Bab 15: Peralihan Daripada
Pertanian Kepada Industri
Asas Tani
“Permintaan global untuk produk pertanian berkembang dengan pantas dan berbekalkan kelebihan semulajadi, terdapat beberapa pasaran bitara yang dapat dieksploitasi oleh Malaysia, Kami berhasrat untuk menggandakan sumbangan sektor pertanian kepada PNK dengan cara memperluaskan pengeluaran produk bernilai tinggi seperti produk sarang burung walit dan juga menambah peratusan produk yang boleh diproses menjadi produk hiliran. Kami juga
menyasarkan untuk mempertingkatkan produktiviti dalam penanaman padi, perladangan rumpai laut dan penanaman sayur-sayuran beriklim sederhana sebanyak 40% menerusi infrastruktur yang lebih baik, teknik pengurusan dan teknologi. Ini akan membolehkan para petani yang menyertai projek kami menggandakan pendapatan mereka.”
YB Datuk Seri Noh bin Omar
ektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia – ia menyediakan pekerjaan di kawasan luar bandar, mempertingkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan menjamin keselamatan sumber makanan negara.
Walaupun secara tradisinya sektor pertanian sinonim dengan golongan berpendapatan rendah dan miskin, kini imej pertanian telah berubah secara beransur-ansur. Usahawan petani dalam pelbagai bidang perniagaan seperti perladangan sarang burung walit hinggalah kepada penanaman padi berskala besar telah berjaya mempertingkatkan pendapatan mereka ke dalam golongan yang berpendapatan 20 peratus tertinggi di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, sektor pertanian telah menjadi pusat tumpuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang termaju dan terkini bagi memacu sektor tersebut menyediakan sumber makanan untuk penduduk global. Ini dilakukan dalam lingkungan batasan yang menekankan persekitaran mampan dan membawa kepada eksperimentasi dalam mencari penyelesaian seperti konsep pertanian secara menegak, menghasilkan daging ternakan melalui makmal dan applikasi kejuruteraan genetik lanjutan. Tanpa mengambil kira komoditi seperti getah dan minyak sawit, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM20.2 bilion atau 4 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) Malaysia pada tahun 2009. Kadar pertumbuhan tahunan berkompaun di antara 2005 hingga 2009 adalah pada 10.7 peratus. Permintaan global untuk produk pertanian yang semakin bertambah telah mewujudkan potensi yang amat besar untuk meningkatkan sumbangan sektor ini kepada PNK negara dan sekaligus menaikkan taraf pendapatan penduduk luar bandar. Hasrat kami adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian kepada industri asas tani, sambil bergerak ke arah sebuah model yang inklusif tetapi pada masa yang sama bertumpukan kepada integrasi yang berasaskan pasaran, pengurusan yang mempunyai skala ekonomi yang besar dan rantaian nilai yang bersepadu.
DEFINISI NKEA PERTANIAN
Bidang sektor pertanian amat luas sehingga merangkumi tanaman perindustrian seperti kelapa sawit dan getah, makanan dan tanaman kontan (juga dikenali sebagai agro-makanan atau makanan yang dihasilkan dari pertanian) seperti padi, penternakan, dan produk khusus seperti sarang burung yang sedia dimakan dan herba.
NKEA Pertanian akan memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium (seperti di Carta 15-1). Ini akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat.
Carta 15-1
Di samping itu, subsektor seperti padi dan ternakan haiwan dipilih kerana kepentingan mereka sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara.
Lapan sub-sektor yang telah dikenal pasti di atas mampu menjana pengeluaran domestik dengan nilai anggaran sebanyak RM16.6 bilion pada 2009 yang merangkumi 82 peratus daripada jumlah keseluruhan sumbangan sektor pertanian kepada PNK negara. (Carta 15-2).
NKEA ini akan memfokuskan pada sub-sektor pertanian terpilih yang berpotensi besar untuk berkembang
Permintaan Global untuk Produk Herba, 1997-2020
RM bilion
SUMBER: Bank Dunia, Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Organisasi Makanan & Pertanian (FAO) Permintaan Global untuk Sarang Burung Walit, 2010-2020
Permintaan Global untuk Produk Akuakultur, 2005-2020 Permintaan Global untuk Rumpai Laut, 2008-2020
1,920.0 672.0 192.0 CAGR 10.5% 2020 2006 1997 21.8 10.9 CAGR 7.2% 2020 2010 52.2 23.7 CAGR 6.8% 2020 2008 635.0 251.0 2020 2005 CAGR 7.0%
Untuk setiap sub-sektor yang telah dikenal pasti, NKEA akan merangkumi pendekatan dari awal hingga akhir rantaian nilai bermula daripada proses pembiakan hinggalah ke aktiviti pengagihan, yang juga meliputi perkhidmatan sokongan seperti bioteknologi dan logistik pemasaran (Carta 15-3). Dalam proses pembiakan, penggunaan teknologi seperti penanda molekul akan mempercepatkan usaha untuk menentukan hasil tanaman dan penternakan yang mempunyai ciri-ciri berhasil tinggi dan kebal terhadap serangan penyakit, mempunyai jangka hayat penyimpanan lebih panjang, dan rasa yang lebih menarik serta isi kandungan yang lebih berkhasiat. Di dalam aktiviti pemprosesan hiliran pula, penekanan akan diberikan kepada produk nilai tambah yang lebih tinggi seperti produk penjagaan kesihatan berasaskan sumber botanikal daripada herba dan sarang burung yang sedia dimakan.
Carta 15-2
Sub-sektor di bawah NKEA ini meliputi 82% sumbangan pertanian kepada PNK Malaysia pada 2009
Sumbangan subsektor kepada PNK pertanian, 2009
Peratus, RM bilion
SUMBER: Jabatan Statistik Negara & Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Fokus NKEA Subsektor lain 100% = RM20.2 bilion Pemprosesan makanan Tanaman kontan
(buah-buahan & sayuran)
Ternakan
Produk marina & akuakultur Beras Lain-lain
(termasuk produk tembakau dan teh) 28
27 16
7 4 18
Carta 15-3
Penyertaan dalam keseluruhan rantaian nilai akan diperkukuhkan
Perkhid -matan sokongan Rantaian nilai teras Pemborongan dan pengeda -ran runcit Pembuatan bahantara dan produk akhir Pemprosesan (contohnya, pengisaran, pengekstrakan, penyembelihan) Pembiakan
Penyelidikan dan pembangunan (termasuk bioteknologi)
Logistik dan pemasaran pertanian Perladangan
dan/atau penternakan Baja dan racun perosak
Makanan haiwan dan vaksin
Bekalan input
Di samping itu, bidang yang menyerlah seperti bioteknologi dan logistik pertanian akan diperluaskan, selaras dengan permintaan hasil pertumbuhan sektor pertanian serantau.
PENILAIAN PASARAN
Bilangan penduduk dunia akan terus meningkat di samping penambahan dalam purata kalori setiap manusia, yang membawa kepada permintaan berterusan untuk produk pertanian. Antara 2010 dan 2015, permintaan makanan global dijangka naik sebanyak 10 peratus, manakala pengeluaran dan bekalan masing-masing dianggar meningkat pada kadar 1.6 peratus sahaja.
Walaupun ini menunjukkan prospek positif untuk pertanian di peringkat global, peningkatan kesejahteraan pengguna dan langkah kerajaan terhadap isu perubahan iklim merupakan perubahan utama dalam
mendorong trend permintaan untuk hasil pertanian. Trend yang umum adalah seperti berikut:
• Kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan makanan: Pengguna memilih makanan yang rendah lemak , kurang gula dan bebas daripada bahan kimia yang merbahaya. Jualan runcit makanan organik di Amerika Syarikat dan Eropah berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan berkompaun sebanyak 14 peratus di antara tahun 1997 sehingga 2008, meskipun fakta menunjukkan jumlah pasaran makanan hanya meningkat dengan kadar 1.6 peratus setahun sahaja bagi tempoh yang sama;
• Permintaan untuk penyediaan makanan yang lebih mudah: Gaya hidup yang lebih sibuk dan kos makan di luar rumah yang kian meningkat telah menjana permintaan bagi produk makanan mudah disediakan di rumah. Penjualan makanan premium sedia dipanaskan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun telah mencecah nilai pasaran sehingga RM15.4 bilion pada 2009 dan diramalkan akan bertumbuh pada kadar 15 peratus setahun sehingga 2014. Sejajar dengan itu, segmen berkaitan seperti kuah pra-campuran dan makanan beku mencatatkan pertumbuhan pada kadar 7 peratus setahun;
• Kebimbangan terhadap kemampanan alam sekitar: Kebimbangan terhadap isu perubahan iklim menyebabkan kerajaan di pasaran negara maju seperti Kesatuan Eropah mewajibkan para peruncit dan pengeluar makanan untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan kemampanan alam sekitar. Firma besar seperti Walmart dan Unilever memerlukan pembekal mereka menggunapakai amalan pertanian terbaik yang dapat mengurangkan impak kemusnahan alam sekitar; dan
• Peningkatan citarasa bagi makanan eksotik: Faktor globalisasi dan peranan media massa telah mempengaruhi pengguna dengan budaya hidup yang berbeza dan cara pemakanan mereka. Hasilnya, terdapat peningkatan permintaan di pasaran negara maju untuk makanan etnik seperti masakan India, China, Vietnam dan Jepun. Ini menghasilkan banyak produk yang berasaskan cara masakan etnik di pasar raya utama. Selaras dengan peningkatan tersebut, nilai pasaran import global bagi buah-buahan tropikal seperti nenas, betik, belimbing dan tembikai telah meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan berkompaun sebanyak 9.7 peratus dari tahun 2001 sehingga 2007.
Maklumat yang hendak disampaikan adalah jelas: sememangnya terdapat potensi pasaran besar untuk produk tempatan. Walau bagaimanapun, sekiranya kita tidak dapat menyediakan produk mengikut
permintaan pasaran dan mengubah amalan kita dalam keselamatan makanan serta keperluan persekitaran, amatlah sukar untuk kita menembusi pasaran tersebut. Kotak 15-1 menceritakan tentang sebuah syarikat Malaysia yang telah berjaya dalam mengeksport produk makanan premium iaitu betik.
Kotak 15-1
Model pembekalan bersepadu bagi industri asas tani: Dari Lanchang
ke London
Perbadanan Agro-Makanan Malaysia (MAFC) telah menerajui pendekatan baru dalam industri asas tani iaitu mengguna pakai model yang berorientasikan pasaran dan bersepadu di sepanjang rantaian bekalan, berlainan dengan
pendekatan tradisional yang mengkhususkan pengeluaran.
Projek percubaan penanaman betik di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Taman Pertanian Moden (TPM) di Lanchang, Pahang telah dimulakan, di mana penanaman jenis betik telah dimajukan berdasar kepada keperluan pasaran seperti tekstur lembut, rasa manis, aroma yang harum dan hayat simpan yang lebih panjang. Selain daripada itu, pematuhan kepada standard keselamatan pemakanan global, kualiti dan kemampanan dikawal rapi agar dapat memenuhi permintaan oleh pasaran. Ketekalan penanaman betik berkualiti tinggi diuruskan menerusi penggunaan prasarana pertanian yang dapat mengawal persekitaran melalui teknik pengeluaran berteknologi tinggi seperti pembaja-airan – aplikasi baja, perapi tanah atau produk larut air lain menerusi sistem pengpembaja-airan.
MAFC mengguna pakai program pertanian kontrak untuk menyatukan kebun berskala kecil ke dalam modelnya. Petani kontrak mendapat manfaat daripada skim beli balik yang dijamin dan program perkhidmatan lanjutan di mana seorang Master Grower bekerjasama dan melatih petani kontrak untuk memastikan input pertanian yang tepat seperti bekalan anak pokok, baja dan racun perosak dan memberi nasihat teknikal agar mencapai hasil yang optimum.
Sebuah pusat bersepadu yang menggunakan teknologi terkini untuk pemprosesan dan pembungkusan telah dibina untuk menguruskan keperluan lepas tuai, menjenterakan kerja-kerja pengisihan dan pengredan betik mengikut saiz dan berat. Kecekapan ini dapat mengurangkan pembaziran, yang merupakan faktor penting bagi kos dalam pengurusan lepas tuai.
Malaysia mempunyai banyak kelebihan di mana ia dapat mengambil kesempatan daripada permintaan global yang semakin meningkat untuk produk makanan. Iklim sederhana menjadikan Malaysia di antara beberapa negara pengeluar bagi produk seperti buah-buahan tropikal, sayur-sayuran beriklim sederhana dan sarang burung walit. Persisiran pantai sepanjang 4,675 kilometer juga boleh diterokai untuk aktiviti akuakultur. Pantai-pantai terlindung di Sabah adalah sesuai bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut dan produk herba juga boleh dibangunkan daripada pelbagai flora dan fauna semula jadi. Kita juga mempunyai bank tanah seluas 6.6 juta hektar yang telahpun dikhaskan untuk pertanian. Tanah ini juga boleh
diusahakan dengan lebih produktif atau diperuntukkan bagi penghasilan produk yang mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi. Lokasi Malaysia membolehkan produk pertanian tempatan tiba ke pasaran luar negara seperti Singapura, Hong Kong, Jepun, China, Australia, Timur Tengah dan Kesatuan Eropah dalam lingkungan enam jam melalui pengangkutan udara atau tujuh sehingga lapan hari melalui pengangkutan laut. Kelebihan logistik ini membuka peluang pasaran kepada 900 juta pengguna berpendapatan sederhana di negara-negara tersebut.
Walau bagaimanapun, pencapaian sektor pertanian dan agro-makanan jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran (Carta 15-4). Produktiviti kita dalam bidang-bidang seperti penanaman padi, pertanian rumpai laut dan pertanian buah-buahan adalah jauh lebih rendah berbanding dengan negara pengeluar pesaing. Pada masa yang sama, defisit perdagangan pertanian Malaysia kian meningkat, sementara negara lain seperti Thailand mampu menjadi pengeksport agro-makanan. Defisit perdagangan dalam sektor terpilih seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, tenusu, telur, kopi, produk herba dan bijirin telah meningkat daripada RM4.3 bilion pada tahun 2004 kepada RM8.5 bilion pada tahun 2008.
Exhibit 15-4
Produktiviti pertanian Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain
Padi - purata hasil setiap hektar mengikut negara
Metrik tan setiap hektar setiap musim Metrik tan setiap hektar setiap tahun
Metrik tan setiap hektar setiap tahun
SUMBER: Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRI), Organisasi Makanan & Pertanian Sedunia (FAO), Universiti Malaysia Sabah, Buku Panduan Statistik Pertanian 2009
Rumpai laut kering - purata hasil setiap hektar mengikut negara
Betik - purata hasil setiap hektar mengikut negara
2.7 3.2 3.7 3.9 4.0 4.7 4.9 6.4 8.2 China Australia India Thailand Malaysia Bangladesh Myanmar Indonesia Vietnam 1.5 2.0 2.2 Filipina Malaysia Indonesia 16.9 22.0 36.9 43.7 Brazil Malaysia Mexico India
Produktiviti yang kurang turut mengakibatkan pendapatan yang lebih rendah kepada para petani, contohnya pesawah padi memperolehi purata pendapatan RM1,400 sebulan sementara pekebun buah-buahan hanya mendapat RM1,860 sebulan. Pendapatan ini termasuk bantuan dan subsidi harga yang telah diberikan oleh Kerajaan sebanyak RM248 setiap tan metrik. Bagi kawasan luar bandar yang merangkumi 35 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, sektor pertanian merangkumi 43.7 peratus pekerjaan penduduk luar bandar. Dengan itu, penambahbaikan produktiviti sektor pertanian adalah amat kritikal dalam mengurangkan jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar yang kini berada pada nisbah 1.00:1.82 pada tahun 2009.
Jika situasi ini berkekalan, kita bukan sahaja akan gagal untuk meraih peluang dalam menembusi pasaran yang sedang meningkat, malah akan menyaksikan keperluan makanan tempatan dibekalkan melalui produk import. Kerugian kepada negara turut akan digandakan semasa apabila harga makanan khususnya bekalan import kian meningkat akibat kekurangan tanah dan sumber. Tiga isu kritikal perlu ditangani untuk memberi kesan kepada transformasi, iaitu ketiadaan penanaman yang berskala ekonomi, kekurangan pemusatan pasaran dan penumpuan semasa untuk produk yang mempunyai nilai rendah.
Penanaman Tanpa Skala Ekonomi dan Populasi Para Petani Lanjut Usia
Isu penting dalam sektor pertanian kita adalah bilangan para petani yang menjalankan aktiviti pertanian secara skala kecil dan ketiadaan syarikat perladangan besar yang berskala industri. Sebagai contoh, purata saiz sawah padi ialah 2 hektar (purata saiz sawah berskala ekonomi ialah 300 hektar), 2 hektar dalam akuakultur (saiz ekonomi ialah 1,000 hektar bagi operasi bersepadu) dan 1 hektar dalam penanaman buah-buahan (saiz ekonomi ialah 1,000 hektar supaya dapat menyokong sebuah kilang untuk mengisih, memproses dan membungkus). Kepentingan penanaman yang berskala ekonomi amat ketara dan
penting contohnya bagi komoditi seperti minyak sawit, di mana purata syarikat perladangan besar sedang menguruskan keluasan tanah melebihi 500,000 hektar.
Selain daripada itu, Malaysia berdepan dengan isu komuniti petani yang makin lanjut usia, di mana purata umur penanam padi adalah 60 tahun ke atas manakala 40 peratus daripada penanam buah-buahan berumur 55 tahun ke atas.
Isu ketiadaan pengurusan berskala ekonomi dan komuniti petani yang lanjut usia telah menyebabkan pertanian tidak dianggap sebagai sektor yang mampu memenuhi objektif untuk memaksimumkan keuntungan. Dalam konteks ini, petani mempunyai insentif untuk melabur dalam bentuk penjenteraan baru, mematuhi standard keselamatan makanan peringkat antarabangsa atau mengguna pakai amalan pertanian terbaik seperti penggunaan tepat untuk baja-baja.
Akhirnya, produk tempatan tidak dapat menembusi pasaran premium seperti Kesatuan Eropah. Di samping itu juga, bagi produk tertentu seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, pembaziran hasil akibat ketiadaan amalan terbaik untuk pengutipan serta hasil bergred rendah mencecah sehingga 40 peratus. Ini mengakibatkan pendapatan yang rendah bagi para petani yang kerap kali memerlukan campur tangan Kerajaan dalam bentuk subsidi dan mekanisme untuk menyokong harga jualan.
Ketiadaan Pasaran Pemusatan
Pada masa ini, sektor pertanian di Malaysia tidak mempunyai pendekatan yang berasaskan permintaan. Sebagai contoh, terdapat potensi untuk mempertingkatkan pengeksportan buah-buahan tropikal segar ke negara Kesatuan Eropah, di mana kadar pengambilan tahunan buah betik dan nenas masing-masing telah meningkat sebanyak 8 peratus dan 16 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu. Namun, permintaan pasaran ini mewajibkan penghasilan produk pertanian yang disahkan bebas daripada racun perosak, mempunyai jangka hayat simpan yang lebih lama, lebih mudah untuk dimakan dan ditanam mengikut standard yang bercirikan kemampanan alam sekitar. Disebabkan kesedaran yang rendah tentang permintaan pasaran untuk mematuhi amalan pertanian terbaik dan kekurangan aktiviti R&D dalam bidang rawatan hasil lepas tuai, kemampuan Malaysia untuk menguasai pasaran premium tersebut ternyata amat terbatas.
Pendekatan sektor pertanian tempatan semasa lebih tertumpu kepada aspek penghasilan produk dan petani pula tidak mempunyai jalinan dengan pasaran yang luas dan hanya bergantung kepada segelintir peniaga atau orang tengah untuk memasarkan hasil mereka.
Tumpuan Kepada Produk Nilai Rendah
Kebanyakan produk pertanian tempatan masih tertumpu kepada pasaran yang mempunyai nilai rendah. Sebagai contoh, 81 peratus daripada produk herba semula jadi adalah di dalam segmen yang bernilai rendah seperti produk penjagaan (contohnya, sabun dan krim penjagaan muka). Hanya 19 peratus berada di dalam segmen nutraseutikal (juga dikenali sebagai makanan untuk kesihatan) yang bernilai tinggi. Kebanyakan produk ini pula tidak berasaskan sumber herba semula jadi tempatan. Terdapat kekurangan sokongan seperti aktiviti R&D, kajian klinikal dan pemasaran untuk menembusi pasaran premium yang menawarkan pulangan yang lebih tinggi.
SASARAN DAN ASPIRASI
NKEA Pertanian mempunyai tiga aspirasi utama. Pertama, kami menyasar untuk meningkatkan
sumbangan semasa PNK sektor pertanian sebanyak RM28.9 bilion kepada RM49.1 bilion menjelang 2020, iaitu hampir dua kali ganda. Kedua, kami menyasar untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu sebanyak 74,600, di mana sebahagian besar daripadanya akan diwujudkan di kawasan luar bandar. Ketiga, kami menyasar untuk mempertingkatkan pendapatan para petani yang mengambil bahagian dalam inisiatif NKEA sebanyak dua hingga empat kali ganda (Carta 15-5).
Sasaran ini akan melibatkan penguasaan nilai tinggi untuk produk tempatan dan mempertingkatkan produktiviti. Pelaburan hiliran dalam aktiviti bernilai tinggi akan memangkinkan subsektor seperti sarang burung sedia dimakan, produk herbal dan makanan yang diproses. Ini akan membolehkan kita menguasai sehingga 10 kali ganda nilai pasaran sedia ada. Dalam pada itu, kami turut menyasar untuk mempertingkatkan purata hasil keluaran bagi penanaman padi, pertanian rumpai laut dan pertanian sayur-sayuran beriklim sederhana sebanyak 60 peratus, 46 peratus dan 40 peratus, masing-masing.
Hasilnya, transformasi dalam sektor pertanian akan menyebabkan peralihan dalam demografi pekerjaan di kawasan luar bandar. Pada masa kini, sektor pertanian merupakan sektor yang menggunakan tenaga buruh yang intensif, tetapi hanya mampu menyediakan pekerjaan pada paras sara hidup sahaja.
Negara menyasar untuk meningkatkan pendapatan petani sebanyak 2 hingga 4 kali RM/bulan
Purata pendapatan bulanan pesawah di kawasan Muda Purata pendapatan bulanan penanam tanaman herba
Purata pendapatan bulanan petani buah betik Purata pendapatan bulanan operator akuakultur 6,000 1,400 2020: Operator ladang 10 hektar 2009: Operator ladang 2 hektar 4.3x 3,000 1,000 2020: Operator ladang 2 hektar 2009: Operator ladang 1 hektar 3x 4,100 1,000 2020: Operator ladang 1 hektar 2009: Operator ladang 1 hektar 4x 6,000 2,500 2020: Operator ladang 1 hektar 2009: Operator ladang 1 hektar 2.4x
Penggunaan jentera dan penambahan skala akan dipercepatkan. Ini akan mengatasi masalah komuniti petani yang lanjut usia dan membuka peluang perniagaan berkaitan pertanian yang bernilai tinggi untuk mewujudkan sektor pertanian yang mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk generasi masa depan di kawasan luar bandar. Kotak 15-2 menceritakan kisah seorang petani Melanau yang telah berjaya meningkatkan pendapatannya menerusi perladangan sarang burung walit.
Carta 15-5
Kotak 15-2
Pada tahun 2000, kebakaran hutan akibat pembakaran terbuka di Kalimantan telah menyebabkan penghijrahan paksa burung walit ke Mukah, Sarawak. Burung walit ini menyediakan sarang burung sedia dimakan (EBN). Penghijrahan ini telah membuka peluang unik bagi 50,000 penduduknya untuk memanfaatkan aktiviti perladangan sarang burung.
Seorang petani Melanau, Encik Burkan Aje Mohamed Roslan hanya mendapat pendapatan bulanan tidak lebih dari RM150. Setelah menyedari potensi pendapatan daripada perladangan sarang burung walit, Encik Burkan bekerja rapat dengan saudara maranya untuk mendapatkan modal bagi membina rumah burung walit yang kecil , iaitu seluas 5.66 meter lebar dan 8.49 meter panjang. Dengan pembinaan yang berdasarkan kepada garis panduan yang telah tetapkan oleh projek penyelidikan EBN di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi teknik perladangan yang termampu. Di bawah garis panduan tersebut, kebanyakan rumah burung walit di Mukah dibina menggunakan sekeping konkrit yang kecil sebagai tapak dan disokong dengan dinding yang diperbuat daripada produk sampingan pertanian yang dikitar semula, termasuk sekam padi dan daun palma. Kos bagi membina setiap rumah burung biasanya kurang daripada RM10,000, dan kebanyakan penduduk tempatan seperti Encik Burkan biasanya berkongsi kos pembinaan dengan penduduk lain, dalam kes ini dengan saudara maranya.
Menerusi pelaksanaan amalan tuai mampan dan mengekalkan rangkaian dengan pengeluar yang lebih mantap untuk membeli hasilnya, Encik Burkan kini memperolehi hingga RM3,000 sebulan hasil jualan daripada sarang burung walit , iaitu lebih 20 kali ganda berbanding pendapatan dahulunya. Penduduk lain di Mukah yang terlibat dengan perladangan sarang burung walit turut mengamalkan perdagangan barter, iaitu pertukaran sarang burung walit yang berharga dengan barang keperluan isirumah.
Pendapatan hasil dari sarang burung walit meningkat 20 kali ganda
untuk Burkan
16 EPP untuk Menyampaikan RM28.9 Bilion PNK
Untuk mencapai objektif kami, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu. Inisiatif-inisiatif ini boleh dibahagikan kepada empat tema iaitu:
• Mengambil kesempatan ke atas kelebihan daya saing Malaysia • Menembusi pasaran premium
• Memastikan dasar keterjaminan makanan adalah selaras dengan peningkatan nilai PNK • Memperkembangkan penglibatan dalam rantaian nilai sektor pertanian serantau
Mengambil Kesempatan ke atas Kelebihan Daya Saing Malaysia
Tema ini bertujuan untuk membuka nilai daripada biodiversiti kita dengan meningkatkan usaha di dalam bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan intrinsik. Sebagai contoh, kita mempunyai pelbagai spesies herba semula jadi, rumpai laut tempatan yang unik di Sabah dan geografi persisiran pantai yang panjang dan masih belum dibangunkan dengan sepenuhnya. Lima EPP telah dikenal pasti di bawah tema ini iaitu: • EPP 1: Membuka nilai daripada biodiversiti Malaysia menerusi pengeluaran produk herba yang bernilai tinggi;
• EPP 2: Mengembangkan pengeluaran sarang burung walit;
• EPP 3: Mempergiatkan usaha penternakan pertanian rumpai laut secara komersial di Sabah; • EPP 4: Penternakan akuakultur melalui sistem sangkar yang bersepadu; dan
• EPP 5: Penternakan lembu di ladang kelapa sawit.
Menembusi Pasaran Premium
Tema ini bertujuan untuk menguasai pasaran global yang semakin membangun bagi produk makanan premium. Kami akan memberi tumpuan kepada usaha seperti mengembangkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran bergred premium untuk dieksport, penternakan udang yang ditakrif untuk dieksport dan menghasilkan produk makanan yang diproses seperti makanan sedia dipanaskan. Empat EPP yang telah dikenal pasti di bawah tema ini adalah:
• EPP 6: Mereplikasi model penternakan akuakultur yang bersepadu (IZAQ) untuk menembusi pasaran udang premium;
• EPP 7: Mempertingkatkan keupayaan untuk mengeluarkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pasaran premium;
• EPP 8: Memperkasakan keupayaan pengeksportan industri makanan yang diproses menerusi taman makanan segera bersepadu; dan
• EPP 9: Memperkenalkan penanaman beras wangi di kawasan yang tiada sistem pengairan terkawal.
Memastikan Objektif Keterjaminan Makanan adalah Selaras dengan Peningkatan Nilai PNK
Dalam membangunkan sektor ini, Kerajaan akan memastikan bahawa objektif keterjaminan makanan akan dicapai. Seiring dengan pertumbuhan berterusan penduduk Malaysia, adalah perlu untuk meningkatkan pengeluaran subsektor agro-makanan seperti padi melalui produktiviti dan skala yang lebih tinggi agar dapat memenuhi keperluan sara diri negara di samping mengurangkan pemberian subsidi kepada petani dan pengguna akhir. Terdapat empat EPP yang telah dikenal pasti di bawah tema ini seperti:
• EPP 10: Memperkukuh dan menambah baik produktiviti penanaman padi di kawasan Muda;
• EPP 11: Memperkukuh dan menambah baik produktiviti penanaman padi di kawasan pengairan yang lain; • EPP 12: Memperkasakan peranan syarikat penaung sedia ada untuk sistem fidlot lembu; dan
• EPP 13: Bekerjasama dengan syarikat tenusu besar asing untuk membangunkan kelompok tenusu di Malaysia
Mengembangkan Penglibatan Dalam Rantaian Nilai Pertanian Serantau
Apabila pasaran untuk makanan menjadi semakin global, disebabkan logistik yang lebih baik dan juga pelebaran cita rasa pengguna, kami menyasar untuk meningkatkan penyertaan dalam sektor pertanian serantau. Ini akan dilakukan melalui pemerolehan ladang-ladang asing, menjalankan aktiviti perladangan kontrak di luar negara dan menyediakan perkhidmatan serantau dalam bidang khusus seperti kaedah penemuan penanda molekul dan pengesahan untuk pembiakan. Tiga EPP yang telah dikenal pasti adalah: • EPP 14: Menerajui perkhidmatan pembiakan serantau;
• EPP 15: Menarik pelaburan langsung asing ke dalam bidang bioteknologi pertanian; dan • EPP 16: Melabur dalam syarikat penternakan lembu asing.
16 EPP dan 11 Peluang Perniagaan akan menyumbang kepada penambahan PNK sebanyak RM28.9 bilion menjelang tahun 2020 (Carta 15-6). Jumlah ini merangkumi penjanaan PNK sebanyak RM7.4 bilion daripada kesan penggandaan yang tercetus hasil EPP sektor lain. Sumber terbesar kesan penggandaan terhadap NKEA Pertanian adalah daripada NKEA Minyak Sawit dan NKEA Pemborongan dan Peruncitan, di mana masing-masing dianggarkan menyumbang sehingga 37 peratus dan 27 peratus. Ini termasuk peningkatan permintaan untuk hasil sektor pertanian seperti penjualan produk pemakanan melalui kedai runcit baru.
16 EPP, 11 peluang perniagaan, pertumbuhan asas dan kesan penggandaan akan menghasilkan peningkatan PNK RM28.9 bilion menjelang 2020
Sumbangan PNK 2020 (RM bilion) PNK 2009 Jumlah Impak Peningkatan PNK Penggandaan Jumlah EPP PNK 2020 Peluang Perniagaan
Mengembangkan penyertaan dalam rantaian nilai serantau Memastikankan objektif keselamatan makanan
Memanfaatkan
pasaran premium
Memanfaatkan
kelebihan daya saing
20.2 28.9 7.4 0.5 17.8 45 40 35 30 25 20 15 10 0 3.2 49.1 1.4 2.9 3.8 9.7 5 Carta 15-6
Sumbangan daripada 10 EPP yang utama mewakili 93 peratus peningkatan PNK manakala EPP yang selebihnya mempunyai impak PNK yang lebih rendah; walau bagaimanapun peranan EPP tersebut juga penting dari segi keterjaminan makanan dan inklusif, serta menyokong kejayaan EPP yang lain.
Kesemua EPP adalah berdasarkan replikasi usaha yang berjaya mengutarakan skala ekonomi. Syarikat penaung akan diwujudkan dalam bidang berpotensi tinggi baharu seperti akuakultur, pertanian rumpai laut dan hortikultur dengan mereplikasikan model yang telah terbukti. Dalam pada itu, petani berskala kecil akan dikaitkan dengan syarikat penaung menerusi model perladangan kontrak atau model lain, yang membolehkan peningkatan produktiviti. Dalam penanaman padi, penambahbaikan akan dijalankan dengan memberi insentif kepada petani lanjut usia untuk menyewakan tanah mereka atau memilih untuk diurus oleh pihak ketiga, pada dasar berkongsi keuntungan. Kotak 15-3 menceritakan kisah seorang pengusaha tenusu di mana program pembiakannya telah membuahkan hasil yang besar.
Menerusi EPP dan peluang perniagaan ini, kami berazam untuk mencapai transformasi berikut: • Daripada ladang berskala kecil dan tidak bersepadu kepada industri asas tani yang
bersepadu, berkelompok dan berskala besar: Kebun kecil akan disusun semula untuk menjadi kelompok ladang yang besar dan berskala ekonomi dengan kelengkapan infrastruktur moden dan pengurusan berpusat. Pengeluaran peringkat huluan dengan skala yang mencukupi akan mendorong pembangunan produk di peringkat hiliran. Untuk perladangan buah-buahan, satu kelompok yang mempunyai saiz purata 1,000 hektar akan mampu menyokong sebuah kilang untuk mengisih, memproses dan membungkus hasil gred dua untuk menjadi snek, pati dan jus;
• Daripada berpusatkan pengeluaran kepada didorong pasaran: Aktiviti perladangan akan direka bentuk untuk memenuhi permintaan pasaran dari segi kandungan berkhasiat dan keselamatan, kemampanan dan mudah dinikmati. Ini akan memacu inovasi rantaian pembekalan dan R&D di peringkat huluan dan hiliran. Sebagai contoh, kaedah baru memproses padi akan diguna pakai di Sarawak bagi mengekalkan khasiatnya. Syarikat penaung akan menerajui kerjasama bersama petani kontrak untuk memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan pemakanan dan kemampanan persekitaran; dan
• Daripada produk bernilai rendah kepada produk bernilai tinggi: Inovasi dan guna pakai teknologi akan digiatkan lagi untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai jualan yang lebih tinggi, mudah dibezakan dan memenuhi kehendak pengguna seperti produk herba yang diuji secara klinikal, buah-buahan bergred premium, beras organik dan produk berasaskan sarang burung. Kotak 15-3
Yap memulakan perladangan tenusunya 18 tahun dahulu di atas sebidang tanah seluas 2 ekar di Kampung Ansip, Keningau dengan hanya dua ekor lembu, yang dipinjamkan oleh Jabatan Sains Veterinar. Pada hari ini, syarikat milik Datuk Yap, iaitu Evergreen Sdn Bhd, mengendalikan perladangan tenusu swasta yang terbesar di Malaysia, dengan 5,000 ekor lembu, 2,000 ekor rusa, rumah perah susu bersepadu dan sebuah rumah penyembelihan yang ditanggung halal. Antara faktor kejayaan beliau adalah dengan menubuhkan program pembiakan sendiri menggunakan teknik permanian beradas. Semen yang diketahui jantinanya diimport daripada Amerika Syarikat untuk memastikan jantina anak lembu yang bakal dilahirkan adalah betina, berkualiti dan kuat. Selain daripada itu, penakaian ketat diamalkan di mana hanya lembu yang menghasilkan 12.5 liter susu sehari atau lebih dikekalkan sebagai lembu susu, manakala yang lainnya akan disembelih. Amalan perusahaan ternakan yang baik telah diguna pakai seperti mencegah pembiakan seketurunan serta menanam bahan makanan ternakan bagi memastikan bekalan makanan ternakan yang berkualiti dan mencukupi. Ladang Datuk Yap membekalkan 60 peratus daripada keperluan susu di Sabah dan ia merupakan satu model yang berjaya untuk dicontohi oleh industri tenusu tempatan.
Datuk Yap: “Ibubapa saya miskin dan pendidikan saya setakat
Tingkatan 3 sahaja …”
Lokasi sasaran untuk EPP
MD2 Kluster perladangan kontrak nenas
Taman penanaman herba Perladangan sayur-sayuran Kluster perladangan kontrak betik
Kluster perladangan tenusu Akuakultur
Penanaman padi
Sarang burung walit Pitas
Tanjung Manis
Linnga/Banting and Bikak Setumbin
Pengagau Sg Telaga Sg Gum Gum Tambisan Bakun Dam Batang Ai Sg Padas and Sg Kalias Kota Belud Lanchang Lojing Rantau Manis Cameron Highlands Lenggong Muadzam Shah Mercong Ulu Lepar Selama Mukim Mercung Tg Batu Merang Mercang Kuala Sanglang Durian Mentangau Pasir Raja Cegar Perah Langkawi TasikPedu
Tasik Temenggor Tasik Kenyir Sungai Johor Pulau Tioman Keratong Trolak Rompin Tawau EPP telah dibahagikan mengikut kesesuaian geografi bagi memastikan pembangunan seimbang sambil menggalakkan skala ekonomi dari segi pembangunan infrastruktur (Carta 15-7).
Carta 15-7
MENGAMBIL KESEMPATAN KELEBIHAN DAYA SAING MALAYSIA
Malaysia mempunyai kelebihan daya saing yang ketara yang dapat dimanfaatkan oleh sektor pertanian. Kelebihan ini adalah seperti biodiversiti, persisiran pantai terlindung dan masih belum dibangunkan yang sesuai untuk pertanian rumpai laut, spesies burung asli yang sesuai untuk sarangnya serta keluasan tanah perladangan kelapa sawit sebanyak 4.7 juta hektar yang sesuai untuk integrasi hasilan tanaman dan ternakan.
EPP 1: Membuka Nilai dari Biodiversiti Malaysia menerusi Produk Herba Bernilai Tinggi
Rasional
Perdagangan global bagi produk semula jadi yang mencatatkan hasil sebanyak RM777 bilion pada tahun 2006 diunjurkan akan meningkat sebanyak tiga kali ganda menjelang tahun 2020. Anjakan dalam penjagaan kesihatan, yang ditunjukkan oleh pertumbuhan global dalam produk nutraseutikal, adalah lebih cenderung kepada produk yang berasaskan bahan semula jadi dengan nilai terapeutik. Ini memberi kesempatan bagi Malaysia menjadi pengeksport besar global, berdasarkan kekayaan biodiversiti kita. Walau bagaimanapun, kebanyakan produk tempatan sedia ada masih bernilai rendah seperti minuman yang diperkuatkan. Kepelbagaian ke arah produk herba bernilai tinggi berdasarkan kepada ekstrak yang standard dan disahkan oleh kajian klinikal masih berada di kedudukan yang rendah. Ini disebabkan oleh ketiadaan peneraju industri, kelemahan R&D tempatan, pelaburan besar yang diperlukan untuk kajian klinikal dan cabaran dalam menembusi pasaran antarabangsa.
Tindakan
Untuk menangani isu-isu ini dan maju dalam rantaian nilai, enam program akan dilaksanakan di bawah projek nasional yang diselaraskan. Tujuannya adalah untuk memperkasakan kualiti produk dan usaha pemasaran untuk menembusi pasaran eksport global dalam produk nutraseutikal dan perubatan botanikal. Beberapa spesies herba tempatan yang terkenal telah dikenal pasti sebagai fokus utama iaitu Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Misai Kucing.
Menubuhkan empat kelompok pusat kecemerlangan herba. Setiap pusat akan menerajui penemuan dalam aktiviti R&D, pengeluaran tanaman dan agronomi, piawaian dan pembangunan produk serta kajian pra-klinikal. Pusat kecemerlangan tersebut bertanggungjawab untuk menyelaras penyelidikan di antara institusi penyelidikan, menubuhkan kerjasama strategik domestik dan antarabangsa, memastikan penemuan penyelidikan yang berkualiti dan mendapatkan hak harta intelektual ke atas penemuan
penyelidikan.
Mempromosi dan memasarkan di peringkat antarabangsa satu jenama nasional sebagai identiti Malaysia dalam tradisi pemulihan dan kecantikan. Produk herba tempatan akan
dieksport di bawah sebuah jenama payung. Kerajaan akan bekerjasama dengan penguatkuasa asing untuk memudahkan pendaftaran produk herba Malaysia di pasaran mereka. Ini akan mengurangkan keperluan pelaburan oleh syarikat individu dalam aktiviti penjenamaan dan pendaftaran produk.
Membangunkan taman pertanian herba di Durian Mentangau dan Pasir Raja di Terengganu, Cegar Perah di Pahang dan Rantau Manis di Kelantan. Ini adalah bagi memastikan bekalan bahan mentah yang konsisten dan mencukupi. Taman-taman ini akan menjalankan pertanian herba berskala komersial berdasarkan model perladangan kontrak.
Setiap taman dengan keluasan 400 hektar akan memperuntukkan 40 peratus daripada tanahnya untuk ditanam oleh lebih 50 pekebun kecil. Pekebun kecil akan menerima manfaat dalam bentuk pembangunan kemahiran teknikal, jaminan kualiti penghasilan, mendapat timbal balik dan pendapatan daripada syarikat penaung. Adalah dijangka pekebun kecil akan mempunyai potensi pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.
Membangunkan fasiliti pengekstrakan. Pada masa ini, fasiliti berskala komersial sedia ada amat terhad, di mana kebanyakannya adalah kecil ataupun pada peringkat percubaan sahaja dan bukan direka bentuk untuk beroperasi secara komersial. Fasiliti baru akan dibina, setiap satu dengan kapasiti 1,000 kilogram seminggu untuk membekal industri dengan ekstrak yang boleh dipercayai, berkualiti premium dan pada kos yang kompetitif.
Pemboleh
Majlis Pembangunan Herba Malaysia akan ditubuhkan dan akan bertanggungjawab untuk pembangunan dari peringkat penanaman sehingga penghasilan produk dan akhirnya pemasaran industri herba, termasuk menetapkan arah tuju strategik dan membangunkan polisi dan pengawalseliaan untuk menggalakkan pembangunan industri herba. Majlis ini akan dianggotai oleh ahli-ahli daripada sektor awam dan swasta dan akan membolehkan penyelarasan di antara 24 badan kerajaan, penguatkuasa negeri dan sektor swasta yang terlibat dengan industri herba semasa.
Sementara EPP utama untuk produk herba tertumpu kepada lima jenis spesies herba yang terkenal, dua peluang perniagaan yang berkaitan telah dikenal pasti. Terdapat potensi untuk menguasai nilai daripada pembangunan herba lain. Pembiayaan akan disediakan untuk mempercepatkan proses komersialisasi produk baru yang berasaskan kepada herba-herba ini. Pengilang tempatan akan disokong untuk maju ke paras yang lebih tinggi dalam rantaian nilai menerusi peruntukan kewangan, sokongan R&D dan usaha pemasaran.
Selain itu, usaha untuk mendapatkan pengedar asing dengan rangkaian pengedaran yang besar dalam pasaran strategik seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah atau China akan dikaji dan dimeterai. Ini adalah untuk membantu penembusan pasaran luar negeri bagi produk herba Malaysia.
Pembiayaan
Satu dana khas untuk herba sebanyak RM533 juta dari pembiayaan awam akan ditubuhkan bermula tahun 2011, yang merangkumi geran kewangan untuk menyokong penyelidikan huluan dan pembiayaan untuk aktiviti pra-komersialisasi seperti ujian pra-klinikal, pembangunan produk dan kajian klinikal. Selain itu, pembiayaan awam sebanyak RM69 juta diperlukan untuk menaiktaraf kemudahan dan pelaburan dalam taman herba. Pelaburan swasta di taman herba dan fasiliti untuk pemprosesan ekstrak dianggarkan bernilai RM237 juta. Jumlah modal pelaburan untuk EPP ini adalah sebanyak RM839 juta.
Impak
Sasaran PNK daripada EPP ini adalah sebanyak RM2.2 bilion menjelang tahun 2020 daripada produk bernilai tinggi berasaskan lima jenis herba teras. Sejumlah 1,800 pekerjaan akan diwujudkan dengan peluang bagi 300 pengilang untuk menaiktaraf perkhidmatan mereka daripada aktiviti perdagangan dan pembungkusan kepada perkilangan produk berkualiti tinggi hasilan formulasi inovatif. Seramai 1,500 petani luar bandar juga mempunyai prospek menaiki rantaian nilai sehingga aktiviti pemprosesan utama.
EPP 2: Mempertingkatkan Pengeluaran Sarang Burung Walit
Rasional
Pasaran global untuk sarang burung walit mencecah RM10.2 bilion setahun, dan Malaysia pada masa ini berada pada kedudukan pengeluar kedua terbesar dengan nilai jualan sebanyak RM1.5 bilion. Daripada perspektif pengguna, hasil konsisten dari Malaysia membawa 20 peratus lebih di pasaran global berbanding pesaing besar kita, Indonesia, disebabkan oleh kualiti yang lebih tekal. Meskipun industri tempatan telah menyaksikan pertumbuhan pesat pada kadar purata 20 peratus setahun sejak awal tahun 2000an, prospek masa hadapan agak gelap akibat pengawalseliaan yang tidak ketat, pengurangan bilangan burung walit liar dan ketiadaan penyelidikan dalam pembangunan produktiviti dan penggunaan hiliran.
Tindakan
Untuk membina status Malaysia sebagai pembekal yang diiktiraf dan menyelesaikan cabaran besar dalam industri, kami menyasarkan untuk menguasai 40 peratus daripada pasaran global menjelang tahun 2020 melalui penambahan pengeluaran daripada 290 metrik tan kepada 870 metrik tan dan peningkatan pemprosesan domestik dalam produk hiliran.
Membangunkan undang-undang dan garis panduan yang komprehensif untuk memastikan kemampanan penuaian, kebajikan haiwan, keselamatan dan kesihatan kepada pengguna dan pengawalseliaan premis. Ini akan membolehkan Malaysia menjadi negara pertama untuk mengawalselia pengeluaran sarang burung walit secara komprehensif. Menjelang Disember 2010, Kementerian Pertanian (menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar) akan membentangkan cadangan terperinci dan penggubalan undang-undang sedia ada, serta menyenaraikan amalan terbaik industri. Menubuhkan 70 buah fasiliti pemprosesan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Pada masa ini, hanya 30 peratus daripada pengeluaran sarang burung walit tempatan diproses secara domestik. Menerusi peruntukan peluang pembiayaan dan pensijilan fasiliti perkilangan, disasarkan 50 peratus daripada semua produk tempatan sarang burung walit akan diproses oleh firma Malaysia menjelang tahun 2020.
Pemboleh
Jalinan langsung daripada pasaran kepada pengguna akan ditubuhkan dengan menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan mendapat akses langsung kepada lokasi eksport terbesar, iaitu China dan Taiwan. Pada masa ini, 80 peratus daripada dagangan sarang burung walit dan penggabungan dijalankan di Hong Kong. Menerusi penubuhan program kebolehkesanan yang komprehensif dan peruntukan lesen pengeksportan yang mencukupi, sasaran 50 peratus dagangan terus untuk semua produk tempatan akan dijual secara langsung kepada pengguna biasa oleh syarikat Malaysia menjelang 2020. Ini akan membawa kepada pencapaian margin yang lebih tinggi.
Sebuah program R&D untuk menjenterakan proses selepas tuai akan ditubuhkan, dengan tujuan menjenterakan sepenuhnya proses pencabutan bulu burung tanpa merosakkan keluaran akhir. Ini mempunyai potensi untuk mengurangkan kos pemprosesan selepas tuai sebanyak 80 peratus.
Peluang untuk usahawan memasuki pengeluaran huluan juga akan dipermudahkan. Kos pembinaan premis untuk sarang burung dengan menggunakan kayu marine hanya memerlukan modal permulaan sebanyak RM10,000. Agrobank telah memperkenalkan skim pembiayaan dengan kadar faedah rendah dan tanpa cagaran untuk usahawan luar bandar. Selaras dengan itu, tatacara pengendalian piawai premis dan latihan juga akan disediakan kepada usahawan.
Dengan meningkatkan pembiayaan untuk aktiviti penyelidikan percubaan klinikal, kebaikan kesihatan mengenai manfaat sarang burung walit dapat dibuktikan, sekaligus membuka akses ke pasaran luar negeri yang lebih besar. Ini akan menjadikan potensi eksport lebih kukuh kepada syarikat tempatan yang membangunkan produk akhir berasaskan ekstrak sarang burung walit. Dianggarkan saiz pasaran untuk produk hasilan daripada penggunaan ekstrak sarang burung walit adalah RM29 bilion, dan kami menyasar untuk menguasai 30 peratus daripada pasaran ini menjelang 2020.
Pembiayaan
EPP ini memerlukan jumlah pelaburan terkumpul sebanyak RM1.8 bilion sehingga tahun 2020 untuk membina kilang pemprosesan dan struktur yang berkaitan, dengan keperluan pembiayaan awam sebanyak RM64 juta untuk memudahkan R&D, penguatkuasaan dan kebolehkesanan.
Impak
Sasaran impak PNK adalah sebanyak RM4.5 bilion menjelang tahun 2020. Ini akan menjana 20,800 pekerjaan serta membolehkan kedudukan Malaysia sebagai pembekal dan pensijil utama sarang burung walit bagi produk mentah ataupun yang telah diproses; diiktiraf di peringkat global.
EPP 3: Menerokai Pertanian Rumpai Laut Berskala Komersial di Sabah
Rasional
Sabah berada di tempat yang terbaik untuk pertanian rumpai laut kerana lokasi strategiknya berdekatan dengan Segitiga Terumbu Karang, yang merangkumi Indonesia dan Filipina. Segitiga ini menghasilkan hampir 80 peratus rumpai laut jenis Kappaphycus, yang menjadi bahan penting dalam industri pemakanan segera dan farmaseutikal. Namun, amalan pertanian yang tradisional dan intensif buruh hanya mampu mengeluarkan hasil purata tahunan yang rendah iaitu 1.5 metrik tan rumpai laut kering sehektar bagi jumlah kawasan pertanian seluas 8,000 hektar.
Tindakan
Kami menyasar untuk mentransformasikan perusahaan ini kepada industri yang berhasil tinggi dan berskala komersial dengan memanfaatkan pencapaian dari segi R&D dan infrastruktur hiliran yang kukuh. Inisiatif ladang mini untuk rumpai laut bertujuan untuk mempertingkatkan hasil daripada 1.5 metrik tan kepada 5 metrik tan rumpai laut kering sehektar setiap tahun dengan keluasan kawasan pertanian sebanyak 28,000 hektar. Enam jenis rumpai laut akan diusahakan berdasarkan hasil carrageenan mereka dan kadar pertumbuhan.
Melaksanakan pertanian rumpai laut secepat mungkin dalam kawasan seperti Pulau
Omadal, Pulau Selakan dan Pulau Sebangkat. Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan 7,500 hektar kawasan baharu untuk pertanian rumpai laut di bawah Zon Akuakultur Industri (ZIA) dan tambahan 20,500 hektar akan diperuntukkan sehingga tahun 2020.
Lebih lima syarikat penaung akan menguruskan kelompok seluas 200 hektar setiap satu. Ini adalah untuk memastikan setiap satu syarikat penaung mampu mengoptimumkan kos dan mengurangkan risiko operasi seperti pergerakan air dan perubahan cuaca. Syarikat penaung juga akan membuat jaringan bersama pengusaha berskala kecil dengan menyediakan program latihan dan perantisan, khususnya untuk golongan muda tempatan.
Kerajaan, dengan kerjasama universiti, akan membantu syarikat penaung dengan mengeluarkan tatacara pengendalian ladang dan menyediakan perkhidmatan lanjutan. Amalan terbaik dalam rantaian nilai pengeluaran telah dibangunkan seperti penuaian menggunakan jentera yang akan dilancarkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan penuaian sehingga sembilan kali ganda daripada 1 metrik tan kepada 10 metrik tan setiap hari, serta menggunakan sistem tie-tie yang dapat mengurangkan masa pertanian di laut sehingga 60 peratus.
Mencari pelabur-pelabur untuk menubuhkan dua kilang. Kilang ini akan mempunyai kapasiti pengeluaran di antara 20 dan 50 metrik tan rumpai laut kering setiap hari setiap kilang. Kilang dijangka beroperasi pada tahun 2013 dan 2015 untuk menyokong kapasiti kilang lain bagi menampung tambahan pengeluaran rumpai laut.
Pembiayaan
Jumlah pelaburan yang diperlukan untuk EPP ini ialah RM700 juta dengan pembiayaan awam sebanyak RM176 juta bagi infrastruktur asas seperti bekalan air bersih dan pelabuhan.
Impak
Kami menyasar untuk mempertingkatkan pengeluaran rumpai laut kering kepada 150,000 metrik tan berbanding 13,500 metrik tan pada 2009. Daripada jumlah ini, 20 peratus akan dieksport dalam bentuk rumpai laut kering dan bakinya akan diproses untuk menghasilkan potongan kerepek yang telah diawet dengan alkali agar mempunyai nilai yang lebih tinggi, dan juga diproses jadi carrageenan separuh siap. Sasaran impak PNK menjelang tahun 2020 ialah RM1.4 bilion. Tambahan 12,700 pekerjaan akan diwujudkan di Sabah dengan penjagaan kebajikan pekerja merangkumi penginapan dan kemudahan perubatan.
EPP 4 dan 5 dan Peluang Perniagaan 1, 2 dan 3
Dua EPP lain dan peluang perniagaan yang berkaitan adalah dihuraikan dalam Jadual 15-1. Jadual 15-1: EPP lain dan Peluang Perniagaan
Keterangan
EPP 4: Penternakan menggunakan sangkar akuakultur bersepadu
Menggalakkan penternakan sangkar berskala besar dan diterajui oleh syarikat penaung yang tertumpu kepada tiga jenis spesies yang mempunyai nilai eksport tinggi, iaitu kerapu, siakap dan tilapia. Penternakan bersepadu akan menggunakan teknologi sangkar terkini dalam bentuk besi yang disadur dan sangkar diperbuat daripada bahan polietilena berkepadatan tinggi. Rebet pembangunan untuk infrastruktur asas akan disediakan untuk syarikat besar bagi mempercepatkan pelaksanaan projek.
EPP 5: Menternak lembu di ladang kelapa sawit Syarikat penternakan lembu akan mengadakan kontrak dengan pengurusan ladang kelapa sawit khususnya Syarikat Berkaitan Kerajaan, untuk menyewa tanah mereka. Tumpuan adalah kepada ragutan rumput bergilir-gilir yang tersusun bagi memastikan keuntungan dan kemampanan. Kami menyasar untuk meningkatkan jumlah lembu di ladang kelapa sawit sebanyak 300,000 ekor menjelang 2020.
Peluang perniagaan 1: Produk nutraseutikal Terdapat potensi untuk menguasai nilai daripada pembangunan dan komersialisasi produk berasaskan herba lain. Pengilang tempatan akan disokong untuk bergerak ke paras lebih tinggi dalam rantaian nilai menerusi peruntukan bantuan kewangan, sokongan R&D dan usaha pemasaran.
Peluang perniagaan 2: Pengedar asing Cadangan untuk mendapatkan pengedar asing yang mempunyai rangkaian pengedaran yang luas dalam pasaran strategik seperti AS, EU atau China sedang dikaji dan akan disusuli. Ini adalah untuk membantu usaha bagi menembusi pasaran luar negeri bagi produk herba Malaysia.
Peluang perniagaan 3: Penternakan ikan hiasan Menguasai nilai yang sedang meningkat daripada pengeksportan ikan hiasan menerusi penubuhan jenama dan saluran pasaran sendiri tanpa bergantung kepada syarikat asing luar negara untuk mengeksport. Selain itu, usaha R&D untuk memperkenalkan anak-anak ikan bebas daripada patogen yang spesifik bagi meningkatkan kualiti dan hasil.
PNK: RM1.4 bilion Pekerjaan: 10,100
Jumlah pembiayaan: RM717 juta dengan RM92 juta pembiayaan awam
PNK: RM150 juta Pekerjaan: 3,600
Pembiayaan: RM343 juta dengan RM143 juta pembiayaan awam
PNK: RM259 juta Pekerjaan: 400
Pembiayaan: RM18 juta dengan RM10 juta pembiayaan awam
PNK: RM612 juta
Pembiayaan: RM256 juta daripada sumber swasta sepenuhnya
PNK: RM630 juta Pekerjaan: 100
Pembiayaan: RM32 juta daripada sumber swasta sepenuhnya
Jabatan Perikanan
Lembaga Minyak Sawit Malaysia Pelabur tidak diberitahu Pelabur tidak diberitahu Jabatan Perikanan
MENGAMBIL KESEMPATAN DARIPADA PASARAN PREMIUM
Dengan peningkatan kesejahteraan, pengguna kini lebih mengambil berat tentang isu kesihatan dan keselamatan makanan. Ini telah mendorong peningkatan permintaan dalam kepelbagaian dan kemudahan pengambilan makanan serta kesedaran terhadap kemampanan alam sekitar. Di seluruh subsektor
pertanian, produk yang mempunyai pensijilan keselamatan pemakanan atau yang mampu memenuhi permintaan pengguna dalam cara penyediaan makanan dengan mudah dapat dijual dengan harga
premium. Malaysia mempunyai model yang berjaya dalam subsektor akuakultur dan hortikultur yang dapat menembusi pasaran ini.
EPP 6: Mereplikasi Model (IZAQ) Akuakultur Bersepadu untuk Menghasilkan Produk Udang bagi Pasaran Premium
Rasional
Permintaan global untuk makanan laut yang ditakrif sepenuhnya dan boleh dikesan telah meningkat daripada 20,000 ton metrik kepada 600,000 ton metrik sepanjang lima tahun yang lalu. Pertumbuhan pesat untuk makanan laut yang ditakrif sepenuhnya telah didorong oleh komitmen dari pembeli produk makanan global, syarat ketat oleh agensi kawal selia antarabangsa dan kemakmuran ekonomi yang semakin meningkat di rantau Asia dan Timur Tengah. Sumber alam semula jadi dan kelengkapan infrastruktur yang mantap telah memberikan peluang unik kepada Malaysia sebagai negara pengeluar produk makanan laut yang berkualiti.
Tindakan
Melaksanakan pendekatan baharu untuk menghasilkan makanan laut yang ditakrifkan dan boleh dikesan dalam cara yang mampan menerusi IZAQ.
IZAQ merupakan model akuakultur yang berdasarkan konsep rangkaian berskala industri, zon akuakultur di darat yang disokong oleh syarikat-syarikat penaung yang kukuh. Setiap satu IZAQ mempunyai infrastruktur bersepadu yang terdiri dari tempat penetasan, kawasan pembesaran, kilang pemprosesan dan kilang memproses makanan ternakan yang terletak di atas kawasan seluas 1,000 hektar.
Sasaran 10 IZAQ akan dibangunkan di Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Kriteria pemilihan berdasarkan kepada kesesuaian tanah, kualiti air dan bekalan pekerja tempatan sedia ada yang berdekatan. Pelabur sektor swasta akan membangun dan mengendalikan IZAQ, sementara Kerajaan akan membantu dalam membangunkan infrastruktur asas dan kritikal di IZAQ, seperti jalan masuk, bekalan elektrik dan bekalan air bersih untuk tapak. Akses ke tapak akan disediakan oleh kerajaan negeri masing-masing. Setiap satu IZAQ akan dipimpin oleh syarikat penaung, dan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan diberi peluang untuk memajak model kolam melalui konsep pertanian kontrak. Syarikat penaung akan mengatur dan menguatkuasakan tatacara pengendalian piawai di semua model kolam bagi memastikan kualiti pengeluaran mematuhi syarat pertauliahan sijil. Sebuah pusat latihan kemahiran akan ditubuhkan untuk membangunkan kemahiran pekerja. Pusat-pusat ini akan dijalinkan dengan universiti-universiti awam bagi memastikan pengiktirafan dan akses kepada ajaran berkualiti.
Menubuhkan kemudahan R&D untuk memberi penumpuan kepada pembangunan program pembiakan udang SPF dan spesies lain, serta teknologi yang berkaitan dengan kesihatan, khasiat dan akuakultur. Tempat permulaan telah dikenal pasti di Langkawi, yang akan memanfaatkan institusi penyelidikan perikanan sedia ada dan kesesuaian keadaan laut.
Membina kemudahan diagnostik yang diakreditasi sepenuhnya untuk menangani isu
keselamatan pemakanan dan kebolehkesanan. Ini termasuk sistem verifikasi di IZAQ yang berkualiti agar dapat menjamin produk akuakultur yang dihasilkan melalui IZAQ memenuhi syarat antarabangsa yang tertinggi dari segi pertauliahan sijil. Sehubungan itu, program latihan juga akan dibangunkan untuk menambahbaik pengetahuan terhadap standard yang berkaitan untuk pegawai kerajaan dan agensi. Dalam kerjasama dengan syarikat penaung, Kerajaan akan mengadakan program latihan untuk menghasilkan lebih ramai juruaudit bersijil dan mempertingkatkan pengetahuan ahli sains dalam industri akuakultur.
Memperkenalkan skim insurans akuakultur rintis, serta program pembiayaan yang menarik untuk memudahkan pelaburan sektor swasta dalam IZAQ. Sebuah model yang dapat menjamin pulangan pelaburan syarikat penaung dan memudahkan jaminan kredit serta pembiayaan sektor swasta akan diwujudkan.
Syarikat penaung akan digalakkan untuk membina dan mengendalikan kilang memproses makanan ternakan bagi menampung permintaan pembesaran ternakan. Syarikat lain juga akan digalakkan memasuki industri ini menerusi perkongsian strategik dengan syarikat pembesaran, di mana syarikat pembekal makanan ternakan akan membina infrastruktur dan mengendalikannya untuk menampung permintaan daripada syarikat pembesaran.
Menubuhkan pusat eksport akuakultur berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa untuk memudahkan aktiviti pengeksportan ikan hidup dan ikan beku ke negara pengimport besar seperti Hong Kong, Taiwan dan Jepun. Untuk membolehkan eksport produk ikan melalui pengangkutan udara sebagai kaedah yang lebih berekonomi bagi para pengeksport, pusat-pusat eksport akan mempunyai teknologi moden untuk mengurangkan nisbah berat ikan berbanding air daripada 3:1 kepada 1:1. Kotak 15-4 menceritakan kisah sebuah syarikat Malaysia yang telah berjaya dalam pengeksportan ikan kerapu hidup menerusi jalan udara.
Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang diperlukan untuk EPP ini adalah RM3.2 bilion dengan pembiayaan Kerajaan sebanyak RM1.6 bilion bagi aktiviti R&D, pusat pembangunan kemahiran dan pembangunan infrastruktur umum dan kritikal.
Impak
IZAQ akan dibangunkan di kawasan luar bandar dan dijangka dapat menjana impak PNK sebanyak RM1.3 bilion. Sebanyak 11,900 peluang pekerjaan akan diwujudkan oleh EPP, dengan gaji tahunan berjumlah RM200 juta.
EPP 7: Naiktaraf Keupayaan untuk Menghasilkan Buah-buahan dan Sayur-sayuran untuk Pasaran Premium
Rasional
Kedudukan Malaysia di kawasan tropika dengan purata taburan hujan tahunan sebanyak 2,000 milimeter adalah sesuai untuk pertanian buah-buahan premium tropika. Selain itu, kawasan tanah tinggi kita, yang mempunyai suhu tekal antara 14oC dan 28oC sesuai untuk penghasilan pertanian beriklim sederhana. Bagaimanapun, isu skala, kurangnya integrasi di sepanjang rantaian nilai dan kurangnya pematuhan kepada standard keselamatan pemakanan global telah menghalang keupayaan untuk memasuki pertumbuhan pasaran pemakanan premium yang dijamin keselamatan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Tindakan
Kami berhasrat untuk mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkualiti lebih tinggi dan lebih baik, yang mengikut standard keselamatan pemakanan, dengan itu membolehkan akses kepada pasaran premium di Timur Tengah dan Eropah. Pelbagai buah-buahan tropika premium seperti betik eksotika, nenas MD2, tembikai susu KR1, belimbing B10, nangka J32, pisang Cavendish dan tiga jenis sayur-sayuran tanah tinggi, iaitu tomato, kapsikum dan daun salad akan menjadi hasilan pertanian teras.
Mengenal pasti syarikat penaung untuk memimpin pelaksanaan menggunakan model rantaian bekalan lanjutan. Model ini berorientasikan pasaran di mana pengeluaran di ladang adalah berasaskan pada kalendar hasilan pertanian yang dirumuskan daripada ramalan permintaan pasaran. Syarikat penaung akan mengurus petani kontrak dan menyelaras pemprosesan dan pengagihan. Untuk memastikan penerimaan oleh pasaran eksport, syarikat penaung akan memimpin pematuhan kepada standard antarabangsa yang relevan seperti GAP, HACCP dan GMP dengan penekanan kepada kebolehkesanan hasilan daripada ladang ke pinggan. Selain itu, syarikat penaung akan menyelaras fasiliti pengurusan selepas penuaian untuk melanjutkan penyimpanan dan hayat simpan dan mengekalkan kualiti hasilan segar semasa penghantaran.
Penskalaan ke atas dan masuk naik (on-boarded) ladang sedia ada sebagai petani kontrak kepada syarikat penaung untuk mencapai skala ekonomi yang lebih besar. Empat Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan sebuah Taman Pertanian Moden (TPM) akan menghasilkan betik, belimbing dan tembikai susu. Selain itu, 9,000 hektar tanah ladang kelapa sawit milik sebuah GLC besar telah dikenal pasti untuk penanaman selingan seperti pisang dan nenas semasa tiga tahun pertama tempoh penanaman semula kelapa sawit.
Pada keseluruhannya, 488 hektar ladang berteknologi tinggi akan dibangunkan di Lojing menerusi
penerokaan tanah baharu (288 hektar) dan Cameron Highland menerusi intensifikasi ladang sedia ada (200 hektar). Ladang-ladang akan dilengkapi dengan prasarana pertanian persekitaran terkawal seperti rumah hijau dan sistem kawalan pembaja-airan untuk mengawal input pertanian.
Kerajaan dan petani akan bekerjasama untuk menubuhkan koperasi peladang.
Objektifnya adalah untuk badan koperasi mengambil alih beberapa peranan syarikat penaung pada akhir nanti. Ini akan berlaku apabila syarikat penaung mengurangkan aktiviti supaya dapat memberi tumpuan kepada perkhidmatan tambah nilai seperti pemasaran, penjenamaan dan perancangan pengeluaran, dengan itu memastikan keterangkuman bagi komuniti petani.
Pembiayaan
EPP akan memerlukan pelaburan RM1.4 bilion dengan RM450 juta dari pembiayaan awam untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan seperti jalan raya.
Impak
Peningkatan penembusan pasaran eksport akan membolehkan penguasaan harga yang lebih tinggi untuk hasil yang dikeluarkan, dengan itu membolehkan petani memperolehi purata pendapatan bulanan sebanyak RM4,500 bagi setiap hektar. EPP ini dijangka dapat menyumbang sebanyak RM1.6 bilion kepada PNK dan mewujudkan 9,100 pekerjaan menjelang 2020.
Kotak 15-4
Kumpulan SKC mula beroperasi pada tahun 1960 dengan tertumpu kepada cara penangkapan ikan yang tradisional, sebelum mempelbagaikan perniagaannya kepada aktiviti perdagangan, pemborongan, pemprosesan dan pengagihan. Apabila hasil penangkapan ikan semakin merosot, SKC mula beralih kepada pertanian akuakultur pada 2005. Beroperasi di Sungai Johor, ladang SKC bermula dengan 500 sangkar tradisional yang tertumpu kepada ikan siakap untuk pasaran domestik.
Menyedari hakikat bahawa industri tempatan masih bersifat tradisional berbanding pengeluar besar yang lain, SKC mula memperkenalkan beberapa program untuk memodenkan amalan pertaniannya. Ia telah mengadakan perjanjian kerjasama dengan sebuah universiti terkemuka di Taiwan untuk membangunkan vaksin spesifik yang kalis patogen dan pada masa yang sama bekerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk membina sebuah tempat penetasan moden di Pulau Pangkor. Selain daripada itu, ia memperkenalkan kaedah penternakan baru seperti sangkar keluli untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasinya. Kini, Kumpulan SKC mempunyai lebih 3,000 sangkar ikan yang mengandungi pelbagai jenis spesies termasuk ikan kerapu, bawal, siakap dan threadfin, menjadikannya sebuah syarikat akuakultur terbesar di Johor.
Salah satu faktor kejayaan besar SKC adalah keupayaannya mengeksport ikan hidup, khususnya ikan kerapu, menggunakan pengangkutan udara. Menerusi pengangkutan udara, jangka masa perjalanan yang kurang daripada lapan jam memastikan produk hidup akuakultur boleh menuntut harga premium produk segar. Bagaimanapun, kebolehan untuk mengeksport menggunakan pengangkutan udara hanya mampu dilaksanakan oleh negara maju seperti Norway. Di negara-negara sedang membangun, termasuk Malaysia, lazimnya pengeksportan ikan dilakukan menerusi pengangkutan laut, yang mana pada kebiasaannya mengambil beberapa hari untuk sampai, dan mengakibatkan keadaan ikan tertekan dan tercedera sehingga menyebabkan kadar kematian dan penolakan lebih tinggi. Kumpulan SKC telah berjaya merintis penghantaran 25 kontena melalui pengangkutan udara ke Hong Kong sejak Mac tahun ini dan sedang meneliti untuk mengembangkan akses pasaran langsung ke beberapa bahagian di China termasuk Guangzhou, Fujian, Shanghai dan Beijing. Dalam percubaannya untuk mengurangkan kos pengangkutan, ia telah berjaya mengubah suai teknologi baru untuk mengurangkan nisbah air berbanding ikan daripada 3:1 kepada 1:1; dengan itu menjadikan pengangkutan udara sebagai alternatif yang lebih praktikal secara komersial. Pada masa ini SKC sedang meneliti untuk mengembangkan operasi eksport menggunakan pengangkutan udara sebagai cara untuk menjadikan Malaysia sebagai sumber premium produk akuakultur.
Mengeksport ikan kerapu hidup menggunakan pengangkutan udara
untuk mendapatkan nilai tinggi
EPP 8: Memperkukuh Keupayaan Pengeksportan Industri Makanan Segera menerusi Penubuhan Taman Pemakanan Bersepadu
Rasional
Peningkatan kemakmuran pengguna telah memacu gaya hidup yang sibuk dan di kebanyakan pasaran utama, permintaan untuk makanan sedia dipanaskan dan produk makanan mudah makan di rumah diramalkan meningkat melebihi 10 peratus setahun. Pada masa kini, Malaysia mempunyai imbangan perdagangan yang negatif untuk penyediaan dan produk yang boleh dimakan segera, dengan hanya 2 peratus daripada 3,800 syarikat yang terlibat dengan pemakanan tin dan botol, dan 8 peratus dalam pemprosesan daging dan ikan. Kebanyakan syarikat ini beroperasi pada skala kecil. Tanpa mengambil kira syarikat minyak dan lemak, 75 peratus daripada syarikat mencatatkan pendapatan tahunan kurang daripada RM10 juta pada tahun 2005. Disebabkan mereka berskala kecil, syarikat-syarikat ini tidak mampu membekalkan kuantiti yang tekal, melabur dalam pasaran antarabangsa, menaiktaraf teknologi yang digunakan dalam pengeluaran atau menginovasikan produk mereka. Tambahan pula, bahan mentah yang diperlukan seperti ayam tidak
mematuhi standard Organisasi Kesihatan Haiwan Dunia (OIE),yang menghalang produk akhir diterima oleh pasaran premium.
Tindakan
Menyusun semula dan penskalaan ke atas industri menerusi syarikat penaung domestik yang akan menubuhkan empat taman pemakanan bersepadu secara berperingkat. Sasaran adalah untuk menyiapkan kelompok pertama di penghujung tahun 2013, dua pada 2015 dan yang akhir pada 2018. Syarikat penaung akan bertanggungjawab untuk mendapatkan pensijilan produk (seperti piawaian halal, keselamatan pemakanan, makanan organik dan semula jadi), pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran dan pengurusan pembekal. Syarikat-syarikat ini akan menubuhkan rangkaian pembekal bahan mentah, pembekal bahan-bahan dan pengilang produk akhir dalam taman pemakanan, sama ada menerusi penempatan semula ataupun pembangunan industri kesil dan sederhana (IKS) sedia ada.
Mendapatkan penglibatan rakan kongsi asing. Mereka akan memperkukuhkan akses kepada pasaran menerusi perjanjian kontrak perkilangan, pembahagian ekuiti dan mengeluarkan pelesenan produk dan jenama hak milik sendiri. Insentif sedia ada yang disediakan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan akan dimanfaatkan.
Memanfaatkan jalinan institusi seperti MARA dan SMECorp kepada IKS berpangkalan di Malaysia untuk mengenal pasti IKS berpotensi untuk pergi ke luar negara. Menerusi sokongan yang diberikan oleh syarikat penaung, IKS boleh menumpu kepada penghasilan satu atau dua jenis produk, setiap satu berasaskan kepada spesifikasi syarikat penaung, dengan itu membolehkan mereka mencapai skala dan pematuhan kepada standard yang lebih tinggi. Isu tentang membawa produk ke pasaran dan mengubah suai spesifikasi produk mengikut keperluan pasaran yang berbeza-beza akan ditangani oleh syarikat penaung. Pembiayaan
EPP ini dibiayai sepenuhnya oleh pelaburan swasta, iaitu sebanyak RM575 juta. Impact
Sasaran sumbangan PNK daripada EPP ini adalah RM884 juta. Sebanyak 4,900 pekerjaan tambahan akan diwujudkan dan defisit perdagangan Malaysia dalam penyediaan dan produk yang boleh dimakan dapat dikurangkan.
EPP 9 dan Peluang Perniagaan 4, 5, 6, 7, 8 dan 9
Satu EPP dan lima peluang perniagaan berkaitan dihuraikan dalam Jadual 15-2. Jadual 15-2: EPP lain dan Peluang Perniagaan
Keterangan
EPP 9: Memperkenalkan jenis beras wangi untuk penanaman padi tanpa pengairan
Sejenis beras baharu (MRQ76) telah ditemui oleh MARDI, yang mempunyai 80 peratus ciri-ciri serupa dengan beras wangi asing, dengan itu membolehkannya mengambil kesempatan pasaran beras mewah berbanding beras putih biasa. Tumpuan adalah kepada penanaman MRQ76 di kawasan tadah hujan, memanfaatkan ciri-ciri toleransi kemarau, yang akan membolehkan hasil meningkat di kawasan tadah hujan.
Kawasan tertentu akan dikenal pasti untuk menanam beras jenis ini, untuk memastikan tidak ada
kontaminasi oleh jenis beras putih biasa, pengilang tertentu akan dilantik untuk mengelak kontaminasi dan mengekalkan identiti jenama produk di pasaran pengguna. Identiti premium ini akan membolehkan petani mendapatkan harga padi yang belum dikisar sebanyak 20 hingga 30 peratus lebih tinggi, dengan itu meningkatkan pendapatan mereka.
Peluang perniagaan 4: Pengilangan makanan untuk akuakultur
Terdapat peluang perniagaan untuk membangunkan pengilangan makanan bagi akuakultur.
Peluang perniagaan 5: Pusat eksport akuakultur Tedapat peluang perniagaan untuk membangunkan pusat eksport akuakultur.
Peluang perniagaan 6: Industri snek
Pasaran snek organik dan bahan semula jadi di AS dan Eropah mengalami pertumbuhan lebih daripada 20 peratus setahun. EPP akan mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan domestik sebanyak 500,000 ton metrik. Buah-buahan yang tidak dapat dijual sebagai buah-buahan segar akan diasingkan dan dihantar ke kilang pemprosesan berdekatan. Teknologi baharu, seperti proses penurunan tekanan serta-merta, akan digunakan untuk menghasilkan snek buah-buahan kering berkualiti tinggi daripada betik, belimbing dan nenas, yang lebih mengekalkan khasiat, rasa, tekstur dan isipadunya. Pensijilan dari badan antarabangsa akan diperolehi untuk mengesahkan keaslian produk, sementara pendaftaran produk relevan akan dilakukan bagi menyokong tuntutan fungsian khasiat di pasaran sasaran. Tujuannya adalah untuk menjual produk pada premium 30 hingga 100 peratus.
Peluang Perniagaan 7: Ternakan ayam kampung Tambahan 20,000 ekor ayam setahun di dalam ladang kelapa sawit, untuk menyasarkan pasaran yang semakin meningkat untuk ayam kampung dan ayam organik.
PNK: RM100 juta
PNK: RM427 juta Pekerjaan: 300
Pembiayaan: RM94.1 juta dengan RM5.2 juta daripada pembiayaan awam PNK: RM14 juta
Pekerjaan: 100
Pembiayaan: RM16 juta dari sumber swasta sepenuhnya
PNK: RM828 juta Pekerjaan: 4,900
Pembiayaan: RM976 juta dari sumber swasta sepenuhnya
PNK: RM200 juta Pekerjaan: 6,000
Pembiayaan: RM240 juta dari sumber swasta sepenuhnya Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia Pelabur tidak diberitahu Pelabur tidak diberitahu Bahagian Industri Berasaskan Pertanian, Kementerian Pertanian Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia
MEMASTIKAN OBJEKTIF KESELAMATAN PEMAKANAN ADALAH KONSISTEN
DENGAN PNK YANG SEMAKIN MENINGKAT
Atas sebab-sebab keselamatan pemakanan, adalah perlu bagi Malaysia memastikan paras tertentu supaya berkemampuan dalam pembekalan beras dan protein penting. Sasaran NKEA adalah untuk mempertingkatkan pengeluaran domestik supaya Malaysia mampu menghasilkan 85 peratus daripada pengambilan domestik beras, 40 peratus pengambilan domestik daging, dan 5 peratus daripada
pengambilan domestik susu menjelang 2020. Bagaimanapun, isu penting seperti ketiadaan skala ekonomi dan integrasi kurang baik dalam rantaian nilai menyebabkan pengeluar domestik tidak kompetitif dan amat bergantung kepada bantuan Kerajaan. EPP di bawah skim ini telah direka bentuk untuk menangani isu teras mengenai skala dan pengulangan usaha yang berjaya di Malaysia dan di negara lain.
Keterangan
Peluang perniagaan 8: Pertanian cendawan butang
Malaysia mengimport pelbagai jenis cendawan termasuk yang berbentuk kering, dalam tin dan segar disebabkan kekurangan pertanian cendawan tempatan. Bagaimanapun, Malaysia mempunyai keadaan agro-iklim yang menyokong pengeluaran cendawan secara industri di mana beberapa syarikat telah berjaya menghasilkan cendawan dalam skala besar. Jabatan Pertanian akan memudahkan penubuhan perniagaan pertanian cendawan dengan menyediakan tatacara pengendalian piawai berdasarkan kepada model yang berjaya dan menyelaras dengan Agrobank untuk mendapatkan pembiayaan.
Peluang perniagaan 9: Pengeluaran buah-buahan dibungkus seperti nangka
Produk buah nangka seperti nangka segar siap untuk dimakan, jus dan kerepek nangka digoreng hampa semakin popular di pasaran seperti China. Produk yang diproses secara minimal ini adalah lebih mudah untuk dieksport berbanding dengan sebiji buah segar, yang biasanya tidak akan dapat memenuhi syarat fitosanitasi pasaran eksport. Syarikat penaung antara IKS bersaiz sederhana akan dikenal pasti untuk menubuhkan operasi pemprosesan minimal termasuk bilik pemprosesan bersih antara 15oC dan 20oC dan operasi asas seperti perendaman
air sejuk, pemotongan dan pra-rawatan.
PNK: RM182 juta Pekerjaan: 1,300
Pembiayaan: RM506 juta dengan RM102 juta dari pembiayaan awam
PNK: RM54 juta Pekerjaan: 800
Pembiayaan: RM26 juta dengan RM6 juta dari pembiayaan awam
Jabatan Pertanian
Jabatan Pertanian