendapati punca berlakunya serangan gastritis adalah disebabkan oleh tabiat makan yang tidak teratur. Pesakit yang terdedah kepadanya tanpa disedari sehingga serangan gastritis berlaku apabila gaster tidak diisi dengan sebarang makanan. Oleh itu, masyarakat harus prihatin dan peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri sendiri dan bukannya hanya mementingkan keseronokan. Mereka yang mempunyai risiko penyakit Gastritis terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap Gastritis haruslah diberi perhatian terhadap tabiat pemakanan begitu juga dengan ketagihan alcohol. Masyarakat juga harus peka terhadap isu – isu semasa dan info sihat bagi meningkat pengetahuan mereka tentang factor – factor penyebab penyakit gastritis. Ini kerana bukan hanya factor pemakanan, alkohol dan amalan merokok sahaja yang boleh menyebabkan penyakit gastritis malah faktor ubat – ubatan, jangkitan bakteria atau virus, dan tekanan yang

54 melampau juga boleh mempengaruhi serangan gastritis. Pesakit juga haruslah mendapatkan kaunseling agar pesakit sedar tentang penyakit gastritis dan komplikasinya adalah merbahaya dan boleh membawa maut. Natijahnya, dapatlah disimpulkan disini, bahawa kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman seluruh masyarakat selain daripada pesakit agar dapat membantu mengurangkan kejadian serangan gastritis di kalangan masyarakat kita dan mempertingkat kualiti hidup masyarakat kita.

55

BAB 6

56 1) Baharudin Omar, Abdul Rassip Che Nun dan Aminuddin Abdul Hamid Karim (1993), Penyebab dan Gejala Penyakit (Edisi Kedua), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2) Cobaco G, Philip SF, et al. (1996) ‘Gastric Potential Differences in Man’.

3) Davidson‟s ‘Principles & Practice Of Medicine’ 14th Edition.

4) Delaney, B; McColl, K ‘Helicobacter pylori and Gastro-oesophageal refluc

disease’

5) Hadringe H, Shryock (1991), Epidemiology of Peptic Ulcer Disease.

6) Harvey, Johns, Mckusick, Owens, Ross. ‘The Prinsiples & Practice Of Medicine’

Twenty – Second Edition.

7) Marie V. Krause dan L. Kathleen Mahan (1993), Makanan, Pemakanan dan Terapi Diet.

8) MD Lippincott Williams and Wilkins ‘Textbook of Gastroenterology’ 4th edition [ 2-Volume set ] 2003.p. 1394-1415

9) Parveen Kumar, Michael Clark (1990)‘ Clinical Medicine A Textbook For Medical Students & Doctors’ 3rd Edition

10) Phipps P, Peter MN. (1995) ‘A Prospective Study of Gastroenterology’.

11) Ross and Wilson (1963), Anatomy and Physiology in Health and illness (9th editors), Churchill Livingstone.

12) Royles B, Walsh DF. (1992) ‘A Clinical & Radiological Study of Consecutive Patients’.

Dalam dokumen Contoh HSR (full) (Halaman 45-57)

Dokumen terkait