• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asal Usul Orang Cina Malaysia 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Asal Usul Orang Cina Malaysia 1"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Asal Usul Orang cina Malaysia

Asal usul orang cina Malaysia adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi

warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Namun demikian, kemasukan yang agak jelas adalah bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke 18. Di Malaysia, kaum ini biasanya dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa.

Seawal tahun 1404 lagi hubungan baik antara Melaka dengan China telah berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China. Parameswara dan bakal penggantinya selepas itu pula telah mengadakan kunjungan hormat mengadap Maharaja China di Nangking pada 1411. Kesan daripada hubungan baik ini juga, Melaka telah diiktiraf oleh Maharaja China dan pihak China sudi menaungi keselamatan Melaka khususnya dari ancaman Siam ketika itu.

Kaum Cina datang ke tanah melayu untuk berdagang seperti orang India dan juga kebanyakan komuniti lain ke tanah melayu pada zaman Melaka. Melaka sebagai Negara kecil pada masa itu mempunyai kedudukan yang strategik dan terletak di antara laluan China dan India

membolehkan setiap pedagang Cina datang dan singgah ke pelabuhan Melaka. Orang China datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan,bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera, kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan sebagainya. Hubungan perniagaan yang luas dan „mewah‟ ini membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten dan berterusan pada masa itu.

(2)

Sebab kedatangan orang cina a. Faktor penolak

i. Sebab sosial dan ekonomi

Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi.

ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara China

Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman

Kerajaan Manchu. b. Faktor penarik

i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu

Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi

kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

(3)

ii. Kestabilan politik

Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu. Cara kemasukan orang cina

a.) Melalui sistem tiket kredit

Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka.

b.) Melalui cara persendirian

Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897. c.) Melalui Sistem Kangcu

Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.

(4)

Kemasukan golongan Cina membawa sedikit banyak kesan kepada pelbagai aspek terhadap sosiobudaya masyarakat di Tanah Melayu. Antara yang utama ialah dari aspek politik, sosial, ekonomi dan kesenian di Tanah Melayu. Hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan China dari aspek politik terjalin dengan kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka. Perkahwinan antara Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan salah seorang Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh telah merapatkan lagi hubungan politik antara Melaka dan China. Gelombang pertama pada abad kelima belas ini telah membawa gologan bangsawan, pengikut-pengikut dan hamba dari Negara China. Kebanyakan golongan ini terdiri keturunan Fujian. Rombongan ini membawa masuk orang China yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat peranakan.

Kesan daripada aspek sosial kemasukan masyarakat China kepada Tanah Melayu ialah berlaku perkahwinan antara masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan pelayan Cina yang mengiringi keberangkatan Puteri Hang Li Poh ke Melaka kerana mengikuti Sultan Mansur Shah. Wujudnya suatu golongan yang digelar baba cina yang memang

mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan adalah melalui perkahwinan dan pembaharuan sosial. Pembaharuan sosial inilah yang dikaitkan dengan proses amalgamasi di Malaysia oleh para sarjana antropologi dan sosiologi.

Hubungan pedagang China dengan Tanah Melayu dikatakan telah bermula semenjak abad ke 7 kalau dikira dalam aspek ekonomi. Hubungan ini mewujudkan kesan utama dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu. China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu

mempopularkan pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke 15. Ini kerana hubungan ekonomi yang telah lama terjalin antara China dan Kepulauan Melayu. Pada ketika itu, China datang dengan membawa banyak benda-benda yang dianggap asing dan baru di Tanah Melayu seperti sutera, tembikar, teh dan sebagainya. Ini membolehkan masyarakat Tanah Melayu

memperluaskan perniagaan mereka dengan turut memasarkan kepada pembeli lain barangan yang mereka perolehi dari pedagang dari China ini.

Dari aspek kesenian juga, masyarakat Cina telah mempengaruhi kesenian tempatan. Jika dilihat di Melaka sahaja, beberapa buah masjid tua ternyata mempunyai pengaruh senibina masyarakat Cina yang jelas di Melaka. Sebagai contoh, menara masjid Tengkera di Melaka mencerminkan senibina Pagoda di China. Seni tempa yang dikatakan diinspirasikan dari kebudayaan Cina juga

(5)

merupakan satu contoh. Pengaruh lain ialah dalam pembuatan tembikar dan juga seni kaligrafi Cina yang sudah dipergunakan secara meluas semenjak dahulu lagi.

Pada gelombang kedua iaitu pada abad 19 ke 20, Orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong-lombong dengan sokongan British.

Referensi

Dokumen terkait

La química no es tan solo una materia que a muchos disgus- ta en el secundario, el mundo de la química es grande y puede al- canzar muchas otras disciplinas. Pero, ¿qué es

PAL Indonesia (Persero) yaitu memahami perencanaan tugas-tugas ITPM yang mencakup (1) memilih tugas-tugas ITPM mengindikasikan kriteria sangat baik; (2)

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang diperoleh

Dari hasil penelitian ini menujukkan bahwa proses belajar mengajar dengan menggunakan media PowerPoint sebagai kelengkapan metode ceramah bisa menjadi pilihan guru

Makalah ini menguraikan penentuan laju dosis serap air berkas radiasi foton 6 dan 10 MV yang dipancarkan dari pesawat pemercepat Iinier medik Elekta Synergy Platform menggunakan

Kegiatan penyuluhan tentang dampak pernikahan dini terhadap kesehatan reproduksi wanita dalam hal ini berfokus pada remaja agar tidak mudah melakukan seks bebas

Muiden lajikkeiden tulokset ovat poikkeamia mittarin tuloksista niissä kokeissa, joissa kukin lajike on ollut samanaikaisesti mittarin kanssa.. Parivertailusta johtuen

Penelitian ini bertujuan untuk mengevaluasi penggunaan beberapa jenis tepung daun murbei sebagai suplemen pengganti konsentrat komersial pada kambing yang diberi pelepah