• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

Menteri

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

A

ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini.

Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang.

Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan.

Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa.

Sekian, terima kasih serta wassalam,

(4)

Muka surat

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 1

PROFIL PERNIAGAAN KHIDMAT PEMBERSIHAN BANGUNAN 1

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 3

PENGURUSAN PERKHIDMATAN 5

PENGURUSAN TENAGA KERJA 6

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 8

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 11

PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR 13

PENGURUSAN RISIKO 14

(5)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 1

1

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

HURAIAN PERNIAGAAN

Khidmat pembersihan bangunan merangkumi kerja-kerja yang melibatkan pembersihan untuk pelbagai jenis bangunan seperti kompleks perniagaan, pejabat, hospital dan bangunan sekolah. Kerja-kerja pembersihan ini meliputi pembersihan lantai, tingkap, dinding luar dan dalam, alat pendingin serta pengudaraan.

Terdapat banyak syarikat yang mengusahakan perniagaan khidmat pembersihan bangunan di Malaysia tetapi sebahagian besar menumpukan kepada pembersihan bahagian dalam bangunan. Perkhidmatan pembersihan luar bangunan khususnya bangunan tinggi dan sederhana kurang diceburi oleh pengusaha perkhidmatan ini. Oleh sebab itulah banyak peluang terbuka untuk bakal-bakal pengusaha mendapatkan teknologi baru dalam memenuhi permintaan pembersihan bangunan khususnya pembersihan luar bangunan.

MENGAPA MEMILIH PERNIAGAAN INI

Perniagaan ini harus diberi pertimbangan serius berdasarkan faktor-faktor berikut:

 Kos Permulaan Yang Rendah

 Tidak Memerlukan Tenaga Kerja Yang Ramai Dan Berkemahiran  Tahap Pengurusan Yang Rendah

 Mudah Mendapatkan Bekalan Bahan Dan Peralatan  Potensi Untuk Berkembang Pesat

2

PROFIL PERNIAGAAN KHIDMAT PEMBERSIHAN

BANGUNAN

PERKHIDMATAN ASAS

Perniagaan khidmat pembersihan bangunan boleh dibahagikan kepada dua perkhidmatan asas yang utama iaitu:

(6)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 2 Mencuci Luar Bangunan

Pembersihan luar bangunan meliputi:  Membersih tingkap  Mencuci cermin  Pressure washing  Waterproofing  Mengecat  High climbing  High dusting Mencuci Dalam Bangunan

Pembersihan dalam bangunan pula melibatkan kerja-kerja seperti:  Mengemas pejabat

 Memelihara kebersihan tandas  Pemeliharaan dan pemulihan lantai  Penjagaan permaidani

PERKHIDMATAN SAMPINGAN

Perkhidmatan sampingan yang boleh ditawarkan selain daripada perniagaan asas termasuklah:

 Mencuci Rumah  Mencuci Permaidani

 Membersihkan Kawasan Persekitaran Dan Memotong Rumput  Mencuci Kolam Renang

 Mengangkut Sampah  Mengecat

PROSES PEMBERSIHAN BANGUNAN

Antara perkara-perkara yang perlu dikenal pasti sebelum melaksanakan kerja-kerja pembersihan adalah seperti berikut:

(7)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

 Mengenal pasti jenis bahan kimia, perkakas, peralatan dan mesin yang perlu digunakan.

 Mengetahui kegunaan, cara menggunakan dan peraturan keselamatan setiap bahan kimia, perkakas, peralatan dan mesin.

 Mengetahui cara kerja, peraturan dan langkah-langkah keselamatan semasa mencuci dan pembersihan.

 Memahami keperluan kerja-kerja mencuci dan pembersihan bangunan seperti langkah-langkah kerja yang perlu dijalankan.

PERNIAGAAN LAIN YANG BERKAITAN

Di samping perkhidmatan asas yang ditawarkan pengusaha juga boleh memperluaskan perniagaan lain yang berkaitan seperti:

 Landskap

 Pembekal Peralatan Mesin Dan Bahan Pembersihan  Kawalan Serangga (Pest Control)

3

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

MENUBUHKAN SYARIKAT

Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha diwajibkan menubuhkan syarikat terlebih dahulu. Langkah-langkah dan faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh bakal pengusaha sebelum menubuhkan syarikat adalah:

Pemilihan Nama Syarikat

Pemilihan nama syarikat yang baik akan boleh membantu kejayaan sesebuah syarikat. Nama syarikat yang baik akan mempengaruhi orang lain atau pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat. Begitu juga bagi pengusaha yang akan memulakan perniagaan pembersihan bangunan. Nama biasanya dikaitkan dengan aktiviti perniagaan yang hendak dijalankan seperti ‘Clean Services Sdn Bhd’ di mana ia menunjukkan gambaran perniagaan tersebut.

(8)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 4 Jenis Perniagaan

Pengusaha perlu menetapkan salah satu daripada bentuk pendaftaran perniagaan yang hendak digunakan:

 Pemilikan Persendirian  Perkongsian

 Syarikat Sendirian Berhad  Syarikat Awam Berhad.

PEMILIHAN LOKASI PERNIAGAAN

Pemilihan tempat yang strategik mampu membantu perniagaan meningkat maju. Pengusaha perlu melihat potensi pelanggan mereka di tempat atau premis perniagaan yang di pilih. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi yang strategik adalah seperti kemudahan perhubungan dan infrastruktur.

MENDAPATKAN LESEN

Setelah pemilihan lokasi perniagaan , bakal pengusaha perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Lesen perniagaan akan diberikan secara tahunan dan pengusaha harus memenuhi syarat-syarat lesen perniagaan sepanjang pengusaha menjalankan perniagaan. Pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan akan melawat kedai pengusaha dari masa ke semasa untuk menentukan pengusaha memenuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan Setelah menerima perakuan pendaftaran perniagaan, setiap perniagaan perseorangan dan perkongsian mesti mendapatkan lesen perniagaan.

PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu perniagaan. Rancangan perniagaan ini bertujuan:

 Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara objektif,kritikal dan praktikal.

 Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

 Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau sebaliknya.

(9)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

 Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.

 Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

4

PENGURUSAN PERKHIDMATAN

SISTEM ATAU KAEDAH PEMBERSIHAN YANG DIGUNAKAN.

Kaedah pembersihan yang digunakan dalam mencuci dan membersihkan bangunan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Bahagian Dalam Bangunan

Antara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah:  Mengemas Pejabat

 Memelihara Kebersihan Tandas.  Pemeliharaan Lantai

Bahagian Luar Bangunan

Kaedah yang digunakan bagi pembersihan dan pembersihan di luar bangunan adalah dengan menggunakan:

 Pam Jet Bertekanan Tinggi (high pressure jet)  Gondola Scaffolding

 Scrappers

PERALATAN MESIN

Dalam usaha meningkatkan kecekapan serta mutu perkhidmatan, penggunaan mesin dan jentera adalah sangat penting. Di negara-negara maju, mesin dan jentera serta peralatan lain digunakan dengan meluas untuk menambah kecekapan serta mempercepatkan kerja-kerja pembersihan. Sebaliknya, teknik pembersihan tempatan masih lagi mengamalkan teknik pembersihan basah (Wet Cleaning) yang berintensif buruh.

(10)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 6 BAHAN-BAHAN PEMBERSIHAN

Di antara bahan-bahan pembersihan yang digunakan adalah seperti dalam jadual dibawah.

JENIS BAHAN PEMBERSIHAN YANG DIGUNAKAN Bil Bahan Pembersihan Sumber Bekalan

1 Hard Surface Cleaners Tempatan 2 Sanitizing Products Tempatan 3 Floor Strippers Tempatan 4 Floor Polisher Tempatan 5 Floor Sealers Tempatan 6 Buffing Solution Tempatan 7 Special Chemicals Tempatan 8 Carpet Care Tempatan

KENDERAAN

Kenderaan seperti lori dan van juga diperlukan dalam perniagaan khidmat pembersihan bangunan. Ianya diperlukan untuk mengangkut pekerja-pekerja ke tempat kerja serta mengangkut peralatan mesin pembersihan sekiranya terdapat projek di luar kawasan perniagaan.

5

PENGURUSAN TENAGA KERJA

JENIS PEKERJAAN

Dalam perniagaan khidmat pembersihan bangunan, pengurusan tenaga kerja adalah amat penting untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Terdapat tiga jenis kumpulan pekerjaan yang penting kepada perniagaan khidmat pembersihan bangunan iaitu:

(11)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

Kumpulan ini perlu tahu prinsip, fungsi dan selok-belok pengurusan agar ia dapat meneruskan perniagaan dengan lebih berkesan. Pengurusan merupakan satu proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal sumber manusia dan sumber-sumber lain di dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi dengan lebih berkesan Pengurusan merangkumi, perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan.

 Kumpulan Sokongan

Adalah orang yang dilantik oleh sesebuah syarikat bagi memantau dan menyelia segala tugas yang diamanahkan kepadanya. Di dalam perniagaan pembersihan bangunan penyeliaan diperlukan agar kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan teratur dan terkawal

 Kumpulan Pekerja Am

Pekerja am/buruh diperlukan bagi perlaksanaan kerja-kerja mencuci dan membersihkan dalam dan luar bangunan. Kumpulan pekerja ini perlu diberi arahan agar segala kerja yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar.

Bagi kategori pekerja ia bergantung kepada saiz perniagaan, pengusaha memerlukan beberapa tenaga kerja untuk menjalankan perniagaan khidmat pembersihan bangunan. Keperluan tenaga pekerja dalam pembersihan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengurusan dan profesional, pekerja mahir dan pekerja am.

GAJI DAN IMBUHAN

Pembayaran gaji dan imbuhan bergantung kepada pengalaman, kelulusan, kebolehan dan lokasi di mana pekerja itu bertugas. Tetapi adalah dinasihatkan di dalam perkhidmatan ini, gaji dan imbuhan dibayar mengikut produktiviti pekerja-pekerja itu sendiri.

Bagi kategori pekerja ia bergantung kepada saiz perniagaan, pengusaha memerlukan beberapa tenaga kerja untuk menjalankan perniagaan khidmat pembersihan bangunan. Keperluan tenaga pekerja dalam pembersihan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengurusan dan profesional, pekerja mahir dan pekerja am.

(12)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 8

KURSUS DAN LATIHAN

Pekerja yang mahir akan menghasilkan kerja yang berkualiti. Satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah dengan memberikan latihan kemahiran kepada pekerja. Latihan bukan sahaja diberikan kepada pekerja baru tetapi juga kepada pekerja mahir sedia ada kerana teknologi sering berubah pantas.

Amalan latihan dan latihan semula akan menjadikan pekerja seorang yang lebih mahir dan berpengetahuan. Mereka akan lebih fleksibel sebagai pekerja serba boleh dengan pelbagai kemahiran. Secara tidak langsung akan dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja mahir dan mengurangkan waktu menunggu pekerjaan di projek baru jika dibandingkan dengan mempunyai kemahiran tunggal. Pada masa ini terdapat banyak pusat latihan kemahiran yang mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan aktiviti pembersihan.

6

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Aspek pemasaran adalah sangat penting dalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan sekarang ini. Dua fasa utama dalam pemasaran ialah menyedia rancangan perniagaan yang di dalamnya terkandung strategi dan taktik yang dijangka memberi kelebihan kepada peniaga. Fasa kedua ialah perlaksanaan rancangan yang disediakan. Bagaimana baik dan lengkap pun rancangan yang disediakan tidak akan membawa apa-apa kemajuan jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

PASARAN

Pasaran bagi perkhidmatan membersih bangunan dapat dibahagi mengikut kumpulan berikut:

Mengikut Kumpulan Pelanggan

Pasaran mengikut kumpulan pelanggan boleh dikelaskan kepada dua segmen penting iaitu jabatan kerajaan dan swasta.

(13)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

Mengikut Bangunan

Iaitu bangunan tinggi, sederhana tinggi atau pun bangunan rendah. PAKEJ PERKHIDMATAN YANG BOLEH DITAWARKAN

Pengusaha juga harus mempertimbangkan bagaimana untuk memperkenalkan perkhidmatan yang mampu menarik perhatian pelanggan. Antara pakej perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pengusaha:

 Perkhidmatan pembersihan dalaman.

 Perkhidmatan pembersihan dalaman dan luar bangunan.

 Perkhidmatan pembersihan dalaman dan luar bangunan serta khidmat pembersihan bangunan.

 Perkhidmatan khidmat pembersihan bangunan dan membersihkan kawasan. KEPERLUAN PELANGGAN

Perkembangan mutakhir dunia perniagaan sekarang tertumpu kepada memberi kepuasan kepada pelanggan. Pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan bukan sahaja akan terus berurusan dengan sesebuah syarikat itu malah ia akan menjadi agen promosi yang tidak rasmi di dalam aktiviti pemasaran. Oleh yang demikian, mengenali pelanggan dan memahami masalah mereka sangatlah penting dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka.

Pelanggan selalunya memberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut iaitu pengalaman, kepakaran, harga dan kualiti perkhidmatan.

PROMOSI

Firma perkhidmatan yang baik menggunakan promosi untuk meletakkan diri mereka dengan kukuh di dalam pasaran sasaran. Dalam perniagaan perkhidmatan seperti pembersihan bangunan, pelanggan dan pekerja perkhidmatan barisan depan berinteraksi untuk mewujudkan perkhidmatan. Oleh itu, penyedia perkhidmatan mesti berinteraksi secara efektif dengan pelanggan untuk mewujudkan nilai yang lebih baik semasa memberikan perkhidmatan. Interaksi efektif pula bergantung kepada kemahiran pekerja perkhidmatan barisan depan dan juga kepada pengeluaran perkhidmatan dan proses sokongan yang menyokong pekerja ini.

(14)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 10

PERKHIDMATAN PELANGGAN

Dalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan ini, aspek perkhidmatan pelanggan sangat perlu diberi perhatian. Objektif perkhidmatan pelanggan adalah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan supaya mereka terus ingin mendapatkan perkhidmatan yang telah diberikan. Perkhidmatan pembersihan bangunan biasanya berdasarkan rutin yang diperlukan oleh pelanggan. Ada kalanya pelanggan akan meminta untuk membersihkan sesuatu kawasan yang kelihatan tidak bersih pada penglihatan mereka. Pekerja yang diletakkan di sesuatu tempat untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan haruslah diberi nasihat agar sentiasa peka dengan kehendak pelanggan selagi tertakluk dengan perjanjian.

JARINGAN (NETWORKING)

Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaannya sama ada di dalam atau keluar negara, para usahawan haruslah mencari dan menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat pembersihan dari luar negara. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan di pasaran baru dapat dikurangkan dan segala keperluan birokrasi dapat diatasi bersama. Di samping itu usahawan juga berpeluang mempelajari teknik-teknik baru di dalam khidmat pembersihan bangunan.

GLOBALISASI DAN PROSPEK PERNIAGAAN

Dalam era globalisasi maka semakin luas prospek perniagaan pembersihan bangunan pada masa akan datang. Ini kerana semakin banyak teknologi-teknologi baru dihasilkan sama ada teknologi tempatan mahupun dari luar negara. Perkembangan teknologi komputer dan internet harus diberi perhatian oleh pengusaha perniagaan dalam usaha mencari pasaran baru dan juga berkongsi maklumat kepakaran dari dalam dan luar negara. Di samping itu juga perniagaan melalui internet atau secara on-line menjadi trend perniagaan masa kini. Prospek perniagaan boleh dikembangkan dengan membuka cawangan-cawangan baru perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara.

(15)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

Perkembangan perniagaan ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan kedudukan perniagaan selain menyumbang kepada ekonomi negara.

7

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

MODAL PERMULAAN

Modal yang diperlukan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Di antara faktor yang telah dinyatakan adalah termasuk saiz perniagaan dan saiz pasaran. Berdasarkan kajian yang dilakukan purata modal permulaan bagi perniagaan ini ialah RM114,000. Modal permulaan minimum adalah sebanyak RM10,000 manakala maksimum ialah RM500,000. Kos permulaan untuk memulakan perniagaan ini tidak begitu besar iaitu di antara RM10,000 hingga RM20,000 bagi perkhidmatan pembersihan dalam bangunan dan RM20,000 hingga RM30,000 bagi perkhidmatan pembersihan luar bangunan.

MODAL PUSINGAN

Kajian mendapati purata modal pusingan yang diperlukan adalah dalam lingkungan RM100,000. Sekiranya syarikat ingin memberikan perkhidmatan kepada agensi kerajaan atau pihak swasta, peruntukan modal pusingan perlu ditambah kerana pusingan bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan biasanya mengambil masa satu (1) hingga empat (4) bulan.

Sekiranya pengusaha berjaya mendapatkan tender, sebelum boleh memulakan kerja pembersihan, beberapa urusan berkaitan dengan ikatan kontrak perlu diselesaikan atas kehendak pelanggan (Kerajaan). Di antara kehendak lazim ialah pembelian polisi insurans kerja dan bon pelaksanaan. Ini membabitkan penggunaan modal kerja. Premium ke atas jaminan insurans juga perlu dibayar untuk kerja di sektor Kerajaan yang memperuntukkan kemudahan wang pendahuluan kepada kontraktor.

(16)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 12

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sumber pembiayaan yang mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Pembiayaan untuk memulakan perniagaan boleh didapati daripada beberapa sumber seperti:

 Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.  Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan

kemudahan pinjaman dan overdraf.

 Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang kepada syarikat kewangan. Kebiasaannya selama tiga (3) hingga lima (5) tahun dan bayaran muka sebanyak 10 peratus hingga 25 peratus.

 Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-pengusaha baru antaranya MARA dan Yayasan Tekun Nasional

KOS OPERASI

Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi perniagaan syarikat. Contohnya bayaran pengangkutan (minyak kenderaan, cukai jalan, tol dan sebagainya), peralatan dan bahan pembersihan dan bayaran upahan (pekerja). Dalam melaksanakan perniagaan khidmat pembersihan bangunan kos operasi yang diperlukan agak tinggi bergantung pada saiz kerja yang dilakukan. Tinjauan menunjukkan kos operasi bagi syarikat kecil ialah kurang RM4,000 sebulan bagi cucian dalam bangunan dan melebihi RM4,000 bagi cucian luar bangunan.

HASIL JUALAN Hasil Jualan

Hasil jualan untuk perniagaan idatang dari dua (2) sumber iaitu hasil jualan perniagaan utama dan hasil daripada jualan perniagaan sampingan.

ANALISIS KEWANGAN

Pengetahuan asas berhubung dengan analisis kewangan amat penting kepada bakal-bakal pengusaha kerana pengetahuan asas ini dapat membantu pengusaha dalam menilai kedudukan semasa syarikat, menentukan kelemahan serta kekuatan sesebuah syarikat.

(17)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata-penyata kewangan asas seperti kunci kira-kira dan penyata pendapatan.

Titik Pulang Modal

Titik Pulang Modal (TPM) merujuk kepada jumlah jualan yang diperlukan untuk mendapat kembali modal yang dilaburkan. TPM boleh dikira mengikut hari atau bulan sekiranya jualan agak konsisten. Pengusaha harus tahu dalam mengunjur titik pulang modal dalam mengatur strategi perniagaan.

Perancangan keuntungan bukanlah suatu yang mudah dilakukan kerana perancangan tingkat yang salah boleh melibatkan kerugian. Jika kerugian kecil tetapi berterusan dialami oleh sesebuah syarikat, tempoh kewujudannya juga berkemungkinan besar akan singkat. Sebaliknya keuntungan yang sebagaimana kecil pun, secara teorinya mampu meneruskan hayat perniagaan. Menyedari betapa pentingnya merancang keuntungan sebelum keputusan dibuat menyebabkan berbagai-bagai teori dibentuk bagi membantu keuntungan dicapai di berbagai peringkat tingkat pengeluaran.

Teknik analisa titik pulangan modal merupakan satu teknik yang amat berguna untuk menganalisa tingkat keupayaan atau jualan di mana hasil jualan berupaya melindungi kos operasi. Titik di bawah TPM adalah peringkat kerugian dialami dan titik di atas TPM adalah peringkat keuntungan dicapai. Teknik pulangan modal boleh ditentukan secara keseluruhan, atau jabatan operasi tertentu atau keluaran tertentu dan penilaian teknik ini perlu mengambil kira keupayaan tersedia, keanjalan permintaan, dan faktor luar dan dalam yang bersangkutan.

8

PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR

PENDAFTARAN DENGAN KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN  Pendaftaran Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

(18)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 14

 Pendaftaran Perniagaan Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)  Pendaftaran Di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

 Pendaftaran Perniagaan Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

PENDAFTARAN DENGAN SYARIKAT SWASTA

Sesetengah syarikat swasta memerlukan syarikat pembekal berdaftar dengan mereka. Sesetengah pula hanya ingin berurusan dengan syarikat yang berdaftar dengan MOF. Pengusaha perlu tahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat swasta yang mereka ingin memberi perkhidmatan.

9

PENGURUSAN RISIKO

JENIS-JENIS RISIKO

Setiap perniagaan akan berhadapan dengan risiko. Risiko yang dihadapi kadangkala begitu tinggi dan kadangkala rendah. Ianya bergantung dalam apa bidang yang kita ceburi. Begitu juga dengan perniagaan khidmat pembersihan bangunan.

Setiap pengusaha atau bakal pengusaha perniagaan akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran semasa atau ketika memulakan perniagaan. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu, seseorang perlu mengetahui jenis risiko dan membuat strategi pengurusan risiko yang terancang agar tidak mengalami kerugian di masa akan datang. Seseorang usahawan perlu merancang dan bersedia awal agar sebarang perubahan di dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan boleh diatasi.

Dalam khidmat pembersihan bangunan, terdapat banyak risiko yang perlu difikirkan dan seseorang pengusaha perlu bijak mengurus risiko bagi memastikan perniagaan terus kekal dan setanding dengan syarikat pesaing lain. Jenis-jenis risiko yang bakal dihadapi oleh bakal pengusaha adalah kemalangan, kerosakan harta benda, penggunaan bahan kimia berbahaya dan risiko kewangan.

(19)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

Terdapat berbagai cara untuk mengurus risiko seperti pengambilan insurans dan strategi pengurusan.

LANGKAH KESELAMATAN

Langkah-langkah bagi menguruskan risiko antaranya ialah:

 Membuat persediaan dan perancangan yang teliti dari semua sudut dalam perniagaan.

 Memberi kursus dan latihan kepada pekerja mengenai penyelesaian dan penekanan kepada aspek keselamatan.

 Membuat sistem rekod yang berkesan seperti rekod keselamatan, rekod kewangan yang terperinci dan tersusun.

 Sentiasa berbincang dengan pekerja tentang sebarang permasalahan atau cadangan yang ingin dikemukakan.

10

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang kepada kelangsungan (continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.

CIRI USAHAWAN

Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan adalah seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN

Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iatu perkhidmatan, premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.

(20)

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 16

FAKTOR DAYA SAING DAN DAYA TAHAN

Dalam menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa, pengusaha perlu memastikan perniagaan dan keupayaan diri lebih berdaya saing dan mempunyai daya tahan yang kuat dalam memastikan perniagaan yang diusahakan terus kekal di pasaran dan berkembang maju. Faktor daya saing dan daya tahan juga haruslah dilihat dalam dua sudut, iaitu perniagaan dan usahawan.

Perniagaan

Antara faktor-faktor yang boleh membantu perniagaan berdaya maju adalah:  Memberi pakej perkhidmatan yang menarik kepada pelanggan

 Menjaga kualiti perkhidmatan agar sentiasa terbaik kepada pelanggan.

 Pengambilan pekerja yang berpengalaman dan memberi latihan yang cukup kepada pekerja

 Mempunyai imej perniagaan tersendiri yang membezakan perniagaan dengan pesaing yang lain.

 Mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi.

Usahawan

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan maju, setiap usahawan perlulah mempunyai sifat-sifat berikut, antaranya:

 Personaliti Yang Baik

 Keupayaan Membentuk Hubungan Kerja  Keupayaan Membuat Keputusan

 Kesihatan

(21)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (MECD)

Lot 2G6, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya Malaysia.

Tel : 603 - 8880 5000 Fax : 603 - 8880 5106 Http://www.mecd.gov.my

Referensi

Dokumen terkait

Pelan Antirasuah IIM 2021 – 2025 ini telah menggariskan sebanyak 38 risiko dan 106 inisiatif tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan isu tadbir urus, integriti dan

SAYA YAKIN KERJASAMA ERAT DI ANTARA ANGGOTA PENTADBIRAN, ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM DAN JUGA SEKTOR SWASTA DALAM MENDUKUNG VISI DAN MISI NEGARA AKAN TERUS MEMBAWA KESEJAHTERAAN

Namun lebih dari itu, saya sangat berharap, Anda dapat berkontribusi untuk terus menghidupkan, membesarkan, dan mencitrakan ISI Yogyakarta sebagai Perguruan Tinggi Seni yang

Oleh karena itu, perlu dibangun orientasi baru kebijakan perumahan dan permukiman untuk mempercepat pemenuhan kebutuhan rumah dengan dukungan prasarana dasar yang

Nescaya, dengan melihat kepada sokongan padu semua pihak seperti yang dipamerkan pada malam ini membuatkan kita berasa terus yakin dan percaya bahawa kesungguhan untuk menyemai

Krisis ekonomi dunia berpunca dari salah pengurusan kewangan dan senario politik domestik selepas pilihan raya umum kedua belas, adalah harga yang perlu dibayar oleh negara,

Walaupun terdapat cabaran dan kesan negatif yang perlu diatasi, kita harus bersama-sama bekerja keras untuk memastikan pendidikan kita terus memainkan peranan penting dalam memupuk