• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

TITAH

DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN

RAJA DR. NAZRIN SHAH DI SEMINAR ANTARABANGSA

LEGASI PEMIKIRAN SYED HUSSEIN ALATAS TARIKH: 6HB. OGOS 2009 (KHAMIS); JAM: 10.00 PAGI

TEMPAT: MENARA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera

Bismillahi Rahmani Rahim

Segala puji milik Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, yang menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi Allah, lalu diperlengkap dengan akal dan nafsu, kemudian ditimbangkan segala amal makruf sewaktu melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang hamba di sisi Nya, dan pada penentuan hukum dari Nya, pada waktu dan tarikh yang telah ditetapkan ke atas seseorang insan, akan terpisahlah roh dari jasad. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, para keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya kepada para ulama dan para tabiin. Semoga memperoleh ihsan sehingga hari kebangkitan.

(2)

2. Beta bersyukur ke hadrat ILAHI, kerana dengan izin dan rahmat dari Nya juga, Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein

Alatas seterusnya menyempurnakan pelancaran karya-karya terpilih

tulisan Syed Hussein Alatas (Allahyarham) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan dicetak buat kali ketiga; tiga karya tersebut adalah pemerhatian dan kupasan Allahyarham yang menyentuh ‘Mitos Peribumi Malas‟, „Intelektual Masyarakat

Membangun‟ dan ‘Rasuah:Sifat, Sebab dan Fungsi‟.

3. Seminar ini berlangsung dalam dua persekitaran yang sangat signifikan;

Persekitaran pertama: persekitaran masa; bahawa seminar ini diadakan dalam suasana negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh dua. „Kemerdekaan‟ itu mempunyai pelbagai erti dan terdedah kepada pelbagai fahaman. Zurinah Hassan dalam puisi beliau berjudul „kemerdekaan‟, mengingatkan bahawa ‘kemerdekaan‟ bukan sekadar gegak gempita menurunkan

„Union Jack‟, atau setiap 31 Ogos dengan perbarisan raksasa dan

kibaran bendera pada tiang tertinggi di dunia1. „Kemerdekaan‟ itu sewajarnya mengingatkan warga kepada nama-nama Dol Said,

(3)

Maharaja Lela, Pandak Endut, Dato‟ Sagor, Ngah Jabur, Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau, Tuk Janggut, Tunku Kudin, dan ratusan patriot

tak bernama, bermandi darah bergadai nyawa, untuk membayar harga yang termahal, harga kemerdekaan negara.2

4. „Kemerdekaan‟ itu sangat besar pengertiannya dalam pemikiran, pendirian dan amalan harian Syed Hussein Alatas kerana

Syed Hussein itu sendiri adalah nama atas batang tubuh yang

berumahkan jiwa merdeka; jiwa merdeka yang memiliki minda yang teguh berpegang kepada prinsip kebebasan berfikir; prinsip kebebasan berfikir yang dijadikan kompas penting memandu arah kehidupan beliau, di samping berusaha untuk menjadi nakhoda membantu pemikiran bangsanya dalam melayari lautan hidup yang penuh gelora. Gelombang perjuangan kemerdekaan senantiasa berombak di dadanya, demi memastikan terbinanya warga merdeka – bangsa merdeka di atas bumi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka. Jiwa merdeka dan minda merdekanya berlabuh dengan identiti bangsa – bersauh dengan syariat agama, terus menuntut kepada keadilan sosial, supaya kemerdekaan itu dapat diterjemahkan kepada kemakmuran serta kebahagiaan; agar bangsanya tidak tertindas lagi dalam bentuk perhambaan baru.

(4)

5. Dalam persekitaran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bangsa, sewajarnyalah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpadam dari sejarah. Sesungguhnya tarikh 5 Ogos yang berlalu semalam, tarikh berlangsungnya seminar ini, adalah tarikh keramat, tarikh yang amat penting dalam sejarah kemerdekaan negara bangsa di tanah dan air yang bernama Tanah Melayu.

6. Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957,

Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat `Negeri Melayu Bersekutu‟ dan lima `Negeri

Melayu Tidak Bersekutu‟ telah memberikan perkenan menurunkan

tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat

Raja-Raja Melayu yang berbunyi:

Petikan:

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh

(5)

kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera”

TUJUH PERKARA ITU ADALAH:

Pertama:

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH

MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

Kedua:

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu,

selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH

SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya

kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga:

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR

MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara

(6)

Keempat:

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan

RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima:

Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.

Keenam:

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh:

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA

ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri

Sabah dan Sarawak).

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus)

(7)

melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Fasal-fasal tersebut adalah Perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153, dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.

7. Persekitaran kedua: persekitaran tempat; bahawa Dewan

Bahasa ini adalah antara gelanggang awal pemikiran Syed Hussein

mengatur tapak seorang pendekar – memencak langkah seorang

kesateria. Bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka memiliki sejarah penting melaksanakan amanah memenuhi salah satu dari tujuh wasiat Raja-Raja Melayu; ia itu peranan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa pernah merakamkan sejarah peristiwa keranda 152.

8. Di tapak bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ini, pada 3 Mac 1967, lebih 2000 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu berhimpun. Perhimpunan tersebut diingati sebagai peristiwa „api dan

air mata‟ , peristiwa yang merakamkan kemarahan dan kesedihan

(8)

mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka adalah institusi bangsa untuk menjamin kedaulatan bahasa. Semua Raja Melayu berangkat di Majlis Perasmian bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka melambangkan sokongan padu Duli-Duli Yang Maha Mulia itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar melaksanakan secara tegas salah satu dari tujuh wasiat Baginda Raja-Raja Melayu.

9. Betapa kebetulannya acara untuk memperingati seorang tokoh

yang telah mencipta sejarah ini berlangsung dalam dua persekitaran yang amat bersejarah, persekitaran masa dan persekitaran tempat. Demikian resam orang berjasa – kematiannya meninggalkan nama untuk terus dimuliakan. Syed Hussein Alatas telah menghembuskan nafas terakhir untuk menyahut panggilan ILAHI pada hari Selasa, 23 Januari 2007 Masihi, bersamaan 5 Muharam 1428 Hijrah. Berlakulah

satu perjalanan penghidupan dari satu perhentian yang

meninggalkan dunia yang fana ini untuk berhijrah ke satu perhentian baru di alam baqa, sementara menanti hari kebangkitan yang telah dijanjikan.

10. Padamlah satu kandil gemerlap – pelita jendela di malam gelap. Telah tertutuplah mata yang senantiasa memerhatikan kenyataan dan telah kelulah lidah yang sering mengucapkan kebenaran.

(9)

Sepanjang hayat, Syed Hussein Alatas telah menyinarkan suria

kepada bumi negaranya, sepanjang kehidupan, ia telah

memancarkan cahaya penyuluh pemikiran bangsanya. Telah 2 tahun 8 bulan jasad Syed Hussein diistirahatkan di liang lahad, namun pemikirannya tidak dikuburkan bersamanya. Malah pemikirannya terus hidup dan memberikan nafas kehidupan; pemikirannya terus menjadi bahan kajian – bahan renungan, bahan rujukan – bahan sandaran. Kerana itu para sarjana menyambut seruan untuk hadir ke seminar ini.

11. Syed Hussein meninggalkan bangsanya – meninggalkan dunia ini, sedikit awal untuk membolehkannya menyaksikan krisis ekonomi dunia yang telah menderitakan kehidupan jutaan insan; dia telah menghembuskan nafas terakhir sedikit awal untuk menyaksikan harga politik yang perlu dibayar oleh bangsanya setelah berlangsungnya pilihan raya umum kedua belas. Krisis ekonomi dunia berpunca dari salah pengurusan kewangan dan senario politik domestik selepas pilihan raya umum kedua belas, adalah harga yang perlu dibayar oleh negara, beban yang perlu ditanggung oleh bangsa kerana terus melakukan perkara-perkara yang telah lama diberikan peringatan oleh Syed Hussein dan kumpulan yang memiliki

keselarian fikiran dengan Allahyarham. Sepanjang hayat

(10)

diiktiraf pandangan kumpulan intelektual yang memiliki daya lihat dalam perspektif yang lebih luas lagi menyeluruh 3 yang harus

dibezakan dengan kumpulan inteligensia 4 ; beliau menganggap

masalah umum yang keterbelakangan adalah berpunca dari masalah

pengagihan pendapatan dan pembangunan ekonomi 5 ; beliau

menghuraikan kejijikan rasuah, kurang kemurnian mencantumkan perniagaan dan politik6, dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di Dunia Ketiga yang terlalu asyik mengamalkan rasuah hingga

menghambat kemajuan.7

12. Ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memerangi rasuah ada kalanya digemakan lebih nyaring dari kalangan orang-orang yang tidak bebas dari melakukannya, lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh - pemimpin jatuh – negara lebur – rakyat melarat. Rasuah terus merebak baik di negara sedang membangun, di negara membangun dan tidak ketinggalan di negara maju. Ia berlaku di dalam istana, di dalam sektor awam, di dalam sektor swasta, di dalam organisasi politik, di kalangan

3

Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009) 11

4 Ibid.,12 5

Syed Hussein Alatas, Mitos Peribumi Malas, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009) xli

6 Syed Hussein Alatas, Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

2009) 115

(11)

organisasi beruniform malah tidak terkecuali di dalam badan-badan agama. Rasuah adalah candu yang amat mengasyikkan, lebih mengkhayalkan, kerana yang menanggung derita bukan di kalangan pengamal dan penerima rasuah. Rasuah menghidupkan semula budaya perhambaan, dilindungi kosmetik yang memberikan kecantikan dan keriangan palsu kepada pengamal. Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram. Rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya. Demikianlah kotor dan jijiknya rasuah; ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya; malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia.

13. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan seminar

„Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas’ serta terus mengulangi

penerbitan karya-karya Allahyarham adalah usaha yang layak diberikan penghargaan. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu

meneruskan tanggung jawab – memenuhi amanah untuk

(12)

bangsa mendapat cukup bekalan bahan pemakanan intelek. Dalam memastikan bangsa tidak terputus dengan akar sejarah, Beta suka menyarankan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan semula tulisan-tulisan yang telah dihasilkan di era pra dan pasca kemerdekaan yang telah berjaya menyuntik semangat kebangkitan bangsa. Beta mendengar bahawa Ishak Haji Mohamad (Allahyarham)

telah menghasilkan buku „Putera Gunung Tahan‟ dan „Anak Mat Lela

Gila‟, tetapi sehingga hari ini, Beta sendiri tidak berpeluang

mendapatkan naskhah buku-buku tersebut. Bahan-bahan bacaan seperti itu amat penting bukan sahaja diterbitkan semula tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat-pusat pengajian supaya generasi muda tidak akan lupa sejarah dan salah silah bangsanya. Beta percaya negara memiliki himpunan khazanah sejarah yang hari ini tertimbus dan terkubur ditelan waktu.

14. Dalam hasrat membina modul SATU MALAYSIA, usaha cari gali khazanah sejarah yang telah berperanan membina semangat kemerdekaan dan semangat penyatuan sama ada dalam bentuk buku, penulisan, memoir, catatan, ucapan, puisi dan prosa wajib dilakukan. Hari ini, generasi selepas Beta, hanya mengenal nama-nama seperti Zaaba, Aminuddin Baki, Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir, Zulkifli Mohamad, Mohd. Asri Haji Muda, Dr. Ismail Abdul Rahman, Panglima Bukit Gantang Wahab, Abdul Rahman

(13)

Yaacob, Ahmad Boestamam, Syed Jaafar Albar, Syed Nasir Ismail, Harun Idris dan ramai lagi nama-nama nasionalis bangsa; tetapi generasi Beta sendiri majoritinya tidak berpeluang untuk mengikuti, mendalami dan memahami asas pemikiran mereka kerana bahan-bahan bertulis dan cetak yang ada, begitu terbatas, hanya dapat diakses oleh para penyelidik yang melakukan kajian di peringkat pascaijazah. Maklumat tokoh-tokoh bangsa dan sumbangan pemikiran mereka hendaklah dijadikan bahan yang boleh sampai kepada massa yang lebih ramai. Jika usaha-usaha tidak segera dirintis, akan terkuburlah khazanah bangsa yang sahih, dan akan berlakulah pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari menurut kesesuaian dan kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu.

15. Dalam hasrat membina SATU MALAYSIA, Dewan Bahasa dan

Pustaka wajarlah memperbanyakkan program seminar

membincangkan legasi pemikiran negarawan-negarawan yang telah dilahirkan oleh negara Malaysia.

16. Kepada keluarga Syed Hussein Alatas, negara dan bangsa amat terhutang budi atas peranan sampingan mereka yang memberikan kekuatan kepada Syed Hussein untuk berjaya meninggalkan satu legasi. Semoga segala jasa dan pengorbanan

(14)

Syed Hussein diterima sebagai amal makruf, semoga roh

Allahyarham dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan para solihin. Sama-samalah kita bacakan surah Al-Fatihah, dan sebarang ganjaran dari bacaan tersebut, semoga diterima ILAHI lalu disampaikan kepada roh Allahyarham Syed Hussein Alatas. Al-Fatihah.

Wabillahi taufik, walhidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Pembelajaran reflektif merupakan sistem yang memantau dan mengatur aktivitas semua sistem otak lainnya. Sistem ini berkaitan dengan pemikiran tingkat tinggi dan

Perusahaan bisa melakukan diversivikasi ke dalam bisnis yang berbeda untuk mengurangi risiko. Manajer sering kali memiliki insentif untuk melakukan diversifikasi untuk

Pada ebook ini akan dipaparkan tahapan-tahapan untuk membuat Sistem Pengelolaan User dari tahap persiapan database, konfigurasi, pembuatan fondasi aplikasi web seperti Data

Kendala yang ditemukan ketika penulis melaksanakan praktik kerja magang di PT Dynaplast selama kurang lebih 3 bulan salah satunya adalah susahnya mendapatkan persediaan fleet

Begitu juga kawin paksa yang dilakukan oleh seorang kiai kepada murid atau santri masyarakat setempat, ketakdiman masyarakat desa sekat agung merupakan suatu hal yang sngat

Same Size : mengatur node terpilih menjadi sama ukuran Same Position : mengatur node terpilih menjadi sama posisi Same Rotation : mengatur node terpilih menjadi sama rotasi

Pembuatan Seri Konsentrasi Larutan Uji Larutan uji yang terdiri dari ekstrak etanol, fraksi n-heksan, fraksi kloroform, dan fraksi air dari biji pala (Myristica fragrans

Alasan yang dikemukakan oleh kepala KUA Diwek dalam hal penerimaan permohonan wali hakim karena wali nasab berada di jarak yang jauh ada 2 yaitu: wali aqrab