• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Saham 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Saham 1"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

NOTA SAHAM 1- Membuka dan Jenis Akaun Cds/Nominee

Di Malaysia, saham di dagangkan di Bursa Malaysia. Sebelum seseorang individu dapat bermain atau membeli mana2 kaunter saham di bursa Malaysia. Mereka hendaklah terlebih dahulu membuka trading akaun dan CDS akaun. Disini saya sertakan step by step untuk membuka akaun tersebut:

Step 1 – Buka Trading Akaun

Anda perlulah terlebih dahulu membuka akaun dgm stock broker yang berdaftar dgn bursa Malaysia. Anda dapat jumpa list stock broker yang berada di Malaysia di lama web bursa Malaysia. Antara contoh stock broker yang ada di Malaysia ialah KENANGA INVESTMENT BANK,RHB CAPITAL, MAYBANK INVESTMENT BANK, ECM LIBRA dan banyak lagi. Anda dinasihatkan untuk ke pejabatnya sendiri supaya urusan untuk membuka akaun lancar. Ini kerana ada sesetengah borang memerlukan tanda tangan anda dan pengesahan anda.

.Step 2 – Pilih antara Trading Akaun Terus atau Nominee

Untuk nominee trading akaun biasanya kamu akan appoint broker untuk pegang saham bagi pihak kamu. Ini bermaksud bila kamu beli saham,nama kamu tidak akan muncuk dlm buku pendaftaran kewujudan shareholders tetapi akan ditunjukkan broker name.Kelebihan nominee adalah kamu tidak perlu membuat apa paperworks seperti isi borang untuk bonus issue,right entitlement dan banyak lagi. Paling penting semua date line bukan kamu yang akan ingat tetapi broker kamu yang mana kamu masih lagi perlu memberi arahan apa yang mereka patut buat.Tetapi keburukan nominee akaun adalah mereka tidak dapat memohon IPO. IPO merupakan saham baru yang akan dilistedkan. Saham ini masih belum diniagakan di Bursa Malaysia. Semua mengenai IPO akan saya terangkan pada masa akan datang. Selain itu keburukan nominee adalah kamu tidak akan menerima annual report bg saham yang dipegangkan dan tidak dapat gift voucher. Step 3 – Pilih antara Cash Akaun atau Contra Akaun

Bila kamu membuka akaun, akamu akan diberi pilihan samada mahukan cash akaun atau contra akaun. Cash akaun adalah dimana kamu hanya dapat membeli jumlah saham berdasarkan nilai duit yang anda ada didalam akaun. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000 ke dalam cash akaunnya dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM1000 sahaja. Kelebihan cash akaun adalah brokerage fee nya yang murah. Untuk contra akaun, anda dapat membeli secara hutang. Itu lah bahasa kasarnya. Ini kerana contra akaun memberi anda kelebihan hutang sehingga 2 kali dari nilai anda tetapi berapa kali hutang itu bergantung kepada broker masing-masing. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000 kedalam contra akaun dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM2000 sahaja.

Step 4 – Pilih samada mahu membeli saham secara online atau offline

Untuk offline anda hendaklah memcari seorang remisier yang mana akan menguruskan akaun ada. Semua arahan beli atau jual akan diberikan kepada remeisier tersebut dan remeisier tersebut akan lakukan. Selain itu remeisier itu juga terlibat sebagai penasihat yang mana mereka akan menasihati kita samada sesuai atau tidak untuk membeli sesuatu saham.Untuk online pulak, segala urusan jual dan beli akan dilakukan oleh anda sendiri. Semua boleh dilakukan secara online. Kebanyakkan pelabur sekarang banyak memilih cara ini disebabkan brokerage feenya yang murah tetapi AWAS!!! Jika anda merupakan pelabur baru disarankan untuk anda belajar dahulu cara-caranya untuk melabur. Ini kerana kekurangan ilmu dapat membuat anda mengalami kerugian yang besar. SO WATCHOUT jika kamu memilih untuk menggunakan cara ini.

Step 5 – Open Central Depository System (CDS) account

Seterusnya kamu perlu buka CDS akaun. Stock broker dipilih anda akan menolong anda membuka CDS akaun. CDS akaun adalah akaun electronic yang mana bertindak seperti akaun biasa untuk merekod segala jual dan beli saham. CDS akaun ini dijaga oleh Bursa Depository yang mana dulu dikenali sebagai Malaysia Central Depository. Kamu perlu mengisi dan tandatangan CDS opening akaun form (FMN01). Anda juga perlu menandatangani dua salinan specimen card dan salinan kad pengenalan. Harga untuk CDS akaun RM10.

Ini sahaja dapat saya kongsi untuk NOTA SAHAM 1-MEMBUKA dan JENIS AKAUN NOMINESS/CDS. Insya allah kalau ada masa saya akan menulis NOTA SAHAM 2-Tajuknya????hehe RAHSIA..tungguuuuuuuuuu dan disini saya turut kongsikan video dari investopedia yang mana tindakan sesetengah dealer atau remeisier yang tidak akan menguntungkan kita apabila melakukan jual beli saham.

NOTA SAHAM 2-PROSES BANK IN DAN JUAL BELI SAHAM Step 1 – Deposit Duit

Apabila anda telah membuka akaun dgn broker, langkah seterusnya adalah anda hendaklah memasukan duit ke dalam trust akaun tersebut. Bergantung kepada broker anda deposit ini boleh dilakukan melalui check atau pindahan online. Antara broker yang menyediakan pindahan wang secara online adalah, Maybank dan OSK, Saya tidak pasti mengenai bank lain tetapi apabila anda membuka akaun nanti, saya syorkan supaya anda bertanya dengan broker anda.

(2)

Step 2 – Periksa Harga Saham

Bursa Malaysia beroperasi dari pukul 9pagi-12.30 tgh hari dan sambung semula selepas makan tengahari dari 2.30ptg-5ptg. Untuk urusan pembelian order boleh dihantar 30 minit sebelum waktu beroperasi. Untuk offline trading akaun, anda boleh menghubungi dealer atau remisier anda untuk periksa harga shares manakala kalau online anda dapat

melayari internet dengan melayari website broker yang anda daftar. Sebagai contoh www.kenwealth.com. Ini merupakan contoh online stock bagi KENANGA INVESTMENT BANK.

Di online akaun, anda boleh menyusun kaunter fevret atau kaunter yang anda perhatikan kedalam watch list supaya anda dapat monitor harga saham terbabit. Harga saham akan bergerak berdasarkan tick price yang telah ditetapkan oleh regulator(SC-Suruhanjaya Securities). SC merupakan badan berkanun yang mengawal pergerakan saham di bursa

Malaysia. List dibawah merupakan tick price yang telah ditetapkan: Tick Size harga saham

Bawah RM1.00 perubahan harga saham berubah sebanyak 0.005 sen, Contoh harga Saham wijaya rm0.10 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 0.005 sen.

RM1.00 to RM2.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 1sen, Contoh harga Saham Gtronic RM1.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 1 sen.

RM3.00 to RM4.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham Affin Bank RM3.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.

RM5.00 to RM9.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham Maybank RM7.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.

RM10.00 to RM24.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham KLK RM22.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.

RM25.00 to RM99.98 perubahan harga saham berubah sebanyak 10sen, Contoh harga Saham Nestle RM3.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 10sen.

Step 3 –Buy Order

Apabila anda telah menjumpai kaunter yang mana anda telah kaji dari segi fundamental dan technical analysisnya bolehlah kiranya anda memulakan langkah untuk membeli saham. Di bursa Malaysia, minimum order bagi setiap pembelian adalah sebanyak 100unit yang mana 100 unit ini bersamaan 1 lot. Sebagai contoh jika share price berharga RM1 seunit maka untuk anda membeli satu lot saham ini, anda memerlukan sebanyak RM100.

Untuk offline trading, anda bolehlah menghubungi remisier atau dealer anda untuk membeli saham terbabit pada harga anda mahukan. Mereka akan menolong anda untuk membeli. Selepas order telah dimasukkan pada harga yang anda mahukan, bursa Malaysia kemudiannya akan memeriksa samada ada sesiapa yang mahu menjual pada harga yang telah anda tawarkan. Jika padan maka, anda dapat membeli saham terbabit. Dealer atau remisier akan memaklumkan kepada anda status order dan pembelian saham terbabit.

Untuk online trading akaun, anda bolehlah membeli secara online. Order yang anda masukkan kan dihantar ke broker punya Komputer sistem dan akan dihantar juga kepada Bursa Malaysia Komputer sistem. Anda dapat melihat status pembelian anda di online akaun samada anda berjaya atau tidak membeli saham terbabit.

Step 4 – Sell Order

Selepas anda berjaya membeli saham terbabit seperti STEP 3, anda bolehlah menjual saham terbabit apabila sudah membuat keuntungan. Sebagai contoh harga beli RM1 dan selepas seminggu harga saham terbabit mencecah RM1.20. Maka anda bolehlah menjual saham terbabit. Ini boleh dilakukan sama seperti STEP 3 Cuma kali ini anda menekan butang menjual. A contract note akan dihantar untuk proses jual dan beli saham apabila anda melakukan transaksi sebagai confirmation transaksi anda.

NOTA SAHAM 3- Settlement Date

Alhamdulilah bersyukur kepada ilahi kerana saya diberi peluang untuk menaip NOTA SAHAM 3 yang mana kali ini saya akan mengajar mengenai settlement date. Pada pemain contra(rujuk nota terdahulu) settlement date ini sgt penting. Ini kerana jika saham yang dibeli tidak terjual pada hari ketiga maka force selling akan berlaku pada keesokkan harinya. Ini dinamakan FORCE SELLING. Tetapi jika anda deposit duit pada hari ketiga, maka saham terbabit tidak kan dijual secara FORCE SELLING.

Step 1 – Fahami Settlement Date

Di Bursa Malaysia, semua belian dan jualan perlu di selesaikan pada 12.30 pm pada T+3 day dimana T mewakili bilangan hari pembelian dan transaksi. Ini bermaksud kamu harus membayar pembelian atau menjual pegangan yang anda ada pada hari berikutnya. Tetapi hari minggu dan public holiday tidak dikira. Jika kamu membeli saham dan gagal untuk membayar pada T+3,broker anda akan melakukan force selling pada keesokkan hari. Force selling dilakukan pada T+4.

(3)

Step 2 – Trading Settlement

Jika kamu memebeli saham kamu hendaklah membayar sebelum T+3, 12.30 pm. Jika duit simpan cukup maka transaction dapat diteruskan tetapi jika tidak mencukupi maka anda hendaklah mendepositkan duit ke dalam trust akaun

Pengiraan buying Settlement:

Total Buy Settlement (RM) = Nilai Saham + Brokerage Fees + Clearing Fees + Stamp Duty Saham akan dikreditkan ke dalam CDS akaun pada T+3.

Pengiraan Selling settlement pula:

Total Sell Settlement (RM) = Nilai Saham – Brokerage Fees – Clearing Fees – Stamp Duty Cash dari jualan akan dikreditkan ke trust akaun pada T+3

Ini merupakan NOTA SAHAM 3. Pada NOTA SAHAM 4 saya akan mengajar untuk mengira bagaimana untuk mengira profit dan loss dan fees apabila membeli di bursa Malaysia. Apabila anda tamat NOTA SAHAM 4 maka anda sudah menguasai asas dalam melabur di bursa Malaysia. Tetapi bnda paling penting pastikan anda melabur bukanya berjudi.

NOTA SAHAM 4- Pengiraan Untung dan Rugi

Ini merupakan NOTA SAHAM 4 yang mana pada kali ini kita akan belajar mengenai profit dan loss. Ok sebelum kita mula pekara pertama yang kita perlu tahu adalah step pengiraan. Dibawah ini merupakan step2 pengiraannya:

Jumlah Belian Saham (RM) = Nilai Saham + Brokerage Fees + Clearing Fees + Stamp Duty Jumlah Jualan Saham (RM) = Nilai Saham – Brokerage Fees – Clearing Fees – Stamp Duty Step 1 – Mengira Nilai Saham

Untuk mengira nilai saham sangat mudah. Contoh jika saham itu bernilai RM5.00 dan jika kamu beli 1000unit maka nilainya adalah sebanyak RM5000.

Step 2 – Mengira Brokerage Fee

Bergantung kepada broker yang anda pilih. Selalunya ia dalam range dari 0.05% hingga 0.07% dari contract value

bergantung kepada nilai transaksi,jenis akaun dan jenis trading. Tetapi selalunya broker selalunya mengenakan minimum brokerage fees untuk setiap transaksi.

Kita ambik contoh brokerage fees of 0.42%. Brokerage Fees = 0.42% x RM5,000 = RM21 Step 3 – Mengira Clearing Fees

Caj oleh Bursa Malaysia sebagai clearing house. Nilai caj sebanyak 0.03% from contract value or nilai saham dan bergantung kepada maximum RM1000 per transaksi.

Sebagai contoh:

Clearing Fees = 0.03% x RM5,000 = RM1.50 Step 4 – Mengira Stamp Duty

Stamp duty adalah charge dari kerajaan dan broker akan kumpul bg pihak kerajaan. Anda perlu membayar RM1.00 bg setiap RM1000 dari contract value atau nilai saham dan dibundarkan kepada nilai ringgit terdekat dan bergantung kepada maximum value of RM200.

Sebagai contoh: Clearing Fees = RM5

Step 5 – Mengira Untung (atau Rugi)

Berdasarkan formula di atas kita kira untung dan rigi sebagai contoh, Beli 1,000 unit Saham A pada harga RM5.00 dan jual pada harga RM6.00 Nilai Saham Bila beli = RM5 x 1,000 = RM5,000

Nilai Saham Masa Jual= RM6 x 1,000 = RM6,000

Beli Settlement = RM5,000 + 0.42% x RM5,000 + 0.03% x RM5,000 + RM5 = RM5,027.50 Jual Settlement = RM6,000 – 0.42% x RM6,000 – 0.03% x RM6,000 – RM6 = RM5,967.00 Untung = RM5,967.00 – RM5,027.50 = RM939.50

(4)

NOTA SAHAM 5 - PENYERTAAN DALAM PEMBELIAN SAHAM

Hukum membeli saham pada asalnya adalah sama dengan hukum bersyarikat atau musharakah atau rakan kongsi. Ia adalah harus menurut Shariah dari al-Quran dan Hadith. ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 )

Dalil dari Al-Quran : مه فءا كرش ً فثل ث لا

Ertinya : "dan mereka berkongsi dalam 1/3 " ( An-Nisa : 12 ) Antara hadith :

ا نأ ث لا ث نٌ ك ٌرش لا ام م ل نخ ٌ امهدحأ هب حاص

Ertinya : Nabi menyatakan :" Aku orang ketiga bersama dua orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang yang mengkhianati rakannya" ( Riwayat Abu Daud )

Syarat Umum

Antara syarat umum yang telah diletakkan dalam hal menyertai aktivti urusniaga saham ini adalah :- a. Penubuhan dan penyertaan sebuah syarikat yang patuh Shariah di dalam bursa adalah harus.

b. Tiada sebarang perbezaan pandangan bahawa menyertai atau membeli saham syarikat yang asas utama

perniagaannya adalah haram seperti memberi pinjaman Riba atau berniaga barangan yang diharamkan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Majoriti ulama dunia mengharuskan penjualan dan pembelian di bursa kerana :- 1- Syarat Ijab Qabul telah terlaksana dalam pembelian dan pemilikan saham.

2- Majlis Pengarah syarikat telah mewakili seluruh pemegang saham dalam pelaksanaan syarikat mereka.

Justeru, antara para ulama besar yang mengharuskannya adalah Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Ali Khafif, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Dr Muhammad Yusof Musa dan ramai lagi. ( At-Takaful Al-Ijtima'ie, Abu Zahrah, 2/184 ; As-Syarikat : Ali Khafif, hlm 96 ; Al-Mualamat Al-Maliah, Uthman Syabir, hlm 206)

Sedikit Pertikaian Hukum Berkongsi syarikat Dengan Bukan Islam

Tidak dinafikan terdapat perbincangan dan pertikaian berkenaan keharusan membeli saham patuh shariah yang majoriti pemilikannya dimiliki oleh individu bukan Islam.

Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai makruh. Ia berdasarkan riwayat Ibn Abbas r.a

لا ن كراش تا ٌدوه ٌلا واٌ نارص نلا واٌ س وجمتل قم للا قمه نلانو بر ٌا بر لاولا لح ٌ

Ertinya : Berkata Ibnu Abbas, "Jangan kamu bersyarikat dengan Yahudi, Nasrani atau Majusi" , maka aku ( Ibn Hamzah) bertanya " Mengapa tidak?" Jawab Ibn Abbas : "Kerana mereka melakukan riba dan riba tidak halal" ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 ; Al-Muhazzab, 1/345 )

Hadith di atas menjadikan Imam As-Syafie menganggap ber'musharakah' dengan bukan Islam adalah makruh. Manakala Imam Ahmad, Awzaie dan Hasan al-basri menganggapnya harus. Imam Ibn Quddamah juga mengatakan kata-kata Ibn Abbas tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak pula tersebar di kalangan sahabat lain.

Manakala Khalifah Umar al-Khattab berpandangan harusnya dengan iktikad ianya dari pendapatan mereka yang halal sebagaimana Nabi SAW diriwayatkan membeli makanan dari Yahudi dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (Al-Mughni, Ibn Quddamah).

Pandangan mengharuskan dengan melihat kepada perincian aktiviti syarikat ini disokong kuat oleh ulama besar

kontemporari seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa. Beliau menolak pengharaman umum ke atas penyertaan di bursa saham. ( Al-Muamalat Al-Maliah, Syabir, hlm 210 )

Justeru selagi mana urusniaga syarikat adalah menepati Shariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi bukan Islam yang samada diketahui atau tidak bahawa modalnya dari yang haram. Ia juga dikuatkan oleh riwayat berikut :- ىور للاخ لا هدان س إ ب نع ءاطع لا ق ىه ن لوس ر الله نع ةكراش م يدوهٌ لا ً نارص ن لاو لا إ نأ نوك ٌ عٌ ب لا ءارش لاو دٌ ب مل س م لا Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato' berkata : Rasulullah SAW melarang dari

bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)" ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi' , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )

Di Malaysia

Oleh kerana di Malaysia, telah wujud Jabatan Modal Islam di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang antara lain telah mengeluarkan senarai Sekuriti (Syarikat) Patuh Shariah, justeru sebarang pembelian saham yang termasuk dalam senarai ini adalah harus pada asalnya. Rujuk http://www.sc.com.my/ dan dapatkan senarai tersebut dengan percuma. Ketika ini sekitar 80 % dari 889 sekuriti (saham) yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur adalah patuh Shariah atau disahkan halal. Jumlah 'market capitalization' pula mencecah RM 343 Billion. Dari 10 buah sekuriti yang terbesar di BSKL,

(5)

5 antaranya adalah patuh Shariah yang membawa kepada wujudnya KLSE Syariah Index pada tahun 1999 (http://www.sc.com.my/capitalmy/Oct03/html/MasICM.html)

Hukum Umum

Kebanyakan ulama kontemporari berpendapat tatkala anda membeli saham sesuatu syarikat, anda sebenarnya telah memiliki sebahagian kepentingan equiti syarikat tersebut, ini bermakna sebagai pemegang saham, anda dikira sebagai rakan kongsi dari sudut pandangan Islam. Justeru, sebagai rakan kongsi, anda terdedah kepada risiko mendapat kerugian atapun kelebihan keuntungan. Hal ini menjelaskan bahawa hukum asal pembelian saham adalah halal kerana ia didasari aqad 'Musyarakah'.

Pembelian saham harus dibuat melalui 'broker' atau 'remiser'. Tugas mereka biasanya adalah menentukan nilai pasaran dan coraknya, mengiklankan sebarang aset untuk jualan, menayangkan beberapa aset kepada pemebli yang berpotensi, menasihati pelanggan dalam tawaran yang diterima, sebagai wakil untuk membeli dengan upah tertentu.

Hukum broker

Sekadar menjadi wakil kepada pelanggan serta mengambil upah, ia adalah harus dalam Shariah menurut hukum 'Al-Wakah bil Ujr' (agen dengan upah) yang selagi mana sekuriti (saham) yang dibelinya juga adalah patuh Shariah.

Sebarang pembelian saham tidak patuh Shariah akan menyebabkan keuntungan hasil dari upah belian tadi juga adalah haram. Sebagaimana disebutkan

نأوالله اذإمرحائ ٌ ش مرحهن م ث

Ertinya : "Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mengharamkan sesuatu maka haram jualah harga ( keuntungan dari jualannya)" ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud, Albani : Sohih ; Ghayatul Maram, no 318 )

Justeru, sebarang upah dari pekerjaan haram adalah haram, upah wakil pembelian saham yang haram juga haram sebagaimana hadith di atas.

Fungsi broker juga adakalanya menjadi sebagai orang tengah dengan bank atau mana-mana Institusi kewangan Riba untuk memberikan pinjaman dengan 'interest' kepada pelanggan untuk membeli saham yang dijanka baik dan akan naik adalah haram disebabkan keterlibatan dengan Riba tadi.

Teknik pembelian & Hukum

Berikut beberapa cara yang yang biasa digunakan dan disertakan makluman hukumnya secara ringkas:- 1) Short Selling ( Jualan Singkat )

Jualan singkat ialah tindakan seseorang menjual sekuriti (saham) yang tidak dimilkinya pada masa jualan.

Secara umumnya, 'short selling' terlibat dengan pinjaman sekuriti (saham) dan kemudian menjualnya dengan andaian ia boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya ia akan beroleh keuntungan hasil perbezaan harga tadi, dalam konteks ini, proses jualan seolah-olah telah diterbalikkan.

Isu shariah di sini adalah di dalam Islam, sekiranya seseorang ingin mendapatkan untung dari sesuatu saham, mereka mestilah memiliki saham itu terlebih dulu.

Nabi SAW menyebut :- لا عب تامسٌ لكدن ع

Ertinya : "Jangan kamu jual sesuatu yang tidak kamu miliki"

Justeru, para ulama berpendapat jualan ini adalah diharamkan. (Dr Ma'bad Ali Al-Jarihi, Al-Aswaq Al-Maliah, 1/134 ; Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 269 )

Walaubagaimanapun, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuat keputusan bahawa jika short selling dibuat secara khas dan terkawal (regulated short selling), ia adalah harus. Rujuk Suruhanjaya Sekuriti untuk info lengkap berkenaan Regulated Short Selling yang dibuat atas konsep Ijarah dengan beberapa pengecualian

berdasarkan konsep Istihsan. ( Keputusan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti, Edisi Kedua, hlm 79) 2) Margin trading or buying

Margin trading adalah membeli saham dengan menggunakan wang yang dipinjam dari broker. Kebiasaannya faedah akan dikenakan atas pinjaman ini. Jika ini berlaku, hukum menggunakan kaedah ini adalah haram disebabkan pinjaman Riba tadi. Selain itu ia juga amat berisiko buat pelabur kerana jika saham yang dibelinya rugi, ia akan menanggung kerugian berganda. (Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 271 ;

http://en.wikipedia.org/wiki/Margin_trading) 3) Options Trading

(6)

membeli atau menjual sesuatu saham yang dipersetujui pada harga yang ditentukan. Tiada kewajiban bagi penempah untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi yang membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak (AAOIFI Shariah Standard, hlm 356).

Terdapat juga sebahagian 'options' yang menyebut bahawa jika salah satu pihak menolak untuk melakukan transaksi pada tarikh yang ditentukan, ia perlu membayar gantirugi yang telah ditentukan jumlahnya di awal tadi. Ia juga adalah haram menurut para ulama Islam. (Al-Ashum Wa- As Sanadat Wa Ahkamuha , Dr Ahmad Al-Khalil, hlm 208)

Secara kesimpulan, ia juga instrumen konvensional yang diharamkan. 4) Day Trading

Day trading merujuk kepada praktis menjual sesuatu saham pada hari yang sama ia dibeli iaitu sebelum pasaran ditutup pada hari itu.

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumnya, sebahagian besar berpendapat ianya harus kerana saham yang telah dibeli adalah hak milik penuh pembeli, ia boleh menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian ulama yang lain berpendapat jika ia dijual pada hari yang sama, elemen spekulasi menjadi besar dan boleh menjadikannya sebahagian dari perjudian.

5) Swing trading

Swing trading bererti pembeli saham akan menyimpan sahamnya sekitar satu hingga empat hari. Kemudian akan menjualnya semula apabila didapati harga lebih tinggi dari harga beliannya.

Kejayaan ‘swing trading' tertakluk kepada sejauh mana bijaknya pelabur memilih saham yang ingin dibeli. Biasanya para pelabur sebegini akan mengunakan analisa teknikal bagi memilih sebarang sekuriti (saham) yang mempunyai potensi ini. Hukum ;

Saya tidak melihat terdapat sebarang masalah Shariah dalam urusniaga ‘swing trading' ini selagi ia tidak melibatkan hutang dengan faedah dan sahamnya patuh Shariah.

6) Range trading

Para pelabur yang menggemari ‘range trading' biasanya akan memerhatikan turun naiknya sesebuah saham yang sedang ditekuni. Menurut teori sebahagian pengkaji saham, setiap kali nilai sesuatu saham itu naik tinggi, ia akan jatuh kembali dan akan naik kembali. Kumpulan pelabur jenis ini akan cuba memanfaatkan peluangnya dengan membeli saham tersebut sebelum harga benar-benar jatuh di tahap terbawah. Setelah itu, ia akan menunggu agar harga saham tadi naik kembali lalu menjualnya bagi mendapat untung hasil perbezaan harga beliannya dan jualan semasa. Dengan itu, ia dapat membeli dengan harga yang murah dan menjual ketika mahal.

Hukum ;

Saya tidak sempat membuat semakan terperinci perbincangan para ulama berkenaan hal ini. Malah perbincangan tentang hukumnya hampir tidak ada dalam perbincangan kitab-kitab dan tesis kontemporari yang sempat saya semak. Kemungkinan ia dianggap termasuk dalam pembelian saham biasa dan penjualan juga biasa yang mana hukumnya adalah halal.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan unsur spekulasi yang mirip kepada perjudian boleh menjadi semakin ketara di sini. Ini kerana, pembelian saham yang tulen lagi halal adalah didasari oleh pembelian hak pemilikan dalam sesebuah syarikat didorong oleh potensi masa hadpan yang cerah dan kualiti bisnes yang dijalankan. Walaubagaimanapun, dalam hal ‘range trading', ia seolah-olah tidak memberikan fokus utama kepada bisnes syarikat itu dan potensinya, sebaliknya apa yang menjadi keutamaan adalah ‘trend' jatuh naik harganya sahaja.

Justeru, di masa ketiadaan mana fatwa yang sempat saya temui dalam hal ini. Saya menasihatkan agar mana-mana pelabur yang ingin membuat cara ini memberikan perhatian lebih kepada potensi saham dan bisnesnya berbanding berspekulasi harga sahaja bagi mengelakkan syubhah dalam pembeliannya.

7) Loan Stock

Ia adalah samada saham biasa atau saham istimewa yang digunakan sebagai cagaran untuk sesuatu hutang dari pihak lain. Yang mana hutang tadi adalah suatu hutang yang telah ditetapkan kadar faedah tertentu. Sesuatu hutang yang

(7)

dijamin ini boleh bertukar kepada pemilikan saham dengan syarat-syarat yang tertentu dan dengan kadar pertukaran yang telah dipersetujui.

Di ketika ini, hukum ‘loan stock' yang ada di pasaran adalah haram menurut Islam kerana ia akan memasukkan sekali jumlah faedah atau Riba dari pinjaman tadi.

8) Waran Panggilan (Call Warrant)

Warran panggilan adalah satu hak, tetapi bukan kewajiban untuk membeli sesuatu asset atau saham dengan kuantiti tertentu dengan harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Ia diterangkan oleh investopedia sebagai

"A warrant that gives the holder the right to buy the underlying share for an agreed price, on or before a specified date" Call warrant adalah harus menurut Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dengan syarat saham yang berkaitan dengan waran ini ialah saham patuh Shariah. (Keputusan Majlis Penasihat Shariah, hlm 66)

9) Saham Keutamaan ( Preference Shares)

Antara keterangan bagi saham keutamaan adalah seperti berikut :-

A class of ownership in a corporation that has a higher claim on the assets and earnings than common stock. Preferred stock generally has a dividend that must be paid out before dividends to common stockholders and the shares usually do not have voting rights. The precise details as to the structure of preferred stock is specific to each corporation. However, the best way to think of preferred stock is as a financial instrument that has characteristics of both debt (fixed

dividends) and equity (potential appreciation). Also known as "preferred shares". (http://www.investopedia.com/terms/p/preferredstock.asp ) Hukum ;

Majlis Fiqh Antarabangsa, Dallah Al-Barakah dan Majlis Fatwa Eropah memfatwakan pembelian saham keutamaan adalah haram. Antara ciri yang menjadikannya haram adalah kerana : -

a- ia mempunyai unsur jaminan modal,

b- pulangan yang terjamin; biasanya jika tiba-tiba satu bulan tiada sebarang keuntungan boleh dibahagikan oleh syarikat, pihak pemegang saham keutamaan tetap akan dibayar juga secara terkumpul (cumulative). Ini bermakna semua pemegang saham jenis ini dijamin keuntungannya. Ini jelas bertentangan dengan hukum Shariah.

c- Mendapat keutamaan untuk diberikan pembayaran di ketika pembahagian keuntungan dan 'liquidation'. Malah jika syarikat menghadapai masalah dan ditutup sekalipun, pemegang saham ini akan mendapat kembali nilai awal sahamnya tanpa sebarang kerugian. (Al-Muamalat Al-Maliah al-Mu'asiroh, Dr Uthman Syabir, hlm 205 )

Di dalam Islam, di dalam sebuah persyarikatan, tidak sepatutnya terdapat sebarang keutamaan kepada mana-mana rakan kongsi dan mereka patut diberikan hak sama rata. Kecuali nisbah pembahagian keuntungan sahaja yang boleh dipersetujui bersama.

Bagaimanapun, fatwa ini juga menjelaskan bahawa jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal.

10) T + 3

Disebutkan takrifnya oleh web bursa Malaysia sebagai :-

There is no physical delivery of shares under the CDS. Instead, the CDS uses a simple book entry system to keep track of the movement of shares which arise from trades affected on Bursa Malaysia. For example, if you are a buyer of share A, your CDS account will be credited with Share A and the seller's account will show a debit of Share A. Sellers must have adequate shares in their CDS accounts by 12.30 pm on T+2 and buyer's account will be credited on T+3 with the shares, with T being the transaction date.

Atau secara mudahnya T+3 bererti urusniaga pembelian saham dibuat sebagai contoh pada hari Isnin, tetapi pembayaran bagi pembelian tadi akan diselesaikan dalam sebelum atau pada hari khamis ( dalam masa 3 hari). Pemilikan saham akan bertukar milik sejurus selepas transaksi walaupun pembayaran belum dibuat.

(8)

membatalkan urusniaga. Urusniaga telah termeterai pada hari urusniaga iaitu hari isnin dalam contoh di atas cuma proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum dibuat. ( http://www.investopedia.com/ )

Hukum

a) Jika pembeli punyai wang secukupnya dari awal ; Jika pembeli membeli sekuriti patuh Shariah dengan cara T-3, beliau juga sememangnya telah mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian sahamnya dari hari pertama lagi. Kemudian ia menjualnya apabila dilihat harganya menaik walaupun sebelum sampai tempoh

pembayaran dibuat.

Menurut keterangan di dalam web bursa Malaysia (http://www.bursamalaysia.com/website/bm/bursa_basics/) seseorang yang ingin membeli mestilah mempunyai wang yang mencukupi untuk ‘cover' harga ysaham yang dibeli dan juga kos transaksi.

Tatkala itu saya berpandangan bahawa hak milik sekuriti yang dibeli telah sempurna dan ia juga memang mempunyai wang yang mencukupi bagi tujuan pembelian itu walaupun belum sampai hari perlu bayar, tatakala itu, belian dan jualannya adalah sah.

Adapun jika si pembeli tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaunnya pada waktu pembelian, tetapi hanya dipinjam dari wang broker dengan kadar faedah tertentu dengan harapan harga akan menjadi lebih tinggi dari apa yang dibeli,

Ini dilakukan bagi membolehkannya menjual sekuriti yang duibelinya sebelum sampai masa perlu bayar dan membuat keuntungan atas angin kerana membeli tanpa modal sebenar. Bagi saya urusniaga seperti ini ( jika berlaku) ia tidak syak lagi mempunyai unsur Riba (jika modal yang dipinjam punyai interest),

Sekiranya tiada punyai sebarang ‘interest', ia masih mempunyai elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung kepada nasib dan harapan harga akan naik. Pembeli pula tiada sebarang wang yang mencukupi, ia hanyalah bergantung kepada wang broker yang mengabuinya. Tatkala itu transaksi ini tidak halal. Wallahu'alam.

b) Jika pemilikan sekuriti ( saham) tidak bertukar dengan serta merta pada hari urusniaga dijalankan, ia adalah haram kerana ia tergolong dalam larangan nabi jual hutang dengan cara hutang. Dalil larangannya :

نأًب ن لاىل ص الله هٌ ل عمل س وىه ننععٌ بئ لاك لائ لاك لا ب

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )

Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan Imam As-Syawkani menyebutkan bahawa telah Ijma' seluruh ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)

Maksudnya, jika membeli sesuatu saham, dan pembayaran akan dibuat dalam masa 3 hari dan pertukaran milik juga hanyaa akan dibuat dalam 3 hari. Ia diharamkan kerana tergolong dalam larangan hadith di atas. Bagaimanapun, jika pertukaran milik saham berlaku di waktu transaksi, hanya pembayaran dalam masa 3 hari, maka ia halal.

11) Kontra

Menrut kefahaman saya, pembelian saham secara kontra adalah tindakan membeli saham tanpa mempunyai wang yang cukup didalam akaun. Apa yang dibuat adalah atas dasar andaian dan teka-teka bahawa harga saham yang dibelinya akan naik sbeelum sampai hari wajib bayar.

Urusniaga seperti ini dinamakan kontra dan ia telah larang untuk dilakukan di Malaysia. Dahulu, ia memang berlaku terutama sewaktu T + 7 diamalkan iaitu hari pembayaran adalah tujuh hari selepas transaksi.

Hukum

Hukum bagi transaksi kontra ini adalah perjudian pada pandangan Islam dan diharamkan. NOTA SAHAM 6-APA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH BUAT DI BURSA MALAYSIA

Alhamdulilah saya masih diberi kudrat untuk menyambung aktiviti menulis BLOG saya. Pada kali ini saya akan menulis mengenai "Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Di Bursa Malaysia.Bursa Malaysia dikawal dan tadbir oleh Capital Markets and Services Act 2007 (“CMSA“). CMSA dikelaskan sebagai badan berkanun yang menyediakan dan mengawalselia semua aktiviti trading di Bursa Malaysia.Ada 4 pekara yang tidak dibenarkan oleh CMSA dalam trading. 1. Section 98 of CMSA – Short Selling

Short selling adalah tindakan pelabur menjual saham yang tidak dimilikinya. Undang2 mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menjual sahamnya melainkan:

 Dia mempunyai atau dia menjual sebagai ejen atau prinsipal

(9)

Sesiapa yang melakukan kesalahan dibawah section 98 of CMSA dan disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi 5 juta ringgit atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua2nya sekali.

2. Section 175 of the CMSA – False Trading /Market Rigging

Ini melibatkan transaksi dimana pembeli dan penjual adalah sama sebagai contoh melibatkan CDS yang sama atau menyerahkan kepada sesuatu kumpulan CDS akaun. Hasil transaksi tidak membawa perubahan dalam kebaikan kepada pemilik.Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya kamu mengelak dari meletakkan harga beli dan jual yang sama yang mana tanpa sengaja padan dengan order sendiri dan menyebabkan tidak membawa kebaikan kepada pemilik

Sesiapa yang disabitkan bersalah section 175 dan disabitkan kesalahan boleh disabitkan penjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang dari 1juta ringgit

3. Section 176 of CMSA- Stock Market Manipulation

Stock market manipulation adalah tindakan transaksi saham sesebuah syarikat yang mana akan memberi kesan dalam menaikan atau menurunkan atau mengekalkan harga sesebuah saham syarikat di bursa dengan niat untuk

mempengaruhi orang lain untuk membeli atau menjual saham syarikat terbabit.

Sesiapa disabitkan bersalah section 176 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak melebihi 1 juta ringgit.

4. Section 188 of CMSA – Insider Trading

Insider trading or dealing adalah pembelian saham syarikat oleh pihak yang mempunyai maklumat yang mana masih belum diumumkan kepada orang awam yang mana akan memberi impak/kesan kepada harga saham syarikat terbabit jika diumumkan kepada orang awam.

Sesiapa yang disabitkan bersalah section 188 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan akan didenda tidak kurang 1 juta ringgit

NOTA SAHAM 7-Perbezaan Antara Direct dan Nominee CDS akaun

As salam dan salam sejahtera. Saya sambung NOTA SAHAM 7 pada hari ini jugak. Apabila anda membuka trading akaun dgn broker, satu akaun CDS akan dibuka pada masa yang sama. Selalunya broker saham boleh menawarkan Direct CDS atau Nominee CDS akaun. CDS bermaksud "Central Depository System" dan dikawalselia oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. Perbezaan antara dua akaun ini dinyatakan dibawah.

Type of CDS Account Direct

Nama Akaun

Under shareholder name (eg Mr M) Permohonan IPO

layak

Kertas Kerja Mengenai Corporate Exercise diurus oleh pemilik saham

Dividend

dihantar kepada pemilik saham Kehadiran AGM

layak

Laporan Tahunan

dihantar kepada pemilik saham Pindahan Saham

kepada akaun sendiri atau sanak saudara dan berkaitan Nominee

Nama Akaun

dibawah nama broker ( eg HLG Nominee Tempatan for Mr M) Permohonan IPO

tidak layak

Kertas Kerja Mengenai Corporate Exercise diurus oleh broker dan mungkin dikenakan caj.

(10)

Dividend

dimasukkan kepada trust akaun yang ada dengan broker Kehadiran AGM

tidak layak

Laporan Tahunan memohon dari broker Pindahan Saham hanya akaun sendiri

Dengan melihat pekara-pekara di atas dapatlah disimpulkan bahawa Direct CDS akaun mempunyai lebih banyak kebaikan daripada nominee CDS akaun. Kelebihan yang ada pada nominee CDS akaun adalah pemilik saham tidak perlu risau mengenai kertas kerja mengenai corporate exercise.

NOTA SAHAM 10-STRATEGI-STRATEGI DIGUNAPAKAI DALAM PELABURAN

As salam kepada semua pembaca.Untuk NOTA SAHAM kali ini saya akan bercerita mengenai strategi yang diguna pakai apabila anda hendak melabur. Selepas kamu telah buka akaun cds, bolehlah kamu mula bermain saham. di dalam saham ini ada dua strategi yang kita boleh gunakan.Baiklah untuk minggu ini saya akan terangkan kan dulu yang mana baik atau buruk bg setiap strategi pelaburan dia atas.

1)STRATEGI PELABURAN NILAI

-digunakan oleh warren buffet( xknal google k :) )

-strateginya berdasarkan buy and hold approach. dia beli pastu dia simpan harga naik dia jual -risiko ada la gak sikit. main saham ni mustahil la xder risiko cuma bagi strategi ini risiko dia skit.

-warren buffet guna strategi ini la smpi dia jadi org no dua terkaya di dunia. dia start invest rm100k dan duit dia ganda setiap 3 tahun secara purata. sekarang duit tu dah bernilai 53billion us

-cara dia simple je. dalam strategi ini kita akan beli saham pada bawah nilai. contohnya harga saham syarikat abc sebenarnya rm5 tetapi harga saham syarikat abc sekarang pada rm2. jadi kita akan beli saham ini tunggu dan kita akan jual apabila harga sahamnya rm5. kita akan untung rm3.

-cara nak kira saham nilai ini akan di ajar next week

-kelemahanya strategi ini ambil masa yang agak lama dalm tempoh 6 bulan hingga 10 bulan 2) STRATEGI PELABURAN MOMEMTUM

-strategi ini kita dapat untung dlm tempoh 4-8 minggu -risiko sgt tinggi.

-beli saham apabila ia dalam trend menaik. -bila saham mula jatuh jual

-selalunya saham ini di syarikat yang umurnya kurang dario 10 tahun. -xkukuh sekali jatuh harganya kebarangkalian nak naik balik susah.

-nota bg nak tahu dan kira saham momentum selepas nota pelaburan nilai -xdigalakkan melainkan bg yang dah pengalam boleh la try

CARA DAGANGAN SAHAM

Terdapat 3 cara melabur atau perdagangan dalam perdagangan saham: 1 - Pick-up / Hold (Biasa)

Anda perlu membuat keputusan sama ada untuk 'mengambil' atau tidak saham yang anda beli tidak lewat daripada T +3, yang juga merupakan hari penyelesaian (due day). Biasanya peniaga akan mengingatkan anda dan bertanya sama ada anda mahu 'mengambil' atau tidak saham anda.

Jika anda membuat keputusan untuk 'mengambil', ia bermakna anda perlu membayar nilai kontrak saham yang anda beli pada hari-T dulu. Saham yang telah 'diambil' dan dibayar adalah terpulang kepada anda untuk menyimpan selama mana. Selagi syarikat itu tidak dibuang atau di delisted dari Bursa, (tertakluk kepada pengumuman Bursa), maka anda boleh menjual saham tersbut pada bila-bila masa di masa hadapan.

(11)

2 - Contra

Prosedur membeli saham adalah sama seperti di atas . Bermakna, anda membeli saham pada hari-T. Perbezaan antara kes di atas, anda membeli saham pada T-hari dan anda membuat keputusan tidak 'mengambil' pada T+3 dan menjual selewat-lewatnya pada T+4.

Masa untuk menjual bermula dari hari-T (T-day) sehingga T+4. Pada masa ini, jika terdapat mana-mana peningkatan dalam harga saham anda semasa anda jual saham tersebut, anda akan menerima apa yang dipanggil sebagai 'keuntungan kontra' atau 'contra gain'. Atau sebaliknya, anda perlu membayar untuk 'kerugian kontra' atau 'contra loss' kepada broker anda.

Dalam erti kata yang mudah, anda bermain dalam jangka pendek dan anda tidak perlu membayar nilai kontrak saham, hanya perlu membayar bagi kerugian kontra (jika ada ) atau anda akan menerima 'keuntungan kontra' jika anda mendapat keuntungan.

3-Intraday

Intraday mempunyai banyak persamaan sama seperti kontra, iaitu anda tidak perlu untuk membayar nilai kontrak saham dan hanya perlu mendapat keuntungan atau membayar kerugian kontra (jika rugi). Hanya perbezaan tunggal adalah mengenai tempoh saham (tarikh membeli dan menjual), dilakukan pada hari yang sama dalam waktu pasaran dibuka. Walau bagaimanapun, anda akan menikmati keuntungan yang lebih baik kerana perdagangan intraday akan

mengurangkan kos brokerage fees anda berbanding dengan dua yang lain. Bagaimana Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pelabur?

Anda hanya perlu melakukan beberapa langkah sahaja untuk mendaftar sebagai seorang pelabur. Ia adalah perkara yang benar-benar mudah dan cepat!

1) Anda hanya perlu menyediakan dokumen-dokumen tertentu seperti salinan kad pengenalan dan penyata bank (jika anda mempunyai buku bank, sila bawa salinan buku bank pada hari pendarftaran).

2) Datanglah ke mana-mana syarikat broker saham dan bawa RM10 untuk pendaftaran CDS (Pemberitahuan: Yuran pendaftaran CDS sebanyak RM10 dibayar kepada Bursa dan bukan untuk syarikat broker saham).

Senarai Syarikat Broker Saham Di Malaysia 1. Affin Trade (Affin Investment Bank) 2. AME Sekuriti (AmBank Sekurity) 3. JF Apex

4. iTrade @ CIMB (CIMB Securities) 5. ECM Libra

6. HLeBroking (Hong Leong Bank) 7. HwangDBS

8. JupiterOnline (Jupiter Securities) 9. Kenanga 10. Maybank 11. Melaka Securities 12. OSK188 13. Public Bank 14 RHB 15. TA Online

3) Isi dokumen pendaftaran, CDS, e-dividen dan borang trading akaun (biasanya dealer akan isikan untuk anda .. anda hanya perlu tandatangan di tempat yang diperlukan)

4) Selepas pengaktifan CDS dan akaun, dealer anda akan memaklumkan kepada anda bahawa pendaftaran anda telah berjaya dan biasanya dalam tempoh seminggu anda akan menerima surat daripada syarikat yang telah anda daftar tersebut. (Anda perlu ingat no akaun trading anda dan akaun CDS untuk rujukan masa depan!)

5) Jika anda mahu melakukan trading melalui panggilan telefon, (anda membeli saham melalui dealer anda), anda tidak perlu mendaftar secara online. Walau bagaimanapun, kos brokerage melalui panggilan telefon adalah lebih tinggi sedikit berbanding trading secara online.

(12)

6) Selesai! Anda boleh mula mencari senarai saham dan boleh melihat secara 'live' harga saham dari masa ke semasa dan anda juga boleh mula melabur!

a) Anda boleh mendapatkan nasihat daripada dealer anda dan bertanya kepada mereka tentang prospek saham yang bagus untuk dibeli.

Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan kepada anda untuk membuat 'kerja rumah' sendiri dan tidak bersandar semata-mata kepada cadangan dealer kerana anda akan lebih memahami tentang sesuatu kaunter dan lebih yakin untuk melabur!

5 Tips Pelaburan Dalam Saham

Secara umumnya, pelaburan dalam saham tidaklah sesukar yang seperti yang difikirkan, lebih lebih lagi di zaman IT sekarang ini. Banyak sumber-sumber yang boleh dicari melalui Intenet dan yang pasti, jika anda telah membuka akaun dengan mana-mana 'stockbroking company', tentunya pihak tersebut ada menyediakan analisa saham harian kepada anda. Tetapi ia memerlukan banyak penelitian dan pendekatan yang berdisiplin dalam memilih sebarang kaunter saham untuk dibeli ataupon untuk dijual.

Antara sumber-sumber yang saya gunakan melalui Internet : 1) i3investor.com (Portal dan Forum Pelaburan Saham) 2) The Edge

3) Starbiz

1. Melabur dalam apa yang anda tahu.

Salah satu cara untuk memilih kaunter saham untuk dibeli, ialah dengan mengetahui tentang 'fundamental' ataupun asas kepada perniagaan company tersebut. Contohnya: TAKAFUL

(a) Apakah jenis perniagaan yang dilakukan oleh TAKAFUL? Apakah industri yang diceburinya?

(b) Bagaimanakah prestasi kewangan TAKAFUL dalam jangkamasa 1- 5 tahun (lebih lama lebih tepat!). Adakah company itu menjana 'profit' ataupun 'loss' yang konsisten sepanjang tempoh tersebut?

(c) Siapakah 'competitor' atau pesaing TAKAFUL dalam industri tersebut?

(d) Dapatkan nisbah atau ratio: EPS (Earning Per Share) , P/E (Price Earning Ratio) dan NTA/share (Net Tangible Asset Per Share)

Cara membaca ratio:

P/E = Buat perbandingan PE dengan pesaing/ competitor yang lain. Pilih PE yang rendah. PE yang rendah membuktikan company tersebut berada dalam tahap pertumbuhan / "growth" yang baik dan dipercayai boleh jana profit lebih baik pada masa akan datang.

(13)

tersebut kepada para pemegang saham mereka sekiranya mereka menghadapi krisis ataupun bankrupt. Lebih tinggi NTA bermakna keupayaan company adalah lebih 'strong' dan stabil.

DY = Analisa DY pula adalah untuk mengira peratusan yang dikira sebagai dividen yang diberikan oleh sesebuah company atas keuntungan yang mereka perolehi.

Kesimpulannya, anda mesti tahu dengan baik tentang sesuatu saham sebelum merancang untuk membelinya . Lebih baik sekiranya anda tahu dan boleh membuat jangkaan anda sendiri (jangkaan berapa harga target yang akan dicapai oleh saham tersebut). Oleh itu, anda perlulah belajar bagaimana untuk membaca saham, dan membeli yang mana anda rasa berpotensi untuk naik. Ia sememangnya adalah satu kerja keras, tetapi ia adalah suatu kemestian. Dan ingatlah, setiap kerja keras anda nanti mungkin dibayar dengan keuntungan yang lumayan!

2. Cari kaunter saham yang membayar dividen yang bagus!

Kadang-kadang dividen dianggap tidak begitu penting bagi sesetengah pelabur muda. Hal ini kerana golongan pelabur muda biasanya mempunyai masa yang lebih panjang untuk meningkatkan taraf hidup ataupun taraf gaji mereka. Jadi, mereka selalunya lebih menumpukan keuntungan dari penjualan saham dari menikamati keuntungan dividen yang kecil sebegini.

Tetapi apabila umur anda semakin meningkat dan tua, anda mula merasai kepentingan dividen disebabkan pada masa itu, tahap pendapatan anda akan kembali berkurangan. Contonhnya seperti pesara kerajaan ataupun pesara swasta yang hanya bergantung kepada EPF ataupun pendapatan bulanan pesara. Jadi untuk mendapatkan kadar pendapatan yang stabil dan kukuh, ramai pelabur akan cenderung bertumpu kepada kaunter-kaunter saham yang memberikan pulangan dividen yang bagus. Malah, ramai pelabur bertujuan untuk hidup melalui pembayaran dividen apabila mereka bersara. Sebuah syarikat yang telah menjana keuntungan biasanya akan meggunakan lebihan keuntungan mereka dengan melabur semula dalam company ataupun membayar kepada pemegang saham melalui dividen. Jadi, memahami hasil dividen (Dividend Yield) , akan memberitahu anda berapa banyak hasil profit company yang akan diagihkan melalui bentuk dividen saham. Cara pengiraan ialah dengan membahagikan dividen tahunan dengan harga saham.

Dividend Yield = (Dividend Per Share/ Share Price)

Biasanya saham yang membayar dividen yang baik adalah daripada sektor pengguna / "consumer" (contohnya: F&N, Dlady YHS) dan telekomunikasi (Digi, Maxis, Axiata), manakala sektor yang jarang membayar dividen biasanya adalah daripada sektor teknologi kerana mereka perlu melabur semula keuntungan mereka dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (Research & Development).

Senarai 30 dividen saham tertinggi dalam KLCI Nama saham

Harga P/E EPS Div. PS Tarikh Ex. Div. Div Hasil

DIGI.COM 4,25 26,6 0,2 0,79 Mei 14, 2012 18.68 MALAYAN BANKING 8,70 13,3 0,7 0,68 Apr 27 2012 7.82 MAXIS 6,39 18,7 0,3 0,40 Jun 13, 2012 6.26 PETRONAS CHEMICALS 6,47 14,2 0,5 0,35 6 Jun 2012 5.41 Axiata Group 5,47 19,7 0,3 0,29 28 Mei 2012 5.30 BAT MALAYSIA 56,00 21,7 2,6 2,51 Mei 10, 2012 4.48 PETRONAS MERCHANTABILITY 21,10 23,3 0,9 0,82 Jun 4, 2012 3.91 Kuala Lumpur Kepong

22,94 17,2 1,3 0,85 Feb 21 2012 3.71 PUBLIC BANK 13,76 13,4 1,0 0,48 Feb 15 2012 3.49 TELEKOM MALAYSIA 5,65 15,8 0,4 0,20 Mei 22, 2012 3.47 GAMUDA 3,50 14,1 0,2 0,12 Jan 04 2012 3.43 UMW HOLDINGS 9,13 18,7 0,5 0,31 11 Jan 2012 3.40 SIME DARBY 9,89 13,4 0,7 0,32 Apr 23 2012 3.24 YTL POWER INTL

1,76 10,3 0,2 0,06 8 Jun 2012 3.20 IOI CORP

5,19 17,3 0,3 0,16 14 Mac 2012 3.08 CIMB Group Holdings

7,57 13,6 0,6 0,22 MAC 9, 2012 2.91 RHB CAPITAL 7,40 11,0 0,7 0,20 Mei 10, 2012 2.68 Genting Malaysia 3,60 15,9 0,2 0,09 27 jun 2012 2.39 PETRONAS GAS 18,00 25,2 0,7 0,40 Mei 23, 2012 2.22 Hong Leong Bank

12,44 12,7 1,0 0,26 Mac 13, 2012 2.09 Hong LEONG FINANCAL

(14)

Nama saham

Harga P/E EPS Div. PS Tarikh Ex. Div. Div Hasil YTL Corp 2,02 17,4 0,1 0,04 8 Jun 2012 1.86 MMC Corp 2,60 24,7 0,1 0,04 Mei 30, 2012 1.54 PPB Group 15,98 21,2 0,8 0,23 25 mei 2012 1.44 GENTING 9,43 12,8 0,7 0,08 27 jun 2012 0.85 Tenaga Nasional 6,74 21,3 0,3 0,05 Mei 14, 2012 0.72 AMMB HOLDINGS 0,00 0,0 0,0 0,00 0.00

AIRLINE SISTEM MALAYSIA

1,09 0,0 0,0 0,00 0.00

MALAYSIA INTL PERKAPALAN

4,61 0,0 0,0 0,00 0.00

PLUS Expressways

0,00 0,0 0,0 0,00 0.00

3. Cari strategi dan ikutinya.

Saya tidak main-main apabila mengatakan yang anda perlu menjadikan diri anda seperti 'Junior Buffett'. Salah satu daripada sebab mengapa Warren Buffett begitu dipuja adalah kerana dia berpegang teguh kepada falsafah pelaburan yang dicipta beliau.

Buffett sentiasa mengabaikan pasaran saham dan mengatakan ianya hanyalah sekadar pertandingan populariti (yakni imej syarikat akan bertambah baik dan popular jika disenaraikan di Bursa). Apa yang dia suka lihat adalah syarikat yang boleh membuat wang dan keuntungan.

Malah pelabur saham yang amatur juga perlu mencipta peraturan dan strategi mereka sendiri. Mungkin anda lain daripada Buffett yang hanya mencari syarikat yang konsisten dari segi prestasi dan memperolehi margin keuntungan yang tinggi. Mungkin anda mempunyai strategi tersendiri, contonhnya memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai banyak tunai di dalam syarikat. Mungkin juga anda lebih berminat untuk memilih kaunter-kaunter 'penny stock' yang lebih cenderung kepada spekulasi harian dan memerlukan kelebihan teknikal analisis atau bacaan graf. Persoalannya adalah bagaimana anda mencari strategi yang anda rasa sesuai dengan diri anda dan dimanakah hendak mencari sumber-sumber ilmu ataupun guru yang dapat berkongsi falsafah dan memberi manfaat kepada anda! 4. Mempelbagaikan jenis kaunter dan industri.

Sebagai contoh, tidak kiralah berapa banyak yang anda suka tentang industri teknologi, jangan meletakkan semua wang anda ke dalam stok teknologi tersebut. Perkara utama untuk membina portfolio pelaburan yang baik ialah dengan mempelbagaikan kaunter dan industri! (Masukkan wang anda ke dalam saham beberapa industri yang berbeza).

Terdapat banyak cara untuk mempelbagaikan portfolio. Salah satunya, dengan melabur dalam beberapa sektor dan tidak meletakkan semua wang anda dalam satu sektor. Hal ini sangat penting kerana, apabila situasi tertentu berlaku seperti kenaikan kos bahan mentah (contoh: getah atau harga minyak), rata-rata harga kaunter saham yang terlibat dengan sektor tersebut akan cenderung untuk jatuh semuanya. Ini adalah kerana margin keuntungan bersih mereka akan merosot akibat daripada peningkatan dalam kos operasi.

Selain melabur dalam kaunter saham, anda juga dinasihatkan untuk mempelbagaikan jenis pelaburan anda contohnya melabur dalam 'bond' swasta atau kerajaan, atau dalam pelbagai bentuk wang tunai, seperti 'fix deposit' atau skim 'unit trust'. Di samping itu, anda juga boleh mencuba untuk melabur dalam emas atau perak samada dari segi pajakan (al-Rahn) ataupun dari segi fizikal. Hal ini kerana nilai komoditi ini akan cenderung untuk naik dalam jangka masa panjang.

5. Berdisiplin.

Ini mungkin adalah antara nasihat yang paling sukar untuk diikuti, kerana ia adalah hampir mustahil untuk menyejukkan diri anda lebih-lebih lagi apabila stok anda berada dalam keadaan terumbang-ambing (untung dan rugi dalam keadaan mendadak!). Cara yang terbaik ialah bagaimana anda menetapkan harga target pada saham tersebut dan bagaimana anda mengikut strategi yang telah anda cipta sebelum ini!

Jika anda mengikuti langkah 1-4 di atas, maka anda akan mempunyai pengetahuan dan keyakinan untuk bertindak dengan baik di pasaran saham. Jangan biarkan emosi anda menyebabkan anda kerugian. Fikirkan tentang betapa berdisiplinnya Warren Buffett dengan strategi beliau.

Saya berharap dengan secebis nasihat ini, boleh membuatkan andaa kembali menilai diri dan memperbaiki diri untuk menjadi pelabur yang lebih baik pada masa akan datang!

(15)

Pada masa yang lepas, saya bercakap tentang kepentingan pembelajaran analisis teknikal daripada 'Sekolah Pipsology'. Dalam artikel ini, saya akan membincangkan lima kaedah untuk melihat carta stok yang mungkin menunjukkan harga sesuatu saham itu akan naik dan seterusnya menjadikan ianya suatu pembelian yang baik. Saya akan memberitahu kepada anda apa yang perlu dicari dan bila masa untuk merebut peluang!

Bagaimana untuk Memilih Saham Yang Bagus Untuk Dibeli?

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawa semua kaunter saham yang direkomenkan oleh mana-mana pihak tidak memberi jaminan 100%. Oleh itu, dengan melihat graf, kita sebenarnya sedang mencari atau meningkatkan

kebarangkalian dan bukannya menjamin kepastian. Tetapi kadangkala, terdapat juga sejarah atau 'historical trend' di mana sesuatu saham itu telah membawa kepada keuntungan yang besar kepada para pelabur dalam harga saham. Jadi, kebarangkalian situasi itu untuk berlaku lagi di masa hadapan mungkin cerah. Apa-apapun, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli saham, anda perlu belajar tentang 5 perkara yang perlu dicari dalam sesuatu saham. Tip # 1: Pastikan Saham Dalam Keadaan Menaik (Uptrend)

Pastikan saham itu berada dalam aliran menaik (uptrend). Tiada perkara yang lebih baik untuk dilihat selain harga saham itu sendiri! Dalam erti kata lain, harga stok itu sendiri memberitahu anda sesuatu. Pastikan anda melihat dari kiri ke kanan pada carta graf tersebut dan pastikan harga semakin meningkat (walaupun tidak meletup tetapi semakin tinggi).

Contoh: AIRASIA BHD (5099)

Cuba cari sudut darjah diantara 30° hingga 45° di sepanjang harga saham tersebut. Teknik ini juga dikatakan sebagai 'analisis trend'. Dalam erti kata lain, anda perlu mencari trend sebegini yang bergerak dalam keadaan cantik (lambat dan perlahan). Secara antonimnya, anda mungkin tidak mahu membeli saham yang rata (flat) atau pergi ke bawah

(downtrend), dan anda juga tidak mahu membeli saham yang bergerak turun dan naik melebihi 60° atau 70° atau lebih tinggi.

(16)

Maksud saya, berapa banyak lagi ia boleh pergi apabila bergerak secara mendadak sebegitu? Dan kalau ianya berada dalam keadaan downtrend, berapa banyakkah harga akan jatuh mendadak sebegitu? Jadi, perkara pertama yang anda perlu cari ialah harga saham yang selesa, tenang dan dalam aliran meningkat (uptrend).

Petua # 2: Lihat Purata Pergerakan Saham (Simple Moving Average = SMA)

Mengesahkan harga yang ada di trend dengan melihat pada purata pergerakan saham dengan merujuk kepada garis atau 'line'. Purata pergerakan saham bermakna purata harga saham sepanjang tempoh tertentu yang telah ditentukan. Garis purata pergerakan saham ini hendaklah disambung dengan satu lagi purata pergerakan saham bagi mewujudkan satu petunjuk. Bagaimana membaca satu petunjuk itu ialah dengan melihat garis purata pergerakan saham tersebut kedua-duanya semakin meningkat DAN kita mahu melihat harga berada melebihi garisan purata ini bergerak.

Ramai orang lebih suka menggunakan purata pergerakan 200 hari saham atau 'SMA-200 days' yang bisanya digunakan untuk menentukan keupayaan harga saham dalam jangkamasa yang lama (tempoh 6bulan ke atas) atau purata pergerakan 20 hari atau 'SMA-20days' untuk jangkamasa pendek kurang dari sebulan. Secara umumnya, tidak kiralah jangka masa yang mana anda tentukan, anda mahu purata SMA ini menghala naik dan meningkat dengan kadar yang perlahan dan cantik.

Tip # 3: Bandingkan Purata Pergerakan Saham (SMA)

Anda boleh melihat bagaimana simple moving averages (SMA) sangat kaitan antara satu sama lain. Ingat, idea bahawa kita mahu melihat harga berada di atas purata SMA, tetapi anda juga boleh melihat bagaimana SMA berkaitan antara satu sama lain dengan mem'plot'kan dua atau tiga SMA dari jangka masa yang berbeza pada carta graf yang sama. Mari memilih satu saham dan lihat carta graf saham harian. Sekarang, mari kita pilih jangka pendek dan jangka panjang SMA. Kita ambil 20 hari untuk jangkamasa pendek dan 200-hari untuk jangkamasa panjang. Berdasarkan graf di atas terdapat satu kaedah atau petunjuk di mana kita mahu melihat 20 (garis hitam) melintasi/ memintas garis SMA-200 (garis ungu) dan menghala ke atas.

Apabila keadaan sedemikian terjadi, ianya menunjukkan signal 'buy' dan begitu juga sebaliknya jika SMA-20 melintasi SMA-200 dan menghala ke bawah., ianya ditafsirkan sebagai 'sell'.

Salah satu lagi kaedah untuk membaca SMA, kita mahu memastikan harga berada atas pada garisan SMA-200. Ianya menandakan bahawa harga saham tersebut adalah stabil kerana jika dikira harga purata 200 hari, harga semasa saham masih berada di atas harga purata 200 hari tersebut.

Tip # 4: Lihat 'Volume'

Anda boleh mengesahkan trend menaik dengan melihat kepada volume harian. Orang yang melihat carta suka untuk melihat jumlah dagangan, atau berapa banyak saham yang bertukar tangan, bersama-sama dengan pergerakan harga saham. Apa yang kita mahu lihat, jika saham bergerak dalam keadaan uptrend, ianya mestilah disertai dengan jumlah volume yang tinggi pada ketika itu.

Gambaran yang ideal dapat dilihat apabila satu trend yang semakin meningkat (atau peningkatan dalam harga saham) diikuti dengan jumlah yang lebih tinggi. Kita mahu melihat peningkatan dalam aktiviti dagangan saham meningkat dengan selesa dan berterusan bersama-sama dengan harga saham.

Maksudnya, ia menunjukkan bahawa banyak orang yang berminat untuk memiliki saham tersebut kerana harga nilaiannya semakin meningkat.

Apa yang kita TIDAK mahu lihat ialah apabila harga saham yang semakin meningkat tetapi volume menurun. Ianya barangkali akan menjadi tanda amaran dan kita hendaklah berhati-hati bahawa kita mungkin akan lihat perubahan arah harga terjadi sejurus selepas kenaikan sementara harga tersebut kerana orang dilihat kurang berminat dalam memiliki saham tersebut walaupun harganya sedang naik. Ini juga dinamakan sebagai 'fakeout'.

Tip # 5: Pasti ada Kestabilan dalam Harga

Kelima, kita mahu memastikan terdapat kestabilan harga dan bukannya banyak jurang atau spike di antara harga-harga saham harian. Jurang atau 'spike' berlaku di mana harga-harga ditutup pada harga-harga tertentu dan kemudian dibuka keesokan harinya dengan perbezaan harga yang banyak dan ketara.

Namun demikian, kadang-kadang terdapat pengumuman pendapatan atau pengumuman oleh Bursa yang tidak diduga juga boleh menyebabkan sesuatu saham itu melompat lebih tinggi atau lebih rendah berbanding harga

sebelumnya. Tetapi, walau apa pun situasinya, para pelabur dinasihatkan peka dengan pengumuman yang dibuat oleh syarikat-syarikat dan mengelakkan diri dari menceburkan diri dalam saham-saham terbabit.

Jurang yang kecil, dan munasabah boleh diterima, tetapi lebih elok jika membeli saham yang tidak melompat dan kurang kekerapan melompatnya. Juga, kita juga mahu mengelakkan diri daripada saham yang terlalu tinggi kadar variasinya (harga saham yang bergerak dalam tinggi dan rendah yang banyak dalam satu-satu masa) atau satu perkataan yang

(17)

lebih baik iaitu harga saham yang tidak menentu. Dalam erti kata lain, kita mahu melihat kestabilan pergerakan harga, iaitu tidak terlalu turun dan naik secara liar dan mendadak dan juga tidak mempunyai 'spike' yang banyak.

Gambaran Ideal Dalam Carta Graf Saham

Jadi apa yang akan menjadi gambaran yang ideal jika kita mahu membeli saham berdasarkan carta graf?

Kita mahu melihat saham yang semakin meningkat walaupun tidak terlalu cepat - di mana harganya adalah di atas purata pergerakan saham 20 hari dan dalam keadaan 'uptrend' dan bertemu dan memintas pergerakan saham 200 hari. Jika kita lihat pada carta harian seperti di atas, kita mahu melihat harga di atas 200-hari moving averages. Akhirnya, kita juga mahu melihat satu peningkatan yang mantap dalam kedua-dua harga dan jumlah yang

mencerminkan perhatian dan penyertaan aktif dalam stok. Kami tidak mahu melihat banyak jurang atau variasi harga yang tinggi dalam carta graf : kita lebih suka kestabilan sebanyak mungkin apabila memilih saham untuk membeli. Walau bagaimanapun, tips-tips yang diberikan ini tidaklah menjamin kejayaan, tetapi ianya akan membantu anda dalam memberikan idea tentang stok yang anda rasa perlu beli ataupun tidak perlu beli dalam analisa harian anda. Saya akan bercakap dengan lebih lanjut mengenai pelaburan tips pada kemudian hari. Diharapkan anda masih setia mengikuti berita dan artikel seterusnya daripada saya. Semoga sukses!

Belajar Bagaimana Menggunakan Teknikal Analisis

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya mula belajar analisa teknikal (graf) sepanjang permulaan kerja saya sebagai seorang dealer. Sebelum mula bekerja dalam OSK, saya pernah pergi ke beberapa seminar ChartNexus. Tetapi untuk memahami segala-gala yang diajar dalam seminar tersebut agak susah kerana mereka mengandaikan anda tahu tentang perkara asas analisa teknikal ini.

Jadi, apabila saya mula bekerja di OSK, salah satu rakan saya telah memperkenalkan kepada saya laman web School of

Pipsology. Ketika pertama kali saya membuka website tersebut, saya melihat ianya hanya menerangkan tentang

bagaimana bermain atau trade melalui forex (Foreign Exchange Trade). Jadi kenapa mereka merekomenkan saya website ini?? Dan selepas itu, barulah mereka memberitahu saya bahawa di antara forex dan saham, terdapat satu cara yang sama diantara mereka, iaitu analisis teknikal.

Kedua-dua mereka menggunakan cara yang sama iaitu analisis teknikal atau dipanggil sebagai graf. Tetapi perbezaan antara pertukaran asing (forex) dan pasaran saham ialah, forex menggunakan teknikal analisis sepenuhnya untuk meramal pergerakan pertukaran mata wang dari masa ke semasa, manakala saham pula menggunakannya sebagai combination dalam membeli atau menjual saham dengan menggunakan teknikal analisis (graf) serta beberapa analisis dari stockbroking company ataupun disebut sebagai (fundamental analysis).

Kedua-dua analisis teknikal dan fundamental ini dipercayai membentuk satu gabungan hebat yang mana ianya boleh memberikan panduan yang mantap bagi para pelabur dalam memilih saham mana untuk dibeli.

(18)

Apa yang penting tentang analisis teknikal atau carta graf, jika anda pandai menggunakannya dengan baik, anda boleh mengetahui masa yang baik untuk membeli atau menjual saham anda. Walaupun saham ini pada asasnya baik, setelah direkomenkan dalam research report, tetapi apabila anda membeli saham itu pada waktu yang salah (contoh: membeli ketika harga telah naik tinggi), risiko anda mendapat pulangan menjadi lebih rendah dan lebih berisiko! Itulah sebabnya mengapa analisis teknikal adalah salah satu perkara penting bagi setiap pelabur.

Oleh itu, dengan megikuti sekolah ini, anda boleh memahami dengan mudah idea-idea dan teori yang cuba disampaikan yang mana ianya boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menilai harga saham dengan baik. Bermula dari 'tadika' sehingga ke 'tamat pengajian', mereka akan mengajar anda secara perlahan-lahan. Jadi anda tidak akan keliru tentang penjelasan yang diberikan.

Mudah-mudahan, dengan sekolah 'online' ini, anda akan dapat memahami bagaimana untuk membuat keuntungan dalam pasaran saham. Selamat belajar! =)

Belajar Perkara Asas Graf Teknikal Analisis

ISTILAH-ISTILAH DALAM PERKARA ASAS MENCARTA GRAF Teori

(19)

Ressistance

- paras target harga (puncak harga) yang mungkin dicecah oleh saham pada trend semasa

- bila paras harga semakin mendekati 'resistance' , semakin ramai pelabur yang akan mengambil kesempatan untuk menjual saham mereka dan mengambil keuntungan lalu menyebabkan tekanan jualan atau jumlah penjual semakin meningkat.

- jangkaan berapa banyak harga saham akan dianggap sebagai 'puncak' bagi trend semasa dan selepas ia sampai ke puncak, maka ia akan kembali jatuh

Support

- paras harga yang berfungsi sebagai penyokong atau 'support' kepada harga saham dan apabila harga berada di 'support', harga saham akan cenderung untuk 'rebound' dan meningkat kembali seterusnya dapat meningkatkan aktiviti membeli dengan serta-merta.

- ini kerana rata-rata pelabur percaya bahawa harga yang berada di atas 'support' line adalah cukup murah pada waktu itu, jadi mereka akan membeli dengan segera. Seterusnya, meningkatkan tekanan pembeli.

(20)

 Breakout - konsep di mana harga telah menembusi kawasan 'support' atau 'resistance' dan biasanya (tetapi tidak semestinya) diiringi dengan peningkatan dalam jumlah (volume). - dalam keadaan tertentu, pergerakan harga saham akan cuba untuk memecahkan paras puncak harga (ressistance) atau memecahkan harga bawah (support) bersama-sama dengan volume yang tinggi. - ini menunjukkan bahawa tahap jangkaan ressistance atau sokongan telah patah dan mungkin bergerak lebih tinggi atau lebih rendah (oleh itu, trend baru akan wujud)

Fakeout - merujuk kepada situasi di mana seorang pergerakan saham seolah-olah mahu bertukar aliran (dari downtrend ke uptrend) tetapi pergerakan harga kemudiannya sekan-akan tidak menjadi dan bergerak ke arah yang bertentangan.

(21)

Contoh 'Fakeout'

Trend - Situasi di mana pergerakan harga cenderung untuk bertahan dalam satu arah untuk tempoh masa yang panjang

Purata Pergerakan Saham (SMA)

- Purata Pergerakan Saham biasanya digunakan dalam masa 20-SMA, 50-SMA, 100-SMA, 200-SMA mengikut pilihan pelabur masing-masing.

- Semakin lama anda memilih hari untuk digunakan, semakin kuat signal yang menunjukkan harga tersebut boleh digunakan sebagai penanda aras support (Jika SMA berada di atas garis). Jika garis ini telah ditembusi, ianya akan menunjukkan signal harga akan menjadi lebih teruk dan semakin jatuh lagi.

(22)

Nisbah Fibonacci - digunakan sebagai panduan untuk menentukan 'resistance' dan 'support' Jenis carta

Carta OHLC - carta OHLC, juga dikenali sebagai carta bar, memplotkan harga tinggi dan rendah dalam tempoh perdagangan dengan menggunakan garis menegak, manakala harga buka ditandakan dengan tanda di sebelah kiri dan harga penutup ditandakan ke sebelah kanan.

Contoh graf OHLC

Carta Lilin / 'Candlestick' - berasal dari Jepun dan serupa dengan OHLC, cuma candlestick adalah lebih besar dan luas serta lebih berisi bentuk badannya. Ini kerana, ianya dibentuk untuk mempermudahkan pelabur untuk

melihat harga buka dan tutup pada satu-satu harga.

(23)

lilin putih dan hijau mewakili harga semakin tinggi dan harga ditutup lebih meningkat. Contoh candlestick

Carta garis - Menyambungkan nilai harga penutup dengan segmen garisan.

Petunjuk Harga (Sila rujuk graf di bawah)

Petunjuk ini amnya ditunjukkan di bawah atau di atas carta harga yang utama  Kekuatan Indeks Relatif (RSI)

- penunjuk yang menunjukkan kekuatan harga, biasanya menggunakan paras 30 dan 70. - (Paras 30 = oversold = terlebih jual ; Paras 70 = overbought = terlebih beli)

(24)

- Maksudnya: 1) Apabila garis menyentuh atau melebihi paras bawah 30, maka ia akan dianggap sebagai 'oversold'. Jika situasi ini terjadi, pelabur akan cuba untuk membeli semula saham dan menolak kembali harga supaya lebih naik.

2) Apabila garis mencapai tahap melebihi paras 70, ia dianggap sebagai 'overbought'. Kebiasaannya bila situasi ini berlaku, pelabur cenderung untuk menjual saham mereka untuk mengambil keuntungan, sekali gus menurunkan kembali harga saham kepada normal.

Bollinger Band - Indicator yang digunakan dengan menganggap apa jua harga yang keluar dari lingkungan band akan cenderung bertindak untuk kembali semula dalam lingkungan band pada masa hadapan. Mempunyai jalur atas atau 'upper band' dan juga band bawah atau 'lower band'. Akibatnya, mana-mana harga yang jatuh keluar dari garisan upper band ataupun lower band akan cenderung untuk bertindak balas dan bergerak kembali ke dalam band semula.

Volume - Volume adalah salah satu elemen yang paling penting dalam carta tehcnical. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh berdiri sendiri kerana ia tidak akan memberi sebarang makna. Biasanya jumlah penggunaannya digabungkan dengan RSI dan SMA untuk memastikan tekanan yang kuat untuk buy atau sell kerana jika petunjuk RSI dan SMA tidak digunakan, dikhuatiri harga saham yang menaik atau menurun memberikan signal palsu atau 'fakeout'

Referensi

Dokumen terkait

PT Bank Negara Indonesia (persero) Tbk atau BNI menggelar program BNI Co-Creators 2014 yang menantang mahasiswa untuk kreatif berkompetisi lewat ide-ide baru yang dituangkan

dijelaskan di atas, bahwa kegiatan pengadaan tanah untuk keperluan pembangunan jalan ini akan mengkonversi lahan tegalan yang dimiliki/diusahakan oleh sekitar 446

Berdasarkan uraian penjelasan tersebut di atas maka dapat dijelaskan bahwa pada dasarnya mayoritas responden telah dinilai memiliki tingkat kematangan emosi

Dari hasil uji statistik dan uji t diketahui bahwa peran serikat pekerja berpengaruh positif dan signifikan terhadap kesejahteraan buruh wanita, dimana

palmifolia dari 6 lokasi yang berbeda yaitu Srengat Blitar Jawa Timur, Tawangmangu Karanganyar Jawa Tengah, Cijeruk Bogor Jawa Barat, Balikpapan Balikpapan Kalimantan Timur,

2 Demografi Semakin tinggi jumlah penduduk di suatu daerah, maka target pasar akan meningkat diharapkan dapat meningkatkan penjualan dan pendapatan. Jika tingkat kepadatan

Pembuatan model pelapis tangga candi dari bahan papan akrilik tembus pandang dimaksudkan agar batu asli pada struktur tangga masih dapat terlihat walaupun

EDUKASI SECARA DARING TENTANG PEMANFAATAN MOODLE UNTUK GURU DAN DOSEN SELAMA PANDEMI COVID-19 Khoirul Rista Abidin 1 , Puji Astuti 1 ,Zahro Mufidah 1 ,Fadli Sukandiarsyah 1 ,