• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIT 2 : UNDANG2 KONTARK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIT 2 : UNDANG2 KONTARK"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Untuk memberi pengetahuan kepada pelajar

mengenai undang-undang kontrak yang

merupakan sebahagian daripada

undang-undang perdagangan.

OBJEKTIF KHUSUS

Diakhir unit ini pelajar semestinya boleh :

a.Menerangkan penubuhan kontrak dan

menyenaraikan elemen-elemen kontrak.

UNIT 2

(2)

c. Membezakan terma-terma kontrak.

2.0 PENGENALAN

Undang –undang kontrak di Malaysia ditadbirkan oleh Akta Kontrak 1950 (AK 1950). AK 1950 mengandungi peruntukan mengenai pembentukan kontrak, pelaksanaannya dan peruntukan berkaitan dengan agensi, walau bagaimanapun ia tidak merangkumi segala aspek undang-undang kontrak. Oleh yang demikian rujukan kepada undang-undang Inggeris dibenarkan apabila wujud kekurangan di dalam AK 1950 melalui peruntukan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956.

2.1 DEFINISI DAN PEMBENTUKAN KONTRAK Definisi Kontrak

Merujuk kepada seksyen 2(h) AK 1950 maksud kontrak ialah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ia adalah perjanjian yang akan mengikat pihak-pihak yang berkontrak. Jika ada pihak yang tidak menepati perjanjian ini, maka pihak lain boleh dan berhak mengambil tindakan undang-undang.

Contoh 2.1 :

(3)

Bukan semua perjanjian merupakan kontrak, tetapi semua kontrak adalah perjanjian. Perjanjian akan menjadi kontrak sekiranya ia memenuhi elemen-elemen kontrak yang ditetapkan. Jika di dalam mana-mana perjanjian terdapat sesuatu yang tidak mematuhi atau bertentangan dengan mana-mana elemen tersebut, perjanjian itu bukanlah kontrak dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Pembentukan Kontrak

Sesuatu kontrak terbentuk samada secara mudah atau kompleks. Pembentukan kontrak mudah tidak melibatkan formaliti tertentu. Contoh kontrak mudah ialah kontrak yang dibuat secara lisan atau tersirat daripada perlakuan pihak-pihak yang berkontrak.

Bentuk kontrak yang bersifat kompleks pula ialah kontrak yang dibuat dengan teliti dan secara bertulis. Contoh yang jelas ialah kontrak jual beli rumah yang dimasuki oleh pembeli dan pemaju perumahan di mana dokumen-dokumen tertentu diperlukan. ?? Apa yang dimaksudkan oleh tersirat daripada perlakuan pihak yang berkontrak? Boleh berikan contoh.

Contoh perlakuan di sini ialah seperti mengganguk, maknanya bersetuju. Atau pun perjanjian jual beli yang di buat memerlukan pembeli membayar deposit

RM 200. Jika pembeli membayar RM200, perlakuan pembeli itu

menandakan pembeli bersetuju dengan kontrak

(4)

1. Tandakan / bagi jawapan yang berkaitan dengan AK 1950. Mentadbir undang-undang kontrak

Guna pakai di Semenanjung Malaysia sahaja Berpandukan sistem Common Law

2. Jelaskan bagaimanakah kontrak terbentuk.

3. Huraikan apakah yang dimaksudkan oleh Seksyen 10(1) AK 1950. 4. Bezakan antara perjanjian dan kontrak.

5. Ruja berjanji akan membayar RM7,000 kepada Suja sekiranya Suja pergi memukul Buja, musuh Ruja. Suja bersetuju. Adakah wujud kontrak antara Ruja dan Suja.

(5)

1. / melaksanakan undang-undang kontrak / berpandukan sistem Common Law

2. Kontrak terbentuk apabila kesemua syarat atau elemen kontrak dipenuhi.

3. Seksyen ini memperuntukkan bahawa sesuatu perjanjian itu ialah kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang jika dibuat oleh pihak yang layak berkontrak, tiada paksaan, ada balasan dan mempunyai tujuan yang sah disisi undang-undang.

4. Perjanjian

Bukan semua perjanjian adalah kontrak. Perjanjian menjadi kontrak apabila memenuhi elemen-elemen kontrak.

Kontrak

Semua kontrak adalah perjanjian. Ia meliputi semua elemen penting kontrak. Kontrak yang sah boleh dikuatkuasakan di mahkamah sekiranya berlaku perlanggaran kontrak oleh pihak yang berkontrak.

5. Kontrak tidak wujud kerana tujuan kontrak adalah salah disisi undang-undang.

MAKLUM BALAS 2a

MAKLUM BALAS 2a

(6)

2.2 ELEMEN-ELEMEN KONTRAK

Bagi memastikan sesuatu hubungan adalah kontrak, maka elemen-elemen seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2.1 di bawah perlu wujud :

Rajah 2.1 : Elemen-elemen kontrak 2.2.1 TAWARAN

Definisi

Mengikut seksyen 2(a) AK1950 tawaran bolehlah didefinisikan sebagai

“apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat sesuatu”.

TAWARAN ELEMEN–ELEMEN KONTRAK PENERIMAAN BALASAN KETENTUAN NIAT KEUPAYAAN

(7)

Tawaran boleh disimpulkan sebagai kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang mengikat apabila tawaran itu dipersetujui oleh pihak penerima tawaran.

Kepada siapa tawaran boleh ditujukan

Bagi menjelaskan lagi sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada siapa, sila rujuk Rajah 2.2.

Rajah 2.2 : Tawaran boleh ditujukan kepada individu atau umum Contoh Kes : CARLILL LWN CARBOLIC SMOKE BALL CO. LTD.(1892) Mahkamah memutuskan bahawa sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada umum. Walau bagaimanapun hanya sesiapa yang tampil melaksanakan syarat tawaran tersebut dianggap sebagai penerima.

TAWARAN

INDIVIDU UMUM

Tawaran kepada individu tertentu atau khusus. Hanya individu tersebut

yang boleh membuat penerimaan.

Tawaran kepada umum atau khalayak ramai.

Hanya sesiapa yang mengetahui berkenaan tawaran tersebut boleh membuat penerimaan dengan memenuhi syarat tawaran.

(8)

Perbezaan di antara tawaran dan pelawaan tawaran

Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran. Pelawaan tawaran adalah satu keadaan di mana seseorang itu hanya ingin melakukan perundingan tetapi tiada niat untuk terikat dengan syarat-syarat dalam perundingan berkenaan. Satu pihak menawar kepada pihak yang satu lagi untuk membuat tawaran dan seterusnya tertakluk kepadanya samada untuk menerima atau menolak tawaran tersebut.

Contoh Kes : HARRIS LWN NICKERSON (1873)

PHARMACEUTICAL SOCIETY OF LTD LWN BOOTS CASH CHEMIST LTD (1953)

PARTRIDGE LWN CRITTENDAN (1968)

Komunikasi tawaran

Tawaran mestilah dikomunikasi kepada penerima tawaran. Tanpa komunikasi yang lengkap, tawaran tidak akan berkesan. Seksyen 4(1) AK1950 menyatakan bahawa komunikasi tawaran adalah lengkap apabila tawaran itu sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat. Prinsip ini menekankan bahawa seseorang tidak boleh menerima sesuatu tawaran sekiranya beliau tidak mengetahui tentang tawaran tersebut.

Apakah contoh pelawaan tawaran ???

3 contohnya ialah ;

pelelong mempelawa orang ramai membuat tawaran. Peragaan barang di kedai

layan diri. Pekedai mempelawa orang ramai membuat tawaran pembelian.

Pengiklan mempelawa orang ramai membuat tawaran.

(9)

Pembatalan tawaran

Pembatalan tawaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya menjadi lengkap terhadap pencadang.

Ini dinyatakan di dalam seksyen 5(1)AK1950 iaitu sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang tetapi tidak selepasnya.

Merujuk kepada Seksyen 6 AK 1950 sesuatu tawaran akan terbatal apabila berlaku keadaan-keadaan seperti di bawah

i. Notis pembatalan oleh pihak pencadang

Contoh Kes : BYRNE & CO LWN LEON VAN TIENHOVEN &

CO (1880).

ii. Luput tempoh yang telah ditetapkan untuk membuat penerimaan atau luput waktu yang munasabah jika tidak dinyatakan tempoh. Contoh Kes : RAMSGATE VICTORIA HOTEL CO. LTD VS

MONTEFIORE(1866)

iii. Penerima tawaran telah menolak tawaran tersebut atau melanggar syarat terdahulu iaitu kehendak seperti yang telah ditetapkan apabila ingin membuat penerimaan. Pelanggaran syarat ini boleh berlaku apabila wujud tawaran balas.

Contoh kes : HYDE LWN WRENCH (1840)

iv. Apabila pencadang mati atau sakit dan fakta ini diketahui oleh penerima sebelum membuat penerimaan.

Contoh 2.2:

Jika Ali membuat tawaran kepada Abu untuk menjual keretanya, Ali boleh membatalkan tawaran tersebut bila-bila masa sebelum Abu membuat penerimaan atau bersetuju membeli kereta tersebut.

(10)

2.2.2 PENERIMAAN Definisi

Penerimaan mengikut seksyen 2(d) AK 1950 ialah “apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa tawaran itu diterima”. Suatu cadangan bila diterima akan menjadi janji

Penerimaan bolehlah disimpulkan sebagai persetujuan penerima kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam kontrak

Cara penerimaan

Penerimaan hendaklah jelas, mutlak dan tidak bersyarat. Ini boleh dirujuk di dalam seksyen 7(a)AK1950 “untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji, maka penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat”.

Contoh Kes: HYDE VS WRENCH (1840)

Penerimaan hendaklah dibuat secara biasa dan munasabah, melainkan jika tawaran itu menetapkan cara penerimaannya. Sekiranya penerima tidak mematuhi cara yang ditetapkan, maka perjanjian tidak akan wujud. Ini boleh dirujuk di dalam seksyen 7(b)AK1950 yang menyatakan bahawa untuk menjadikan sesuatu tawaran itu janji, maka penerimaan itu mestilah dinyatakan secara biasa atau munasabah, melainkan jika tawaran itu menetapkan cara penerimaan.

Komunikasi penerimaan

Untuk menjadikan perjanjian sah, maka penerimaan mestilah dikomunikasikan. Komunikasi penerimaan bermaksud penerima tawaran mestilah membuat sesuatu perbuatan penerimaan yang positif dan sekiranya penerima hanya mendiamkan diri maka tidak wujud penerimaan. Ini berlaku kerana komunikasi penerimaan dianggap lengkap apabila ianya sampai kepada pengetahuan pihak pencadang.

(11)

Walau bagaimanapun terdapat pengecualian kepada fakta seperti yang diterangkan di atas di mana penerimaan tidak perlu dikomunikasikan kepada pembuat tawaran dalam keadaan di mana tawaran adalah ditujukan kepada umum, penerimaan yang dibuat tidak perlu dikomunikasikan dan sudah mencukupi sekiranya penerima menunaikan syarat yang telah ditetapkan dalam tawaran. Ini dinyatakan di dalam seksyen 8 AK 1950.

Penerimaan melalui pos

Kaedah am menyatakan bahawa penerimaan hanya sah apabila dikomunikasikan kepada pembuat tawaran. Walau bagaimanapun pengecualian diberi kepada penerimaan yang dibuat secara pos. Seksyen 4(2)(a) AK 1950 menyatakan bahawa komunikasi adalah lengkap terhadap pencadang, apabila komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di mana ianya berada diluar kuasa penerima. Ini bermakna penerimaan telah lengkap kepada pembuat tawaran walaupun penerimaan belum sampai kepadanya.

Contoh kes: IGNATIUS LWN BELL (1913)

Mahkamah memutuskan bahawa apabila surat atau telegram penerimaan telah dihantar oleh penerima maka pembuat tawaran akan terikat oleh penerimaan tersebut walaupun surat atau telegram itu terlewat tiba atau hilang dalam perjalanan. Tempoh Penerimaan

Penerimaan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah. Seksyen 6(b)AK1950, menyatakan bahawa sesuatu tawaran akan luput jika penerimaan tidak dikomunikasikan dalam masa yang munasabah atau dalam tempoh yang ditetapkan dalam tawaran.

Contoh Kes: RAMSGATE VICTORIA HOTEL CO. LTD LWN MONTEFIORE

(12)

Pembatalan Penerimaan

Penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum penerimaan itu sampai kepada pengetahuan pembuat tawaran. Seksyen 5(2)AK1950 menyatakan “sesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum penerimaannya lengkap terhadap penerima dan tidak selepasnya.

Bagi penerimaan secara pos, penerimaan boleh dibatalkan selagi surat penerimaan tersebut belum sampai kepada pengetahuan pihak pembuat tawaran.

2.2.3 BALASAN

Sesuatu kontrak memerlukan balasan. Balasan ialah sesuatu yang mempunyai nilai di sisi undang-undang dan menjadi asas kepada persetujuan yang dicapai. Balasan telah ditakrifkan di dalam seksyen 2(d) AK1950 seperti berikut “ menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa saja yang telah membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Banyaknya elemen kontrak, 6 semuanya, kontrak boleh wujud tak kalau hanya elemen tawaran dan penerimaan saja dipenuhi?

Kontrak tidak boleh wujud jika hanya elemen tawaran dan penerimaan yang dipenuhi. Ingat…. Kesemua elemen

kontrak mestilah dipenuhi secara serentak dan bukanya alternatif.

(13)

Jenis Balasan

a. Balasan Belum Dilaksanakan (eksekutori)

Merupakan balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan.

b. Balasan Dilaksanakan (executed)

Merupakan janji yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum janji yang yang satu lagi. Janji ini selalunya diberikan untuk membalas sesuatu perbuatan. Contoh 2.3:

Rafi membeli sepasang kasut dengan harga RM50 daripada Rafa, maka balasan Rafa kepada Rafi adalah sepasang kasut dan balasan Rafi kepada Rafa adalah wang berjumlah RM50.

Contoh 2.4 :

Ali beli kereta dngan harga RM30,000 dan berjaji akan bayar harga tambahan sebanyak RM500 sekiranya kereta tersebut dihantar kerumah beliau.

Contoh 2.5 :

Ali menawarkan RM500 kepada sesiapa yang menjumpai motosikalnya yang hilang.

(14)

c. Balasan Lampau

Merupakan janji yang dibuat bagi membalas perbuatan yang telahpun dilakukan.

Perjanjian Tanpa Balasan

Mengikut kaedah am, perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah dan perjanjian itu tidak akan mengikat pihak yang berkontrak. Seksyen 26 AK1950 memperuntukkan bahawa mana-mana kontrak yang dibuat tanpa balasan adalah tidak sah. Namun begitu terdapat pengecualian terhadap seksyen 26 di mana kontrak yang dibuat masih sah walaupun tiada balasan dan ini melibatkan keadaan seperti di bawah. a. perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang.

b. perjanjian untuk memberi pampasan ke atas kerja yang dibuat secara sukarela. c. perjanjian memberi pampasan kepada mereka yang boleh dipaksa dari sisi

undang-undang.

d. perjanjian untuk membayar hutang yang dibatas oleh statut. Kecukupan Balasan

Balasan tidak semestinya mencukupi atau berpadanan. Ini bermakna sesuatu balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga atau mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat janji.

Contoh 2.6 :

Ali telah menyelamatkan Abu daripada lemas. Setelah selamat Abu telah berjanji untuk memberi RM200 kepada Ali. Sekiranya Abu tidak memberi saguhati berkenaan, maka beliau boleh didakwa.

(15)

Balasan dari Pihak Ketiga

Apa yang dapat disimpulkan dari seksyen 2(d) AK1950 ialah sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun dia bukanlah pihak yang berkontrak.

Contoh Kes: KERPA SINGH VS BARIAN SINGH

VENKATA CHINNAYA VS VERIKATARA’MA’YA (1881)

2.2.4 NIAT

Perjanjian antara dua pihak tidak semestinya menjadi satu kontrak yang sah sehingga ada bukti yang menunjukkan bahawa wujud niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat disisi undang-undang antara kedua-dua pihak yang berkontrak. Elemen niat dirujuk di dalam seksyen 2(a) dan seksyen 2(d) AK 1950 sebagai dengan maksud dan kehendak. Kewujudan niat adalah sukar untuk dilihat secara zahir kerana ia merupakan sesuatu yang ada pada hati. Oleh itu untuk menentukan kewujudan niat di dalam sesuatu kontrak, undang-undang membahagikan perjanjian kepada dua perkara :

a. perjanjian dibentuk dengan niat untuk mengadakan hubungan perniagaan atau perdagangan yang mengikat disisi undang-undang.

b. Perjanjian kekeluargaan, domestik atau sosial yang mana pihak terlibat tiada niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat disisi undang-undang.

Contoh Kes: BALFOUR VS BALFOUR (1919)

(16)

2.2.5 KETENTUAN

Ketentuan perlu wujud di dalam sesuatu kontrak untuk menjadikan ianya sah. Ketentuan di sini adalah bermaksud kontrak yang dimasuki perlulah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu (tidak samar-samar).

Seksyen 30 AK 1950 menyatakan perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal. Ketidaktentuan di dalam sesuatu kontrak boleh berlaku di dalam keadaan berikut:

a. bahasa yang digunakan kabur atau samar-samar.

b. Kegagalan untuk mencapai perjanjian terhadap perkara pokok atau syarat utama perjanjian.

Contoh Kes : KARUPPAN CHETTI LWN SUAH THIAN (1916)

2.2.6 KEUPAYAAN

Undang-undang mewajibkan pihak-pihak yang berkontrak mestilah berupaya untuk memasuki kontrak. Menurut seksyen 11 AK1950, seseorang yang layak membuat kontrak mestilah seorang yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan untuk berkontrak.

Dewasa

Mengikut Akta Umur Dewasa 1971 seseorang dikatakan sebagai dewasa apabila mencapai umur 18 tahun. Oleh itu, untuk memasuki kontrak seseorang itu perlu berusia 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, Akta Umur Dewasa tidak merangkumi perkara-perkara

(17)

Contoh Kes : TAN HEE JUAN LWN THE BOON KEAT (1934)

Kanak-kanak tidak boleh memasuki kontrak dan batal sama sekali, kecuali untuk tiga keadaan iaitu keperluan, biasiswa dan insurans

Contoh kes : KERAJAAN MALAYSIA LWN GURCHARAN SINGH (1971) Berakal Sempurna

Seseorang yang ingin memasuki kontrak mestilah memahami isi kandungan kontrak yang dipersetujui. Ini dinyatakan di dalam seksyen 12(1) AK 1950 di mana pihak yang berkontrak mestilah tahu tanggungjawab dan hak-hak di dalam kontrak. Dapat disimpulkan seseorang yang berakal sempurna layak untuk memasuki kontrak, dan seseorang yang tak berakal sempurna tidak boleh memasuki kontrak, tetapi jika hanya sesekali tak berakal sempurna, kontrak boleh dimasuki semasa dia berada dalam keadaan berakal sempurna. Peruntukan ini dinyatakan di dalam seksyen 12(2) AK 1950.

Tidak Hilang Kelayakan

Seseorang dikatakan hilang kelayakan membuat kontrak jika ia dilarang oleh mana-mana undang-undang di mana-mana ia tertakluk. Jika seseorang ingin memasuki kontrak maka perlulah dipastikan bahawa tidak ada mana-mana undang-undang yang menghalangnya berkontrak.

(18)

1. Senaraikan elemen-elemen penting kontrak.

2. Satu ______________terbentuk apabila satu pihak menerima tawaran dari pihak yang lain.

3. Jelaskan apakah yang dimaksudkan oleh seksyen 2(b) AK1950. 4. Huraikan apakah yang dimaksudkan oleh perjanjian tanpa balasan.

(19)

1. Elemen-elemen kontrak

a. Perjanjian (tawaran dan penerimaan) b. Balasan c. Niat d. Ketentuan e. Keupayaan 2. Perjanjian

3. Seksyen 2(b) AK1950 menyatakan “apabila seseorang kepada siapa cadangan dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan cadangan itu diterima.”

Seksyen ini adalah merujuk kepada penerimaan iaitu elemen kedua penting selepas tawaran kerana jika tawaran yang dibuat tidak diterima maka kontrak tidak akan wujud.

4. Perjanjian tanpa balasan ialah penerimaan yang dibuat dan balasan tidak diperlukan. Perjanjian yang dikategorikan seperti ini ialah perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak yang berkontrak.

(20)

2.3 TERMA-TERMA KONTRAK

Sesuatu kontrak yang sah adalah boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Apabila sesuatu kontrak ditandatangani, maka pihak-pihak yang berkontrak mempunyai hak atau memikul tanggungjawab kontrak tersebut. Hak dan tanggungjawab kontrak terkandung di dalam terma-terma kontrak. Walau bagaimanapun terma kontrak perlulah dibezakan dengan representasi.

Klasifikasi Terma-terma Kontrak

Terma-terma kontrak terbahagi kepada dua iaitu syarat dan waranti. Syarat merupakan tanggungjawab utama kepada pihak-pihak yang berkontrak manakala waranti merupakan syarat-syarat yang berkaitan dengan tanggungjawab utama tersebut. Terma : Sesuatu kenyataan semasa perundingan yang diniatkan untuk menjadi syarat kontrak Representasi : Sesuatu kenyataan semasa perundingan yang tidak diniatkan untuk menjadi syarat

(21)

Perlanggaran syarat akan mengakibatkan kontrak terbatal, walau bagaimanapun pihak yang tidak bersalah boleh menganggapnya sebagai perlanggaran waranti sahaja. Perlanggaran waranti tidak membatalkan kontrak sebaliknya pihak yang tidak bersalah hanya boleh menuntut gantirugi sahaja.

(22)

1. Bezakan terma-terma kontrak.

2. Lengkapkan teka silangkata di bawah.

1

2

3

Menegak :

1. Pihak yang tidak bersalah boleh menamatkan kontrak Mendatar:

2. Perlanggarannya tidak menjejaskan kontrak

3. Kenyataan yang dibuat semasa perundingan diniatkan untuk menjadi syarat kontrak

(23)

1. Terma :

Sesuatu kenyataan semasa perundingan yang diniatkan untuk menjadi syarat kontrak

Representasi :

Sesuatu kenyataan semasa perundingan yang tidak diniatkan untuk menjadi syarat kontrak.

2. 1. Syarat 2. Waranti 3. Terma

(24)

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 1

Ah Chun berumur 15 tahun memasuki kontrak lisan dengan Restoran Kemasik bagi membenarkan beliau mengambil makanan tengahari selama 3 bulan. Ah Chun hanya dikehendaki membayar hutangnya pada hujung bulan. Apabila tiba masanya Ah Chun enggan bayar. Jelaskan kesan kontrak dalam situasi ini.

Soalan 2

En Santan telah menjualkan kereta Volvo model tahun 1991 kepada Syed Lemak dengan harga RM1,000. En Santan telah memohon perintah mahkamah untuk mengistiharkan perjanjian batal dengan alasan balasan tidak mencukupi. Jelaskan kesan kontrak dalam situasi ini.

(25)

MAKLUM BALAS

PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1

Kontrak adalah batal kerana pihak yang berkontrak iaitu Ah Chun masih berada di bawah umur dan tidak layak untuk berkontrak. Restoran Kemasik tidak boleh mendakwa Ah Chun kerana kontrak yang dimasuki oleh mereka adalah tidak sah.

Jawapan 2

Kontrak adalah sah. En Santan tidak boleh membatalkan tawaran itu sekiranya Syed Lemak telah bersetuju untuk membeli. Walaupun alasan En Santan RM1,000 yang dibayar oleh Syed Lemak sebagai balasan adalah tidak memadai, tetapi kontrak itu masih sah.

Referensi

Dokumen terkait

Perolehan skor yang telah dipaparkan sebelumnya memberikan gambaran bahwa terdapat perolehan skor siswa yang menggunakan metode tutor sebaya (peer-teaching) lebih

NO Nama peneliti/Tahun Judul Metode Penelitian Hasil penelitian /2011 Pembelajaran Berbasis Proyek pada Materi Program Linear Siswa Kelas X SMK Negri 1 Singosari

Studi ini dilakukan dengan merencanakan layout dan meng- hitung kembali rencana anggaran biaya pembangunan perumahan, menganalisis kelayakan proyek dan mene- tapkan

Perubahan Sebaran Stadia Epitel Seminiferus, Penurunan Jumlah Sel-Sel Spermatogenik dan Kadar Hormon Testosteron Total Mencit ( Mus musculus L) Galur DDY Yang Diberi Asap

Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut penulis membuat kerangka penelitian disertai beberapa hipotesa mengenai wallpaper “Ragnarok” Online Games versi Indonesia yaitu

Pembongkaran 40 bangunan liar di atas saluran penghubung (Phb) di Jalan Hadiah RT 010/03 Kelura- han Jelambar, Kecamatan Grogol Petamburan, Jakarta Barat, Senin (27/7)

PT BUMI CITRA PERMAI Tbk Dan ENTITAS ANAK CATATAN ATAS LAPORAN KEUANGAN KONSOLIDASIAN INTERIM 30 SEPTEMBER 2017 DAN UNTUK PERIODE SEMBILAN BULAN YANG BERAKHIR TANGGAL-TANGGAL

Koefisien kemiripan terendah lainnya yaitu pada aksesi C-SMUT dengan QH-BBEL, yang memiliki perbedaan pada kedudukan daun, warna daun mahkota, lebar daun (atas, tengah,